Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tommy Thomas. Show all posts
Showing posts with label Tommy Thomas. Show all posts

09 December 2022

Untung Secupak, Rugi Segantang

Bhai/DeeDee semua...

Dalam keghairahan untuk menguasai Kerajaan Persekutuan Malaysia, Pakatan Harapan telah bekerjasama dengan Barisan Nasional. Memang kita semua tahu bahawa ini adalah hasil daripada tidak cukup majoriti pada PH dan lain-lain Parti Gabungan... dan diendorse oleh YDP Agong..

Tapi...

Dalam keadaan ini .... hanya kerana untung yang sedikit (dapat memegang kuasa dan mendirikan Kerajaan sebagai PM) .. tetapi banyak kerugian yang sebenarnya terserlah sama ada kita mahu melihat dan menyedarinya ataupun tidak...

Contoh yang nyata,... UMNO tetap juga nak cari salah kepada Hakim Nazlan, bekas Gabenor Zeti Ahtar malah juga terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan kes terkait Tabung Haji (yang katanya PH telah menjualkan aset TH kepada pihak ketiga)... dan itu antara yang sedang diperbuat tindakannya oleh Majlis Tertinggi UMNO.... belum lagi tindakan-tindakan lain yang akan dirancang...

Tambah lagi Menteri Undang-Undang adalah dari puak UMNO (Azalina Othman Said)... pastinya akan ader keuntungan dan bias tak banyak sedikit tentunya pada kes terkait Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak serta yang lainnya...

Apa yang Pakatan Harapan akan dapat?? Hahaha... Gua tak nampak Pakatan Harapan akan ada kelebihan dalam per"sekatil'an dengan Barisan Nasional nih... tambah lagi banyak kuasa dalam kabinet sebenarnya terletak atas bahu wakil Barisan Nasional.... 

Agak-agak korang la... Ader peluang ke Pakatan Harapan nak sentuh dan bangkitkan isu terkait beberapa perolehan yang pelik dan ajaib serta merugikan yang telah dibuat oleh orang UMNO dan Barisan Nasional... Paling simple... adakah itu skandal LCS akan dapat dibongkarkan dengan lebih telus dan mensabitkan beberapa warlord UMNO???? Hahaha...

Mahu ke Menteri Undang-Undang (Azalina Othman Said) nak usahakan benda-benda macam ni??? Hahahaha...

Kepincangan dalam Prasarana sebelum ini pun gua berani jamin takkan terusik dan diambil tindakan perundangan... Itu belum lagi yang lainnya,,,,

Sebab itu gua kata.... untungnya secupak, ruginya segantang.... Hahahaha

Walanon dan Bangsa Slurpp tahu apa?? hanya sekadar membekap kosong tanpa fakta dan data,,,, Hahaha.... sama spesis dengan Walaun dan Machai.... Hahaha




Sori... korang nak gadaikan prinsip dan integriti teruskan la.... maaflah... gua bukan macam tue... sebab once tergadai prinsip dan integrity... sampai bila pun korang takkan dapat bingkas balik...

06 February 2021

Tak Puas Hati Betullah PAS

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha.... Nampak sangat berdendamnya PAS kat DAP .... sampaikan buku memoir Tommy Thomas pon PAS jadi nak ungkit pasai DAP ....

Suka Tommy Thomas la dier nak tulis yang mana... dier nak bincangkan yang mana... dier nak dedahkan yang mana... itu buku dier... Suka Tommy Thomas la... hahaha

Yang PAS sakit hati sangat Tommy Thomas takmo nak bawak citer tentang kes Lim Guan Eng pasai aper?? Ader Lim Guan Eng ader masalah ngan PAS ker??? Hahaha.. adoilah...  What wrong with PAS eh... Aper yang Tuan Ibrahim Tuan Man tak puas hati ngan Lim Guan Eng nih??? Takkan pasai kes ini???

Sungguh la gua tak paham ader yang tersedik dalam hati Tuan Ibrahim Tuan Man yang dengki sangat kat Lim Guan Eng nih.... ader masalah apa sebenarnya... takkan la kot... dulu bukan main baik Tuan Ibrahim Tuan Man ngan Lim Guan Eng..... la nih dah lain...

Dah dapat jawatan Menteri tue... cukup-cukup la berdengki.... Hahahaha



05 February 2021

Apa Cerita Institusi Kehakiman?

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang menarik untuk dikaji adalah 2 cerita dibawah ini yang saling berkait sebenarnya yang melibatkan Institusi Kehakiman...

Pertama sekali adalah isu buku memoir Tommy Thomas yang pernah menjawat jawatan Peguam Negara selama lebih kurang 20 bulan lebih...  Buku Tommy Thomas ini yang telah diterbitkan oleh GerakBudaya nih menjadi viral kandungannya sebab ianya membabitkan beberapa nama besar dan orang-orang politik dalam percaturan mereka memperkudakan semua cabang perkhidmatan kerajaan termasuklah institusi Kehakiman...

Jadi... dalam kes buku memoir Tommy Thomas nih... kalu sesapa ader rasa tak puas hati... dipersilakan untuk membuat tuntutan saman ... apa tunggu lagi... lagi ramai lagi bagoosh... dan ramai akan terpecah pekung didada.... Hahaha

Keduanya sekali adalah berkaitan dengan penggantungan jawatan Tuan Hakim Hamid Sultan Abu Backer dari jawatan Hakim Kanan Mahkamah Rayuan... Ini pun bukan calang-calang isu yang dibawanya... sehingga dilihat mencalar imej, integriti dan reputasi Institusi Kehakiman.... Tuan Hakim Hamid Sultan Abu Backer ini bawa cerita kepincangan, salahguna kuasa dan campurtangan Hakim tertentu dalam kes-kes berprofil tinggi...

Ini memang satu masalah yang "open secret" dimana ramai yang terlibat dalam Institusi Kehakiman tahu tapi tak berani untuk menyuarakannya... atas pelbagai alasan... Apa pun ... gua tetap salute ngan Tuan Hakim Hamid Sultan Abu Backer nih sebab berani mencabar Judicial Enquiry Commission (JEC) yang berstatus Suruhanjaya Diraja...

Benda nih bukan benda baru... benda dah lama.... ramai dah yang cuba membawaknya... tapi kurang berani... dan akhirnya Tuan Hakim Hamid Sultan Abu Backer pula yang berani membawa dan mencabarnya...

Salute buat Tuan Hakim Hamid Sultan Abu Backer.



03 February 2021

Takkan Lah Mahathir Mohamed Tak Berani?

Bhai/DeeDee semua...

Takder masalah bilamana Mahathir Mohamed mengatakan bahawa apa yang tertulis dalam buku memoir Tommy Thomas itu adalah mengarut... Biasa la... kalu gua berada kat tempat Mahathir Mohamed pun gua akan ulas dan cakap camtue gak... stendet lar...

Hahaha... small matter jer tue..

Cumanya... kalu Mahathir Mohamed tak puas hati dengan kandungan buku memoir tue... aper ader hal kalu Mahathir Mohamed amik inisiatif saman jer Tommy Thomas.....  bukan susah pon... semua ader black and white... semua ader hitam putih... lagi pon Mahathir Mohamed memang ader ramai list loyar... senarai peguambela untuk dier... duit bukanlah isu ...

Sap sap sui ja bak kata gengster Cina.... hahaha ... Mo Mann Thai lorr...

Semua hujah aderlah betul buat masa ini... Hujah Tommy Thomas adalah betul.. Hujah Mahathir Mohamed pun adalah betul... semua ikut persepsi mereka sendiri la... nak tau lebih betul atau tidak... pi masuk bicara la... hahaha... test kat Mahkamah...

Tengok macam Najib Razak... Najib Razak berani amik action saman Tommy Thomas.... jangan pandang lekeh kat Mat Kepit nih.... hahahaha .... So ... takkan la otai cam Mahathir Mohamed tabrani nak lawan kat Court... masuk bicara kat Mahkamah??? ini kalilah.... kita tengok siapa paling betul dan tepat...

Nak best lagi letak Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai Hakim kes saman nih.... hahahaha ... ader brani ka???



At Least Najib Razak Berani

Bhai/DeeDee semua...

Macam gua ader cakap hari tue la... Buku memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas memang mengundang banyak cerita dan sudut pandang yang berbeza... Ramai orang yang tersabit nama mereka dalam buku ini... Paling ketara adalah cerita Mahathir Mohamed, Anwar Ibrahim dan Najib Razak...

Ader gak dalam buku ini terkait dengan PAS dan Adib Bomba..

Gua ader cakap sebelum nih... kalu ader sesapa yang tak puas hati terhadap Tommy Thomas... boleh ja saman Tommy Thomas atas kandungan buku memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas (My Story: Justice in the Wilderness) nih... takder hal...

Daripada sembang bising ja... tak guna semua tue... Baik ambil tindakan undang-undang dan guaman.... apa lagi tunggu... tak perlu tepis sana sini... straight to the point...

Nampaknya... at least Najib Razak berani... dier dah arahkan peguam glamer dier Muhammad Shafee Abdullah untuk failkan tuntutan gantirugi RM10 juta dan permohonan maaf yang sebenar-benarnya... atas alasan dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu ....

Dalam memoirnya, Thomas berkata Sirul telah memberikan bukti yang membenarkan dakwaan tertuduh bersama Azilah, yang membabitkan keterlibatan Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya. 

Thomas berkata dia diberitahu Sirul sebelum itu telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Australia bahawa dia diarahkan untuk membunuh perisik asing, seperti yang didakwa oleh Azilah.




23 February 2020

Siapa Salah Siapa Benar? Tommy Thomas Atau Muhyiddin Yassin?

Bhai/DeeDee semua...

Banyak orang tanya gua benda nih.... Dan gua siap tanya balik diorang... dah baca ke 11 page dokumen yang Tommy Thomas tu keluarkan??? Dah baca ka.... Gua tau la dokumen tue dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Latin.... so korang dah baca dan fahamkan ker??

Hahaha....

Kalu Bahasa Inggeris pun blur.... banyak tak paham.... jadi jangan nak memandai bagi ulasan bagai..... Hahahaha ... ini semua lenggok bahasa guaman..... yang standard English pon kekadang blur.... huhuhu

Aper pon... kedua-dua orang nih tafsiran perundangan dari Tommy Thomas dan Muhyiddin Yassin adalah betul... sebab kedua-dua mereka mentafsir ikut jurisdiksi yang ada pada mereka...

Muhyiddin Yassin adalah Menteri KDN.... Tommy Thomas adalah Peguam Negara.... lain-lain Jurisdiksi....

Dan korang kena faham istilah perundangan yang mengatakan dibebaskan atau dilepaskan membawa maksud yang berbeza... Suspek LTTE itu jika diteruskan perbicaraan, mungkin akan menang kes atas segi teknikaliti... jadi AG taknak teruskan pendakwaan yang diletakkan dibawah AMLATFA.... Ini tidak bermakna yang 12 suspek itu telah bebas sepenuhnya....

12 Suspek itu boleh saja dikenakan tuduhan atas POTA atau SOSMA atau apa-apa Akta yang lain yang lebih mengikat.... Dan jika cukup bukti maka pada bila-bila masa mereka ini boleh dikenakan tahanan dan pendakwaan sekali lagi....

Ingat.... dibebaskan bukan bermakna dilepaskan.... pendakwaan digugurkan bukan bermakna takkan ader kes baru yang boleh disabitkan..... Kita ader banyak Akta yang lain yang boleh digunakan.... Sila paham tue...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1