Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Penswastaan. Show all posts
Showing posts with label Penswastaan. Show all posts

28 February 2023

Banyak Kesilapan Malaysia Sebenarnya...

Bhai/DeeDee semua...

Selepas Singapura keluar dari Malaysia, negara mereka masih miskin dan tiada sumber asli. 

Apa yang mereka buat adalah “Free Port” dengan kadar cukai yang rendah atau tiada cukai. Untuk memastikan ianya telus, tindakan keras terhadap perasuah (pemberi dan penerima) sehingga boleh dijatuhkan hukuman mati. Memanglah kejam tapi inilah cara terbaik menangani rasuah.

Kemudian, dengan banyaknya setinggan yang tidak teratur, kerajaan Singapura membangunkan skim perumahan awam dimana Kerajaan sendiri yang membangunkan apartment 3 bilik untuk rakyat dan dijual secara ansuran kepada rakyat pada harga asas. Dengan cara ini tiada manipulasi harga kediaman berlaku. Hampir semua rakyat Singapura memiliki rumah sendiri. Bagi yang kaya mereka boleh beli rumah kondo yang pihak swasta bangunkan.

Kerajaan Singapura juga membangunkan beberapa GLC. Dan semua GLC ini dimestikan membuat untung tanpa pengecualian. Mana-mana GLC yang rugi akan dikenakan tindakan dan berkemungkinan ditutup operasinya.

Dan yang paling menguntungkan Singapura selain dari perkhidmatan perbankan (banyak orang kaya Malaysia yang sorokkan duit di Singapura dimana LHDN tabley nak kacau) adalah perkhidmatan terkait petroleum dan petrochemical.

Singapura menyediakan prasarana penapisan dan “bulk storage” bagi minyak mentah. Ini secara tidak langsung memang menguntungkan Singapura. Dah lama Singapura buat benda nih… Mereka proses minyak dari banyak negera.

Berbalik kepada Malaysia, GLC rugi pun tak apa sebab Kerajaan akan bailout… Hahahaha… Jahanam…. Macam bangang jer kan.



06 February 2018

368 ILA

Bhai/DeeDee semua....

Aper yang gua nak citerkan ni adalah satu benda yang akan menjadi panas dalam masa sebulan dua lagi ni.... dan memang akan jadi panas biler rakyat mula dapat cerita ni....  Dan ianya memang akan menyebabkan ader pihak yang akan goyah.... dan berkemungkinan perkara ini akan dibatalkan setelah dari pendedahan ini....

Untuk pengetahuan lu orang semua.... INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) ader 6 kampus yang terletak di Selangor (Bukit Kiara), Kedah (Sg Petani), Terengganu (Kemaman), Johor (Kluang). Sabah (Tuaran) dan Sarawak (Kota Samarahan). Lokasi semua kampus ini memang strategik dan tanahnya bernilai tinggi pada harga komersial.

Gua dimaklumkan bahawa ada pihak tertentu telah mencadangkan supaya 3 kampus INTAN digugurkan dari menjadi aset Kerajaan Malaysia dan ianya akan diletakkan dibawah inisiatif penswastaan. Ianya dijangka akan diubah statusnya pada bulan Mac 2018. Kakitangan INTAN di 3 kampus ini akan diberikan pilihan sama ada meletak jawatan atau kekal dalam perkhidmatan (yang akan diserapkan secara lantikan kontrak selama 2 tahun) dalam pentadbiran baharu.

Tiga kampus INTAN yang telah dikenalpasti akan diubah statusnya adalah;


  1. INTAN INTURA (Kampus Wilayah Utara - Sg Petani Kedah)
  2. INTAN INTIM (Kampus Wilayah Timur - Kemaman Terengganu)
  3. INTAN IKWAS (Kampus Wilayah Selatan - Kluang Johor)
Persoalannya....

Ketiga-tiga kampus INTAN ini terletak di lokasi bernilai komersial dengan keluasan tanah setiap satu kampus adalah lebih dari 10 hektar. Dan program penswastaan ini khabarnya akan melibatkan keseluruhan aset boleh alih dan tidak boleh alih.... Dan ini akan menyebabkan pemindahan milikan aset tanah yang bernilai jutaan ringgit.

Siapakah atau pihak manakah yang akan membuat untung besar dalam program penswastaan ini dengan kos pemilikan pada kadar paling nominal? Sebab kalau sekadar hendak buka pusat Institut Latihan tidak perlulah kepada kawasan yang seluas ini bagi setiap kampus

Ini belum lagi dikira prasarana infrastruktur yang telah siap dibangunkan sama ada dari segi kemudahan penginapan, latihan mahupun utiliti. Gua difahamkan pembekalan komputer dan peralatan pejabat di INTAN masih dalam kontrak tender yang sepatutnya akan tamat dalam masa dua tahun lagi. Bagaimana kontrak tender pembekalan ini akan diuruskan. Tidakkah sepatutnya pihak yang membekalkan diberikan taklimat lebih awal?

Alasan yang JPA serta MAMPU berikan bagi menjustifikasikan urusan penukaran status ini adalah atas sebab ada 368 ILA (Institut Latihan Awam) di Malaysia yang dikendalikan sendiri oleh pelbagai Agensi Kerajaan yang menyebabkan pertindihan kemudahan latihan yang agak ketara. Jabatan Penjara ada ILA mereka sendiri, Jabatan Bomba ada ILA mereka sendiri, APMM pun ada ILA mereka sendiri, PDRM pun ada..... RISDA, FELCRA, FELDA dan segala macam mak nenek semua ader ILA mereka sendiri....

Tambahan lagi yuran kursus di INTAN bagi kakitangan awam hanyalah sekadar RM30 bagi setiap kursus yang perlu dibayar sendiri oleh peserta kursus. (yang mana ianya akan dibayar kembali setelah urusan tuntutan oleh kakitangan awam dibuat di jabatan mereka sendiri). Nilai yuran ini dikhabarkan tidak pernah disemak sejak lebih 15 tahun dahulu.

Oleh itu....

Siapakah yang akan untung? Pihak manakah yang akan buat duit besar? Semua kos ini akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Malaysia secara umumnya... Bulan Mac hanya tinggal beberapa hari sahaja....  


Hehehe ...... masyuk....

13 August 2013

Dapat Kat Kroni La Pulak

Bhai/DeeDee sekalian...

Hahahaha... Idris Jala skrang tengah dok agah-agah Kerajaan Malaysia untuk lepaskan Syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysia Airline System - MAS).... Hahaha... Lu agak-agak aaaa ... Saper dibelakang Idris Jala nih.... Kroni mana pulak yang dok himpit Idris Jala masa nih...

Nanti kalu Kerajaan Malaysia lepaskan MAS kepada swasta... Ader la mana mamat ntah tetiba jer boleh dapat MAS jadi milik peribadi dier... Malah akan jadi macam GLC lain yang diswastakan... dimana kroni yang dapat tue dibantu 110% modal dan pembiayaan..

Biler rugi nanti.. aper risau... Khazanah akan bekap dan bantu... Hahaha... Ini dah jadi stendet SOP bagi puak-puak kroni nih....

Tapi jangan riso... Dah boleh agak dah saper yang akan dapat MAS nanti... Hahaha... Samer ader yang berbau kari ataupun raja AP.... Salah satu dari diorang nih... Hahaha...

Bank mana yang akan diperkudakan pon dah boleh agak... "AxxxxBxxxxxx" la akan jadi kuda tunggangan.... Hahaha ....

Terbaek.... Terlopong lagi la geng-geng kaki tarbiah dan kaki tazkirah... Kot kalu jadi pernikahan itu hari... Ader chan la geng tarbiah dan tazkirah nih dapat peluang kot... Tapi la nih takder peluang.... Hehehe.... Kesian...

Hahaha....


04 February 2013

Bila Yang Untung Diswastakan

Bhai.... gua tak paham la ngan program penswastaan yang dibuat oleh BN selama nih... bukan aper... mola-mola dulu paham gak skit... tapi la nih makin tak paham.... cuba lu bayangkan aaa.... semua projek atau cabang agensi kerajaan yang untung dan berpeluang untung diswastakan... sepatutnyer... hanya cabang yang rugi atau kurang untung diswastakan... ntah la...

Contohnyer Zoo Melaka nih.... tahun lepas 750 ribu pengunjung yang datang... dan masa tue Zoo Melaka nih dikendalikan oleh PERHILITAN.... 750 ribu pengunjung bhai... kali kan dengan RM10 kalu dewasa... dan RM4 untuk kanak-kanak..  berapa dah untung tue...

La nih... Zoo Melaka dalam proses penswastaan.... dan sasaran pengunjung dijangkakan sekitar 1 juta orang.... yang best tue... Zoo Melaka skrang dalam proses ubahsuai... yang menelan belanja RM8 juta...... err.. yang lagi best tue... kos ubahsuai RM8 juta tue datang dari Kerajaan... biler dah siap ubahsuai... terus bagi kat swasta untuk kendalikan... wahhhh... untung besar la swasta tue kan.... tak perlu kuar modal RM8 juta ... pastue diberi peluang menaikkan harga tiket kepada RM15 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak...

Hahaha... ini lah cari bijak berniaga... semua kerja dan kos... ditanggung oleh Kerajaan... untung kutipan semua masuk poket swasta... PERHILITAN terkebil bijik mata... hahaha... samer sebijik ngan penswastaan bekalan air di Selangor.. kos baikpulih datang dari Kerajaan (sejak dari mula lagi)... tapi untung semua makan dek Syabas.... hahaha.... JBAS terkebil bijik mata....

Bijak... bijak...... hahahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1