Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

05 April 2024

Ajer Bajang Lar

Bhai/DeeDee semua...

Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo Tinggi, Antoo Galah, Antoo Bagi Salam, Cik Ponti dan lain-lain.

Lepas kejadian di Manek Urai nih… Maybe kita akan dapat satu lagi Antoo … Antoo *toot* la pulak…

Ajer bajang aaaa…

Cukup la masalah dalam Malaysia yang dah banyak macam Ketaksuban Melampau terhadap Orang Agama, Orang Politik, Kartel dan Kayangan..

Nih nak tambah pulak ngan kes Antoo…



31 March 2024

Sediakan Popcorn ... Hehehe

Bhai/DeeDee semua...

Skrip 24 Oktober 2023 besar kemungkinan akan digunakan (diulang) demi untuk janakan “Wow Factor”. Nak bagi tally storyline Jalan Ampang.

Predictable.



26 March 2024

Seperti Dijangka

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah ... seperti dijangka.... ader 881 outlet ... kena 1 outlet pun dah boleh main sentimen "play victim" ....  Tak perlu bakar sumbu pun... sekadar ader bau minyak tanah pun dah okay...

Kah Kah Kah...

Scene One Take One, Action





Sudah Ada Cerita Lain

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya sudah ada plot twist yang lain sedang dirangka... sudah ada cerita lain... sudah ada naratif lain yang sedang dibina....

Hehehe....

Kita layan pop corn dan air kola la...

Plot Twist


20 March 2024

Mana Pergi Semua Puak Kristian?

Bhai/DeeDee semua...

Itu hari bukan main Puak Kristian nih berebut nak guna nama "Allah" dalam urusan agama Kristian mereka..... sekarang ni mana pergi semua puak Kristian nih???



16 March 2024

Lemah Betul Kena Buli Dengan Google

Bhai/DeeDee semua...

Glitch masa hat sekali aritue pon BNM tak hantar surat tuntutan penjelasan kepada Google, nih kali kedua pulak katanya ada glitch. Masih tabrani nak antar surat.

Apa punya lekeh la BNM. Patut la bank komersial buat tak heran ja dengan arahan BNM selama nih.

Patut boleh ja saman Google atas sebab “berniat untuk memalukan dan menjatuhkan Malaysia”. Takkan saman pon takbrani? Takkan pondan kot? Takkan takder tolo? Hahaha

Peguam Negara pon takkan tak reti nak buat semua nih??? Lekeh la woi.

Kot-kot boleh kasik bangkrap Google bila Malaysia buat “Class Action Suit”.

Setakat buat siaran media tu... Sajat pon pandai... Hahahaha




12 March 2024

ChatGPT Pun Bermazhab Syafi'i

Bhai/DeeDee semua,...

Kah kah kah... ChatGPT pun bermazhab Shafi'i gak... Adoilah... Kenapa dier tak pilih Wahabi ka??? 



11 March 2024

Roti John Lebih Layak Diangkat Jadi Makanan Warisan

Bhai/DeeDee semua...

Pada 1981, sebuah filem Hindi bertajjuk “Naseeb” menjadi buah mulut ramai dan hit. Filem yang dilakonkan oleh Amitabh Bachan amat memberi kesan sehingga ke Malaysia. Dalam filem ini ada satu lagu yang top dan menjadi siulan ramai bertajuk “John Johnny Jonathan”

Pada 1982, sebuah filem remake berasaskan bahasa Tamil / Kannada telah diterbitkan. Ianya juga menjadi hits dimana pelakon utamanya adalah Rajnikanth. Filem ini bertajuk “John Jani Janardhan”. Ianya juga ditayangkan di pawagam di Malaysia.

Namun, hanya pada penghujung tahun 90’an sahaja barulah “Roti John” menjadi sebahagian dari menu jualan di Bazar Ramadhan di Malaysia. Menu “Roti John” ini juga menjadi satu produk jualan yang agak glamer di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Kemunculan “Roti John” ini tidaklah diketahui dari mana dan siapa yang mengasasnya sebab tiada rekod bwrtulis mengenainya. Sewajarnya para pengkaji sejarah Malaysia mencuba untuk membuat satu kajian bagi mendapatkan satu penyelesaian tuntas mengenai siapa yang memulakan penjualannya dan bagaimana struktur asas penyediaan juadah yang viral ini.

Mungkin ianya boleh dijadikan satu kajian ilmiah pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) oleh Universiti Awam di Malaysia.

Mungkin juga kita boleh meletakkannya dalam senarai makanan warisan Malaysia di UNESCO.

Mana tahu pada 2024 ini akan ada Universiti Awam di Malaysia yang membuat rekod “Roti John” terpanjang untuk memecahkan rekod dunia.

Disebabkan harga bawang yang agak tinggi, maka jangan terkejutlah kalu menu “Roti John” tahun ini akan dihiasi dengan Kobis berbanding Bawang.

Sekian laporan semasa di pusat Cukai Malaysia di Chukai Kemaman.

Shalom … Ta’anit (Yom Kippur)
‘alaikas Salam … Ramadhan Mubarak.



08 March 2024

Masuk Bakul Angkat Sendiri

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah.... punyala sampai puji diri sendiri...  Betul la peribahasa dulu-dulu... masuk bakul angkat sendiri...

Kah Kah Kah... takkan la takder WalaNON dan Bangsa Slurpp nak tolong pujikan... 



Janganlah Jilat Ludah Sendiri

Bhai/DeeDee semua...

Jangan kerana taksubnya korang kepada pimpinan sampai korang menjilat ludah korang sendiri. Hahahaha..



07 March 2024

Sekor Lagi Lepas Dan Bebas

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Apa nak hairan.... Semua bangkai level VIP ... pastinya lepas dan bebas... penting sekali mesti ngam dengan depa... Hahaha

Bangkai betul la,.,,



05 March 2024

Terkena Lagi Pemandu E-Hailing

Bhai/DeeDee semua

Rata-rata syarikat insurans juga gunakan peluang kenaikan kadar cukai SST untuk banyak menaikkan kadar insurans bagi industri e-hailing.

Misalnya, Zurich insurance naikkan caj insurans sebanyak 47% dari RM3.82 ke RM5.62 sehari bermula 1 Mac 2024. Dulu hanya RM1.33 sehari.

Kurnia pula naikkan dari RM2.00 ke RM3.06 (bermula 1 Mac 2024) ke RM4.86 (Apr-Sept) ke RM6.11 sehari (bermula Okt 2024). Dulu cuma RM2 sehari.

Maka beban pada pemandu ehailing pun naik. Tambang juga naik.

Menteri buat tak nampak pula.



03 March 2024

Harga Sekarang Rendah Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Gua cadangkan la... harga minyak masak peket nih patut dinaikkan kepada RM5 ... barulah rahmah... Harga sekarang nih tak logik sangak... rendah sangat.... Harga pun tak rahmah...

Hahahaha .... barulah Felda boleh untung... barulah peneroka boleh lebih tunai dalam tangan..



Isu LCS Lewat Lagi, Dimana Rafizi Ramli?

Bhai/DeeDee semua...

Masa jadi Pembangkang... bukan main bising Rafizi Ramli pasai isu LCS.... tapi bila dah jadi Kerajaan... senyap sunyi tak terkutik....

Hipokrit betul lar...



28 February 2024

Bila Kena Diri Sendiri

Bhai/DeeDee semua...

Bila kena diri sendiri... Anwar Ibrahim taichi pusing sana sini... salahkan sana sini.... Hahaha

Kalau pada 4 Oktober 2022, ketika menjadi ketua pembangkang Tambun (Anwar) boleh marah menteri kewangan (Tengku Zafrul Abdul Aziz) sebab ringgit jatuh, sekarang Tambun adalah perdana menteri...patut marah juga menteri kewangan sekarang (Anwar). (Anwar) patut pecat menteri kewangan sekarang.

Benda nih ada dalam Hansard Parlimen... Hahaha....  Rekod percakapan dan perbahasan semua ada....  Apa lagi mau pusing...

Kena Setepek


27 February 2024

23 February 2024

Betapa Mengarutnya

Bhai/DeeDee semua...

Puak-puak kaki claim nih... payah.... Siap claim konon Kaler Luna yang ada di Malaysia nih bernasabkan kepada Rasulullah s.a.w lagi//// giler aaa...

Dulu puak-puak nih la yang claim kata Kaler Luna nih bernasab kepada Parameswara... Sultan Empayar Kerajaan Melayu Melaka... yang datang dari Majapahit..... Kan Paramesware nih asalnya Hindu.... takkan la kot Parameswara nih bernasabkan Rasulullah.... Huhuhu...

Giler aaa...



22 February 2024

Harta

Bhai/DeeDee semua...

Harta nih penyakit... Harta ni masalah... Tiada harta bermasalah... Ada harta bermasalah... huhuhu... Semuanya daki dunia...



21 February 2024

Belasungkawa Buat Almarhum Taib Mahmud

Bhai/DeeDee semua...

Setiap yang hidup pasti akan mati. Putus sudah urusan Almarhum Taib Mahmud didunia. Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun

Belasungkawa buat Almarhum Taib Mahmud dan keluarganya.



19 February 2024

Bagus Sangat Lah

Bhai/DeeDee semua...

Semoga menjadi pengajaran kepada semua pelaku jenayah syariah... Betul di Malaysia orang lebih suka kepada Undang-Undang Sivil... sebab pada mereka Undang-Undang Sivil tu lagi bagoosh... siap bekap lagi yang kata Undang-Undang Sivil nih semuanya bertaraf ta'azir...

Huhuhu....

Depa lupa yang Undang-Undang Sivul membolehkan seorang pesalah diampunkan oleh YDP Agong...  huhuhuhu

Semoga Menjadi Pengajaran


Jangan Bodoh Sangat Jual Tanah Woodlands

Bhai/DeeDee semua...

Kedudukan tanah milik Malaysia di Woodlands tue adalah cukup strategik. Walaupun cuma tinggal 2 ekar lebih jer... tapi ianya tetap strategik... Ianya tidak sepatutrnya dijual atau ditukar ganti dengan begitu mudah... Tambah lagi kalu ditukar dengan tanah tambak (tebus guna) ....

Kita pernah hilang tanah yang cukup besar dan strategik seperti di Woodland (Kem Tentera Malaya), Tanjung Pagar, Kranji dan Bukit Timah dahulu.... di tukarkan dengan tanah yang kurang strategik seperti di kawasan tanah tebus guna di Marina South dan Ophir Rochor... Memang saiz agak hampir sama... tapi bernilai rendah dan kurang strategik....

Jadi jangan bodoh la nak tukar atau jual tanah di Singapura....

Itu ja nak cakap... tambah lagi kalu kawasan tu cukup strategik... demi kepentingan dan keselamatan Malaysia...

Jangan Jadi Bodohlah


18 February 2024

Senyap Sunyi Najib Razak

Bhai/DeeDee...

Hehehehe.... kenapa Najib Razak senyap sunyi la nih... hahaha



Dari Jualan Rahmah Ke Kedai Runcit Rahmah

DARI JUALAN RAHMAH KE KEDAI RUNCIT RAHMAH

Menjadikan Jualan Rahmah yang bermusim sebagai Kedai Runcit Rahmah yang beroperasi sepanjang masa adalah idea yang menarik dan dapat memberikan kestabilan kepada perniagaan. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk melaksanakan perubahan ini:

Pelbagai Produk:

Perluaskan rangkaian produk dalam kedai runcit untuk mencakup barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, barangan rumah tangga, dan sebagainya. Ini membolehkan kedai memenuhi keperluan pelanggan sepanjang masa.

Identiti dan Branding:

Reka semula identiti dan branding kedai untuk mencerminkan konsep Kedai Runcit Rahmah yang beroperasi sepanjang masa. Pastikan logo, warna, dan slogan menyampaikan pesanan nilai rahmah dan keadilan harga.

Penghargaan Tempatan:

Galakkan produk tempatan dan jalin kerjasama dengan pengeluar atau penjual tempatan. Ini boleh memberikan sokongan kepada komuniti setempat dan mencipta perasaan kesetiaan di kalangan pelanggan.

Pricing yang Berpatutan:

Tetapkan harga yang berpatutan untuk produk-produk di kedai runcit. Pastikan harga-harga ini memberikan manfaat kepada pelanggan dan tetap kompetitif di pasaran.

Program Loyalti:

Wujudkan program loyalti untuk menarik dan menyimpan pelanggan. Diskaun atau ganjaran khas untuk pelanggan setia boleh menjadi insentif untuk mereka terus berbelanja di kedai.

Perkhidmatan Pelanggan yang Unggul:

Latih kakitangan dalam perkhidmatan pelanggan yang baik dan mesra. Pelanggan yang merasa dihargai dan dilayan dengan baik lebih cenderung untuk kembali.

Pemasaran dan Promosi Tempatan:

Jalankan kempen pemasaran yang fokus pada produk dan nilai tempatan. Gunakan media sosial dan saluran pemasaran tempatan untuk meningkatkan keedaran dan tarikan terhadap kedai.

Inovasi Produk dan Penyampaian:

Pantau trend pasar dan selalu bermula dengan inovasi baru dalam produk atau cara penyampaian. Ini dapat meningkatkan daya saing dan menarik minat pelanggan.

Kerjasama dengan Komuniti:

Terlibat dengan komuniti tempatan melalui acara-acara atau sumbangan amal. Ini bukan hanya memperkuat hubungan dengan komuniti tetapi juga membangunkan imej positif untuk kedai.

Sistem Pengurusan Inventori:

Gunakan sistem pengurusan inventori yang cekap untuk mengelakkan kekurangan stok atau pembaziran. Pastikan persediaan cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Pendidikan Kesedaran dan Pemahaman:

Laksanakan program pendidikan kesedaran dan pemahaman kepada pelanggan mengenai peranan mereka dalam menyokong perniagaan tempatan. Ceritakan kisah di sebalik setiap pembelian mereka.

Teknologi dan Pembangunan Diri:

Manfaatkan teknologi untuk memperbaiki proses operasi dan meningkatkan kebolehlaksanaan kedai. Pastikan kakitangan mendapat peluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Dengan mengambil langkah-langkah ini, Kedai Runcit Rahmah yang beroperasi sepanjang masa boleh menjadi lebih stabil dan berjaya dalam menangani perubahan dalam permintaan dan keperluan pelanggan.



17 February 2024

Ucapan Sombong Dari WalaNON

Bhai/DeeDee semua...

Dulu... masa Kerajaan BN.... Macai takder pun cakap camnie...  Masa Kerajaan PN pun sama... Walaun tak cakap camnie...

Ucapan sombong macam nih hanya WalaNON jer yang cakap... Kah Kah Kah...

Ini dah jadi pegangan para WalaNON.... 



Betul Ke Tak Tergugat?

Bhai/DeeDee semua...

Sajer nak nak usik nih... Errr... Betul ke tak tergugat dengan rancangan Parti yang nak gubal dan ubahsuai perlembagaan Parti.... Siap kata ROS tak mudah nak setuju ngan pertukaran Perlembagaan Parti tue...

Takder goyang eh?? Hahaha

Kalu tak goyang, tak payah la nak ulas.... Hahaha

Betul ke?


16 February 2024

Kena Kencing Lagi

Bhai/DeeDee semua...

Pakat kena kencing lagi aaa... skrang Beras pun campur... hahaha .... Sebab itu hilang beras tempatan selama 3 bulan aritue..

Hahaha



Kompom Lepas Ni Minyak Paket Madani Lah Pulak.

Bhai/DeeDee semua...

Mula-mula gula hilang dipasaran... tetiba lepas tue ader banyak gula premium... Walhal setakat tukar kampir jer.... Hahahaha

Lepas tue beras tempatan pulak hilang.... kemudian ader balik atas nama Beras Madani.... Hahahaha

Agaknya selepas nih... mesti minyak masak paket ader banyak dipasaran... atas nama Minyah Masak Madani....  hahaha

Game nih orang dah boleh baca la... Hahaha... Haprak sungguh la Kerajaan Madani nih... kencing tak habis-habis... hahaha



15 February 2024

Beras Madani?

Bhai/DeeDee semua...

Kalu seludup, cakap la beras seludup? Hahaha

Takkan la beras pon LGBTQ … tak ketahuan “JANTINA” ?? Hahaha .. Jaman NOW nih macam-macam boleh jadi... Hahaha






Boleh Ka WalaNON Jawab Soalan Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Soalan gua simple jer... Hahaha... Tapi WalaNON dan Bangsa Slurpp tabley nak jawab... Hahaha... Lawak sungguh... pastue depa pusing konar citer kat benda lain... Hahahaha... Lemah betul la...

Kalu beras ni ditanam secara tempatan... kenapa ianya berharga RM30 dan bukannya RM26 seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan melalui BERNAS

Kalu beras ini beras impot... impot dari mana yang boleh bagi rege murah camnie... Ada subsidi ka?

atau... beras ini sebenarnya beras tempatan yang kalu dulu disalin beg kampit jer.. tapi kini siap buat brand baru lagi...



14 February 2024

PBT - Pengurusan Pantai Yang Gagal

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia ada banyak pantai peranginan yang cantik dan menarik. Ramai orang suka pergi pantai-pantai ini. Dan pantai ini biasanya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tapi sayang sangat bilamana hampir kebanyakan pantai-pantai itu tidak dimanfaatkan dengan baik terutamanya pada waktu malam.

Dengan kadar pencahayaan Matahari yang cukup sepanjang tahun dan angin yang bertiup sekitar 5 knot… Adalah wajar penjanaan elektrik secara Solar dan Angin diadaptasikan untuk memberikan satu sumber bekalan tenaga elektrik.

Sumber tenaga elektrik ini boleh disimpan menggunakan “deep cycle battery” untuk digunakan bagi menberi pencahayaan lampu di pantai peranginan ini di waktu malam. Dengan cara ini kos pencahayaan lampu di pantai dapat dijimatkan.

Sekarang ini hampir semua pantai hanya menggunakan lampu yang mendapat bekalan elektrik terus dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kadang kala akibat dari tiada senggaraan yang berkala, pencahayaan secara konsisten tidak dapat disediakan.

Bajet bukan tiada. Tapi usaha dan kesungguhan untuk mentadbir pantai peranginan itu tiada. Malah dalam banyak keadaan, sikap “itu bukan kerja aku” dan “gaji aku banyak itu je” menyebabkan infrastruktur awam ini tidak terjaga dan terabai.

Maka jadi lah pantai peranginan yang gelap ini menjadi lubuk-lubuk maksiat dan jenayah yang pelbagai.

Dan akhirnya… jadi lah macam beberapa pantai peranginan yang gua malas nak sebut dan namakan yang mana teruk sangat pengurusannya walaupun kedudukannya tidak berapa jauh dari pejabat pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.

Adoyailah.



Penampar Jepun vs Penampar Tamil

Bhai/DeeDee semua...

Mana lagi power?? Hahaha



Kalau Betul Kerajaan Malaysia Nak Buat Duit

Bhai/DeeDee semua...

Kalau betul Kerajaan Malaysia nak buat duit....

Malaysia dikatakan ada sekitar 3 juta orang pekerja asing yang berdaftar berpermit.

Katalah pada setiap kali dapat gaji, mereka menghantar RM1000 balik ke negara asalnya. Ini bermakna pengaliran dana ke luar negara adalah sebanyak RM3 bilion.

Ini gua tak kira pekerja asing yang masuk secara haram (PATI). Yang ini katanya ada dalam sekitar 6 hingga 8 juta…

Yang lawaknya… sekupang pun kita tak kenakan cukai atas pengaliran wang keluar nih… Bijak kan polisi Malaysia nih… tukar la macam mana pon pemerintah… tetap sama bangangnya…

Itu hari viral videp satu pekerja asing Bangladesh yang dah 16 tahun duduk di Malaysia. Penginapan dan pengangkutan disediakan majikan.

Dier sanggup makan timun mentah jer hari-hari diluar waktu keria. Masa kerja Majikan sediakan sarapan dan makan tengahari.

Gaji dia sebulan adalah sebanyak RM5000. Hantar balik kampung semua sekali.

Hahahaha.

Cukai pendapatan?? Entahlah… gua tatau ader kena ke tak kena… tapi macam tak kena ja… Hahaha



13 February 2024

12 February 2024

Ramai Sokong Agenda Puak Munafiqun

Bhai/DeeDee semua...

Gua peratikan sehari dua nih... agenda puak munafiqun macam SIS nih makin ramai yang sokong.... Adoilah.... payah aaa....

Sekali puak SIS nih dapat peluang memporak peranda kan Islam di Malaysia... selagi itu la... 
Tapi ramai sangat yang sokong puak SIS nih...

Tengok jer la dengan yang baru berlaku nih...



Perancang Bandar Kuantan Yang Bengap

Bhai/DeeDee semua...

Kuantan Bypass memang satu laluan yang bagoosh dan sepatutnya lancar perjalanannya.

Tapi kerana ada satu persimpangan berlampu isyarat di Permatang Badak je yang akan spoilkan keseluruhan expressway nih. Betapa bodohnya perancang rekabentuk jalanraya ini. Patut kat sini ada satu flyover terus yang smoothkan perjalanan. Tapi dia blockkan dengan persimpangan lampu isyarat.

Jem dari sebelum Kuantan Central sampai ke Permatang Badak lebih 5 km. Jem yang tak wajar dan sebenarnya boleh dielakkam.



11 February 2024

Pegang Teguhlah Kamu Dengan Tali Allah

Bhai/DeeDee semua...

Post ini gua tujukan kepada orang Islam. Takder kena mengena dengan orang bukan Islam atau atheis serta murtadin.

Camnie… 

Kalaulah enakmen syariah yang dicadangkan oleh DUN Kelantan itu digubal dengan hukuman yang lebih “PADU” berbanding hukuman sivil, agak korang la Nik Elin akan cabar jugak ke tidak?

Dan kalu hukuman dalam cadangan DUN Kelantan itu lebih berat dari hukuman sivil, adakah korang bersetuju enakman syariah itu digagalkan atau dihalang?

Kena ingat satu perkara. Jenayah Syariah (ta’azir) tidak menawarkan pengurangan hukuman atas sebab berkelakuan baik atau diampunkan oleh Sultan atau YDPA.

Tapi jenayah sivil memberi kuasa kepada Sultan dan YDPA untuk mengurangkan dan mengampunkan semua kesalahan sivil waima jenayah terkait seksual seperti Liwat dan Rogol dibawah Lembaga Pengampunan.

P/S: Kalu pun enakmen itu ada kekurangan, adalah lebih wajar ianya di perbaiki dan di rundingcara untuk mendapatkan sesuatu yang  lebih baik daripada terus menyekat dan menghalangnya.
 
Sebagai orang Islam, walaupun sedikit usaha yang dibuat, kita wajar cuba untuk mengangkat apa-apa yang akan menaikkan dan memartabat syiar Islam.

Gua tak kisah lu orang nak maki hamun dan fitnah gua sebagainya, sebab gua insyaAllah teguh dengan jawapan gua depan Allah Taala, Tuhan Yang Maha Adil.

Gua nak tanya lu orang satu perkara nih ja.. Jawab dengan tenang dan yakin.

Korang nak tengok mamat penzina #HotDaddy tu dihukum bawah syariah ke atau sivil?

Kalu dia dihukum berzina bawah syariah.. disebabkan dier adalah Mukhsan, dia boleh dikenakan hukuman yang lebih berat. Betul la takdak enakmen benda ni… Tapi benda boleh dibincang, dibuat, diperkukuhkan dan dan digubal. Kalu la ada hukum hudud, dia boleh dikenakan rejam sampai mati. Dalam syariah, tiada pengampunan.

Tapi,

Kalo korang berpandangan dia wajar dihukum dibawah sivil, dia boleh kena hukuman yang berat jugak tapi dia berpeluang untuk memohon pengampunan dengan Lembaga Pengampunan. Dia juga boleh dikurangkan hukuman atas sebab berkelakuan baik.

So… apa pilihan korang..

Dier pon ramai yang dah jadikan idola. Tengok muka bangkai yang senyum bangga kat bawah nih… Bangkai yang tak berakal.



Selagi Tak Kena

Bhai/DeeDee semua...

Selagi tak kena kat diri sendiri... selagi itulah tak sedar... tak nak sedar.... Huhuhu... payah aaa...



10 February 2024

Polisi Malaysia Yang Silap

Bhai/DeeDee semua...

Dulu pelabur bukak kilang di Malaysia sebab ader ramai pekerja mahir di Malaysia. Pekerja yang tak perlu teruk dilatih.

Lepas tu Kerajaan (pada 1995) membenarkan pekerja asing (sehingga 90%) diambil bekerja di kilang-kilang berteknologi tinggi ni.

Pekerja mahir kita diarahkan untuk berikan training kepada pekerja asing nih.

Sekarang ni pekerja asing tu semua dah balik ke negara mereka. Balik Vietnam… dan kilang itu pon dah bukak kat Vietnam.. yang di Malaysia depa dah tutup… Naya betul la.. semua kerana polisi yang salah…

Dan lagi terkini .. Kerajaan nak benarkan pelabur bawak masuk pekerja asing level berijazah masuk Malaysia dengan banyaknya.

Rakyat Malaysia? Pigi mampos la korang takder kerja pon. Huhuhu… Kerajaan mana nak pikir bab tue.

Bodoh yang tak boleh nak dinasihat, nak diajar


.

09 February 2024

Kata-Kata Paling Bangkai

Bhai/DeeDee semua...

Sekarang nih dah terbukti.... Memang terbukti yang kata-kata yang dalam snapshot nih dah jadi kata-kata paling bangkai dalam sejarah...

Ianya adalah sekadar retorik jer...

Tengok apa jadi kat Pejabat Bersih dua hari nih bila ader intimidasi dari pihak berkuasa (POLIS). Dan yang “berkuasa” pula buat-buat “buta” dan “tuli”.  

Dulu yang berkuasa itu la paling kuat menentang salahguna kuasa dan intimidasi dari pihak polis... tapi la nih dalam keadaan dier pegang jawatan paling atas negara (Perdana Menteri) ... dier buat macam tak tahu jer aper tindakan polis... macam merestui jer.... 

Ini semua bangkai ja...



07 February 2024

Makin Ramai Yang Kecewa

Bhai/DeeDee semua...

Makin hari makin ramai yang kecewa... yang rasa macam apa yang mereka perjuangkan dulu dah jadi sesuatu yang langka... dah dikesampingkan... dan dimatikan hala tujunya semenjak Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia...

Anwar Ibrahim sekarang ini dilihat lebih UMNO dari UMNO... dan apa yang Anwar Ibrahim perjuangkan dulu nampaknya macam takder gaya nak dilaksanakan... nak dibuat...

Huhuhu.... realitu yang terpaksa dihadamkan..

Sorang demi soriang

Intimidasi Serupa Zaman UMNO/BN


Kalau Betul Google Ada Glitch

Bhai/DeeDee semua...

Satu persoalan yang wajar ditanya...



Pelaburan Berbilion Ini Sebenarnya Untuk Siapa?

Bhai/DeeDee semua,,,

Pelaburan berbilion ini sebenarnya untuk siapa?

Nampak macam kecelaruan polisi dan perancangan… adoilah… 90% pendapatan @ gaji warga asing ini akhirnya dihantar balik kampung mereka. Ekonomi dalam negara tak jugak dapat imbalan dan pertumbuhan. Teori @ formula ekonomi yang gagal sejak 1995. 

Maaf cakaplah…



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1