Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

17 February 2023

Audit: Rugi Sesaja

Bhai/DeeDee semua...

Rugi sesaja jer la Kerajaan Malaysia nih... duit lebur begitu sahaja... beli equipment ... tapi tak pakai... tak guna... lama-lama simpan jahanam juga.... adoilah...

Banyak betul kerugian sana sini... huhuhu... jahanam macam nih...


Sebanyak 93 daripada 136 unit ventilator yang dibekalkan syarikat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) tidak dapat digunakan.

Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, hari ini berkait program Pengurusan Wabak Covid-19 oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, pembelian ventilator itu dibuat di antara tahun 2020 hingga April 2022 bagi operasi dan pengurusan Covid-19.

“Ia sekali gus menyebabkan kerugian berjumlah RM13.07 juta kepada kerajaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Nik Azman berkata, audit yang dijalankan mendapati, sejumlah RM145.37 juta baki peruntukan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) masih belum dipulangkan oleh dua kerajaan negeri iaitu Selangor dan Sabah setakat April 2022.

“Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah mengesahkan baki akhir yang akan dipulangkan kepada dan KWAN adalah RM17.40 juta, manakala bagi Kerajaan Selangor pula berjumlah RM47.38 juta,” katanya.

Ujarnya, Selangor dan Sabah sepatutnya memulangkan baki KWAN itu selepas program itu tamat pada Oktober 2022.

Selain itu, Nik Azman berkata, laporan audit turut mengesan lebihan alat pelindungan peribadi (PPE) yang ketara iaitu 3.08 juta pasang sarung kasut dan 0.84 juta helai sut PPE.

“Lebihan stok ini adalah disebabkan oleh perubahan prosedur pemakaian PPE dalam pengurusan pandemik Covid-19 pada Februari 2022 dan penurunan bilangan pesakit Covid-19,” katanya.

5 comments:

  1. Barisan jemaah montori termasuk piem perlu letak jawatan sebab laporan audit rugi sesaja. Gomen dulu ok jer kurang dengar rugi sana sini walau pun tak telus hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni laporan audit pembelian zmn PM abah din ......camne bliau nk letak jwtn ye.....pencerahan plisss....kah kah kah..

      Delete
  2. Bro, you dong understang business one. Whak is importeng if you buy you got komisyeng maah... weder that product can be used or nok is immaterial your komisyeng still jalan ..

    ReplyDelete
  3. manusia hanay agak agak bila nak buat belian memang tak bolih tepat. pakar pun tak bolih tepat, hnaya mengharapkan macam ynag dipikirkan. itulah manusia, jangan sombong sanagt ngan Allah. takut mai lagi balaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaun kaki spin. Baik sikit drp walaun 9:59am yg tak faham bahawa kerugian ini berlaku masa kerajaan PN dulu. Kesian betul tahap benggong para walaun

      Delete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1