Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Muhammad Shafee Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Shafee Abdullah. Show all posts

05 January 2023

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?

Bhai/DeeDee semua...

Bekas perdana menteri Najib Razak telah mengemukakan petisyen berkenaan isu pemenjaraannya ke PBB dan ianya telah difailkan secara digital di Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia PBB Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) tadi.

Najib Razak telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan... iaitu Mahkamah paling tinggi di Malaysia. 

Korang tahu dak aper kesan implikasi perkara yang dibuat oleh Najib Razak nih kepada Kedaulatan Undang-Undang di Malaysia?

Jadi jika PBB masuk campur dan cuba nak membelakangkan keputusan kehakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia, makanya tindakan ini sebenarnya telah mencabar bukan sahaja Kedaulatan Undang-Undang Malaysia... akan tetapi ianya sebenarnya telah melibatkan kepada (Kedaulatan) Sovereignty Negara Malaysia itu sendiri...

Adakah kita nak benarkan Negara lain tentukan apa dasar dan keputusan undang-undang di negara kita nih? Sepatutnya negara lain tak boleh nak usik apa sahaja keputusan kehakiman didalam negara kita... sebab ianya mencabar kedaulatan kita...

Tindakan peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Najib Razak mengemukakan petisyen ini adalah sangat bertentangan dengan prinsip Kenegaraan dan ianya sebenarnya telah melanggar peruntukan Perlembagaan sedia ada dan boleh dilihat menderhaka terhadap negara. 

Ada limit terhadap hak asasi... terutama bab perundangan dan kehakiman.
Takkan nak sampai kena jajah secara perundangan pulak.... bodohlah...

Kita taknak tindakan ini jadi precedent kepada kes-kes yang lain sampai dilihat menghina Mahkamah Persekutuan.

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?


03 February 2021

At Least Najib Razak Berani

Bhai/DeeDee semua...

Macam gua ader cakap hari tue la... Buku memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas memang mengundang banyak cerita dan sudut pandang yang berbeza... Ramai orang yang tersabit nama mereka dalam buku ini... Paling ketara adalah cerita Mahathir Mohamed, Anwar Ibrahim dan Najib Razak...

Ader gak dalam buku ini terkait dengan PAS dan Adib Bomba..

Gua ader cakap sebelum nih... kalu ader sesapa yang tak puas hati terhadap Tommy Thomas... boleh ja saman Tommy Thomas atas kandungan buku memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas (My Story: Justice in the Wilderness) nih... takder hal...

Daripada sembang bising ja... tak guna semua tue... Baik ambil tindakan undang-undang dan guaman.... apa lagi tunggu... tak perlu tepis sana sini... straight to the point...

Nampaknya... at least Najib Razak berani... dier dah arahkan peguam glamer dier Muhammad Shafee Abdullah untuk failkan tuntutan gantirugi RM10 juta dan permohonan maaf yang sebenar-benarnya... atas alasan dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu ....

Dalam memoirnya, Thomas berkata Sirul telah memberikan bukti yang membenarkan dakwaan tertuduh bersama Azilah, yang membabitkan keterlibatan Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya. 

Thomas berkata dia diberitahu Sirul sebelum itu telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Australia bahawa dia diarahkan untuk membunuh perisik asing, seperti yang didakwa oleh Azilah.




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1