Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Audit. Show all posts
Showing posts with label Audit. Show all posts

31 October 2023

Siapa Lagi Haprak?

Bhai/DeeDee semua...

Ader satu kata pujangga yang cukup sesuai nak gambarkan perkara nih... 

"Jangan Salahkan Syaitan"

Sebab macam mana la boleh KKM dan Pharmaniaga tak buat kontrak pembekalan bab ventilator nih... Sekarang nih... takdak sapa boleh dipertanggungjawabkan atas kerugian lebih RM500 juta nih..

Bekas Menteri KKM ..... semua selamat...
Bekas KP KKM.... selamat juga... siap dapat Tan Sri lagi...

Kah Kah Kah


=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Jangan Salahkan Syaitan


30 October 2023

Vendornya Adalah Pharmaniaga

Bhai/DeeDee semua...

Jahanam.... semuanya disalahkan kepada pengilang 100%.... Pelik bila vendor tak semak barangan yang dipesan dan diterima sebelum dihantar kepada penerima (KKM)...

Bila semak nama vendor.... Ianya adalah PharmaNiaga...

Gelak besar la gua... Hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Tengoklah Siapa Vendornya


08 June 2023

Patutnya Amalan Sebegini Dihentikan

Bhai/DeeDee semua...

Dulu... masa Kerajaan sebelum nih,.... macam BN... masa PN memerintah... takper la amalan macam nih dibuat....

Tapi la nih... dah Kerajaan baru.. yang katanya telus dan mempunyai tatakelola yang bagoosh... tapi amalan macam ni masih diteruskan lagi...

Adoilah... patut amalan sebegini dihentikan lah... cukup-cukup la...

Tak reti nak berubah ke?

Kalu masih jadi pembangkang... mesti Rafizi Ramli akan melompat bising dengan formula-formula dan pendedahannya.... Hahaha... sekarang Rafizi Ramli pon tatau kemana... hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Sama jer bukan nak berubah pun


17 February 2023

Audit: Rugi Sesaja

Bhai/DeeDee semua...

Rugi sesaja jer la Kerajaan Malaysia nih... duit lebur begitu sahaja... beli equipment ... tapi tak pakai... tak guna... lama-lama simpan jahanam juga.... adoilah...

Banyak betul kerugian sana sini... huhuhu... jahanam macam nih...


Sebanyak 93 daripada 136 unit ventilator yang dibekalkan syarikat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) tidak dapat digunakan.

Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, hari ini berkait program Pengurusan Wabak Covid-19 oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, pembelian ventilator itu dibuat di antara tahun 2020 hingga April 2022 bagi operasi dan pengurusan Covid-19.

“Ia sekali gus menyebabkan kerugian berjumlah RM13.07 juta kepada kerajaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Nik Azman berkata, audit yang dijalankan mendapati, sejumlah RM145.37 juta baki peruntukan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) masih belum dipulangkan oleh dua kerajaan negeri iaitu Selangor dan Sabah setakat April 2022.

“Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah mengesahkan baki akhir yang akan dipulangkan kepada dan KWAN adalah RM17.40 juta, manakala bagi Kerajaan Selangor pula berjumlah RM47.38 juta,” katanya.

Ujarnya, Selangor dan Sabah sepatutnya memulangkan baki KWAN itu selepas program itu tamat pada Oktober 2022.

Selain itu, Nik Azman berkata, laporan audit turut mengesan lebihan alat pelindungan peribadi (PPE) yang ketara iaitu 3.08 juta pasang sarung kasut dan 0.84 juta helai sut PPE.

“Lebihan stok ini adalah disebabkan oleh perubahan prosedur pemakaian PPE dalam pengurusan pandemik Covid-19 pada Februari 2022 dan penurunan bilangan pesakit Covid-19,” katanya.

16 February 2023

Makin Jahanam Felcra

Bhai/DeeDee semua...

Felcra nih start jahanam masa Tajuddin Abd Rahman jadi Pengerusinya.... lepas tue langsung tabley nak bangkit dan pulih... walhal aset berbilion... tanah jer ader berapa ratus ribu hektar... pengurusan kewangan kelaut....

Jahanam...

Harap dapat diperbetulkanlah...


Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, berdasarkan surat pengesahan baki dan tunggakan pinjaman Kerajaan Persekutuan bertarikh 10 Januari 2022 daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, baki pinjaman Felcra dengan Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2021 ialah RM3.67 bilion.

“Baki pinjaman ini merupakan 69 peratus daripada keseluruhan liabiliti Felcra yang berjumlah RM5.32 bilion dan berdasarkan maklum balas Felcra, Kerajaan melalui keputusan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022 telah meluluskan sebahagian baki pinjaman berjumlah RM969.27 juta ditukarkan kepada ekuiti dalam Felcra,” kata laporan itu.

LKAN berkata satu daripada enam indikator perspektif perspektif petunjuk prestasi utama (KPI) Felcra tidak mencapai sasaran pada tahun 2021 iaitu indikator pengurangan kos dalam kos pentadbiran, ia disebabkan tambahan perbelanjaan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Rakyat berjumlah RM10 juta yang tidak dibajetkan pada awal tahun.

16 December 2022

Jahanam Bila Puak Ini Buka Sekolah Politik ...

Bhai/DeeDee semua...

Adoilah... jahanam negara nih bila puak ini buka sekolah politik ... mana taknya... sebelum nih pon mereka dah racun macam-macam kepada bebudak Undi18... sampai semua benda bodoh keluar dalam sosmed.... isu-isu rasis.. hasutan dan macam-macam lagi dah puak nih buat...

Nih nak bagi buka sekolah politik la pulak....

Memang tunggu masa jer la kalu Kerajaan yang memerintah tak pantau puak-puak nih... duit datang dari mana... semak dan pantau..... agenda depa nih memang rasa boleh baca la..

Huhuhu... tapi kalu Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim masih bodoh... tetap berlakon gentleman.... hahaha .... nak kata macam mana kan.... huhuhu... bersedialah untuk kena humban.... hahahaha


Muafakat Nasional (MN) yang secara rasmi memperkenalkan diri sebagai badan bukan kerajaan (NGO) akan tampil dengan projek sekolah politik yang dikhususkan buat generasi muda Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, menerusi sekolah politik yang juga dikenali sebagai sekolah memahami pengurusan negara, generasi muda Malaysia akan didedahkan dengan banyak perkara penting.

“Dalam sekolah memahami pengurusan negara, ia akan disampaikan menerusi pakar-pakar mengenai demokrasi, perlembagaan, asas penubuhan negara, kontrak sosial dan hal ehwal semasa negara.

“Itu antara perkara yang kita harap dapatkan sampaikan secara sistematik,” katanya dalam satu sidang media selepas mengumumkan 30 senarai nama yang menjadi Majlis Tertinggi MN.


30 August 2022

LCS - Makin Terbongkar Semua Rahsia

Bhai/DeeDee semua...

Projek Littoral Combat Ship (LCS) TLDM nih makin kompleks dramanya.... Lagi dikaji ... lagi diaudit... lagi jumpa macam-macam ... lagi payah... makin terbongkar semua rahsia... Adoilah... nampak gaya ramai juga yang akan lepak makan tido kat dalam penjara lepas nih...

Huhuhu.... Bangkai semuanya... dari DCNS, Naval Group, BHIC dan banyak lagi...

#LCS #NavalGroup #BHIC #Boustead #LTAT #TLDM #Rasuah #Penyelewengan
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

25 January 2022

Kalau Betul SPRM Telus...

Bhai/DeeDee semua...

Kalau betul SPRM telus... pastinya ramai pimpinan UMNO, MCA dan MIC yang dah lama masuk kedalam bukan setakat ditahan, disiasat,,, tapi berjaya didakwa dan disabitkan kesalahan sejak sekian lama... 

Tapi...

Tapi kita tahu yang SPRM ini digunakan sebagai senjata untuk mengugut... sama juga dengan LHDN... 

Dan yang kena ugut pula adalah puak-puak yang tidak selari dengan kerajaan sedia ada... tak kira la lain parti atau lain team... Ini dah lama kita perhatikan berlaku dalam SPRM...

Yang menariknya lagi... SPRM sendiri pun tercemar organisasinya sejak dahulu lagi.... ader pegawainya yang terlibat dengan jenayah... menjadi kepala rasuah... malah ader yang melindungi kejadian jenayah.... payah kalu bukan sahaja yang kakitangan bawahan... tapi sampai ke peringkat atasan...

Menariknya... majoriti pegawai SPRM adalah berbangsa Melayu.... yang tentunya beragama Islam...

Sama macam kes rasuah di Pejabat Tanah dan Galian la.... bagaimana majoritinya berbangsa Melayu dan tentunya juga beragama Islam... walhal... inilah lubuk utama rasuah dalam Malaysia...

Huhuhu...






07 January 2022

Mudahnya PAS Membuat Justifikasi

Bhai/DeeDee semua...

Dulu masa bermulanya kes 1MDB... PAS dengan mudah jer menerima sepenuhnya penjelasan dari Arul Kandasamy tentang perjalanan dan pengurusan 1MDB... dan PAS berpuas hati dengan semua apa yang dibentangkan dalam satu perjumpaan dan sesi penerangan..

Tanpa apa-apa penelitian terhadap dokumentasi dan aliran kewangan ... dengan mudahnya PAS terus memperakui apa yang diperkatakan... malah mengesahkan bahawa 1MDB dijalankan secara teratur...

Giler... 

Kini benda yang sama juga dibuat oleh PAS ... bilamana mereka menerima sahaja dengan mudah penjelasan Azam Baki terhadap isu terkait dengan Saham dan Kewangan peribadinya... Tanpa PAS ada membuat semak silang (cross check) dan audit kewangan serta "financial trail" yang menyeluruh.... hanya sekadar mendengar sahaja penjelasan sudah cukup...

Patutlah pun kewangan dalaman PAS sendiri pun banyak yang mengarut dalam bab audit... terutamanya dalam Pemuda PAS yang mengawal dana infak untuk Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) .... dan juga dana-dana infak mereka yang lain...

Adoilah...

Payah bila bermudah-mudah dengan audit kewangan nih... tak takutkah PAS dengan amaran Allah Taala bab amanah nih? Dalam kes Azam Baki nih... kita dapat lihat betapa tiada amanahnya Azam Baki untuk memastikan ketulusan pelaporan kewangannya kepada pihak berwajib. Bayangkan benda-benda macam ini tiada pemakluman... Dan tentunya yang lebih besar mungkin lagi teruk tiada permakluman.

Allahuakbar...



28 December 2021

SPRM Sendiri Pun Tidak Telus

Bhai/DeeDee semua...

Hannah Yeoh menyarankan agar SPRM perlu siasat pendedahan Laporan Ketua Audit berkenaan isu tanah Kolam Takungan Air yang telah di ubah kegunaannya kepada pembangunan yang lainnya...

Tapi gua rasa itu semua membuang masa jer..

Sebab SPRM sendiri pun tidak telus... bilamana Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri pun terpalit dakwaan salahlaku dan integriti berkaitan saham sebanyak 2 juta unit...

Dan walaupun ader banyak laporan dan gesaan dalam Parlimen... tiada apa yang berlaku... senyap sunyi... tiada tindakan...

Jadi takkan la kes Kolam Takungan Air nih akan menjadi lebih keutamaan.... Hahaha.... mimpi la...



23 December 2021

Swindle Baik Punya

Bhai/DeeDee semua...

Kes SRC International sudah menyebabkan Najib Razak dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan RM210 juta denda.... Itu satu kes yang agak berat dan Najib Razak sedang tunggu satu level lagi penghakiman iaitu Mahkamah Persekutuan...

Ini ader satu kes lagi yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi... kes penggubahan dan pengalihan dana sebanyak US$700 juta yang dilakukan oleh 1MDB dan PetroSaudi International (PSI) kepada Good Star Ltd.

Bukan sikit anak nih... swindle baik punya... USD700 juta ... lebih kurang RM2.9 bilion

Dan kes ini juga menyebabkan laporan Audit akhir 1MDB telah dipinda... yang melibatkan Arul Kandasamy..... huhuhu...

Aderkah Najib Razak tetap akan mengatakan dia tidak tahu?? Rasa gua macam biasa la... Najib Razak tetap akan mengatakan dia tak tahu dan dia tidak terlibat... Ingat lagi bila satu masa dulu Najib Razak bersumpah tidak kenal dengan Jho Low...

Tapi dalam kes ini... Jho Low ada dalam mesyuarat dengan lembaga pengarah 1MDB... ader dalam setiap mesyuarat... dan ini ada diminitkan... dan inilah yang cuba dipinda dan dieditkan.... Hahaha..

So.. kita tengok macam mana Najib Razak nak pusing lagi... Macam mana dier nak pusing tentang Low Taek Jho....



15 December 2021

Siapa Yang Salah Sebenarnya??

Bhai/DeeDee semua...

Semalam kecoh isu mesin pengimbas (scanner) kontena milik Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja yang tidak berfungsi dengan baik dan ianya disentuh oleh Jabatan Audit Negara... 

Hari nih.. kecoh pulak dengan jawapan dari pihak pembekal yang dapat tender pembekalan tersebut...

Yang jadi isu disini... siapa yang salah sebenarnya.... takut last-last jadi macam yang dah biasa terjadi... senyap sunyi tiada tindakan sampai ke sudah... Huhuhu...



14 December 2021

Setakat Audit Je La

Bhai/DeeDee semua...

Tahun demi tahun ... kita akan dengar dan baca macam-macam berita tentang ketirisan, salah penggunaan, salah pembekalan, salah tadbir urus dan kewangan... semua didedahkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN)

Semua pembentangan audit ini diterangkan didalam Parlimen...  memang banyak sangat sampai benda sekecil skru pun ader berlaku ketirisan dan salahguna dana...

Tapi... aper hasil yang dapat daripada kesan pembentangan audit ini... setakat pendedahan jer... tindakan tuntas termasuk pendakwaan dan penyabitan kes di Mahkamah pon takder... ini semua sekadar syok sendiri jer... konon buat audit... konon ader pendedahan... last-last semua senyap sapu bawah tikar...

Yang bersalah tak kena tangkap... yang bersubahat pon tak kena kutip... malah syarikat pembekal pon tetap boleh lagi membekalkan barangan sub-standard pada harga markup tak ingat akhirat... semua kerana yang terlibat tue aderlah orang-orang dan geng sendiri...

Pernah ka korang dengar ader yang masuk penjara sebab benda ni... kalu ader pon hanya level macai bawahan ja... Huhuhu

Takkan berubah punya... huhuhu ... setakat berita ja la..



28 October 2021

Ketua Audit Negara Pun Cuak

Bhai/DeeDee semua...

Dah makin gila gamaknya... buat hutang baru atas tujuan kambus hutang lama... Adoilah...

Keadaan kerajaan bergantung kepada pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang disifatkan sebagai membimbangkan.

Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata walaupun sijil ketua audit negara bagi 2020 telah dikeluarkan dengan status sijil bersih tanpa teguran, namun beberapa penegasan perkara telah diberikan termasuk isu hutang persekutuan.

“Separuh dari hutang baharu digunakan untuk membayar hutang yang telah matang, sepatutnya ia dibayar dengan lebihan hasil yang ada.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini mendapati sejumlah RM98.058 bilion atau 50.4 peratus daripada keseluruhan RM194.555 bilion pinjaman baharu kerajaan digunakan untuk tujuan membayar balik prinsipal hutang bagi 2020.

Jumlah itu meningkat sebanyak RM15.335 bilion berbanding RM82.723 bilion pada 2019.

Justeru Nik Azman berkata pihaknya mengesyorkan perbelanjaan berhemah dan memastikan semua perbelanjaan pembangunan yang dibiayai dengan pinjaman perlu disempurnakan mengikut masa ditetapkan dengan kos yang munasabah tanpa ketirisan dan pembaziran.



30 September 2021

Audit. Boleh Pilih-Pilih Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Kalu Perdana Menteri boleh memilih hanya mana-mana yang perlu untuk dimasukkan dalam laporan audit... makanya apakah integriti laporan audit yang ader selama ini... Nampak sangat audit pun boleh tipu-tipu... adoilah...

Kalu audit yang dikendalikan oleh Jabatan Audit Negara pon boleh ditipu... betapa teruknya Malaysia nih... adoilah... patutla rating antarabangsa jadi rendah... merudum teruk.

Adoilah.

Kroniknya Audit Malaysia Ni


02 August 2021

Kantoi, Menteri dan KP KKM Cuba Mengelak Prosiding PAC

Bhai/DeeDee semua...

Nampak gaya pelbagai cara digunakan oleh Menteri Kesihatan dan KP Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengelak daripada hadir dalam prosiding dihadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC).

Menteri dan KP Kementerian Kesihatan (KKM) cuba menggunakan alasan penularan Covid-19 untuk mengelak Prosiding PAC.. namun ianya kantoi.

Ini kerana Pengerusi PAC Wong Kah Woh telah melihat bahawa cubaan menggunakan alasan penularan Covid-19 untuk mengelak Prosiding PAC adalah tidak matang dan tidak sewajarnya. Dijangkakan hanya ada kurang dari 30 orang yang akan hadir dalam prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) tersebut.

Bukannya ramai orang pun... Jadi tiada masalah dan tiada alasan sepatutnya boleh dibuat. Tidak boleh mengelak lagi untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC).

Hahaha... kita tengok bagaimana dan apa jawapan Menteri Kesihatan (Dr Adham Baba) dan KP Kementerian Kesihatan (Dr Noor Hisham) dalam prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) tu nanti.

#AdhamBaba #NoorHisham #PAC #AuditAwam #Parlimen #Kantoi
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

13 November 2015

Bukan Dana YAPEIM Sahaja Kena Sebat

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Gua gelak jer biler dapat tahu 1Malaysia havoc dan kecoh pasai terbongkarnya pengyonglapan dana YAPEIM .... Haha... It not new news... But well covered news... Hahaha.. Aper lu ingat geng songkok, ketayap, kopiah dan serban bukan kaki pelahap ker? Hahaha

Please lar... Jangan naif sangat....

Kalo kaki dangdut, disko, pub dan cabaret tue menyebat dana sumbangan orang ... Gua dah lama tak heran... Malah gua akan terkejut kalu depa tak menyebat.... Dan bilee gua tau kaki masjid dan surau serta kuliah.... geng songkok, ketayap, kopiah dan serban pon kaki sebat... Gua lagilah tak terkejut...

Hahaha... Itulah dunia bhai... Dunia... 

Letak duit dan perempuan depan mata... Kopiah, songkok, ketayap dan serban pon boleh hilang... Boleh terbang... Hahaha.... Lawak siot.... Hahaha...

Ader dana lagi besar yang dah lama kena sebat... Cukup lama... Dan takder audit pon... Hahaha


01 April 2015

Satu Soalan ...

Bhai/DeeDee semua...

Benarkah dulu masa SST... hanya syarikat yang dapat perolehan RM3 juta keatas jer yang kena bayar SST??? Sebab tue la tak berapa perasan kesan percukaiannyer kepada masyarakat awam???

Dan...

Benarkah kerana GST .... had minima RM3 juta perolehan setahun nih diturunkan kepada RM500 setahun???.... supaya lagi ramai yang kena bayar cukai???

Awek Tolak GST : Awek Tolak Gasak Semua Teruna ??? Inai pon masih merah lagie ... hahaha


Errr..

Nak tanya satu soalan nih..... Kalu masa SST dulu tue terlalu banyak ketirisan yang berlaku dalam dana Kerajaan Malaysia.... macam mana dengan GST nih ketirisan boleh dihapuskan sama sekali??? Kalo yang sikit dulu pon dah tiris... la nih lagi banyak.... errr... lagi senang la "joli katak" ...

Kalo disemak audit yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara.... Kastam aderlah antara agensi yang paling lorat dan mengarut sekali dalam penggunaan dana Kerajaan..... Tak percaya ka??? Pi la tanya Ambrin Buang (Ketua Audit Negara) tue....

Hahaha


Contoh paling mengarut : FAREEDA ikut langkah MYDIN tanggung GST

Katanya FAREEDA absorb cukai GST 6% - Sumber  ..... tapi...
Tapi... nampak macam rakyat kena kencing ja konon FAREEDA nih absorb / tanggung cukai GST 6%


07 October 2013

Bila Nak Audit Petronas?

Bhai/DeeDee sekalian...

Sila tengok snapshot kat bawah nih dan baca artikel pada link yang disediakan.... Hehehehe... Persoalan gua aaa.... bila nak audit Petronas nih..... takkan nak tunggu kantung Petronas dah kering baru nak audit.... Hahahaha ...


Sumber : NationalPost

Pergh.... naik lagi CAD Dollar ini macham.... Forex Trader macam LibangLibu, Waris dan sebagainyer mesti syok trading hari nih.... hahaha... EUR/USD masih lagi gorilla.... Hahahaha

15 July 2012

Gangguan Bekalan Air Di Selangor?

Bhai... Biar betul... huh.. dah lama ker Selangor kemarau? pelik aaa... memang pelik... rasanyer ader gak ujan dimerata tempat kat Selangor nih dalam beberapa waktu nih.. yer la... gua kerap gak pi Shah Alam... rasanyer ader gak kena hujan yang agak lebat.... errr..

Cuma pelik aaa... biler dikatakan bahawa Selangor sekarang nih ader masalah air... errr... Air takder dalam loji ker atau air disekat daripada keluar dari loji... hehehehe.... Plak tue yang kuarkan statement ader masalah air tue aderlah Syarikat SYABAS... dan bukannyer LUAS

Errr... kalu benar Selangor tengah kemarau... takkan takder tindakan dari Kementerian berwajib.. takkan tak pandai-pandai nak buat hujan tiruan... hehehe... takkan takder bajet kot.... hahahaha... atau ader agenda lain nih... hahaha...

Wei... kalu kemarau "kononnya" ujud... maka wajarlah agensi berkaitan mengambil tindakan membuat hujan tiruan... Masjid-Masjid di Selangor perlulah kerap buat sembahyang solat hajat mohon hujan turun.... takkan semua nih tak reti kot...

Yang best tue.. kawasan yang padat penduduk plak yang jadi mangsa... hehehe... ini semua nampak penuh ngan misteri... magik betul lar... Aper kata Kerajaan Selangor melalui EXCO yang berkaitan buat satu lawatan mengejut kepada semua pusat rawatan air milik Syabas... bawak skali rakan media alternatif... kita buat semakan... kita buat audit terhadap paras air di semua takungan dalam tempoh 6 bulan yang lepas... kita tengok.... hahaha

Gua berani jamin... ader yang tak dapat kebenaran punya dari Syabas untuk buat spot-check nih... hehehe... Syabas akan guna macam-macam cara untuk tak bagi EXCO Selangor buat inspection... hehehe.. gua berani jamin Syabas akan cuba dapatkan perintah mahkamah untuk menghalang EXCO Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor menyiasat dan mengaudit serta melawat semua takungan air di Selangor... hahaha

Mesti punya.... tarak percaya... cuba try kalu... hahahaa

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1