Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Marhaen. Show all posts
Showing posts with label Marhaen. Show all posts

12 November 2023

Macam Ini La Betul ...

Bhai/DeeDee semua...

Ini je lar kepakaran Menteri yang ada.... buang subsidi... naikkan harga siling...  itu je la kepandaian yang ada.... bukannya nak mengurangkan harga... membanyakkan bekalan... tapi lain jadinya bila jadi Kerajaan..

Hahaha... Syabas beteyy

Serupa tagune jer.... Hahahaha .... hampeh aaa

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Idea Bijok Mat Sabu


24 December 2022

Apa Sebenarnya Pelan Prabayar Murah?

Bhai/DeeDee semua...

Tempohari gua tak sempat nak ulas berkenaan Pelan Prabayar yang diumumkan oleh Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital)... sebab ada sikit kekangan masa... Tapi nasib baik kawan baik gua (Pendakwah Teknologi) ader buat satu video di YouTube berkenaan isu nih.... thanks...

Pada pandangan peribadi gua... Sewajarnya Malaysia mempunyai satu pelan prabayar MARHAEN yang macam nih.

  1. Tiada had (limit) tempoh sah penggunaan talian prabayar. Tiada 6 bulan, 2 tahun atau macam-mana... Ianya kekal aktif selamanya untuk terima panggilan dan SMS.
  2. Untuk kekal mendapat akses kepada data Internet, minima baki perlu ada dalam akaun prabayar adalah RM5 ... dan ini akan memberikan akses asas (basic) data Internet pada 64kbps (sekadar boleh memastikan aplikasi Whatsapp / Telegram / Signal berfungsi mengikut Fair Usage Policy (FUP)
  3. Had kuota bulanan bagi akses asas (basic) data Internet mengikut Fasal 2 adalah 10GB
  4. Pendaftaran talian prabayar ini dihadkan maksima 1 untuk setiap satu warganegara.
Amacam?



26 November 2022

Kekal Menjadi Check & Balance

Bhai/DeeDee semua...

Bukan sahaja PAS dan BERSATU yang bersama dalam Perikatan Nasional (PN) mahu kekal menjadi check & balance... tetapi gua pon sama gak.

Kedudukan Anwar Ibrahim sebagai PM10 tidak memberikannya lesen untuk berbuat sesuka hati tanpa mengambil hirau akan kepentingan rakyat marhaen mustad'afin dan yang lain...

Gua akan tetap menegur dan mengecam mana-mana tindakan yang bertentangan dengan maslahat umum dan rakyat marhaen mustad'afin...

Itu ja nak bagitau...



25 November 2022

Galas Beban Yang Paling Besar

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya Anwar Ibrahim telah jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh.. PM10 ... satu jawatan yang memang dia idamkan sejak dulu... Betul 24 tahun satu masa yang panjang... panjang untuk mengubah apa yang ada... tapi itulah... Takdir Allah Taala kita sebagai makhluk nih takkan tahu... yang penting usaha kena terus dibuat...

Apa yang pasti... jawatan PM10 yang kini disandang oleh Anwar Ibrahim sebenarnya bukanlah sesuatu yang seronok-seronok sahaja... tapi satu galas beban yang paling besar...

Anwar Ibrahim cuma ada masa 4 tahun lebih sahaja untuk membuat perubahan yang besar... membuat satu anjakan paradigma terhadap struktur ekonomi dan tadbir urus yang lebih baik... Rakyat meletakkan harapan yang amat besar kepada Anwar Ibrahim... Anwar Ibrahim kena usahakan untuk mendapatkan team yang bagoosh untuk mengemudikan Malaysia kearah yang lebih baik....

Malaysia yang kurang politiking tapi lebih bekerja untuk negara... untuk memajukan negara... untuk membawa Malaysia menjadi Harimau Asia kembali....

Galas bebas yang paling besar ini perlu Anwar Ibrahim buat dengan pantas dan berhati-hati... Musuh dalam negara sentiasa ada dan menunggu masa nak menjatuhkan Anwar Ibrahim kembali... Jadi buatlah cepat... tanganilah segera beban kos sara hidup rakyat... 

Rakyat dah cukup menderita... Rakyat perlukan jalan keluar dari kemelut ini semua...

Rakyat mahukan perubahan...


.

04 November 2022

Kalu Gua Wakil Rakyat

Bhai/DeeDee semua

Kalu gua Wakil Rakyat.

1. Gua akan pastikan semua klinik swasta kecil dalam kawasan gua akan mendapat satu tabung khas (tabung dana pembayaran khidmat kesihatan) yang mana jika ada penduduk setempat yang ada masalah masa membayar kos upah doktor (bukan kos ubat). Hanya pesakit yang layak (setelah di sahkan oleh doktor) sahaja layak untuk mendapatkannya.

2. Gua akan pastikan semua tadika untuk B40 dan M40 (bukan tadika yang brandable) akan mendapat sumbangan pelajaran ikut bilangan pelajar yang ada. Nilai akan ditentukan mengikut dana yang ada. Sumbangan dari pihak ketiga (NGO dan Swasta) juga akan gua usahakan.

3. Gua akan pastikan beberapa kursus untuk golongan belia menceburi bidang bisnes kraftangan, produk makanan, e-pendidikan, e-perniagaan (e-commerce), teknologi maklumat dan lain-lainnya diadakan secara berkala dengan percuma mengikut syarat-syarat yang minima dan sokongan dari MDEC.

4. Gua akan majukan kawasan khas (kekal atau secara car boot sales) berbumbung dan ada akses elektrik dan air untuk penjualan produk tempatan dan belia yang mana kos untuk tapak akan ditanggung sepenuhnya oleh gua melalui peruntukan wakil rakyat dan dana kerajaan. Kompleks ini akan dibuka selama 16 jam sehari dan pada hari-hari tertentu ianya akan beroperasi 24 jam seperti waktu musim perayaan dan cuti sekolah.

5. Gua akan usahakan supaya beberapa industri akan bertapak di kawasan yang diwakili oleh gua nih terutamanya industri teknologi maklumat, perkhidmatan 5G dan 6G. Untuk itu gua akan pastikan kemudahan infrastruktur berkaitan dapat dinaiktaraf dan diseliakan secara baik oleh pihak yang berwajib.

6. Gua akan pastikan semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam untuk dapat khidmat kelas tambahan atau tuisyen yang berpadanan. Kos ini akan dikendalikan oleh pihak gua dengan bantuan dari kumpulan korporat bagi keperluan CSR. Ini dapat membantu guru-guru sekolah sedia ada bagi memastikan pelajar mendapat yang terbaik.

7. Gua akan buka beberapa pusat sehenti teknologi maklumat (pusat komputer) bagi memberikan akses kepada komputer secara umum untuk para pelajar dan orang awam sama ada untuk tujuan pendidikan mahupun komersial (e-commerce). Komputer berkuasa tinggi seperti untuk kegunaan video dan graphic editing bagi tujuan membangunkan content social media (YouTube, Instagram, Tiktok dan Vimeo) akan disediakan secara perkongsian sama guna. Akan ada jawatan pegawai teknologi maklumat dan pembantu teknologi maklumat serta juruteknik komputer akan gua sediakan dari dana wakil rakyat dan sumbangan awam secara "crowd fund"

8. Gua akan buka 1 pusat inkubator berasaskan teknologi maklumat bagi memudahkan dan menggalakkan penduduk setempat menjadikan K-Economy sebagai satu dari punca pendapatan tambahan, sampingan atau utama. Prasarana server, database hosting, cloud services dan akses Internet diutamakan. Gua akan bantu mana-mana startup untuk membangunkan dan memasarkan produk mereka. Anak muda tempatan akan digalakkan menjadi programmer dan software developer.

9. Gua akan anjurkan beberapa aktiviti sukan. riadah dan rekreasi untuk membentuk masyarakat yang sihat, aktif dan berwawasan. Dana akan diperuntukkan untuk penyediaan pegawai berkaitan dan kos pengurusan serta penganjuran. Akan lebih diutamakan kepada pembangunan khidmat sukarela seperti JPAM dan RELA dengan kerjasama AADK.

10. Gua akan pastikan semua rumah ibadat dan sekolah akan ada pegawai perhubungan khas dengan gua supaya gua dapat menjadikan komunikasi dan keperluan semua ditangani dengan segera dan teratur.

11. Gua akan pastikan Pusat Khidmat Wakil Rakyat dibuka 24 jam dengan staff yang mencukupi secara shift (3 grup 2 shif) dengan kelengkapan dan pekakasan yang lengkap termasuk van jenazah, lori kecil serta paramedik.

12. Gua akan sediakan rumah transit untuk kegunaan sementara mana-mana orang yang akan berpindah masuk ke kawasan yang gua wakili ini (sementara rumah yang akan mereka sewa siap dibersihkan).

13. Gua akan pastikan satu rumah khas untuk gelendangan agar kesihatan, keselamatan dan kemandirian golongan ini terjamin. Gua akan pastikan mereka ini semua mendapat pekerjaan yang selayaknya sama ada menggunakan khidmat Zakat, Baitulmal. NGO atau selainnya.

14. Gua akan anjurkan beberapa klinik pembiayaan perniagaan sama ada dari Cradle Fund, MavCap, MicroCredit dari Bank dan beberapa agensi lain seperti SSM untuk memudahkan penduduk dikawasan gua mendapat akses dengan lebih mudah.

dan beberapa point lainnya yang akan dirangka dari masa ke semasa mengikut kemampuan kewangan dan keadaan semasa.

p/s ... Tapi pastinya gua memang takkan jadi ahli politik atau wakil rakyat.... hahaha... cuma kalu ader wakil rakyat yang buat camnie... korang taknak undi ke??? Hahaha...

Takkan nak kekal undi pasu bunga dan tunggul kayu kat dalam Parlimen atau DUN?? Hahahaha



01 November 2022

Apa Yang Rafizi Tahu Tentang PRU12 Dan Sebelumnya

Bhai/DeeDee semua...

Sorry to say la... Rafizi Ramli terkhilaf banyak bab PSM nih... sebab itu dia boleh cakap macam-macam... Apa yang Rafizi tahu tentang PRU12 dan yang sebelumnya... Maybe dier tak banyak tahu..

Sebab itu gua sama berpandangan macam Arutchelvan (PSM) ... Rafizi (PKR/PH) perlu banyak rakan yang boleh bekerjasama dan tidak khianat berbanding mencari banyak musuh...

Rakan khianat macam Mahathir Mohamed, Muhyiddin Yasin, Abdul Hadi Awang dan yang lain-lain tue memang tak perlu pun nak deal lagi... lupakan sajer...

PSM bukan macam puak-puak tue.. dari dulu lagi PSM tak pernah khianat kepada Pakatan Rakyat @ Pakatan Harapan .... mereka stay rakan yang baik...



08 July 2022

Zalim Sangat Dah Pemerintah Ini

Bhai/DeeDee semua...

Dah tak tahu nak cakap macam mana .... Untuk meneruskan hidup rasanya ramai yang dah tak mampu... Harga barang naik mencanak... Tapi Pemimpin... macam Sultan dan Raja-Raja Melayu dilihat langsung tidak terbeban... mereka enjoy macam tiada masalah... 

Yer la... dana boleh sahaja diperuntukkan buat mereka bila-bila masa...

Rakyat marhaen mustad'afin... biarlah mampus sampai ada yang bunuh diri sekali pun... tapi tidak memberi apa-apa makna kepada yang diatas nih... 

Jangan tanya dengan orang politik.. pemimpin politik... depa lagi lah tak berguna... sialan betul lar semuanya....

Moga semuanya yang diatas tue menjadi bahan bakar api neraka lah hendaknya... Aamin Ya Rabb...



26 June 2022

Betul Lah Tu ...

Bhai/DeeDee semua...

Betul lah tu... potong gaji dan elaun Menteri atau emolumen Sultan dan Raja-Raja Melayu memang takkan selesaikan isu sara hidup rakyat... Betul la tue...

Memang takkan selesaikan masalah yang menimpa rakyat marhaen mustad'afin... Ianya sekadar mengurangkan pendapatan bagi para Menteri, Sultan dan Raja-Raja Melayu jer...

Adalah lebih baik potong segala subsidi terutamanya subsidi minyak masak dan subsidi minyak petrol... barulah sesuai dan boleh menyelesaikan isu sara hidup rakyat.... Kan.. Kan Kan...

Ini semua bangkai la tuan puan... statement bangkai.



04 June 2022

Khutbah Menjijikkan

Bhai/DeeDee semua...

Semalam... hampir semua Khatib Masjid telah membacakan khutbah yang memuja-memuji Kaler Luna ... Sana sini... sama sahaja... walhal dalam sehari dua nih telah kecoh isu pembaziran sehingga RM519 juta semata-mata untuk pengubahsuaian dan maintenance Istana Negara....

Sedih bilamana tiada suara pihak agama yang nak melarang dan menolak perkara pembaziran ini... tapi lebih memuja-memuji pihak yang terlibat...

Adoilah...



28 May 2022

PAS Masa Kini Sudah Jauh Berbeza...

Bhai/DeeDee semua...

PAS masa kini sudah jauh berbeza .. PAS dah tak macam dulu.. Dulu PAS akan cuba jadi juara untuk apa sahaja yang berkaitan dengan Marhaen Mustad'afin... Cakap sahaja dimana marhaen ditindas... dihalau... rumah diroboh... PAS akan cuba menjadi juara...

PAS akan terlebih sudu dari kuah...

Tapi bukan sekarang nih... Dah jauh sangat dah... sekarang dah mengarut...



05 January 2022

Dua Cara Kitab Dihurai

Bhai/DeeDee semua..

Gua sebenarnya malas nak membabitkan diri dengan isu trending berkenaan perkahwinan Heliza Helmi dan Mahadi BZ... tapi gua terpaksa gua bercerita .. kerana ianya membabitkan golongan alim agama...

Contoh nyata.... Majlis resepsi perkahwinan Heliza Helmi dan Mahadi BZ telah dihadiri oleh ramai orang-orang yang dipandang alim dalam bidang agama... Semua ader... Kazim Elias ader... Wadi Anuar ader.. Asma Husin ader... Hazlin Bollywood ader.. dan ramai lagi...

Yang paling gua terkejut.. bilamana majlis resepsi itu dikatakan dilangsungkan secara sederhana. .... hahaha... tak payah la nak tipu dan kelentong orang ramai.... dan dalam majlis yang sama... satu program persandingan telah pun dibuat...

Dan Asma Husin telah mengulas mengenainya... dengan berkata... majlis yang barakah disertai ulama dan menepati elemen syariah...

Adoilah.... bukankah dahulu berapa ramai orang alim agama ini yang mengecam program persandingan atas alasan ianya bukan budaya Islam dan penuh elemen Hinduisme.... Kini puak yang sama pulak menyucikan program persandingan Heliza Helmi dan Mahadi BZ.... huhuhu

Kalu kena kat orang awam (marhen) ... laju ja puak-puak alim agama nih menjatuhkan hukum haram...
Kalu kema kat geng depa (pelakon / penunggang agama) ... mereka kata ianya halal...

Adoilah... makin karut dan sesat puak-puak alim agama nih... Islam tak ajar sistem kasta.. Islam tak ajar rasis ... Islam tak ajar semua nih.... jangan la memalukan Islam...

Nampak macam ada dua cara kitab dihurai... satu cara untuk orang awam... satu cara untuk kayangan / selebriti.



26 October 2021

Muktamar Yang Sudah Kehilangan Rohnya

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak beberapa lama nih.. kita boleh lihat Muktamar PAS yang hambar... yang semacam sudah kehilangan rohnya... Muktamar PAS yang sekadar berbasa-basi sahaja.... tiada signifikan... tiada impak langsung kepada politik dan kenegaraan di Malaysia...

Aper yang dapat dilihat... Muktamar PAS kala ini hanya sekadar jadi tempat memuja memuji dan membodek pimpinan je... dan bagi pimpinan pulak... Muktamar jadi sekadar tempat untuk menunjukkan siapa yang ader lebih sokongan pembodek... dan jadi tempat untuk menunjukkan kereta siapa lebih besar dan lebih mewah...

Hujah-hujah dalam Muktamar pun banyaknya sekadar picisan dan lompong sahaja... yang berpusing pada retorik yang sama...

Sedih sebenarnya bila melihatkan Muktamar PAS yang lebih daif dan selekeh dari Perhimpunan Agung UMNO .... hahaha... jauh sekali boleh kita melihat Muktamar yang dapat membawa suara rakyat marhaen mustad'afin seperti dahulu.... takder dah .... mimpi la nak bawak suara-suara dan masalah rakyat..

Muktamar PAS yang kosong isinya....

Ini realiti... ini kenyataannya...



23 August 2021

UMNO Tetap UMNO

Bhai/DeeDee semua...

UMNO tetap UMNO... mana pernah berubah.. Mana pernah tak berkhianat kepada rakyat... kalu pun ader nampak baik dan lembut... itu semua sekadar lakonan ja...

Dan UMNO memang sentiasa akan dibekap oleh Kaler Luna... Hahaha... rasanya sampai Kiamat kot... sebab kalu UMNO mampos... Kaler Luna pon akan masuk Muzium lar... Hahaha... tak gitue... Hahaha... naya kan...

Aper pon... sikap dan perangai UMNO nih kita rakyat marhaen mustad'afin dah boleh baca... dah boleh kenalpasti... cuma sedih... pemimpin parti-parti semua macam bodoh jer tak dapat jangka apa yang UMNO nak buat...

Adoilah... setiap kali pon kena main ... kena perdajal oleh UMNO.... hahahaha ... bodoh betul lar...



24 June 2021

Empatilah Kepada Mangsa

Bhai/DeeDee semua...

Kita boleh sembang aper sahaja... kita boleh cakap itu ini... tapi selagi kita tak letak diri kita kat tempat / situasi orang yang kita cakap tue... kita takkan tahu perasaan dan tindakan yang diambil olehnya...

Ader orang siap mengutuk orang yang bunuh diri sebab kesulitan dan kemurungan akibat dari impak PKP, Lockdown dan keruntuhan ekonomi disebabkan oleh Covid-19 nih.... tapi yang mengutuk tu langsung takder rasa empati dan simpati... malah dengan semberono mengulas begitu sahaja... Dia tak pon letak diri dier kat dalam situasi mangsa tue...

Ntah la... geram pun ader... sakit hati dibuatnya...

Apa yang pasti... Kaler Luna langsung tak buat apa-apa... takder merasai apa-apa... malah selesa dengan keadaan ini.... Celaka punya Kaler Luna...

Marhaen mustad'afin yang merasainya.... yang tersiksa... yang tertekan... yang dimangsakan oleh sistem kapitalis... Allahuakbar...

Kepada yang takder empati dan masih bersikap keakuan dan sombong... semoga engkau juga akan merasainya kesengsaraan sebegini nanti... Allah Taala maha mengabulkan doa....

That's all..

01 June 2021

Sembang Tak Ambil Gaji

Bhai/DeeDee semua...

Gua takmo nak amik port sangat pasai sembang PM yang Menteri dan Timbalan Menteri akan tidak mengambil gaji selama 3 bulan... konon nak menunjukkan solidarity dengan rakyat yang tertekan dengan lockdown dan hilang pekerjaan akibat dari kesan langsung Covid-19.

Gua takmo ami port..

Sebab masalah yang paling membelenggu Malaysia selama ini bukanlah pada gaji para Menteri dan Timbalan Menteri.... sebab walaupun bangang sekali pun... mereka tetaplah buat kerja... walaupun mungkin kerja itu tak setaraf ngan nilai gaji yang mereka dapat...

Tapi....

Yang paling karut sekali adalah pembayaran gaji / elaun / emolumen kepada para Dewata Raya, Dewa, Dewi dan segala keturunan kayangan semua tue.... Ini paling karut... sebab semua nih bukan ader buat kerja sikit pon... Satu aper pon takder... melainkan joli sana sini.. enjoy sana sini...

Apa kerja mereka yang melayakkan mereka dapat gaji / elaun / emolumen secara tetap bulanan... dari yang tua bangka sampailah yang baru lahir.... karut betul la..

Membazir.... semua ini membazir....

Kalu nak pendapatan... sila kerja... sila buat kerja yang selayaknya... bukan tunggu saja tetiap sampai tarikh semua masuk dalam akaun bank....  



23 February 2021

Sama Sama Bergayut, Berpaut

Bhai/DeeDee semua...

Yang satu bergayut berpaut sebab nak selamatkan jawatan dan kuasanya.... yang satu lagi bergayut berpaut sebab banyak sangat sangkut bisnes peribadi dan sanak keluarga.... semuanya sakau selagi boleh... sama sama bergayut, berpaut atas dasar kepentingan....

Dan .... dua-dua nya tabley pakai...

Yang bodoh adalah marhaen yang taksub percaya dan sumpah sembah kepada Kaler Luna.... Kekal diperbodohkan selamanya hanya kerana sekeping dua kertas ungu yang dihulurkan ketika singgah... Puji puja melambung 7 keturunan...

Bangang betul la...








13 June 2020

Realiti Kehidupan : Normal Baru

Bhai/DeeDee semua...

Ini adalah realiti kehidupan di Malaysia.... Macam celaka kan.... tambah pulak bila geng-geng yang "katanya" hebat dalam bidang agama pun kini bersekongkol dengan para celaka nih semua.. Nak harapkan kayangan?? Dewa dan Dewata Raya.... mimpilah...

Dewa dan Dewata Raya tu semua lagi tabley pakai walau sekupang pun.... semua spesis bukan setakat takder telor... tapi jenis makan tanggung berak cangkung... spesis lagi hina dari babik... sebab babik semua tue pandai cari makan sendiri... tak mengharapkan sesapa bagi makanan ngan babik...

Bangsat betul la kan..


08 May 2018

Mustad'afin Bersatulah

Bhai/DeeDee semua ...

Wahai Mustad'afin (golongan tertindas) .... cukup-cukuplqh kita dimangsakan oleh pemimpin dan pimpinan... Bersatulah... bersatulah demi perubahan...

Sudah sekian lama Mustad'afin tidak dibela oleh kepimpinan BN dan PAS ... sudah cukup lama mereka hanya membuat retorik sahaja... yang kedepan membantu dan memperjuangkan nasib Mustad'afin hanyalah dari PSM dan PRM...

Yang kena tangkap... yang kena tahan bersama dengan Mustad'afin aderlah aktivis dari PRM dan PSM... yang kena belasah... yang kena gari... yang kena pukul dengan LSF dan FRU pun mereka...

Mana pernah Nasrudin Tantawi berada di saf depan dalam perjuangan golongan Mustad'afin... Mana pernah Abdul Hadi Awang... Mana pernah Najib Razak... Mana pernah Nik Amar... Mana pernah kita lihat Nik Abduh berada didepan sekali....  Takiyuddin Hassan atau Ahmad Dasuki Rani pun tak pernah kedepan...

Yang pernah kedepan aderlah orang macam Hatta Ramli, Tian Chua, Arul PSM, Dr Jeyakumar PSM, Khairul Nizam (AdukaTaruna), Jeming Hassan dan beberapa orang lagi...

Jadi... wajarlah Mustad'afin bersatu... buat perubahan... kita ubah kali ni.... geng Lebai pun bukan nak memperjuangkan masalah Mustad'afin.....

Bersatulah....

07 June 2013

Anwar Ibrahim Pun Tidak Berani

Bhai..... sori aaa... Ini kesimpulan yang gua boleh bagi... pendek jer artikel nih..... Hahaha.... Anwar Ibrahim pun tidak berani nak boikot Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen .... hahaha... Anwar Ibrahim pon gempaq jer lebih...

NGO dok push mintak kerjasama Ahli Parlimen PR supaya boikot Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen tue... tapi... nampaknyer... seperti mencurahkan air ke daun keladi jer... hahaha.. takder efek...

Usahkan Anwar Ibrahim.... even Hadi Awang dan Lim Kit Siang pon takkan boikot punya.... hahahaha.... lupakan sajer... Tambah lagi puak-puak yang baru kali nih menang dalam PRU13... dan jadi Ahli Parlimen.... mesti mau hadir...

Kot sudah tempah... baju istiadat sudah tempah.... malah kasut baru pon sudah ader.... takkan mau boikot... hahahaha...... malah ramai yang dah hantar booking untuk bawak kuar keter baru (mewah) guna AP.... hahahaha.... tarak percaya kalu tanya la samer dealer kereta.... Hahahaha.... hampeh....

Semuanyer mau dapat bahagian diorang... jadi jangan mimpilah diorang nak boikot.... Poodah la... abis kuat pon cuma tak antar soalan jer.... hahaha... stakat itu jer la yang brani....  macam gua tulis itu hari... "rakyat makan sardin, pemimpin makan besar" ....


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.

Tindakan anggota Parlimen Permatang Pauh itu pastinya mengundang kritikan terhadapnya dari segenap sudut.

"Politik juga tentang tanggapan dan tanggapan meluas bahawa pilihan raya umum ke-13 dicemari penipuan yang cukup meluas, yang cukup untuk kita mempertimbangkan pilihan sama ada untuk memulaukan sesi pembukaan," katanya.

Anwar hampir pasti akan dicadangkan semula sebagai ketua pembangkang walaupun PKR bukan lagi menguasai jumlah kerusi dalam Parlimen.

Dalam pilihan raya umum lalu, DAP memperoleh 38 kerusi, PKR 30 dan PAS sebanyak 21 kerusi.

24 May 2013

Melawan Arus

Bhai.... Gua memang melawan arus... Betul... Dalam berpolitik... Gua asingkan kerjaya hakiki, kerjaya kenegaraan dan kerjaya politik... Jadi dalam banyak kes... kekadang tue bos besar kat agensi pon bertelagah ngan gua...

Tapi kitorang bertelagah bab dasar jer... Bab ideologi... Bab perspektif... yang lain kitorang tak bertelagah... Kena la professional la bhai..

Jadi biler kiter tabley nak jadi professional... Tabley nak terima nasihat... Tabley nak dikritik... Tabley nak ditegur... makanyer kiter nih rasa kiter dah abis hebat la... Sebab semua pencacai yang ader disekeliling selalu memuji memuja kiter...

Kiter lupa pada yang lagi hebat dari kita... Kiter jadi ujub.... Riaq dan takabbur... Sampaikan kiter boleh pandang rendah kat orang lain..

Aper yang gua citerkan nih gua tujukan direct kat Ulama "Ke Laut"... Dari sehari ke sehari... Dah makin jauh dah dier nih... Yer la.... Pencacai dier akan sentiasa bekap dier... Inilah contoh sokong membawa rebah paljng teruk..

Aper pon... Seperti yang selalu gua citerkan... Walau betapa hebatnyer kiter rasa pasai semua orang di keliling kiter dok sokong kiter... Kiter jangan lupa bahawa ader yang lagi hebat dari kita...

Gua tulis nih jugak sebagai tazkirah kat gua... Bukan aper... Gua perlu hilangkan rasa ujub, riaq dan takabbur yang ader pada diri gua... Gua tak layak jadi pemimpin ... Tapi gua takmo pemimpin yang "cakap tak serupa bikin" dan selalu lari biler rakyat perlukan dier...

Stakat pencacai dier nak citer semua yang "terbaek" pasai dier tak payah la... Macam la gua tak tau tentang mamat tue... Agensi gua ader full record tentang dier.... Hahaha

Jadi... Kalu lu nak jadi pemimpin gerakan Islam... Tunjukkanlah contoh yang bagoosh... Jangan buat perangai macam sekarang... Buat malu jer...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1