Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Get Your FREE Helium Hotspot

29 November 2015

Memalukan

Bhai/DeeDee semua..

Sekeping gambar ada seribu cerita. Adoyailah Malaysia.


Elok Sangatlah Tu.

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya makin hari PAS dan makin masuk perangkap UMNO... Hanya kerana sentimen Melayu... dan sentimen kononnya memperjuangkan Islam, PAS makin terperangkap... Kesian sungguh lar... Hahaha... Ditegur depa marah.... Nasihat tak jalan...

Aper nak jadi la...

Tunggu masa sikit hari jer lagi PAS akan jadi tidak relevan dengan suasana politik Malaysia... PAS akan menjadi parti yang tidak dipercayai oleh orang muda... Dan kalau ader pon yang percaya... Itu semua jenis yang tidak tengok politik dari sudut bawah tempurung,.., hahaha

Hancuss.. Logo dibawah nih gua rembat dari FB penyokong UMNO dan penyokong PAS... hahaha... Lawak siot...


25 November 2015

Sampai Bila Nak Blur?

Bhai/DeeDee semua...

Mamat nih sampai bila nak blur? Pelik aaa... Kata dah berpenggal-penggal jadi ADUN dan Ahli Parlimen... Takkan la masih bodoh lagi tak tau beza.... Ader hadir sidang dewan ka? Ke asik ponteng...

Atau....


Kalau hadir pon banyak abiskan masa kat kafe Parlimen ja... Sebab tu masih bangang... Hahaha ... Lawak la...


21 November 2015

Betulkah Zaharudin Muhammad Berani Debat?

Bhai/DeeDee semua...

Gua sekadar nak tanya jer... Betulkah Zaharudin Muhammad berani debat? Betulkah menantu Hadi Awang ni jenih berani nak berdebat? Setahu gua dier nih failed bab debat....

Hahaha

Aper pon.... kiter layan jer la giler isim mamat sorang nih... Hahaha


19 November 2015

Wah. Ini Sudah Semakin Menarik...

Bhai/DeeDee semua...

Gua dapat maklumat semalam bahawa tindakan YAPEIM membuat laporan polis berkaitan dengan pendedahan NOW adalah bersalahan dengan AKTA 711 iaitu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang telah dikuatkuasakan oleh Parlimen Malaysia...

Nampaknyer.... Terdapat percanggahan tindakan yang boleh diambil.... Kalau PDRM  menangkap, menyiasat dan mendakwa NOW atas sebab laporan polis ini.... ianya secara tidak langsung akan bersalahan dengan AKTA 711...

Jadi... macam mana nie??? Hahaha...


Soalan Lazim : AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT (AKTA 711 )

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711]?

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] ialah akta yang baru digubal bagi memperuntukkan perlindungan terhadap Pemberi Maklumat yang telah mendedahkan sesuatu kelakuan tidak wajar. Sebagai contoh,sekiranya seseorang Pemberi Maklumat itu mendedahkan kesalahan rasuah majikan atau rakan mereka sendiri di tempat kerjanya, maka beliau berhak untuk mendapatkan perlindungan di bawah akta ini.

2. Apakah perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat?

Perlindungan yang diberikan merangkumi tiga perkara seperti berikut: perlindungan maklumat sulit. Sebagai contoh, maklumat mengenai identiti, pekerjaan, alamat kediaman, tempat pekerjaan dan lain-lain; kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah yang cuba dikenakan terhadap pemberi maklumat.Sebagai contoh, seseorang pemberi maklumat, tidak boleh disaman atau didakwa oleh pihak yang telah didedahkan kelakuan tidak wajarnya; dan perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan. Sebagai contoh, seorang pemberi maklumat telah memberi maklumat mengenai perbuatan rasuah majikannya. Jika majikannya ingin mengambil tindakan balas seperti membuang kerja si pemberi maklumat itu, maka pemberi maklumat itu adalah dilindungi di bawah akta ini.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kelakuan tidak wajar?

Kelakuan tidak wajar bermaksud suatu kesalahan yang boleh terjumlah kepada kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah. Kesalahan tatatertib bermaksud tindakan yang melanggar tatatertib dalam badan awam atau badan swasta. Kesalahan tersebut hendaklah diperuntukkan oleh undang-undang atau dalam suatu tatalaku, kod etika atau pekeliling atau kontrak kerja. Manakala kesalahan jenayah pula adalah kesalahan yang telah diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang jenayah Negara ini seperti Kanun Keseksaan.

4. Apakah pula yang dimaksudkan dengan tindakan yang memudaratkan?

Tindakan yang memudaratkan termasuklah perbuatan mencederakan, ugutan, gangguan, diskriminasi, penamatan perkhidmatan, gantung kerja, ancaman atau apa sahaja yang menyebabkan kerugian yang disebabkan oleh mana-mana orang ke atas pemberi maklumat.

5. Kepada siapakah Akta ini terpakai?

Akta ini terpakai dalam kepada mereka yang berada dalam sektor awam dan swasta. Semua badan, agensi dan jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan badan swasta seperti syarikat adalah tertakluk kepada pemakaian Akta ini.

6. Bilakah pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Akta ini dan adakah pembatalan boleh dilakukan terhadap perlindungan yang telah diberikan?

Pada saat pemberi maklumat mendedahkan kelakuan tidak wajar (aduan), dia sudah menikmati perlindungan di bawah Akta ini.Perlindungan ini akan kekal selama-lamanya kecuali dibatalkan di bawah seksyen 11 Akta ini. Antara sebab-sebab pembatalan perlindungan adalah : pemberi maklumat sendiri telah menyertai kelakuan tidak wajar itu; pemberi maklumat sengaja membuat pernyataan palsu; pendedahan adalah remeh atau menyusahkan; pendedahan mempersoalkan merit dasar Kerajaan; pendedahan dibuat semata-mata untuk mengelak daripada dibuang kerja/tindakan tatatertib yang lain; dan pemberi maklumat telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini.

7. Sekiranya saya mempunyai maklumat mengenai kelakuan tidak wajar mengenai majikan saya, siapakah atau di mana saya perlu mendedahkan maklumat tersebut? Bolehkah saya mendedahkan melalui e-mel, telefon atau surat?

Pemberi maklumat boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysa (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya. Agensi penguatkuasaan tidak akan menolak pendedahan tersebut atas dasar “no wrong door policy”.

Mengikut Akta ini, pendedahan boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Pegawai yang diberi kuasa hendaklah mengubahnya ke dalam bentuk bertulis. Pendedahan boleh dibuat secara e-mel, telefon atau surat tetapi tetap perlu hadir untuk pengesahan.

Untuk melindungi pemberi maklumat tersebut, pegawai yang diberi kuasa akan menghubungi pemberi maklumat untuk menghadiri temujanji supaya perlindungan di bawah Akta ini dapat dilaksanakan.

8. Apakah remedi yang boleh dituntut oleh seseorang pemberi maklumat sekiranya tindakan memudaratkan telah dikenakan terhadapnya?

Pemberi maklumat dan orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat boleh menuntut remedi daripada mahkamah jika tindakan yang memudaratkan sebagai tindak balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar telah diambil atau pemberi maklumat bimbang tindakan yang memudaratkan akan diambil terhadapnya. Remedi yang boleh dituntut oleh pemberi maklumat : Ganti rugi atau pampasan; Injunksi (tegahan); atau Relief lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

9. Bilakah Akta ini dikuatkuasakan?

Akta ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010. 

SUMBER

18 November 2015

Tiada Hasil Tuntas

Bhai/DeeDee semua...

Cuba lu tengok pada Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli Parlimen Pasir Mas .... dua-dua nih Ahli Parlimen yang baru sepenggal dalam jawatan.... Tapi... selama hampir sepenggal... apa hasil yang lu orang dapat lihat .... hasil sama ada dalam Dewan Parlimen... mahupun atas kapasiti jawatannya di peringkat Parlimen...

Nothing... Nada... Zero.. Zilich.. Yillek...

Takder faedah kan.... Hahaha... So sama ader diorang nih ader atau takder kat Parlimen serupa macam tarak guna... serupa macam takder nilai tambah.... serupa macam halimunan.... Ya... mereka Halimunan di dalam Parlimen... terutamanya Ahli Parlimen Pasir Mas.... cukup-cukup Halimunan...

Itu yang baru sepenggal jadi Ahli Parlimen...

Tak kira lagi dengan Ahli Parlimen yang dah berpenggal-penggal jadi Ahli Parlimen... macam Ahli Parlimen Marang tue....... lagilah hampeh... asik ilang jer... asik monteng jer... asik tak hadir jer.... Hahaha....

Lagi mau simpan ka Ahli Parlimen macam ni?? Wei... buang masa jer la....

Gua citer nih aderlah geng-geng yang mengaku lagi terra bab agama... bab hukum.. dan tau halal haram gaji atau elaun yang dapat ..... Gua takmo nak citer geng-geng kaki kaberet, kaki disko, kaki pub, kaki dangdut, kaki judi, kaki minum dan kaki pompuan yang kat sebelah sana tue... Olamak depa pon kaki nyebat gak....

Ini gua citer pasai geng kaki masjid katanya.... geng kaki kitab katanya.... geng kaki solat katanya.... Hahaha... yang ini pon tabley pakai... aper citer.... Hahaha... tiada hasil tuntas la bhai.... hahahampeh...

17 November 2015

Bagero Punya Olamak Envelope

Bhai/DeeDee semua...

Tiada apa yang gua nak komen melainkan "BAGERO" jer..  Hampeh...


Ahli Parlimen PAS Berkecuali?

Bhai/DeeDee semua...

Elok sangatlah Ahli Parlimen PAS berkecuali... senang skit urusan kita nak kenal pasti perangai, sikap dan hala tuju Ahli Parlimen PAS nih...

Ini maknanyer... lepas nih... kepada rakyat yang prihatin dengan masalah negara... kepada rakyat yang celik politik.... kepada rakyat yang mahu lihat negara ini ditadbir dengan bagus dan cekap serta bebas ketirisan.... aderlah bagus untuk tidak lagi mengundi nama-nama yang ader dalam list dibawah nih...

Buang masa jer undi...  banyak tido dari berfungsi... banyak ponteng dari hadir... banyak sembang dari berhujah....  buang masa jer... Kasi cantas jer nama-nama dibawah nih... Hahaha ... Cantas sekali dengan yang kaki ponteng tue... Hahaha

Kalo lu orang kekalkan lagi mangkuk-mangkuk ayun nih... memang la lu orang bebal tak dapat dah nak tolong... Hahaha

Ader paham ka??




16 November 2015

Kerja Bodoh

Bhai/DeeDee semua...

Ini stand gua... Ini stand Agensi... Pada gua/kami, pengeboman di Peranchis adalah satu kerja bodoh.. tak kisah la atas nama jihad ker mender ker... Sebab kekerasan bukanlah cara penyelesaian masalah.... Tambah lagi kekerasan kepada warga awam...

Tiada kompromi atas perkara ini...

Bodoh... period...

Tolong jangan buat kerja bodoh la wei.. banyak lagi cara lain boleh dibuat... minimal casualty but with higher impact... Allah Taala tak suruh pun bunuh sesuka hati ... bunuh orang yang tak bersalah...

Aper daaa..

14 November 2015

Semasa Dalam Perkhidmatan

Bhai/DeeDee semua...

Tetiba rasa nak kongsi sedikit cerita tentang pengalaman gua semasa dalam perkhidmatan dulu... Kepada yang baru baca blog gua... Gua nak kasitau.. Gua bukan sojar.... Gua bukan otek.... Gua cuma berkhidmat dalam sebuah agensi yang berkait rapat dengan data, statistik, analisis dan latihan... Dan semua itu tergabung menjadikan sebuah agensi yang paling awal berada di hadapan (frontline) dalam banyak konflik (semula jadi atau buatan) sama ada didalam mahupun diluar negara.

Gua pernah berkhidmat di beberapa kawasan konflik di Eropah Timur, Asia Tengah, Asia Tenggara, dan Oceania termasuklah didalam negara nih sendiri dalam tempoh 23 tahun lebih gua berkhidmat...

Penat itu ada, bahaya itu ada, suspen itu ada, teruja itu ada, ancaman itu ada,

Situasi sampai nak dipanggil oleh Malaikat Maut dah beberaoa kali.... Haha.. Tapi biasalah tak serik.... Sebab dok pikirkan tanggungjawap terhadap negara yang tercinta ini.... Nak kata apa yang gua buat nih glamsr sangat idak la,.. Tapi kekadang tue rasa best gak.... 

Di Eropah Timur... Antara kenangan paling best gua... Ialah memberikan latihan kepada golongan pemisah (dalam bidang persenjataan jarak jauh dan IED)... Bayangkan la.. Gua latih bebudak semuda 14 dan 15 tahun untuk menjadi penembak tepat... Menembak dengan senjata yang seberat 15 kg dan digunakan pada altitud setinggi 2000++ meter dari paras laut pada suhu cuaca serendah 15 degree.

Alhamdulillah... Cepat jer diorang faham dan berjaya mengadaptasinya.

Semasa di Timur Leste... Pulak... Gua ajar bebudak untuk "disarmed" IED yang bercambah dipasang sana sini...memang bahaya... Tapi itulah yang diorang cepat paham.... Sebab gua rasa cara on-site training adalah lebih bagus.... Berbanding dengan teori... Kalau silap boleh maut....

Hahaha... Ngantuk lah pulak ... Esok sambung aaaa

13 November 2015

Wah. Ini Macam Istana Pari-Pari

Bhai/DeeDee semua....

Hahaha... Gua tatau nak cakap mender la.... Biler gua dimaklumkan adee satu pembinaan Istana Pari-Pari sedang dalam penbikinan di Malaysia... Hahaha... Aderkan ini untui dijadikan taman tema? Atau.... Hehehe....

Cakap banyak kalu gua akan kedalam... Kena SOSMA... Kena ISA.... Kena Akta Hasutan... So gua takmo nak komen mender aaa... Hahhaa... Takmo jadi cam UncleSeekers atau Ali Abdul Jalil... Atau Khalid Mohd Ismath ker...

Hahaha...

Layan jer la gambar ekslusif ini yang gua amik tadi... Hahaha


Bukan Dana YAPEIM Sahaja Kena Sebat

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Gua gelak jer biler dapat tahu 1Malaysia havoc dan kecoh pasai terbongkarnya pengyonglapan dana YAPEIM .... Haha... It not new news... But well covered news... Hahaha.. Aper lu ingat geng songkok, ketayap, kopiah dan serban bukan kaki pelahap ker? Hahaha

Please lar... Jangan naif sangat....

Kalo kaki dangdut, disko, pub dan cabaret tue menyebat dana sumbangan orang ... Gua dah lama tak heran... Malah gua akan terkejut kalu depa tak menyebat.... Dan bilee gua tau kaki masjid dan surau serta kuliah.... geng songkok, ketayap, kopiah dan serban pon kaki sebat... Gua lagilah tak terkejut...

Hahaha... Itulah dunia bhai... Dunia... 

Letak duit dan perempuan depan mata... Kopiah, songkok, ketayap dan serban pon boleh hilang... Boleh terbang... Hahaha.... Lawak siot.... Hahaha...

Ader dana lagi besar yang dah lama kena sebat... Cukup lama... Dan takder audit pon... Hahaha


12 November 2015

Kegilaan Apakah Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Ini statement gila... Mana tak gila.. Ader ker patut Azmin Ali buat statement camnie... Kenaikan tarif air tidak akan membebankan pengguna... Hahaha... Giler aper tak membebankan kalu ader kenaikan... Lain la kalau ader penurunan... Hahaha... Itulah.., selalu sangat kata bongok kat UMNO.. Last-last skali bongok tue terkena kat PKR gak balik... Hahaha

Patutnya biler ambil alih SPLASH... Dapat la rakyat Selangor merasa bebas dari cengkaman kroni UMNO... ini tidak.. Kena pow dan kena ketuk lagie.. Hahaha... Kesian la...

Dengan adanya dana lebihan sampai RM3 billion itu hari.. Takkan la mau pow rakyat lagi kot.... Huh... Azmin... Azmin... Aper nak jadi la lu nih... Tau la Hadi Awang dok bekap lu... Hahaha... Itupon sebab lu dah janji nak selamatkan anak memantu dia... Hahaha... Nak kasik kerja pada menantu Hadi Awang tu,,. Hahahaa

Failed la,.. Kegilaan apakah ini?


11 November 2015

Biar Betul Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Gua dapat maklumat nih... tapi gua takder masa nak semak lanjut sebab masih dalam Ops... Harap ader mana-mana netizen yang boleh bantu bagi clarified.... Kalu betul kes nih... ianya perlu di viralkan... PKR kena buat kenyataan... Yang terlibat kalu betullah patut digugurkan dari jawatan...

Buat malu ja...


10 November 2015

Anak Kecil Jadi Mangsa

Bhai/DeeDee semua...

Mungkin lu tak pernah kena macam senario kat bawah nih... Tapi lu kena ingat... Ramai keluarga dalam Malaysia yang pernah dan sedang rasai keadaan ni... Ekonomi keluarga agak teruk... Ader orang kata suruh berjimat cermat.. Walhalnyer dah abis jimat cermat sana sini....

Cukai sana sini... Ader orang bodoh kata kalau tak bayar cukai pendapatan jangan nak mengeluh lar... Wakhalnya semua benda kena cukai... Sana sini... Dengan kedudukan matawang Ringgit yang teruk rendahnya... Aper yang boleh dibuat...

Ader Menteri bodoh kata kalo susah hidup di bandar... Sila balik kampung.... Tapi nak balik ke kampung macam mana kalu kerja masih kat bandar.... Kan bodoh Menteri-Menteri nih... Agaknyer nak jadi Menteri kena bodoh dan bangang dulu kot... Aper daaa...

Bangsat lar...


08 November 2015

Macam Sama Kan?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Lama tak buat lawak... Hahaha... Dulu gua pernah buat lawak camnie... Biler mana gua letak muka Anupam Kher vs Najib Razak... Hahaha.. La ni ader satu lagi versi rupanyer... Hahaha


01 November 2015

PAS Wajar Di Tukar?

Bhai/DeeDee semua...

Kalo camnie la pemikiran Presiden PAS .. Maka gua cadangkan lebih baik PAS wajar di tukar .... Wajar di tukar dari sebuah Parti Politik menjadi sebuah NGO saja... Buang masa jer PAS jadi Parti Politik... Buat duit ja semua orang infaq dana untuk tabung pilihanraya PAS.... 

Buang masa jer ahli dan penyokong sediakan dana untuk deposit pilihanraya calon PAS ... Kalu inilah mentaliti yang Presiden PAS ada... Bengong lagi membengongkan... Hahaha


Kalu setakat nak bantu Kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan baii dan mesra rakyat, makanya PAS patut jadi NGO jer.... Aper ke jadahnyer PAS jadi Parti Politik.... Mangkuk betul lar... Hahaha ... Cerdik tak boleh diikut... Bodoh tak boleh diajar.... Hahaha


YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1