Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Get Your FREE Helium Hotspot

27 November 2020

Kekallah Sampai Bila-Bila

Bhai/DeeDee semua...

Nak tunjukkan gentleman konon... tapi ini semua bangang... ader peluang untuk berbuat sesuatu.. tapi tak nak buat... Alasan paling haprak aderlah konon hormat kepada YDP Agong ... Dei... YDP Agong pon tahu setakat mana kuasa dier dalam Perlembagaan... Tak semestinya kita tak ikut nasihat YDP Agong dalam urusan berparlimen itu dah kira derhaka...

Kalu semua jadi camtue... baik tak payah ader Parlimen.. baik tak payah ader Ahli Parlimen... baik tak payah ader wakil rakyat ... baik pakai sistem Beraja Mutlak...

Adoilah...

Aper-aper pon... sebagai pengundi... gua berpandangan... puak PH nih biarlah kekal jadi Pembangkang selamanya... sebab bodoh sangat....  itu ja.... sembang strategi la konon.... macam la masa tengah ader kuasa dulu ahli Parlimen PH rajin sangat hadir masa proses pengundian di Parlimen.... banyak wei yang kerap ponteng... LGE pon pernah ponteng... ramai lagi yang rajin ponteng...

Lagi konon nak buat masa pengundian peringkat jawatankuasa.... hahahaha... ini semua sembang la tuan-puan... sembang yang babi pon boleh terbang.... Hahaha

So... kekallah sampai bila-bila jadi pembangkang.... hahahaha


 Kalu nak jaga kepentingan rakyat... kekal lar jadi pembangkang... senang sikit...




24 November 2020

Misteri Sungguh ...

Bhai/DeeDee semua...

Misteri sungguh lar.... memang misteri.... Mana kan tidak misteri.... Sebab langsung tak kelihatan pada masa kasar manusia akan adernyer Trek Berbasikal dari Pantai Telok Ketapang sehingga ke Kuala Ibai di Kuala Terengganu...

Katanya dah diluluskan dalam Bajet untuk 2019 sebanyak RM2.9 juta...

Tapi satu bayang pun tak nampak.... Adakah kemudahan ini dibuat untuk kegunaan masyarakat Bunian? Mungkin iya.... sebab itu sebagai manusia kita tidak akan nampak....

Hahaha



23 November 2020

Jangan Lupa Bodek, Mana Tau Ada Rejeki

Bhai/DeeDee semua...

Biler terpandang benda nih kat laman web HarakahDaily.... gua terus gelak besar... Mana taknyer... nampak sangat la PAS nih dah banyak berubah... semenjak dua menjak nih... PAS dah jadi lebih UMNO dari UMNO.... Hahahaha


Dulu ... 35 tahun dulu... PAS yang inilah .... Pemimpin Utama yang sekarang nih la yang mengkapirkan UMNO.... hahaha..... dan selama beberapa tahun dok cucuk jarum kepada rakyat tentang celakanya JASA nih... celakanya BTN nih... kepada rakyat...

La nih tengok macam mana puak-puak nih pusing... Hahaha....adoilah...

Siap ader yang mati pasai nak mempertahankan Ijtihad bangang Pemimpin Utama PAS (Abdul Hadi Awang) nih... macam di Memali dan Lubuk Merbau..... Huhuhu.... tatau nak kata mati syahid atau mati katak.... huhuhu....

Spesis pelawok nih yang bukan main dipuja dipuji.... adoilah...

BTW ... jangan lupa bodek, mana tau ada rejeki... 







20 November 2020

35 Tahun Insiden Memali

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... semenjak dah jadi Kerajaan Persekutuan nih... semenjak dah berkawan dengan UMNO dan MCA .... PAS dah melupakan tragedi 35 tahun dulu.... iaitu Insiden Memali...

Tahun 2019 dulu ... bukan main PAS pi buat event bagai.... tapi tahun 2020 nih... PAS buat-buat lupa.... ker memang dah lupa terus.... hahaha....

Kenapa aaa dah tak buat event.... Apa jadi ngan Insiden Memali ni... dulu bukan main bawak story Memali... mintak Kerajaan buat kertas putih... La nih semua senyap... TV pon dah tak mainkan isu Memali nih... Hahaha... Ader agenda ka... Hahaha


Mana dier perpaduan untuk keadilan bagi mangsa Memali termasuk lah anggota PDRM yang terkorban semasa insiden ni.... mana dier...

Takkan buat lupa kot....

Bergeliga Betullah Jawapannya

Bhai/DeeDee semua...

Jawapan Menteri sorang nih memang la lejen... Hahaha.... satu jawapan paling bengong yang diberikan oleh Menteri bengong... adoilah....

Pening aaa... Satu kerja pon Abdul Hadi Awang tak buat.... lagi mau sembang bawak pelaburan dan perdagangan...

Hahaha.... Soalan simple dari wartawan pon Abdul Hadi Awang tabley nak jawab ngan betul lagi mau sembang lebat... Hahaha



14 November 2020

Hadiah Sempena Deepavali

Bhai/DeeDee semua.


Hadiah Kerajaan Malaysia sempena sambutan Deepavali 2020.


Tahniah. Ini kerajaan yang prihatin.

Syabas.

*** ini memang antara satu cara terbaek untuk Kerajaan Malaysia dapatkan dana untuk pastikan unjuran perbelanjaan Bajet 2021 sebanyak RM340 bilion tercapai.

P/S : Diesel naik maka harga barangan akan naik sebab kos pengangkutan sudah naik.



Hancur Keharmonian Kerana Pentaksub

Bhai/DeeDee semua...

Rumah bapak gua aderlah rumah paling hujung dalam kampung ... dan kampung kami bersebelahan dengan kampung keluarga Awie Wings. Seberang kampung kami juga adalah kampung dimana DJ Dave berasal. Manakala kampung dimana menetapnya ramai sedara mara gua adalah kampung dimana Baggio Damasustra tinggal dan membesar. 


Dalam kampung gua ader keluarga Melayu dan keluarga India (hampir sama banyak), keluarga Sikh (Benggali) dan ramai juga keluarga Cina. Terdapat juga satu keluarga banga Serani dikampung kami itu. Jiran sebelah rumah gua ader dua keluarga India, yang mana kalu gua nak keluar pi jalan utama kampung kena lalu depan rumah jiran nih. Very friendly dan boleh dipercayai.

Masa kecik kalu time gua balik sekolah tetapi tiada orang di rumah gua, gua akan lepak tido baring dan makan di rumah Uncle Krishnan nih.. anak-anak dier (Anen, Arun, Boi dan Meena) memang rapat ngan gua... Anen nih muda 2 tahun ja ngan gua...

Anjing perliharaan milik mereka ader dua ekor.. dan kedua-dua anjing ini tak pernah masuk dalam rumah walaupun pintu terbuka... mereka akan berkeliaran disekitar rumah Uncle Krishnan nih...

Uncle Krishnan nih dier kerja jaga disebuah lombong bijih timah berhampiran dengan kampung kami. Nama syarikat lombong bijih timah itu adalah Osborne & Chappel Limited. Almarhum Bapak gua pulak pernah bekerja dalam pelbagai jawatan (last sekali sebagai jaga) di syarikat perlombongan bijih timah yang dikenali sebagai Southern Kinta Consolidated (SKC) milik dari United Kingdom sebelum diambil alih oleh syarikat Malaysia iairu Malaysian Mining Corporation (MMC).

Bapak gua jugak pernah diarahkan bertugas di syarikat Austral Amalgamated Tin (AA Tin) milikan Australia selama beberapa tahun.

Biasanya malam sebelum esoknya nak raya Deepavali, keluarga gua dan keluarga dua jiran yang paling hampir nih akan sama-sama membantu menyiapkan juadah raya seperti kuih muruku, kuah toosai dan chapati serta beberapa manisan.. Sebab esoknya selepas jiran kami tu dab balik dari Kuil (Kovil), keluarga gua akan bertandang berziarah sempena perayaan Deepavali... Sama juga kalu ader perayaan Hari Raya Aidilfitri dan AidilAdha jiran-jiran nih akan sama-sama membantu dan berziarah. Time Kong Hee Fat Choy pula... kami akan sama-sama ziarah dan bantu persiapan raya jiran-jiran kami yang berbangsa Cina... Same goes to Chistmas yang mana kami akan sambut ngan orang kampung kami yang berbangsa Serani.

Almarhum Atok sebelah bapak gua ader mengwakafkan sebuah bangunan surau di Kampung gua tu... dan Surau itu dibina dua tingkat.... tingkat bawah dijadikan pusat komuniti oleh orang kampung dan bila ada mesyuarah kampung... semua orang kampung akan hadir... Cina, India, Benggali dan Serani pon akan hadir... semua orang termasuklah kanak-kanak tahu dan paham kalu nak masuk Surau nih... kena basuh kaki dan pakai kemas sikit. Hormat tempat ibadat. Setiap bulan ader penceramah agama dan Ustaz yang akan hadri bagi kuliah secara tetap. Dan kepada sesiapa yang nak hadir takder masalah. Bukan takder jiran kami yang bukan Islam hadir dengar kuliah dan ceramah ni.

Tapi ...

Once ader satu keluarga Ostad (Cikgu Sekolah Menengah) yang berpindah menyewa rumah di kampung kami pada sekitar 1985, maka elemen taksub menerjah masuk terutamanya elemen PAS. Dan secara tidak langsung menyebabkan ukhwah sesama orang kampung dah jadi berpecah... ader yang kata ini kampung kami ni amalkan anasir liberal la... tak kuat agama la... sampaikan jiran-jiran berlainan agama jadi jauh hati...

Thats what happen to our small kampung... Jahanam keharmonian disebabkan puak-puak pentaksub agama nih...

Syabas dan tahniah serta takziah buat pengasas kampung gua..... Pak Shaari, Pak Kama Jaga, Pak Suhaimi, Pak Taib, Makcik Leha, Pak Majid Motor, Pak Leman Askar, Pak Brahim Chendol, Pakcik Krishnan, Pakcik Gurmit, Auntie Sharmila Kaur, Pakcik Appu, Uncle Micheal, Pakcik Chang, Auntie Moy, Pakcik Ah Tan Lombong, Auntie Sorena dan beberapa lagi nama yang gua dah lupa...

Semoga semuanya mendapat rahmat, ehsan dan keampunan dari Allah Taala, Tuhan seru sekalian alam.

The best from 1950’s till 1985.

Selamat Menyambut Hari Raya Deepavali kepada semua.... moga korang semua happy... Ini negara kita sama-sama punya.... dan kita semua adalah pendatang gak... yang asal cuma rakan-rakan kita Orang Asal (Jakun, Semai, Negrito dan lain-lain)

Ader paham ka????

07 November 2020

Bajet Gila

Bhai/DeeDee semua...

Giler aaa Bajet 2021... betul-betul Bajet Gila... 

Mana taknya... Unjuran Pendapatan adalah sekitar RM224 Bilion...  tapi.... Unjuran Perbelanjaan adalah sekitar RM340 bilion.... giler aaa...  mana mau cekau dana...

Dalam keadaan ekonomi sesak tahap nak mampos.... boleh pulak Kerajaan meramalkan kenaikan KDNK negara pada 2021 meningkat dari 4.2% menjadi 5.4% ... giler aaa...

Ntah la... lawak pon ader Bajet 2021 nih... betul-betul bajet gila...... hahaha

06 November 2020

Bajet 2021 Bajet Perangkap

Bhai/DeeDee semua...

Cukup banyak gula-gula yang telah ditonjolkan dalam pembentangan Bajet 2021 yang baru sahaja selesai dibentangkan petang ini...

Apa yang gua nampak... Ini semua adalah satu bentuk perangkap buat Pembangkang... Dengan usaha Pembangkang untuk menolak Bajet ini dengan tidak mengundi usul ini... yang mana dilihat Muhyiddin Yassin tak ada cukup majoriti maka ianya akan memberikan satu masalah kepada Pembangkang...

Rakyat terbanyak yang merasa sedap dengan umpan gula-gula ini pastinya akan memandang usaha Pembangkang semacam menidakkan peluang mereka untuk mendapat gula-gula ini...  Pastinya rakyat terbanyak yang sudah terbiasa dengan dedak akan marah...

Dan ini akan menyebabkan Pembangkang dikecam dan terus dilihat tidak prihatin rakyat....

Ini lah yang gua maksudkan ... bajet 2021 bajet perangkap.

Hampeh aaa

Kalau PH Masih Bodoh

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang memang terpaksa PH telan adalah kebodohan PH itu sendiri... Contohnya hari ini... tetiba ader aturan konon hanya 80 orang jer boleh ada dalam dewan semasa sesi Sidang Parlimen pada satu-satu masa.... Aturan nih dah salah... memang boleh dicabar... sebab dalam Parlimen dah siap pasang barrier plastik untuk asingkan Ahli Parlimen.. takkan takut sangat dengan Covid sampai hadkan orang pulak

Nampak sangat lar PH bodoh kalu membenarkan perkara ini berlaku... Nampak sangat la PH memang bodoh kalu tak nak cabar aturan ni..

Masa ader kuasa dulu pun PH bodoh... melambat-lambatkan urusan mendakwa semua jerung-jerung di Mahkamah.... padan muka la PH dikalahkan dengan Azmin...

Kalu PH betul-betul pandai... masa tengah ader kuasa itu hari ... semua lahanat nih didakwa serentak di Mahkamah... dibicarakan... bukan kita tak cukup Hakim dan Mahkamah... boleh ajer PH lantik pendakwaraya tambahan.... Kalu semua lahanat nih terpaksa layan ke Mahkamah secara serentak... takder masa depa nak pikir pasai benda lain...

Patut Azmin tu pon didakwa dan dibicarakan... persoalan betul atau tidak dier diliwat dalam video Haziq itu kita biar Mahkamah tentukan... bukan Polis.... biar Azmin sendiri defend diri dier...

Ini tidak... PH memang bodoh.... Hahahaha,... padan muka la...

Nih yang hari ni... hari pembentangan bajet 2021... kalu PH membenarkan tindakan ubah bilangan anggota Parlimen dalam sesi dewan... makanya... memang PH bodoh... dan kekal bodoh selamanya... Nak sangan gentleman.... Macam la Pengadil tu nak ikut sangat undang-undang.... Macam la YDP Agong hadap sangat ngan PH.... Sedar diri la YDP Agong memang tak suka PH... itu ja nak khabor...

Nak kata macam mana.... PH memang bodoh....

05 November 2020

Bab Mengelat Nih Muhyiddin Yassin Nombor Satu

Bhai/DeeDee semua...

Macam kita semua tahu la... Muhyiddin Yassin nih memang kaki ngelat... mengelat...

Macam-macam cara dier sedang buat untuk kekal selamat... Hahaha... dari modifikasi statistik Covid-19 lar... dari macam-macam rules dan regulation yang dibuat lar...

Ini sampai sitting sesi Parlimen pon dier nak buat ngelat... hahaha... giler betul... Kalu geng PH dok biarkan dan tak amik tindakan tentang sitting sesi Parlimen nih... memang lah memang... memang bodoh la...

Tapi kan.. PH memang bodoh pon... masa ader kuasa... masa ader peluang... takmo amik tindakan... biler dah hilang semuanya... baru nak bising kata silap tak amik tindakan masa tue... Bodo betul lar...

Hahaha



02 November 2020

Surat Untuk Polis (VIRAL)

Yang di hormati Polis.


Sebenarnya saya pun tak tahu nak tuju surat ini kepada polis yang berjawatan apa sama ada jawatan tertinggi polis atau pun kerani di balai polis.

Sebagai rakyat Malaysia saya menyanjung tinggi polis yang telah bersama-sama menjadi “Barisan Hadapan” kepada rakyat Malaysia bersama-sama dengan pasukan-pasukan “Barisan Hadapan” yang lain bukan saja semasa Covid 19 melanda Negara ini malah pada setiap masa polis sentiasa menjadi pasukan barisan hadapan untuk keamanan Negara kita.

Cumanya apabila saya membaca berita 20 orang remaja telah di denda sebanyak RM1,000.00 seorang kerana tidak mematuhi SOP saya rasa satu ketidakadilan telah berlaku di antara rakyat biasa dengan pemimpin kerajaan bertaraf menteri.

Encik Polis tentu sedia maklum beberapa keping gambar menteri Pas bernama Khairuddin di tularkan tidak memakai penutup muka sebagai mematuhi SOP di tempat awam di mana gambar-gambar tersebut bukalan pada satu masa dan tempat yang sama jika di lihat pada bajunya yang berbeza-beza antara semua gambar-gambar tersebut.

Ini memberi maksud menteri Pas bernama Khairuddin tersebut telah melanggar SOP secara berulang-ulang kali tapi tidak ada satu pun saman di keluarkan terhadapnya oleh polis yang setiap hari di umumkan oleh menteri Kanan Keselamatan Dato Ismail Sabri bahawa polis telah mengeluarkan beratus-ratus sama terhadap orang ramai atas kesalahan yang sama. 

Saya tidak bermaksud nak salahkan pihak polis di atas surat-surat saman kesalahan SOP yang di keluarkan terhadap orang ramai tetapi saya cuma nak bertanya pada polis kenapa menteri Pas bernama Khairuddin tersebut tidak turut sama di denda sebagai mana polis mendenda orang ramai?

Mustahillah polis tak tahu walaupun polis tidak melihat gambar-gambar yang di tularkan tersebut tapi bukankah bersama mengiringi seorang menteri setiap masa adalah sekurang-kurangnya seorang anggota polis.

Saya menyokong kerja keras polis dalam menangani penularan wabak covid 19 yang melanda Negara kita tapi saya juga berharap polis perlu bertindak adil terhadap semua orang yang melanggar SOP tanpa mengenal siapa saja sebagaimana virus Covid 19 ini yang tidak mengenal siapa saja sama ada orang itu menteri, ketua polis atau pun rakyat biasa.

Lagi pun apalah sangat RM1,000.00 pada menteri yang kaya raya itu kalau nak di bandingkan dengan remaja berumur 17-20 tahun yang tak pasti di manalah mereka hendak cari duit untuk membayar saman RM1,000.00 tersebut.

Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis di atas jasa yang telah di curahkan bersama-sama pasukan “Barisan Hadapan” yang lain, Semoga polis akan di kenang sebagai penyelamat kepada Negara kita ini dalam berhadapan dengan musibah Covid 19.

credit : Rosly Yusuf @ Abu Nawas

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1