Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bajet. Show all posts
Showing posts with label Bajet. Show all posts

14 January 2024

China Doll Mungkinlah Kot

Bhai/DeeDee semua....

Sekadar satu snapshot ja.... hahaha... kelakar pun ader... Hahaha ... China Doll mungkinlah kot....


Kebodohan dan kebangangan para pentaksub adalah nyata bhai... Hahaha...

01 October 2023

Uzur Sangat Dah Kemudahan Di Sekolah

Bhai/DeeDee semua...

Banyah dah kemudahan yang uzur... Teruk sangat... sampai membahayakan keselamatan murid dan guru... Adoilah... 

Patut pihak berwajib sentiasa pantau dan ganti apa yang perlu.... Tak perlu tunggu peruntukan atau bajet menyeluruh baru nak buat.... 

Huhuhu

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



10 August 2023

Bangang Punya Idea Dari Menteri Pendidikan

Bhai/DeeDee semua...

Ntah la... gua cukup pelik dengan Menteri Pendidikan yang datangnya dari dunia guaman... Tak tahu apa yang ada dalam kepala dier... pening.... sampai nak buat kasta-kasta la pulak bab pendidikan nih... adoilah

Bab sekolah khas utk orang miskin ni, ada beberapa point.

Pertamanya, kalau boleh biar la semua pelajar bergaul dalam sekolah yang sama, kalau diasingkan macam kasta maka akan ujud stigma dan pandangan tak elok pula. Owh, ni pelajar sekolah miskin. Ini pulak pelajar dari sekolah kaya... Huhuhu

Tengok macam mana pandangan orang terhadap penghuni PPR cukup lah. Tu pun belum kita ambil kira masalah sosio budaya dan keselamatan....

Keduanya, Kerajaan nak kena bina sekolah baru ke untuk buat Sekolah Pelajar Miskin nih? Ada bajet ker? Mana nak cekau bajet? Kenapa tak nak utilize sekolah sedia ada je, banyak jer sekolah (terutama sekolah luar bandar) yang mengalami kekurangan murid dalam beberapa tahun ni. Sekolah berasrama penuh sedia ada pun boleh digunakan.

Improvise je la sistem sekolah sedia ada, nak tambah bantuan ke, nak tambah fasiliti ke, nak repair itu ini, tak perlu wujudkan sistem baru lagi... pening kepala dengan sistem pendidikan negara kita ni yang ada macam-macam aliran dan sistem. SK la... SJKC la.. SJKT la... huhuhu

Cuma kalau dari segi branding, memang la akan bagoosh... nampak gempak. "Nampak" la hasilnya ... boleh la berbangga kata ini semua adalag hasil inisiatif Kerajaan Madani. Ada nama la.

Kalau buat kat sekolah sedia ada je takde sapa nampak pula.... kan kan kan....

Huhuhu... 

Bangang betul idea dari Menteri Pendidikan nih... sampaikan pendidikan pun nak ader kasta-kasta... huhuhu...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



29 May 2023

Bab Membazir Cukup Bijak

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang lawak dengan Kerajaan di Malaysia nih aderlah part membazir... Ntah tatau dimana depa punya kajian... last-last buat benda mengarut dan membazir...

Jalan sesak dari Tanah Rata ke Kea Farm .... tapi yang nak dikeluarkan belanja adalah buat jalan dari Tanah Rata ke Habu.... Hahahaha.... kira nak buat one loop road... RM480 juta tue belanja...

Walhal.... kalu bikin Cameron Highland Business Park pada modal RM30 juta... dah setel semua masalah besar... semua gerai tepi jalan di Cameron Highland disusun atur di satu lokasi jer... siap dengan parking bertetingkat dan kemudahan bas perantara.... Adoilah....

Apalah susahnya..... problem utama kat Cameron Highland adalah kurangnya tempat parking.... sebab orang parking tepi jalan untuk pergi ke gerai dan lokasi tumpuan pelancong... itu ja...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Bab Membazir Kita Nombor 1


08 May 2023

Cakap Tak Serupa Bikin

Bhai/DeeDee semua...

Inilah orang lama punya peribahasa.... Cakap Tak Serupa Bikin...

Bulan Januari hari tue cakap lain... tapi bulan Mei buat lain... Hahahaha... Itu pon lagi tak sangga pentaksub (WalaNON dan Bangsa Slurpp) bekap lagi kuat dan ketat dari Walaun dan Macai... Kah Kah Kah...

Ingat Walaun dan Macai jer yang bangang... WalaNON dan Bangsa Slurpp pon sama naik... Kah Kah Kah

Adoilah....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Sembang Kemain

Gelak besar Ketua Penyamun




19 January 2023

Hutang Negara RM1.5 Trilion - Mampukah 7 Langkah Ini Selesaikan Masalah?

Bhai/DeeDee semua...

Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri Kewangan telah menggariskan 7 langkah untuk Kerajaan Malaysia uruskan hutang sebanyak RM1.5 trilion.

Persoalan yang wajar ditanya.... Mampukah 7 langkah ini selesaikan masalah? Sebab dari 7 langkah ini ada beberapa yang nampak tak berapa nak kena....

Ntahlah...

Ahmad Maslan gariskan 7 langkah urus hutang RM1 5 trilion

#AnwarIbrahim #HutangNegara #Bajet2023 #KewanganNegara #Defisit #DanaKerajaan #PM10 #AhmadMaslan #RafiziRamli #EkonomiMalaysia #Ekonomi #Perancangan #Dasar #Politik #KementerianKewangan #Perbendaharaan #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

04 January 2023

Benda Sedap Bhai...

Bhai/DeeDee semua...

Gua maleh nak cakap banyak melainkan gelak besar jer la... sebab karang ramai haters kecam berlebihan... Walanon dan Bangsa Slurpp sekarang nih lagi hati tisu berbanding Walaun dan Macai...

Benda sedap bhai.... bila lagi.. HAHAHAHAHA


Cadangan untuk memansuhkan atau mengurangkan pencen anggota Kabinet adalah tidak munasabah kerana perkara berkaitan pencen termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ada yang uar-uarkan kononnya Kerajaan Perpaduan ini akan menimbangkan untuk mengurangkan pencen, itu tidak munasabah kerana isu ini soal perlembagaan dan harus diteliti dan dirujuk semua pihak,”

Bekas Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad hari ini dilaporkan berkata kerajaan mampu menjimatkan RM100 sehingga RM150 juta perbelanjaan negara setiap tahun sekiranya pencen bekas anggota Kabinet dimansuhkan.

23 December 2022

Laluan Biasa Gua ...

Bhai/DeeDee semua...

Seminggu sebelum kejadian tanah runtuh di Batang Kali melibatkan Father's Organic Farm, gua sekeluarga lalu disini dalam keadaan hujan waktu pergi dan balik dalam perjalanan gua dari Kemaman ke Sungai Petani (ada kenduri di sana).

Perjalanan pergi melalui kawasan ini sekitar pukul 8 malam pada Jumaat ... kami singgah di Stesen Minyak Caltex baharu di Batang Kali yang ada Family Mart tu untuk pekena Oden... dan berehat sekejap... dan kami sampai Sungai Petani sekitar pukul 1 pagi... sepanjang perjalanan dalam hujan yang agak lebat.

Perjalanan balik pula pada hari Ahad lalu dikawasan ini sekitar pukul 1 pagi ... dan singgah di Genting Sempah sekejap untuk rehat... Hujan lebat juga dikawasan ini.... Sampai di Kemaman pukul 4 pagi.

Menggunakan laluan ini Genting Sempah - Genting - Batang Kali  adalah satu cara untuk mempercepatkan perjalanan... jimat masa... naik dan turun dalam masa 20 minit hingga 30 minit bergantung dengan keadaan jalan dan cuaca...

Kalu gua bawak motor pula... ini memang laluan utama... biasa gua lalu jalan nih sekitar pukul 12 malam atau 3 pagi.... Ini memang laluan gua layan selekoh (corner) walaupun tak cecah lutut la... Hahaha... Cukup suka lalu jalan nih waktu malam... best...

Bayangkan setahun tabley lalu jalan nih... kena lalu jalan lain yang amat jauh dan membuang masa.... Itu baru gua... belum lagi orang lain dan mereka-mereka yang terkesan dengan tiadanya laluan ini... Peniaga... semua tue....

Memang susah dan memberikan impak yang teruk kepada semua.. Harap Kerajaan Malaysia dapat sediakan laluan alternatif lain yang agak reasonable dan sesuai untuk semua... kesian kat orang di Batang Kali yang hilang sebahagian besar sumber pendapatan...

Sedihnya...


Penutupan jalan B66 Batang Kali-Genting Highlands selama setahun susulan tragedi tanah runtuh dekat Batang Kali, ternyata meresahkan banyak pihak terutama peniaga dan pengusaha hotel di Batang Kali, selain mereka yang menggunakan laluan berkenaan untuk ke tempat kerja di Genting Highlands.

Mana tidaknya, Batang Kali, sebuah bandar yang terletak di Hulu Selangor dan berdekatan dengan simpang menuju pusat peranginan utama negara itu, disifatkan penduduk sebagai ‘bandar Rehat dan Rawat (RnR)’ untuk orang ramai singgah menjamu selera atau menginap sebelum meneruskan perjalanan ke pantai timur atau utara termasuk ke Genting Highlands.

Pengurus sebuah hotel di Batang Kali, Riduan Adnan ketika ditemui Bernama berkata jalan berkenaan sering menjadi laluan alternatif bagi pemandu dari utara yang keluar menerusi Tol Tanjung Malim, seterusnya melalui Genting Highlands untuk ke pantai timur atau sebaliknya.

Riduan yang telah menetap di Batang Kali sejak 2012 berkata selain itu, hotelnya turut menjadi pilihan pengunjung terutamanya ketika musim cuti persekolahan memandangkan hotel-hotel di sekitar Genting Highlands agak mahal.

“Di Hulu Selangor ini, antara bandar yang paling ‘hidup’ ialah Batang Kali, sekali gus menjadikannya tumpuan utama tempat persinggahan bagi mereka yang ingin bercuti ke Genting Highlands namun tidak mampu mengeluarkan bajet yang besar.

“Atas faktor itu, ramai yang memilih untuk singgah dan menginap di bandar ini kerana jaraknya yang lebih dekat ke Genting Highlands, iaitu kira-kira setengah jam, selain harga makanan di sini yang lebih murah berbanding ‘di atas” (Genting Highlands),” katanya.


21 December 2022

Geng Sendiri Buat Tak Apa Lah - Walanon & Bangsa Slurpp

Bhai/DeeDee semua...

Walanon dan Bangsa Slurpp nih memang lawak.... Dulu pada musim banjir yang sudah... Rina Haron buat event camnie.... bukan main cytro PH termasuk Walanon dan Bangsa Slurpp dok tibai sampai tak hinggat dunia... Kutuk Rina Haron bagai..... Hahaha

La nih bila geng depa sendiri yang buat... biler Saifuddin Nasution sendiri yang buat .... senyap sunyi semua Walanon dan Bangsa Slurpp... Hahaha.... tatau mana pergi semua Walanon dan Bangsa Slurpp nih... dah mampos kot?? Hahaha

Adoilah... daripada ngabiskan belanja buat event, banner dan sebagainya... baik duit tue disalurkan terus kepada mangsa banjir... kan itu lebih bermakna...

Huhuhu....

Nasib baik ada geng Walaun dan Machai pulak dok tibai... Hahahaha ... Geng Walanon dan Bangsa Slurpp senyap menikus.. hahaha


Netizens are slamming the Home Ministry for holding an official function to launch its flood relief mission to the East Coast, instead of helping victims on ground zero already.

This after national news agency Bernama tweeted photos of Home Minister Saifuddin Nasution Ismail officially launching the mission in Putrajaya this morning, complete with a speech and a banner on the stage of the launch.

13 November 2022

Bagaimana MrDIY Boleh Berjaya?

Bhai/DeeDee semua..

Gua bercadang nak mula menulis tentang bisnes, kewangan dan teknologi di blog ini disamping citer-citer biasa tentang politik, kemanusiaan dan agama... Harap lu orang boleh stay on dan terima penulisan gua... By the way.. blog ini juga perlukan sokongan dari korang untuk terus kekal relevan. Sana ada dari segi jumlah pembaca @ pelawat harian ataupun kepada mana-mana yang share artikel dari blog ini dengan memberikan kredit kepada blog ini. Terima kasih atas sokongan lu orang...

Okay...

Citer pagi ini adalah berkenaan denga MrDIY...  tentang bagaimana MrDIY boleh berjaya? 

Mari kita tengok daripada awal penubuhan MrDIY... ianya adalah sebuah stall kecil yang menjual kunci dan peratan berkaitan kunci dan sebagainya.. serta dia juga menjual peralatan ketukangan biasa-biasa jer. Kecil.... tapi efficient... Gua taknak citer tentang macam mana MrDIY dapat modal dan pelabor... itu citer lu boleh baca sana sini... Tapi gua nak citer tentang benda lain...

Satu part yang paling utama dalam bisnes model MrDIY adalah ianya seberapa boleh akan dipastikan dibuka setiap hari... 7 hari seminggu... Dan bila ianya dibuka 7 hari seminggu... pelanggan akan sentiasa ingat yang mereka boleh harapkan mendapatkan keperluan mereka disana... tanpa ada hari yang tutup.

Kedai hardware biasanya akan tutup pada hari cuti... Sabtu dan Ahad... tapi pada hari Sabtu dan Ahad itulah kita biasanya bertukang.. kita biasanya akan amik peluang untuk memperbaiki peralatan dan keadaan di rumah kita... Itulah masa senggang yang terbaik untuk kita... anak-anak tidak bersekolah... dan kita pula bercuti.... Bagi yang negeri cuti pada hari Jumaat... MrDIY tetap jer dibuka tanpa gangguan penutupan.

Jadi... bila kita dah tahu yang MrDIY tetap dibuka pada hari cuti... dan dibuka 7 hari seminggu... maka kemanakah tempat yang akan kita tujui untuk mendapatkan keperluan pertukangan dan DIY kita?? Tentunya hanya di MrDIY... itu yang akan ada di kepala kita pertama sekali... betul dak..

Contoh la... kalu kita nak cari penyapu yang murah... atau penyepit baju yang murah... kemanakah yang akan kita pergi.... kita akan pergi ke Kedai ECO ... kan... sebab kedai ECO pon bukak 7 hari seminggu...

Okay.. berbalik kepada MrDIY... kita nak cari Spray untuk cat basikal anak yang dah berkarat... kita pergi ke MrDIY... sesampai disana... sambil-sambil kita cari Spray Can tue.... kita terserempak dengan mentol LED rumah... kita perasan ada satu mentol lampu LED yang dah nak rosak di rumah kita... kita beli Mentol LED nih... sebelum kita sampai ke ruangan pembayaran... macam-macam barang kita dah ambil dan letak dalam bakul....

Nak beli Spray Can berharga RM19 ... terbeli macam-macam barang lain sampai habis dekat nak RM100 .... hehehe... Itulah bahananya... dan itulah bijaknya MrDIY beroperasi 7 hari seminggu.... Nasib baik la cuma buka 12 jam jer sehari... kalu lebih... naya wei... hehehe

Hehehe.... itulah bisnes...



30 November 2021

Harimau Malaya Di Anak Tiri Kan

Bhai/DeeDee semua...

Kesian kat Harimau Malaya (err... bukan skuad bolasepak Harimau Malaya yer) .... sebab untuk 2022 ... tiada peruntukan disediakan dalam bajet 2022... Langsung tiada peruntukan.. tapi Panda dapat peruntukan sebanyak RM4.5 juta...

Kerajaan kita dah bangang ker aper?? Sampaikan Harimau Malaya di anak tiri kan... Apa alasan Kerajaan Malaysia nak bagi kat Zoo Negara nih???

Kalu bagi alasan takder bajet... itu yang bodoh bagi RM300 juta kat Singapura sebagai pampasan HSR tue pasai apa.... udah la batalkan.... bayar pampasan... la nih nak jalan dan buat balik HSR nih.... bangang ker aper... Bangang tak abis-abis... Bebal lar...

Aper ker bangang sentiasa Kerajaan Malaysia nih... dapat Perdana Menteri yang bodoh dan bangang... dalam Menteri dan Timbalan Menteri yang lagi bangang.... adoilah... Ini semua salah pengundi di Malaysia yang dok giler nak undi jugak orang-orang bangang jadi Wakil Rakyat... tak kira la diperingkat mana sekalipun...

Bodoh dan bangang tak bertempat.....



30 October 2021

Adoilah... Bawak Slow Pun Kena Saman AES?

Bhai/DeeDee semua...

Di Malaysia nih pelik.... kalu bawak motor tue... rasa macam jadi penjenayah... mesti kalu roadblock motor la kena tahan dan siasat macam-macam... walhal... gengster paling ramai pakai kereta mewah... huhuhuhu...

Nih satu lagi hal.... bawak slow kat jalanraya pun salah..... speed maksima kawasan tue adalah 110 km/j ..... tapi bila ko bawak 102 km/j .... ko kena saman.... Hahaha....

Naya siot .... Hahaha... Giler aaa Malaysia nih... Ingat jalan tue sama macam kat German ka... Autobahn??? Hahaha



28 October 2021

Ketua Audit Negara Pun Cuak

Bhai/DeeDee semua...

Dah makin gila gamaknya... buat hutang baru atas tujuan kambus hutang lama... Adoilah...

Keadaan kerajaan bergantung kepada pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang disifatkan sebagai membimbangkan.

Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata walaupun sijil ketua audit negara bagi 2020 telah dikeluarkan dengan status sijil bersih tanpa teguran, namun beberapa penegasan perkara telah diberikan termasuk isu hutang persekutuan.

“Separuh dari hutang baharu digunakan untuk membayar hutang yang telah matang, sepatutnya ia dibayar dengan lebihan hasil yang ada.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini mendapati sejumlah RM98.058 bilion atau 50.4 peratus daripada keseluruhan RM194.555 bilion pinjaman baharu kerajaan digunakan untuk tujuan membayar balik prinsipal hutang bagi 2020.

Jumlah itu meningkat sebanyak RM15.335 bilion berbanding RM82.723 bilion pada 2019.

Justeru Nik Azman berkata pihaknya mengesyorkan perbelanjaan berhemah dan memastikan semua perbelanjaan pembangunan yang dibiayai dengan pinjaman perlu disempurnakan mengikut masa ditetapkan dengan kos yang munasabah tanpa ketirisan dan pembaziran.



29 September 2021

Renovate Seri Perdana Bukan Berharga RM30 Juta Tapi ...

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum ini kita dimaklumkan bahawa kos ubahsuai (renovate) Seri Perdana adalah RM30 juta... kita dah melenting marah bila mana kos itu sampai cecah RM30 juta.... 

Rupanya...

Kos renovate Seri Perdana bukan berharga RM30 juta tapi ianya adalah bernilai RM38.5 juta... Hahaha ... dan ianya diluluskan oleh Kerajaan Perikatan Nasional pada Mac 2021.... Siapa Perdana Menteri masa tu?? Hahaha ... dan siapa Menteri Kanan Keselamatan yang juga berada dalam Kabinet semasa ianya diluluskan....

Hahaha....

Ntah berapa banyak lagi pembaziran yang telah dan akan dibuat .... tak tahu lah kita...



Belanja Sakan

Bhai/DeeDee semua...

Ader berlonggok Lobai PAS dalam Kabinet dan Kerajaan pon taraguna.. kalu kebejatan dan salahlaku serta amalan songlap dalam Kerajaan tetap berlaku... Ini serupa ader patung dewa tapi tak buat apa...  bangang nak mampos..... sampai Kerajaan Ismail Sabri nih belanja sakan buat buku RMK12 sampai abis RM2 bilion pun tak berani nak bantah atau bising...

Adoilah... betul-betul tunggul ja... tabley berguna walau sekupang...

Jahanam Malaysia kalu macam ni... jahanam kalu dibiarkan PAS yang tercokoh dalam Kerajaan tapi tak boleh nak buat apa membantah kebejatan dan salahlaku nih... Ntah-ntah sama sajer PAS bersekongkol dan terlibat sama naik mencekau dana rakyat nih...

Adoilah..



22 September 2021

Bukan Keperluan Mendesak

Bhai/DeeDee semua..

Satu perkara yang gua frust dengan Malaysia nih aderlah salah tadbir urus dalam sistem Kerajaan Malaysia... dimana benda yang bukan mustahak... lebih didahulukan...

Contoh ader dalam snapshot di bawah ini...

Sepatutnya dalam keadaan kemelesetan ekonomi nih disebabkan oleh wabak.... kita kena dahulukan penyelesaian kepada isu wabak... tapi nampaknya kita bazirkan kepada benda-benda yang tak perlu...




16 April 2021

Kata Malaysia Dah Tiada Duit?

Bhai/DeeDee semua...

Muhyiddin Yasin (Mahiaddin Md Yasin) kata dalam media itu hari yang Malaysia dah tiada duit... Tapi tetiba boleh plak lantik satu Senator jadi Timbalan Menteri Pelancongan... Adoilah...

Kementerian Pelancongan bukan sibuk pon... Pelancong takder masuk untuk setahun dua nih pasai wabak Covid-19 ... tapi tambah tunggul mati untuk jadi Timbalan Menteri Pelancongan.... ingat murah ka kos nak jaga tunggul mati nih?? Makan puluhan ribu ringgit nak hampir 100k sebulan... termasuk itu ini...

Bangsat betul lar... membazir semua nih..

Kita tau la tujuan dibuat lantikan tunggul nih... sebab nak perkuatkan sokongan sebelum Parlimen bukak nanti... sebab takut kena singkirkan... Huhuhu.... Celaka betul lar...

Memang bangsat sebangsat-bangsatnya... dulu masa Muhyiddin Yasin nih jadi Menteri Dalam Negeri pon dier tak aktif... dier lemau... nih sampai jadi Perdana Menteri Malaysia pun dier kekal lemau... adoilah... ekonomi negara tenat... dier masih dok main politik peribadi.. hampeh aaa



20 March 2021

Apa Cerita Laptop Rakyat?

Bhai/DeeDee semua...

150 ribu laptor dijanjikan untuk para pelajar kita oleh YB Menteri Kewangan... Ini cerita dalam Dewan Parlimen... sepatutnya bukanlah satu berita palsu ... Ianya telah diluluskan oleh Parlimen dalam Bajet 2021...

Tapi ... beberapa hari lagi kita akan masuk bulan April 2021... dan tak lama lagi PDPR akan ditamatkan... dan para pelajar akan sepenuhnya masuk kembali ke sekolah dan belajar secara bersemuka...

Dan kita masih tak tahu apa yang berlaku dengan bajet yang memperuntukkan pembelian dan pengedaran 150 ribu laptop seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan...

Usahkah cerita laptop yang bayangnya pun kita tak nampak.... tapi banyak lagi yang dibentangkan dalam Bajet 2021 yang mungkin kita takkan tahu dan dengar lepas nih ceritanya... hahaha... Yang kita didendangkan adalah #kitajagakita ... dimana kita jaga diri kita sendiri dengan duit i-Sinar yang kita sendiri punyai....

Hahaha.... aper nak harapkan kepada Kerajaan Mandom @ Lemau macam nih... yang PM pon memang terkenal lemau sejak jadi Menteri Dalam Negeri dulu masa kes Kuil Seafield.... kes Adib Bomba...

Lagi satu... nak harapkan PAS jadi juara rakyat.... lupakan sajer la... depa dah dapat dedak semua jadi bisu dan tunggul... dari Presiden sampailah ke bawah level walaun.... hahaha



17 January 2021

Dahulukan Yang Lebih Dahulu

Bhai/DeeDee semua...

Gua tau bebanan tugasan yang ditanggung oleh petugas kesihatan awam di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti Covid-19... Walaupun gua belum lagi pergi kesana... tapi sebelum waktu wabak lagi gua pernah pergi ke sana...

Teringat lagi gua keadaan hospital medan semasa Perang Balkan... Bagaimana kelam kabutnya mereka untuk menangani kes-kes yang ader.. nasib baik la masa tu takder wabak yang menyerang... Wabak Ebola pun belum ada lagi masa tue...

Jadi biler mengenangkan kemudahan yang teruk di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti untuk menangani wabak Covid-19 dengan bebanan serta tekanan berkerja dibawah kemudahan yang tidak lengkap ... tentunya gua terasa sangat bilamana Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin bertegas nak mulakan juga pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh seawalnya mulai 1 Mac 2020.

Pembinaan 3 dewan besar ini menggunakan peruntukan sebanyak RM35.4 juta nih pada gua selayaknya ditangguhkan dahulu dan wang itu kita gunakan untuk tambah baik kemudahan Hospital yang dikhaskan untuk mengendalikan kes wabak Covid-19.... pada gua ini lebih mustahak... ini lebih relevan... ini lebih mendesak...

Bukan bermakna kita batalkan pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh ini... Kita faham ianya adalah untuk kemudahan rakyat... yang memang ada dalam peruntukan Bajet pembangunan sedia ader... tapi apa salahnya kita tangguh dulu dan gunakan dana sedia ada untuk yang lebih mendesak...

Nyawa lebih penting.... kekuatan anggota perkhidmatan kesihatan awam kita kena jaga... kesihatan mereka sama ada dari segi fizikal mahupun mental.... Mereka perlu kita tangangi awal... jangan sempai sudah membarah dan kronik...

Gunalah otak untuk fikir...

Sila baca luahan hati mereka disini...

Jangan sampai terhantuk baru nak terngadah....



05 November 2018

Sebelum Dan Sesudah

Bhai/DeeDee semua...

Orang politik... Kalu tak bercakap nada populis memang tak sah lar... Sebelum dapat kuasa... Bukan main lah sembang sana sini konon prihatin masalah yang dihadapi oleh golongan marhaen mustad'afin .... Sanggup makan bersila sama dengan rakyat... Sanggup berpanas berhujan bersama dengan rakyat... Malah sanggup berlakon lebih susah dari rakyat.... Yang tak pernah pegang pisau toreh getah... Siap boleh berlakon menoreh... Sentiasa mengiyakan kata-kata dan kritikan rakyat...

Tapi....

Biler dah menang dan diangkat jadi pemimpin.. Diberikan pangkat dan jawatan.... Diberikan elaun dan gaji... Diberikan segala kemudahan selayaknya dengan jawatan yang ada.... Sudah mula lupa dunia.. Malah ada yang sanggup menghina dakyat... Kononnya malas berusaha.... Kononnya rakyat bermentaliti subsidi... Kononnya rakyat hina... Kononnya rakyat bodoh..... 

Malah yang dah jadi Menteri lagi terserlah kejengkelan sikap dan perangai mereka.... Cakap-cakap pun dah meninggi diri... Yang dapat peluang terpijak calon tangkap muat macam MP Titiwangsa pun dah sembang tahap riak dan gempak.... MP Bagan Serai pon dah tak tahu yang mana satu prioriti....cakap pon dah lain beza... MP Simpang Renggam pon dah ketahuan jalannya... Cakap-cakap macam tak berpijak dibumi nyata... MP Kota Raja.... Hahaha... Pon sama gak... Tengah seronok orang salute dier hari-hari.... Tetap tak ketahuan punca gak.... hancorrrrr....

MP Langkawi memang dah perangainya macam tue... Cuma dah tua sikit ja.... Tapi pelak masih sama.... MP Bagan pon sama..., dah tak nampak keprihatinan terhadap golongan marhaen mustad'afin.... Pening aaaa... Beza sangat sebelum dapat kuasa dengan dah dapat kuasa... MP Port Dickson.... Yang ini lagi dah lama tau memang spesis tak boleh pakai sekupang pon.... Sama ada sebelum dapat kuasa mahupun dah dapat kuasa.... Hahaha..... Setakat sembang boleh la... Dia memang patut masuk penjara dulu pasai kalo dier tak masuk penjara sure susah sikit nak gerakkan rakyat untuk menjatuhkan BN.... Sebab itu lagi lama dier dalam penjara lagi bagus.... Gua pernah cakap benda ni ngan Blogger AdukaTaruna dulu....

Oh yer ... Ader satu lagi mangkuk kita jangan lupa....

MP Marang..... Hahaha.... Dier dah tak relevan dalam konteks Parlimen Malaysia.... Sebab kalo ikut peribahasa Melayu... MP Marang ni umpama "malukut di tepi gantang, ada tak melebih, tiada tak mengurang" .... Hahaha... Seduit pon takder guna.... Pembentangan Belanjawan pon boleh ngelat pi luar negara... Walhal patut yang dalam negara la didahulukan.... Orang macam ni ka nak dilantik jadi PM.... Jangan la wei... Nanti lagi ngarut dari MP Pekan yang dok keliling dunia naik jet kerajaan sana sini lagi banyak dari dok kat pejabat PM.... Elok rasanya dier tak payah balik terus ke Marang tu.... Terus duduk kat luar negara lagi bagus.... Hahaha

Cukup-cukup la tu percaya ngan Poli Tikus ..... Semua macam gampang jer..... Yang jadi mangsa... Rakyat la apa lagi.....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1