Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Askar Upahan. Show all posts
Showing posts with label Askar Upahan. Show all posts

06 October 2024

Pengawal Peribadi

Bhai/DeeDee semua ...

Pengawal Peribadi. Mari sini gua terangkan sedikit berkenaan isu ini dari sudut pandang perundangan dan SOP biasa.


Ianya terbahagi kepada 4 jenis pengawql peribadi (walaupun asalnya tetap 2 - bersenjata atau tidak).

Pertamanya adalah pengawal peribadi bagi pemimpin negara (YDPA, Sultan, Raja, Gabenor, TYT, Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri). Senua yang dinyatakan ini diletak pada kategori “Advanced”. Ianya adalah Wajib dan Perlu.

Semua pengawal peribadi ini wajib dilengkapkan dengan senjata api (automatik dan semi auto) dari jenis Pistol atau Rifle Tempur. Pilihan senjata api adalah bergantung kepada kesesuaian lokasi, majlis dan operasi.

Semua akan dibekalkan dengan “Comms” dan “Body Armour” palinh cikai pun dari Type 3A. Wajib berpakaian sesuai dengan majlis, namun pakaian celoreng juga dibenarkan. Penggunaan “Jammer” bukan wajib tapi dibenarkan ikut situasi.

Biasanya pengawal peribadi kategori “Advanced” ni diambil dari UTK PDRM dan GGK ATM. Tapi, ada juga unit khas lain boleh diaturgerak.Semua kos termasuk emolumen dan logistik ditanggung oleh Kerajaan.

Jenis pengawal peribadi kedua adalah untuk pemimpin politik (di pihak Kerajaan terutamanya Menteri Kabinet) serta Kerabat Utama Diraja (Raja Muda, Tengku Mahkota). Ikut syarat sebenar hanya penggunaan sidearm (Pistol Automatik) sahaja dibenarkan digunapakai oleh semua pengawal peribadi ini. Assault Rifle memang tidak dibenarkan sama sekali. Body Armour adakah compulsary kepada semua pengawal peribadi.

Cara berpakaian mestilah tidak menonjol dan pakaoan celorang tidak dibenarkan pada semua keadaan untuk kategori pengawal peribadi ini. Tiada dibenarkan mana-mana penggunaan ”Jammer” digunakan sama sekali dalam apa-apa situasi. Anggota pengawal perobadi ini biasanya diambil dari Cawangan Khas PDRM. Tiada penggunaan anggota dari cabang ATM dibenarkan.

Kos emolumen dan logistik bagi pengawal peribadi dari kategori ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri.

Bagi kategori ketiga pula, ianya adalah pengawal peribadi berlesen yang dibenarkan atas syarat-syarat tertentu oleh PDRM. Ianya perlulah menepati semua semak silang yang dibuat oleh Cawangan Khas (SB) PDRM. Untuk memohon, sila hadir di mana-mana IPK PDRM yang berhampiran. Hanya IPK sahaja yang boleh memberikan kebenaran itu pun setelah mendapat kelulusan semak silang SB dan dari Bukit Aman.

Anggota pengawal peribadi mestilah diambil (digajikan) dengan mana-mana syarikat kawalan keselamatan berlesen yang ada di Malaysia. Pengawal bersenjata atau tidak hanya ditetapkan oleh Kelulusan dari Bukit Aman.

Kos semua dibiaya sendiri okeh pelanggan. Pakaian pengawal keselamatan hanya boleh berpakaoan preman atau pakaian yang ditetapkan oleh Syarikat Kawalan Keselamatan. Penggunaan “Jammer” tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan Tazer juga tidak dibenarkan melainkan mendapat kelulusan dari Bukit Aman. Hanya senjata api Semi Auto sahaja yang dibenar digunakan.

Manakala kategori keempat pula adalah Pengawal Peribadi tidak berlesen atau HARAM. Yang ini ramai penjahat, gangster. samseng dan kartel gunakan. Pakaian kasual. Biasanya bergelang emas atau perak yang terlalu menonjol. Tiada etika kerja.

Senjata yang dibawa sama ada buku lima, baton, tazer, pisau lipat, pisau rambo, kerambit, badek, parang, pedang samurai atau pistol.

Semua ini adalah satu kesalahan dibawah Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Tajam 1958 dan juga Akta 206. Sabit kesalahan memang sakit la.

Jadi… Kesimpulannya walau siapa pun anda, anda tertakluk kepada undang-undang yang telah digariskan dalam Perlembagaqn Malaysia. Tiada boleh penggunaan pengawal peribadi ini digunakan sewenang-wenangnya.

Tambah lagi jika berpakaian yang terlalu menonjol dengan pakaian celoreng (tak kira apa corak celoreng yang digunakan) dan dengan senjata automatik.

Hanya Pengawal Peribadi bagi Kategori Advanced sahaja yang dibenarkan menggunakan peluru 5.56mm atau 7.62mm. Selain dari itu hanya 9mm sahaja yang dibenarkan. Diharapkan artikel ini menjawab persoalan yang ditanya oleh rakab friendlist.

p/s: Mengikut Undang-Undang dan Perlembagaan Malaysia, Askar Timbalan Setia Johor (JMF) hanya dibenarkan berpakaian celoreng dalam wilayah takluk Johor semata-mata. Di luar Johor mereka wajib berpakaian preman.

Senjata api pula hanya dibenarkan guna sidearm (Pistol) sahaja di luar Johor. Dalam wilayah Johor diorang dibenarkan pakai apa yang mereka diibekalkan. Tiada isu bab ini.

Mereka sekadar pengawal keselamatan sahaja bukannya Tentera atau Polis. Di luar Johor mereka tiada kuasa melakukan siasatan dan operasi taktikal.

16 May 2013

Satu Perkara Yang BN Tidak Mahu Sedar

Bhai... gua dah baca macam-macam ulasan tentang kempen PRU13... macam-macam analisa... macam-macam kajian... nak cari sebab kenapa golongan muda dan kaum Cina dan India menolak BN pada PRU13....

Semua kajian dan analisis gua dapati ianya mengunjur kepada satu benda.... penggunaan secara maksima media sosial....  diorang kata media sosial ini penuh dengan fitnah... diorang kata media sosial ini tidak terkawal.... hahaha... mari sini gua terangkan... baca aaa jangan tak baca...

Gua nak terangkan bagaimana PR berjaya mengembelengkan seluruh warga maya untuk menolak BN.... satu perkara yang BN tidak mahu sedar..... dan mungkin tidak akan sedar..... hehehehe...

Okeh..... Pakatan Rakyat mendapat sokongan daripada pengamal media sosial secara percuma... tak perlu dibayar... tak perlu diupah... tak perlu dirasuah... tak perlu diberi pingat Dato' .... tak perlu dibodek.... semua yang dibuat oleh pengamal media sosial dibuat dengan rela hati... dibuat dengan modal sendiri... dibuat dengan hati yang bangga... mungkin la ader pengamal media sosial pro-PR yang keluar cerita separuh siap... tapi selalunya.. semua cerita penuh berfakta dan berbukti... sampaikan ader yang sangkut pasai dedahkan bukti dibawah OSA...

Tapi....  BN terpaksa mendapat sokongan daripada pengamal media sosial dengan cara dibayar... perlu diupah... perlu dirasuah... perlu diberi pingat Dato' .... perlu dibodek... .... mana ader pengamal sosial pro-BN yang buat kerja dengan rela hati... buat dengan modal sendiri....  tapi yang nih memang betul... diorang memang buat dengan hati yang bangga...  cerita dan berita yang dikeluarkan oleh pengamal media sosial pro-BN biasanyer penuh dengan fitnah dan manipulasi.... kalu ader fakta pon... terlalu ciput.... tambah lagi kalu bab citer lucah.. diorang nombor satu..... numero uno.... hahaha ....

Kesimpulannya.... dalam mana-mana situasi perang.....  gua ingat lagi masa gua kat Slovenia sekitar tahun XX'an ... askar upahan (mercenary) dalam dunia nih cukup takut kat pejuang mujahideen.... pasai ... askar upahan nih berjuang atas dasar duit (kalu mati ader dapat duit banyak pon tak guna).... tapi mujahideen nih berjuang atas dasar jihad... atas dasar perjuangan...  memang tarak takut punya....

Malah ader satu buku yang menceritakan bahawa dalam dunia nih... askar upahan terbaek dan hebat aderlah Mujahideen yang datang dari Malaysia....  Dulu buku nih gua ader...  pada 2008 ader kawan pinjam... sampai hari nih dier tak pulangkan balik.... hahahaha .... gua nak kena cari satu lagi salinan lar.... hahaha

Gua ader sorang "kawan" orang Melayu kita nih yang tak reti bawak kereta... tapi takder hal nak bawak kereta kebal... pasai dier berkhidmat lama di Afghanistan sebagai mujahideen (dier nih komander kereta kebal) masa perang Afghan-USSR dulu....circa 1986 ....

Ader beza yang diupah dengan yang buat sukarela.... ader beza lar bhai....

So... ader paham ka????

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1