Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Perladangan. Show all posts
Showing posts with label Perladangan. Show all posts

29 November 2022

Macam Mana Lah Boleh Jadi Begini?

Bhai/DeeDee semua...

Gua dimaklumkan oleh seorang kawan yang kini sedang menjadi pengurus ladang kelapa sawit milik IOI Plantation....Dia dahulu pernah bekerja sekejap (beberapa tahun) di sebuah ladang kelapa sawit milik Istana sebelum dier kembali balik bekerja dengan IOI Plantation ...  

Biasa masa dier bekerja dengan IOI Plantation... sebagai pengurus mereka ditekankan untuk menjadikan hasil ladang yang menguntungkan... sebab itu hasil ladang per hektar (yield per hectare) adalah sekitar minima 28 metrik ton ... dengan saiz ladang dan jenis serta umur pokok yang sekata..

Tapi masa dia bekerja dengan ladang kelapa sawit milik Istana... bilamana dier berjaya meningkatkan hasil pengeluaran ladang kepada sekitar 20 metrik ton sehektar... terus jadi isu yang panas.. ader pengurus diladang lain milik Istana yang sama marah sebab kawan gua nih macam menunjuk pandai... walhal kata kawan gua... 20 metrik ton sehektar nih paling cikai dan dier tak pernah buat serendah ini...

Rupanya ladang kelapa sawit milik Istana nih sudah biasa mengeluarkan hasil sebanyak 14 metrik ton sehektar jer.... Hahaha... lawak siot... Itu yang ader manager yang marah kat kawan gua tue...

Kelakar sungguh la.... saiz yang sama.. jenis benih pokok yang sama... hasil pengeluaran berbeza....

Kawan gua bagitau... hasil pengeluaran ladang kelapa sawit milik GLC utama di Malaysia pun jenuh nak kejar hasil pengeluaran ladang IOI Plantation... Tatau la pasai apa... nak kata pasai baja tak berapa logik gak... sebab kekadang tu baja yang digunakan oleh ladang GLC atau ladang milik Istana tu lagi mahal dan berkualiti tinggi...

Tapi itu lah realiti... Hahaha

So... Manager semua pon Melayu gak... tapi kenapa ader beza... hahaha
Maybe sebab pengurusan atas ramai yang mangkuk ayun gamaknya.... Hahaha

Pasai tue la...



25 October 2022

Kerumitan memilih minyak sayuran manakah yang paling mampan?

Bhai/DeeDee semua....

Gua bercadang nak menulis sekali sekala tentang perkara yang ilmiah dan akademik.. supaya dapat membuka mata kita semua tentang kehidupan, alam sekitar, teknologi dan pendidikan. Jadi harapnya lu orang baca la beberapa penulisan gua dalam blog ini yang agak lebih ilmiah.... Hahaha... harapnya la kan...


Kerumitan memilih minyak sayuran manakah yang paling mampan?

Minyak sayuran secara amnya merujuk kepada sebarang minyak yang diperoleh daripada tumbuhan—sama ada biji, kacang, bijirin atau buah-buahan. Sesetengah minyak ini, seperti kanola dan zaitun, digunakan untuk memasak dan salad dressing, yang lain, seperti kacang soya atau bunga matahari, boleh ditambah kepada formulasi sabun atau minyak wangi. Kerana serba boleh dan aplikasinya dalam banyak industri, permintaan global untuk minyak sayuran semakin meningkat. Anggaran pasaran minyak sayuran mencapai kira-kira 219 juta tan pada 2020, yang dijangka mencecah kira-kira 285 juta tan menjelang 2026.

Minyak sawit, tanaman minyak sayuran yang paling cekap untuk ditanam, kini merupakan minyak sayuran yang paling banyak digunakan di dunia. Bagaimanapun, penukaran hutan paya gambut Asia Tenggara kepada ladang kelapa sawit bertanggungjawab untuk kira-kira 0.44 hingga 0.74 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau (GHG) global. Memandangkan kesan alam sekitar daripada pengeluaran minyak sayuran, terdapat keperluan mendesak untuk penyelesaian pertumbuhan yang lebih mampan.

Pengeluaran minyak sesawi mengeluarkan paling sedikit gas rumah hijau

Satu kajian 2022 yang diterbitkan dalam Science of The Total Environment menilai tahap dan variasi pelepasan gas rumah hijau (GHG) merentas keseluruhan rantaian pengeluaran minyak sayuran, termasuk kegemaran seperti sawit, kacang soya, biji sesawi (juga dikenali sebagai kanola) dan minyak bunga matahari. Penulis melihat kesan pelbagai sistem pengeluaran, daripada pembersihan tumbuh-tumbuhan dan penggunaan amalan pertanian kepada pemprosesan buah-buahan dan biji benih untuk membuat minyak ditapis.

Mereka mendapati bahawa median pelepasan GHG bagi biji sesawi, bunga matahari dan minyak sawit semuanya lebih rendah daripada median global merentas semua sistem tanaman minyak, iaitu 3.81 kilogram bersamaan karbon dioksida bagi setiap kilogram minyak ditapis.

Menurut kajian itu, minyak biji sesawi menghasilkan kira-kira 2.49 kilogram setara karbon dioksida bagi setiap kilogram minyak ditapis. Ini jauh lebih rendah daripada minyak kacang soya, yang menghasilkan pelepasan tertinggi pada 4.25 kilogram bersamaan karbon dioksida setiap kilogram minyak ditapis. Ini bukan kali pertama penyelidik menemui hasil yang serupa-kajian 2015 yang diterbitkan dalam Journal of Cleaner Production yang menilai pelepasan GHG daripada empat minyak sayuran yang sama serta minyak kacang tanah juga mendapati minyak biji sesawi merupakan pilihan yang paling tidak berintensif karbon.

Mengenal pasti faktor yang paling mempengaruhi kuantiti pelepasan GHG adalah penting dalam mencari cara untuk meningkatkan kemampanan. Contohnya, menggunakan baja nitrogen sintetik dalam kuantiti yang banyak boleh meningkatkan pelepasan kerana menghasilkannya memerlukan tenaga. Baja ini juga membebaskan nitrus oksida, GHG yang kira-kira 300 kali lebih kuat daripada karbon dioksida.


Bagaimana untuk meningkatkan kemampanan pengeluaran minyak sayuran

Gas rumah hijau bukanlah satu-satunya perkara yang mentakrifkan kemampanan. Sebagai contoh, adalah penting untuk tidak meninggalkan penggunaan tanah dan penggunaan air dari segi pengeluaran minyak sayuran. Minyak sesawi mungkin berprestasi terbaik dari segi pelepasan GHG, tetapi minyak bunga matahari mempunyai kesan paling sedikit apabila ia melibatkan penggunaan air.

Minyak sawit dikaitkan dengan jejak tanah yang rendah, dan petani boleh mengeluarkan jumlah minyak yang lebih tinggi ke atas kawasan tanah yang kecil kerana hasil yang tinggi. Petani boleh mengeluarkan 89 juta tan minyak sawit daripada 47 juta hektar tanah pertanian, berbanding hasil gabungan 92 juta tan kacang soya dan minyak biji serai daripada lebih 402 juta ekar.

Mengutamakan pengeluaran di atas tanah dengan potensi simpanan karbon rendah, sambil menghutanan semula kawasan pertanian yang mempunyai potensi simpanan secara serentak apabila tumbuh-tumbuhan dijana semula, boleh membantu mengimbangi pelepasan. Walaupun ini mencabar, ia boleh membantu dalam meningkatkan kelestarian bukan sahaja minyak sayuran, tetapi tanaman lain juga.

Apabila bercakap mengenai minyak sawit, salah satu sumber terbesar pelepasan GHG ialah air sisa yang dihasilkan semasa peringkat menekan minyak yang dipanggil efluen kilang minyak sawit (POME), yang membebaskan sejumlah besar metana. Setiap tan buah sawit yang dikisar menghasilkan kira-kira 0.87 meter padu POME. Menangkap dan menggunakannya sebagai sumber tenaga menggunakan teknologi penangkapan biogas, seperti sistem lagun berbumbung atau reaktor sesentuh, boleh mengurangkan jejak karbon pengeluaran minyak sawit secara drastik. Walau bagaimanapun, kebanyakan kilang pemprosesan minyak sawit masih belum menerima pakai teknologi ini.

Bagi jenis tanaman lain, meningkatkan kemampanan boleh bermakna mengurangkan jumlah nitrogen sintetik yang digunakan pada tanaman sebanyak mungkin, yang secara amnya merupakan sumber terbesar pelepasan GHG di ladang, tambahnya. Ini boleh dilakukan dengan memilih varieti tanaman yang ditanam yang lebih cekap dengan penggunaan nitrogennya dan termasuk tumbuhan pengikat nitrogen, seperti kekacang, dalam putaran tanaman, yang memberikan nitrogen kepada tanah secara lebih semula jadi.

Siapa yang boleh melaksanakan perubahan ini? Pada masa ini, terdapat sedikit insentif untuk pengeluar minyak sayuran untuk melakukan banyak usaha untuk mengurangkan pelepasan GHG mereka. Insentif kerajaan dan pelaburan dalam teknologi untuk mengurangkan pelepasan daripada langkah pemprosesan pasti akan membantu.

29 August 2022

Syarikat terkait Malaysia suspek utama pencemaran jerebu di Indonesia

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya terhukum juga si celaka yang mencemarkan alam sekitar dan udara kita dengan pencemaran berskala besar... Bayangkan saban tahun inilah antara syarikat yang menyebabkan jerebu menyesakkan udara kita dan menyebabkan pernah sekolah ditutup akibat dari kesan langsung jerebu.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang selalunya tidak sihat. Celaka betul lah.

#Jerebu #KulimBerhad #PembakaranHutan #Jenayah #AlamSekitar #IPU
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

23 June 2013

Penat Lar...

Bhai... Sori pasai tak update blog... Dok dalam tugasan... Susah skit nak cari masa private untuk update blog.... Hahaha... Aper pon gua takmo nak citer pasai Blackout 505 kat Padang Merbok yang pada pandangan peribadi gua sudah kureng momentumnyer... Macam kureng oksigen lar... Hahaha

Sudah tak macam BERSIH 3.0 atau HKR112....

Ader komen yang gua baca tanya mana dier geng LSF dan FRU serta tear gas dan sebagainya... Untuk pengetahuan lu orang... Semua tue memang ader dah... Sudah standby kat beberapa lokasi... Hehehe... Terutamanyer kat kawasan belakang Taman Tasik Perdana... Dan dikawasan Parlimen...

Maleh aaa nak citer ... Penat lar ...

Gua cuma nak citer tentang jerebu... betapa bongkaknyer kita manusia nih... sombong dan ta'ajub..... rasa hebat... dan selalu pandang rendah kat binatang waima kepada katak sekalipon...  Punya la berlagak manusia nih... Sampaikan mungkin dalam setahun tue tak pernah pon berdoa kepada Allah Taala mintak diturunkan hujan bagi membasahi bumi... Punya la bongkak...

Last-last ... Baru padan muka... Cuaca yang panas... Kering... Malah berjerebu dan mendatangkan pelbagai penyakit berasaskan kepada masalah pernafasan... Masa nih baru la ader ingat skit... itu pon tak  tau la selama mana nak beringat tue...

Bila jerebu melanda baru nak ingat berdoa kat Allah Taala mintak turunkan hujan... Hari lain lupa nak berdoa.. Katak dan kodok hari-hari berdoa kepada Allah Taala minta diturunkan hujan. Tumbuhan pon samer berzikir dan berdoa mintak diturunkan hujan...

Demi kemuliaan dan keberkatan doa-doa haiwan, serangga dan tumbuhan... Maka Allah Taala pon menurunkan hujan... Dan yang berbondong-bondong menyebat dan menggunakan air hujan aderlah manusia... Wei ... Tak malu ka... Takder perasaan malu ka... Mintak hujan takmo... Berdoa takmo... Tapi hujan yang turun atas doa haiwan, serangga dan tumbuhan pandai plak lu orang kebas.... Aper daaa

Malu la sikit bhai.... Malu aaa...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1