Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

28 February 2023

Banyak Kesilapan Malaysia Sebenarnya...

Bhai/DeeDee semua...

Selepas Singapura keluar dari Malaysia, negara mereka masih miskin dan tiada sumber asli. 

Apa yang mereka buat adalah “Free Port” dengan kadar cukai yang rendah atau tiada cukai. Untuk memastikan ianya telus, tindakan keras terhadap perasuah (pemberi dan penerima) sehingga boleh dijatuhkan hukuman mati. Memanglah kejam tapi inilah cara terbaik menangani rasuah.

Kemudian, dengan banyaknya setinggan yang tidak teratur, kerajaan Singapura membangunkan skim perumahan awam dimana Kerajaan sendiri yang membangunkan apartment 3 bilik untuk rakyat dan dijual secara ansuran kepada rakyat pada harga asas. Dengan cara ini tiada manipulasi harga kediaman berlaku. Hampir semua rakyat Singapura memiliki rumah sendiri. Bagi yang kaya mereka boleh beli rumah kondo yang pihak swasta bangunkan.

Kerajaan Singapura juga membangunkan beberapa GLC. Dan semua GLC ini dimestikan membuat untung tanpa pengecualian. Mana-mana GLC yang rugi akan dikenakan tindakan dan berkemungkinan ditutup operasinya.

Dan yang paling menguntungkan Singapura selain dari perkhidmatan perbankan (banyak orang kaya Malaysia yang sorokkan duit di Singapura dimana LHDN tabley nak kacau) adalah perkhidmatan terkait petroleum dan petrochemical.

Singapura menyediakan prasarana penapisan dan “bulk storage” bagi minyak mentah. Ini secara tidak langsung memang menguntungkan Singapura. Dah lama Singapura buat benda nih… Mereka proses minyak dari banyak negera.

Berbalik kepada Malaysia, GLC rugi pun tak apa sebab Kerajaan akan bailout… Hahahaha… Jahanam…. Macam bangang jer kan.



Bisnes Monopoli Pun Boleh Melingkup?

Bhai/DeeDee semua...

PN17 ... dah lama tak dengar ader syarikat yang kena PN17 .. Tambah-tambah lagi bila syarikat tu adalah syarikat yang berstatus Monopoli.... hehehe... syarikat yang berkuasa menentukan dan menetapkan harga... penguasaan pasaran dan pembekalan...

Hahaha... bila gua baca PharmaNiaga dah berstatus PN17 ... gua tergelak besar.... macam mana la syarikat level monopoli nih boleh jahanam.... Huhuhu... Bayangkan berapa banyak pegangan saham LTAT, KWSP, Khazanah Nasional, PNB dan lain-lain dalam tue...

Awat.... takkan la pengurusan cap ayam... sampai dah jadi PN17... adoilah... jahanam wei....

Aper nak jadi la.... Kat Singapura... mana-mana GLC dibuat dengan arahan "mesti untung" .... tapi kat Malaysia.... terbalik.... adoilah.... Payah....

Layak kena maki la pengurusan PharmaNiaga nih,,,



25 February 2023

Shahidan Kasim Menyalak Meroyan

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha.... Gua gelak besar jer bila baca benda nih... Hahahaha...

Bukan apa... dulu masa Shahidan Kasim berada dalam Kerajaan Malaysia... benda nih pun berlaku gak... masa tu dier buat senyap jer... hahaha... la nih biler dier dah jadi pembangkang... bukan main Shahidan Kasim menyalak meroyan....

Hahahaha... hadan huker la.... Hahahaha


Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) membidas kerajaan berikutan tiada peruntukan diberikan kepada ahli parlimen pembangkang dalam Belanjawan 2023.

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim berkata, ahli parlimen pembangkang sepatutnya mendapat peruntukan yang adil dan sama rata seperti ahli parlimen kerajaan kerana ia merupakan wang rakyat.

"Kami wakil rakyat, kami menang pilihan raya, kenapa hak kami dinafikan? Kami tak dapat peruntukan. Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan dapat peruntukan, kami tak dapat. Kenapa tak dapat?

"Dalam dunia ini tak kira oposisi, tak kira kerajaan, peruntukan ahli parlimen dibagi sebab ini ialah peruntukan rakyat.

"Kalau kita nak hukum oposisi mansuhkan oposisi. Tidak perlu oposisi di parlimen ini.

"Kami bukan minta duit poket, kami minta duit rakyat itu diberi sama rata,” katanya kepada media selepas menteri kewangan Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.

24 February 2023

Patutlah Ramai Kengkawan Serang Gua

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... dulu depa berkawan ngan gua... masa gua tibai kepimpinan Mahathir Mohamed, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri.....

Dan gua tetap konsisten dengan cara gua kritik semua kepimpinan negara... tak kira siapa pun.. selagi mana apa tindakan PM tu tak kosisten dengan apa yang depa cakapkan... atau yang depa janjikan dengan masyarakat sebelum depa menang... malah gua paling menyampah kepimpinan hipokrit... 

Tak kira la waima Dewa Kayangan sekali pun...

Tapi pelik sekarang nih kengkawan gua dah mula serang gua... Hahaha... pasai gua tibai Anwar Ibrahim.... Hahaha.. Lawak siot... Sampai siap jadikan gua musuh depa nombor satu... numerp uno... hahahaha

Betul-betul spesis penjilat dan pentaksub depa nih.... dulu apa yang depa tak katakan dengan walaun dan macai.... semua kecaman ader... penjilat la.. pentaksub la... takder otak la....  Hahaha...

Sekarang semua berbalik kat depa pulak... tambah-tambah yang dah dapat jawatan dalam J-KOM .... hahahaha.. gaji pulak besar.... hahaha... ader sampai RM16 ribu sebulan katanya.... (pengakuan bos J-KOM lagi tue) ... hahaha


Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang ada sekarang bukanlah alat politik untuk kepentingan pihak tertentu saja, kata ketua pengarahnya Mohammad Agus Yusoff.

Sebaliknya kata Mohammad Agus ia merupakan alat untuk kerajaan menyampaikan wawasan Malaysia Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sementara itu Mohammad Agus juga menyatakan bekas calon PH untuk kerusi DUN Apam Putra di Rantau Panjang, Sham Ghaz, kini menjadi timbalannya di agensi tersebut.

Tambahnya, Sham - atau nama sebenarnya Mohd Hisyamuddin Ghazali - tidak menerima gaji sehingga RM50,000 seperti dakwaan sesetengah pihak yang tidak senang dengan mereka.

"Syam Ghaz adalah timbalan saya. Gaji dan elaunnya tidak sampai pun satu per tiga daripada jumlah RM50,000 yang disebutkan," katanya.

23 February 2023

Lawak La Apek Ni...

Bhai/DeeDee semua...

Apek sorang nih bila dah tak jadi Menteri ... nampak lebih kreatif... Dulu masa jadi Menteri Pengangkutan... lemau... lembab dan lambat.... Sekarang nih... nampaknya terlebih kretif mengalahkan pembangkang la pulak... Hahahaha

Takpa... Ini perkara biasa... Hahaha...

Cuma yang luar biasa adalah ... selama nih Apek nih bawak 2 bijik telur ja masuk Dewan Rakyat masa Sidang Parlimen.... bawak telur dalam seluar.... Kali nih... awak nih bawak 3 bijik telur....  yang lagi dua biasa bawak tue... tatau la ader bawak ke idak...

HAHAHAHA...


Isu bekalan telur untuk kegunaan rakyat negara ini terus menjadi perhatian ramai dan mendorong salah seorang pemimpin MCA hadir bersama 'bukti' semasa berbahas hari ini.

Menjelaskan situasi yang dialami sekarang, Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) menunjukkan tiga biji telur yang dihasilkan oleh dua negara berbeza.

22 February 2023

PAS Banyak Duit?

Bhai/DeeDee semua...

PAS banyak duit??? Mari dari mana duit tue??? Nak kata pimpinan menyumbang paling banyak ... mimpilah... Hahaha... Abis kuat dari kutipan masa ceramah.... itu pon dari ahli-ahli biasa dan penyokong yang bukannya kaya mana... kais pagi makan pagi ja...

Hahahaha... 

Ker PAS memang ader duit "haram" yang masyuk kot??? Hahahaha... yer la... haram diluar... masuk kalu disucikan la... untuk maslahat umum katanya.... Hahahaha

Adehh lar....

Pemimpin nak bertanding pun kutip duit sana sini... mana pakai duit sendiri.. tapi kalu jadi kata sebagai pemimpin politik... sekupang pon berkira nak hulur ke bawah.... Hahahaha.... sapa yang pernah dok dalam PAS tau la....  Alasan selalu depa bagi... derma ini jihad..... hahahhaa


PAS bersedia memberikan dana kepada Bersatu bagi untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berikutan akaun parti gabungannya itu telah dibekukan.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh, tidak kira untuk apa pun, partinya akan sentiasa menyokong sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) bagi mendepani PRN.

“PAS ini banyak duit. Kalau Bersatu tiada duit, maka kita beri mereka duit. Tetapi, tidak kiralah untuk apa-apa pun selepas ini, duit banyak sahaja yang akan diberikan oleh ahli-ahli PAS.

“Sebenarnya, PAS tidak perlukan satu jumlah yang besar pun. Macam saya sendiri bertanding pilihan raya, saya tidak keluar duit banyak, berapa ribu sahaja saya keluarkan.

“Selebihnya ahli-ahli PAS yang bayarkan. Jadi, kita mahu kata apa?”

21 February 2023

Siapa Lagi Yang Kena

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... gua kalu bab pendakwaan dari SPRM nih... gua biasanya takmo nak melompat awal seronok bukan main... sebab dah banyak kes yang SPRM bawak pendakwaan ... last-last lepas bebas sebab teknikal jer....

Contoh macam kes Musa Aman la... Adnan Mansor la... Annuar Musa la... Isa Samad la.... Shahrir Samad la...  dan ramai lagi...

Hahahaha....

Ini semua lawak...


Dua ahli perniagaan dijangka didakwa di mahkamah esok berkaitan program Jana Wibawa yang kontroversi, menurut notis media yang dikeluarkan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Notis itu menyatakan kedua-dua individu itu akan didakwa masing-masing di Mahkamah Sesyen di Shah Alam dan Johor Bahru.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa terhadap dua individu berkaitan Jana Wibawa," kata notis itu.

Tiada maklumat lain didedahkan dalam notis media oleh SPRM itu.

Bilis Ja Nih

Bhai/DeeDee semua...

Setakat Wan Saiful Wan Jan nih.... cuma sekadar level bilis ja nih.... hahahaha... kecik sangat... pastu tak masuk dalam akaun peribadi pulak tue... masuk dalam akaun syarikat....

Hehehe...

Silap-silap lepas nih.... kes gagal .... hehehehe... macam tak biasa...



19 February 2023

Penipu Berlesen Sama Macam Ahli Politik

Bhai/DeeDee semua...

Apa persamaan industri susu bayi berformula dengan ahli politik? Hahahaha.... kedua-duanya adalah sama jer... kuat menipu.... Hahaha

Ini realiti...


PARIS – Sebahagian besar dakwaan manfaat kesihatan dalam iklan susu formula bayi di seluruh dunia tidak disokong oleh bukti saintifik yang kukuh, demikian menurut satu kajian semalam, dengan penyelidik-penyelidik menggesa susu berkenaan dijual dalam bungkusan kosong tanpa menarik perhatian.

Hasil kajian itu diumumkan seminggu selepas sekumpulan doktor dan saintis menggesa pihak berkuasa supaya membanteras kaedah pemasaran ‘pemangsa’ dalam industri susu formula yang didakwa mengeksploitasi kebimbangan ibu bapa baharu dengan menyakinkan mereka agar tidak memberikan susu badan.

Industri susu formula kini bernilai AS$55 bilion (RM242 bilion).

Susu badan diiktiraf secara meluas sebagai mempunyai manfaat besar untuk bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan susu badan diberi secara eksklusif semasa enam bulan pertama kehidupan bayi.

Bagaimanapun, saranan itu diikuti untuk kurang separuh daripada bayi di seluruh dunia, demikian menurut WHO.

Penulis kajian itu yang juga pensyarah kanan Kolej Imperial London, Daniel Munblit berkata, penyelidik-penyelidik bukan memerangi susu formula kerana ia wajar menjadi pilihan buat ibu yang tidak boleh atau memilih untuk tidak memberikan susu badan.

“Bagaimanapun, kami menentang pemasaran susu formula tidak wajar yang mengemukakan dakwaan mengelirukan tanpa disokong bukti kukuh,” katanya.

Munblit dan sebuah pasukan penyelidik antarabangsa meneliti dakwaan kesihatan yang dibuat untuk 608 di laman web syarikat-syarikat pengeluar susu formula di 15 negara termasuk Amerika Syarikat, India, Britain dan Nigeria.

Dakwaan paling banyak adalah susu formula menyokong perkembangan otak, menguatkan sistem imunisasi dan membantu tumbesaran.

Separuh daripada kesemua produk itu tidak mengaitkan manfaat kesihatan yang didakwa dengan ramuan tertentu, demikian menurut kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal BMJ.

Tiga perempat pula tidak merujuk kepada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan mereka.

Daripada produk yang menyediakan rujukan saintifik pula, lebih separuh merujuk kepada ulasan, pendapat atau kajian ke atas haiwan.

Hanya 14 peratus produk tersebut merujuk kepada ujian klinikal manusia yang berdaftar. Namun, 90 peratus ujian klinikal yang dilakukan pula mengandungi risiko tinggi bias termasuk kehilangan data atau penemuan tidak menyokong dakwaan yang dibuat.

Hampir 90 peratus ujian klinikal mempunyai penulis yang menerima dana atau mempunyai hubungan dengan industri susu formula, demikian menurut kajian tersebut. – AFP

17 February 2023

Audit: Rugi Sesaja

Bhai/DeeDee semua...

Rugi sesaja jer la Kerajaan Malaysia nih... duit lebur begitu sahaja... beli equipment ... tapi tak pakai... tak guna... lama-lama simpan jahanam juga.... adoilah...

Banyak betul kerugian sana sini... huhuhu... jahanam macam nih...


Sebanyak 93 daripada 136 unit ventilator yang dibekalkan syarikat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) tidak dapat digunakan.

Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, hari ini berkait program Pengurusan Wabak Covid-19 oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, pembelian ventilator itu dibuat di antara tahun 2020 hingga April 2022 bagi operasi dan pengurusan Covid-19.

“Ia sekali gus menyebabkan kerugian berjumlah RM13.07 juta kepada kerajaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Nik Azman berkata, audit yang dijalankan mendapati, sejumlah RM145.37 juta baki peruntukan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) masih belum dipulangkan oleh dua kerajaan negeri iaitu Selangor dan Sabah setakat April 2022.

“Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah mengesahkan baki akhir yang akan dipulangkan kepada dan KWAN adalah RM17.40 juta, manakala bagi Kerajaan Selangor pula berjumlah RM47.38 juta,” katanya.

Ujarnya, Selangor dan Sabah sepatutnya memulangkan baki KWAN itu selepas program itu tamat pada Oktober 2022.

Selain itu, Nik Azman berkata, laporan audit turut mengesan lebihan alat pelindungan peribadi (PPE) yang ketara iaitu 3.08 juta pasang sarung kasut dan 0.84 juta helai sut PPE.

“Lebihan stok ini adalah disebabkan oleh perubahan prosedur pemakaian PPE dalam pengurusan pandemik Covid-19 pada Februari 2022 dan penurunan bilangan pesakit Covid-19,” katanya.

16 February 2023

Makin Jahanam Felcra

Bhai/DeeDee semua...

Felcra nih start jahanam masa Tajuddin Abd Rahman jadi Pengerusinya.... lepas tue langsung tabley nak bangkit dan pulih... walhal aset berbilion... tanah jer ader berapa ratus ribu hektar... pengurusan kewangan kelaut....

Jahanam...

Harap dapat diperbetulkanlah...


Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, berdasarkan surat pengesahan baki dan tunggakan pinjaman Kerajaan Persekutuan bertarikh 10 Januari 2022 daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, baki pinjaman Felcra dengan Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2021 ialah RM3.67 bilion.

“Baki pinjaman ini merupakan 69 peratus daripada keseluruhan liabiliti Felcra yang berjumlah RM5.32 bilion dan berdasarkan maklum balas Felcra, Kerajaan melalui keputusan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022 telah meluluskan sebahagian baki pinjaman berjumlah RM969.27 juta ditukarkan kepada ekuiti dalam Felcra,” kata laporan itu.

LKAN berkata satu daripada enam indikator perspektif perspektif petunjuk prestasi utama (KPI) Felcra tidak mencapai sasaran pada tahun 2021 iaitu indikator pengurangan kos dalam kos pentadbiran, ia disebabkan tambahan perbelanjaan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Rakyat berjumlah RM10 juta yang tidak dibajetkan pada awal tahun.

Tak Habis Lagi Dengan Waris Sulu

Bhai/DeeDee semua...

Tak habis lagi aaa.... itu hari kata dah setel ... dah selesai... kini dua aset milik Petronas di Luxemburg di kacau lagi... di sita...

Katanya ada keputusan untuk menguatkuasakan penghakiman yang lama... katanya dokumentasi penghakiman yang lama telah diperbetulkan...

Adoilah...

Jahanam...

Kena Lagi


Bailif mahkamah di Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan baharu untuk dua unit firma minyak negara Malaysia Petronas minggu ini. Ini berikutan permohonan oleh ‘waris’ bekas kesultanan untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion yang mereka menangi terhadap Malaysia, kata peguam waris itu dan dokumen mahkamah yang dilihat oleh Reuters.

Warga Filipina yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu yang terakhir sedang berusaha untuk menguatkuasakan anugerah AS$14.9 bilion yang diberikan kepada mereka oleh mahkamah timbang tara Perancis tahun lalu, susulan pertikaian berlarutan dengan kerajaan Malaysia berhubung perjanjian tanah era penjajah.

Malaysia, yang tidak mengambil bahagian dalam timbang tara itu, menyifatkan proses berkenaan adalah tidak sah. Ia kemudian memperoleh penangguhan anugerah di Perancis tetapi keputusan tersebut tetap boleh dikuatkuasakan di luar negara di bawah perjanjian timbang tara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Petronas berkata ia akan menentang sebarang tuntutan yang dibuat ke atas asetnya dan Malaysia berikrar untuk menggunakan semua langkah undang-undang untuk menghalang asetnya, termasuk syarikat berkaitan kerajaan, daripada dirampas di luar negara.

Unit Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus pertama kali dirampas pada Julai 2022, tetapi kerajaan Malaysia berkata bulan lalu bahawa perintah itu telah diketepikan oleh mahkamah daerah Luxembourg.

Pada hari Selasa lalu, dokumen mahkamah yang dikongsi oleh peguam waris itu, Paul Cohen, menunjukkan bahawa bailif mahkamah di Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan kedua ke atas unit dan akaun bank berkaitan.

Cohen, dari firma guaman British, 4-5 Gray's Inn Square, memberitahu Reuters bahawa mahkamah daerah Luxembourg sememangnya telah menarik balik perintah rampasan pertama mengenai isu kecil yang telah ditangani, tetapi tidak membuat penghakiman berhubung merit timbang tara berkenaan.

"Terdapat ketetapan teknikal yang kini telah ditangani dengan berkesan, dan perintah pembekuan sekali lagi dilaksanakan ke atas aset Petronas di Luxembourg," katanya menerusi e-mel.

Mentaliti Sampah, Hasilnya Sampah Juga

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang gua rasa macam tak boleh nak diubah adalah sikap dan mentaliti masyarakat setempat... Benda macam nih dah lama berlaku.. benda macam nih dah biasa sangat dilihat...  hanya kerana bermentalitikan sampah... maka hasilnya sampah juga...

Maaf cakap la...

Kenyataan ini memang kena pada Kelantan... sungguh... susah nak jumpa tempat yang tiada sampah berlonggok ... sana sini memang ada... dah bertahun gua berurusan di Kelantan.. dan dari apa yang gua nampak memang macam nih la sentiasa dimana-mana...

Pernah satu masa dulu gua pergi ke Pekan Baru Indonesia.... sekitar awal 2000 ... memang la sampah ada dimana-mana... tapi... masa gua pergi pada tahun 2016 ... susah nak jumpa sampah yang bertabur atau berlonggok di tepi jalan di Pekan Baru Indonesia... dah takder...

Kalu orang Indonesia boleh berubah... takkan orang Kelantan tak boleh berubah???

Tolong la berubah...



15 February 2023

Mampukah Ianya Dilaksanakan?

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih (Penggal Tetap Parlimen) ader dalam Manifesto PH untuk PRU15 hari tue... jadi mampukah ianya dilaksanakan atau hanya sekadar menjadi retorik semata-mata??

Kita lihat dan perhatikan sahaja la... kan..

Penggal Tetap Parlimen

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar kerajaan mewujudkan dasar penggal tetap Parlimen bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) secara automatik.

Katanya, tindakan itu bagi memastikan sesebuah kerajaan stabil tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak, sekali gus dasar kerajaan dapat dibentuk dengan baik selama tempoh pemerintahan sesebuah kerajaan dengan pembubaran hanya selepas penggalnya tamat.

"Ini juga madani. Ertinya kita, kejelasan untuk rakyat urus kehidupan dan perniagaan ada kejelasan.

“Saya cadangkan kita wujudkan penggal tetap Parlimen supaya pentadbiran kerajaan jelas. Rakyat jelas untuk uruskan kehidupan dan perniagaan juga jelas (dengan perjalanan kerajaan).

“Apabila penggal Parlimen ditetapkan untuk lima tahun, tiada lagi teka-teki. Tiada yang nak tebuk atap atau ikut pintu belakang dan kerajaan yang diberi mandat dapat laksanakan tawaran, janji serta manifesto tanpa diganggu-gugat,” kata bekas menteri kesihatan itu ketika membahaskan usul titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Dah Nak Masuk Bulan 3

Bhai/DeeDee semua..

Tak lama lagi dah nak masuk bulan 3 ... bulan Mac.... tapi belanjawan 2023 pun tak diluluskan lagi... adoilah...  sekarang nih sidang Parlimen... patut inilah masa terbaek untuk bentangkan belanjawan 2023 yang dah terlewat nih disebabkan pembubaran Parlimen hari tue...

Nih PM pi Turkiye....

Bila nak bentang??? Takkan tanya pon salah kot??



14 February 2023

Orang Yang Sama, Nada Cerita Yang Berbeza

Bhai/DeeDee semua...

Dulu ... sebelum jadi Perdana Menteri... nadanya lain... ceritanya lain... sembangnya lain... Tapi kini time dah jadi Perdana Menteri.... semuanya berbeza.... Hahaha...

Relaks aaa... gua cuma quote cerita lama ja...

Hahahaha ... ini semua lanzhow tuan-puan...

Curi Letrik Untuk Melombong Bitcoin lebih skala besar.


Kes Kertas Pandora adalah besar







Bab Membongak Memang PAS Juara La

Bhai/Dee semua...

Macam tak biasa.... Kalu bab membongak... bagi la kat PAS... Memang PAS juara la bab membongak nih... Hahahaha... Semua depa rasa depa paling "Numero Uno" ...

Giler aaaa... sukati depa ja kan... Hahahaha .... lawak siot....


PAS menganggap titah diraja Yang di-Pertuan Agong di parlimen pagi tadi turut memberi pengiktirafan kepada kejayaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata semua pencapaian yang dipetik oleh Agong merupakan pencapaian kerajaan PN sebelum diteruskan oleh Ismail Sabri Yaakob.

Kata Tuan Ibrahim kenyataan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah itu merupakan pengiktirafan kepada PN.

“Data-data yang dikatakan oleh Tuanku (Agong) itu ialah hasil kejayaan-kejayaan kerajaan sebelum ini yang ternyata cemerlang.

“Semua pencapaian yang dibentangkan adalah kejayaan kerajaan terdahulu dan ia bukti nyata sebagaimana yang dinyatakan oleh Tuanku," katanya seperti dipetik portal rasmi PAS, harakahdaily, hari ini. 

13 February 2023

Pening Lah Abdul Hadi Awang Ni ...

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang nih gua tatau la nak cakap apa... Dah betul la takkan ader kepimpinan yang dapat menyamai kepimpinan Rasulullah s.a.w ...

Rasulullah s.a.w tu kan Nabi... Level baginda lain... Baginda maksum...

Takkan la ader kepimpinan lepas Nabi yang sebaik dan sehebat Nabi.... jauh bhai...

Adoilah...


Presiden PAS,  Abdul Hadi Awang mendakwa konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan hari ini adalah adalah percubaan menipu rakyat dan seluruh dunia kerana ia terlalu jauh daripada makna sebenar yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu catatan di Facebook, Hadi berkata, penubuhan kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini mempunyai kelemahan ketara, terutama dalam kalangan pemimpin yang didominasi oleh wakil rakyat bukan Islam.

“Kerajaan campuran ini bercampur aduk pula dengan pelbagai ideologi seperti kalangan liberal, puak ekstrem berhaluan kiri mahupun kanan, serta kalangan oportunis.

Ini Memanglah Lawak

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum ini Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah melantik Nurul Izzah jadi Penasihat Kanan Kewangan dan Ekonomi kepada Menteri Kewangan...  Riuh orang kata tindakan ini adalah Nepotisma... Memang betul pon Nepotisma...

Then... alasan dan dalil diberikan bahawa jawatan Nurul Izzah tue adalah Pro-Bono.... percuma tanpa gaji... dan berduyun-duyun lah para pentaksub dan penjilat membekap sana sini bahawa tindakan ini tidaklah Nepotisma kononnya sebab Nurul Izzah buat secara pro-bono...

Apabila kecaman Nepotisma yang dilontarkan tidak reda... walau sedikit pun... kecaman dari blok pembangkang dan blok kerajaan sendiri pun tibai benda yang sama.... maka untuk mengendurkan situasi.. semalam Nurul Izzah meletakkan jawatannya sebagai Penasihat Kanan Kewangan dan Ekonomi kepada Perdana Menteri...

Kononnya.... Nurul Izzah berbuat begini setelah mendapat tawaran dari Hassan Merican untuk terlibat sama dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan...

Jadi nampak macam bukan Anwar Ibrahim (PM10) yang membuat tawaran.... walhal Hassan Merican nih pon kita tahu lah siapa orangnya.... Hahaha... dan Sekretariat Jawatan Kuasa Penasihat Menteri Kewangan nih pun sebenarnya adalah benda yang sama yang Nurul Izzah buat sebelum ini...

Hahaha...

Dan tentunya... jadi ahli Sekretariat mestilah ada elaun, emolumen dan segala macam kemudahan.... hehehe... takkan la nak mesyuarat setiap minggu sana sini takder elaun.... kalu takder elaun... takder sapa nak join Sekretariat la wei....

Hahaha....

Jadi ... ini memanglah lawak....

Dari percuma katanya kepada berbayar.... Hahaha... dari dilantik oleh Anwar Ibrahim kepada dijemput (dipelawa oleh Hassan Merican) .... Hahaha... Kalaulah Nurul Izzah tue anak siapa-siapa dari area Ceruk Tok Kun... ini Hassan Merican nak jemput ka jadi ahli Sekretariat tue.. walaupun ader lagi banyak sijil bergulung dan pengalaman...

Korang yang banyak sijil bergulung dan pengalaman pun Hassan Merican tak pelawa.... Hahaha... lagi la korang nak bekap bagai.... cukup-cukup la taksub dan jilatnya pun...

Hahahahaha




12 February 2023

Marah Lagi Lah Mereka

Bhai/DeeDee semua...

Ramai kata gua silap… Penulisan gua sebelum nih katanya banyak silap… Hahahaha… 

Tapi depa sebenarnya lupa… disebabkan semua yang lain memang tak cukup korum selepas PRU15, dimana BN pun tabley lead sebab kerusi PRU15 sikit, pastu PN pulak ketegaq awal-awal taknak bergabung dengan BN..

maka YDP Agong terpaksa memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu… berbincang baik-baik untuk cari jalan penyelesaian. Takkan nak biarkan Kerajaan Persekutuan tergantung takleh nak bentuk. Gila apa… 
 
Walhal boleh ja YDP Agong buat keputusan sendiri ikut decorum Persekutuan… tapi YDP Agong taknak buat silap macam masa lantik Muhyididn Yasin sebagai PM8 dulu… walaupun selepas YDP Agong bagi masa agak lama kepada Mahathir Mohamed untuk revert dan revamp selepas dia letak jawatan.

Jadi… walaupun Anwar Ibrahim sememangnya bukanlah option terbaik pada pandangan YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu pada masa itu…. tapi pasai yang lain semua takmo nak bekerjasama… takmo nak deal…

Maka dapatlah Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia… itupun dengan kerjasama Ahmad Zahid Hamidi yang memang dikenali sebagai “budak Anwar” sejak sekian lama…. Itu pun pasai UMNO takdak kerusi banyak … cuba kalu UMNO ader kerusi Majoriti… ingat Ahmad Zahid Hamidi takmo jadi PM ka?? Hahaha

Cuba kalu PN tak buat ketegaq degil masa tue… Hahaha… dan BN pon boleh kawtim setel masa tue…. jalan citer tetap akan ikut naratif awal yang pernah gua katakan dulu… 

Tapi itu la… sejarah orang lupa… dan buat-buat lupa.. 

Korang mesti dah lupa tentang berapa hari yang diberikan masa oleh YDP Agong untuk drag bagi chan kat PN dan BN kawtim….. tapi tak jadi-jadi jugak deal depa walaupun masa tue geng Sabah dan Sarawak tengah ngam nak buat deal…

BN seniri pun pecah 3 masa tue… hahaha

Still Anwar Ibrahim naik sebab that’s the last option yang ada… takkan nak biarkan politik Malaysia tak stabil berbulan-bulan…

Hahaha…

Marah lagi aaa ramai orang terutamanya pentaksub Anwar Ibrahim terhadap gua… dan mesti lagi ramai la yang akan fitnah macam-macam kat gua… siap carik artikel lama gua konon gua silap dalam menulis tue…: siap mesti ramai yang akan kata gua pentaksub PN punyalah… 
Kena pulau dek kengkawan tu biasa… malah yang bukan kengkawan (yang tak pernah kenal gua secara peribadi pun) pulak yang kononnya lebih tahu dan kenal gua… Tambah lagi pulak yang hanya dengar jer citer tentang gua dari pihak ketiga yang takder verificable punya sanad… 

Gua gelak jer la…

Game belum abis moves lagi…  look into the horizon … see whose coming … Hahahaha … tick tock tick tock…..

*** sekadar menambahkan garam kat luka para pentaksub dan penjilat… hahahaha



Kerajaan Sembang Kuat

Bhai/DeeDee semua...

Dulu... siap buat demonstrasi .... siap buat rapat umum... siap usahakan macam-macam tekanan.... tetiba masa PH menang PRU14 ... jalan cerita jadi lain....

Nih dah naik balik jadi kuasa utama pemerintahan negara.... hahahaha... pusing lagilah cerita... hahaha...

Eh... kira sekarang nih Lynas tak merbahaya la kot?? 

Hahaha... Dulu macam nak jadi meletup nuklear meltdown macam kat Kobe atau Chernobyl jer... Hahahaha... siap macam-macam fitnah keluar.... hahaha

Fitnah Masa PH

Sejak ia ditubuhkan pada 2012, pemimpin PH membantah loji itu tetapi selepas gabungan itu memenangi pilihan raya umum 2018, pentadbiran yang diterajui Dr Mahathir Mohamad ketika itu memperbarui lesen Lynas dengan meletakkan syarat.

Ia membuatkan parti-parti komponen PH, khususnya DAP, dalam keadaan yang janggal kerana sebelum itu ia telah menuntut kerajaan BN untuk menutup kilang pemprosesan nadir bumi tersebut.


11 February 2023

Sembang Sebelum Dapat Kuasa

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... biasa la... sebelum dapat kuasa sembang memang dasat.... hebat.... mantop.... Tapi itu la...  masa belum dapat kuasa la...

Dah dapat kuasa kalu.... adeh.... sedih.... senyap seribu bahasa... hehehe




Betul Ke Ni?

Bhai/DeeDee semua...

1209 responden telah menjalani kajiselidik nih...  dan dari sini.... dapatlah dikatakan bahawa Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim mendapat sokongan positif lebih 2/3 daripada responden...

Err... sekejap....

Senarai responden ni telus ka? Dikutip dari mana? Rawak atau dari kumpulan tertentu?? Hahaha.... takut amik responden yang satu puak jer.... nak bagi sedap... ejast la bagi ader nampak macam telus.... Hahahaha

Macam tak biasa.... kan Merdeka Center kan...

Ader berani ka bagi chan ramai orang jadi responden... sekali untuk satu orang.... baru la boleh ditengok hasilnya .... hehehe... sama ada Kerajaan Perpaduan nih dapat sokongan sebenar dari rakyat atau tidak???




10 February 2023

Naya Dua Kali

Bhai/DeeDee semua...

Katanya sebab kualiti cetakan pada cukai jalan adalah tak elok, jadi sebab itu LKM dimasukkan dalam aplikasi JPJ yang baharu.

Sekejap… Kualiti cetakan tak elok tu sebab apa yer? Adakah sebab pembekal LKM tue bagi spesifikasi rendah level cap ayam? Siapa pembekal tu? Nak jugak tahu siapa namanya supaya boleh diambil tindakan senarai hitam dari jadi penbekal kepada Kerajaan.

Kalu sebab dakwat printing cepat pudar … Itu mesti sebab guna dakwat printer cetak rompak yang pastinya berkualiti rendah. Bukan dakwat yang original. So siapa pembekal dakwat (toner) mesin cetak tue? Dedahkan la supaya boleh diambil tindakan senarai hitam.

Kalu pembekalnya bermasalah. Batalkan semua kontrak dan senarai hitamkan lah pembekal itu. Tak kira la mereka tu kroni atau kartel. Takkan la Kerajaan sekarang takut kat kroni dan kartel??

Kita tak mahu pembekal celaka macam ni ada kekal dalam sistem E-Perolehan.

Paling celaka ialah… kita bayar mahal-mahal untuk dapatkan cukai jalan, tapi akhirnya kita kena print sendiri kalu nak memudahkan semakan tanpa perlu guna telefon pintar…

Adoilah…. naya dua kali la kita….



Songlap Duit Zakat

Bhai/DeeDee semua...

Ini yang selalu gua bisingkan.... jenis tabley pakai dalam kalangan orang yang beragama... Jahanam... memalukan... Kalu dah orang jabatan agama sendiri yang songlap duit zakat...

Apa nak jadi la...  



08 February 2023

Melukut Di Tepi Gantang

Bhai/DeeDee semua...

Sama jer perangai mana-mana pun... dah dapat kuasa... buat macam lepas tangan jer dengan rakan-rakan seperjuangan .... Hahaha... masa nak bentuk kuasa... bukan main lah.... berpakat dan berjanji bagai...

Hahaha...

Sebijik sebuntat la perangai... Hahaha ... nak nasihat Kerajaan Malaysia yang la nih... pakat akan kena kecam berjemaah la... Hahaha... PM10 nih Mak Som sangat.... Hahaha... takder cacat cela pun kata pentaksubnya....

Hahahaha



Spesis Pentaksub @ Penjilat

Bhai/DeeDee semua...

Gua sebenarnya gelak besar dengan spesis pentaksub @ penjilat nih... Satu sebabnya adalah bagaimana mereka nih sebenarnya adalah tak berakal... Tak kira la Macai ka... Walaun ka... WalaNON ka... hahaha.. sama spesis... semua kata-kata dan tindakan pimpinan depa ... depa akan jilat tanpa soal bicara...

Hahaha... janji statement tu pemimpin depa yang buat...

Hahaha... dan mereka sendiri pun tak sedar akan apa yang berlaku disekeliling depa... bukan sebab depa tak cakna... tapi sebab kepala hotak depa dah dikelabui dengan tindakan dan statement pemimpin mereka... Pada mereka... pemimpin mereka maksum... suci... takder cacat cela.... Hahahaha

Giler sungguh...

Benarlah kata Allah Taala.... bukanlah urusan manusia untuk berikan hidayah melainkan Allah Taala semata-mata...

an-Nahl : 125

Peringatan buat pentaksub @ penjilat

al-Baqarah : 166 - 167
Ibrahim : 21
as-Isra' : 71 - 72
al-Furqan : 28 - 29
al-Ahzab : 67 - 68
Saba' : 32 - 33
az-Zumar : 31




06 February 2023

Bangang Punya Kerajaan

Bhai/DeeDee semua ...

Dulu masa Mahathir Mohamed jadi PM4 ... banyak benda mengarut yang dia buat
Dulu masa Abdullah Ahmad Badawi jadi PM5... PM asik tido... anak menantu yang kontrol semua
Dulu masa Najib Razak jadi PM6... Jenuh Malaysia nih kena enjoy dananya...
Dulu masa Mahathir Mohamed jadi PM7... pening .... asik main politik dalaman
Dulu masa Muhyiddin Yasin jadi PM8 .... adoi... ini lagi kronik... politik dalaman ngan kaler luna
Dulu masa Ismail Sabri jadi PM9 .... slow sangat... kerajaan Sloth... 

La nih.. masa Anwar Ibrahim jadi PM10 ... Kerajaan jadi bangang... Jahanam aaaa.. Kesian kat rakyat..


WalaNON dan Bangsa Slurpp apa tahu. Tahi pon mereka jilat.




04 February 2023

Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.

Bhai/DeeDee semua...

Negara kita setelah sekian lama cuba untuk mengurangkan impak dan bahaya mercun dan bunga api... Betul kita masih susah nak mengawalnya... Tapi at least selama nih ada juga usaha untuk menghalang penjualannya secara terbuka dan meluas..

Tapi bila ada Kerajaan bangang macam nih... Kerajaan PM10 yang bangang camnie... boleh pulak KPKT keluarkan cadangan nak benarkan penjualan secara terbuka... konon akan ader pemantauan dan lesen bagai.... Walhalnya pemantauan barang keperluan harian pun tabley nak kawal...

Cuba kalu cadangan nih dibuat masa BN atau PN berkuasa dulu... pastinya pentaksub (WalaNON dan Bangsa Slurpp) Anwar Ibrahim akan serang bukan main... Akan sanggah dan kecam bukan main...

Tapi la nih senyap sunyi semua WalaNON dan Bangsa Slurpp nih... Semua dah jari bangkai ka?? Dah kojol???

Serupa bangsat ja la...

Kerajaan benarkan penjualan mercun dan bunga api - KPKT

#Mercun #BungaApi #KPKT #NgaKorMing #Bangang #Bangkai #AnwarIbrahim #Kecam #Walanon #BangsaSlurpp #Bangsat #Relevan #Politik #MasaDepan #Cabar #Usul #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL 

Part Ini Gua Setuju

Bhai/DeeDee semua...

Memang betul tiada akta yang menghalang dari mana-mana orang awam merekodkan mana-mana serbuan Polis... Sebab itulah Polis mestilah mematuhi semua SOP Serbuan seperti yang termaktub dalam Undang-Undang.

Polis tak boleh abuse the system....

Part ini gua setuju...

Serbuan Polis


Setelah Lebih 2 Bulan

Bhai/DeeDee semua...

Dalam Malaysia nih.... ketaksuban terhadap parti politik dan kepimpinan politik amat kronik... Tak kira parti apa... tak kira siapa... ketaksuban itu teramatkan sakral...

Sampai langsung tak boleh dicuit walau sedikitpun... Pada pandangan pentaksub nih... segala apa yang dibuat dan diputuskan oleh Parti kesukaan mereka... dan apa sahaja tindakan kepimpinan politik mereka... tetap semuanya disanjung dan dipuja puji... tiada langsung cacat cela pada pandangan mereka...

Kalulah ada sesiapa yang tidak bersetuju... maka bersedialah untuk kena kecam berjemaah...

Walhal itulah yang dah berkurun orang Melayu dahulu kala nyatakan dalam satu peribahasa "Sokong Membawa Rebah" ....

Jahanam semuanya.... bila nasihat dan pandangan pihak lain semuanya akan menjadi mangsa kecaman berjemaah....

So.... patutlah bangsa Melayu hanya mampu menjadi jaguh kampung jer... tak mampu keluar dari kotak pemikiran yang global... Hahahaha...

Hadan Huker la...



03 February 2023

01 February 2023

PM Paling Suci

Bhai/DeeDee semua....

Satu jer gua tak tahan nak gelak beberapa bulan nih adalah bilamana gua memberikan beberapa komen terhadap pengurusan dan pentadbiran Anwar Ibrahim selaku PM10...

Selepas gua komen macam tue... mesti akan ader berjujuk komen kecam gua .. siap ada yang tuduh gua sebagai walaun la atau sebagai macai Perikatan Nasional (PN)....

Gua gelak jer....

Tambah lagi bila puak-puak ini bertegas mempertahankan apa yang Anwar Ibrahim atau Rafizi Ramli buat... semuanya di bekap dan di jilat sebaiknya..

Haaha...

Mak Som betul la Anwar Ibrahim pada mata diorang... Hahaha .. hebat aaa ...



Menu Rahmah vs Nasi Bajet

Bhai/DeeDee semua...

Sori la... penulisan gua memang ramai yang benci... Tapi takper la... takder hal pon... gua hidup bukan atas pujian orang pun... Hahahah

Pada gua.. tagune nak lancarkan Menu Rahmah ... konon fanfare yang inisiatif ini adalah datannya dari Kerajaan atau Perdana Menteri Anwar Ibrahim... sebab kalu la letak harga RM5 konon gempak satu idea baru... walhal dah lama peniaga buat idea sendiri jual Menu Bajet...

Bersepah sana sini Nasi Bajet @ Menu Bajet orang jual sana sini selama nih... Ada ramai yang jual pada harga RM3.50 ... malah disana sini ramai yang jual Nasi Lemak pada harga RM1... lengkap semua bahan ada....

Adoilah.... orang bukan nak isukan Menu Rahmah pada harga RM5 tue... sebab dah biasa Nasi Ayam pon orang jual satu set ngan Air Sirap @ Teh O Ais pada harga RM5.... 

Isu sebenar orang adalah Kos Sara Hidup... kos harga bahan mentah.. kos yang sepatutnya dikawal sebaiknya oleh Kerajaan... termasuklah kestabilan pembekalan dan pengedaran bahan mentah utama.... Yang ini masih lemah lagi Kerajaan sedia ada nak tangani...

Sedangkan inilah isu pertama yang di tunjukkan mensyuarat oleh PM10 Anwar Ibrahim bila dia disahkan jadi Perdana Menteri....

Slow sangat nampak impaknya untuk tangani Kos Sara Hidup

Menu Rahmah


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1