Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Wabak. Show all posts
Showing posts with label Wabak. Show all posts

03 January 2023

Tunggu Nak Ada Mudarat Dulu Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Gila aaa... Nak tunggu ada kes mudarat dulu ke baru nak amik tindakan membendung semua nih... Adoilah.... Takkan nak tunggu ader ramai yang mati dulu baru la nak sekat kemasukan pelancong dari China... Tindakan nih tindakan gila.. Tindakan nih la yang boleh menyebabkan PKP satu Malaysia nanti...

Kami rakyat dah takmo hadap semua nih... Kami rakyat dah penat .. kami rakyat dah muak....

Tolong lah dengar pandangan kami.... Yang susah takder kerja.... takder gaji nih kami... Kami rakyat yang tak menjadi kakitangan awam...  Kakitangan awam lain la... kena PKP pun gaji jalan.... dan kami rakyat nih bukan B40 yang banyak dapat macam-macam bantuan dan dana...

Tolong la sekat pelancong dari China... tangguh dulu kemasukan depa.... jangan la jadikan kami mangsa....

Adoilah..... Takkan la tunggu nak ada mudarat dulu ke baru bertindak?


Dua varian Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini telah dikesan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat 31 Dis lepas, terdapat sejumlah 4,148 kes di negara ini yang dijangkiti varian BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.

Bagaimanapun, beliau berkata belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan kedua-dua varian.

“Kedua-dua varian ini tergolong sebagai subketurunan Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Ketururan Dalam Pemantauan (LUM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China,”

01 January 2023

Ini Ke Kualiti Menteri Dalam Kabinet Anwar Ibrahim?

Bhai/DeeDee semua...

Rakyak susah hati.. Rakyat takmo kena PKP lagi... Rakyat taknak harungi masalah dengan Covid-19 lagi.... Rakyat dah serik... Rakyat dah penat...

Ini ke kualiti Menteri dalam Kabinet Anwar Ibrahim??? Adoilah... sekor-sekor Menteri Kabinet macam hamlau... adoilah... macam mana la Anwar Ibrahim boleh pilih mangkuk-mangkuk nih jadi Menteri???

Patutnya sebagai Menteri... kena utamakan rakyat dulu... kepentingan rakyat dulu... keselamatan rakyat dulu... betul la kita perlukan untuk merancakkan ekonomi... tapi kali ekonomi tue datang bersama dengan masalah dan wabak... itu bodoh namanya kalu masih dibenarkan masuk... bangang nak mampos...

Kalu Menteri nih dengan sanak sedara dier nak mampos... lantak dier la... rakyat taknak tau...

Tapi rakyat nakkan keselamatan... rakyat nakkan keterjaminan ... rakyat taknak wabak masuk... Bab mana yang bangkai-bangkai Menteri nih tak paham ni??? Tak reti Bahasa Malaysia ka?? Awat nak kena keluar statement dalam Bahasa Cina?? Dah jadi Menteri tue... utamakan la Bahasa Malaysia ... kalu tak reti Bahasa Malaysia...  pi masuk kelas balik ... belajar...

Rakyat nakkan keselamatan dan penghindaran dari kesan wabak Covid-19 yang sekarang nih sedang merebak di China.... 

Ader paham ka??? 
Anwar Ibrahim nih pekak ka??? Adoilah...



Menteri Pelancongan, Tiong King Sing meminta orang ramai berhati-hati terhadap komen mereka berhubung ketibaan pelancong dari China susulan pembukaan semula sempadan negara itu.

Ini berikutan kebimbangan kedatangan pelancong dari China akan menyebabkan peningkatan semula kes Covid-19 seperti yang dihadapi negara itu ketika ini.

Dalam catatan di Facebook yang ditulis dalam bahasa Cina hari ini, Tiong berkata pelancong dari China tidak sewajarnya merasa tersisih untuk datang ke negara ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa semua orang supaya berhati-hati dalam kata-kata dan tindakan anda, jangan membuat komen yang tidak mesra sebelum anda mengetahui gambaran penuh.

“Jangan merosakkan persahabatan antara Malaysia dan China, atau wujudkan tanggapan bahawa kita tidak mengalu-alukan kedatangan pelancong dari China,” katanya.

Dia menambah sebarang persoalan atau keraguan perlu dibangkitkan melalui "saluran yang betul" bagi mencapai situasi menang-menang.

Awal bulan lalu, China menamatkan dasar "sifar-Covid" bagi membendung wabak berkenaan dengan pembukaan semula sempadan negara ini.

Bagaimanapun, penamatan dasar sifar-Covid turut menyaksikan peningkatan kes dan kematian di China akibat wabak yang disebabkan oleh subvarian Omicron, BA.5 yang lebih berbahaya.

Timbul kebimbangan Beijing tidak memaklumkan mengenai penularan sebenar Covid-19 di negara itu ketika ini, di mana bilangan kes baru dipercayai oleh beberapa pakar berjumlah jutaan setiap hari.

Tindakan Bijak Maghribi

Bhai/DeeDee semua...

KP Kesihatan kata tak ada masalah kalu pelancong dari China datang.... Malaysia ada plan untuk kawal... Tak ada masalah kalu Pelancong dari China datang sini....

Gua cuma nak cakap ... "Kepala Hotak Dier" la...

Biler jadi masalah nanti.... macam-macam la cekadak ... PKP la... kuarantin besar-besaran la... sekatan la... Last-last semua bisnes sangkut... kerja tak dapat buat... nak carik makan pun susah... Dier dan kakitangan awam takper la... gaji langsung tak sangkut....

Bangkai la...

Tengok Maghribi... depa pandai plan... tak rugi pun kalu tak terima pelancong dari China... yang penting satu negara selamat.. satu negara ekonomi masih boleh bergerak... Malaysia nih pikir untung sesetengah pihak ja... yang lain pegi mampos...

Bangkai la...


Maghribi bakal mengenakan larangan masuk kepada pelancong dari China mulai 3 Jan berikutan peningkatan kes Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Luar pada Sabtu.

“Pihak Berkuasa Maghribi memutuskan untuk melarang akses ke wilayah Maghribi kepada semua pengembara yang datang dari China tanpa mengira kewarganegaraan mereka,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian itu.

Keputusan itu dibuat untuk mengelakkan gelombang penularan baru di negara itu.

30 December 2022

Tangguhlah Dulu

Bhai/DeeDee semua...

Pada 24 Disember 2022.... terbit satu berita di MailOnline berkenaan kadar jangkitan Covid-19 di China...

Sehingga 250 juta orang dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 20 hari pertama pada bulan ini di China, demikian menurut anggaran rasmi ketika kekalutan tentang peningkatan kes koronavirus berterusan, lapor portal berita MailOnline.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China percaya bahawa sebanyak 18 peratus penduduk telah dijangkiti selepas Beijing membuat pusingan U dengan memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang kontroversi bulan lalu.

Hospital-hospital dibanjiri pesakit, manakala bilik-bilik mayat juga dipenuhi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Angka rasmi pemerintah China menunjukkan kes menurun, namun ia dipercayai berpunca daripada penurunan ujian saringan berbanding sebelum ini.

Pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa situasi di negara tersebut boleh menyebabkan seluruh dunia kembali ke tahap pertama dalam memerangi Covid-19. - sumber

Jadi .... gua amat bersetuju jika pihak Jabatan Imigresen dan Kerajaan Malaysia mengambil keputusan menangguhkan dahulu kemasukan pelancong dari China ke Malaysia... tak kisah la atas tujuan pelancongan atau perniagaa... Bahaya... kita takmo berlakunya kesan sama macam dulu sehingga satu negara terkena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Jangan hanya kerana duit yang sedikit (hasil dari pelancongan)... kita rugi ratusan juta ringgit malah dikhabarkan sehingga mencecah bilion ringgit nilainya akibat dari kesan PKP dan penutupan industri... Kita dah serik... Kita dulu pun dah nasihat... dan kini kita nasihat lagi sekali...

Tapi kalu Kerajaan Malaysia tetap bodoh... memang tak boleh nak kata apa la..... huhuhu


Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian Covid-19 di negara itu reda.

Presiden Mata Mohd Khalid Harun berkata lonjakan ketara kes Covid-19 di China baru-baru ini meningkatkan lagi potensi varian baru yang bakal muncul sekali gus memberi kegusaran kepada rakyat Malaysia khususnya pemain industri pelancongan.

“Kita semua sedia maklum hospital di seluruh China telah dibelenggu oleh letupan kes Covid-19 berikutan keputusan Beijing untuk menarik balik peraturan ketat mereka.

“Trauma yang dihadapi oleh pemain industri pelancongan akibat Covid-19 masih belum selesai malah banyak agensi pelancongan serta hotel ditutup sepenuhnya akibat Covid-19 dengan kerugian berbilion ringgit dalam tempoh dua tahun yang lalu,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Justeru, dia berharap perkara seumpama itu tidak berulang memandangkan pemain industri pelancongan amat terkesan sebelum ini dan masih dalam proses pemulihan.

Mohd Khalid juga berkata banyak negara telah memperketat kemasukan pelancong atau ahli perniagaan dari China buat masa ini bagi menyekat penularan virus Covid-19.

Dia turut menasihati pemain industri pelancongan Malaysia agar mengalihkan perniagaan mereka kepada pelancong dari Timur Tengah dan Eropah tanpa bergantung kepada China buat masa ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia dijangka menyaksikan lonjakan permintaan penerbangan susulan pembukaan semula sempadan China.

China dilapor akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik Covid-19.

25 December 2022

Macam-Macam Persepsi ...

Bhai/DeeDee semua...

Covid-19 adalah satu wabak penyakit... Ianya memang bahaya... menyebabkan masalah pernafasan.. Betul ada ramai orang yang mengatakan bahawa Covid-19 nih sekadar hoax jer.. Ada juga yang menolak langsung semua perkara terkait Covid-19 termasuklah pemvaksinan... Malah mereka mengatakan bahawa Vaksin Covid-19 itu sebenarnya yang lebih membahayakan nyawa mereka...

Anti-Vaksin ada dimana-mana.. Bukan sahaja di negara membangun, negara mundur.... tapi juga di negara maju... Pandangan manusia ada pelbagai... macam-macam persepsi... Nak buat macam-mana... ianya seperti macam pandangan tentang parti politik... ditipu berkali-kali oleh sesuatu parti politik pun tetap juga bertegas nak mengundi dan menyokong parti politik yang itu  juga... Hahaha

Kebodohan itu kekal.. ketaksuban itu juga kekal.... Sebab itulah Syaitan berjaya... berjaya menghasut manusia.... walaupun manusia tahu syaitan itu musuhnya yang nyata....

Apa pun.. gua berharap sangat agar Kerajaan Malaysia kekal mengadakan ujian yang ketat di semua pintu masuk negara ini (darat, laut dan udara) untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dari China dan negara lain... Saringan dan penilaian serta pemantauan yang ketat perlu sentiasa dikuat-kuasakan.

Kita taknak varian baru wabak ini dari menular di sini... Kita taknak impak Covid-19 menyusahkan urusan harian masyarakat Malaysia....

Covid-19 is real ... kepada yang tak percaya kepadanya, gua harap korang tak kena la Covid-19 sehingga ketahap perlu ditidurkan.... tapi kalu itulah sesuatu yang perlu untuk menyedarkan korang... apa salahnya kan... Huhuhu...


Sehingga 250 juta orang dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 20 hari pertama pada bulan ini di China, demikian menurut anggaran rasmi ketika kekalutan tentang peningkatan kes koronavirus berterusan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China percaya bahawa sebanyak 18 peratus penduduk telah dijangkiti selepas Beijing membuat pusingan U dengan memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang kontroversi bulan lalu.

Hospital-hospital dibanjiri pesakit, manakala bilik-bilik mayat juga dipenuhi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Angka rasmi pemerintah China menunjukkan kes menurun, namun ia dipercayai berpunca daripada penurunan ujian saringan berbanding sebelum ini.

Pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa situasi di negara tersebut boleh menyebabkan seluruh dunia kembali ke tahap pertama dalam memerangi Covid-19.

Imuniti rendah yang berpunca daripada kadar vaksinasi tidak meluas dan kekurangan jangkitan sebelum ini akibat dasar sifar Covid, menjadi pendorong kepada gelombang Covid-19 di China pada masa ini.

Sehingga sejuta orang dibimbangi berisiko meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang, demikian menurut satu unjuran yang mengejutkan.

Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC), Sun Yang mendedahkan angka terkini itu semasa taklimat kesihatan Rabu lalu, lapor akhbar Financial Times.

Angka itu termasuk 37 juta orang yang dijangkiti Selasa lalu sahaja yang menyumbang kira-kira 2.6 peratus daripada penduduk China. Yang berkata, Covid-19 kini merebak pada kadar yang lebih cepat.

Kira-kira separuh daripada penduduk di bandar raya Beijing dan Sichuan telah pun dijangkiti, kata sumber pula.

27 January 2022

Hanya Placebo Sebenarnya?

Bhai/DeeDee semua...

Gua tatau ujudnya video yang tular mengenai ujian terhadap vaksik Covid-19 yang mendapati ianya adalah sekadar placebo semata-mata... Sungguh... gua masih belum dapat video tersebut...

Tapi gua tak terkejut kalu ader vial (bekas) Vaksin Covid-19 yang sebenarnya hanyalah placebo .... sebab dalam banyak kes... pengilangan vaksin pun sudah dilihat terlalu komersial...

Ianya bukan sesuatu yang mengejutkan... cumanya... perkara sebegini adalah sesuatu yang tak wajar... Memang tak wajar ianya berlaku. .... Bayangkan penerima vaksin mati-mati ingat mereka telah divaksinkan dengan secukupnya... tapi rupanya ianya adalah placebo semata-mata...

Giler aaa




22 September 2021

Bukan Keperluan Mendesak

Bhai/DeeDee semua..

Satu perkara yang gua frust dengan Malaysia nih aderlah salah tadbir urus dalam sistem Kerajaan Malaysia... dimana benda yang bukan mustahak... lebih didahulukan...

Contoh ader dalam snapshot di bawah ini...

Sepatutnya dalam keadaan kemelesetan ekonomi nih disebabkan oleh wabak.... kita kena dahulukan penyelesaian kepada isu wabak... tapi nampaknya kita bazirkan kepada benda-benda yang tak perlu...




12 August 2021

Kerja Gila Kementerian Pendidikan Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Mari kita ambil kira senario ini.... senario dimana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bercadang nak buka kembali sesi persekolahan secara bersemuka.... macam biasa pada 1 September 2021 ini...

Katalah sebuah sekolah itu mempunyai pelajar seramai 800 orang.
Kakitangan sekolah pula adalah sekitar 45 orang tak termasuk 4 orang Jaga dan 6 orang kakitangan kantin.

Jika berlaku jangkitan Covid-19...

800 keluarga pelajar juga akan dikira kontak rapat... termasuklah juga 55 orang kakitangan sekolah, jaga dan kantin...  ini bermakna 855 keluarga adalah kontak rapat..

Katakanlah setiap keluarga ini mempunyai 4 orang anggota keluarga... ini bermakna 3420 orang perlu dikuarantin .... ini belum lagi kalu ader ibu bapa yang tak perasan mereka adalah kontak rapat... dan mereka pula telah pergi ke pejabat....

Bagaimana pula bilangan kontak yang lainnya.... ramaikan...

Jadi ... kebodohan apakah Menteri Pendidikan yang gila nak bukak sekolah pada 1 September 2021 ni?? Adoilah.



13 July 2021

Sukarelawan MyVAC pun terjangkit positif Covid-19.

Bhai/DeeDee semua...

Bila Petugas Pun Dijangkiti Virus : 204 petugas pusat vaksinasi di Shah Alam positif Covid 19

Satu yang merisaukan kita bilamana petugas dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pun terjangkit dengan Virus Covid-19. Adoilah.. Ini cukup bahaya. Sebab jika perkara ini berlanjutan dan merebak... maka dijamin tidak akan ader sesiapa yang akan menawarkan diri mereka menjadi sukarelawan...

Ini bukan benda main-main... Ini serius dan ini kritikal. Tiada siapa sukarelawan yang menjadi petugas di Pusat Pemberian Vaksin mahu dijangkiti positif Covid-19.

Harap benda macam ini dapat ditangani dengan baik dan segera...

#Sukarelawan #PositifCovid #PPV

11 July 2021

Brazil sudah kronik. Jumlah kematian akibat Covid-19 adalah lebih 500 ribu orang.

Bhai/DeeDee semua...

Brazil sudah kronik. Jumlah kematian akibat Covid-19 adalah lebih 500 ribu orang.

Brazil dilanda gelombang jangkitan Covid 19 baharu... angka keseluruhan dah cecah lebih 19 juta orang... Harapnya benda camnie tak jadi kat Malaysia. Kalu jadi... memang naya... Huhuhu

Ya Allah... Selamatkanlah Malaysia...

#WabakCovid #PusatPemberianVaksin #Vaksin

08 July 2021

Lebih 38,000 kes baru, doktor Indonesia tentukan siapa 'terus hidup'

Bhai/DeeDee semua...

Kes meningkat naik. Makin tinggi di Indonesia. Tambah pulak ader varian baru virus Covid-19. Ramai yang mati... ramai yang terjangkiti..

Kita di Malaysia pun hari ini naik kes ke 8868 ... banyak tue.. takkan nak tunggu naik ke 15000 kes sehari baru nak beringat... huhuhu

#VaksinCovid19 #PusatPemberianVaksin #Nyawa

21 May 2021

Kebodohan Itu Nyata

Bhai/DeeDee semua..

Kebodohan itu nyata... mana tak bodoh... dalam keadaan wabak pun masih tegar tak mahu menjaga keselamatan diri sendiri dan keluarga... Jadi bila dah terkena wabak... jangan la salahkan orang lain...  Tak kisah la belum kena ka... atau akan kena kan... atau antibodi kuat lar.... no... Allah Taala larang bunuh diri..

Kalu tak jaga kesihatan dalam keadaan wabak tue... maksudnya dah dikira bunuh diri...

Tapi kalu dah bodoh, bebal dan bangang... memang tak boleh nak kata apa...

Spesis ni memang bercambah dari hari ke hari... dan tak terkecuali ader gak dalam kalangan pembaca dan pelayar blog ini... Betul la... bukan semua pembaca dan pelayar blog ini sehaluan dengan gua... Hahaha... gua tak kisah pon sebenarnya... sebab yer la... kita bukan boleh paksa orang...

Tapi gua tetap mengatakan... kebodohan itu kekal nyata... dan ianya sebenarnya satu penyakit... penyakit mental... Hahaha



19 May 2021

Kebodohan Bukan Satu Jenayah

Bhai/DeeDee semua...

Hanya kerana ada yang bodoh, bebal dan bangang... maka ramai la yang terjangkiti dengan wabak Covid-19.... Payah nak buat kalu dah bodoh, bebal dan bangang...

Dah orang kata kalu sakit, demam atau batuk... dok la kuarantin diri sendiri... tapi takmo nak ikut... siap ada yang keluar berjalan-jalan... belum lagi yang siap pi solt berjemaah... sanggup solat dalam gelap pasai takmo kena tangkap...


Bodoh tak boleh diajar... bijak tabley diikut...

Bangang aaa...



08 February 2021

Salute Buat Hotel Hatten Melaka

Bhai/DeeDee semua..

Semua orang terjejas teruk semasa PKP nih... semua bahana sebab wabak Covid-19 nih... merana orang... kilang dan pejabat ditutup... ramai yang dibuang kerja... malah hotel ternama pun hilang tempahan penginapan yang biasa...

Dah terlalu banyak hotel yang telah bungkus... tutup dan terpaksa membuang semua pekerjanya...

Dan kini... Hotel Hatten yang terkenal di Melaya bertaraf 5 bintang juga terkena kesan yang agak teruk... Demi untuk terus mengekalkan operasi dan kakitangan sedia ada... terpaksa la berbuat sesuatu...  dan bagi Hotel Hatten Melaka nih... mereka terpaksa membuka khidmat dapur untuk menjual juadah Nasi Bajet Hotel Hatten pada harga RM2

Salute buat Hotel Hatten Melaka kerana berani mengambil cabaran ini demi untuk kekal berada didalam industri perlancongan ini....   Sebelum ini Red Rock Hotel di Pulau Pinang telah menjual juadah pada harga RM3

Dan diharapkan mereka dapat tempuh gelombang kegawatan ekonomi ini dengan baik demi kakitangan hotel yang komited...

Jom sama-sama #kitajagakita



01 February 2021

Ekonomi Makin Teruk, Tapi Kerajaan Masih Leka

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum bahawa ekonomi Malaysia sebenarnya rapuh... rapuh yang agak melampau bilamana kesan langsung akibat dari wabak Covid-19 sebenarnya mengancam lebih teruk kepada keseluruhan sistem ekonomi dan kewangan Malaysia..

Betapa payahnya kita nak bertahan dengan menggunakan beberapa sovereign fund yang kita ader... dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera... serta beberapa dana lagi...

Jika sebelum ini kita dapat mentadbir 1MDB dengan lebih baik, telus dan menguntungkan... tentunya kita masih boleh bertahan lebih lama dalam menghadapi kemelut ekonomi dan kesihatan ini...

Tapi ialah... siapa yang dapat menjangka apa yang akan terjadi... dalam keadaan kolam takungan yang kita ada pun dah dikeringkan airnya sebelum ini atas sebab salahlaku yang berlaku,... jadi bila keadaan kemarau ini berlaku... memang tak boleh bertahan lama...

So... kerajaan kena proaktif... cukup-cukuplah berpolitik untuk mengekalkan kuasa... mengekalkan jawatan .. ini semua retorik... Kena bingkas cepat dan pantas... kena jadi hybrid... kena berubah... Jika lambat sedikit jer... kita memang akan menerima kesan yang amat teruk... amat memberikan kesan yang lama untuk pulih... itu pon kalu boleh pulih...

Kalu kojol macam mana??? Hahaha ... janganlah leka...







18 January 2021

Kebenaran Rentas Negeri Hanya Untuk Orang Awam Sahaja

Bhai/DeeDee semua....

Di Malaysia nih ... undang-undang memang ikut kasta... Kalu anda tergolong dalam kasta rendah... iaitu orang awam biasa... semua undang-undang akan diberatkan buat anda... apa sahaja yang anda buat berpotensi untuk dikenakan tindakan undang-undang...

Tapi ...

Tapi tidak untuk kasta atasan.... kasta tinggi macam pemimpin Kerajaan atau Dewa Kayangan serta kerabat mereka... kalu pun ader kena denda setelah dikecam oleh rakyat... biasanya denda akan dikenakan pada kadar yang minima... kadar berdiskaun....

Contoh... ketika kebenaran rentas negeri dan negara tidak dibenarkan... Dewata Raya boleh pulak pergi ke Qatar..... konon dapat jemputan dari pemimpin sana... siap kos logistik dan penginapan serta makanan ditaja sepenuhnya... satu konvoi pergi...

Takder apa yang kena...

Nih satu lagi...  Azmin Ali pulak dengan sewenangnya pergi rentas negeri sampai ke Pengerang, Johor konon ader program anjuran MITI ... katanya program ini dapat kebenaran MKN.... Hahaha.... mudah sangat buat kebenaran nih... pelik aaa...

Kata nak membendung jangkitan wabak Covid-19... tapi serupa macam hampeh ja... boleh plak buat perkumpulan.... buat makan-makan... adoilah...


Misi bantuan banjir Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diadakan di daerah Kota Tinggi hari ini dilaksanakan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya misi itu diadakan bagi membolehkan kementerian turut terlibat dalam membantu rakyat yang terjejas banjir, khususnya dari segi pembersihan dan bantuan lain.

“MKN memberikan kelulusan untuk misi ini diteruskan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berbentuk barangan keperluan asas selain bergotong-royong membersihkan beberapa kawasan terjejas oleh bencana itu di Kota tinggi.

Beliau ditanya sama ada misi itu mendapat kebenaran merentas negeri memandangkan negara kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan yang turut menyaksikan larangan merentas daerah dan negeri bagi yang negeri-negeri yang berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata semua yang terlibat dalam misi itu sentiasa diberi ingatan agar mematuhi SOP termasuk menjaga penjarakan fizikal.

Misi pascabanjir MITI itu turut mendapat kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

07 January 2021

Kos PRU15 Mungkin Lebih Dari RM1.5 Bilion

Bhai/DeeDee semua...

Betul... kita kena paham... kos perlaksanaan PRU15 memang akan tinggi lebih dari nilai jangkaan sekitar RM1.5 Bilion. ... macam apa yang Takiyuddin Hassan cakap dan bagitau.. ini kerana kos sampingan yang menambahkan beban kepada kos yang memang sedia ada... Itu pon kalu kita masih berjimat...

Jadi... untuk melaksanakan PRU15 dalam tempoh wabak Covid-19 nih adalah sesuatu yang wajar dielakkan...  bukan setakat kepada kos... tapi lebih kepada maslahat umum... kesihatan rakyat... dan kita takmo nak membazir lagi banyak kos untuk kesihatan rakyat dalam keadaan kantung negara yang makin tipis akibat dari menangani masalah wabak ini...

Itulah yang pasti akan difikirkan oleh YDP Agong bilamana ada ura-ura untuk membuat PRU15.. Sudah pasti YDP Agong akan tolak cadangan ini dengan alasan yang paling munasabah....

So... gua tak nampak akan berlaku PRU15 dalam tahun 2021 nih... maaf cakap la... memang maaf cakap la... takder gaya takder cara.... no way.... nothing near it... sori aaa..

Jadi... option yang ader cuma seperti yang gua tulis sebelum ni.... BERSATU beri ruang kepada UMNO untuk lead Perikatan Nasional (PN).... dimana Muhyiddin Yassin akan letak jawatan PM dan beri peluang kepada Ahmad Zahid Hamidi untuk jadi PM... persoalan sama ader  Muhyiddin Yassin akan jadi TPM tu gua tak tau... susah nak jangka...

Dan yang ini amat mudah untuk YDP Agong approved kan... sebab tak melibatkan PRU15... dan tak melibatkan kos yang banyak keluar... ini cara transisi paling nyaman... paling mudah... paling sempoi... PAS pulak maybe akan kekal jawatan dan posisi mereka dalam Perikatan Nasional (PN).. itu pon kalo PAS nak menjilat ludah mereka sendiri dan menghilangkan kemaluan mereka..

Aper pun... ini proses yang damai... dan peluang untuk kita lihat cara ini adalah tinggi.. hahaha



04 January 2021

Akhirnya ... Kita Sendiri Yang Jaga Kita

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya... yang menyelamatkan rakyat terbanyak bukanlah Kerajaan Malaysia pimpinan Perikatan Nasional...  akan tapi yang menyelamatkan rakyat adalah dari dana simpanan rakuat itu sendiri...


Awal pagi tadi begitu ramai yang telah berkongsi info ini didalam media sosial mereka... ramai yang bergembira dengan kelulusan pengeluaran i-Sinar dari KWSP.. Hampir semua media sosial utama penuh dengan paparan kelulusan i-Sinar ni... tidak terkecuali di beberapa blog dan portal...

Dari apa yang dilihat... benar... rakyat amat terkesan dengan wabak Covid-19 nih... dan kelembapan ekonomi yang terhasil darinya... Itu memang boleh dijangkakan... dan ekonomi ini juga dijangka akan pulih mengambil masa yang panjang... maybe sehingga 3 tahun..

Apa yang pasti... rakyat tidak nampak dan tidak rasa gembar gembur kononnya Kerajaan Malaysia banyak membantu dalam menyediakan dana dan bantuan..... yang mereka nampak... duit mereka sendiri yang lebih digunakan untuk mereka sendiri...

Dari dana i-Lestari KWSP sampailah ke i-Sinar KWSP ....

Tapi... Kerajaan Malaysia pimpinan Perikatan Nasional bukan main berbangga kononnya dapat membantu rakyat dengan KWSP... walhal semua orang tahu duit dalam KWSP itu adalah duit rakyat.... bukannya duit Kerajaan Malaysia....

Tapi itulah.... apa nak diharapkan.... Akhirnya ... Kita Sendiri Yang Jaga Kita
Huhuhu

28 March 2020

Bala Apa Pulak Lepas Ni???

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang kita dapat lihat kesan dari Covid-19 nih adalah banyak negara yang kelihatan seperti "Headless Chicken" .. dimana para pemimpin negara tersebut kelam kabut dan tidak tahu apa yang nak dibuat...

Segala planning semua caca marba... semua kelam kelibut... pening

Tambah lagi dengan kantung negara yang cukup-cukup makan jer... memang tak menunjukkan boleh selamat dari kesan rantaian ekonomi yang bertimpa-timpa.... Tambah dengan kos penyediaan kemudahan kesihatan yang memakan belanja yang cukup besar...

Sekarang nih... Indonesia (yang penduduknyan ada seramai 330++ juta) sudah terkena wabak Covid-19 nih.... dan mereka kini difasa pertama.... sama seperti India..... bayangkan... dengan jumlah penduduk yang begitu ramai... Indonesia diramalkan akan terkena impak Covid-19 kepada hampir separuh warganegaranya...

Bayangkan impak ekonomi yang akan berlaku..

Bagaimana ini akan memberi kesan kepada negara serantau... dimana Malaysia dan Thailand masih lagi pening nak mengendalikan kes ini....

Teruk bhai... tambah lagi USA telah menjadi juara Covid-19 dimana lebih 100 ribu warganya terkena Covid-19 dan kadar kematian disana telah meningkat dengan mendadak dalam 24 jam...

Bala apa pulak lepas ni??? Moga Allah Taala melindungi kita...

Aamin Ya Rabb

25 March 2020

Hantavirus Lah Pulak

Bhai/DeeDee semua...

Selepas COVID-19 nih... semalam ader kes kematian dalam sebuah bas di China disahkan menghidap virus yang lebih merbahaya... iaitu HANTAVIRUS .... virus #hantavirus nih adalah satu virus yang dah ujud sejak 1950 semasa perang Amerika - Korea di Korea (Hantan River)

Virus nih merebak melalui tikus jika manusia terkena / makan darah tikus

Setakat ini US Center for Disease Control (CDC) masih lagi memantau HANTAVIRUS nih... dan jika ianya merebak maka tindakan proaktif akan diambil...

Jadi... stay safe... stay indoor ... eat only healthy food...

Semoga Allah mengehsani kita.... Aamin Ya Rabb

Rujukan ;

1. Kes kematian melibatkan HANTAVIRUS di China
2. US Center for Disease Control (CDC)

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1