Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Halalan Tayyiban. Show all posts
Showing posts with label Halalan Tayyiban. Show all posts

27 August 2012

Hai Peng Kopitiam Tidak Halal

Bhai.... benda nih dah lama dah gua nak tulis... tapi biasa la... asik jer termiss.... hahaha... Nih ader satu kopitiam milik Cina di Kemaman yang paling dikatakan paling glamer... pergh... hebat bhai.... ramai orang datang kat sini... dari yang tua sampailah yang muda....nama dier Hai Peng Kopitiam ...


Yang lagi best tue.... lebih ramai pengunjung dikalangan warga Melayu (maybe Muslim kot) yang singgah makan minum kat sini.... cukup hebat kopitiam nih... pagi-pagi lagi dah dibukak kopitiam nih.... penuh memanjang sampai ke petang...

Gua tak pernah makan dan minum kat sini ... pasai dari mula lagi gua bab halalan toyibban nih memang concern... geli tekak gua.. hahaha... tak lalu nak makan kot.... sebab setahu gua mana ader kedai kopitiam yang dapat persijilan Halal... errr... sebab gua tau.. cukup susah nak dapat persijilan halal nih... sebab banyak prosidur...

Gua dah dengar macam-macam orang citer pasai kopitiam nih... pasai kopi yang dier buat... cara mana dier buat kopi... gua ader sorang pakcik yang kerja sebagai pemasak kopi di Kilang Kopi Che Nah di Teluk Intan, Perak.... dier pernah citer tentang proses memasak dan menggoreng kopi... dulu pakcik gua nih kerja kat satu kilang kopi milik Cina kat Taiping... kat Pokok Assam.... kat sana la dier diajar camana nak proses kopi nih... Dan dier pernah kata yang ader satu ingredient tue dier tak tau amender nyer (dalam bentuk serbuk) yang dicampur masa nak goreng dan masak kopi (membuat kopi) sebelum proses menghancurkan biji kopi dibuat..

Jadi... that's why lar gua cukup cuak ngan isu kopi nih....  Hari nih... biler gua baca tentang isu Kopitiam di Terengganu tiada sijil halal... hahaha... lagi membuak lar gua nak citer....

Kepada sesapa yang pernah makan.. dan suka makan kat kopitiam nih... hahaha.... err.... macam la takder kedai makan dan restoran milik orang Melayu (err maybe Islam la kot) yang bercambah kat sekeliling lu... paling cikai pon.. pi la restoran milik Rufaqa ker... at least... ader konpiden halal..... hahaha... tapi tak tau la ... isu halal nih susah nak cakap.. walaupun restoran tue tak halal (dah tau pon tak halal)... masih ramai lagi orang Melayu (err.. Islam ker diorang nih) yang dok pegi mentekedarah kat restoran tue... hahaha...

Yang best tue... lu ingat orang PAS tak pergi ker makan kat kedai Hai Peng Kopitiam nih... hahaha... ramai ooooo yang pegi.... hahahahahahahahaha

13 May 2010

Ascot Sport Mendapat Persijilan Halal Jakim

Tahniah la gua nak ucapkan.... Pertama sekali kepada Vincent Tan... sebab syarikat dier.. Ascot Sport telah mendapat persijilan halal Jakim. Ini memberi peluang kepada Ascot Sport menyediakan khidmat judi bolasepak Piala Dunia 2010 Afrika Selatan....

Kedua... gua nak ucapkan tahniah jugak kepada Vincent Tan... sebab syarikat dier.. Ascot Sport adalah satu-satunya syarikat judi yang mendapat persijilan halal dari Jakim mengikut keperluan ISO 9001/2010 dan 14000/2010 .... tahniah....

Ketiga ... gua nak ucapkan tahniah kepada Vincent Tan ... sebab berjaya melobi lesen dan persijilan halal ini untuk syarikat judi beliau... tahniah...

Keempat... gua nak ucapkan tahniah kepada semua pengguna/pelanggan/agen/pemegang saham Cosway, ECosway, UMobile, Kenny Roggers Roaster dan lain-lain syarikat yang bernaung dibawah Berjaya Group atas sokongan anda semua (Islam atau tidak) untuk memastikan keberjayaan persijilan halal untuk judi sukan bolasepak yang dilobi oleh Vincent Tan... pemilik Berjaya Group.

Kelima.... Gua nak ucapkan tahniah kepada Najib Razak kerana sudi untuk memberikan lesen judi sukan kepada Berjaya Group milik Vincent Tan....

Keenam.... Gua nak ucapkan berjuta-juta terima kasih dan tahniah kepada Mufti Perak Harussani Zakaria kerana telah memimpin bacaan doa selamat untuk Ascot Sport menjalankan judi sukan bolasepak ini....

Ketujuh... Gua nak ucapkan jugak tahniah kepada sotan yang memberikan pengat pisang kepada Vincent Tan... kalu tak ader pengat pisang... macam mana nak laju bisnes...

Kelapan... Gua nak ucapkan tahniah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan kerana bersetuju (hangpa diam kira bersetuju la) atas pengurniaan dan pemberian sijil halal kepada Ascot Sport untuk jalankan judi sukan bolasepak....

Kesembilan... Gua nak ucapkan tahniah kepada Jakim dan Halal Hub kerana kerjasama yang mereka berikan...

Kesepuluh.... Gua nak ucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada semua para pengundi yang mengundi Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO termasuklah orang-orang Melayu Felda (Hulu Selangor) yang telah menolak taubat Zaid Ibrahim tetapi menerima dan membenarkan serta terlibat secara tidak langsung dengan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sport.

.... hehehe... Dosa hangpa semua.. hangpa tanggung sendiri... gua dah lama mufaraqah dengan hangpa.... dan gua tak pernah terlibat dengan hangpa...

P/S .... Jangan Lupa aaa... nanti tolong kasi sama lesen pelacuran plak... kira suruh Jakim bagi sijil halal kat industri pelacuran la pulak..... hahaha... baguih.. baguih.. semua nih saham neraka....

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Menyaksikan, saksikanlah bahawa gua selamanya menolak UMNO/BN bukan atas sebab yang lain melainkan sebab UMNO/BN adalah sesat lagi menyesatkan... Amin"

09 May 2010

MukminTV

Alhamdulillah.... Maha Suci Allah yang memberikan kekuatan, akal dan ilmu... Projek MukminTV hasil kolaborasi saya dengan rakan-rakan (bermula pada tahun 2008 dahulu) kini telah menampakkan hasilnya...

Walaupun bilangan kandungan bagi portal tersebut masih berkurang, yang pasti sehingga ke hari ini ianya masih berjalan dengan lancar dengan dana-dana sumbangan infaq para dermawan.

InsyaAllah dengan kerjasama pelbagai pihak lagi yang sedang dan telah diatur, maka dijangkakan MukminTV akan mendapat suntikan modal untuk membiayai penubuhan krew video MukminTV yang akan menerjah keseluruh pelusuk Malaysia dan mungkin ke beberapa negara demi untuk mendapatkan video aktiviti yang berkaitan dengan Islam dan komuniti Islam.

MukminTV juga menggalakkan jika ada mana-mana pihak yang mempunyai video yang berkaitan dengan Islam supaya dapat meng"uploadkan" ke portal MukminTV. Malah video dokumentari produk halal juga amat kami perlukan untuk mempelbagaikan isi kandungan didalam MukminTV.

Semoga semua usaha ini mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah S.W.T. Amin

Jazzakallah Khairan Kathira.

Admin
www.mukmin.tv

29 April 2010

Sumbangan penajaan untuk portal Islamic

Assalamualaikum w.b.t

Tuan/Puan,

PER: Permohonan Sumbangan penajaan untuk portal Islamic di www.mukmin.tv

Pihak kami ini amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan sumbangan penajaan kepada portal www.mukmin.tv agar dapat menampung kos untuk mengendalikannya. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, portal ini dibangunkan atas sebab untuk mengasingkan audio dan video berkaitan Islam yang banyak diletakkan di YouTube yang kami dapati bercampur aduk dengan yang bercanggah dengan kehendak Islam itu sendiri.

Oleh yang demikian, pihak kami telah membangunkan satu portal khusus untuk audio dan video berkaitan Islam yang mana ianya dapat ditadbir dan diawasi dengan lebih berkesan. Projek Mukmin.TV ini telah kami bangunkan pada pertengahan tahun 2008 dahulu dan setakat ini ianya mendapat sambutan walaupun tidak begitu banyak. Ini disebabkan oleh kekangan modal untuk membiayai program promosi yang setakat ini cuma mampu kami janakan melalui "word of mouth" dan sokongan beberapa blogger Islam.

Maka sebagai satu usaha untuk meneruskan kesinambungan projek Mukmin.TV ini, maka kami amat berharap sangat agak ianya mendapat kerjasama daripada pihak tuan/puan dengan sedikit sumbangan/bantuan dalam bentuk penajaan bagi banner bersaiz 728x90 pixel.

Sekian, terima kasih.

Jazzakallah Khairan Kathira

Administrator (mukmintv [at] gmail.com)
International Islamic Da'awah Portal
http://www.mukmin.tv

02 September 2009

Institut Kefahaman Islam Malaysia

IKIM sekarang diterajui oleh Pak Lah.... hahahaha...

Kalu sebelum nie pon IKIM tak bergerak.... la nie langsung tido ler gamaknyer... hahaha... Sapa tak kenal ngan Pak Lah sebagai kaki tido.. hahaha... Cuba tanya George Bush... dier pon tahu.... hahaha

Okeh la tue.. kalu tidak Pak Lah teruk gak menganggur ... Nak harap kat anak menantu (Khairy Jamaluddin), dier pun menganggur gak... hahaha

So lepas nie hala tuju IKIM agaknyer nak pi mana aaa... pi cari bantal kot? hahaha

23 August 2009

Senarai 27 Hotel Halal Jakim

La nie kita semua tertanya-tanya... mana dier senarai 27 hotel halal yang diiktiraf oleh JAKIM ... takkan tak boleh publishkan senarai tue..

Khabarnyer ader sekitar 2000 hotel di seluruh Malaysia... tapi cuma 27 hotel jer yang tersenarai dalam senarai hotel yang halal. Susah sangat ker hotel-hotel nie nak dapatkan pengesahan sijil halal....

Promo bufet berbuka puasa macam nak rak... siap berlawan sana sini.. mana yang hebat... mana yang menunyer pelbagai.. mana yang chef dier International dan ader nama... sesetengah tue siap ader 1001 jenis lauk dan kuih... giler ker apa.

JAKIM pun satu... susah ker nak publishkan senarai 27 hotel halal mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jakim sendiri... takkan takut kena saman kot... Patutnya hotel-hotel nie tak boleh nak saman Jakim.. pasai diorang sendiri yang tak nak dapat pengiktirafan sijil halal...

Puasa kena bersih... suci... termasuklah amalan, perbuatan, makanan dan minuman... semua kena halal lagi suci.... halalan tayyiban.... baru ler diterima amalan puasa itu sendiri...

Ini dah la amalan pon kurang... makanan pulak tak halal.... huh.. apa guna puasa kalu cam tue...

Untung Orang Permatang Pasir

Mana tak untung..

Yer la kan sekarang nie Bulan Ramadhan... bulan posa.. jadi banyak la Masjid dan Surau buat moreh berbuka dan lepas tarawih... hehehehe... nampak gayanyer la.. menu moreh berbuka dan lepas tarawih tahun nie sure mengancam.. pelbagai beb...

Banyak orang nak melabur saham moreh nie... hehehe.. itu kalu kat masjid atau surau... Tapi gua ader dengar yang ader beberapa tempat dah mola buat majlis berbuka posa... hehehehe... siap katering lagie...

Menu bufet dah macam menu kat hotel 3 atau 5 bintang... ader pelbagai menu.. hehehe... kalu kat hotel tue... dewasa kena bayar RM50 ++ at least dan kanak-kanak kena sekitar RM25++ sekepala.... hahahaha...

Nie bufet ramadhan berbuka posa anjuran parti politik nih.. nampak gaya boleh menyamai bufet ramadhan hotel... hehehe... banyak la orang yang kenyang nanti... tapi kan... takkan kat Permatang Pasir jer... pi la buat 1Malaysia... beru la ngam...

Gua kalu ader yang ajak pi makan.. tambah plak free... gua tak tolak punya... kalu kena bayar pon takper... janji ader diskaun 50% hehehehe.... makan bhai... makan.... makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan.... hahahaha

Wei sesapa yang kat Permatang Pasir tue... ader lebih buah kurma... pas-pas ler kat gua... pos laju ker.. nationwide ker... dhl ker.... tak pon pakai fedex... hahahaha

10 June 2009

Sijil Halal Kementerian Kesihatan Malaysia?

Hahaha...

Sejak biler Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluarkan sijil halal? Bukan ker JAKIM atau badan agama yang kuarkan? Bukan ker Halal Development Corporation (HDC) keluarkan sijil halal?

Lepas nie banyak la sijil halal berlambak dipasaran... KKM boleh kuarkan.. so jabatan lain pon boleh...

Apa kata Masjid ataupun Surau kuarkan sijil halal.... kan mudah bagi syarikat untuk dapatkan sijil halal....

KKM nie bodo ker apa?

Baca Sini : KKM sahkan ACYW135 halal

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1