Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

18 November 2024

Ini Memang Bangkai

Bhao/DeeDee semua...

UEC nih ikut Silibus Taiwan.... Takder dolak dalihnya....  Bukan ikut silibus Malaysia.

So... Kalu nak sangat ikut silibus negara lian... pi la carik kerja kat negara lain.. Kat Malaysia nih kita ader Dasar Pendidikan Negara.... kita ader Akta Pendidikan Negara 1996 ...

Benda simple jer... nak diiktiraf kalu... sila ikut Dasar Pendidikan Negara.... 

Ini semua memang bangkai ja.. Kepala hotak dier la tak jejas perpaduan....  bebudak UEC cakap Bahasa Melayu pun tak reti.

Bangsat dan Celaka


15 May 2024

Masalah Utama IPTA Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Kita ada banyak IPTA, dan hampir semua IPTA nih depa ader tubuhkan unit untuk komersialkan hasil penyelidikan yang dibuat oleh PhD dan Master holder.

Tapi bab nak melesenkan (pengkomersialan) penyelidikan nih jadi terbantut. Mari gua ringkaskan bagi lu orang paham.

1. Syarikat yang nak beli lesen penyelidikan tue kena bayar sejumlah wang yang besar. Minima dalam RM150k. Ader kes yang sampai berjuta RM.

2. Itu baru lesen, belum lagi yuran tahunan yang kena dibayar selagi mana penggunaan penyelidikan itu digunakan. Nilai yuran tahunan biasanya antara RM50k dan keatas.

3. Setiap produk yang terhasil dari penyelidikan tu yang mana terjual akan ader jumlah peratusan yang kena dibayar kepada IPTA. Ianya adalah antara 0.5% hingga 5% bergantung kepada IPTA tersebut. Contoh barang A dijual pada harga RM1000, sekitar RM50 akan perlu dibayar kepada IPTA.

4. Walaupun Syarikat telah beli lesen, ianya tidak ekslusif. Pihak IPTA boleh juga menjualkan lesen itu kepada mana-mana syarikat yang lain yang berminat. Maka persaingan akan ader banyak.

5. Katalah syarikat dah stop pengeluaran produk berasaskan penyelidikan tersebut dan syarikat sudah berhenti membayar lesen. Semua dokumentasi dan peralatan yang dibuat untuk menghasilkan produk dari penyelidikan itu perlulah di berikan kepada pihak IPTA.

6. Sebarang pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak industri tidak dibenarkan melainkan ianya mesti dilakukan oleh pasukan penyelidik dari IPTA tersebut. Dan semua kos penyelidikan tambahan ini perlu dibayar oleh pihak industri.
 
7. Pengubahsuaian tambahan ini walaupun ianya datang dari cetusan idea pihak syarikat yang membeli lesen, pihak IPTA boleh juga memberikannya kepada pihak ketiga yang juga memiliki lesen yang sama.

Itulah sebahagian dari realiti R&D IPTA di Malaysia. Ianya tak sama antara satu IPTA dengan yang lain tapi asas dan rangkanya tetap sama.

Sebab itu banyak R&D dari IPTA di Malaysia susah nak dikomersialkan oleh industri. Hanya kerana banyak songel dan cekadak di pihak IPTA itu sendiri…

Hahahaha…. mentaliti third world camnie la…



07 December 2023

PISA 2022 - Makin Jahanam Pendidikan Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Apa nak diharapkan kemenjadian murid dalam bidang akademik di Malaysia... makin menurun aderlah... Payah.... malah gua dari awal lagi cukup menentang tindakan PMX Anwar Ibrahim melantik Peguam dan Akauntan untuk menjadi Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan...

Apa la yang depa nih tau bab pendidikan nih... Walhal bukan takder ramai lagi pimpinan yang berkelayakan dalam bidang pendidikan... tapi itu la... pasai nak jadi kroni dan penyokong... maka jahanam dan tergadai pendidikan anak bangsa...

Huhuhu...




=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

16 November 2023

Paling Tepat - Kera Di Hutan Disusukan, Anak Sendiri Mati Kelaparan

Bhai/DeeDee semua...

Dari dulu lagi gua kurang bersetuju dengan kita melebihkan beri bantuan sana sini... tapi warganegara sendiri serupa peminta sedekah.... bantuan di Malaysia pun hancuss... lagi nak tunjuk hebat bantu negara luar...

Rakyat sendiri pun ramai yang tak dapat akses kepada pendidikan yang teratur, sempurna dan kos rendah termasuklah biasiswa dan bantuan .... tapi boleh pula berabis untuk warga asing... tak kira atas status solidariti ka apa ka...

Sebagai kerajaan... dahulukan la anak bangsa...  itu tanggungjawab korang...
Sebagai NGO kesihatan... dahulukan kemudahan kesihatan untuk rakyat warganegara dulu... baru pi bantu negara luar...

Prioriti kena betul.

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Jangan Salah Prioriti


10 August 2023

Bangang Punya Idea Dari Menteri Pendidikan

Bhai/DeeDee semua...

Ntah la... gua cukup pelik dengan Menteri Pendidikan yang datangnya dari dunia guaman... Tak tahu apa yang ada dalam kepala dier... pening.... sampai nak buat kasta-kasta la pulak bab pendidikan nih... adoilah

Bab sekolah khas utk orang miskin ni, ada beberapa point.

Pertamanya, kalau boleh biar la semua pelajar bergaul dalam sekolah yang sama, kalau diasingkan macam kasta maka akan ujud stigma dan pandangan tak elok pula. Owh, ni pelajar sekolah miskin. Ini pulak pelajar dari sekolah kaya... Huhuhu

Tengok macam mana pandangan orang terhadap penghuni PPR cukup lah. Tu pun belum kita ambil kira masalah sosio budaya dan keselamatan....

Keduanya, Kerajaan nak kena bina sekolah baru ke untuk buat Sekolah Pelajar Miskin nih? Ada bajet ker? Mana nak cekau bajet? Kenapa tak nak utilize sekolah sedia ada je, banyak jer sekolah (terutama sekolah luar bandar) yang mengalami kekurangan murid dalam beberapa tahun ni. Sekolah berasrama penuh sedia ada pun boleh digunakan.

Improvise je la sistem sekolah sedia ada, nak tambah bantuan ke, nak tambah fasiliti ke, nak repair itu ini, tak perlu wujudkan sistem baru lagi... pening kepala dengan sistem pendidikan negara kita ni yang ada macam-macam aliran dan sistem. SK la... SJKC la.. SJKT la... huhuhu

Cuma kalau dari segi branding, memang la akan bagoosh... nampak gempak. "Nampak" la hasilnya ... boleh la berbangga kata ini semua adalag hasil inisiatif Kerajaan Madani. Ada nama la.

Kalau buat kat sekolah sedia ada je takde sapa nampak pula.... kan kan kan....

Huhuhu... 

Bangang betul idea dari Menteri Pendidikan nih... sampaikan pendidikan pun nak ader kasta-kasta... huhuhu...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



14 June 2023

Nak Kelentong Pun Agak-Agak La

Bhai/DeeDee semua...

Data terkait pendidikan memang boleh disemak... Datanya ada... public record... tak perlu nak buat siasatan bagai... semuanya dah ada...

Jadi... nak sembang dan nak kelentong pun agak-agak la...

Kalu terkantoi karang malu... Huhuhu...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Anwar Ibrahim sila jawab


29 March 2023

Betapa Antinya Kerajaan Madani Terhadap Orang Miskin..

Bhai/DeeDee semua...

Orang kaya tak perlukan SSPN dan PTPTN ... depa kaya.. boleh antar anak sekolah swasta atau masuk uiversiti swasta dengan duit depa sendiri ja.... Yang guna SSPN dan PTPTN nih orang miskin... orang B40 dan M40 ....

Tapi betapa antinya Kerajaan Madani nih terhadap orang miskin... sampaikan perlepasan cukai untuk pencarum SSPN pon dibatalkan.... Perlepasan cukai sampai RM8000 setahun tue cukup banyak bagi orang miskin (yang layak dicukai)...

Huhuhu... Apa salahnya perlepasan cukai ni dikekalkan... boleh la menggalakkan rakyat menabung.... menyimpan... Adoilah...

Kerajaan Madani Kejam

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mendesak kerajaan mempertimbangkan semula keputusan membatalkan pelepasan cukai individu hingga RM8,000 untuk pencarum Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Kecewa dengan keputusan kerajaan itu, presiden Muda itu berkata tindakan tersebut seolah-olah merampas peluang keluarga golongan pertengahan untuk melabur kepada anak-anak mereka bagi melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

“Ini bukan perkara kecil kerana implikasi kewangan kepada kewangan semua keluarga kelas pertengahan adalah begitu besar.

"RM8,000 setahun bukan jumlah yang kecil. Kita lihat keluarga kelas pertengahan ini ingin melaburkan wang mereka untuk tujuan tabung pendidikan anak-anak mereka tetapi jika tidak ada lagi pengecualian cukai insentif untuk mereka untuk memulakan (simpanan) tabung ini akan menurun,”

14 January 2023

Apa Nak Diharapkan Dengan Sistem Pendidikan Malaysia...

Bhai/DeeDee semua...

Apa kita nak harapkan dengan sistem pendidikan Malaysia.... banyak yang syok sendiri di peringkat pentadbir dan pengurusan... bukan kepada murid atau guru....

Murid dan Guru memang selamanya jadi mangsa didalam sistem pendidikan negara Malaysia nih... setiap kali bertukar Menteri... setiap kali itu lah bertukar polisi, dasar dan hala tuju pendidikan negara... Entah apa yang nak di buat ujikaji beberapa kali tak tahu lah...

Pening...  tapi buat macam-macam pun... tetap takder apa manfaat kepada murid terutamanya murid OKU ... dan juga guru... Tetap guru ditekan dengan macam-macam kerja pengkeranian sampai hilang tumpuan kepada tugas hakiki iaitu mengajar dan mendidik...

Jahanam semuanya... Ada cikgu... handle sukan... sepanjang tahun sampai takder dalam kelas.... sana sini terlibat sukan... tapi hasilnya setakat suam-suam kuku jer... tambah pulak ader sekolah yang sentiasa tiada cukup guru untuk mengajar... sebab guru terlibat kursus la.. terlibat sukan la.. terlibat sebagai guru pengiring la... 

Belum pernah dengar ada sekolah yang ada lebih guru... melainkan semua tak cukup... bukan seorang... tapi pernah dengan sampai 6 orang guru tak cukup satu sekolah... PPD dan JPN?? ntah apa yang dibuat tatau la.... Nazir ... lebih kepada sembang lebat... suruh buat itu ini... tapi Nazir sendiri pun ada yang tak pernah terlibat mengajar... 

Menteri dan Timbalan Menteri??? Lawyer dan Auditor .... apalah yang mereka tahu tentang pendidikan??? Huhuhu...

Hampeh aaa...

Sistem Pendidikan Yang Gagal


27 December 2022

Staff Universiti Pun Melucah?

Bhai/DeeDee semua...

Sedih bila baca kes macam ni... Patut staff Universiti tue orang yang educated... tak kisah la apa jawatannya di Universiti tersebut... sepatutnya sentiasa jaga dan kawal akhlak serta komen bagai... tambah lagi di Media Sosial....

Sebab tue la ada peribahasa Melayu yang mengatakan ...

"seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit sama"

Adoilah.... payah bhai... payah.... imej Institusi Pengajian Tinggi tu pula yang menjadi taruhan... adoilah..


Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang menjalankan siasatan dalaman membabitkan kakitangannya yang memberi komen lucah ketika menonton siaran langsung seorang wanita menerusi TikTok baru-baru ini.

UPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius berhubung tindakan tersebut dan siasatan segera telah dilakukan mengenainya.

“Diharapkan agar semua pihak dapat bersabar serta tidak memanjangkan lagi perkara ini,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa menerima komen berbaur lucah ketika dia sedang bersiaran langsung menerusi TikTok. Susulan itu, wanita berkenaan bertindak mendedahkan pelaku tersebut yang didakwa merupakan salah seorang daripada staf di UPM.

Walaubagaimana pun, video kiriman tersebut telah dipadam daripada laman sosial berkenaan.

Sehubungan itu, kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter UPM telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna di platform tersebut.

“Pengajarannya, gunakanlah ruangan komen di sosial media dengan bijak,” ciap seorang netizen, @hazanzan2.

“Mohon disiasat sebaiknya dan jika benar, ambillah tindakan sewajarnya,” tulis pengguna lain, @iqdgaf.

“Dia (individu) bukanlah pengajar atau pensyarah, dan dia hanya staf di bahagian tertentu saja serta tidak bersangkut paut dengan para pelajar sangat. Jangan salahkan tempat mencari ilmu, salahkan si pelaku,” ciap seorang pengguna lain, @ssame_la.

Hantaran kenyataan yang dikeluarkan tersebut telah meraih sebanyak 807,000 jumlah tontonan, 2,989 tanda suka dan 1,482 ciap semula setakat ini. 

26 December 2022

Strategi Bijak KJ

Bhai/DeeDee semua...

Gua tahu ramai akan mencemuh penulisan gua yang ini... Hahaha.... ramai jugak yang akan kecam gua...  tapi takpa... benda nih biasa... Blog gua nih penyampaiannya cara santai.... korang nak terima ka taknak terima ka... gua takder hal... yang penting gua dah sampaikan pandangan gua... HAHAHAHA

Pada gua ini strategi bijak yang KJ dah buat.... dier pindahkan keahlian UMNO dari Rembau ke Sg Buloh.... Betul... kalah pada PRU15 tak bermakna penamat... kalu betul dier nak menjadi seorang Yang Berkhidmat (YB) ... dier wajar take care Sg Buloh sebaiknya... 5 tahun bukan lama....

5 Tahun tue dier dan team dier kena pi setiap ceruk Sg Buloh... take care apa-apa isu yang penduduk Sg Buloh timbulkan... turun padang semak semuanya... dan kena kerap la buat kenyataan akhbar untuk suarakan isu terkait dengan masyarakat dan penduduk Sg Buloh...

Khairy Jamaluddin kena santuni semua orang... tak kira siapa orang itu... tak kira sama ada orang itu undi dier pada PRU15 atau pun tidak mengundi dia... Kalu dier ader connection yang baik ... dier boleh menang besar pada PRU16... terutama sekali kalu dier rajin dan cakna bab masalah rakyat... citer tentang longkang dan perparitan... citer tentang jalan yang berlubang... citer tentang rumah terbakar.... citer tentang masalah warga asing yang kronik dan tak terkawal... citer tentang kesihatan dan pekerjaan...

Lagi mantop kalu Khairy Jamaluddin (KhairyKJ) boleh amik cakna tentang pendidikan ... amik cakna tentang tadika dan tabika... amik cakna tentang kelas tuisyen pelajar sekolah rendah dan menengah... amik cakna tentang kondisi kemudahan di sekolah.... kalu boleh kena kerap santuni warga pendidik dan sekolah... dan publish dalam media massa... media cetak.. media elektronik... 

Kalu pun Khairy Jamaluddin tak sempat.... team dier kena gerak on daily basis.... 

Gua berani jamin... kalu KJ buat semua benda nih... PRU16 nanti senang-senang jer akan mendapat undi yang besar di Sg Buloh....  tambah pulak ramai sebenarnya pengundi atas pagar yang "educated" dan non-partisan.... depa nak wakil rakyat yang berkaliber.... yang cakna keperluan depa...

You can do it la bhai....


Khairy Jamaluddin kini menjadi ahli Umno bahagian Sungai Buloh, tempat dia bertanding dalam PRU15, dan bukan lagi di bahagian Rembau.

Khairy berkata dia memutuskan untuk memindahkan keahliannya ke Sungai Buloh kerana berasa tidak adil jika dia mengabaikan kawasan itu, setelah tewas dalam PRU lalu.

"Saya tidak suka tinggalkan begitu sahaja dan saya rasa tidak adil kepada tuan-tuan dan puan-puan, saya datang ke sini sebagai calon bidan terjun berprofil tinggi, bila tidak menang lepas itu terus cabut cari tempat lain,"

Khairy menjadi ahli parlimen Rembau selama tiga penggal, bermula 2008.

Namun pada PRU lalu kepimpinan BN memutuskan untuk mencalonkannya di Sungai Buloh, yang merupakan kubu kuat PH.

Dia tewas dengan calon PH R Ramanan dengan perbezaan 2,693 undi.

10 November 2022

Apa Pengundi Undi 18 Mahu?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam gua bertanya dengan dua orang anak perempuan gua... kedua-duanya berada di IPTA (seorang di Pahang, seorang di Perlis) ... gua tanya secara live dengan diorang...

Apa yang Kakak dan Angah mahu sebagai pengundi Undi 18.

1. Diorang mahukan kos pengajian yang rendah... sebab depa tau bapaknya bukan banyak duit... dan setakat hari nih kedua-dua mereka tak amik PTPTN pun.... jadi kalu kos pengajian rendah... boleh la depa senang nak sambung belajar lagi lepas nih sampai ke peringkat lagi tinggi.

2. Diorang nak kos sara hidup yang rendah... kos makan di kafeteria University agak mahal juga.. mereka paham kos penyediaan bahan mentah tinggi... tapi bagi seorang pelajar yang duit cuma ader ngam-ngam... kena banyak bajet la.. kalu tak cukup makanan... perut kosong... macam mana nak belajar... macam mana nak timba ilmu... tak cukup zat dan gizi. Patut ader subsidi bagi pelajar untuk makan... tak banyak subsidi pun takper la.. janji ada.... 

3. Diorang nak kemudahan di asrama di perbaiki... Alhamdulillah anak perempuan gua dua-dua dapat asrama... ditawarkan asrama sampai habis pengajian.... tapi yer la... asrama pun banyak yang uzur.. pintu tandas pun tercabut kunci dan engselnya... lampu yang tak berganti setelah lama padam... tekanan air yang rendah.... tandas yang tak ditadbir dengan baik...

4. Diorang nak akses Internet (WiFi) di asrama dalam keadaan yang baik, stabil dan laju... Tak guna ader line internet tapi slow nak mampus... nak cari maklumat kat Wikipedia pun jenuh... Takkan nak pakai Hotspot Data... lagi kojol... Patutnya zaman sekarang nih.... kat asrama IPTA ... line mesti laju.... sebab assignment semua guna Internet... macam Kakak... dia guna Adobe Photoshop dan Illustrator pakej Online SaaS .. jadi kalu line slow... mampoih buat kerja assignment.

5. Diorang kata patut ader satu pakej Telco untuk student yang bagi akses data tanpa Quota dan takder FUP pada 512kbps... tak logik dah ader sekatan Quota dan FUP 512kbps.. paling-paling mesti 2Mbps untuk FUP.

6. Diorang cakap... patut semua student (IPTA atau IPTS) diberikan satu kad khas untuk diskaun penggunaan perkhidmatan awam (bas, teksi, keretapi, kapalterbang) termasuklah nak guna eHailing. Makna kata diskaun 30% atau sampai 50%.. dan Kad yang sama juga boleh digunakan di mana-mana Kedai Buku untuk diskaun pembelian alatulis dan buku ... Patut dah memang ader kad macam ni

7. Diorang nak peluang nak sambung belajar bagi semua lepasan SPM diperluaskan lagi dibawah kendalian Kementerian Pendidikan Tinggi. Akses kepada Kolej berasaskan TVET bagi yang kurang menyerlah dalam akademik... At least semua dapat peluang belajar.... tambah pengetahuan.

Macam-macam lagi yang diorang bagi cadangan kat gua... cuma yang lain tu gua rasa hanya picisan jer.. dan tak berapa nak penting.... cuma boleh ditambah baik... sebab biasa la ... budak-budak lagi... Gua sempat tanya tentang pandangan depa mengenai pekerjaan .... anak-anak gua kata... itu lambat lagi pun takpa nak pikir... skrang nak pikir tentang belajar dan menuntut ilmu dulu... itu main priority kata depa....

Gua setuju ngan pandangan depa... Undi 18 nih adalah pengundi yang nak dapatkan something untuk pendidikan mereka... sama ada peluang untuk sambung belajar, subsidi atau pengurangan kos sara hidup... Itu yang penting...

Oh yer... orang Politik yang takmo amik cakna pasai kehendak Undi 18 nih... gua berani jamin akan terkojol dalam Pilihanraya kali nih...

Hahaha



08 November 2022

Duit Bukan Penyelesaian Sistem Pendidikan Negara

Bhai/DeeDee semua...

Betul apa yang Syed Saddiq nih cakap... Duit bukan penyelesaian kepada sistem pendidikan negara... Memanglah kita tahu nak buat semua benda kena ader duit... tapi kalu takder dasar dan polisi yang betul ... duit tue semua akan tiris tak tentu hala dan tujuan...

Contoh...

Dulu ada usaha membangunkan makmal komputer di sekolah... tapi makmal yang ada itu cuma sekadar ader sepuluh (10) atau dua puluh (20) desktop komputer sahaja.... sedangkan satu kelas biasa ader sampai 40 orang murid... Masa diperuntukkan untuk sesi kelas komputer aderlah 45 minit...  apa agaknya yang dapat dimanfaatkan oleh murid dalam masa 45 minit tue.... nak onkan komputer pon ambil masa... dan dua orang murid berkongsi satu komputer...

Bayangkan...

Lepas tue... makmal komputer yang ada pulak tidak diperuntukkan pembantu makmal dan juga juruteknik komputer.... Semuanya dibebankan kepada Cikgu... kepada Guru yang mengajar... bagaimana Guru nak mengajar dan pada masa yang sama ada masalah teknikal pada komputer murid... macam mana nak selesaikan pengajaran dalam masa 45 minit.. Gila

Bila tiada pembantu makmal komputer dan juruteknik komputer disekolah... biasanya akan cepat jahanam (rosak) desktop komputer di makmal... sama jer.. barang elektronik... kena dijaga betul-betul barulah okay... disket rosak.. cdrom rosak.. dvdrom rosak... psu rosak...motherboard rosak... macam-macam rosak...

Lepas itu ada pulak program kerajaan yang membekalkan komputer sub-kualiti kepada murid-murid atas konsep 1 murid 1 e-book .... jahanam jugak sebab tiada maintenance berkala dan standard... katanya nak dibekalkan buku elektronik... dalam sistem software tapi... takder maintenance juga...

Semua pembaziran nih boleh diselesaikan dengan mudah dan murah sebenarnya.. Beza nak buat atau tidak jer...

Dengan RM500 seunit... kita boleh bekalkan pelajar dengan Peralatan e-Paper macam Kindle dan sebagainya... ianya ringan... lasak dan baterinya tahan lama... dan ianya boleh menggantikan buku teks dan buku rujukan...

Semua itu boleh dimanfaatkan... tapi dengan syarat.. sekolah kena ader talian internet berkelajuan tinggi la... kalu tidak buat naya jer... Sebenarnya panjang lagi nak tulis... tapi gua tahu ramai orang malas membaca... Hahaha

Kata-kata yang benar


12 December 2021

Buli - Apa Kesudahannya?

Bhai/DeeDee semua...

Buli bukan benda baharu.. Dulu istilahnya "Ragging" .... dan Buli adalah satu fenomena biasa di mana-mana sekolah... tak kira di sekolah asrama atau sekolah biasa... malah ada juga buli berlaku di Institut Pengajian Tinggi..

Apakah hukuman terhadap pembuli?? Biasanya hukuman adalah digantung persekolahan atau paling tidak pun diberhentikan persekolahan. Abis tue.. selepas diberhenti atau dibuang sekolah.... si pembuli tetap akan masuk sekolah lain.. dan ianya tetap juga akan berlaku... tapi dilokasi lain...

Pada gua la... Untuk menyelesaikan masalah buli nih.... satu pendekatan baharu yang patut kita ambil...

Kita patut mengasingkan kesemua pesalah buli ini dalam satu pusat tahanan khas... semacam Penjara .... dimana semua pembuli ini akan merasa bagaimana mereka pula dibuli...  Mereka tak berminat nak belajar... jadi buat apa kita masukkan mereka ke sekolah... tak kisah la mereka Juvana atau Dewasa...

Mereka tidak layak menerima pendidikan dan persekolahan... Mereka hanya layak kita jadikan buruh paksa untuk projek-projek infrastruktur awam... macam buat jalan ka... buat jambatan ka... buat jalan keretapi ka.... kita bagi depa kerja kasar... kaki dan tangan dirantai... dan dipakaikan baju khas berwarna terang yang mudah kita semua kenal.... Tandakan logo pada baju mereka itu dengan tulisan besar "BULI"

Dan mereka kita kawal secara kasar oleh pegawai khas yang memantau mereka buat kerja... kalu boleh kita buatkan siaran langsung semua kerja yang mereka buat.... live telecast...

Inilah baru bermanfaat buat mereka... semua pembuli mesti kena hukuman sekurang-kurangnya 10 tahun... selepas itu barulah mereka akan dipindahkan ke penjara awam yang biasa.... Supaya mereka ader akal.... tak berlagak dan tak samseng dah...

Dengan cara ini... kita akan dapat mengurangkan budak-budak baharu yang akan terlibat dengan tindakan buli... sebab orang dah gerun....




01 September 2021

Dana Pengurusan Pendidikan

Bhai/DeeDee semua..

Satu perkara yang dari dulu lagi menjadi isu adalah tentang dana pengurusan pendidikan... Kita tau sekolah agama, sekolah pondok semua ni agak kritikal sikit dana pengurusan pendidikannya... tambah lagi kalu yang tak berdaftar dengan Majlis Agama Islam.

Pada gua... sepatutnya semua sekolah agama, sekolah pondok, sekolah tahfiz dan segala yang berkaitan perlu diletakkan bawah satu Kementerian ... Kementerian Pendidikan Agama / Swasta .... dan ianya dikendalikan secara sistematik... dimana semua tenaga pengajar perlu mendapat latihan secara berkala dari Institut Latihan yang ditetapkan.

Barulah sistem pendidikan Agama dan Swasta kita dapat dikawalselia dengan baik dan sistematik. Ada piawaian.. ada akreditasi... barulah kita boleh mengendalikan dan mengawalselia dana pengurusan pendidikan dengan baik..

Aper pun ini sekadar pandangan jer... mungkin ada pandangan yang lebih baik...

Bagi yang tak berdaftar.... pi mampos sama depa.... Hahaha... degil takmo nak berdaftar... 



04 February 2021

Pemimpin Masa Depan Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Pandangan yang selalu gua bawak mungkin tidak selari dengan semua pembaca... gua pahah.. dan gua takder masalah pun kalu kita nih semua berlainan pendapat... iya la... negara nih kan mengamalkan demokrasi... jadi .... semua orang berhak beri pandangan mereka...

Selagi mana semua pandangan itu memberikan kebaikan kepada masyarakat, bangsa dan negara... ianya kita patut sokong walau siapa pun yang menjuarainya...

Okeh... pada pandangan gua... dalam kekangan Covid-19 nih dan dalam keadaan sekolah belajar dengan cara PdPR..... apa yang gua nampak ... beberapa pemimpin yang masih muda yang berada dalam politik Malaysia yang gua rasa ader potensi menjadi pemimpin utama masa depan Malaysia...

Antaranya adalah Steven Sim, Syed Saddiq, P Prabakaran dan beberapa orang lagi... Tidak terkecuali pada pandangan gua juga adalah pemimpin seperti Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Khairy Jamaludin...

Pasai apa....  contoh terbaek yang gua nampak dapat dilihat dengan jelas pada karektor Steven Sim dan Syed Saddiq.... diorang berdua sedang berusaha memberikan tumpuan yang besar kepada sektor pendidikan... dengan menyediakan peralatan baru dan terpakai untuk digunakan dalam PdPR... 

Mereka aktif untuk mencari dana dan peluang secara crowdfunding dan peering sponsorship... dan seboleh mungkin mereka mengelakkan dari "opportunity seeker" yang cuba nak berdamping dengan mereka demi untuk mendapatkan laba di masa hadapan...

Kalu Steven Sim (DAP) dan Syed Saddiq (MUDA) berpeluang dicalonkan sebagai Menteri Kanan pada satu masa nanti... memang mereka akan dapat sokongan padu dari gua....

Salute...



25 January 2021

Gila Punya Guru Besar

Bhai/DeeDee semua..

Benda nih sebenarnya adalah satu "Open Secret" .... banyak sekolah terlibat buat kerja gila nih...  bilamana sesi persekolahan dari 7.30 pagi sampai 4.30 petang....  bukan setakat anak murid (pelajar) yang penat tapi cikgu-cikgu pun penat...

Giler betul la pentadbir sekolah-sekolah tue semua...

Ingat kalu sesi persekolahan start pukul 7.30 pagi ... murid-murid dan cikgu bangun pukul berapa agaknya?? Jangan ingat murid-murid dan cikgu ini dekat dengan sekolah... Seingat gua ader guru yang tak dapat berpindah sekolah yang dekat dengan rumahnya... dan cikgu nih terpaksa memandu dari Dungun ke Chukai, Kemaman setiap hari.... jarak masa perjalanan hampir 1 jam sehala dalam keadaan normal tanpa jem..

Murid-murid pun ramai yang duduk jauh... naik basikal... berjalan kaki... malah ader yang terpaksa menaiki sampan.... Pukul berapa mereka mesti bangun pagi... dan pukul berapa pula mereka sampai kerumah kalu kelas terakhir adalah pukul 4.30 petang....  masa bila mereka nak menyiapkan latihan yang diberikan... masa bila pula mereka nak belajar kelas agama atau lain-lain...

Waktu malam kalu tidur lewat dari pukul 10 malam sudah agak bahaya ketiduran esoknya..

Ntahlah... Guru besar nih tak berfikir agaknya... Sekolah anak perempuan gua hari-hari balik pukul 5 petang.... dah banyak kali dibawa isu ni ke mesyuarat PIBG tapi takder hasil... kesian tengok pelajar dan guru-guru yang terlibat... 

Tak patut sebenarnya membebankan murid dan guru-guru sampai begitu sekali.... kena la rasional sikit... jangan sampai exhausted.... payah nantinya..





29 March 2015

Kebejatan Sistem Pendidikan Malaysia

Bhai/DeeDee semua ...

Gua nak tulis dalam format skema la plak hari nih... Hahaha... jangan mare.... sebab tajuk artikel pon dah skema.... Hahaha

Sistem pendidikan mana-mana negara adalah bertujuan untuk membentuk rakyat menjadi warga sivil yang bertamadun, berilmu dan berdaya saing. Ini adalah kunci utama sistem pendidikan mana-mana negara. Malaysia juga tidak terkecuali dalam mengembeleng segala tenaga dan kewangan yang ada untuk menaikan taraf mutu pendidikan negara.

Apa yang amat saya kesalkan adalah apabila sistem pendidikan negara telah dilacurkan oleh beberapa phak yang berkepentingan untuk tujuan politik dan agenda peribadi. Ini amatlah mengecewakan saya.  Mari kita kupas permasalahan ini.

Perkara pertama dalam pendidikan adalah penekanan kepada jati diri bangsa dan kenegaraan. Pada awal penubuhan Malaysia, kita berusaha untuk menerapkan jati diri bangsa namun akhir-akhir ini sistem pendidikan yang ada tidak lagi menjuruskan kepada perkara ini. Dalam banyak situasi semangat jati diri telah dilunturkan dengan semangat perkauman dan keakuan. Malah makin hari makin jauh jurang antara kaum di Malaysia gara-gara sikap golongan akademik yang menjadikan politik sebagai illahnya.

Mari kita lihat dalam konteks sistem awal pendidikan iaitu untuk peringkat pra-sekolah (tadika). Apa yang saya lihat dan nampak ialah apabila tadika tersebut dikuasai oleh saluran politik, maka hasilnya amatlah menggerunkan. Kanak-kanak di Tadika Kemas telah ditanam mindanya untuk UMNO/BN, manakala bagi PASTI pula telah ditanam mindanya untuk PAS. Ini realiti walaupun akan ada suara-suara yang menidakkannya yang saya pasti akan mempertahankan percaturan ini.

Ini kemudiannya ditambah pula apabila bahan bacaan dalam pendidikan termasuklah pengajaran dan pembelajaran diterapkan mengikut acuan parti pemerintah. Sebagai contoh bagaimana perubahan fakta sejarah diubah semata-mana untuk menunjukkan status quo sesetengah pihak. Bagaimana pula kita melihat fakta sejarah mengenai Sultan dan Raja-Raja Melayu difabrikasikan demi untuk memperlihatkan keagungan dan kehebatan. Malah isu penjajahan yang fakta asalnya jelas telah diubah oleh para akademik semata-mata untuk kepentingan perut dan bawah perut.

Ini adalah perkara yang memalukan bilamana para sejarawan negara telah melacurkan diri mengubah dan meminda fakta dan hakikat sebenarnya titik tolak sesuatu perkara dan insiden. Malah yang lebih mengecewakan bilamana ianya juga melibatkan pengarang dan penerbit buku sehinggakan sampai kepada pihak yang ditugaskan untuk menjaga arkib sejarah negara.

Bila saya melihat balik kepada beberapa siri peperiksaan awam dalam sistem pendidikan rendah, menengah dan tinggi, saya dapati kemerosotan yang agak teruk telah berlaku. Semenjak awal musim persekolahan pada 2000 sehingga kini telah terdapat beberapa siri perubahan skala pemarkahan dalam peperiksaan awam. Ini terhasil apabila kadar peratusan pelajar yang mendapat keputusan yang teruk telah menyebabkan pihak berwajib menurunkan standard pemarkahan yang sepatutnya.

Pernah dalam satu ketika, bilamana Menteri Pendidikan melihat ramai pelajar yang gagal satu matapelajaran telah mengarahkan supaya Bahagian Peperiksaan menurunkan standard pemarkahan kepada yang paling terendah dalam sejarah Malaysia dan hasilnya Menteri Pendidikan tersebut dengan bangganya mengumumkan ramai pelajar yang dapat keputusan yang cemerlang walaupun sebenarnya ini semua fabrikasi.

Pelajar yang dikatakan cemerlang tersebut akhirnya tidak dapat bertahan dalam sistem pendidikan peringkat tinggi. Bukan seorang bukan dua orang tetapi cukup ramai pelajar yang sebegini masuk belajar di dalam IPTA dengan kelulusan yang telah difabrikasi demi untuk menjaga air muka Menteri Pendidikan. 

Itulah yang menyebabkan "ranking" IPTA di Malaysia diperingkat dunia jatuh merudum dengan teruknya, malah ada kes pensyarah dan professor yang melakukan plagiat dengan selamba kekal dipentas akademik tanpa menerima hukuman. Bukan setakat dikekalkan tetapi ada yang dinaikkan pangkat. 

Apakah hasil yang akan dapat dituai nanti akibat dari kebejatan sistem pendidikan negara? Saya pasti bahawa hanya hampas sahaja yang akan kita dapat sedangkan sepatutnya kita mendapat santannya dan bukannya hampas.

15 December 2013

Mohon Sumbangan Bantuan Banjir

Salam, Saya Wan Muhammad Zawawi bin Wan Hassan selaku Bendahari PASTI Kawasan Kemaman. 

Di Kemaman mempunyai 24 buah PASTI & seramai 1,490 pelajar selurah PASTI Kawasan Kemaman, 9 buah PASTI (587 orang pelajar) yg terlibat dengan banjir termasuk Pejabat PASTI Kawasan Kemaman.

Seramai 44 orang guru & 4 orang AJK PASTI Kawasan mangsa banjir, 95% barang- barang PASTI yg rosak teruk tidak lagi boleh di gunakan. 

Saya merayu, PASTI Kawasan Kemaman sangat memerlukan bantuan dari segi barang- barang pejabat seperti meja guru, almari fail, kerusi pelajar dll untuk PASTI- PASTI, juga memerlukan barang- barang asas dapur seperti gula, gandum, minyak dll untuk cikgu- cikgu, juga memerlukan barang- barang sekolah seperti beg, buku tulis, pensil dll untuk pelajar & juga sangat memerlukan dari segi kewangan. 

Segala sumbangan tersebut boleh terus kepada Bendahari PASTI Kawasan Kemaman (Wan Muhammad Zawawi Wan Hassan) untuk diagihkan kepada PASTI- PASTI, cikgu- cikgu & pelajar- pelajar & juga boleh disalurkan ke akaun tersebut :- 

Nama bank : Maybank, 
Nama akaun : PASTI Kawasan Kemaman
No akaun : 563028805892. 

Sebarang maklumat boleh hubungi Bendahari PASTI Kawasan Kemaman di talian : 019- 983 4583 (Call, mesej atau whatsApp). Jutaan terima kasih atas sumbangan tuan & puan. 

p/s: Tolong panjangkan kepada semua...

*** Sesungguhnya sadaqah jariahmu akan menjadi sebaik-baik penemanmu di alam barzakh dan juga akan menjadi sebaik-baik pembantumu di padang mahsyar nanti - insyaAllah***

Jazzakallah Khairan Khatira

26 February 2013

Nak Kondem Pun Biarlah Professional

Bhai.... Hahaha .... Gua nak story lu satu mender.. Okeh... Perjalanan kalu menaiki kereta dari Kemaman menuju ke Kuala Lumpur (lebih tepatnya ke Ampang, Selangor) biasanya memakan masa lebih dari 3 jam. Itupon kalu memandu dalam keadaan agak laju...

Kos minyak yang akan abis digunakan bagi sebuah kereta Proton 1.5 cc biasanya menggunakan petrol sebanyak RM100 ringit.... Itu belum masuk lagi kos tol iaitu RM21.60 + RM5 + RM 3 bagi perjalanan sehala gua tak bawak kira skali....

Itu semua belum masuk kalu nak menginap ker... Atau makan best-best ker... Hahaha... Itu aderlah kos bagi orang dari Kemaman... Kalu Dungun, Marang, Tanjung Jara, Kuala Abang, Setiu, Jertih dan lain-lain kawasan... Gua citer Terengganu jer bhai... Negeri lain di Pantai Timur gua tak citer... Hahaha

Sebab itu la biler Kerajaan Negeri Terengganu bercadang nak buat Zoo di Kemaman... Gua aderlah penyokong kuat beda nih... Bukan sebab gua sokong UMNO/BN atau Ahmad Said... Tapi gua sokong pasai Zoo aderlah satu tempat pelajaran yang paling sesuai untuk semua peringkat umur... Dengan adernyer Zoo di Kemaman... Kanak-kanak dan orang dewasa juga dapat berpeluang mendalami dan mengambiltahu dunia haiwan...

Kalu sepanjang hidup cuma dapat tengok rimau hanya dalam aT .. Skrang boleh tengok ASLAN dan HOBBES@TIGGER kat Zoo Kemaman secara live... Dan kosnya aderlah lebih jimat kalu nak bandingkan pergi ke Zoo Negara di Ampang tue...

Gua tau... Oranv yang kondem dan jadikan modal politik dan kempen PRU13 nih mesti tak tahu aper sebenarnya fungsi Zoo... Hahaha... Tak kisah la siapa orang itu waima si Saiful Bahri yang bakal jadi calon PAS kat Dungun pon mesti tau tau... Usahkan pulak blogger Geng Rusila macam FZT... Mesti bengap dan bangang tak tahu rasional dan kepentingan ilmiahnyer Zoo sama ada di Kemaman, Kuala Lumpur, Taiping mahupun di seluruh dunia.....

Kesian... Gua rasa aaa diorang nih patut kena masuk sekolah balik dan belajar tentang Geography atau sabjek Alam dan Manusia.... Hahahaha...

Sebab tue la diorang boleh bagi statement dan komentar tahap bangang macam kat bawah nih.... Hahaha... Oh yer.. Gua rasa aaa mesti diorang nih tak pernah bawak anak-anak atau diorang sendiri masuk dalam mana-mana ZOO... Kesian....

Kalo manusia macam nih la jadi pemimpin negara Malaysia nih.... Abis la semua zoo... dan muzium akan kena tutup... Pasai diorang kata benda nih membazir... Walhal semua nih aderlah untuk pelajaran dan pendidikan... Kesian...

Nak kondem pun biarlah professional...

22 January 2013

Lain Diminta Lain Yang Dapat

Bhai.... gua biasa lepak dengan kawan-kawan yang berlainan kaum dan bangsa.... Dalam tugasan kerja gua seharian... memang gua berpeluang untuk berjumpa dan berinteraksi dengan macam-macam jenis orang... Ikut keperluan dan ikut tugasan... Kalu tugasan gua berkaitan dengan kerja hakiki... tengok pulak kerja hakiki yang mana satu....

Orang macam gua nih ader banyak kerja hakiki... hahaha... nak buat camana la bhai...

So... biler gua berurusan dan berinteraksi dengan kaum India di Malaysia nih... rata-rata keluhan yang gua dapat dengar aderlah dalam isu dianaktirikan terutama sekali dalam bidang pendidikan .... Memang gua tak nafikan isu bidang pendidikan untuk kaum India agak terkebelakang.... Kita ader bantyak jugak sekolah Tamil.. tapi kebanyakan daripadanya begitu daif dan memalukan.

Sungguh... walaupun telah lebih 56 tahun negara ini mencapai kemerdekaan, namun keadaan sekolah tamil banyak yang masih lagi seperti tahun 60'an. Ader yang tiada lantai simen, Ada yang tiada dinding... Kalu lu tarak percaya.. sesekali tue jalan-jalan la cuti-cuti Malaysia.... tengok pi sampai ke estet berbagai...

Sebagai warga Malaysia (Jus Soli)... mereka berhak untuk mendapat kemudahan pendidikan yang setaraf... Tapi malangnyer... pihak yang bertanggungjawab keatas kepentingan kaum India di Malaysia nampaknya memang lebih mementingkan diri mereka sendiri... mementingkan keglameran...  Bila mana kaum India menjerit meminta perubahan pada sistem pendidikan peringkat rendah aliran Tamil ini dipertingkatkan... aper yang mereka dapat... Yilleks... Nehi...

Tapi ... dek kerana nak glamer berbagai... pihak yang bertanggungjawab nih... bagi benda lain... benda yang dah ader banyak...  iaitu buat Kuil (Kovil).... buta plak yang terhebat dan terbesar... walhal... benda yang paling utama dikesampingkan.... pendidikan terabai... tapi kuil gempak....  hahaha... lain diminta lain yang dapat.....

Feel dan perangai kaum Melayu yang dibawa oleh UMNO nih jugak dibawa oleh MIC... memamg lawak... Biler UMNO tak pentingkan pendidikan bangsa Melayu (yang dipentingkan buat banyak-banyak Masjid besar tapi nak dapat lebih dari 1 saf waktu sembahyang subuh pun perit) ... perangai yang samer ditiru oleh MIC (buat banyak kuil yang besar... tapi orang yang nak gunakan aderlah seciput)

Mereka nih lupa... bahawa kaum India di Malaysia perlukan anjakan paradigma dan transformasi dalam bidang pendidikan Tamil sejajar dengan Dasar Pendidikan Negara...  sebab itulah diorang kecoh nak buat kuil terbesar dan terhebat di Putrajaya... walhal.... takder satu pon sekolah aliran Tamil di Putrajaya.... hahahaha


Gua tau... mesti ader ramai yang pelik pasai aper tetiba jer gua menulis citer tentang kaum India dan kuil.... Hahahaha... relaks la bhai.... gua setuju dan percaya... bahawa semua kaum di Malaysia berhak mendapat apa yang sepatutnya untuk mereka berdasarkan undang-undang dan perlembagaan serta kontrak sosial yang telah dipersetujui lebin 56 tahun dulu..

Kita semua adalah anak Bangsa Malaysia.....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1