Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 August 2018

Sedikit Pencerahan

Bhai/DeeDee semua...

Gua nak kasik sikit pencerahan..... Ini apa yang gua tahu...

Malaysia memiliki lebih dari 10 agensi risikan yang beroperasi didalam dan diluar negara... Ader agensi risikan yang Kerajaan Malaysia akan mengaku yang ianya milik mereka... dan ader gak yang Kerajaan Malaysia tidak akan mengaku memilikinya...

Yang ini lu orang tak payah nak pecah kepala stadi bagai.... biarkan dier jalan macam tu ja....

Cumanya... ader agensi yang diletakkan dibawah seliaan eksekutif (yakni yang dibawah Jabatan Perdana.Menteri) dan segala urusannya biasanya adalah ditentukan oleh kehendak politik...

Adee juga agensi yang dibawah kuasa YDP Agong.... yang ini kuasanya meluas dan biasanya tidak dipengaruhi oleh kehendak atau sentimen politik... tapi lebih kepada keselamatan dan kedaulatan negara...

Ader guna yang bebas tanpa diletakkan dibawah mana-mana kuasa... tapi  masih melaporkan kepada YDP Agong... dan yang ini biasanya melakukan operasi senyap diluar negara bagi kepentingan negara... Dan yang ini operasinya melangkaui isu keselamatan dan kedaulatan..  malah ianya juga termasuk urusan ekonomi dan teknologi...

Dan gua nak bagitau jugak.... bahawasanya... walau dimana pun dalam dunia ni yang ader melibatkan kepentingan Islam .... disitu pastinya akan ader agensi risikan Malaysia yang terlibat sama ader secara terus atau menggunakan proksi...

Cakap jer di mana yang agensi risikan Malaysia tak pernah beroperasi... Asia Barat, Asia Tengah, Eropah, Blok Russia, Asia Timur, Asia Tenggara, Australasia, Pasifik malah sampai ke konflik di Afrika dan Benua Amerika...  Hehehe... banyak bos... cuma tak larat nak citer ja... even sampai ke Israel pon ader agensi risikan Malaysia buat kerja...

So.... ader orang tanya gua tentang MEIO.... yang ini gua tak minat nak ulas sebab depa bawah kuasa eksekutif.... mudah ikut telunjuk... huhuhu... cuma satu ja nak komen... harap SPRM tak payah la buat gempak media nak soal sorang-sorang Ketua Stesen ... sebab nanti akan mendedahkan risiko keselamatan dan operasi banyak "safe house" kita yang dikendalikan oleh Ketua Stesen ni....

Opps.... dah banyak sangat dah gua citer ni... hahahaha..... cukup la tu yer...

Esok gua kena bagi taklimat dan training skit kat intake baru operatif.... Melaka... here I come...

30 August 2018

Dana Agensi Risikan

Bhai/DeeDee semua....

Malaysia mempunyai lebih dari 10 cabang agensi risikan... Sori... gua tabley kasik tau berapa banyak sebenarnya ... cuma hanya ader beberapa sahaja yang lu orang mungkin tahu seperti Cawangan Khas (SB) dan Risik Tentera (MIO) ....

Ader agensi risikan milik Malaysia yang beroperasi didalam Malaysia dimana bidang kuasa mereka hanyalah dalam negara sahaja... dan ader juga yang beroperasi diluar negara .. malah ader yang beroperasi didalam dan diluar negara secara efektif...

Biasanya dana operasi bagi semua agensi ini adalah dari banyak sumber ... dana kerajaan mahupun dana "sumbangan"... so bagi agensi-agensi yang lu orang ketahui... dananya biasa diaudit dan direkodkan...

Tapi...

Tapi bagi agensi-agensi risikan milik Malaysia yang selalunya dinafikan keterlibatan Malaysia didalamnya... dana yang digunakan untuk semua operasi biasanya tiada rekod... ini untuk tujuan keselamatan...  dan dana-dana ini adee pelbagai sumbernya...

Macam Agensi yang mana gua pernah berkhidmat... kami ada dana operasi yang tidak terhad dan kami tidak akan simpan "money trail" untuk mengelakkan ianya dijejaki...  tambah pula kalu melibatkan operasi gelap sama ada didalam mahupun di luar negara...

Jadinya....

Gua takmo nak komen lebih pasai MEIO yang dah kantoi dan sekarang ni SPRM dok semak semua transaksi kewangannya... itulah masalahnya kalu agensi macam ini terlibat jauh dalam politik dan partisan.... so pandai-pandai lah....

Jangan kerana nak telus sangat sampai musnah jaringan risikan dan keselamatan.... Adoyailah....

29 August 2018

Selamat Pulang Wahai Tetamu Allah

Bhai/DeeDee semua...

Hari ni bermula penerbangan balik para jemaah haji dari Tanah Suci bagi sesi tahun ini...

So...

Gua nak ucapkan selamat kembali ke tanahair buat semua tetamu Allah dan  terutamanya kepada ex-gf gua dan suaminya...

Moga barakah dari haji yang mabrur dapat kami semua tumpang...

Syabas dan tahniah...

26 August 2018

Belasungkawa Buat Tamar Jalis

Bhai/DeeDee semua...

Gua baru dapat khabar berita... Almarhum Mohd Radzi Mahmud @ Tamar Jalis telah meninggal dunia pagi tadi...

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun

Moga Rahmat dan Ehsan Allah Taala buat dia dan kita semua... Aamin Ya Rabb..

20 August 2018

Ops Jejak

Bhai/DeeDee semua...

Sori aaa... sibuk... tugasan terbaru... Ops Jejak.... operasi menjejaki peranti radioaktif Iridium 192 yang hilang...

Risiko pendedahan radioaktif agak tinggi jika sistem perlindungannya dibuka..

Harap ianya tidak digunakan untuk tujuan salah oleh pihak ekstrimis.

Sekian.

15 August 2018

Apa Agenda Rafizi Ramli?

Bhai/DeeDee semua...

PKR akan adakan pemilihan tak lama lagi... Jadi la ni ramai yang kat dalam PKR nak tunjuk hero.. nak tunjuk Anwar Ibrahim tu sebelah diorang.. nak tunjuk bahawa tanpa diorang PKR akan jahamam dan PH akan terbongkang...

Hahaha... gua gelak jer semenjak dari sebelum PRU14 lagi.. tambah biler jenis "kureng kasih sayang" nih dok menggila mainkan emosi dan sentimen... Hahaha....

Aper yang gua peratikan... dan gua ramalkan
.... aderlah... kejatuhan dan pecah belah PH sebenarnya akan datang dari geng-geng "kureng kasih sayang" ni.... tambah lagi takdee satu jawatan waima ke GLC pon yang nak dibagi kepada geng-geng ni walaupun diorang kata kerana usaha dioranglah PH jadi menang...

Hahaha.....

Aper pon.... mamat bernama Rafizi Ramli ni nak cepat sangat keatas.... bahaya ooo.. lagi cepat jatuhnya... hahaha

Bab Anwar Ibrahim pulak.... dier jatuh dan terbongkang bukan sebab dier tak layak.. tapi sebab dier bodoh pilih orang yang keliling dier dan diee bodoh dengar cakap orang-orang pengampu yang ader bercambah keliling dier sejak dari dulu...

Hahahaha....

By the way.... mimpilah untuk jadi PM ke 8..... hahahaa

14 August 2018

Pertahanan Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Bila Mat Sabu umumkan dalam Parlimen bahawa tahap kesiapsiagaan TUDM dalam keadaan menyedihkan... ramai yang bising bagitau konon Mat Sabu mendedahkan risiko keselamatan Malaysia kepada musuh dan negara asing...

Aper la bodohnyer ... tanpa perlu Mat Sabu dedahkan dalam Parlimen pon rata-rata semua agensi risikan asing dalam rantau ini sememangnya tahu tentang keberadaan siapsiaga pertahanan Malaysia....

Huhuhu... takder terbocorlah....

Cuma.....

Cuma ader benda yang lu orang dan agensi risikan asing tu perlu tahu.... bahawasanya walaupun kita cuma ader 4 jer jet pejuang MRCA yang boleh beroperasi ditahap piawai.... ruang udara Malaysia tetap selamat terjaga dengan baiknya...

Kami di Agensi dan semua pihak yang berkaitan telah pernah beberapa kali membuat simulasi ancaman udara, darat dan laut setiap tahun dan kami tahu bagaimana risiko dan situasi sebenar keselamatan negara...

Sebagai contoh.... untuk menangkis serangan udara keatas Malaysia dari selatan tanahair... pesawat udara musuh hanya akan mampu membelah awan hanya setakat sampai di ruang udara Kuantan sahaja... itupun kalu berjaya melepasi beberapa bateri unit Surface to Air Missile (SAM) yang sememangnya kita letak dan susun disepanjang laluan selatan itu.. Itu belum masuk lagi dengan beberapa unit bateri SAM jenis mobiliti yang kita ada... yang boleh meledakkan sasaran setinggi 10 km dari paras bumi.

Kos untuk 1 jet pejuang boleh membeli hampir 50 unit bateri Surface to Air Missile berkemampuan tinggi yang sememangnya cukup banyak dalam inventory persenjataan Malaysia... Malah di Asia Tenggara ini Malaysia diketahui mempunyai paling banyak SAM berkemampuan tinggi sehinggakan pernah pihak Singapura menghantar bantahan ke PBB untuk mendesak kita melucutkan dan mengurangkan pemilikan SAM kita...

Bagi menangkis ancaman serangan Main Battle Tank (MBT) milik musuh ... kita Malaysia tidak perlu menggunakan inventory Kereta Kebal yang banyak... cukup dengan kita ader beberapa koleksi Anti Tank Missile yang hebat dalam inventory... Sebagai contoh.... kita adalah antara beberapa belas negara didalam dunia ini yang memiliki peluru berpandu Anti Kereta Kebal terbaek didunia iaitu Metis-M ... peluru berpandu ini memang terkenal boleh memusnahkan kereta kebal Merkava Israel atau Abraam USA...

Maaflah... gua tak dibenarkan mendedahkan keseluruhan aset peluru berpandu moden dan hebat yang ada dalam inventory ATM.... jadi percayalah...

Kita tak perlukan Kapal Laut yang hebat, Pesawat Pejuang yang termaju, malah Kereta Kebal yang moden... cukuplah kita ader pelbagai peluru berpandu yang pelbagai dalam inventory kita yang kebanyakannya terbukti hebat, moden dan berkesan...

Maaf... tak boleh cerita lebih sebab OSA....

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1