Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label PM10. Show all posts
Showing posts with label PM10. Show all posts

02 April 2023

Err... Sekejap... Dulukan Siap Hasut Lagi

Bhai/DeeDee semua...

Err.. sekejap... Bukankah dahulu semasa jadi Pembangkang.... selalu sangat puak-puak nih menghasut kakitangan awam terutamanya doktor kontrak untuk melakukan Hartal, Mogok atau Perhimpunan Haram??? 

Errr... dulu selamba jer pujuk dan hasut... atas nama freedom of expression

Tapi kenapa la nih tak boleh pulak... tak dibenarkan... diharamkan.... Hahaha.... aik... sudah tukar ka?? Hahaha....

Sudah tukar ka?

Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan "haram".

Menurut KKM, berdasarkan surat edaran oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011, penjawat awam adalah dilarang terlibat dalam perhimpunan seumpama itu.

"Penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4(1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993," menurut hantaran KKM yang disiarkan di laman Facebook kementerian itu semalam.

Hantaran itu juga memaparkan infografik mengenai bentuk penyertaan perhimpunan haram termasuk "penglibatan aktif" di luar waktu bekerja, menggunakan waktu pejabat dan meninggalkan pejabat untuk memerhati dan menyertai perhimpunan selain menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak dan mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram.



27 March 2023

Lekeh Benar Kabinet Anwar Ibrahim Nih

Bhai/DeeDee semua...

Inilah masalahnya.... dulu lagi gua dah kata... nak lantik Menteri/Timbalan Menteri Pendidikan... mestilah dari orang yang cabangnya adalah Pendidikan.... bukan lantik anak kroni ka... atau adik geng sendiri ka.... yang takder kena mengena dengan pendidikan...

Fadhlina Sidek adalah seorang Peguam.... apa yang dier tau tentang pendidikan... proses dan sistemnya... tapi pasai dier anak kawan (kroni Anwar Ibrahim) tue yang dier dilantik jadi Menteri Pendidikan...

Lim Hui Ying pulak adalah seorang Akauntan.... apa yang dier tahu tentang pendidikan.... proses dan sistemnya.... tapi pasai dier adalah adik kepada kawan Anwar Ibrahim (Lim Guan Eng) tue yang dier dilantik jadi Timbalan Menteri Pendidikan...

Tu yang makin jahanam aaaa jadinya....

Benda simple macam nih... 10 hari dah diberikan masa.... takder boleh nak bagi jawapan... aper ke bangang la....

Kabinet pinggan mangkuk ayun betul la... huhuhu

Lemah Sungguh La

Timbalan Menteri Pendidikan - sekali gus kerajaan - ditegur oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor hari ini kerana gagal bersedia seperti sepatutnya.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi apabila Lim Hui Ying tidak dapat memberikan jawaban kepada soalan yang dikemukakan ahli parlimen.

Lim sepatutnya menjawab pertanyaan Ahmad Marzuk Shaary (PN - Pengkalan Chepa) yang meminta Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan peruntukan untuk program rancangan makanan tambahan (RMT) dan mekanisme pemantauan untuk memastikan pelajar mendapat makanan yang berkhasiat.

Lim (PH-Tanjung) sepatutnya menjawab pertanyaan tersebut kerana menteri, Fadhlina Sidek, tidak hadir pada ketika itu.

Bagaimanapun Lim terdiam untuk beberapa ketika sebelum Ramli bertanya sama ada timbalan menteri terbabit bersedia dengan jawaban sepatutnya atau tidak.

"Yang berhormat menteri, saya rasa soalan ni ditanya sejak awal... Ada jawapan atau tidak?" tanya Ramli.

"Minta maaf tuan yang dipertua, sebab jawaban saya tak sediakan. Bolehkah saya berikan secara bertulis (kemudian)?" jawab Lim.

Kenyataan Lim itu mengundang rasa tidak senang ahli parlimen pembangkang termasuk Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang berpendapat kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

Ronald yang pernah menjadi timbalan speaker Dewan Rakyat menjelaskan soalan yang ditanyakan itu diberi kepada pihak yang berkenaan lebih awal.

"Menteri sepatutnya menyediakan jawaban dari awal," katanya.

Ramli yang sependapat dengan Ronald kemudian berkata, kejadian seperti itu tidak wajar berlaku.

"Saya harap pihak kerajaan, ketua majlis ambil maklum perkara ini," katanya.

Justifikasi Lawak

Bhai/DeeDee semua...

Penyamun sedang susun geng penyamun dalam semua cabang jawatan... Ini cara bijak ... puak penyamun nih macam nih la sejak dulu susun geng-geng penyamun kat sana sini... macam-macam justifikasi lawak yang akan puak penyamun buat... biasa dah nih...

Hahaha...

Yang lagi lawak.... puak yang dulunya anti sangat dengan geng penyamun nih pon dah terikut sama susun geng depa macam mana geng penyamun susun...

Hahaha...

Kita tengok jer la... nak nasihat pon bukan depa nak dengar... biaq la depa tergolek dog sama dengan penyamun nih.... atau kena sailang dengan geng penyamun nih...  Hahaha


Kerajaan Perpaduan tidak akan melantik mana-mana individu yang tidak berupaya memberi sumbangan kepada organisasi atau agensi kerajaan yang diketuainya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata semua lantikan adalah berdasarkan garis panduan Kabinet serta mengikut nasihat Perdana Menteri.

"Jangan dilihat hanya kerana seseorang itu memegang jawatan politik khususnya Ahli Parlimen dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri)… ia harus dilihat dari segi latar belakang dan juga kelulusan serta pengalaman seseorang itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Butterworth hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pelantikan ahli politik bagi memegang jawatan dalam agensi dan organisasi kerajaan.

20 March 2023

Makin Sombong?

Bhai/DeeDee semua...

Satu ja gua nak peringatkan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim....

Tak payah nak sombong sangat... Pegang kuasa pon atas ehsan musuh ketat (UMNO/BN) takkan boleh pergi kemana pun... Tambah lagi dilihat perlecehkan kuasa dan sokongan MUDA ..... Tak jauh la jangkahayat... Pasti akan kena kencing dengan musuh (UMNO/BN) nanti... tunggu masa jer la...

Benda boleh berpakat... benda boleh berbincang... benda boleh bekerjasama baik-baik... Tapi dijadikan payah akibat sombong...

Bila tergolek tertumuih nanti jangan salahkan orang lain... salahkan diri sendiri aaa yer... Hahaha

Perangai Sombong Akan Membawa Bencana


18 March 2023

Wow ... Garangnya

Bhai/DeeDee semua...

Wow ... Garangnya ... ader apa-apa ke nih?? Garang semacam ja??? Ka mau tunjuk pawer yang ader... Hahaha... sedar la wei... Kuasa pon harap sokongan dari penyamun... bukan ader kuasa solid pon.... Kalu penyamun tarik diri... tarik hand brake... jahanam... hilang kuasa....

Hahaha....

Tau la sekarang zaman nak naikkan taikun 1994 yang dah lama bagi sponsor.... Taikun yang dah lama keluar modal investment sejak 1994 .... Hahaha... kita paham la... investment dah matang... pelaburan dah matang... jadi kena la kutip balik untung dari pelaburan semua tue..

Hahahaha...

Takkan kritik camnie pon nak koyak kot.... ala... semua ni open secret lar... WalaNON dan Bangsa Slurpp apa tau.... hahaha... depa sama bangang macam Walaun dan Macai... Hahahaha

Garangnya


16 March 2023

Sembang Lah Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha.... gua tabley nak kata apa.... Bab sembang.... pass kat dia la... Hahaha ... Macam la dia tak cium tangan taikun gak... Hahahaha ... macam la takder taikun sponsor kat dia.... Hahaha

Ingat orang tatau ka?? Hahahaha



15 March 2023

Isu Lantikan Politik Dalam GLC - Kini PH Sudah Senyap Sunyi

Bhai/DeeDee semua....

Ini sesuatu yang bangsat... Dulu bukan main PH bertegas konon tak mahu ada lantikan politik dalam GLC. GLA dan sebagainya... PH mahukan Kerajaan meletakkan orang professional dalam semua nih...

Tapi semenjak PH dan bekerjasama dengan Penyamun (UMNO) ... PH sudah tak ada bangkangan bilamana Ahmad Jazlan dilantik menjadi Pengerusi Felcra ... satu GLC dalam Kerajaan dibawah pentadbiran Kementerian Kewangan...

Jahanam aaa... PH dah tak "walk the talk" .... PH sendiri sudah senyap sunyi tak berkutik ... sudah rela dan redha... sudah bersama dengan penyamun.... Huhuhu...

#Felcra #AhmadJazlan #AnwarIbrahim #SamaSamaPenyamun #Kontradik #DuaKaliLima #Kecam #Walanon #BangsaSlurpp #Bangang #Relevan #Politik #MasaDepan 
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

14 March 2023

Orang Kaya Memanglah Tak Rasa

Bhai/DeeDee semua...

Bila gua baca citer nih... gua sebak... sebab gua tau macam mana perasaan tukang jahit tue... dan gua tau macam mana perasaan budak tue... dan gua tau macam mana perasaan emak bapak budak tue...

Bukan senang nak ada duit ringgit ... dalam keadaan ekonomi yang murung nih... dalam keadaan dimana harga kos sara hidup masih tak berpadanan....  Hanya yang tahu jer tahu... orang kaya memanglah tak rasa... tambah lagi kalu ko dengar sembang pakar ekonomi atau ostad selebriti...

Semua sembang pasai kepentingan menyimpan... menabung.... nak simpan nak tabung apa kalu benda nya tak ada lebihan....  pakar ekonomi nih dah sure ader gaji besar... gaji tetap....  ostad selebriti pulak .... kalu takder sampul tebal... mana maunya dier nak berceramah sana sini... poket tak pernah kosong.... sampul tak pernah tipis...

Huhuhu...

Realiti Hidup Orang Susah


Cerita Cikgu Rosli

Bhai/DeeDee semua...

Ini cerita gua kutip dari Cikgu Rosli... Viral jugak la benda nih... benda nyata... cerita orang bawahan... cerita orang susah... cerita orang miskin... cerita yang takkan sampai ke atas... cerita yang kaya meliniar takkan tahu.... cerita yang seakan-akan sengaja ditenggelamkan ...

Orang susah dan orang miskin kelaparan... harga komoditi tak pi mana pun... harga hasil pertanian pun gitu-gitu jer...  perut tetap nak kena isi juga... setakat buah-buahan dan sayur-sayuran kampung memang la boleh menampung perut yang kosong...  setakat ikan sungai, ayam kampung boleh la diisikan kedalam perut yang kosong...

Tapi kalu nak membeli barangan lain... kena ada duit... kena ader wang... kedai pun dah taknak bagi guna buku 555 ....

Duit pulak bak kata orang Perak "tak mandang" .... kalu ada pun seciput ja.... Huhuhuhu... harga barang pulak memang menggila... bawak duit RM50 pi beli barang... berapa lah yang dapat...  bagi orang kampung ... orang susah... orang miskin... nak tengok duit sekeping RM50 pun dah macam terlalu langka... terlalu "RARE" bak kata orang Ulu Piol Kuala Kangsar tue......

Memang jenuh la... tapi apa yang dapat dilakukan... harga barang keperluan tue bukan orang miskin boleh tentukan kawalannya... ianya kerja orang politik... orang yang pegang kuasa... orang miskin dan susah hanya boleh mendengar "sembang @ labun"  muluk-muluk jer la dari yang pegang kuasa.... 

Bila nak tangani masalah nih? Takkan nak tunggu sampai musim berkempen Pilihanraya Umum ke 16 (PRU16) ??? Takkan la kot.... 

Ntah la... gua lihat takder harapan pun akan berubah... makin sesak ader la...



13 March 2023

Ingat Depa Bagi Free Ja Ka Sumbangan

Bhai/DeeDee semua...

Orang gila pon takkan bagi sumbangan tambah lagi sampai berjuta gitue-gitue ja ... Hahahaha

Ingat depa bagi free ja ka sumbangan? … Hahaha… Baek ada makna wei… Jangan lupa collect investment. Biasa la Investment... cukup sampai masa matangnya... boleh la collect untung.... Hahaha






09 March 2023

Formula Paling Bangang Anwar Ibrahim

Bhai/DeeDee semua...

Ini bukan nak menolong, tapi menjahanamkan rakyat. Formula paling bangang. Bangkai betul la.

Last-last nanti lagi ramai rakyat yang bankrap.

Bangangnya Anwar


07 March 2023

Dan Kerajaan Anwar Ibrahim PM10 Pun Tumbanglah

Bhai/DeeDee semua...

Kalu UMNO tak diselamatkan dari dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) .... maka Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim memang akan tumbang... sebab sekarang nih yang mencukupkan kerusi untuk kekal Anwar Ibrahim memegang kuasa sebagai PM adalah dari UMNO .... Hahaha...

Sebab itu benda macam nih boleh terjadi....

Hahaha... ini senang-senang sangat ka Saifuddin Nasution nak selamatkan nyawa UMNO .... nyawa Presiden UMNO .... Ahmad Zahid Hamidi....

HAHAHA

Cerita Berkaitan


06 March 2023

Kesilapan Yang Memalukan

Bhai/DeeDee semua...

Apa nak jadi la... ini first time gua dengar kes macam nih... Macam mana boleh salah identiti mangsa... siap kata mangsa dah mati.... kesian kat keluarga... kesian juga kat mayat...

Macam mana la benda camnie boleh berlaku...

Kena buat siasatan nih....


Selama beberapa hari seorang bapa di Negeri Sembilan meratapi pemergian anak lelakinya, yang menurut pihak berkuasa meninggal dunia ketika ditahan di Penjara Sungai Buloh Selasa lalu (2 Mac).

Dia kemudian menuntut mayat di Hospital Sungai Buloh, membuat persediaan untuk acara pengebumian di rumah keluarga di Tampin dan merancang untuk menanam jenazah anaknya semalam.

Namun, beberapa jam sebelum acara pengebumian, pihak keluarga terkejut apabila dimaklumkan lelaki berusia 19 tahun itu masih hidup.

"Bagaimanapun sekitar tiga ke empat jam sebelum proses pengebumian dilaksanakan, pihak penjara menghubungi kami bahawa anak kami masih hidup dengan membuat panggilan video.

"Tidak tahu macam mana hendak saya gambarkan, anak kami masih hidup dan mayat siapa pula di rumah ini?" kata bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Chantren

04 March 2023

Masih Nak Lantik Lagi?

Bhai/DeeDee semua...

Itu hari korang jugak kata Idrus Harun nih tabley pakai.... Tapi la nih masih nak lantik dia lagi ka??? Adoilah... Bangang betul lar....

Pencacai dan Pentaksub Anwar Ibrahim mesti akan bekap perlantikan kembali Idrus Harun nih sebagai Peguam Negara... Hahahaha.... lawak siot ... WalaNON dan Bangsa Slurpp nih lagi sah bangang dari Walaun, Walatok dan Macai... Hahahaha



25 February 2023

Shahidan Kasim Menyalak Meroyan

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha.... Gua gelak besar jer bila baca benda nih... Hahahaha...

Bukan apa... dulu masa Shahidan Kasim berada dalam Kerajaan Malaysia... benda nih pun berlaku gak... masa tu dier buat senyap jer... hahaha... la nih biler dier dah jadi pembangkang... bukan main Shahidan Kasim menyalak meroyan....

Hahahaha... hadan huker la.... Hahahaha


Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) membidas kerajaan berikutan tiada peruntukan diberikan kepada ahli parlimen pembangkang dalam Belanjawan 2023.

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim berkata, ahli parlimen pembangkang sepatutnya mendapat peruntukan yang adil dan sama rata seperti ahli parlimen kerajaan kerana ia merupakan wang rakyat.

"Kami wakil rakyat, kami menang pilihan raya, kenapa hak kami dinafikan? Kami tak dapat peruntukan. Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan dapat peruntukan, kami tak dapat. Kenapa tak dapat?

"Dalam dunia ini tak kira oposisi, tak kira kerajaan, peruntukan ahli parlimen dibagi sebab ini ialah peruntukan rakyat.

"Kalau kita nak hukum oposisi mansuhkan oposisi. Tidak perlu oposisi di parlimen ini.

"Kami bukan minta duit poket, kami minta duit rakyat itu diberi sama rata,” katanya kepada media selepas menteri kewangan Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.

24 February 2023

Patutlah Ramai Kengkawan Serang Gua

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... dulu depa berkawan ngan gua... masa gua tibai kepimpinan Mahathir Mohamed, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri.....

Dan gua tetap konsisten dengan cara gua kritik semua kepimpinan negara... tak kira siapa pun.. selagi mana apa tindakan PM tu tak kosisten dengan apa yang depa cakapkan... atau yang depa janjikan dengan masyarakat sebelum depa menang... malah gua paling menyampah kepimpinan hipokrit... 

Tak kira la waima Dewa Kayangan sekali pun...

Tapi pelik sekarang nih kengkawan gua dah mula serang gua... Hahaha... pasai gua tibai Anwar Ibrahim.... Hahaha.. Lawak siot... Sampai siap jadikan gua musuh depa nombor satu... numerp uno... hahahaha

Betul-betul spesis penjilat dan pentaksub depa nih.... dulu apa yang depa tak katakan dengan walaun dan macai.... semua kecaman ader... penjilat la.. pentaksub la... takder otak la....  Hahaha...

Sekarang semua berbalik kat depa pulak... tambah-tambah yang dah dapat jawatan dalam J-KOM .... hahahaha.. gaji pulak besar.... hahaha... ader sampai RM16 ribu sebulan katanya.... (pengakuan bos J-KOM lagi tue) ... hahaha


Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang ada sekarang bukanlah alat politik untuk kepentingan pihak tertentu saja, kata ketua pengarahnya Mohammad Agus Yusoff.

Sebaliknya kata Mohammad Agus ia merupakan alat untuk kerajaan menyampaikan wawasan Malaysia Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sementara itu Mohammad Agus juga menyatakan bekas calon PH untuk kerusi DUN Apam Putra di Rantau Panjang, Sham Ghaz, kini menjadi timbalannya di agensi tersebut.

Tambahnya, Sham - atau nama sebenarnya Mohd Hisyamuddin Ghazali - tidak menerima gaji sehingga RM50,000 seperti dakwaan sesetengah pihak yang tidak senang dengan mereka.

"Syam Ghaz adalah timbalan saya. Gaji dan elaunnya tidak sampai pun satu per tiga daripada jumlah RM50,000 yang disebutkan," katanya.

16 February 2023

Makin Jahanam Felcra

Bhai/DeeDee semua...

Felcra nih start jahanam masa Tajuddin Abd Rahman jadi Pengerusinya.... lepas tue langsung tabley nak bangkit dan pulih... walhal aset berbilion... tanah jer ader berapa ratus ribu hektar... pengurusan kewangan kelaut....

Jahanam...

Harap dapat diperbetulkanlah...


Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, berdasarkan surat pengesahan baki dan tunggakan pinjaman Kerajaan Persekutuan bertarikh 10 Januari 2022 daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, baki pinjaman Felcra dengan Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2021 ialah RM3.67 bilion.

“Baki pinjaman ini merupakan 69 peratus daripada keseluruhan liabiliti Felcra yang berjumlah RM5.32 bilion dan berdasarkan maklum balas Felcra, Kerajaan melalui keputusan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022 telah meluluskan sebahagian baki pinjaman berjumlah RM969.27 juta ditukarkan kepada ekuiti dalam Felcra,” kata laporan itu.

LKAN berkata satu daripada enam indikator perspektif perspektif petunjuk prestasi utama (KPI) Felcra tidak mencapai sasaran pada tahun 2021 iaitu indikator pengurangan kos dalam kos pentadbiran, ia disebabkan tambahan perbelanjaan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Rakyat berjumlah RM10 juta yang tidak dibajetkan pada awal tahun.

15 February 2023

Mampukah Ianya Dilaksanakan?

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih (Penggal Tetap Parlimen) ader dalam Manifesto PH untuk PRU15 hari tue... jadi mampukah ianya dilaksanakan atau hanya sekadar menjadi retorik semata-mata??

Kita lihat dan perhatikan sahaja la... kan..

Penggal Tetap Parlimen

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar kerajaan mewujudkan dasar penggal tetap Parlimen bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) secara automatik.

Katanya, tindakan itu bagi memastikan sesebuah kerajaan stabil tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak, sekali gus dasar kerajaan dapat dibentuk dengan baik selama tempoh pemerintahan sesebuah kerajaan dengan pembubaran hanya selepas penggalnya tamat.

"Ini juga madani. Ertinya kita, kejelasan untuk rakyat urus kehidupan dan perniagaan ada kejelasan.

“Saya cadangkan kita wujudkan penggal tetap Parlimen supaya pentadbiran kerajaan jelas. Rakyat jelas untuk uruskan kehidupan dan perniagaan juga jelas (dengan perjalanan kerajaan).

“Apabila penggal Parlimen ditetapkan untuk lima tahun, tiada lagi teka-teki. Tiada yang nak tebuk atap atau ikut pintu belakang dan kerajaan yang diberi mandat dapat laksanakan tawaran, janji serta manifesto tanpa diganggu-gugat,” kata bekas menteri kesihatan itu ketika membahaskan usul titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Dah Nak Masuk Bulan 3

Bhai/DeeDee semua..

Tak lama lagi dah nak masuk bulan 3 ... bulan Mac.... tapi belanjawan 2023 pun tak diluluskan lagi... adoilah...  sekarang nih sidang Parlimen... patut inilah masa terbaek untuk bentangkan belanjawan 2023 yang dah terlewat nih disebabkan pembubaran Parlimen hari tue...

Nih PM pi Turkiye....

Bila nak bentang??? Takkan tanya pon salah kot??



14 February 2023

Orang Yang Sama, Nada Cerita Yang Berbeza

Bhai/DeeDee semua...

Dulu ... sebelum jadi Perdana Menteri... nadanya lain... ceritanya lain... sembangnya lain... Tapi kini time dah jadi Perdana Menteri.... semuanya berbeza.... Hahaha...

Relaks aaa... gua cuma quote cerita lama ja...

Hahahaha ... ini semua lanzhow tuan-puan...

Curi Letrik Untuk Melombong Bitcoin lebih skala besar.


Kes Kertas Pandora adalah besar







Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1