Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

20 January 2021

Dari Papan Hitam Ke Digital (Siri 1)

Bhai/DeeDee semua...

Sekarang kita mengalami PKP 2.0 ... dan dah hampir setahun Malaysia terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)... dan dalam tempoh itulah juga para pelajar di Malaysia menjalani eksperimen bersekolah secara maya... bersekolah dari rumah.... menggunakan teknologi digital...

Dari itu kita dapati tidak ada satu kesepakatan nyata yang seragam berlaku antara sekolah-sekolah di Malaysia bagaimana mereka mengadaptasikan pembelajaran secara maya (digital schooling and learning)...

Betul banyak yang mengadaptasikan Google Classroom, Google Calendar, Google Meeting dan Whatsapp. Malah ada juga yang melakukan sesi pembelajaran secara maya menggunakan perisian Zoom dan sebagainya... Akan tetapi terlihat banyak kejanggalan serta kekurangan yang terkesan kepada pelajar.

Ada pelajar yang dapat memanfaatkan semua teknik digital ini kerana mereka mempunyai peralatan dan kemudahan yang cukup lengkap dengan prasarana dan akses Internet yang laju... tapi ramai pula yang ketinggalan atas sebab kekurangan dana, peralatan, pekakasan dan akses.

Kita kena sedia maklum.... untuk Malaysia berjaya melaksanakan sekolah secara maya ini.... perkara pertama yang kita kena pastikan adalah liputan akses kepada Internet di seluruh Malaysia berada pada tahap optimum, luas sebarannya pada harga yang mampu milik... Jadi kita kena berbalik kepada kemudahan prasarana Internet... Kebanyakan kandungan (content) pembelajaran sedia ada didalam Internet perlukan sekurang-kurangnya kelajuan sekitar 2Mbps yang stabil ... tapi berapa banyakkah kawasan yang kita boleh capai data berkelajuan 2 Mbps di seluruh Malaysia. Bagaimana pula harga data yang wajib dibayar? Berapa nilaikah yang selayaknya dibayar sebulan dengan data sebanyak sekian-sekian itu.

Dari apa yang gua perhatikan....  cara mudah dan murah untuk berikan akses kepada Internet di Malaysia adalah dengan liputan secara tanpa wayar (wireless) ... Ini boleh dilakukan dengan memperkemaskan kawasan liputan selular berdaya 3G dan keatas... Untuk pengetahuan semua... teknologi 3G memberikan kelajuan minima 144kbps secara tetap sehingga 3.1Mbps pada jarak liputan sehingga 8 km... Tapi ini bergantung kepada kontor mukabumi dan jarak saling hubungan diantara menara pemancar dan peralatan selular penerima.

Jadi... untuk memastikan kawasan liputan yang terbaek....kita perlukan setiap menara selular ini disambungkan secara terus dengan jalinan kabel Fiber Optics menggunakan konsep last mile. Boleh juga kita memanfaatkan teknologi MESH antara semua menara pemancar selular...

Untuk menjimatkan kos.... Disini satu cadangan dari gua....

  1. Kita kena memanfaatkan semua menara pemancar selular milik telco sedia ada dan mempertingkatkan kapasiti data internet pada setiap menara. Semua menara pemancar sedia ada mestilah disambungkan dengan akses fiber optics berkelajuan tinggi. Bagi mana-mana menara pemancar geganti (relay @ repeater)... kelajuan akses minima Internet bagi menara tersebut mestilah tidak kurang dari 1Gbps
  2. Kita juga boleh memanfaatkan semua jalinan menara penghantaran elektrik berkapasiti tinggi milik Tenaga Nasional (TNB) dan SESB untuk membawa sambungan Fiber Optics ke kawasan pedalaman ... dan kira memanfaatkan Sub Station TNB/SESB sedia ada di seluruh Malaysia sebagai kawasan dimana pemasangan pemancar WiFi WISP (last mile) berkelajuan paling kurang 10Gbps ... dan mana-mana menara pemancar selular milik telco sedia ada mendapat FEED internet secara fiber optics dari SubStation TNB ini.
  3. Kita mesti memanfaatkan semua talian gantung (overhead cable) yang membawa talian elektrik di Malaysia milik TNB dan SESB juga membawa kabel Fiber Optics dari SubStation TNB/SESB terdekat kepada mana-mana menara pemancar selular atau Wireless ISP (WISP)... Ini perlukan satu perintah mandatori dari pihak Kerajaan Malaysia melalui SKMM dan Kementerian Tenaga.
  4. Kos memasang talian Fiber Optics berkelajuan tinggi dapat dijimatkan jika kita dapat memanfaatkan penggunaan sama rata tiang-tiang penghantaran elektrik milik TNB/SESB secara gegantung (overhead cable) secara perkongsian
  5. Malaysia perlu ada satu konsortium bebas bagi mengendalikan fasiliti Internet (dengan kawalselia Kementerian) dan melaksanakannya sebagai satu khidmat utiliti awam dimana sambungan Fiber Optics secara Dark Fiber adalah ditetapkan pada minima 100Gbps.. terbaik kalu kita dapat manfaatkan sambungan Point of Presence (POP) dark fiber optics ini kepada kelajuan 1 Tbps. Konsortium bebas ini mestilah bebas dari monopoli pihak-pihak tertentu.
  6. Plan HSBB sedia ada sebenarnya cantik namun dipengaruhi oleh sikap monopoli pihak tertentu yang akhirnya menjahanamkannya.
  7. Umum mengetahui bahawa menara-menara pemancar BestariNet yang dipasang dikawasan sekolah di Malaysia adalah milik Kerajaan Malaysia dan bukannya milik syarikat YTL. Oleh itu secara otomatisnya.... kita boleh memanfaatkan menara pemancar tersebut untuk memberikan sambungan WiFi secara WISP kepada kawasan sekitar sekolah secara Point to Multi Point (PtMP). Penggunaan peralatan Wireless Fidelity seperti Motorola Cambium, Mimosa atau Ubiquiti Mesh kita boleh gunakan untuk berikan manfaat kepada kawasan sekitar sekolah pada jarak sehingga 5km
  8. Boleh juga kita memanfaatkan Menara Azan Masjid sebagai Menara Pemancar untuk PtMP atau juga sebagai Point to Point (PtP) bagi menjadi relay kepada menara pemancar masjid yang berhampiran. Untuk pengetahuan anda yang bukan wireless technology expert. Kita boleh memancarkan secara baik Wireless Fidelity (WiFi) secara PtP ini pada kelajuan 1 Gbps sehingga sejauh 25 km (line of sight) saling nampak. Pernah gua test kemudahan PtP menggunakan peralatan wireless Mimosa dari Dungun Terengganu ke Pulau Tenggol berjarak 27.2 km pada kelajuan 1.5 Gbps. Ujian ini dilakukan sekitar tahun 2014 dan ianya berjaya.
Cukup setakat ini bagi Siri Pertama ini.

InsyaAllah akan ada sambungan lagi ...






2 comments:

  1. Aduss apa ni bhai. Poning den.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    Saya bersetuju dengan pandangan yang Tuan berikan. Benar, pembelajaran atas talian boleh dilaksanakan dengan lancar sekiranya infrastruktur internet kita cukup mantap, dan sekarang ini masih lagi belum 'up to par'.

    Berkenaan cadangan Tuan menggunakan rangkaian tiang-tiang penghantaran TNB, saya sangat bersetuju. Setahu saya, sistem penghantaran TNB memang sudah dibina dengan fibre-optic untuk fault monitoring. TNB pun sebenarnya juga boleh menjadi telco pembekal broadband di Malaysia yang paling luas jangkauannya berbanding TM kalau ia mahu.

    Cuma yang saya nampak, kepentingan bisnes dan menjana keuntungan semaksimum mungkin masih lagi menjadi keutamaan utama berbanding keperluan 'tanggungjawab sosial'. Syarikat-syarikat ini ada kemampuan dan sumber tetapi tidak diggunakan dengan sepenuhnya.

    Sekiranya TM, TNB dan Telco swasta yang lain boleh mengumpul segala sumber mereka bersama-sama bagi kepentingan rakyat dan kerajaan turut menyokong dengan polisi-polisi yang betul, kita tidak akan mengalami masalah ini. Kita ada polisi, tetapi implementasi masih lagi tidak 'keras'. Kalau macam ini, kita hanya bermain dengan teori semata-mata.

    Sekadar pendapat saya.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1