Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ketua Pengarah Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Ketua Pengarah Kesihatan. Show all posts

02 April 2023

Err... Sekejap... Dulukan Siap Hasut Lagi

Bhai/DeeDee semua...

Err.. sekejap... Bukankah dahulu semasa jadi Pembangkang.... selalu sangat puak-puak nih menghasut kakitangan awam terutamanya doktor kontrak untuk melakukan Hartal, Mogok atau Perhimpunan Haram??? 

Errr... dulu selamba jer pujuk dan hasut... atas nama freedom of expression

Tapi kenapa la nih tak boleh pulak... tak dibenarkan... diharamkan.... Hahaha.... aik... sudah tukar ka?? Hahaha....

Sudah tukar ka?

Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan "haram".

Menurut KKM, berdasarkan surat edaran oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011, penjawat awam adalah dilarang terlibat dalam perhimpunan seumpama itu.

"Penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4(1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993," menurut hantaran KKM yang disiarkan di laman Facebook kementerian itu semalam.

Hantaran itu juga memaparkan infografik mengenai bentuk penyertaan perhimpunan haram termasuk "penglibatan aktif" di luar waktu bekerja, menggunakan waktu pejabat dan meninggalkan pejabat untuk memerhati dan menyertai perhimpunan selain menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak dan mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram.



12 September 2022

KKM Kantoikan Najib Razak

Bhai/DeeDee semua...

Kecoh bilamana Najib Razak dimasukkan ke Hospital balik sebab kononnya ubat darah tinggi Najib Razak tue memberikan tindakbalas teruk kepadanya... Hahaha... yang bagi alasan tu adalah Pegawai Penjara....

Walhal dalam Penjara ader Doktor ... ader Infarmary.... dan senarai ubat yang ada semuanya mesti patut dan ikut garispanduan dari KKM....

Tetiba kata Najib Razak ada alahan teruk...

Tu yang KKM bengang tue... sampaikan Ketua Pengarah KKM bising.. sebab dalam rekod KKM nih Najib Razak punya ubat darah tinggi adalah standard ... jenis biasa macam orang lain jugak... takder pelik-pelik...

So memang sekarang nih KKM telah kantoikan Najib Razak.... cukup-cukup la nak mengelat pasai ubat la pulak... semata-mata taknak duduk Penjara.... By the way... Banduan patutnya duduk wad kelas 3 dengan tangan digari pada besi katil.... 

Awat pulak yang ini boleh lain.. duduk bilik khas... duduk katil wad kelas 1 ..... adoilah.... double standard.



31 January 2021

Denda RM3000?

Bhai/DeeDee semua...

Sehari dua nih sudah kecoh.. dan ader tanda-tanda yang pihak Kerajaan akan naikkan kadar denda engkar SOP Covid-19 ... Ketua Polis Negara (KPN) dah bawak citer nih semalam.... Hari nih pulak Ketua Pengarah Kesihatan (DG) pulak up citer pasai draf cadangan tue...

Hehehe...

So bersedialah untuk ianya diwartakan dalam tempoh sebelum Jumaat minggu depan nih... ... Gua saspek denda tue antara RM3000 hingga RM5000 ... bergantung kepada kes.... dan mugkin jugak hukuman penjara tidak akan dinaikkan.... hanya denda sahaja yang naik..

Bagi majikan / syarikat pulak... maybe dendanya antara RM10 ribu hingga RM25 ribu....

Ini gua punya pandangan la...tak tau betul atau tidak... dan ini semua hanya untuk marhaen... orang biasa... rakyat biasa...

Dewa, Kayangan, VIP dan sebagainya tue... pastinya akan terlepas begitu sahaja... kalu kena denda pon mesti macam sebelum nih... ader diskaun.... huhuhu... sekadar nak sedapkan suasana jer.... ala... yang dulu siap boleh backdated lagi saman.... Hahaha

Aper pon.... ini semua memang masyuk... cara baru untuk Kerajaan buat duit.... huhuhu..



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1