Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Syariah. Show all posts
Showing posts with label Syariah. Show all posts

19 February 2024

Bagus Sangat Lah

Bhai/DeeDee semua...

Semoga menjadi pengajaran kepada semua pelaku jenayah syariah... Betul di Malaysia orang lebih suka kepada Undang-Undang Sivil... sebab pada mereka Undang-Undang Sivil tu lagi bagoosh... siap bekap lagi yang kata Undang-Undang Sivil nih semuanya bertaraf ta'azir...

Huhuhu....

Depa lupa yang Undang-Undang Sivul membolehkan seorang pesalah diampunkan oleh YDP Agong...  huhuhuhu

Semoga Menjadi Pengajaran


11 February 2024

Pegang Teguhlah Kamu Dengan Tali Allah

Bhai/DeeDee semua...

Post ini gua tujukan kepada orang Islam. Takder kena mengena dengan orang bukan Islam atau atheis serta murtadin.

Camnie… 

Kalaulah enakmen syariah yang dicadangkan oleh DUN Kelantan itu digubal dengan hukuman yang lebih “PADU” berbanding hukuman sivil, agak korang la Nik Elin akan cabar jugak ke tidak?

Dan kalu hukuman dalam cadangan DUN Kelantan itu lebih berat dari hukuman sivil, adakah korang bersetuju enakman syariah itu digagalkan atau dihalang?

Kena ingat satu perkara. Jenayah Syariah (ta’azir) tidak menawarkan pengurangan hukuman atas sebab berkelakuan baik atau diampunkan oleh Sultan atau YDPA.

Tapi jenayah sivil memberi kuasa kepada Sultan dan YDPA untuk mengurangkan dan mengampunkan semua kesalahan sivil waima jenayah terkait seksual seperti Liwat dan Rogol dibawah Lembaga Pengampunan.

P/S: Kalu pun enakmen itu ada kekurangan, adalah lebih wajar ianya di perbaiki dan di rundingcara untuk mendapatkan sesuatu yang  lebih baik daripada terus menyekat dan menghalangnya.
 
Sebagai orang Islam, walaupun sedikit usaha yang dibuat, kita wajar cuba untuk mengangkat apa-apa yang akan menaikkan dan memartabat syiar Islam.

Gua tak kisah lu orang nak maki hamun dan fitnah gua sebagainya, sebab gua insyaAllah teguh dengan jawapan gua depan Allah Taala, Tuhan Yang Maha Adil.

Gua nak tanya lu orang satu perkara nih ja.. Jawab dengan tenang dan yakin.

Korang nak tengok mamat penzina #HotDaddy tu dihukum bawah syariah ke atau sivil?

Kalu dia dihukum berzina bawah syariah.. disebabkan dier adalah Mukhsan, dia boleh dikenakan hukuman yang lebih berat. Betul la takdak enakmen benda ni… Tapi benda boleh dibincang, dibuat, diperkukuhkan dan dan digubal. Kalu la ada hukum hudud, dia boleh dikenakan rejam sampai mati. Dalam syariah, tiada pengampunan.

Tapi,

Kalo korang berpandangan dia wajar dihukum dibawah sivil, dia boleh kena hukuman yang berat jugak tapi dia berpeluang untuk memohon pengampunan dengan Lembaga Pengampunan. Dia juga boleh dikurangkan hukuman atas sebab berkelakuan baik.

So… apa pilihan korang..

Dier pon ramai yang dah jadikan idola. Tengok muka bangkai yang senyum bangga kat bawah nih… Bangkai yang tak berakal.



31 December 2023

Penakut?

Bhai/DeeDee semua....

Gua tatau nak cakap apa la... payah... sebab gua peratikan puak AMANAH, puak PKR yang beragama ISLAM semua senyap tak terkutik... Awat jadi penakut??? 

Adoilah... at least puak UMNO pun ader yang bising.....  apa nak jadi la nih..

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



01 December 2022

Eloklah Buat Macam Ni

Bhai/DeeDee semua..

Benda baik gua sokong... itu ja nak bagitau... apa sahaja benda baik memang gua akan sokong sebaiknya... tambah lagi yang berkaitan dengan syiar Islam...

Kes perbomohan dan sihir nih memang wajar diangkat dan dijadikan satu hukuman tegas... Dah banyak sangat dah nih... makin hari makin banyak mengarut... so terbaeklah Kerajaan Negeri Terengganu...



22 August 2022

Ini Sesumpah @ Pokke

Bhai/DeeDee semua...

Semalam Najib Razak buat majlis sumpah Muhabalah di Masjid Kg Baru... Hahaha... Persoalan yang nyata.... kalu semua urusan boleh diselesaikan dengan sumpah Muhabalah... pastinya membazir ja ader ujud Mahkamah....

Mahkamah Syariah pun tak perlu ader... sebab semua main Sumpah Muhabalah... sikit-sikit sumpah laknat bagai... adoilah....

Jimat kos tak perlu ader Hakim, Peguam, Kakitangan Mahkamah, Bangunan Mahkamah.... semua setel di Masjid ja... buat Sumpah Muhabalah... setel.... Hahahaha



03 January 2022

Peguam Plaintif Pun Boleh Kena Saman?

Bhai/DeeDee semua...

Hang kalu tak puas hati dengan Plaintif... hang saman ja Peguam kepada Plaintif tue... setel masalah... Hahaha.... bagi ja alasan Peguam Plaintif memfitnah hang.... Itu yang Hilman Idham buat.... 

Hahaha... Huntung betul bhai jadi Defenden level kayangan nih...

Sebab senang-senang jer menyusahkan Peguam Plaintif dengan dua urusan Mahkamah serentak... dalam pada nak membantu Plaintif... peguam tue pulak nak kena menjawab kes dier sendiri plak... Ini semua cara nak bagi tekanan... nak menyusahkan dan menyulitkan keadaan...

Dan nak bagi push supaya Peguam Plaintif tarik diri dari kes... silap-silap sampai Plaintif pun tarik diri...

Semua sebab ader duit.. ader kuasa... ader pengaruh.... everything can be settled.... hahaha... everything can be buy.... janji kena dengan harga dan nilai....

Sebab dalam kes ini.... Hilman Idham dikatakan mabuk masa kejadian.... dan kalu ikut Undang-Undang Syariah... dier sendiri pon memang boleh didakwa..... hehehe

Ader paham ka??



19 February 2021

RUU355, Dimana Semua Walaun?

Bhai/DeeDee semua...

Grafik sebagai satu terjemahan penceritaan... Hahaha

RUU355, Dimana semua Walaun?



01 August 2013

Selamat Tinggal Semua

Bhai/DeeDee sekalian...

Inilah penamatnyer.... selamat tinggal semua dari Salamfone kepada semua pengguna dan pelanggannya....  talian hayat telah habis digunakan... moga akan bangkit dimasa depan satu lagi solusi terbaek untuk umat Islam...


SALAMFONE Sdn Bhd (Salamfone), perkhidmatan mudah alih berasaskan syariah pertama di dunia yang memulakan perkhidmatan pada April 2011 mengumumkan syarikat itu telah menghentikan perkhidmatan secara rasmi, semalam, beberapa hari selepas melaporkan gangguan taliannya.

Dalam satu kenyataan melalui laman web dan laman Facebook, Salamfone memaklumkan syarikat itu gagal mengaktifkan kembali perkhidmatan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan selepas gangguan terhadap talian Salamfone dilaporkan mula berlaku pada 27 Ogos lalu.

"Kami ingin memohon maaf kerana telah mengecewakan semua rakan-rakan kami yang selama ini telah menaruh sepenuh kepercayaan dengan perkhidmatan yang kami sediakan," menurut kenyataan di laman web Salamfone.

Usaha untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung punca penamatan perkhidmatan itu tidak berjaya dan wakil syarikat itu hanya memaklumkan akan mengadakan sidang media bagi memperjelaskan isu itu dalam masa terdekat.

Syarikat itu turut menasihati penggunanya supaya berhijrah ke perkhidmatan lain dengan segera.

Salamfone yang menerima pensijilan syariah pada Disember 2010 adalah anak syarikat Reach Telecom, iaitu sebuah syarikat teknologi berpusat di Kuwait yang menyediakan penyelesaian mudah alih.

Salamfone diperkenalkan sebagai perkhidmatan mudah alih pertama berasaskan syariah dari segi operasi, proses dan prosedur syarikat, produk dan servis yang ditawarkan, dari segi kontrak hingga ke transaksi jualan dan dalam segala aktiviti dikendalikan oleh pengurusan syarikat itu.

Selain perkhidmatan biasa seperti panggilan suara dan internet, Salamfone turut membuat aktiviti seperti infak, di mana 1 sen daripada setiap panggilan melebihi 60 saat untuk rangkaian Salamfone akan dimasukkan ke dalam tabung infak yang kemudian didermakan kepada orang memerlukan.

Salamfone sebelum ini turut menyediakan khidmat rujukan agama Talian Hidayah secara percuma serta menghantar beberapa penggunanya untuk mengerjakan umrah dan haji sebagai hadiah istimewa.

21 February 2013

Bila Mau Bicara Kes Gomol Perempuan Benggali?

Bhai... Bila mau start itu kes Penyimpan Mohor Botol-Botol Besar tue... takkan simpan lama lagi kot.... atau pon itu kes gomol perempuan benggali.... biler mau start jalan kes... biler mau start bicara... biler mau start pendakwaan... biler mau masuk kes dalam Mahkamah Syariah.... hahaha....

Yang ini semua orang tanya.... hahaha.... biler mau start kes.... hahaha


SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah mengingatkan Hakim Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri agar tidak melengah-lengahkan penghakiman kes tanpa alasan munasabah.

Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda menerima banyak aduan dan rungutan daripada rakyat yang terpaksa menunggu lama untuk memperoleh keputusan penghakiman terhadap kes-kes mereka.

"Beta banyak mendapat aduan dan rungutan daripada rakyat Selangor yang mana kes-kes perceraian, pembahagian harta sepencarian, tuntutan nafkah dan pembahagian harta pusaka terlalu lama untuk mendapat keputusan penghakiman.

"Apabila Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah melengah-lengahkan penghakiman sesuatu kes, ia menyebabkan kehidupan mereka yang terlibat tergendala, atas sebab itu perbicaraan hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang sepatutnya," titah baginda.

Baginda bertitah pada majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Panel Tetap Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Istana Bukit Kayangan di sini.

Baginda menitahkan hakim mahkamah syariah supaya mengambil tindakan segera terhadap setiap aduan dan rintihan yang telah dikemukakan.

Sultan Sharafuddin turut menasihati Hakim Mahkamah Syariah agar sentiasa menyemai sikap berperikemanusiaan dalam diri ketika menangani kes-kes mahkamah tersebut.

"Setiap aduan itu janganlah diterima secara sambil lewa kerana mereka yang membuat pengaduan ke Mahkamah Syariah memerlukan keadilan untuk meneruskan hidup," titah baginda.

Terdahulu, pada majlis itu Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada tiga Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, dua Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan tujuh Hakim Mahkamah Rayuan.

Penerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ialah Dr Mohd Na'im Moktar, Abu Bakar Mohd Daud dan Mohamad Zakian Dio.

Penerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah pula terdiri daripada Zainal Abidin Kusmin dan Hafiz Moksin.

Bagi penerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah ialah Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md Yusup Che Teh, Datuk Aidi Moktar, Datuk Hussin Harun, Datuk Yusof Musa, Datuk Mahammad Ibrahim dan Datuk Mohamad Abdullah.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi dan Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

16 August 2010

Dinar Dirham Kelantan

Gua sokong 100% inisiatif Dinar Dirham Kelantan nih.. kalu negeri lain yang buat pon gua akan sokong 100%... even kalu Kerajaan Pusat buat pon gua akan sokong 100%... bukan sebab isu politik ker aper ker... tapi pasai realiti kewangan ...

Kertas RM100 kalu hilang secebis kat bahagian nombor.. terus tak laku... lu ingat ader laku ka.. Kalu pi Bank Negara Malaysia untuk mintak tukar pon... belum tentu boleh dapat.... pastue... kata la warna kat kertas tue pudar skit... pon orang dah syak itu wang palsu.. hahaha.. kalu terbakar... hehehe.. habisla jadi abu...

Tapi.. kalu Dinar dan Dirham... sompek skit masih takder hal... maybe surut sikit nilai dier.. tapi still ader value (bukan Samy Velu) .... pastue.. wang Dinar dan Dirham nih... kalu terbakar.. tak menyusut pon nilainyer.. tetap sapa... kekal.... (ops.. yang kekal hanyalah Allah S.W.T)... okeh..

Jadi .. aper kejadahnyer Kerajaan Pusat dok beriya-iya nak sekat penggunaan Dinar dan Dirham nih... siap ader beberapa mangkuk ayun yang buat lawak... konon sesapa yang guna Dinar dan Dirham nih kena bersedia la dengan turun naik harga emas dan perak.... hahaha... itu kata-kata dari mangkuk ayun yang tak sedar yang dier memang budus....

Wei.. even RM pon ader turun naiknyer kat pasaran... aper ke bodohnyer kata yang Dinar dan Dirham jer yang kena efek.... bodoh ker aper... kalu dah bodoh tue... bodoh sorang-sorang la... jangan nak ajak orang lain jadi sama bodoh macam dier (Awang Adek dan Mustapha Mohammed)

So... kalu dah dengki sangat la Kerajaan Pusat dengan idea dan usaha Kerajaan Kelantan tue... hah.. aper lagi tunggu.. keluarkan la Dinar dan Dirham Kerajaan Pusat sendiri... hahaha... atau sebenarnya memang takut pasai.. depa banyak wang kertas.. nanti tak laku la wang kertas tue... ader can wang kertas RM jadi macam duit chop pokok pisang keluaran Kerajaan Jepun di Malaya dulu tue.... hahahaha... no value...

Hahaha... ini satu peribahasa yang seswai untuk gua gambarkan benda nih...

"kalu sendiri sudah takder telor... jangan la ajak orang lain buang telor diorang" ...... hahahahahahahaha...

12 August 2010

Kerajaan Kelantan Maju Kehadapan

Kerajaan Kelantan dibawah pentadbiran PAS (Pakatan Rakyat) telah membuat satu langkah kehadapan dengan mengisytiharkan pengguaan dinar dan dirham syarie di negeri tersebut berkuatkuasa serta merta.

"Pada masa ini lebih daripada 600 buah kedai di Kota Bharu sudah sedia menerima pembayaran dengan menggunakan matawang Syariah dinar dirham Kelantan. Selain itu, 25% gaji akan mula dibayar dengannya; bil-bil air Kelantan akan mula dapat dibayar dengan dinar dirham Kelantan; zakat pada tahun 1431 H akan mula dibayar dengan dinar dan dirham Kelantan, Insya Allah!"

Ahlamdulillah.... gua dah lama mempraktikkan menyimpan wang (tabungan) dengan dinar emas... kini nampaknyer gua dah boleh berurusan jual beli di Kelantan dengan mudah menggunakan dinar dan dirham.... Tahniah buat Kerajaan Kelantan..

Negeri lain.. biler lagie nak ikut jejak langkah nih... benda baik.. ikut syarie... patut kiter semua kena sokong la.... mmm.... aper agaknyer respon akhbar munafiq seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.... kiter jengok esok... hahaha

29 April 2010

Sumbangan penajaan untuk portal Islamic

Assalamualaikum w.b.t

Tuan/Puan,

PER: Permohonan Sumbangan penajaan untuk portal Islamic di www.mukmin.tv

Pihak kami ini amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan sumbangan penajaan kepada portal www.mukmin.tv agar dapat menampung kos untuk mengendalikannya. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, portal ini dibangunkan atas sebab untuk mengasingkan audio dan video berkaitan Islam yang banyak diletakkan di YouTube yang kami dapati bercampur aduk dengan yang bercanggah dengan kehendak Islam itu sendiri.

Oleh yang demikian, pihak kami telah membangunkan satu portal khusus untuk audio dan video berkaitan Islam yang mana ianya dapat ditadbir dan diawasi dengan lebih berkesan. Projek Mukmin.TV ini telah kami bangunkan pada pertengahan tahun 2008 dahulu dan setakat ini ianya mendapat sambutan walaupun tidak begitu banyak. Ini disebabkan oleh kekangan modal untuk membiayai program promosi yang setakat ini cuma mampu kami janakan melalui "word of mouth" dan sokongan beberapa blogger Islam.

Maka sebagai satu usaha untuk meneruskan kesinambungan projek Mukmin.TV ini, maka kami amat berharap sangat agak ianya mendapat kerjasama daripada pihak tuan/puan dengan sedikit sumbangan/bantuan dalam bentuk penajaan bagi banner bersaiz 728x90 pixel.

Sekian, terima kasih.

Jazzakallah Khairan Kathira

Administrator (mukmintv [at] gmail.com)
International Islamic Da'awah Portal
http://www.mukmin.tv

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1