Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Timbang Tara. Show all posts
Showing posts with label Timbang Tara. Show all posts

30 January 2023

Marah Lagilah Waris Kesultanan Sulu

Bhai/DeeDee semua...

Marah lagilah waris Kesultanan Sulu...  dah macam-macam cara mereka gunakan untuk menuntut hak mereka keatas Sabah... Tapi tak berjaya sepenuhnya lagi... Itu hari mereka siap nak sita 2 syarikat milik Petronas guna keputusan dari Mahkamah di Luxemburg.... Tapi still sangkut lagi...

Hahaha... terbakar wei..


Mahkamah Luxembourg bersetuju untuk mengetepikan perintah untuk menyita dua syarikat milik Petronas kerana pihak yang menuntut secara sukarela tidak mendedahkan alamat sebenar mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Azalina Said Othman berkata mahkamah menganggap suruhanjaya ini penting dan menjejaskan Malaysia.

“Mahkamah mendapati kelakuan pihak yang menuntut menghalang penyampaian dokumen dan penguatkuasaan kemungkinan penghakiman yang akan diberikan terhadap mereka.

13 July 2022

Dimana Silapnya Sehingga Aset Petronas Dirampas Waris Sultan Sulu?

Bhai/DeeDee semua...

Pertama sekali gua nak nyatakan bahawa tindakan perampasan aset Petronas oleh waris Sultan Sulu tu adalah mengikut undang-undang tetapi secara ex-parte. Jadi proses itu tidaklah semudah yang disangka kan.

Persoalan undang-undang terkait insiden nih memang sudah dijangka... Semua ini berlaku bilamana Najib Razak secara tepatnya selaku Perdana Menteri pada 2013 telah mengarahkan supaya pembayaran nilai pampasan tahunan sebanyak RM5k ++ kepada Sultan Sulu dihentikan serta merta selepas insiden Lahad Datu.

Dan ini membawa kepada tuntutan pampasan yang lebih besar oleh waris Sultan Sulu kepada mahkamah timbangtara di Peranchis dan Sepanyol.

Isu yang kita patut tanya... adakah Bailif dari Luxemburg boleh menguatkuasakan arahan tahan aset itu mengikut perjanjian Kesatuan Eropah (European Union) atau ianya hanya terpakai dalam negara ianya diputuskan sahaja iaitu Peranchis.

Satu lagi yang menjadi isu adalah berkaitan kesahihan susur galur keluarga (lineage) waris Sultan Sulu tersebut. Siapa dia yang menjadi penama dalam kes ini. Dan siapa yang mendanai proses guaman dan mahkamah kes ini...

Itu semua kita kena tanya ... supaya adakah sah tuntutan yang dinyatakan atau ianya sekadar tuntutan rambang semata-mata.

Apa pun... kita biarkan proses undang-undang berjalan.



01 March 2022

Lelong Sahaja Najib Razak Kepada Sultan Sulu Sebagai Ganti Denda Timbang Tara RM63 Bilion

Bhai/DeeDee semua...

Hanya kerana RM5300 setahun yang cuba di ngelat oleh Perdana Menteri Malaysia (Najib Razak) pada 2013 .... Malaysia kena denda RM63 Bilion... Ini memang bijak... Takder yang lebih bijak dari ini... Adoilah...

Mahkamah Timbang Tara Sepanyol membicarakan kes ini di Peranchis... dan disebabkan tiada seorang pon wakil dari Malaysia yang hadir dalam perbicaraan timbang tara nih... (kita boleh salahkan Kementerian Luar dan Peguam Negara).... maka Malaysia kena denda RM63 bilion.

Bodoh aaa... mana nak cekau duit banyak tue... Baik kita deal ngan Sultan Sulu supaya kita boleh lelong sahaja Najib Razak nih kepada Sultan Sulu sebagai ganti denda timbang tara RM63 bilion nih.... Sultan Sulu nak buat apa dengan Najib Razak tu lantak la... kita taknak tahu....

Amacam??? Hahaha

#TimbangTara #SultanSulu #RM63Bilion #Denda #PeguamNegara #KementerianLuar #NajibRazak #BritishUtaraBorneo #NorthBorneoBritish #1878

‘Malaysia diarah bayar RM63 bilion kepada waris Sultan Sulu’

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1