Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

13 November 2023

Hebatnya Indonesia

Bhai/DeeDee semua....

Perkhidmatan Kesihatan di Indonesia pun setakat so-so jer... Tapi Indonesia ader Hospital depa sendiri di Gaza... di Tanah Palestine.... 

Baru betul sumbangan tue sampai kepada yang memerlukan... tak macam kita... banyak yang ilang di jalanan.... hahaha.... abis kena sapu dek NGO ntah apa-apa...

Kalu lu orang nak sumbang ... bagi jer kat Mercy Malaysia... itu dah tentu sampai ke sana... yang lain ngarut ja...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Majlis Ulama Indonesia nih sama level ngan JAKIM la.


02 March 2023

Mahukah Malaysia Mengambil Pelajaran?

Bhai/DeeDee semua...

Indonesia mempunyai bilangan bijih Nickel terbesar di dunia. Sekitar 21 juta tan.

Masalahnya untuk kegunaan bateri EV, jenis bijih Nickel yang Indonesia ada hanyalah Type II iaitu hanya sesuai untuk industri “stainless steel”. Bateri EV perlukan bijih Nickel dari “Type I”. Kalu diproses secara dalaman... ianya boleh diupgrade kepada Type I ... takdak masalah.

Tapi…

Kerana bijaknya Kerajaan Indonesia, mereka membuat sekatan (banned) bagi ekspot bijih Nickel ini. Kerajaan Indonesia hanya membenarkan ekspot produk siap sahaja. Ini bermakna semua pengusaha mesti membuat proses “Smelting” di Indonesia.

Dengan cara ini mahu tak mahu semua syarikat terkait EV terpaksa membuka kilang dan memproses bijih Nickel, Bauksit, Antimoni, Timah dan sebagainya di Indonesia tanpa pengecualian.

Jadi, tindakan bijak ini sebenarnya yang akan memacu Indonesia jauh meninggalkan Malaysia.

Sementara Malaysia??

Kekal bangang dalam menguruskan industri. Minyak Sawit pon antar negara lain untuk diproses… belum lagi kes bijih Bauksit yang dihantar ke luar negara untuk diproses…

Huhuhu…



16 February 2023

Mentaliti Sampah, Hasilnya Sampah Juga

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang gua rasa macam tak boleh nak diubah adalah sikap dan mentaliti masyarakat setempat... Benda macam nih dah lama berlaku.. benda macam nih dah biasa sangat dilihat...  hanya kerana bermentalitikan sampah... maka hasilnya sampah juga...

Maaf cakap la...

Kenyataan ini memang kena pada Kelantan... sungguh... susah nak jumpa tempat yang tiada sampah berlonggok ... sana sini memang ada... dah bertahun gua berurusan di Kelantan.. dan dari apa yang gua nampak memang macam nih la sentiasa dimana-mana...

Pernah satu masa dulu gua pergi ke Pekan Baru Indonesia.... sekitar awal 2000 ... memang la sampah ada dimana-mana... tapi... masa gua pergi pada tahun 2016 ... susah nak jumpa sampah yang bertabur atau berlonggok di tepi jalan di Pekan Baru Indonesia... dah takder...

Kalu orang Indonesia boleh berubah... takkan orang Kelantan tak boleh berubah???

Tolong la berubah...



29 August 2022

Syarikat terkait Malaysia suspek utama pencemaran jerebu di Indonesia

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya terhukum juga si celaka yang mencemarkan alam sekitar dan udara kita dengan pencemaran berskala besar... Bayangkan saban tahun inilah antara syarikat yang menyebabkan jerebu menyesakkan udara kita dan menyebabkan pernah sekolah ditutup akibat dari kesan langsung jerebu.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang selalunya tidak sihat. Celaka betul lah.

#Jerebu #KulimBerhad #PembakaranHutan #Jenayah #AlamSekitar #IPU
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

24 June 2022

Rakyat Malaysia Pulak Akan Jadi Buruh Kasar Di Indonesia

Bhai/DeeDee semua...

Menjelang 2024, dijangkakan akan berlakulah ramai rakyat Malaysia berhijrah bekerja dan menjadi buruh kasar di Indonesia...  Bukan sebab bayaran disana lebih bagoosh.. tapi pasai peluang kerja yang banyak..


Takkan la rakyat Sabah dan Sarawak nak terus carik pekerjaan yang tiada di sana... mereka tentunya akan mencari pekerjaan di Borneo... di ibu negara baru Indonesia... yang mana menjanjikan ada kerja bagi yang mahu mencari pekerjaan...

Kerajaan Malaysia? Masih leka dan lena.



12 January 2022

Betapa Strategiknya Ibunegara Indonesia (Penajam) Yang Baharu.

Bhai/DeeDee semua...

Presiden Indonesia, Joko Widodo, telah mengumumkan bahawa negara terbesar di Asia Tenggara itu akan memindahkan ibu kotanya dari Jakarta ke sebuah lokasi di wilayah Kalimantan Timur, berhampiran Samarinda dan Balikpapan. Lokasi ini adalah di Penajam. Ini bertujuan untuk mengurangkan beban terhadap Jakarta yang sudah pun terlalu sesak kerana populasi yang terlalu tinggi dan mempunyai ancaman tenggelam dibawah paras laut.

Jadi... Berdasarkan kepada strategiknya kawasan ini... gua dapati ianya akan dijadikan sandaran untuk mengikat kekuasaan China di Laut China Selatan dimana Indonesia pastinya akan memperkukuhkan kekuatan militer lautnya di kepulauan Natuna. Malah kedudukan angkatan laut Indonesia di Kepulauan Sulawesi sendiri pastinya akan diangkat dengan lebih berjaya.

Kita tahu Borneo agak kurang impak kepada Gunung Berapi dan Gempa Bumi... malah sumber galian alam seperti emas, bijih besi, arang batu, minyak dan gas serta yang lainnya cukup banyak disini. Industri perlombongan akan boleh digiatkan dan diseliakan dengan jalinan infrastruktur awam seperti jalanraya, lebuhraya dan laluan keretapi yang lengkap dan teratur.

Dan pastinya akan ada sambungan akses ke Kuching, Kota Kinabalu dan Bandar Seri Begawan di Brunei

Ini akan menyebabkan peluang pekerjaan dan pembangunan di Borneo akan dapat dipertingkatkan dengan adanya modal insan seperti buruh mahir yang rendah kos pengendaliannya.

Hebat planning Indonesia dibawah kepimpinan Jokowi.

#Penajam #Indonesia #Borneo #IbunegaraBaharuIndonesia #Jokowi
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

08 July 2021

Lebih 38,000 kes baru, doktor Indonesia tentukan siapa 'terus hidup'

Bhai/DeeDee semua...

Kes meningkat naik. Makin tinggi di Indonesia. Tambah pulak ader varian baru virus Covid-19. Ramai yang mati... ramai yang terjangkiti..

Kita di Malaysia pun hari ini naik kes ke 8868 ... banyak tue.. takkan nak tunggu naik ke 15000 kes sehari baru nak beringat... huhuhu

#VaksinCovid19 #PusatPemberianVaksin #Nyawa

25 April 2021

Damailah Disana. KRI Nanggala 402

Bhai/DeeDee semua...

Beberapa hari nih gua cukup sedih bilamana berlakunya insiden Kapal Selam milik Republik Indonesia yang karam dan tenggelam didasar laut berhampiran Bali... pada kedalaman 850 meter dari paras laut.

53 orang anggota telah mendapat kecelakaan yang membawa maut. Moga rahmat, ehsan dan keampunan dari Allah Taala sentiasa ada bersama mereka. Aamin Ya Rabb.

Kepada Allah Taala kita berserah.

Selamat jalan saudara sebangsaku.




Senarai nama krew KRI Nanggala 402

1. Heri Oktavian – Letkol Laut (P) - Komandan KRI Nanggala-402 
2. Eko Firmanto – Mayor Laut (P) 
3. Wisnu Subiyantoro – Mayor Laut (T) 
4. Yohanes Heri – Kapten Laut (E) 
5. I Gede Kartika – Kapten Laut (P) 
6. Muhadi – Lettu Laut (P) 
7. Ady Sonata – Lettu Laut (P) 
8. Imam Adi – Lettu Laut (P) 
9. Anang Sutriatno – Lettu Laut (T) 
10. Adhi Laksmono – Letda Laut (E) 
11. Munawir – Letda Laut (P) 
12. Rhesa Tri – Letda Laut (T) 
13. Rintoni – Letda Laut (T) 
14. M Susanto – Letda Laut (P) 
15. Ruswanto – Serka Bah 
16. Yoto Eki Setiawan – Sertu Bah 
17. Ardi Ardiansyah – Sertu Ttu 
8. Achmad Faisal – Sertu Kom 
19. Willy Ridwan Santoso – Sertu Kom 
20. M Rusdiyansyah – Sertu Eko 
21. Ryan Yogie Pratama – Sertu Eki 
22. Dedi Hari Susilo – Sertu Mes 
23. Bambang Priyanto – Serda Bah 
24. Purwanto – Serda Kom 
25. Eko Prasetiyo – Serda Kom 
26. Harmanto – Serda Ttu 
27. Lutfi Anang – Serda Ttu 
28. Dwi Nugroho – Serda Atf 
29. Pandu Yudha Kusuma – Serda Ede 
30. Misnari – Serda Eta 
31. Setyo Wawan – Serda Saa 
32. Hendro Purwoto – Serda Lis 
33. Guntur Ari Prasetyo – Serda Mes 
34. Diyut Subandriyo – Serda Lis 
35. Wawan Hermanto – Serda Lis 
36. Syahwi Mapala – Serda Lis 
37. Wahyu Adiyas – Serda Lis 
38. Edi Wibowo – Serda Lis 
39. Kharisma D.B – Kopda Eta 
40. Nugroho Putranto – Kopda Tlg 
41. Khoirul Faizin – Kopda Mes 
42. Maryono – Kopda Trb 
43. Roni Effendi – Klk Eta 
44. Distriyan Andy P – KLK Eta 
45. Raditaka Margiansyah – KLS Isy 
46. Gunadi Fajar R – KLS Isy 
47. Denny Richi Sambudi – KLS Nav 
48. Muh Faqihudin Munir – KLS Mes 
49. Edy Siswanto – KLS Nav Non ABK 
50. Harry Setyawan – Kolonel Laut (P) – Dansatsel 
51. Irfan Suri – Letkol Laut (E) 
52. Whilly – Mayor Laut (E) 
53. Suheri – PNS


#prayfornanggala402

07 February 2021

Balik Awal

Bhai/DeeDee semua...

Dengar khabar Muhyiddin Yasin sudah balik awal dari Indonesia... Patutnya ader lagi 2 hari... tapi pasai tak tahan kena baham dalam media sosial tu yang balik awal... huhuhu... ntah la..

Tapi yang pasti... setiap masa kunjungan Muhyiddin Yasin tue ke Indonesia telah di upkan gambarnya dalam page FB Presiden Indonesia Jokowi .... Dan setiap kali itulah penuh wall page FB Presiden Indonesia itu dengan hashtag #NotMyPM #MuhyiddinOUT

Hahaha...

Memang kena bahan la... tu yang agaknya tak tahan tu sampaikan terpaksa balik awal... sabor je la... nasib baik tak kena troll #MakKauHijau ...

Kalu kena tatau la menangis keluar air mata kot?? Hahaha



30 December 2020

Bersungguh Mencari Dan Mendakwa Pelaku

Bhai/DeeDee semua...

Satu yang gua respek dengan Polis Indonesia adalah biasa buat siasatan memang bersungguh-sungguh... sampai dapat kesan pelaku dan terus mendakwa.. Berapa banyak kes yang dapat disiasat... contoh kes Aril Peter Pan dan Luna Maya...

Dalam kes Rizieq Shihab... siasatan dah buat... tapi disebabkan puak pentaksub ramai... dan suspek melarikan diri... tu yang tak dapat nak dakwa dan hukum...

La nih dalam kes Giselle Anastasia... laju ja Polis Indonesia kenalpasti pelaku dalam video seks yang tersebar... siap disahkan oleh pasukan forensik digital mereka lagi... tepat... dan akhirnya pelaku memberikan pengakuan mereka ... dan kini sedang berdepan hukuman...

Respek la... sebab takdak campurtangan kuasa politik... bagoosh....  tengok jugak kes Ahok dulu... dapat disiasat dan didakwa...

Kalu kat Malaysia.... hahaha... senyap sunyi la jawabnya... tengok macam kes Haziq dan Azmin la.... Haziq sampai la nih tak kena tangkap, siasat dan dakwa... walaupun dia membuat pengakuan sediri atas perlakuan dier... video kes pon tak dapat nak dibuktikan... cikai betul la pakar forensik digital Malaysia...

Buat malu ja...

Nih ader kes Kartel Daging.... tatau la apa akan hasilnya... silap-silap senyap sunyi ja sapu bawah karpet.... kena dakwa mungkin la level kambing hitam ja.... macam kes Sg Kim Kim.. macam kes Pencemaran Air Sungai Selangor... macam banyak lagi kes-kes lain..... senyap.... huhuhu

Aper nak jadi la....



28 March 2020

Bala Apa Pulak Lepas Ni???

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang kita dapat lihat kesan dari Covid-19 nih adalah banyak negara yang kelihatan seperti "Headless Chicken" .. dimana para pemimpin negara tersebut kelam kabut dan tidak tahu apa yang nak dibuat...

Segala planning semua caca marba... semua kelam kelibut... pening

Tambah lagi dengan kantung negara yang cukup-cukup makan jer... memang tak menunjukkan boleh selamat dari kesan rantaian ekonomi yang bertimpa-timpa.... Tambah dengan kos penyediaan kemudahan kesihatan yang memakan belanja yang cukup besar...

Sekarang nih... Indonesia (yang penduduknyan ada seramai 330++ juta) sudah terkena wabak Covid-19 nih.... dan mereka kini difasa pertama.... sama seperti India..... bayangkan... dengan jumlah penduduk yang begitu ramai... Indonesia diramalkan akan terkena impak Covid-19 kepada hampir separuh warganegaranya...

Bayangkan impak ekonomi yang akan berlaku..

Bagaimana ini akan memberi kesan kepada negara serantau... dimana Malaysia dan Thailand masih lagi pening nak mengendalikan kes ini....

Teruk bhai... tambah lagi USA telah menjadi juara Covid-19 dimana lebih 100 ribu warganya terkena Covid-19 dan kadar kematian disana telah meningkat dengan mendadak dalam 24 jam...

Bala apa pulak lepas ni??? Moga Allah Taala melindungi kita...

Aamin Ya Rabb

03 January 2013

JPN & Imigresen : Buat Kerja Ke Tidur?

Bhai.... gua cukup terkejut... dalam zaman teknologi maklumat sekarang nih pon boleh berlaku insiden macam nih... aper kejadahnyer... JPN nih buat kerja ke tidur? Macam mana boleh seorang warganegara Malaysia tidak dapat dipastikan kewarganegaraannya oleh pihak Imigresen dan PDRM... Pegawai Imigresen  dan PDRM tue ader ker buat semakan bersungguh-sungguh dalam kes nih... Menyusahkan ajer la... kesian mangsa (Faizada Aldam) nih.... bodo punya pengawai kerajaan...



Cuba kalu anak pegawai Imigresen, PDRM dan JPN nih yang kena macam nih... aper dier nak kata... takkan tabley nak pikir...takkan dalam masa 14 hari di pusat tahanan Imigresen tabley nak semak identiti dier... takkan tabley nak cari keluarga dier... takkan la dalam tempoh 6 bulan dalam Penjara Kajang.. takder sorang pon pegawai Penjara nak semak identiti mangsa nih.... ... takkan la polis yang tahan dier tue tak semak dan cari serta kenalpasti keluarga mangsa nih...

Bodoh aper.... patut pegawai polis yang menahan dier... pegawai penyiasat... ketua balai sampailah kepada OCPD dan KPN sendiri boleh dipersalahkan kerana tak siasat betul-betul... dan menyusahkan mangsa nih... Malah patut semuanya dikenakan tindakan tatatertib... termasuklah pegawai Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Benda sekecil dan sesimple nih pon tabley nak handle.... aper daaa... makan gaji buta ker aper... bangang betul lar.... nih yang buat gua jadi darah tinggi nih.... kesian kat Faizada Aldam nih... sungguh kesian... menjadi mangsa atas kebangangan pegawai PDRM, JPN dan Imigresen..... patut dier dan keluarga dier saman balik semua yang terlibat.... baru la ader akai... saman dalam RM100 juta bagi setiap satu agensi... dan jangan lupa saman Kerajaan Malaysia sekali pasai ader kakitangan bodoh camnie...

Warga asing senang plak diberikan jadi warganegara dan dapat MyKad... siap layak mengundi lagie... gampang punya JPN lar....

21 December 2012

Kalau Indonesia Boleh

Bhai.... Gua nak tanya lu aaa.... Indonesia tidak menyatakan bahawa ianya adalah negara Islam... Tak macam Malaysia kan... Diorang cuma kata bahawa Indonesia adalah negara Umat Islam yang paling ramai....

Malah... Selalu kiter dengar orang Malaysia kutuk Indonesia... Kata bahawa diprang terlalu bebas bab beragama sampaikan boleh berkahwin bercampur-campur agama...

Tapi ... Yang kat bawah nih patut bagi malu kat Malaysia... Sebab kita tak pernah nak bertegas kalu bab nih... Dulu ader kes yang berkaitan ngan arak nih... Aper jadi... Siap Dewa Bola boleh plak bagi pengampunan lagi daripada hukuman atas kesalahan meminum arak...

Aper nak heran kan... kalu Dewa Bola tak kasi pengampunan... nanti anak buah Dewa Bola plak buat benda yang samer mesti kena punya... Macam la Dewa Bola tue maksum daripada berbuat maksiat... Hahaha

Nih... Kalau Indonesia boleh... Kiter takkan tak boleh???

14 December 2012

Zainuddin Maidin Semakin Mengarut

Hahaha.... Baca bhai... Jangan tak baca kat blog dier.. Zainuddin Maidin nih mengaku dier wartawan senior... Tapi... Still kayu... Mana taknyer... Dier tak tau beza antara Westminster dan Manchester.... Hahaha

Kiter kat Malaysia nih mengamalkan demokrasi ala Westminster la... Bukan demokrasi ala Manchester... Tue la... Banyak lagi tengok EPL... Dan kurang nak sokong Liga Bolasepak Tempatan....

Kayu betul la... Sungguh mengarut la Zainuddin Maidin nih... Nak tau baca kat sini la



28 July 2012

Kesianlah Kat DIa

Bhai.... gua dah lama tau dah yang dier nih bangang.. walaupun dier ader PHD.. tapi memang dier bangang... nak buat camana.... Dier dapat PHD dulu pon gua rasa bukan pasai kajian dier bagoosh.. tapi pasai pensyarah dier kesian kat dier... pasai dier bekas menteri masa tue... jadi... pensyarah dier malu alah... then .. bagi jer lah PHD kat mamat tue... hahahaha

Skarang nih dah satu Malaysia tahu yang mamat tue bangang.... nak buat camana.... bukan setakat bangang... tapi jenis bodek dan ampu tahap dewa.... hahahaha... kesian dier... mana taknyer.. kalu dier tak ampu dan bodek tahap dewa... kes amah dier tue mesti akan bocor... hahaha

Masak dier kalu satu Malaysia tahu aper citer sebenarnya dalam kes amah dier... Kes anak dier yang nama macam dinosaur tue pon ... hehehe.. satu hal gak... hahaa.. tak baek ooo citer keaiban orang dalam bulan posa nih... hahahaha

Jadi... kesianlah kat dia aaa.... hahahaha.... nanti dier nangis nanti... nanti dier merajuk nanti... jambatan mana plak dier nak bakar... jambatan yang dier bakar dulu rasanyer skarang nih dier sedang pakai... takkan nak bakar plak jambatan nih... hehehehe

Kalu gua jadi pensyarah PHD dier.... yang jadi penilai PHD dier... gua rasa aaa.. gua akan letak jawatan kerana malu dan terhina pasai bagi PHD kat pelajar yang bangang .... hahahaha

06 January 2011

Berita Terkini : Menteri dirogol oleh pembantu rumahnya

Kuala Lumpur, 5 Januari 2011:

Seorang Menteri Kanan mengaku telah dirogol secara paksa beberapa kali oleh pembantu rumahnya. Kejadian ini khabarnya berlaku beberapa kali seawal 4 tahun yang lalu. Mengikut keterangan mangsa (Menteri Kanan), ianya berlaku pada suatu petang hujung minggu ketika beliau sedang berehat-rehat sambil membaca akhbar Utusan Malaysia.

Pembantu rumahnya warga Indonesia telah dengan rakusnya menyentap tangannya dan mengheret mangsa kedalam bilik pembantu rumah tersebut. Pembantu rumah tersebut dengan bertenaga telah mengoyakkan kain pelikat yang dipakai oleh mangsa lalu merogolnya beberapa kali.

Mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketika kejadian pertama kali, mangsa telah tidak sempat menelan pil Viagra. Hasilnya walaupun mangsa dirogol beberapa kali, alat kelamin mangsa tidak dapat berfungsi dengan cekapnya.

Mangsa juga telah dipaksa supaya tidak memberitahu sesiapa akan kejadian rogol ini kerana Pembantu Rumah tersebut mempunyai ramai rakan dan kenalan diseluruh Malaysia yang mana akan memastikan bahawa mangsa tidak membocorkan rahsia. Malah pembantu rumah tersebut (suspek) mengatakan bahawa beliau mempunyai banyak wang untuk digunakan sebagai upah memastikan kes ini disenyapkan.

Mangsa (Menteri Kanan) berasa amat takut dengan ugutan ini disamping berasa malu jika kejadian mangsa dirogol menjadi buat mulut orang lain. Isteri mangsa juga telah meminta bahawa perkara ini tidak dihebohkan demi keselamatan dan maruah mangsa.

Mangsa yang berumur hampir 70 tahun kini amat malu untuk bertemu dengan wartawan dan sebagainya kerana risau akan ugutan saspek (pembantu rumah warga Indonesia) yang berumur 30 ~ 40 tahun itu.

Kes ini nampaknya tidak akan diambil perhatian oleh Polis Malaysia kerana kekurangan bukti. Malah bukti DNA juga tidak dapat dikesan. Bukti air mani juga khabarnya tidak dapat dibuktikan kerana mangsa tidak sempat menelan pil Viagra sebelum kejadian.

Majalah Mangga bil 1/2011 (mukasurat 2)

08 August 2010

10 September 2009

Tindakbalas Terhadap Indonesia

Nie gua nak cadangkan beberapa perkara untuk menyelesaikan semua kemelut yang berkaitan dengan Indonesia...

  1. Hantar semua warga Indon balik ke negara dier..
  2. Beku dan batalkan semua permit orang gaji dan pekerja Indon.
  3. Semua stesen TV dan Radio perlu gam semua artis Indonesia.
  4. Kita batalkan kebenaran mendarat kapal terbang Indonesia di semua lapangan terbang
Tapi itu semua tindakan yang tida wajar dilakukan...

Malaysia patutnya bertindak tapi masih dibatasi oleh undang-undang.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1