Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Sikap. Show all posts
Showing posts with label Sikap. Show all posts

05 March 2023

Tindakan Tegas Buat Pemilik PPR

Bhai/DeeDee semua...

Gua berpandangan bahawa bukan sahaja bakal pemilik PPR tetapi semua pemilik lot PPR sedia ada wajib menghadiri kursus kesedaran sivik nih. 

Jadikan ianya mandatori.

Kepada yang gagal hadir atau gagal ujian khas kesedaran sivik ini, perlu buat ulangan. Tapi jika gagal ulangan maka pemilikan akan  dibatalkan.

Kena buat tegas sikit baru la boleh ada perubahan.

Paling penting : buat spotcheck selalu, mana-mana lot PPR yang disewakan kepada pihak ketiga, pemilikan dibatalkan serta merta tanpa dibenarkan rayuan. Denda yang tinggi wajar dikenakan kepada bekas penilik dan disenarai hitamkan dari memohon PPR di masa depan.

Supaya tiada penyalahgunaan (abuse) dilakukan.

Kursus Kesedaran Sivik Pemilik PPR


16 February 2023

Mentaliti Sampah, Hasilnya Sampah Juga

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang gua rasa macam tak boleh nak diubah adalah sikap dan mentaliti masyarakat setempat... Benda macam nih dah lama berlaku.. benda macam nih dah biasa sangat dilihat...  hanya kerana bermentalitikan sampah... maka hasilnya sampah juga...

Maaf cakap la...

Kenyataan ini memang kena pada Kelantan... sungguh... susah nak jumpa tempat yang tiada sampah berlonggok ... sana sini memang ada... dah bertahun gua berurusan di Kelantan.. dan dari apa yang gua nampak memang macam nih la sentiasa dimana-mana...

Pernah satu masa dulu gua pergi ke Pekan Baru Indonesia.... sekitar awal 2000 ... memang la sampah ada dimana-mana... tapi... masa gua pergi pada tahun 2016 ... susah nak jumpa sampah yang bertabur atau berlonggok di tepi jalan di Pekan Baru Indonesia... dah takder...

Kalu orang Indonesia boleh berubah... takkan orang Kelantan tak boleh berubah???

Tolong la berubah...



22 August 2021

Tak Sampai 24 Jam

Bhai/DeeDee semua...

Tak sampai 24 jam... UMNO dah tunjukkan belang mereka yang sebenar... selama hampir 18 bulan sebelum ini langsung kita tak mendengar keluhan atau saranan dari UMNO yang mengatakan bahawa Kerajaan pada masa itu bukanlah Kerajaan Perikatan Nasional... tetapi Kerajaan Malaysia (Kerajaan Campuran)...

Betul ... kita tak mendengarnya... Memang kita tak dicanangkan perkara ini...

Tapi tak sampai 24 Jam selepas UMNO mendapat kuasanya dengan perlantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia... maka mulalah seorang dua warlord dalam UMNO macam Abdul Rahman Dahalan dan Ahmad Maslan mengutarakan suara-suara UMNO yang tidak mahu menggunapakai nama Perikatan Nasional..

Malah kata Abdul Rahman Dahalan... dier tak tau macam mana orang boleh sebut Kerajaan pada masa itu adalah Kerajaan Perikatan Nasional... 

Hahaha.... ini semua cakap-cakap cicak mengkarung yang masih perasan hebat... masih perasan berkuasa besar... baru jer UMNO dapat kuasa balik... sudah bercakap dan berkata yang bukan-bukan... hahaha... Ini macam lah bagoosh... Ini menunjukkan sikap sebenar UMNO selama ini...

Dan inilah yang memang kita dah boleh jangka... dan tunggulah pulak apa kata parti PAS.... ahhahaa ... yang itu dari PAS mesti lagi lawak...



28 January 2021

Air Kelantan? Sekadar Pandangan

Bhai/DeeDee semua...

Dah lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan... bukan satu jangkamasa yang singkat... Kalu ader yang lahir masa PAS mula-mula perintah Kelantan.. sekarang ini rasanya bukan setakat sudah bekerja... taou mungkin sudah ader 3 atau 4 orang anak....

Begitulah lamanya PAS perintah Kelantan...

Tapi... orang cakap... lamanya sesuatu kerajaan negeri itu memerintah bukanlah satu penanda aras berlakunya perubahan dalam pentadbiran, pembangunan dan sosio-ekonomi rakyat..

Bayangkanlah semasa 30 tahun Kerajaan PAS memerintah... apa yang kita disajikan adalah betapa payahnya Kerajaan Negeri memerintah dalam keadaaan dana yang kurang.. ditambah lagi dengan kata bicara kononnya berlaku sekatan dana dari Kerajaan Persekutuan.... Betul... memang ada dana yang tersekat dan tersangkut... tapi itu bukanlah satu alasan yang tepat untuk terus berkeadaan begini..

Kerajaan Negeri yang diterajui PAS yang katanya ramai golongan professional tu sewajarnya dah lama boleh melihat dan mencari jalan untuk menjana dana dari dalam negeri itu sendiri... Contoh paling utama dengan keluasan tanah yang cukup besar dan landai... Kelantan sebenarnya boleh memajukan banyak industri sama ada yang bersaiz kecil dan sederhana sertajuga industri perladangan dan perkebunan.. Malah patutnya dengan guna tenaga yang cekap... industri ruminan juga boleh dilaksanakan secara berkesan.

Tapi yer la.... apa yang boleh diharapkan dengan kepimpian Kerajaan Negeri dan Parti yang susah nak terima pandangan dari sudut professional.. Mereka cuma nampak pada Hutan sahaja... itu sahaja yang mereka nampak untuk mendapatkan hasil untuk negeri... payah kalu dah mentaliti macam tue..

Sedangkan industri perikanan terutamanya laut dalam memang boleh dilaksanakan disana dengan bantuan dan kerjasama Kerajaan Negeri.... dengan memanfaatkan Koperasi Nelayan dengan lebih bersepadu sewajarnya mereka boleh menerajui industri perikanan laut dalam dan juga perikanan secara sangkar.

Itu gua citer dari sudut luar...

Kalu berkenaan dengan Air Kelantan... ini satu perkara yang agak payah nak diselesaikan... Semua sebab sikap dan keras kepala banyak pihak... Kita tahu selama 30 tahun paip-paip air besar milik Air Kelantan tidak dapat ditingkatkan dan dibaik pulih... Hampir 95% paip-paip besar milik Air Kelantan di Kota Bharu tidak dapat diakses untuk dibaik pulih hanya kerana ada binaan-binaan milik persendirian yang telah dibina diatas laluan paip ini... Hampir semua kawasan ROW untuk perkhidmatan Air Kelantan telah digunapakai secara haram oleh pemilik hartanah yang berdekatan... 

Kaki lima jalan yang sepatutnya adalah laluan ROW paip Air Kelantan biasanya telah menjadi binaan kedai dan gerai malah ada yang menyambung membesarkan ruang rumah dan kedai sehingga mengambil kawasan ROW ini... Nak kata takder amaran dari PBT, mungkin betul tiada... tapi ... kalu ada pun biasanya PBT tak berani nak ambil tindakan lanjut hanya kerana sikap samseng dan gedebe orang Kelantan... kalau rasa nak kena parang, cuba lah runtuhkan binaan tu...

Masalah yang paling utama sebenarnya di Kelantan terutama di Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan sekitarnya adalah sikap tak ambil cakna atas had dan limit kawasan hakmilik tanah masing-masing. Dalam banyak keadaan, mengambil kawasan tanah milik awam menjadi sebahagian dari tanah penduduk tempatan adalah dikira normal.... Betul betul gila... Bukan tak ader diajar dalam agama bahawa haram hukumnya mengambil hak yang salah... tapi di Serambi Mekah ni ianya serupa mencurahkan air kedaun keladi...

Sebab itu Air Kelantan susah nak buat pembaikan dan penambahbaikan pada sistem perpaipan Air Kelantan terutamanya dikawasan bandar.... Walaupun berbilion duit disediakan ... tapi tetap susah nak dibuat... Kalu nak merobohkan binaan haram diatas ROW Air Kelantan nih, maka bersedialah dengan maki hamun atau bantahan besar-besaran... malah boleh jadi ada yang kena parang atau bedil..

Ini realiti.... Semuanya sebab sikap... acuh tak acuh dipermulaannya yang akhirnya sudah membarah... Apa pun terima sahajalah ..... kita tambah lagi 30 tahun ... kerana nampaknya takder tanda-tanda warga Kelantan akan berubah....

Kita yang dari luar Kelantan nih cuma mampu beri cadangan dan pandangan je... tapi kalu orang Kelantan tak mahu berubah... kita nak kata apa.... biarkanlah.... mereka dah selesa macam tue...

Hahahaha



01 January 2021

2021 - Malaysia Zombie Land

Bhai/DeeDee semua....

Satu perkara yang kita tak boleh nak nafikan adalah betapa teruknya sistem politik dan siasah di Malaysia nih. Ini semua kerana ketaksuban kita warga Malaysia sama ada terhadap jalur politik yang kita pilih atau terhadap kaum/bangsa/agama yang kita memang dilahirkan sebegitu.



Malah ketaksuban terhadap kaum bangsawan juga adalah sebahagian dari masalah.

Jadi... bila gua bagi tajuk 2021 - Malaysia Zombie Land... ini bukan bermaksud rakyat Malaysia telah terkena dengan gangguan penyakit Zombie (menjadi mayat hidup) atau penyakit Covid-19 ... akan tetapi Zombie memang tak mengikut akal fikiran yang waras... Zombie akan ikut apa yang telah diprogramkan dalam sistem dier..

Inilah maksud gua...

Kalu ketaksuban terhadap jalur politik... maka apa sahaja yang dilakukan oleh jalur tersebut semuanya dianggap betul dan tepat walaupun ianya merosakkan negara bangsa.

Kalu ketaksuban terhadap kaum/bangsa/agama .... maka apa sahaja yang diprogramkan dan dilakukan oleh jalur tersebut semuanya dianggap betul dan tepat walaupun ianya merosakkan negara bangsa.. Malah dalam banyak keadaan... yang selain dari jalur ini dianggap sesat, kafir dan lekeh.

Itu belum lagi kalu ketaksuban terhadap para dewa dan dewi kayangan... memang susah nak dinasihatkan dan dibentuk... dan ini memang antara yang paling teruk... segala apa yang dibuat oleh dewa dan dewi dianggap bayangan Tuhan di muka bumi.... dan tidak boleh langsung dipertikaikan....

Memang bangang... tapi itulah.... 

Dan memang itulah Malaysia waima tahun 2020 atau 2021 dan seterusnya... susah nak berubah dah... dah kronik... 

Cuma satu ja yang gua harapkan.... 25 tahun lagi harapnya yang celaka semua nih dapat di MUZIUM kan.

Aamin Ya Rabb.





13 May 2013

Inilah PAS

Bhai.... sori artikel ini secara jelas memang bertujuan menghentam PAS.... jadi sila guna akal fikiran yang waras tanpa dibelenggu emosi untuk melihat apa yang gua tuliskan nih... Yang baik dijadikan pengajaran... yang jelik dijadikan sempadan... Anyway... kalu lu orang pembaca tegar blog nih... sure boleh tangkap aper yang gua maksudkan dalam artikel "Inilah PAS" nih....

Okeh....  PAS khabarnya adalah satu partai pejuang Islam... partai yang didokong dan disokong oleh para pejuang yang ingin melihat undang-undang Allah tertegak diatas muka bumi Malaysia ini... Kalu pon tidak pada masa ini.... mungkin satu masa nanti... pokok tidak akan tertegak tumbuh... melainkan telah ditanam, dibaja dan diairi benih yang terbaek..

Flip Flop
Tapi .... sedih... gua cukup sedih biler membaca beberapa statement dan kenyataan bersangkutan dengan PAS dari mulut-mulut pemimpin PAS itu sendiri... PAS menganjurkan tahaluf siyasi dalam memastikan usaha untuk merubah sistem politik negara.... Namun cakap-cakap berunsur fitnah oleh beberapa pemimpin PAS sebenarnyalah yang menghalang dari terjadinya perubahan iklim politik tanahair...

Dalam muktamar... PAS mengunjurkan tahaluf siyasi kepada para penyokongnya dengan kerjasama DAP dan PKR atas dasar politik. Dasar utama PAS iaitu menegakkan hukum Allah dimuka bumi ini tidak dijadikan satu penghalang kepada tahaluf siyasi ini.... Untuk mendapatkan kuasa memerintah dan seterusnya menjalankan yang haq.... perlulah kepada percaturan sistem politik... Negara ini negara demokrasi....

Tapi.... biler ader pimpinan dalam PAS yang bersetuju dengan kerja buat celaka SPR pada PRU13... hanya kerana mereka dapat beberapa kerusi yang diidamkan.... gua rasa macam nak maki jer pimpinan PAS nih....  Ader pulak pimpinan yang ajak rakyat redha dan bersyukur atas kemenangan pada PRU13... tapi langsung tidak terkeluar dari mulut-mulut "bertaraf longkang" pimpinan PAS nih tentang penipuan dan celakanya kerja buat SPR pada PRU13....

Malah dalam diam... ader dikalangan mulut-mulut "bertaraf longkang" ini yang sibuk mengusahakan untuk bekerjasama dengan UMNO atas dasar Melayu - Melayu.... sehinggakan diorang lupa "mulut longkang" diorang lah yang meratibkan tahaluf siyasi sesama Pakatan Rakyat....  Diorang jugak la yang mencelakakan Pakatan Rakyat dengan membuat perhitungan bersaing sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat pada PRU13.... semuanya semata-mata mahukan menang kerusi atas tiket sentimen ABCD... biler dah menang... mengaku bahawa kemenangan diorang adalah atas usaha dan kekuatan parti semata-mata... tanpa mengira isu ABCD.... macam celaka kan.... dan Inilah PAS...

Dimana Kerusi PAS Terengganu Yang Katanya Kuat Tue?
Nih ... siap ader yang kata nak tunggu post mortem PRU13 .. baru tau aper punca kekalahan Pakatan Rakyat..... celaka betul la semua nih.....  semua orang tau kekalahan Pakatan Rakyat pada PRU13 aderlah disebabkan oleh "mulut longkang" mangkuk nih..... Tak payah la nak buat post mortem berbagai.... semua dah jelas.... semua dah clear..

Biler Pakatan Rakyat dok nak buat bantahan rakyat bagi PRU13 dengan cara berhimpun.... mangkuk-mangkuk nih la yang kata tak perlu.... tak payah... buang masa.... ini bukan cara PAS..... cheyy.... cam siot jer lar.... Untuk pengetahuan lu... cuba kira berapa kali rakyat kena belasah dan kena tear gas setiap kali perhimpunan aman..... cuba lu tanya... aper spesis pejuang Islam nih kalu ader yang tak pernah langsung turun memperjuangkan hak dalam mana-mana perhimpunan aman....

Cuba lu bagitau gua berapa kali dah Harun Taib, Haron Din dan sebagainyer kena tear gas dan water cannon berasid... cuba bagitau berapa kali Harun Taib, Haron Din dan sebagainyer kena belasah dengan FRU.... cuba bagitau.. Ingat tak dulu masa Nasharuddin Mat Isa masih ader dalam PAS... masa dier jadi Timbalan Presiden PAS.... berapa kali kah dier nih lead perhimpunan aman bantah ketidakadilan BN dan SPR.... cuba bagitau kat gua berapa kali.... .

Ini ker contoh terbaek pejuang..... poodah la wei....

Kalu dalam zaman Nabi dulu.... ader sahabat yang dok ngelat dalam peperangan.... biasanyer dier nih akan dipulaukan oleh para sahabat yang lain.... malah ader yang disabitkan sebagai munafik pasai kelaku camnie..... Ader kes mengelat pergi perang sampaikan Allah Taala turunkan ayat Al Quran mengenainya...(sori.. gua lupa ayat yang mana satu)...

So... kesimpulannyer yang gua dapat buat.... Inilah PAS.... penuh dengan kemengarutan jer.... sori.... memang benda yang betul.... selagi PAS masih bersikap apologetik nih.. selagi itulah PAS akan kekal menjadi pembangkang... dan pada PRU14 nanti... InsyaAllah .... PAS akan kalah di Kelantan...  kalu inilah perangainya....

02 May 2013

KHAS: Beza Orang Melayu Dengan Orang Islam

Bhai... Lu tau dak ... sebenarnya ader beza orang Melayu dengan Orang Islam..... hahaha..... Mesti lu akan kater gua mengarut... dan aper kena mengena ini cerita dalam situasi orang nak PRU13 nih... hahaha... Ader bhai... ader kena mengena... dan benda nih tak mengarut...

Hahaha.... camnie.... Mari gua tunjukkan perbezaan antara orang Melayu dan Orang Islam....

  • Orang Melayu takkan pegang anjing atau babi... haram pada diorang..... tetapi Orang Islam takder masalah nak pegang anjing atau babi .... sebab sebenarnya ianya cuma najis berat .. tapi boleh diuruskan dengan menyamak/sertu
  • Orang Melayu akan takder masalah berjudi (laga ayam, tikam nombor, atau main daun terup) tapi Orang Islam akan menjauhkan judi.
  • Orang Melayu ramai yang minum arak dan minuman yang memabukkan tetapi Orang Islam akan menjauhkan diri dari meminum arak dan minuman yang memabukkan
  • Orang Melayu takder masalah nak berkhalwat, bersekududukan, berzina dan sebagainya... dah kira jadi macam stendet la nih.... Tapi Orang Islam akan menolak melakukan maksiat ini
  • Orang Melayu takder masalah membazir duit untuk bermain mercun dan sebagainya... tetapi Orang Islam sebolehnya akan mencuba untuk tidak membazir
  • Orang Melayu kalu jadi polis biasanyer akan cuba tunjuk lagak dan mengepow orang lain.... tapi Orang Islam takkan buat benda macam nih walaupun dier berkuasa.
  • Orang Melayu taksub dengan pemakaian baju melayu... kalu takder baju melayu tabley nak pegi solat Jumaat atau Hari Raya.... tapi Orang Islam takder masalah... janji pakaian itu bersih dan elok dier akan gunakan.
  • Orang Melayu akan sujud sembah kat dewa dan dewata raya... serta percaya bahawa dewa dan dewata raya itu maksum.... tetapi Orang Islam akan hormat dewa atau dewata raya selagi mana dewa dan dewata raya itu mengikut Al Quran dan Al Hadith serta hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah Taala.
  • Orang Melayu akan undi calon BN walaupun diorang tahu calon BN tue rasuah dan banyak salahguna kuasa.... tapi Orang Islam dier akan pilih calon berdasarkan usul fiqh (selalunya memilih PAS sebagai wadah politiknya)
Hahaha.... ini baru sikit jer bhai..... lain kali kalu gua ader masa gua tambah lagi list nih.... gua dah nak mengantuk nih... pukul 8 malam nih ader urusan kat tempat client untuk upgrade Storage Server diorang.... yang lagi best tue... Storage Server nih link dengan Oracle 11G Database ... live plak tue... jangan kaput sudah lar.... hahahaha....

Solosai urusan nanti gua akan rempit balik Kemaman naik motor.... pergh.... dah lama tak naik motor tengah malam jauh-jauh nih.... ader la 120km malam nih nak kena travel.... hahaha....

kalu bungkusan berplastik camnie... mesti orang Melayu yang baling... kalu orang kafir dier baling tak pakai plastik pon.

04 February 2013

Hehehe

Bhai.... Pertama sekali... gua nak ucapkan selamat maju jaya kepada wartawan Sinar Harian yang bernama Wan Saidatul Fadzilah Binti Wan Najemudin ... gua saspek dier nih mesti wartawan paling junior.... paling muda... baru dapat kerja kot.... hahaha....

Pasai tue la nama orang yang dier temuramah dier boleh tersalah tulis dalam artikel dier yang diterbitkan di Sinar Harian hari nih... Hahaha... yang lagi lawak tue... editor akhbar Sinar Harian pon terlupa nak semak nama orang yang ditemuramah.... kesilapan yang agak besar bagi sesiapa yang berkhidmat dalam dunia kewartawanan.... Hahaha...

Takper.. takper.. kiter bagi peluang kepada dier.... hahaha



Keduanya .....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1