Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

09 January 2024

Dulu Boleh Sekarang Tidak

Bhai/DeeDee semua...

Belum lagi depa dapat kuasa penuh... dah perangai macam ini.... adoilah... Bayangkan kalu puak-puak nih dapat kuasa penuh...














07 December 2023

PISA 2022 - Makin Jahanam Pendidikan Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Apa nak diharapkan kemenjadian murid dalam bidang akademik di Malaysia... makin menurun aderlah... Payah.... malah gua dari awal lagi cukup menentang tindakan PMX Anwar Ibrahim melantik Peguam dan Akauntan untuk menjadi Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan...

Apa la yang depa nih tau bab pendidikan nih... Walhal bukan takder ramai lagi pimpinan yang berkelayakan dalam bidang pendidikan... tapi itu la... pasai nak jadi kroni dan penyokong... maka jahanam dan tergadai pendidikan anak bangsa...

Huhuhu...




=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

30 December 2022

Akhirnya Maszlee Malik Juga Bersuara

Bhai/DeeDee semua...

Nada yang sama disuarakan oleh Maszlee Malik... Tempohari masa keluar nama Menteri Pendidikan bagi kabinet Anwar Ibrahim ... yang mana meletakkan seorang dari bidang Guaman menjadi Menteri Pendidikan... gua dah katakan ini memang bodoh dan jahanam...

Ramai marah gua... ramai kecam gua,... ramai Walanon dan Bangsa Slurpp semua tibai gua... Hahaha... sebab pada depa pilihan Anwar Ibrahim tue tepat sangat....

Walhal.. macam gua kata tempohari... golongan perguruan nih semua pelik dan macam terkilan bilamana orang dalam bidang Guaman yang naik untuk menjadi ketua dalam bidang Pendidikan... iaitu Menteri Pendidikan....

Benda betul.... pendidikan mestilah diterajui dari kalangan orang yang terlibat dalam bidang pendidikan... tak patut sangat ntah kutip dari mana terus jadi ketua yang nak lead pendidikan.... Huhuhu... makanya akan menjadi la beberapa eksperimen nanti... semata-mata dier nak pahamkan bidang pendidikan nih...  Bidang pendidikan nih kompleks... yang mana hanya jauhari yang mengenal mutu maknikam...

La nih... Maszlee Malik pun dah bersuara... so .... makna kata betul la kan apa yang gua kata tempohari...

Walanon dan Bangsa Slurpp mana tau apa.... bodoh sama naik macam Walaun dan Macai.... Hahaha


Kerajaan disaran melantik golongan dalam bidang pendidikan sebagai menteri pendidikan dan pengajian tinggi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Tindakan itu, kata bekas menteri pendidikan Maszlee Malik, bagi membolehkan kebebasan akademik dipertahan.

“Kita harap bila PRU16, kita letakkan, buat duluan, iaitu yang menjadi menteri pendidikan atau pendidikan tinggi, bukan orang politik.

“Biar orang dalam (bidang) pendidikan sendiri, orang yang tahu isi hati dan hala tuju,” kata bekas pensyarah yang terjun ke bidang politik itu.

26 December 2022

Nak Bising Buat Apa?

Bhai/DeeDee semua...

Selalu kita dengar akan ader Lobai PAS yang bising pasai tak dapat nak berceramah la... disekat la dari mengajar agama.... konon Kerajaan tidak adil dan pilih kasih.... 

Walhal bila kita selidiki dan tanya... dah amik tauliah mengajar ke idak... haram semua akan kata takkan nak mengajar agama pun kena ader tauliah... sampai sabitkan dulu-dulu pendakwah masuk kembangkan agama di Tanah Melayu nih tak perlu tauliah bagai....

Huhuhu....  Payah.... satu ja kita nak cakap kat puak-puak nih... pi la mengajar kat negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS .... pi la sana... sebab kalu kat sini.. kena la ader tauliah mengajar dulu... kena la disemak segala kelulusan akademik... kefahaman agama dan ilmu yang selari dengan apa yang ditetapkan oleh Kerajaan... kita takmo ader yang mengajar benda mengarut dan sesat...

Azhar Idrus pon banyak tempat dier takder tauliah mengajar... walaupun orang kata ilmu agama dier hebat... tapi sebab kelulusan akademik agama dier takdak verified dan dapat disahkan (authenticate) ... dier pun tabley senang-senang ja nak mengajar sana sini...

Simple as that..


Seorang wakil rakyat PAS di Pahang menyoal tindakan pihak berkuasa agama negeri itu melarangnya berceramah di sebuah masjid di Jengka, tempat dia aktif bersyarah sejak tiga tahun lalu.

Adun Chenor Mujibur Rahman Ishak bertanya kenapa dirinya disekat daripada memberikan kuliah pengajian agama, berkata dia tidak pernah menyentuh politik dalam ceramahnya.

"Selaku penceramah, insya-Allah saya memilih untuk profesional. Ketika kuliah, tiada disebut PAS atau mana-mana parti lain.

"Kita sebut tentang Al-Quran dan Hadith. Kita sebut tentang Islam dan musuh Islam.

Dalam maklum balas, Exco Kerajaan Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, berkongsi kenyataan bahawa mana-mana individu atau kumpulan yang ingin menjalankan aktiviti atau mengajar di masjid di negeri ini perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada jabatan agama daerah masing-masing.

Dia berkata kerajaan negeri memandang serius titah Sultan Pahang bahawa masjid tidak boleh dipolitikkan dan ceramah anjuran parti politik tidak dibenarkan. Ini terpakai kepada semua, termasuk mereka yang sealiran dengan kerajaan negeri

10 November 2022

Apa Pengundi Undi 18 Mahu?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam gua bertanya dengan dua orang anak perempuan gua... kedua-duanya berada di IPTA (seorang di Pahang, seorang di Perlis) ... gua tanya secara live dengan diorang...

Apa yang Kakak dan Angah mahu sebagai pengundi Undi 18.

1. Diorang mahukan kos pengajian yang rendah... sebab depa tau bapaknya bukan banyak duit... dan setakat hari nih kedua-dua mereka tak amik PTPTN pun.... jadi kalu kos pengajian rendah... boleh la depa senang nak sambung belajar lagi lepas nih sampai ke peringkat lagi tinggi.

2. Diorang nak kos sara hidup yang rendah... kos makan di kafeteria University agak mahal juga.. mereka paham kos penyediaan bahan mentah tinggi... tapi bagi seorang pelajar yang duit cuma ader ngam-ngam... kena banyak bajet la.. kalu tak cukup makanan... perut kosong... macam mana nak belajar... macam mana nak timba ilmu... tak cukup zat dan gizi. Patut ader subsidi bagi pelajar untuk makan... tak banyak subsidi pun takper la.. janji ada.... 

3. Diorang nak kemudahan di asrama di perbaiki... Alhamdulillah anak perempuan gua dua-dua dapat asrama... ditawarkan asrama sampai habis pengajian.... tapi yer la... asrama pun banyak yang uzur.. pintu tandas pun tercabut kunci dan engselnya... lampu yang tak berganti setelah lama padam... tekanan air yang rendah.... tandas yang tak ditadbir dengan baik...

4. Diorang nak akses Internet (WiFi) di asrama dalam keadaan yang baik, stabil dan laju... Tak guna ader line internet tapi slow nak mampus... nak cari maklumat kat Wikipedia pun jenuh... Takkan nak pakai Hotspot Data... lagi kojol... Patutnya zaman sekarang nih.... kat asrama IPTA ... line mesti laju.... sebab assignment semua guna Internet... macam Kakak... dia guna Adobe Photoshop dan Illustrator pakej Online SaaS .. jadi kalu line slow... mampoih buat kerja assignment.

5. Diorang kata patut ader satu pakej Telco untuk student yang bagi akses data tanpa Quota dan takder FUP pada 512kbps... tak logik dah ader sekatan Quota dan FUP 512kbps.. paling-paling mesti 2Mbps untuk FUP.

6. Diorang cakap... patut semua student (IPTA atau IPTS) diberikan satu kad khas untuk diskaun penggunaan perkhidmatan awam (bas, teksi, keretapi, kapalterbang) termasuklah nak guna eHailing. Makna kata diskaun 30% atau sampai 50%.. dan Kad yang sama juga boleh digunakan di mana-mana Kedai Buku untuk diskaun pembelian alatulis dan buku ... Patut dah memang ader kad macam ni

7. Diorang nak peluang nak sambung belajar bagi semua lepasan SPM diperluaskan lagi dibawah kendalian Kementerian Pendidikan Tinggi. Akses kepada Kolej berasaskan TVET bagi yang kurang menyerlah dalam akademik... At least semua dapat peluang belajar.... tambah pengetahuan.

Macam-macam lagi yang diorang bagi cadangan kat gua... cuma yang lain tu gua rasa hanya picisan jer.. dan tak berapa nak penting.... cuma boleh ditambah baik... sebab biasa la ... budak-budak lagi... Gua sempat tanya tentang pandangan depa mengenai pekerjaan .... anak-anak gua kata... itu lambat lagi pun takpa nak pikir... skrang nak pikir tentang belajar dan menuntut ilmu dulu... itu main priority kata depa....

Gua setuju ngan pandangan depa... Undi 18 nih adalah pengundi yang nak dapatkan something untuk pendidikan mereka... sama ada peluang untuk sambung belajar, subsidi atau pengurangan kos sara hidup... Itu yang penting...

Oh yer... orang Politik yang takmo amik cakna pasai kehendak Undi 18 nih... gua berani jamin akan terkojol dalam Pilihanraya kali nih...

Hahaha



25 October 2022

Kerumitan memilih minyak sayuran manakah yang paling mampan?

Bhai/DeeDee semua....

Gua bercadang nak menulis sekali sekala tentang perkara yang ilmiah dan akademik.. supaya dapat membuka mata kita semua tentang kehidupan, alam sekitar, teknologi dan pendidikan. Jadi harapnya lu orang baca la beberapa penulisan gua dalam blog ini yang agak lebih ilmiah.... Hahaha... harapnya la kan...


Kerumitan memilih minyak sayuran manakah yang paling mampan?

Minyak sayuran secara amnya merujuk kepada sebarang minyak yang diperoleh daripada tumbuhan—sama ada biji, kacang, bijirin atau buah-buahan. Sesetengah minyak ini, seperti kanola dan zaitun, digunakan untuk memasak dan salad dressing, yang lain, seperti kacang soya atau bunga matahari, boleh ditambah kepada formulasi sabun atau minyak wangi. Kerana serba boleh dan aplikasinya dalam banyak industri, permintaan global untuk minyak sayuran semakin meningkat. Anggaran pasaran minyak sayuran mencapai kira-kira 219 juta tan pada 2020, yang dijangka mencecah kira-kira 285 juta tan menjelang 2026.

Minyak sawit, tanaman minyak sayuran yang paling cekap untuk ditanam, kini merupakan minyak sayuran yang paling banyak digunakan di dunia. Bagaimanapun, penukaran hutan paya gambut Asia Tenggara kepada ladang kelapa sawit bertanggungjawab untuk kira-kira 0.44 hingga 0.74 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau (GHG) global. Memandangkan kesan alam sekitar daripada pengeluaran minyak sayuran, terdapat keperluan mendesak untuk penyelesaian pertumbuhan yang lebih mampan.

Pengeluaran minyak sesawi mengeluarkan paling sedikit gas rumah hijau

Satu kajian 2022 yang diterbitkan dalam Science of The Total Environment menilai tahap dan variasi pelepasan gas rumah hijau (GHG) merentas keseluruhan rantaian pengeluaran minyak sayuran, termasuk kegemaran seperti sawit, kacang soya, biji sesawi (juga dikenali sebagai kanola) dan minyak bunga matahari. Penulis melihat kesan pelbagai sistem pengeluaran, daripada pembersihan tumbuh-tumbuhan dan penggunaan amalan pertanian kepada pemprosesan buah-buahan dan biji benih untuk membuat minyak ditapis.

Mereka mendapati bahawa median pelepasan GHG bagi biji sesawi, bunga matahari dan minyak sawit semuanya lebih rendah daripada median global merentas semua sistem tanaman minyak, iaitu 3.81 kilogram bersamaan karbon dioksida bagi setiap kilogram minyak ditapis.

Menurut kajian itu, minyak biji sesawi menghasilkan kira-kira 2.49 kilogram setara karbon dioksida bagi setiap kilogram minyak ditapis. Ini jauh lebih rendah daripada minyak kacang soya, yang menghasilkan pelepasan tertinggi pada 4.25 kilogram bersamaan karbon dioksida setiap kilogram minyak ditapis. Ini bukan kali pertama penyelidik menemui hasil yang serupa-kajian 2015 yang diterbitkan dalam Journal of Cleaner Production yang menilai pelepasan GHG daripada empat minyak sayuran yang sama serta minyak kacang tanah juga mendapati minyak biji sesawi merupakan pilihan yang paling tidak berintensif karbon.

Mengenal pasti faktor yang paling mempengaruhi kuantiti pelepasan GHG adalah penting dalam mencari cara untuk meningkatkan kemampanan. Contohnya, menggunakan baja nitrogen sintetik dalam kuantiti yang banyak boleh meningkatkan pelepasan kerana menghasilkannya memerlukan tenaga. Baja ini juga membebaskan nitrus oksida, GHG yang kira-kira 300 kali lebih kuat daripada karbon dioksida.


Bagaimana untuk meningkatkan kemampanan pengeluaran minyak sayuran

Gas rumah hijau bukanlah satu-satunya perkara yang mentakrifkan kemampanan. Sebagai contoh, adalah penting untuk tidak meninggalkan penggunaan tanah dan penggunaan air dari segi pengeluaran minyak sayuran. Minyak sesawi mungkin berprestasi terbaik dari segi pelepasan GHG, tetapi minyak bunga matahari mempunyai kesan paling sedikit apabila ia melibatkan penggunaan air.

Minyak sawit dikaitkan dengan jejak tanah yang rendah, dan petani boleh mengeluarkan jumlah minyak yang lebih tinggi ke atas kawasan tanah yang kecil kerana hasil yang tinggi. Petani boleh mengeluarkan 89 juta tan minyak sawit daripada 47 juta hektar tanah pertanian, berbanding hasil gabungan 92 juta tan kacang soya dan minyak biji serai daripada lebih 402 juta ekar.

Mengutamakan pengeluaran di atas tanah dengan potensi simpanan karbon rendah, sambil menghutanan semula kawasan pertanian yang mempunyai potensi simpanan secara serentak apabila tumbuh-tumbuhan dijana semula, boleh membantu mengimbangi pelepasan. Walaupun ini mencabar, ia boleh membantu dalam meningkatkan kelestarian bukan sahaja minyak sayuran, tetapi tanaman lain juga.

Apabila bercakap mengenai minyak sawit, salah satu sumber terbesar pelepasan GHG ialah air sisa yang dihasilkan semasa peringkat menekan minyak yang dipanggil efluen kilang minyak sawit (POME), yang membebaskan sejumlah besar metana. Setiap tan buah sawit yang dikisar menghasilkan kira-kira 0.87 meter padu POME. Menangkap dan menggunakannya sebagai sumber tenaga menggunakan teknologi penangkapan biogas, seperti sistem lagun berbumbung atau reaktor sesentuh, boleh mengurangkan jejak karbon pengeluaran minyak sawit secara drastik. Walau bagaimanapun, kebanyakan kilang pemprosesan minyak sawit masih belum menerima pakai teknologi ini.

Bagi jenis tanaman lain, meningkatkan kemampanan boleh bermakna mengurangkan jumlah nitrogen sintetik yang digunakan pada tanaman sebanyak mungkin, yang secara amnya merupakan sumber terbesar pelepasan GHG di ladang, tambahnya. Ini boleh dilakukan dengan memilih varieti tanaman yang ditanam yang lebih cekap dengan penggunaan nitrogennya dan termasuk tumbuhan pengikat nitrogen, seperti kekacang, dalam putaran tanaman, yang memberikan nitrogen kepada tanah secara lebih semula jadi.

Siapa yang boleh melaksanakan perubahan ini? Pada masa ini, terdapat sedikit insentif untuk pengeluar minyak sayuran untuk melakukan banyak usaha untuk mengurangkan pelepasan GHG mereka. Insentif kerajaan dan pelaburan dalam teknologi untuk mengurangkan pelepasan daripada langkah pemprosesan pasti akan membantu.

18 December 2021

Baik Punya Sindir

Bhai/DeeDee semua...

Hebat betul Ahmad Faizal Azumu (Peja) nih... siap nak sindir Idris Haron lagi... suruh "belajar mengaji" .... hahaha... lawak siot... Mamat Peja nih memang nak mengenakan Idris Haron...

Masa mamat Peja nih dalam PH ... aper yang dier buat ... dok berlaga angin ngan semua orang dalam parti.... macam la BERSATU kuat dan menguasai masa tue... Huhuhu

Dier tak sedar dier dapat jawatan Menteri Besar (MB) pon atas ehsan... pasai takder pilihan lain... kalu tidak memang dier takkan dapat punya jawatan tue... Aper kelayakan akademik dier... sijil pon tipu... Hahaha... karut arr...

Lagi dier mau sindir Idris Haron yang ader proper academic... giler aaa...

Hahaha



01 September 2021

Dana Pengurusan Pendidikan

Bhai/DeeDee semua..

Satu perkara yang dari dulu lagi menjadi isu adalah tentang dana pengurusan pendidikan... Kita tau sekolah agama, sekolah pondok semua ni agak kritikal sikit dana pengurusan pendidikannya... tambah lagi kalu yang tak berdaftar dengan Majlis Agama Islam.

Pada gua... sepatutnya semua sekolah agama, sekolah pondok, sekolah tahfiz dan segala yang berkaitan perlu diletakkan bawah satu Kementerian ... Kementerian Pendidikan Agama / Swasta .... dan ianya dikendalikan secara sistematik... dimana semua tenaga pengajar perlu mendapat latihan secara berkala dari Institut Latihan yang ditetapkan.

Barulah sistem pendidikan Agama dan Swasta kita dapat dikawalselia dengan baik dan sistematik. Ada piawaian.. ada akreditasi... barulah kita boleh mengendalikan dan mengawalselia dana pengurusan pendidikan dengan baik..

Aper pun ini sekadar pandangan jer... mungkin ada pandangan yang lebih baik...

Bagi yang tak berdaftar.... pi mampos sama depa.... Hahaha... degil takmo nak berdaftar... 



27 July 2013

Ugutan Bunuh Untuk GB SK Seri Pristina?

Bhai/DeeDee sekalian...

Hahaha... Biar betul aaaa.... Saper la yang bodoh sangat tue nak buat ugutan bunuh kepada GB SK Seri Pristina tue... Hahaha.... Buang masa jer... Hahaha... 

Sebab aper gua cakap camnie... Sebab buang masa dan buang tenaga jer nak ugut bunuh kepada Guru Besar SK Seri Pristina tue.... Hahaha.... Sebab Guru Besar tue skrang sudah dipandang lain macam oleh masyarakat..

Tak payah la nak create sensasi.... Nak create simpati... Semata-mata nak cover line isu nih... Hahaha...

Pada gua simple jer... Sebagai seorang ahli akademik... Sebelum sesuatu arahan dan tindakan nak dibuat patutnya difikirkan secara mendalam... Tengok semua segi... Amik kira sentimen dan persepsi... Tapi yer la... Bukan semua ahli akademik yang mau nak guna akai...

Tambah lagi sesetengah ahli akademik tue kekadang gua lihat lagi bangang tindakan dier dan tidak menggambarkan profesionalisma... Hahaha... Sori to say lar... 

Ader Guru Besar yang anjurkan sukan sekolah waktu hari belajar... Waktu persekolahan dan bukannya waktu cuti... So macam mana la ibu bapa dan penjaga nak hadir dan bagi sokongan..

Malah ader yang lagi bangang... Buat mesyuarat agung tahunan PIBG pada hari persekolahan... waktu kerja.... Tak ker bangang namanyer...

Ini macam dalam kes SK Seri Pristina... Agaknyer kalo benda nih tak kecoh dalam Internet... Mesti tahun depan pon Guru Besar tue akan buat kerja bangang camnie lagi... Hahaha... Alasan ubahsuai pintu kepada pintu kaca tue sebenarnya alasan kecik jer..

Hahaha... Punya la nak tarik simpati sampai buat citer ader orang ugut nak bunuh la plak... Hahahaha... Lawak aaa...  Hahaha... Terima kasih la pasai lawak nih.... Sori bhai Mohd Nasir... Gua tak dapat nak simpati aaa... Hahaha

17 May 2013

Menyanggah Tulisan Mashitah Ibrahim (Sesi Kedua)

Bhai .... izinkan gua menulis dalam ayat skema skali lagie sebagai menyanggah tulisan Mashitah Ibrahim.... pohon keizinan semua....

Puan Mashitah Ibrahim.

Tulisan Puan yang termuat di dalam akhbar Sinar Harian (dalam talian) pada hari ini adalah di rujuk. Sekali lagi Puan menampakkan kedangkalan ilmu dan pandangan dalam menghuraikan satu-satu hujah dan pada pandangan saya ianya tidak melambangkan status kelulusan akademik yang Puan miliki.

Untuk pengetahuan Puan, saya tidak melihat berapa ratus helai kertas transkrip akademik yang Puan miliki melainkan saya melihat dari kacamata yang lebih luas lagi. Tidak guna kalau kita ada beratus helaian transkrip akademik dan sijil tetapi pandangan kita terlalu sempit dalam memerhatikan dan menghuraikan keadaan sosial masyarakat Malaysia.

Puan mungkin jarang sekali turun padang berjumpa dengan masyarakat marhaen yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah mungkin juga kaki Puan sudah lama tidak menginjak lecah dan becak kampung dan desa. Puan mungkin juga tidak pernah merasai keperitan hidup dalam negara Malaysia ini.

Puan, masyarakat kampung dan desa memang jarang sekali mengamalkan isu perkauman. Saya tahu Puan dibesarkan dalam lingkungan majoriti masyarakat Melayu dan jarang sekali berinteraksi dengan kaum lain. Saya dibesarkan dalam lingkungan majoriti masyarakat berbangsa Cina dan India malah ramai juga warga Malaysia berbanga Sikh dalam lingkungan 40 buah rumah dari rumah saya. Oleh yang demikian, saya diajar dari kecil bahawa semua 40 buah rumah di kiri dan kanan rumah ayah saya adalah jiran yang ditentukan haknya oleh Allah Taala dalam Al Quran.

Mereka berhak dihormati malah mereka berhak mendapat layanan yang sama rata sebagai jiran. Saya diajar bahawa tidak boleh sama sekali menyakiti hati mereka (biarpun mereka berlainan agama dengan saya) kerana jika saya berbuat demikian, maka sesungguhnya saya mengingkari arahan Allah Taala iaitu berhubungan baik sesama manusia.

Jadi... sebagai orang yang dibesarkan dalam lingkungan masyarakat majmuk, saya tahu semua orang berhak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia (saya mendalami Perlembagaan Malaysia semasa disekolah rendah dahulu - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris (Mubaligh) St Paul).

Saya ingin tegaskan kepada Puan bahawa sepengetahuan saya, tiadalah isu perkauman (rasisma) dibawa oleh mana-mana penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat sepertimana yang Puan katakan itu. Malah kalaulah saya boleh memuatkan senarai laman blog pro-UMNO (ramai diantara mereka ini adalah kawan-kawan baik saya) yang kuat memutarkan isu perkauman (rasisma), saya pasti akan menyenaraikannya untuk tatapan Puan. Mungkin Puan mendapat salah tanggapan hasil daripada input yang dihidangkan oleh media arus perdana seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang penuh putar belit dan fitnah.

Sebagai seorang yang terlibat dalam bidang akademik, Puan sewajarnya membuka mata dan telinga serta mendapatkan input dari pelbagai sumber tanpa berharap hanya pada Utusan Malaysia dan TV3.

Berkenaan dengan isu kenapa Pakatan Rakyat menolak keputusan PRU13, saya bertegas mengatakan bahawa Puan memang bukan seorang ahli akademik yang sejati bila mana Puan tidak dapat melihat sesuatu isu itu diluar kotak pemikiran biasa. Analisis Puan sekadar melepaskan "batok" di tangga (batok - adalah sesuatu pencedok yang digunakan untuk mengambil air dari tempayan dikaki tangga rumah Melayu klasik). Puan tidak dapat menghayati apa sebenarnya sebab penolakan keputusan PRU13. Mungkin Puan bukan rakyat Malaysia, jadi Puan mungkin tidak tahu apa sebenarnya yang rakyat Malaysia mahukan.

Puan mungkin tidak tahu (tidak belajar ilmu sejarah) bahawasanya Malaysia ini digagaskan dahulu dengan beberapa siri demonstrasi jalanan (tidak menggunakan stadium pada masa itu) seperti yang tercatat dalam sejarah. Ini boleh kita lihat di dalam siri demonstrasi jalanan membantah Malayan Union dan lain-lainnya. Jika Puan kurang mahir dalam bidang pensejarahan, sila dapatkan nasihat daripada Khoo Kay Kim (guru sejarah saya dahulu).

Berkenaan dengan tulisan Puan yang mengatakan bahawa masyarakat Malaysia telah menolak Pakatan Rakyat yang membawa slogan "Inikalilah" dan Puan memomokkannya dengan perkataan "Innalillah", saya beranggapan Puan terlalu naif tentang politik. Pakatan Rakyat mendapat undi popular yang lebih besar daripada Barisan Nasional, akan tetapi disebabkan oleh sistem persempadanan kawasan pilihanraya memperlihatkan ada kerusi yang mempunyai bilangan pengundi yang terlalu ramai (lebih 80 ribu orang) diletakkan sama taraf dengan kerusi yang mempunyai bilangan pengundi yang sedikit (kurang dari 2 ribu orang).

Oleh yang demikian, saya nasihatkan Puan Mashitah Binti Ibrahim supaya pergilah belajar banyak lagi ilmu berkaitan politik, kenegaraan dan kemasyarakatan sebelum Puan menulis lebih banyak berkaitan dengannya didalam akhbar Sinar Harian. Sesungguh Puan memalukan diri Puan sendiri dengan penulisan yang separuh masak.

Akhir kata, tolonglah jangan mengrekrut Tuhan dalam menjustifikasikan pandangan Puan. Sebagai orang akademik yang "kononnya" arif dengan ilmu agama, tentu Puan terlupa akan istilah dan maksud Istidraj. Jika Puan terlupa, saya nasihatkan Puan pergilah mencari guru yang mursyid untuk mendalaminya.

Sekian dari saya,

C++
CipanTapirTenuk

05 February 2013

Pengarah JPN Terengganu Disaran Letak Jawatan

Bhai.... Ini gua nak pulangkan paku buah keras kat Pengarah JPN Terengganu.... sebelum lu nak suruh orang lain letak jawatan pasai nak terlibat dengan politik... lu dulu aaa letak jawatan.... Pasai aper gua cakap camnie... pasai lu sendiri cakap tarak serupa bikin... tarak percaya kalu... sila baca artikel dibawah nih dan baca betul-betul kat kotak yang berwarna merah tue... hahaha



Lu sendiri pon berpolitik serta terlibat dalam politik secara aktif...  lagi mau bising samer orang lain... aper daaa.... cakap tarak serupa bikin kalu... Kalu ikut statement lu... maknanyer... guru-guru yang mengajar di negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan tue tak perlu menyokong dasar kerajaan negeri la.... sebab pembangkang di negeri tue aderlah BN.... hahaha....

Budus punya Pengarah JPN... orang macam nih tarak layak duduk jawatan tinggi dalam pentadbiran awam.... tak tahu beza antara Kerajaan dan parti politik... BODOH dan BANGANG..... hahahaha... buat malu institusi pendidikan jer....  hahaha .... letak jer la jawatan lu tue wei Zakaria Husin....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1