Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Get Your FREE Helium Hotspot

30 June 2021

Ini Memang Celaka

Bhai/DeeDee semua...

Belum pernah lagi seseorang boleh melompat pangkat secepat ini dalan perkhidmatan Kerajaan... Mungkin ada kot... tapi yang ini macam tak logik...

Sebab ianya melangkaui pemikiran rasional orang yang normal.

Rasanya cukup ramai lagi yang ada berkedudukan Jusa B dalam Kementerian Pelajaran Malaysia... malah ader yang dah dekat nak pencen... Jadi ... macam mana dier nih boleh naik pijak kepala orang lain... Ini mesti ader kabel atau salahlaku kat mana-mana ni...

Kita mintak SPRM tolong siasat... Kena siasat nih.

#KetuaPengarahPelajaran #KementerianPelajaranMalaysia #MenteriPelajaran


Sori, Tak Sihat

Bhai/DeeDee semua...

Sori... I tak sihat... i-Cirit



26 June 2021

Sistem Persekolahan Secara Hibrid

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang patut kita laksanakan adalah sesi persekolahan secara hibrid, dimana ianya menggabungkan sesi persekolahan secara biasa dan sesi persekolahan secara PdPR.

Kita boleh buat berasaskan 2 tahap.

Dengan cara ini kita masih boleh mengoperasikan sekolah seperti biasa... dan dalam pada masa yang sama kita dapat melaksanakan semua program kokurikulum.

Ini yang sepatutnya kita buat dan laksanakan.

#SesiPersekolahanHibrid #SekolahHibrid #PdPR

MyEG Pulak Terlibat?

Bhai/DeeDee semua...

Itu hari kecoh Presiden MMA (Persatuan Perubatan Malaysia) kata ader pihak yang tidak terlibat dengan bidang perubatan terlibat menjual vaksin... Err... Ini MyEG nih pun bukan syarikat yang terlibat dalam bidang perubatan... So... macam mana cerita nih...

Lagi satu... dari dana mana MyEG nak beli 10 juta dos vaksin ni? Duit depa sendiri ka? atau diambil dari dana Kerajaan?? Satu lagi... vaksin yang ini dah diluluskan oleh NPRA ka??? Kalau dah lulus... macam mana ianya boleh lulus?? Sedangkan vaksin Sputnik-V dari Gamaleya pon NPRA tak approvedkan sampai hari ni...

Ader beza-beza ka?? Ker pasai ader syarikat vaksin yang boleh bayar komisyen... itu yang cepat lulus tue?? Hahaha... macam la kita kat Malaysia nih tak biasa tengok dan dengar... Hahaha

Aper pon... kita tahu la siapa disebalik MyEG nih.... hahahaha

#MyEG #SyarikatKroni #Rasuah

25 June 2021

Azhar Harun Cuai

Bhai/DeeDee semua...

Untuk kali ini gua bersetuju dengan saranan Tengku Razaleigh. Betul,... Dewan Rakyat telah hilang maruah kerana tindakan Speaker Dewan yang tidak berpandukan kepada mulianya Dewan Rakyat itu sendiri.

Dewan Rakyat hilang kepercayaan dari majoriti rakyat Malaysia kerana telah terbabit tidak telus dan pengurusan dan perjalanannya. Sikap Speaker Dewan yang dilihat condong kepada tekanan politik pihak tertentu malah membelakangkan peruntukan Perlembagaan dan Undang-Undang menjadikannya sesuatu lelucon.

Please la... jangan jadikan Dewan Rakyat sekadar rubber stamp dan zoo sahaja.

#dewanrakyat #sidangparlimen #kerajaangagal

Sidang Parlimen Minggu Pertama September

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya sudah ada tarikh untuk sidang Parlimen diadakan.... katanya selewat-lewatnya pada awal minggu pertama September 2021.

Takpa.. kita tengok apa citer nak depa nak pusing nanti.

Yang pasti kali ini sudah ader tarikh... takkan la susah sangat nak buat persidangan Parlimen secara hibrid? Adoilah.

#persidanganParlimenHibrid #onlinemeeting #googlemeet

Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

14 Hari? Hahaha, RoS Tetap Dengan Keputusannya

Bhai/DeeDee semua...

14 hari... Apa ada dengan 14 hari... Kalau dalam masa 14 hari tu tetap juga Hamzah Zainuddin sebagai Menteri Dalam Negeri tidak mahu meluluskan pendaftaran Parti Pejuang... Apa Parti Pejuang boleh buat?? Tiada apa... Hahaha

Nak bawak ke Mahkamah Rayuan? Tetap juga sama... Nak bawak sampai ke Mahkamah Persekutuan? Tetap jugak Hamzah Zainuddin selaku Menteri Dalam Negeri yang mana Pendaftar Pertubuhan bernaung dibawahnya boleh juga mengatakan bahawa pendaftaran parti Pejuang tidak boleh diterima..

Apa yang Mahkamah boleh buat... Hahaha...

Itu sebab selagi mana RoS berada dibawah Menteri Dalam Negeri... tetap akan ader abuse.. akan ader salahguna... akan ader manipulasi...

Hahaha...

#pendaftarpertubuhan #ros #menteridalamnegeri 

Tekanan Untuk Menjatuhkan Presiden UMNO

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya Majlis Tertinggi UMNO telah berjaya untuk mendapatkan resoluso agar pemilihan parti ditangguhkan selama 18 bulan. Ini satu perkembangan yang baik. Tidak dapat tidak ianya dapat mengurangkan risiko berlakunya penularan wabak Covid-19.

Apa pun disini kita dapat lihat ada tekanan dari segenap penjuru yang nak jatuhkan Ahmad Zahid Hamidi selalu Presiden parti.. Ya... bukan dari orang luar pun tapi dari dalam circle kepimpinan UMNO itu sendiri.

Siap ada yang sedang projected kan Hishamuddin Hussein sebagai pengganti Ahmad Zahid Hamidi... Pada gua Hishamuddin Hussein memang tak layak untuk diangkat menjadi Presiden UMNO... sebab Hishamuddin Hussein itu lemah...

Ada orang lain yang lebih layak ... itu yang pasti..

Apa pun... Ahmad Zahid Hamidi mestilah menunjukkan ketokohan dirinya sebagai Presiden UMNO... dan ini mesti sentiasa ditonjolkan... Janganlah diperlihatkan diri senang diperkotak katikkan malah dileluconkan.... Sebagai Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kena tegas... boleh buat keputusan yang muktamad (firm) dan ada kuasa penentu.

Tunjukkan bahawa diri anda adalah Presiden sebenar..

#presidenUMNO #MTUMNO #pemilihanparti

Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

24 June 2021

Pakej Bantuan Ekonomi 3.0?

Bhai/DeeDee semua...

Setakat sembang boleh lah... Itu hari bantuan i-Sinar, i-Lestari pun bukan dana kerajaan... tapi dana rakyat sendiri... Bab bantuan moratorium pun bukan dana kerajaan... dana rakyat sendiri... sebab rakyat sendiri jugak yang menanggung kosnya...

Pihak yang diatas... Kayangan... mana ader empati pun dengan rakyat... Malah walaupun mereka ader akses kepada media sosial.. tapi masih dalam circle kumpulan-kumpulan kayangan jer... Bila rakyat menyuarakan resah gelisah... mereka balas dengan #dengkike.

Apa citer nih... setakat sembang boleh la...

#bantuanprihatinrakyat #pakejbantuanekonomi #kerajaangagal

Isu penghakiman 'nama glamor' Muhyiddin ke Mahkamah Rayuan

Bhai/DeeDee semua..

Seperti yang kita semua sedia maklum, nama Perdana Menteri Malaysia sepertimana tertera didalam MyKAD adalah Mahiaddin Md Yasin ... tapi beliau suka menggunakan nama panggilan (nama glamor) Muhyiddin Yasin.

Tiada masalah kalu penggunaan nama ini sekadar panggilan atau apa-apa sahaja yang bukan formal atau melibatkan dokumentasi awam / rasmi.

Tapi bila ianya melibatkan dokumentasi awam / rasmi dengan wewenang, ianya menimbulkan konotasi dalam perundangan. Undang-undang tidak membenarkan penggunaan alias atau nama glamor bagi mana-mana urusan rasmi dan bersifat awam.

Apa sahaja yang dibuat atas kapasiti awam adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikira menipu. Dan tindakan keras boleh diambil...

Jika di Mahkamah Persekutuan nanti Muhiaddin Md Yasin gagal untuk mendapatkan kemenangan.. dan didenda lebih dari RM2000 .. maka akan hilanglah jawatan Perdana Menteri yang disandang sekarang ini.

So.. kita tengok adakah Mahkamah itu bebas dari influence politik????

#muhyiddinyasin #mahiaddinmdyasin #kerajaangagal

Empatilah Kepada Mangsa

Bhai/DeeDee semua...

Kita boleh sembang aper sahaja... kita boleh cakap itu ini... tapi selagi kita tak letak diri kita kat tempat / situasi orang yang kita cakap tue... kita takkan tahu perasaan dan tindakan yang diambil olehnya...

Ader orang siap mengutuk orang yang bunuh diri sebab kesulitan dan kemurungan akibat dari impak PKP, Lockdown dan keruntuhan ekonomi disebabkan oleh Covid-19 nih.... tapi yang mengutuk tu langsung takder rasa empati dan simpati... malah dengan semberono mengulas begitu sahaja... Dia tak pon letak diri dier kat dalam situasi mangsa tue...

Ntah la... geram pun ader... sakit hati dibuatnya...

Apa yang pasti... Kaler Luna langsung tak buat apa-apa... takder merasai apa-apa... malah selesa dengan keadaan ini.... Celaka punya Kaler Luna...

Marhaen mustad'afin yang merasainya.... yang tersiksa... yang tertekan... yang dimangsakan oleh sistem kapitalis... Allahuakbar...

Kepada yang takder empati dan masih bersikap keakuan dan sombong... semoga engkau juga akan merasainya kesengsaraan sebegini nanti... Allah Taala maha mengabulkan doa....

That's all..

Semakin Mengarut Harakahdaily

Bhai/DeeDee semua...

HarakahDaily dilihat semakin mengarut. Artikel yang ditulis didalamnya yang dilihat menyokong PAS dan menghentam Pakatan Harapan pun sebenarnya menceritakan tentang peribadi PAS itu sendiri.

Menceritakan gelodak dan nafsu PAS pimpinan Abdul Hadi Awang itu sendiri. Adoilah. Apa nak jadi lah dengan PAS.

Sekadar nak beritahu... Memanglah tujuan semua parti pembangkang adalah untuk mengambil alih kerajaan dan menerajui kepimpinan selaku Perdana Menteri. Apa kejadahnya kalu masuk politik tapi tidak bertujuan begitu. Malah PAS sendiri pun bercita-cita nak memerintah negara. Dan Abdul Hadi Awang sendiri pun nak jadi Perdana Menteri.

Pelik kalu semua asas demokrasi berpolitik di Malaysia dianggap satu kesalahan ... hanya kerana tidak bersekongkol dengan PAS.

23 June 2021

Presiden UMNO Paling Lemah Dalam Sejarah

Bhai/DeeDee semua...

Sekarang ni kita boleh nampak dengan jelas bahawasanya Presiden UMNO sudah kelihatan hilang aura kepimpinan. Segala keputusan yang Presiden UMNO buat sudah tidak diangkat menjadi satu arahan yang wajib ahli bawahan ikut.

Semenjak Ahmad Zahid Hamidi memegang kuasa Presiden UMNO, beliau kini dilihat kelam kabut dan tenggelam punca untuk mengendalikan UMNO dan seterusnya mengembalikan status quo UMNO kepada yang sebelumnya.

Bayangkan keputusan yang dibuat oleh Biro Politik UMNO yang mendapat endorsement dari Presiden UMNO boleh dengan mudah dikesampingkan oleh beberapa Menteri UMNO yang sedang menjawat jawatan dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Nampak sangat macam tak ada makna semua keputusan yang mendapat persetujuan Presiden UMNO...

Serupa macam tunggul je dibuat oleh mereka-mereka ini keatas Presiden UMNO.

Adoilah

Siapa Sabotaj Ahmad Zahid Hamidi

Bhai/DeeDee semua...

Soalan yang perlu ditanya... Zahid Hamidi nih masih lagi lead UMNO ka sebagai Presiden UMNO? Nampak macam tak kukuh ja jawatan Presidennya.

Cakap Zahid Hamidi macam dah tak laku.. Ahli MT pon tak hormat dier.. inikan pulak dengan ahli bawahan.

Nih ader cerita yang dibawak oleh Nazri Aziz kononnya ader ramai Ahli Parlimen dah tandatangan kenyataan bersumpah (Statutory Declaration @ SD) yang sokong kepada Hishamuddin Hussein.... Masalahnya ... Hishamuddin Hussein nih lemah... under performed.... buat kerja lemau...

Heli yang diorder masa dier jadi Menteri Pertahanan pon tatau lagi apa cerita... sampai atau tidak... duit dah abis bayar... Huhuhu...

Nazri Aziz pulak terkenal lalang walaupun lantang... Hahahaha

 

Jahanam Alam Sekitar Kita Akibat Tangan Ghaib

Bhai/DeeDee semua....

Habis segala hutan banat diteroka untuk perladangan, perlombongan dan pembalakan. Habitat semulajadi haiwan (terutamanya spesis terancam) dikacau ganggu. Bukan sahaja kawasan tapak garam semulajadi untuk haiwan, tetapi sumber air untuk haiwan pun terjejas.

Kawasan untuk Orang Asal/Orang Asli pun lama dah dikacau ganggu, malah ada kes para kontraktor melakukan tindakan tak sewajarnya kepada komuniti Orang Asal/Asli terutamanya kepada anak-anak perempuan mereka.

Rezab air juga tercemar sama ada dari aktiviti pembalakan mahupun perlombongan. Tambah lagi kalau perlombongan yang menggunakan bahan kimia tertentu semacam Cynide dan Mercury.

Tangan-tangan yang terlibat pulak bukan kecik-kecik anak.... sampai ke paling atas. Nak salahkan pegawai yang meluluskan pun tak berapa adil kalu yang khianat nih adalah orang yang punya kuasa tidak terbanding... Kuasa yang maha dewa... Kuasa yang tidak boleh dicabar sama ada disegi undang-undang mahupun tindakan.. Siapa yang berani?

Akhirnya... yang jadi mangsa adalah alam sekitar itu sendiri (termasuklah haiwan, flora fauna dan Orang Asal/Asli) ..... ekosistem berubah... kestabilan biodiversiti juga terganggu...

Kitalah yang merosakkan warisan untuk anak cucu cicit kita.... kononnya demi pembangunan, ekonomi dan kekayaan... walhal itu semua bukan boleh semudahnya diganti kembali.... jahanam...

Semoga Allah Taala membalas semua kerja celaka yang dibuat oleh mereka-mereka ini sebaiknya.... tidak kisah lah siapa mereka ini. Aamin Ya Rabb

Insuran Penipu?

Bhai/DeeDee semua...

Sesuatu yang tak terkejut... Mungkin bukan kerjabuat Syarikat Insuran... tapi Agen Insuran yang buat kerja celaka macam ni.... Bukan Insuran ja yang ader kes macam ni... Takaful pun sama jer...

Tak kisah la nak guna nama apa pun... tetap perangai macam celaka... bab potongan dan mendaftar caruman... laju ja... kalu bab nak bayar pampasan... macam-macam ngelat dan culasnya... cari jalan... macam mana nak kurangkan bayar pampasan... guna micro text lar...

Dalam video nih gua ader ceritakan tentang satu kes suami isteri yang meninggal dunia akibat kemalangan dan meninggalkan waris 2 orang anak yang belum bersekolah.... Jenuh nak fikirkan nasib diorang... tapi akhirnya....

Aper pun ... pemilik syarikat insuran atau takaful semestinya taknak rugi... jadi maybe diorang doakan tiada pampasan yang perlu diberikan pada setiap hari.... Hahahaha... bab nih gua tak terkejut langsung... dah boleh agak la...

Syarikat mana yang nak rugi kan.... hahahah

 

22 June 2021

Format Baharu Blog CipanTapirTenuk

Bhai/DeeDee semua..

Setelah lama laman blog CipanTapirTenuk ini beroperasi, maka pihak admin mengambil keputusan untuk membuat ulasan dan komentar secara video pulak. Ianya dilihat selaras dengan teknologi yang sedia ada disamping boleh menjelaskan lagi lebih banyak ulasan dan komentar.

Dengan adanya channel CipanTapirTenuk di YouTube... maka setiap penulisan dalam blog CipanTapirTenuk ini akan dapat difahami dengan lebih jelas dalam mode suara. Untuk itu diharapkan korang untuk layan dan subscribe juga video-video CipanTapirTenuk ini di YouTube.

Sekian Terima Kasih.



Banyak Benar Cekadaknya

Bhai/DeeDee semua...

Berapa banyak la jawatankuasa nak ditubuhkan... nak dikaji itu ini.. walhal sebelum ini okeh je buat sidang Parlimen sambil pakai Full PPE... masa pembentangan dan pengundian Bajet 2021 tempohari... okeh ja pakai PPE...

Takkan kali ni susuh sangat... tak pon pakai la Google Meet... bukannya mahal pon Kerajaan Malaysia nak kena tanggung kos Google Meet nih... dengan Google Meet nih... boleh ja kos perjalanan Ahli Parlimen dijimatkan...

Takkan itu pon tak pandai?

Biar Betul Subsidi Minyak Masak Lebih 100%

Bhai/DeeDee semua...

Biar betul lar... Biar betul lar.... Biar betul Subsidi minyak masak lebih 100%... macam tak logik ja....

Kualiti minyak masak bungkus setanding dalam botol. Biar betul nih.. Takkan la subsidi minyak masak sampai lebih 100% dari nilai harga pasaran.

1kg minyak masak dalam botol adalah RM6 lebih manakala 1kg minyak masak dalam paket adalah RM2.50.

Logik ke subsidi sampai lebih RM3.50 untuk setiap kilogram minyak masak??? Hehehe... takkan la kos botol plastik tu mahal sangat...



21 June 2021

Fatwa Pun Boleh Hilang?

Bhai/DeeDee semua...

Kelakar pun ader JAKIM nih... macam mana la boleh hilang FATWA yang dah ader lama dalam portal JAKIM... sampaikan Pengarah JAKIM pon tatau.... Hahaha

Magik betul lar.... Mana pergi Fatwa berkenaan Amanat Hadi Awang ??? Macam mana boleh hilang??


Atau ...

Bhai/DeeDee semua...

Setakat UMNO nak ugut bagi masa 14 hari jer tue takder la gempak mana... Hahaha... Ini serupa Harimau yang dah tinggal gusi... Hahahaha... Takder efek... tak menakutkan...

Aper lagi yang menakutkan berhadapan harimau takder gigi ... setakat tunjuk muka garang ja buat apa... Hahahaha ... lawak siot...




20 June 2021

Buang Masa Buat Jawatankuasa

Bhai/DeeDee semua...

Buang masa jer Muhyiddin Yasin nak buat satu jawatankuasa untuk membincangkan pembukaan Parlimen... macam la tak pernah bukak Parlimen.... Buat kali ini gua setuju ngan pandangan Najib Razak yang disuarakan di Media Sosial.

Teramat sokong saranan Najib Razak ni ... buat apa la buang masa nak buat banyak-banyak jawatankuasa....




Sembang Boleh Lah

Bhai/DeeDee semua...

Sembang orang tak berjawatan dan berpangkat dalam Kerajaan Pusat boleh la camnie.. Hahaha.. Takdernyer orang hirau level cicak mengkarung nih... hahaha

Mana maunyer yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri... kuasa tengah ader... setakat cadangan dari Pemuda UMNO aper ader hal... Cakap Presiden UMNO pon depa nih tak hirau... 

Aper ader hal..



Ada Kuasa Tapi...

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum... dibawah Ordinan Darurat... memang kuasa penuh ada pada YDP Agong... tapi kalu ader kuasa penuh sekalipun tapi taknak guna buat aper... karut ajer...

Tapi kita tahu lah... memang sengaja taknak guna kuasa..



19 June 2021

Macam Celaka ...

Bhai/DeeDee semua...

Rakyat marhaen hidup merana... hidup melata... seksa nak sara hidup... dibuang kerja... dipotong gaji... atau digantung tugas... tapi yang kaya...yang bersultan dan beraja dimata dan dihati... yang jutawan.. yang bilionaire... tak terasa pun beban dan susah...

Betapa macam celaka semua ni...



18 June 2021

Tak Beragak

Bhai/DeeDee semua...

UMMAH kelam kabut keluarkan kenyataan... kononnya mereka tersilap join ngan puak-puak Pro Darurat... Hahaha... setelah kena kecam berjemaah oleh rakyat Malaysia... laju ja depa U-Turn.... Huhuhu...

Kita tau la sapa disebalik semua NGO yang Pro Darurat nih... sapa tangan-tangan ghaib yang galak sangat nak darurat nih... galak sangat nak kekalkan kuasa...

Dan kita tau lah sebab kenapa hanya HarakahDaily ja yang sebarkan kenyataan tue... Kita tau lah apa agenda depa,.... dan sekarang semuanya dah 404... hahaha

Tak payah nak dalih aaa... kita semua tau...



Macam Chipsmore

Bhai/DeeDee semua...

Sekejap ader... sekejap lagi hilang.... 40 minit jer.... Adoilah... Takkan la Istana Negara pun sama dah belajar dengan HarakahDaily... asik error 404 jer... Hahaha

Kelakar pon ader....



Apalah Susah Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya mudah jer nak selesaikan isu ini... tapi yer la.. benda mudah dijadikan susah demi untuk kekal berkuasa dan dilihat gempak....  walhal... apalah susah sangat YDP Agong nak bagi guideline... bukak Parlimen pada bulan berapa...

Kalu pon YDP Agong takmo nak bagi spesifik tarikh,... apa salahnya YDP Agong tetapkan bulan berapa mesti bukak Parlimen .. benda senang jer...  Perdana Menteri mesti akan ikut bukak Parlimen pada bulan tersebut..

Adoilah...

Bukan susah pon... Tapi yer la... cakap banyak karang orang kata Menderhaka kepada YDP Agong lah pulak... kan kan kan...

Skrang biler YDP Agong tak tetapkan tarikh... maka benda jadi pening... masing-masing dengan tafsiran masing-masing... bertelagah bab tarikh... adoilah....



17 June 2021

Setin Mana Cukup

Bhai/DeeDee semua...

Setin mana cukup. Paling cikai 9 tin. Baru la high naik sampai kayangan. Hahahaha..



Kena Kencing Je La

Bhai/DeeDee semua

Segera pada Mi Segera pun ada jangkamasa (2 minit). Kaler Luna tak tetapkan masa ka? Hahaha



16 June 2021

Sardin Pun Sardin Lah...

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... lawak siot ... “Bila kita susah, orang nak sedekah kita terima. Tak adalah demand-demand (meminta itu dan ini) kan?" “Kalau masa kita tengah susah ni, orang bagi ikan sardin, ikan sardinlah kita makan. Tak ada kita (minta) nak makan ayam pula."

Adoilah.... kalu Sardin yang diberi tue dah tamat tempoh... dah expired... takkan nak terima jugak... giler aaa... kalu kena sakit perut keracunan sapa nak tanggung... Takkan la bodoh sangat...

Adoilah...



Maaflah Sebab Terpaksa Gelak

Bhai/DeeDee semua...

Maafkah sebab terpaksa gelak... Sebab tak logik sangat la Raja-Raja Melayu nak pilih pemimpin tanpa ader kepentingan peribadi atau kepentingan politik...

Tak logik la Raja-Raja Melayu nak pilih pemimpin yang akan merosakkan agenda Raja-Raja Melayu itu sendiri.... Hahahaha..

Ini realiti nih.



14 June 2021

Ini Malaysia Boh

Bhai/DeeDee semua.. 

Ini Malaysia boh... sebab itu la banyak benda semua boleh dicover up dengan guna sentimen jer...

Contoh Kohilal, 1MDB, Tabung Memali, Abrar, PKFZ, Bakun, Musang King, Kenyir, Cini Lake dan banyak lagi… kalu nak lagi pawer… guna la sentimen Kaler Luna…. hahaha

Banyak lagu pon boleh aaa



13 June 2021

Ingat Senang Ka Najib Razak...

Bhai/DeeDee semua.. 

Korang ingat senang-senang ka Najib Razak nak buat semua kerja kalu tak dapat approval dan "greenlight" dari atas untuk kes 1MDB...

Gua dari dulu lagi tarak percaya sama story ini 1MDB... ader yang tak kena kat sini... something wrong somewhere...



1MDB ... Jangan Silap Faham

Bhai/DeeDee semua..

Bab 1MDB nih.... Benda besar melibatkan ramai orang... ramai pihak.... dan that’s why la korang takkan tahu abis citer benda nih... hahahaha

Bukan kecik-kecik anak yang terlibat... dan bukan calang-calang level yang terlibat... Hahahaha

Hehehe.....



10 June 2021

Salah Tumpuan Dan Salah Percaturan

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang jelas ... yang kita semua tahu... adalah Kerajaan PN sedia ada telah buat salah tumpuan dan salah percaturan terhadap proses program Immunisasi Vaksin Kebangsaan...

Yang paling ketara adalah mengenai proses untuk mendapatkan vaksin... Kita ader COVAC dan kita dan NPRA... sampai redundant... sampai bertindih... lepas itu hanya memilih sesetengah vaksin sahaja... walhal banyak lagi vaksin lain yang telah diterima dan disahkan oleh WHO dan negara lain...

Contohnya... vaksin Sinopharm dan vaksin Sputnik V...

Pelik bilamana vaksin Sinovac pun payah nak dapat di Malaysia... jenuh kelamkabut dengan AstraZeneca dan Pfizer... Malah ader pulak dengar Kerajaan Malaysia nak bawak masuk Moderna .... walhal itu harganya mahal...

Lagi satu pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega yang kosnya agak besar.... Walhal dulu kita bukan tak pernah buat program pemvaksinan sekala mega.. dengan kos yang rendah... dengan menggunakan dewan sekolah jer... kemudahan yang sedia ada...

Kerusi bangku tak payah nak sewa... meja tak payah nak sewa....

Tapi yer la... sebenarnya ada pihak yang nak buat duit... itu ja sebabnya... hehehehe... tak caya ka? tanya mamat ni..

Hampeh aaa...








08 June 2021

Sudah Gila Malaysia Nih...

Bhai/DeeDee semua...

Sudah gila agaknya Malaysia ni... Tak paham gua... Yang kos produksi berbilion ringgit dijual pada harga RM2.05 seliter tapi yang kos produksi jutaan ringgit dijual pada harga RM6.00 seliter...

Walaun korang tak payah tanya la pandangan diorang... sebab Otak depa mana ader gunakan... depa asik gunakan otak Tok Garu depa ja... otak walaun kalu jual sekenhen pon level "showroom quality" sebab mileage tak tinggi....

Hahaha...

Ini belum gua compare lagi harga air minuman (air RO) ... itu lagi giler kalu nak compare ikut harga seliter..

Hahaha.... jahanam Malaysia nih...



06 June 2021

Menteri Pelajaran Pun Kuat Menipu Gak Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Biasa kalu ader pengagihan dibuat... mestila wartawan akan warwarkan dalam media elektronik atau media cetak... Mesti akan ader sorotan pengagihan tu dalam siaran Berita ....

Tak logik pengagihan tu dibuat senyap-senyap tanpa dapat dikesan mana-mana media.... Takkan la takmo nak buat "Public Exposure" ... takkan la VIP atau YB pon takmo nak tumpang letak muka konon ada simple majlis pemberian laptop nih...

Memang tak lojik betul... Dalam portal Yayasan Hasanah pon takder video penyerahan dan pengagihan nih...

Lawak siot la cover-up nih... nak sembang pon agak-agak la wei ... tetiba jer kata dah bagi 12 ribu unit.... hahaha..

P/S : Kalu brani... bagitau la nama sekolah yang muridnya dapat tue... boleh la orang buat semakan.... ahahaha



Punyalah Takut

Bhai/DeeDee semua...

Tempohari UMNO nak buat depa punya persidangan Agung UMNO secara online... tapi Kerajaan Malaysia pimpinan Muhyiddin Yasin tak bagi buat atas alasan isu SOP dan PKP...

La nih PKR nak buat pon sama gak kena sekatan... tak diberikan.. langsung tak dibagi chan..

Kelakar betul la... punya la takut.... walhal buat secara online ja... bukan ader secara fizikal.... adoilah...

Bengong punya Kerajaan Malaysia...



05 June 2021

Betapa Cuaknya Muhyiddin Yasin

Bhai/DeeDee semua..

Pertamanya ... Dalam situasi sekarang... kalu boleh Muhyiddin Yasin akan mahu kekal bergayut pada pihak Istana... Dier akan cuba sedaya upayanya untuk kekal berkuasa walaupun hanya dengan secebis pengaruh Istana...

Muhyiddin Yasin tahu... apa sahaja strategi yang sedang diaturnya memang menjadi bala kepada pemerintahannya... Azmin Ali memang dier tak dapat kawal...

Sokongan dari PAS pun ader batasannya... PAS macam biasa la... tetap mahukan sesuatu yang memberikan keuntungan pada mereka... tak kira la jawatan ka... kuasa ka ... atau sokongan kewangan... Ada yang kata PAS berwawasan jauh... Tapi pada gua ... PAS cuma bersandarkan pada apa yang boleh disandarkan secara adhoc... secara harian...

Aper pun.... Yang pasti... segala apa yang dirancang oleh Kerajaan PN seakan kelaut ... dengan masalah yang timbul dari kes vaksin.. kes Covid-19 ... dan jugak dari segi ekonomi... Pelabur Asing ramai yang dah cabut.... dah tinggalkan Malaysia...  ekonomi Malaysia sedang jatuh merudum 2 angka.... tunggu masa nak collapse jer...

Memang takder cara nak securekan semuanya..



01 June 2021

Sembang Tak Ambil Gaji

Bhai/DeeDee semua...

Gua takmo nak amik port sangat pasai sembang PM yang Menteri dan Timbalan Menteri akan tidak mengambil gaji selama 3 bulan... konon nak menunjukkan solidarity dengan rakyat yang tertekan dengan lockdown dan hilang pekerjaan akibat dari kesan langsung Covid-19.

Gua takmo ami port..

Sebab masalah yang paling membelenggu Malaysia selama ini bukanlah pada gaji para Menteri dan Timbalan Menteri.... sebab walaupun bangang sekali pun... mereka tetaplah buat kerja... walaupun mungkin kerja itu tak setaraf ngan nilai gaji yang mereka dapat...

Tapi....

Yang paling karut sekali adalah pembayaran gaji / elaun / emolumen kepada para Dewata Raya, Dewa, Dewi dan segala keturunan kayangan semua tue.... Ini paling karut... sebab semua nih bukan ader buat kerja sikit pon... Satu aper pon takder... melainkan joli sana sini.. enjoy sana sini...

Apa kerja mereka yang melayakkan mereka dapat gaji / elaun / emolumen secara tetap bulanan... dari yang tua bangka sampailah yang baru lahir.... karut betul la..

Membazir.... semua ini membazir....

Kalu nak pendapatan... sila kerja... sila buat kerja yang selayaknya... bukan tunggu saja tetiap sampai tarikh semua masuk dalam akaun bank....  



YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1