Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ketua Polis Negara. Show all posts
Showing posts with label Ketua Polis Negara. Show all posts

12 December 2022

Betulkah Ini Pilihan Yang Tepat?

Bhai/DeeDee semua...

Ramai yang kata kalu Ketua Polis Negara yang lama (Acryl Sani Abdullah Sani) digantikan dengan Ayob Khan... maka ianya adalah satu pilihan yang tepat... kerana katanya Ayob Khan nih akan dapat membersihkan PDRM dan menaikkan integriti PDRM ke tahap yang sepatutnya...

Betulkah ini pilihan yang tepat? Gua sangat meraguinya.... maaf cakap la...

Betullah ramai yang respek dan yakin dengan Ayob Khan kalu dia berada di kedudukan Ketua Polis Negara (IGP) ... termasuklah rakyat dan Sultan serta Raja Melayu katanya menyokong penuh jika ini berlaku...

Tapi pada gua ... gua ader sedikit doubt... gua ader sedikit ragu-ragu... Tapi apa yang gua doubt tue biarlah gua sorang jer tahu... karang kalu cerita karang... ramai sangat yang kecam berjemaah.... bukanlah gua takut atau cuak.... sebab gua tak heran pon orang kecam gua... cumanya gua jamin kecaman depa tue semua tersilap banyak dan ... akhirnya apa yang gua doubt tentang Ayob Khan nih menjadi kenyataan...

Gua ader info lain tentang Ayob Khan... tapi takper la... gua simpan untuk gua jer la...

Cuma gua nak nasihat kan lu orang jer..... "ayaq tenang jangan kata takdak boya"... Hahaha...

I've said so ....



13 December 2021

KPN Pun Menipu?

Bhao/DeeDee semua...

Kalu pegawai Polis peringkat bawah nih menipu tu kita dah tak terkejut lar tengok... bukan tak biasa.... tapi biler Ketua Polis Negara sendiri menipu... adoilah... apa nak jawab nih... pening aaa..

Hahaha...

Kesian kat rakyat kena tipu camtue ja... hahaha ,,, naya kena scam kita nih... hahaha

KPN Acryl Sani Abdullah Sani


KPN Abdul Hamid Bador






Ini mari mana pulak... huhuhu

31 January 2021

Denda RM3000?

Bhai/DeeDee semua...

Sehari dua nih sudah kecoh.. dan ader tanda-tanda yang pihak Kerajaan akan naikkan kadar denda engkar SOP Covid-19 ... Ketua Polis Negara (KPN) dah bawak citer nih semalam.... Hari nih pulak Ketua Pengarah Kesihatan (DG) pulak up citer pasai draf cadangan tue...

Hehehe...

So bersedialah untuk ianya diwartakan dalam tempoh sebelum Jumaat minggu depan nih... ... Gua saspek denda tue antara RM3000 hingga RM5000 ... bergantung kepada kes.... dan mugkin jugak hukuman penjara tidak akan dinaikkan.... hanya denda sahaja yang naik..

Bagi majikan / syarikat pulak... maybe dendanya antara RM10 ribu hingga RM25 ribu....

Ini gua punya pandangan la...tak tau betul atau tidak... dan ini semua hanya untuk marhaen... orang biasa... rakyat biasa...

Dewa, Kayangan, VIP dan sebagainya tue... pastinya akan terlepas begitu sahaja... kalu kena denda pon mesti macam sebelum nih... ader diskaun.... huhuhu... sekadar nak sedapkan suasana jer.... ala... yang dulu siap boleh backdated lagi saman.... Hahaha

Aper pon.... ini semua memang masyuk... cara baru untuk Kerajaan buat duit.... huhuhu..



10 June 2013

Polis Malaysia Kejam

Bhai.... dalam mana-mana kes jenayah sekalipon... melainkan suspek mati serta merta akibat dari tembakan anggota keselamatan....  mana-mana suspek yang cedera perlulah diberikan rawatan kecemasan.... Ini adalah hak asasi manusia la bhai... Samer macam dalam pertempuran di medan perang... jika ada musuh mati serta merta... itu isu lain..  tapi kalu ader musuh yang cedera... rawatan kecemasan perlulah diberikan...

Soal sama ader dier musuh atau penjenayah ... memang bukan satu isu dalam kes kecemasan yang melibatkan nyawa... Ini standard dunia nih bhai.... gua pernah terlibat dengan beberapa situasi macam nih sepanjang berkhidmat dengan Agensi .... dan gua tau SOP ini..... satu dunia tau... dan ianya termaktub dibawah Geneva Convention...

Tindakan Polis tidak rasional gua nampak bilamana anggota Polis membiarkan suspek kes cubaan rompak kedai emas di Kota Bharu semalam yang cedera ditembak dikaki .... terguling-guling tanpa bantuan perubatan selama 20 minit adalah tidak berperikemanusiaan... Non-Humane....  Walaupun suspek adalah penjenayah... beliau berhak untuk mendapatkan rawatan dan bantuan perubatan kecemasan... ini menunjukkan bahawa Polis Malaysia kejam....

Ketua Polis Kelantan perlu memberikan satu jawapan yang rasional atas tindakan membiarkan suspek menderita kecederaan selama 20 minit itu tanpa rawatan kecemasan.... Dan Ketua Polis Negara wajar memberikan satu sidang akhbar bagi menjawab isu kenapa suspek dibiarkan tanpa rawatan kecemasan selama 20 minit...

Gua tidak dapat bertoleransi dalam isu nih... Bukan kerana gua sokong suspek itu.... tapi dalam kes nyawa manusia... walau siapa pon dia.... dalam isu kecemasan... perlulah diberikan bantuan....  Lainlah kalu anggota PDRM memang tidak berhati perut... dan tidak berperikemanusian...

Patut la anggota PDRM membelasah para demonstran pada setiap perhimpunan BERSIH macam orang gila ... pasai diorang takder berperikemanusiaan... Sori... gua kurang respek tindakan membiarkan mangsa tembakan tanpa rawatan kecemasan... Hukuman telah dijatuhkan lebih awal tanpa perbicaraan.... aper ke jadahnyer jadi macam nih..... ini memang kejam.....

UPDATE: Gua bukan sajer citer pasai kes ini.. tapi kes-kes lain yang bukan melibatkan jenayah (ancaman senjata).... macam contoh kes pesakit mental yang ditembak dikepala sampai mati di Perlis dulu.. Walhal boleh sahaja ditembak dibahagian lain (yang kemudiannya boleh dirawat).



KOTA BHARU - Dua perompak bersenjatakan pisau dan pistol terpaksa berputih mata selepas cubaan menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini pagi semalam gagal.

Akibat tindakan mereka itu, salah seorang daripadanya terkena dua das tembakan yang dilepaskan polis di bahagian kaki dan mati di tempat kejadian manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

Menurut saksi kejadian, Zulkifli Mohktar, 46, dia yang berada di dalam kedai emas berkenaan ternampak dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan menaiki kereta waja berwarna hitam turun dari kereta kemudian memakai topi keledar

“Melihatkan keadaan itu, saya terus keluar dari kedai terbabit untuk melihat di luar kedai dan semasa melakukan tinjauan, saya diacu pisau oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar dengan tujuan menakutkan saya yang kebetulan datang bersama isteri dan anak.

“Saya pun terus menolak anak ke bawah tempat duduk bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku dan meniarap di atas lantai,” katanya kepada pemberita di sini.

Zulkifli berkata, selang beberapa minit kemudian, beberapa anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu datang dan mengacukan pistol ke arah dua lelaki itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Zulkifli berkata, dua penjenayah berkenaan kemudian cuba melarikan diri dan polis melepaskan dua das tembakan bagi menakutkan mereka dan terkena ke arah kaki salah seorang suspek yang bersenjatakan pisau manakala lelaki yang membawa pistol berjaya melarikan diri.

Menurutnya, suspek yang ditembak kemudiannya rebah 15 meter dari kawasan kejadian, selepas cuba melarikan diri dan mati di tempat kejadian lebih kurang 20 minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian dan setakat ini pihaknya sedang memburu seorang lagi penjenayah yang melarikan diri.

“Gerakan mengesan mangsa yang bersenjatakan pistol kini giat dijalankan setakat ini dan kes disiasat di bawah seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (FIPA) 1971,” katanya.

15 May 2013

Khalid Abu Bakar

Bhai.... Pertama skali gua ingin mengucapkan tahniah kepada Khalid Abu Bakar yang kini dilantik menjawat satu jawatan penting dan tertinggi dalam negara iaitu Ketua Polis Negara... Aper yang gua nak tulis nih aderlah pandangan peribadi gua ... dan lu orang boleh terima atau tolak.... gua tak heran,....

Satu yang gua respek dengan Khalid Abu Bakar nih.... ialah sense of humor dier.... kalu ader sesapa yang biasa dengan dier... akan tau dier nih boleh gak melawaknyer... cuma yer la.. sebagai bos dalam perkhidmatan keselamatan.... kena la nampak serius...

Gua pernah duduk dalam satu taklimat (kelas) yang Khalid Abu Bakar nih menjadi speaker... idea dier... pengetahuan dier...  common sense dier... dan pandangan dier.... pergh... hebat... gua respek...  Samer gak ngan ketokohan Norian Mai dulu sebelum dier jadi KPN... masa Norian Mai jadi bos dalam Cawangan Khas....

Okeh... Jadi... kalu ikut pemerhatian gua.... Khalid Abu Bakar nih memang layak jadi KPN... cumanyer dier kena kurangkan pergaulan dan sentimen dier terhadap politik kepartian... Dier kena lebihkan bersikap "un-biased" ... dier kena bersikap neutral...

Kalu Khalid Abu Bakar nih nak direspek oleh segenap lapisan masyarakat... dan dikenang-kenang sebagai KPN terbaik dalam Pasukan Polis... Make seeloknyer la Khalid Abu Bakar nih bersikap neutral...

Kalu dier nampak condong kepada BN dalam hal-hal yang kecik mecik... gua tak brani jamin yang orang akan respek dier... dier kena ikut buku... dier kena ikut SOP... dier kena tak amik pot desakan dari orang-orang Politik macam UMNO ker mender ker... dier kena cool... dier kena relaks...

Itupon kalu Khalid Abu Bakar nih nak direspek oleh orang...

Aper-aper pon... bebudak kat Agensi mengalu-alukan Khalid Abu Bakar sebagai KPN... tambah lagi bos besar Agensi dengan Khalid Abu Bakar nih memang kamcheng.... hahaha

12 March 2012

Berjoget Mengikut Rentak UMNO

Mampiuh.... Pakatan Rakyat patutnya tengah leading la nih dari segi sokongan rakyat.. tapi.. nampaknyer Pakatan Rakyat terikut-ikut rentak UMNO/BN sampaikan macam berjoget mengikut Rentak UMNO/BN ...

Isu Shahrizat dan Lembu Kondo... memang pada awalnyer merupakan peluru yang paling baik untuk Pakatan Rakyat.... tapi la nih... nampaknyer... isu ini semakin dijuarai oleh Najib Razak...

Seperti yang pernah gua citerkan dulu... Kalu Najib Razak nak menang besar pada PRU13... caranyer mudah sahaja.... dier kena pastikan beberapa kes dan skandal seperti skandal Lembu Kondo nih didakwa di Mahkamah... biler pendakwaraya dapat bawak kes nih ke Mahkamah... rakyat akan lihat Najib Razak telus...

Walaupun hasil keputusan Mahkamah nanti belum tentu akan mensabitkan kesalahan tue kepada Shahrizat dan keluarganya.. tapi perjalanan Mahkamah secara otomatiknya akan memberikan satu lonjakan dari segi pengaruh kepada Najib Razak... Ini teknik bijak... dan ramai dikalangan penyokong dan pendokong serta ahli Pakatan Rakyat tidak dapat melihatnya.... kalu ader poin yang dapat mengesan teknik ini... mereka akan dilabelkan sebagai mengarut... macam la gua la nih... ramai yang mengatakan gua mengarut... hahaha

Tapi isu Shahrizat sahaja tak berapa kukuh untuk menguatkan pengaruh Najib Razak dalam mendapatkan momentum sokongan rakyat... Najib Razak perlukan seorang atau dua orang lagi mangsa (berlakon) .... jadi... dalam satu lagi cara... dengan menggunakan kes perbicaraan (yang akan diwarwarkan oleh media pencacai) anak Taib Mahmud (pengerusi Cahaya Mata Sarawak)... maka akan naiklah sokongan rakyat kepada pentadbiran Najib Razak...

Anak Taib Mahmud diperintahkan oleh Mahkamah untuk menyenaraikan aset-aset miliknya dalam tempoh 7 hari.. dan gua berani jamin media pencacai akan mencanangkan berita ini lebih dari berita lain... ini kerana dengan kes ini... kononnya satu lagi nama besar dibicarakan.... dan memberikan satu pengaruh kepada Najib Razak.. serta memperlihatkan bahawa dibawah Najib Razak... ikan besar pon boleh didakwa dan dibicarakan... hehehe

Kalu Najib Razak bijak mempergunakan ruang dan peluang yang ada... gua berani jamin bahawa kes skandal bekas Ketua Polis Negara yang terlibat dengan kongsi gelap juga akan diseret ke Mahkamah... dan ini boleh menjadi satu lagi kekuatan kepada Najib Razak untuk mendapatkan sokongan rakyat...

Sama ader mereka-mereka ini bersalah atau tidak ... itu tidak penting... yang penting kena ader tindakan mendakwa mereka di Mahkamah... ini pun sudah cukup... cukup untuk mendapatkan sokongan daripadan rakyat....

Dan dapat melekakan serta memperdayakan Pakatan Rakyat untuk berjoget mengikut rentak UMNO/BN...

Oh yer... tindakan mengheret skandal Lembu Kondo ke Mahkamah juga aderlah satu serampang dua mata... hehehe... serampang yang akan juga menyekat pengaruh Muhyiddin Yassin daripada menjatuhkan Najib Razak... ini semua teknik dan taktik bijak....

Gua salut sama lu Najib ooi... hebat... hebat.... cayalah.... hahaha.... ramai nampaknyer akan terpedaya dengan teknik dan strategi lu nih... hahaha... Pemimpin Pakatan Rakyat pon ramainya akan terkena main dengan taktik dan strategi lu nih... hahaha... cayalah..

25 December 2011

Bahaya

Pergh... masak la camnie.... bahaya sungguh.... kalu lu orang diugut.. pastu lu orang buat laporan polis atas ugutan tue... silap-silap yang kena nanti aderlah lu orang... huh... tak caya gua..

Hebat la Malaysia nih... kalu lu buat laporan polis pasai ader orang ugut lu... yang akan masak nanti lu orang la.. silap-silap boleh masuk lokap... kena soal siasat berjela...

Kalu lu tak caya aper yang gua citer nih... cuba lu baca statement Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia terhadap isu Adam Adli.... baca la... baca berkali-kali....

Lepas nih gua rasa aaa... lagi senang la orang nak buat ugutan... polis tarak kacau diorang.... polis mungkin akan kacau orang yang diugut tue... pergh.. bahaya betul la..

Baca Sini : Timbalan KPN mengulas

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1