Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Show all posts

07 April 2023

Akhirnya Ada Ahli Ekonomi Bersuara

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah banyak kali cerita.... seperti yang ditulis oleh gua sebelum nih...

Apa pun layan la hujah Ahli Ekonomi nih pulak.... Hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Membenarkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran untuk membuat pinjaman kecemasan sebenarnya tidak menyelesaikan masalah kewangan rakyat, kata pakar ekonomi.

Hal itu kerana - antara lain - disebabkan ia tidak memenuhi keperluan rakyat untuk mendapat akses kecemasan kepada dana dan tidak akan memberi manfaat kepada golongan yang paling memerlukan bantuan kewangan kerana kekangan skim tersebut.

Profesor ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Geoffrey Williams berkata ia disebabkan oleh had pinjaman RM3,000 dan had tidak boleh meminjam lebih daripada apa yang ada dalam Akaun 2 KWSP mereka.

“Kebanyakan orang termiskin tidak mempunyai apa-apa dalam akaun mereka. Sekitar 75 peratus ahli KWSP tidak akan mendapat manfaat dan kebanyakannya (kumpulan pendapatan) M40 dan T20 akan mendapat faedah itu,”

Kelemahan lain katanya ialah pemberi pinjaman masih akan mendapat wang dan menghabiskan simpanan pencarum yang menggunakan skim pinjaman KWSP, melainkan mereka membayar balik sebelum tenpoh pinjaman tamat.

15 January 2023

i-Finale : Apa Pandangan Korang?

Bhai/DeeDee semua...

Ada ramai sebenarnya yang menyokong usaha Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) yang sedang mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk meluluskan pengeluaran fasa ke empat simpanan KWSP sampai maksimum RM30 ribu.

Sungguh memang ramai yang menyokong...

Gua pun sama juga.... tapi itu pandangan peribadi gua... Apa pulak pandangan korang??? Amacam okeh ka idea nih???

i-Finale KSWP

Sekumpulan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertimbangkan satu lagi skim pengeluaran awal KWSP sehingga RM30,000.

Mewakili pihak pencarum, Presiden Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) Khairul Anuar Othman berkata pengeluaran awal diperlukan sebagai penyelesaian jangka pendek bagi mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

15 December 2022

Bertabahlah Elya

Bhai/DeeDee semua...

Relaks aaa... setakat KWSP punya sistem jer demam.. Elya sihat walafiat jer... jangan la korang risau.. hahaha... Bertabahlah Elya... jangan lupa makan ubat aaa...

Save recovery aaa... Hahaha... Pun Intended...


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami masalah gangguan perkhidmatan sementara di semua cawangannya termasuk aplikasi i-Akaun KWSP, hari ini.

KWSP memaklumkan perkara tersebut kepada orang ramai dalam satu hantaran di akaun Facebooknya, serta sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan itu.

“Pihak KWSP sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan dan akan memberi maklumat terkini dari semasa ke semasa. Sebarang kesulitan amat dikesali,” katanya.

Namun gelagat lucu netizen di ruangan komen, rata-rata mendoakan watak animasi Elya yang sinonim sebagai penasihat dalam talian laman sesawang KWSP, kerana dikhuatiri ‘jatuh sakit’ seiiring dengan masalah gangguan perkhidmatan tersebut.

“Elya masuk wad ke.. adoi semoga cepat sembuh Elya.. Lepas keluar hospital jangan lupa KWSP bersasar,” komen seorang netizen.

“Mungkin Elya pergi kursus kahwin, musim-musim orang berkahwin pula kan,” komen netizen yang lain pula.

Bagi yang tidak mengetahui, watak Elya popular sebagai penasihat kewangan dalam talian KWSP dimana ia akan muncul setelah pemohon mengisi maklumat nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit serta menjawab beberapa soalan.

14 March 2022

Pencarum KWSP serah memorandum desak pengeluaran RM10,000

Bhai/DeeDee semua...

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetap mendesak pengeluaran wang RM10k daripada akaun KWSP mereka. Desakan ini nampaknya akan terus dibuat dari masa ke semasa dan ini mendedahkan Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Ismail Sabri dalam keadaan serba salah.

Adakah akan tumbangnya Kerajaan PN sedia ada ini akibat dari tekanan dan desakan pengeluaran wang KWSP? Itu kita kena tunggu dan lihat.

#KWSP #RM10K #iCitra #OneOff #Caruman #PengeluaranKhas #CipanTapirTenuk #SocialCritics

04 January 2021

Akhirnya ... Kita Sendiri Yang Jaga Kita

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya... yang menyelamatkan rakyat terbanyak bukanlah Kerajaan Malaysia pimpinan Perikatan Nasional...  akan tapi yang menyelamatkan rakyat adalah dari dana simpanan rakuat itu sendiri...


Awal pagi tadi begitu ramai yang telah berkongsi info ini didalam media sosial mereka... ramai yang bergembira dengan kelulusan pengeluaran i-Sinar dari KWSP.. Hampir semua media sosial utama penuh dengan paparan kelulusan i-Sinar ni... tidak terkecuali di beberapa blog dan portal...

Dari apa yang dilihat... benar... rakyat amat terkesan dengan wabak Covid-19 nih... dan kelembapan ekonomi yang terhasil darinya... Itu memang boleh dijangkakan... dan ekonomi ini juga dijangka akan pulih mengambil masa yang panjang... maybe sehingga 3 tahun..

Apa yang pasti... rakyat tidak nampak dan tidak rasa gembar gembur kononnya Kerajaan Malaysia banyak membantu dalam menyediakan dana dan bantuan..... yang mereka nampak... duit mereka sendiri yang lebih digunakan untuk mereka sendiri...

Dari dana i-Lestari KWSP sampailah ke i-Sinar KWSP ....

Tapi... Kerajaan Malaysia pimpinan Perikatan Nasional bukan main berbangga kononnya dapat membantu rakyat dengan KWSP... walhal semua orang tahu duit dalam KWSP itu adalah duit rakyat.... bukannya duit Kerajaan Malaysia....

Tapi itulah.... apa nak diharapkan.... Akhirnya ... Kita Sendiri Yang Jaga Kita
Huhuhu

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1