Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Penyakit. Show all posts

06 October 2023

WalaNON Jadi Auto Bodoh

Bhai/DeeDee semua...

Gua peratikan sejak Anwar Ibrahim jadi PMX ... secara otomatik WalaNON jadi auto bodoh.... 

Kesian betul la... Benda bangang pun WalaNON dok bekap dan puja puji... Hahahaha.....

Kalu Walaun dan Macai serta Walatok tue memang sah la dah lama auto bodoh... Nih WalaNON pun jangkit penyakit sama.... Hahaha... Otak sudah kena pajak,... Tabley nak fikir waras dah...

Hahaha.... kesian betul.... Tak payah jauh la korang kalu nak stadi dan nak kaji... tengok sajer la komen-komen WalaNON kat blog gua nih pon dah cukup la... senang sangat nak detect WalaNON.... komen mesti auto bodoh... 

Tak kira la yang level belajar sampai PhD ... pun dah jadi WalaNON auto bodoh... Hahahaha

Hahahaha... gua memang sengaja lepaskan semua komen... tak kisah la komen Walaun ka... Macai ka... Walatok ka... WalaNON ka.... supaya korang boleh tengok tahap kepala hotak para pentaksub nih.... supaya korang yang masih waras boleh berakal....  Hahahaha,

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



30 December 2022

Tangguhlah Dulu

Bhai/DeeDee semua...

Pada 24 Disember 2022.... terbit satu berita di MailOnline berkenaan kadar jangkitan Covid-19 di China...

Sehingga 250 juta orang dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 20 hari pertama pada bulan ini di China, demikian menurut anggaran rasmi ketika kekalutan tentang peningkatan kes koronavirus berterusan, lapor portal berita MailOnline.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China percaya bahawa sebanyak 18 peratus penduduk telah dijangkiti selepas Beijing membuat pusingan U dengan memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang kontroversi bulan lalu.

Hospital-hospital dibanjiri pesakit, manakala bilik-bilik mayat juga dipenuhi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Angka rasmi pemerintah China menunjukkan kes menurun, namun ia dipercayai berpunca daripada penurunan ujian saringan berbanding sebelum ini.

Pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa situasi di negara tersebut boleh menyebabkan seluruh dunia kembali ke tahap pertama dalam memerangi Covid-19. - sumber

Jadi .... gua amat bersetuju jika pihak Jabatan Imigresen dan Kerajaan Malaysia mengambil keputusan menangguhkan dahulu kemasukan pelancong dari China ke Malaysia... tak kisah la atas tujuan pelancongan atau perniagaa... Bahaya... kita takmo berlakunya kesan sama macam dulu sehingga satu negara terkena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Jangan hanya kerana duit yang sedikit (hasil dari pelancongan)... kita rugi ratusan juta ringgit malah dikhabarkan sehingga mencecah bilion ringgit nilainya akibat dari kesan PKP dan penutupan industri... Kita dah serik... Kita dulu pun dah nasihat... dan kini kita nasihat lagi sekali...

Tapi kalu Kerajaan Malaysia tetap bodoh... memang tak boleh nak kata apa la..... huhuhu


Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian Covid-19 di negara itu reda.

Presiden Mata Mohd Khalid Harun berkata lonjakan ketara kes Covid-19 di China baru-baru ini meningkatkan lagi potensi varian baru yang bakal muncul sekali gus memberi kegusaran kepada rakyat Malaysia khususnya pemain industri pelancongan.

“Kita semua sedia maklum hospital di seluruh China telah dibelenggu oleh letupan kes Covid-19 berikutan keputusan Beijing untuk menarik balik peraturan ketat mereka.

“Trauma yang dihadapi oleh pemain industri pelancongan akibat Covid-19 masih belum selesai malah banyak agensi pelancongan serta hotel ditutup sepenuhnya akibat Covid-19 dengan kerugian berbilion ringgit dalam tempoh dua tahun yang lalu,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Justeru, dia berharap perkara seumpama itu tidak berulang memandangkan pemain industri pelancongan amat terkesan sebelum ini dan masih dalam proses pemulihan.

Mohd Khalid juga berkata banyak negara telah memperketat kemasukan pelancong atau ahli perniagaan dari China buat masa ini bagi menyekat penularan virus Covid-19.

Dia turut menasihati pemain industri pelancongan Malaysia agar mengalihkan perniagaan mereka kepada pelancong dari Timur Tengah dan Eropah tanpa bergantung kepada China buat masa ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia dijangka menyaksikan lonjakan permintaan penerbangan susulan pembukaan semula sempadan China.

China dilapor akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik Covid-19.

25 December 2022

Macam-Macam Persepsi ...

Bhai/DeeDee semua...

Covid-19 adalah satu wabak penyakit... Ianya memang bahaya... menyebabkan masalah pernafasan.. Betul ada ramai orang yang mengatakan bahawa Covid-19 nih sekadar hoax jer.. Ada juga yang menolak langsung semua perkara terkait Covid-19 termasuklah pemvaksinan... Malah mereka mengatakan bahawa Vaksin Covid-19 itu sebenarnya yang lebih membahayakan nyawa mereka...

Anti-Vaksin ada dimana-mana.. Bukan sahaja di negara membangun, negara mundur.... tapi juga di negara maju... Pandangan manusia ada pelbagai... macam-macam persepsi... Nak buat macam-mana... ianya seperti macam pandangan tentang parti politik... ditipu berkali-kali oleh sesuatu parti politik pun tetap juga bertegas nak mengundi dan menyokong parti politik yang itu  juga... Hahaha

Kebodohan itu kekal.. ketaksuban itu juga kekal.... Sebab itulah Syaitan berjaya... berjaya menghasut manusia.... walaupun manusia tahu syaitan itu musuhnya yang nyata....

Apa pun.. gua berharap sangat agar Kerajaan Malaysia kekal mengadakan ujian yang ketat di semua pintu masuk negara ini (darat, laut dan udara) untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dari China dan negara lain... Saringan dan penilaian serta pemantauan yang ketat perlu sentiasa dikuat-kuasakan.

Kita taknak varian baru wabak ini dari menular di sini... Kita taknak impak Covid-19 menyusahkan urusan harian masyarakat Malaysia....

Covid-19 is real ... kepada yang tak percaya kepadanya, gua harap korang tak kena la Covid-19 sehingga ketahap perlu ditidurkan.... tapi kalu itulah sesuatu yang perlu untuk menyedarkan korang... apa salahnya kan... Huhuhu...


Sehingga 250 juta orang dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 20 hari pertama pada bulan ini di China, demikian menurut anggaran rasmi ketika kekalutan tentang peningkatan kes koronavirus berterusan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China percaya bahawa sebanyak 18 peratus penduduk telah dijangkiti selepas Beijing membuat pusingan U dengan memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang kontroversi bulan lalu.

Hospital-hospital dibanjiri pesakit, manakala bilik-bilik mayat juga dipenuhi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Angka rasmi pemerintah China menunjukkan kes menurun, namun ia dipercayai berpunca daripada penurunan ujian saringan berbanding sebelum ini.

Pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa situasi di negara tersebut boleh menyebabkan seluruh dunia kembali ke tahap pertama dalam memerangi Covid-19.

Imuniti rendah yang berpunca daripada kadar vaksinasi tidak meluas dan kekurangan jangkitan sebelum ini akibat dasar sifar Covid, menjadi pendorong kepada gelombang Covid-19 di China pada masa ini.

Sehingga sejuta orang dibimbangi berisiko meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang, demikian menurut satu unjuran yang mengejutkan.

Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC), Sun Yang mendedahkan angka terkini itu semasa taklimat kesihatan Rabu lalu, lapor akhbar Financial Times.

Angka itu termasuk 37 juta orang yang dijangkiti Selasa lalu sahaja yang menyumbang kira-kira 2.6 peratus daripada penduduk China. Yang berkata, Covid-19 kini merebak pada kadar yang lebih cepat.

Kira-kira separuh daripada penduduk di bandar raya Beijing dan Sichuan telah pun dijangkiti, kata sumber pula.

24 December 2021

Penyakit Selepas Banjir

Bhai/DeeDee semua...

Benda yang paling kita takuti selepas setiap kali berlakunya banjir adalah penyakit atau wabak... Biasanya impak sertamerta selepas banjir adalah penyakit Taun... dan apa sahaja penyakit bawaan air terutamanya penyakit Kencing Tikus... 

Tekanan air yang rendah nih kita faham sangat la sebab semua rumah menggunakan air secara serentak... tapi bila mangsa sendiri terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk perlupusan sampah... ini agak tidak wajar.

Sampah-sampah yang bertimbun di kawasan luar rumah mangsa perlulah disegerakan diangkut ke tapak perlupusan sampah. Jika dibiarkan lama ianya mungkin akan menyebabkan bau busuk dan membiakkan makhluk perosak dan lalat. 

Ini agak bahaya... Tindakan tuntas dari pihak berwajib perlu diambil, Kita faham kekangan yang ada terutamanya lori RORO dan kakitangan yang terhad. Tapi ianya bukanlah alasan untuk melengahkan kerj pembersihan. Pihak PBT perlu cepat dan pantas.

Apa pun... kita harap semua ini dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu... Agak ianya tidak memberikan masalah yang lebih kronik. Itu belum lagi kalu ader mayat yang membusuk yang tidak dikesan awal.

Sekian.



21 May 2021

Kebodohan Itu Nyata

Bhai/DeeDee semua..

Kebodohan itu nyata... mana tak bodoh... dalam keadaan wabak pun masih tegar tak mahu menjaga keselamatan diri sendiri dan keluarga... Jadi bila dah terkena wabak... jangan la salahkan orang lain...  Tak kisah la belum kena ka... atau akan kena kan... atau antibodi kuat lar.... no... Allah Taala larang bunuh diri..

Kalu tak jaga kesihatan dalam keadaan wabak tue... maksudnya dah dikira bunuh diri...

Tapi kalu dah bodoh, bebal dan bangang... memang tak boleh nak kata apa...

Spesis ni memang bercambah dari hari ke hari... dan tak terkecuali ader gak dalam kalangan pembaca dan pelayar blog ini... Betul la... bukan semua pembaca dan pelayar blog ini sehaluan dengan gua... Hahaha... gua tak kisah pon sebenarnya... sebab yer la... kita bukan boleh paksa orang...

Tapi gua tetap mengatakan... kebodohan itu kekal nyata... dan ianya sebenarnya satu penyakit... penyakit mental... Hahaha



20 March 2021

Kalau Tak Lawak Bukan Abdul Hadi Awang La

Bhai/DeeDee semua...

Satu bab ja jelas.... kalau tak lawak memang bukan Abdul Hadi Awang la.... sebab semua statement dier sure lawak... hahaha... Sabor je la... wartawan tanya lain... sure dier jawab lain.... terlebih mantiq katanya... hahahahaha... walhal blurr tak ketahuan... Hahaha

Citer pasai buaya la... makan umpan la.... sekarang buaya dah menyelam la... Hahaha... ini semua lelucon...

Semenjak dua menjak nih... makin teruk penyakit yang hinggap kat Abdul Hadi Awang... hahaha...

Tapi satu la.... walaupun statement yang Abdul Hadi Awang keluarkan banyak mengarut dan penuh hasutan... langsung takder tindakan dari pihak Peguam Negara (AG) diambil kepadanya... tatau la aper kebalnya... maybe sebab ader faedah dari segi politik kepada semua pihak berkepentingan dalam Perikatan Nasional...

Hahaha...

Pening aaaa... bantai jer la..



01 January 2021

2021 - Malaysia Zombie Land

Bhai/DeeDee semua....

Satu perkara yang kita tak boleh nak nafikan adalah betapa teruknya sistem politik dan siasah di Malaysia nih. Ini semua kerana ketaksuban kita warga Malaysia sama ada terhadap jalur politik yang kita pilih atau terhadap kaum/bangsa/agama yang kita memang dilahirkan sebegitu.



Malah ketaksuban terhadap kaum bangsawan juga adalah sebahagian dari masalah.

Jadi... bila gua bagi tajuk 2021 - Malaysia Zombie Land... ini bukan bermaksud rakyat Malaysia telah terkena dengan gangguan penyakit Zombie (menjadi mayat hidup) atau penyakit Covid-19 ... akan tetapi Zombie memang tak mengikut akal fikiran yang waras... Zombie akan ikut apa yang telah diprogramkan dalam sistem dier..

Inilah maksud gua...

Kalu ketaksuban terhadap jalur politik... maka apa sahaja yang dilakukan oleh jalur tersebut semuanya dianggap betul dan tepat walaupun ianya merosakkan negara bangsa.

Kalu ketaksuban terhadap kaum/bangsa/agama .... maka apa sahaja yang diprogramkan dan dilakukan oleh jalur tersebut semuanya dianggap betul dan tepat walaupun ianya merosakkan negara bangsa.. Malah dalam banyak keadaan... yang selain dari jalur ini dianggap sesat, kafir dan lekeh.

Itu belum lagi kalu ketaksuban terhadap para dewa dan dewi kayangan... memang susah nak dinasihatkan dan dibentuk... dan ini memang antara yang paling teruk... segala apa yang dibuat oleh dewa dan dewi dianggap bayangan Tuhan di muka bumi.... dan tidak boleh langsung dipertikaikan....

Memang bangang... tapi itulah.... 

Dan memang itulah Malaysia waima tahun 2020 atau 2021 dan seterusnya... susah nak berubah dah... dah kronik... 

Cuma satu ja yang gua harapkan.... 25 tahun lagi harapnya yang celaka semua nih dapat di MUZIUM kan.

Aamin Ya Rabb.





18 August 2013

Tikus Sekilo RM20

Bhai/DeeDee sekalian....

Ini gua nak promo lu orang dengan kempen tangkap tikus yang berkeliaran... Seekor akan dibayar RM2... Dier tak kira saiz dan umur tikus... Anak tikus yang baru lahir pon dikira RM2 seekor...

Kalu lu dapat tangkap tikus mondok yang gemuk boyot tue ... Pon jugak harga dier RM2... walaupun mungkin berat seekor dah nak cecah sekilo.... Hahaha.... Jadi terbaek lu tangkap je banyak anak tikus... Kalu anak tikus ... sekilo mungkin boleh dapat lebih dari RM20 hahahaha

Jom tangkap tikus, cencurut atau mana-mana marsupial yang seangkatan dengannya... sugar glider tak masuk dalam ini cerita aaa.... Hahahaha

Bebas kan Kemaman dari bahaya wabak penyakit bawaan tikus.... Hahahaha... Dapat tangkap semua tikus nih... Kita hantar pi serang pulau Singa yang berpura-pura tue ... Lepas tue senang la kiter amik balik Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) .... Hahahaha


01 July 2013

Ini Bukan Perempuan Itu (Bahagian 1)

Bhai/DeeDee .... Hahahaha..... Artikel nih pendek jer.... Sajer nak citer masalah dan penyakit kat Malaysia yang dah makin membarah.... Hahaha... Aper nak jadi aaa....

Cuba lu tengok gambar nih.... dan lu bagi tau gua aper pandangan lu tentangnyer.... hahahaha... dan aper kaitan dier nih ngan "POLITIK" ...... Nanti malam sekitar pukul 10.30 malam ... gua update dengan Ini Bukan Perempuan Itu (Bahagian 2) lar plak okeh....

Komen... Komen.... Komen lu orang gua nak baca dulu....

P/S: Gua bukan pervert .... hahaha




Chow.... gua nak rempit motorsikal hari nih sejauh 150km ..... hahaha.... babai....

26 October 2009

Mengelejat Pasai Apa?

Woi... puak-puak pro UG dalam PAS ..

Lu orang mengelejat pasai apa... Takkan pasai EGM pun boleh mengelejat nak mampus... awat... takut ka? Biasanyer yang takut nih la yang ader buat salah.. orang tak buat salah mana ader takut.... Ini mengelejat tak tentu hala pasai apa?

Gua sertai PAS dari tahun 1985 dulu ... masa muda belia... hahaha.. jadi Ahli Biasa jer... kemudian pada tahun 1997 gua dilantik jadi Ketua Pemuda PAS Kawasan (XXXX) .... Pertengahan 1998 gua letak jawatan pasai tak larat la nak pikul tanggungjawab (bukan apa.. takut tak tau nak berjawab apa di hadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil pasai tugas Ketua Pemuda PAS Kawasan)

Takder hal pon gua letak jawatan... takder daki apa pon... ralat pon idak... yang penting jamaah dan parti kuat... yang penting mesti ader orang lain yang lebih layak untuk jadi Ketua Pemuda PAS Kawasan dari gua...

So..... walaupun gua join PAS dari tahun 1985 lagie.... tak pernah sedetik pon dalam hati gua untuk mementingkan Ketuanan Melayu (assobiyah) melainkan hanyalah Islam Untuk Semua. Tapi la nie... ramai gak puak-puak yang ader pangkat skit dalam PAS yang lebih mementingkan ketuanan Melayu ... Malah dalam banyak hal .. lebih teruk penyakit ketuanan Melayu puak dalam PAS nih daripada orang UMNO ... lebih karat biru lagie...

Peliknyer .. puak-puak ini lah yang mendapat tempat dan makin berkuasa dalam PAS ... pada gua.. puak-puak inilah punca segala masalah... siap nak berkubang dalam gelap dengan UMNO... Pada gua la... straight forward gua bagitau.... lu orang yang pro-UMNO dan UG nih... dah prepared ker jawapan nak dijawab didepan Allah Taala nanti.... ader jawapan ker..

UMNO dah sah menolak Islam sebagai dasar dan intipati.... takkan tak nampak lagie... takkan tak sedar lagie.. takkan tak tahu ko... bodoh ker apa... UMNO adalah assobiyah... PAS mendukung Islam sebagai "Rahmatan lil' Alamin" ... maknanyer... Islam itu untuk semua... dari yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam ...

Maleh la gua nak tulis lagie... lu orang pon dah tahu pegangan gua... so... pada puak-puak UG dan pro-UMNO dalam PAS (orang UMNO yang membawa kad keahlian PAS tue) ... boleh blah la... boleh berambus sekarang... pi jauh-jauh...

14 October 2009

UMNO Masih Relevan

Bhai...

Gua nak tanya lu.... lu agak-agak la... UMNO masih relevan lagi ker dalam persada politik di Malaysia nih? Apa pentingnya UMNO masih relevan dan ujud?

Pada gua la... UMNO tue masih penting lagi... yer la.. kalu dah takder UMNO .. ngan sapa lagi PAS nak lawan.... hahaha... takkan nak lawan ngan Makkal Shakti ... hahahaha.... jauh bezanyer tue...

UMNO memang best.... sebab banyak yang lagho ader ngan diorang... tapi.. kalu UMNO tak macam tue... aper modal PAS nak bantai dan serang UMNO sepanjang masa... hahahaha.... kena la baik lawan jahat... hero lawan samseng... hahahaha

So ... UMNO masih relevan walau apa pun pusingan dan pembaharuan yang dibuat sehingga menghilangkan jati diri UMNO ... UMNO itu Melayu... dan Melayu (totok macam Hassan Ali dan Khir Toyo) itu UMNO ... hahahaha

Jadi UMNO tue memang masih relevan...

30 September 2009

Info Terkini Kes Di Kijal

Info terkini kes di Kijal, Kemaman yang melibatkan dadah.

Bagi yang dah baca artikel gua yang bertajuk "Pemimpin pemuda UMNO terlibat dadah" ...... nie ha info yang selanjutnyer mengenai siapa dua orang yang terlibat itu... hahaha

1. Tarmizi Johar (Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian)
2. Japiloh Che Ismail (AJK Pemuda UMNO Bahagian)

So ... macam ini ker contoh terbaik yang Pemuda UMNO boleh sediakan untuk menjadi pelapis pemimpin masa depan.... Kalu macam nie.. hancus la UMNO...

29 September 2009

Doraemon Strike Back

Doraemon Strike Back ...... hahahahaha

What a coincidence .... ISA SAMAD @ ISA Doraemon (as known in Negeri Sembilan) has now being nominated to became a candidate for N31 Bagan Pinang by-election.... hahahaha

Mampus la kali nie... camana nak jawab kat rakyat 1Malaysia... dalam punya la banyak orang lain... kaki rasuah gak yang jadi pilihan pimpinan UMNO/BN ... hehehehe... sure geng-geng MB Hassan sedang pening kepala nih...

Kalu ISA SAMAD @ ISA DORAEMON nie menang kat N31 Bagan Pinang... sure dier akan tuntut balik kerusi MB Negeri Sembilan... hahahaha ... memang kecut perut la geng-geng MB sedia ada sekarang nih.... MB Hassan jangan cerita la... malam nie sure tak boleh tido dengan aman dan tenteramnyer... hahahaha...

Yang bestnyer... undi penyokong UMNO/BN kali nie sure akan terpecah tiga punya laa.... hahahahaa... 1 kumpulan sure akan undi ISA SAMAD, 1 kumpulan lagi tak akan mengundi ISA SAMAD dan 1 kumpulan terakhir akan memboikot PRK N31 Bagan Pinang nih... hehehehe...

So sekarang nih.. tunggu la pulak sapa yang PAS/PR akan umumkan malam nih... kalu yang diumumkan tue bukan dari kalangan anggota tentera (nampak macam Persuruhjaya PAS N9 jer yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan PAS/PR) maka peluang untuk PAS/PR buat upset dalam pilihanraya nih sure takkan menjadi...

PAS/PR perlu letak calon bekas anggota tentera demi untuk menjamin kemenangan mutlak didalam keadaan UMNO/BN yang berkecamuk hasil pencalonan ISA SAMAD nih... Tapi kalu pimpinan PAS/PR masih bangang lagie ... masih syok sendiri... gua malas la nak cakap aper... itu seperti "cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar" .....

PAS/PR jangan jadi bodo macam UMNO/BN dalam menilai dan memilih calon.... jangan jadi bodoh aaa....

27 September 2009

Bagan Pinang Apa Cerita

Bagan Pinang apa cerita aaa.... dah dekat nak penamaan calon nih... Siapa agaknyer calon UMNO/BN aaa.... Calon PAS/PR pulak sapa aaa....

Okeh... beralih kepada cerita sensasi terhangat di Selangor... hahahaha... Orang .. kalau ader hutang banyak dengan bank.... sure risau gak.. tul dak... kot nanti ader pihak bank kuarkan surat saman ker.. aper ker... hehehe...

tapi ... jangan riso la.... hutang semua tue boleh kasi setel... janji lu buat kacau itu Kerajaan Pakatan Rakyat ... sure UMNO/BN boleh setel itu hutang.. hahahaha...

Masalah peribodi Hassan Ali nie memang la banyak... dari kes tanah... bisnes dan hutang lapok... memang banyak... jadi dier kecut gak la kalu ader pihak amik tindakan.... Yang paling lawaknyer la.... siapa la yang suruh pegawai kerajaan (DO) tue reramai jumpa Hassan Ali .... sure ader pak dalangnyer di sini...

Orang kata... daun pisang tak boleh buat tutup bangkai gajah.... hehehe... Hassan Ali sure tahu apa yang gua maksudkan nih.... dier masuk PAS dulu pon bukannyer ikhlas... hahaha... tak caya .. tanya la orang PAS Tanjung Malim ... ramai yang tahu.... hehehehe ....

Nama dier nih ader dalam senarai "suspected mole" dalam PAS .... ader banyak lagi .... pimpinan la yang paling ramai... orang bawahan ader la dua tiga orang... hahahaha

16 September 2009

Macam Mana Boleh Lepas?

Hakim Datin Anita Harun nie bagus betul la... biler dier buat keputusan membebaskan Mat Susah Sadikin, 68 tahun dari tuduhan merogol wanita terencat akal berumur 23 tahun.

Mangsa rogol itu didapati mengandung dan melahirkan anak lelaki yang kini berumur lima tahun..

Yang bestnyer tue... Hakim Datin Anita Harun boleh plak kata pembebasan ini adalah kerana mangsa memberikan faham akan perbuatan tertuduh and memberikan kerjasama kepada tertuduh dalam hubungan kelamin...

Err .. bagaimana mangsa boleh faham sedangkan mangsa terencat akal. Tidakkah ini bersalahan dengan norma biasa yang mana mangsa yang terencat akal tidak dapat mengenalpasti dan membezakan antara perkara baik mahupun buruk...

Kalu macam nie la Hakim-hakim kat Malaysia nih... makin jahanam la sistem perundangan dan keadilan di Malaysia... lepas nie... kalu orang giler membunuh orang lain... orang giler itu akan didakwa dan disabitkan kesalahan kerana beliau sebenarnya faham akan perbuatan yang dilakukan.

Hakim nie belajar undang-undang kat mana aaa... Mesti sama tempat belajar dengan Rohaizat Othman (belajar di UIA) hahaha ... patut la kayu....

Baca Sini : Bekas Ketua Cawangan Khas (SB) Melaka Bebas

12 September 2009

Lagi Ramai Yang Boleh Dapat Duit

Hahaha....

Lagi ramai yang boleh dapat duit la camnie... UMNO dah hapuskan kuota pemilihan. Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam bersetuju menghapuskan sistem kuota bagi pemilihan dalam parti dan menambah bilangan perwakilan yang akan diberi hak dan kuasa untuk memilih pemimpin pada masa akan datang.

Ini macam la baru bagus... takder la 2500 orang jer yang boleh dapat duit... Lepas nie ramai la yang boleh tumpang dapat duit sama... Sesapa yang nak jadi calon MT sure kena sediakan dana yang lebih besar... hahahaha

Mana nak songlap dan sediakan dana banyak tue... hahahaha... rembat jer la dari dana awam.... UMNO dan Rasuah mana boleh dipisahkan... hahaha... best la kalu camnie... merasa gak duit dari calon-calon MT ....

Selama hari nie... 2500 orang jer yang merasa duit calon... tak aci la... lepas nie bisnes masa Perhumpunan Agung UMNO (PAU) sure lagi lebat... hahaha .. ader modal berbelanja... The Mall sure idup balik dengan jayanya... hahaha... Calon MT dan yang lain-lainnya sure kena "pow" la... hahahaha

Lepas nie setiap kali ader PAU .. gua nak meniaga la kat PWTC tue... nak jual kepala lembu... hahahaha...

10 September 2009

Gua Sebagai Seorang Ayah

Gua ader tiga orang anak perempuan... yeah .. tiga orang la bhai... kalu nak bermenantu nanti... sure gua kaya punya... hahaha... satu orang gua letak hantaran RM30 ribu.... bank guarantee atau fixed deposit... kalu dapat dalam bentuk gold bullion pun lagi bagus... hahahaha ... pergh... sure kayer punya... hahaha

Gua sebagai seorang ayah nie .. biasa la.. sibuk skit cari duit... yer la semua tue adalah untuk menampung kehidupan seharian dan juga masa depan tiga orang anak perempuan gua... Selain dari kerja makan gaji.. ader gak gua buat bisnes skit... biasa la.... zaman sekarang nieh.. kalu takder side income .. teruk la bhai...

Nie dah dekat nak raya.... semua nak cari baju raya baru la... wife gua dah bising pasai nak cari baju kurung untuk pakai hari raya... hahaha.. kecoh betul la... nak shopping nih... masa terhad... nak bukak posa... nak solat... nak tarawih ... banyak benda nak kena buat dalam masa yang singkat...

Gua pulak.. kalu dapat sehelai dua t-shirt tue dah kira okey jer... sebab gua cuma beli baju pada musim raya jer.... setahun sekali... itu pun lebih banyak beli baju pagoda daripada beli baju berjenama... Seluar plak... gua pakai seluar yang kompeni bagi.... hahaha... seluar seragam syarikat... banyak poket dan warna hitam... hehehe....

Biasanyer sebagai seorang ayah nih.. kena la garang skit .. betul dak... yer la.. nanti kalu tak garang.. anak-anak kurang hormat... nanti pijak kepala.... hehehehe... kalu gua pukul anak pon.. biasanyer sebab nak kasi peringatkan diorang... nak disiplin kan diorang... gua ingat lagie... dulu apak (ayah) gua memang garang ... kejam ala Hitler .. hehehe ... tapi biler gua pikir balik sekarang nih.. kalu apak gua tak garang la... sure gua dah jadi macam setan sekarang nih...

Apak gua ajar... kita kena hormat jiran sekeliling kita.. tak kira apa agama dan bangsa dier.. sebab diorang tue semua ader hak-hak sebagai jiran... kalu lu nak tau la.. rumah kampung gua berkeliling dengan rumah orang Hindu.... gua takder hal berkawan dengan depa... tak pelik pon biler diorang pasang setanggi malam-malam... bau bunga melur pon gua dah tak heran...

Sebab tue la gua ajar anak-anak dan bini gua pasai isu hormat jiran... tak kira la 40 buah rumah sekeliling kita ker atau lebih lagi... Jiran nie ader dua kelas... kalu Islam.. dier ader dua hak... satu hak sebagai jiran.. dan satu lagi hak sebagai saudara seagama.. kalu bukan Islam/Kafir pulak.. diorang cuma ader satu hak jer... hak sebagai jiran... ini ader dalam Islam... Nabi ader tegaskan benda nih...

So .. gua sebagai seorang ayah nih.. kena la ajar anak-anak gua dan bini gua tentang benda nih... ini wajib... sebab gua akan ditanya di Akhirat nanti pasai benda nih.. ader tak gua ajar diorang hormat pada jiran... So .... agak-agak lu orang la bhai... ader tak ayah (bapak) kepada pendemo yang arak kepala lembu pasai isu kuil kat Seksyen 23 Shah Alam ajar kepada diorang tentang hak-hak seorang jiran... mungkin ader kot.. tapi biasa la... kalu dah kaki tak hormat orang tua tue... sure takkan ingat benda macam nih...

Kalu kita tak hormat jiran... lu agak-agak la bhai... ader tak jiran akan hormat sama kita?

06 September 2009

Berlakon Berani Konon

Lawak la biler tengok kat TV semalam... geng-geng kepala lembu (yang berakal lembu) nieh buat kecoh kat Dewan Bankuet MBSA dalam sesi perbincangan isu perpindahan Kuil Seksyen 19 Shah Alam...

Semua nampak berlakon berani la konon... depan press, depan reporter, dalam dewan pulak tue... Nie mana dapat samseng taik kucing nih... mana UMNO/BN jumpa nie...

Gua nak tanya nie... bagi yang selalu solat kat Surau Seksyen 23 tue... ader tak pernah nampak geng-geng yang berlakon berani tue datang solat berjemaah kat surau.. Semayang Tarawih nie ader tak sesapa nampak diorang datang.... Tengok dari rupa... sah.. bukan kaki surau atau masjid nie... Nie bukan kaki solat nih... Harap songkok jer tinggi...

Orang kalu dah menunaikan Haji tue... perangai dier lain skit... bertambah baik... nie sure Haji Mahyuddin punya dapat naik haji jer... tapi tak dapat Haji Mabrur... rasanyer la... mungkin dier pi naik Haji dulu pakai duit haram... hahahaha ... sebab tue la tak berkat....

Nie ... gua nak nasihatkan pelakon-pelakon macam berani nih....

Korang jadi kurang ajar nie kenapa.. tak posa ker... atau banyak sangat makan benda haram ... tue yang jadi macam sial tue... sebab dah jadi darah daging korang la tue... tue la lain kali jangan makan benda haram... duit haram...

Kesian la gua kat mak bapak korang.. ingat biler korang dah besar akan jadi orang... rupanyer jadi binatang..... hahahahaha... sian la...

Gua rasa baik lu orang jadi camnie pasai lu orang belajar agama sama Mufti Harus Sana Sini la tue.. pasai tue la jadi camnie...

23 August 2009

Senarai 27 Hotel Halal Jakim

La nie kita semua tertanya-tanya... mana dier senarai 27 hotel halal yang diiktiraf oleh JAKIM ... takkan tak boleh publishkan senarai tue..

Khabarnyer ader sekitar 2000 hotel di seluruh Malaysia... tapi cuma 27 hotel jer yang tersenarai dalam senarai hotel yang halal. Susah sangat ker hotel-hotel nie nak dapatkan pengesahan sijil halal....

Promo bufet berbuka puasa macam nak rak... siap berlawan sana sini.. mana yang hebat... mana yang menunyer pelbagai.. mana yang chef dier International dan ader nama... sesetengah tue siap ader 1001 jenis lauk dan kuih... giler ker apa.

JAKIM pun satu... susah ker nak publishkan senarai 27 hotel halal mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jakim sendiri... takkan takut kena saman kot... Patutnya hotel-hotel nie tak boleh nak saman Jakim.. pasai diorang sendiri yang tak nak dapat pengiktirafan sijil halal...

Puasa kena bersih... suci... termasuklah amalan, perbuatan, makanan dan minuman... semua kena halal lagi suci.... halalan tayyiban.... baru ler diterima amalan puasa itu sendiri...

Ini dah la amalan pon kurang... makanan pulak tak halal.... huh.. apa guna puasa kalu cam tue...

ADUN LUNAS ... Berapa lu dibayar?

Sorang lagi dah melompat katak... nak tiru macam tiga ekor katak kat Perak la tue.. ini semua kena jampi dek Ibrahim Ali Al-Kataki... hahaha...

Gua nak tanya nih... bulan posa nih.. lu tak patut tipu okeh.... berapa lu dibayar untuk umumkan jadi ADUN Bebas... bagitau la... jangan la malu... Oh yer.. Parti Bebas nie dah didaftarkan ker... kalu belum daftar... baik pi daftar...

Lagi satu .... tak malu ka makan elaun exco.. tapi dah lompat katak jadi ADUN Bebas... ADUN Bebas tak layak jadi exco la... sebab .. exco nie ikut kuota parti... kalu takder parti... macam mana layak jadi exco...

Hahaha..... jawab la soalan gua... berapa lu dibayar?

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1