Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Enakmen. Show all posts
Showing posts with label Enakmen. Show all posts

11 February 2024

Pegang Teguhlah Kamu Dengan Tali Allah

Bhai/DeeDee semua...

Post ini gua tujukan kepada orang Islam. Takder kena mengena dengan orang bukan Islam atau atheis serta murtadin.

Camnie… 

Kalaulah enakmen syariah yang dicadangkan oleh DUN Kelantan itu digubal dengan hukuman yang lebih “PADU” berbanding hukuman sivil, agak korang la Nik Elin akan cabar jugak ke tidak?

Dan kalu hukuman dalam cadangan DUN Kelantan itu lebih berat dari hukuman sivil, adakah korang bersetuju enakman syariah itu digagalkan atau dihalang?

Kena ingat satu perkara. Jenayah Syariah (ta’azir) tidak menawarkan pengurangan hukuman atas sebab berkelakuan baik atau diampunkan oleh Sultan atau YDPA.

Tapi jenayah sivil memberi kuasa kepada Sultan dan YDPA untuk mengurangkan dan mengampunkan semua kesalahan sivil waima jenayah terkait seksual seperti Liwat dan Rogol dibawah Lembaga Pengampunan.

P/S: Kalu pun enakmen itu ada kekurangan, adalah lebih wajar ianya di perbaiki dan di rundingcara untuk mendapatkan sesuatu yang  lebih baik daripada terus menyekat dan menghalangnya.
 
Sebagai orang Islam, walaupun sedikit usaha yang dibuat, kita wajar cuba untuk mengangkat apa-apa yang akan menaikkan dan memartabat syiar Islam.

Gua tak kisah lu orang nak maki hamun dan fitnah gua sebagainya, sebab gua insyaAllah teguh dengan jawapan gua depan Allah Taala, Tuhan Yang Maha Adil.

Gua nak tanya lu orang satu perkara nih ja.. Jawab dengan tenang dan yakin.

Korang nak tengok mamat penzina #HotDaddy tu dihukum bawah syariah ke atau sivil?

Kalu dia dihukum berzina bawah syariah.. disebabkan dier adalah Mukhsan, dia boleh dikenakan hukuman yang lebih berat. Betul la takdak enakmen benda ni… Tapi benda boleh dibincang, dibuat, diperkukuhkan dan dan digubal. Kalu la ada hukum hudud, dia boleh dikenakan rejam sampai mati. Dalam syariah, tiada pengampunan.

Tapi,

Kalo korang berpandangan dia wajar dihukum dibawah sivil, dia boleh kena hukuman yang berat jugak tapi dia berpeluang untuk memohon pengampunan dengan Lembaga Pengampunan. Dia juga boleh dikurangkan hukuman atas sebab berkelakuan baik.

So… apa pilihan korang..

Dier pon ramai yang dah jadikan idola. Tengok muka bangkai yang senyum bangga kat bawah nih… Bangkai yang tak berakal.



02 April 2023

Lanun Nak Rembat Tanah OA

Bhai/DeeDee semua...

Ini semua bangkai lah... Sesuka hati jer nak rukar status tanah rezab. Adoilah… ini cara terancang salahguna kuasa nak rembat tanah rezab OA. 

Walhal OA lebih awal ada di tanah ini berbanding lanun. 

 #sokongOA

Rembat Tanah OA

Seorang pemimpin NGO Orang Asli Johor tampil mengulas cadangan untuk menukar tanah rizab kepada "tanah kesultanan".

Pengerusi Jaringan Perkampung Orang Asli Johor (JPOAJ) Dolah Tekoi berkata tanah rizab masyarakat itu sudah dilindungi di bawah Akta Orang Asli dan Kanun Tanah Negara.

“Perezaban dua cara ini telah dibuat bukan sahaja di Johor tapi rizab tanah Orang Asli seluruh negara.

"Maka dengan itu adalah tidak perlu untuk rizab Orang Asli Johor ditukar ganti dibawah Enakmen Tanah Sultan seperti yang disebut kerana perizaban ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan semua negeri dan semua pihak selesa dengan cara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat hampir tiga minggu selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mencadangkan penukaran tanah Orang Asli menjadi "tanah kesultanan".

Sultan Ibrahim bertitah bahawa meletakkan kawasan dan rizab Orang Asli di bawah tanah kesultanan akan melindunginya daripada disalahgunakan.

Kawasan dan rizab Orang Asli dilindungi di bawah Akta Orang Asli, 1954 - yang antara lain menyatakan bahawa tanah tersebut tidak boleh diberi milik atau dilupuskan kecuali kepada Orang Asli yang tinggal di atas tanah tersebut.

Kerajaan setiap negeri, bagaimanapun, diberi kuasa untuk membatalkan status tanah tersebut.

Sementara itu, di bawah Seksyen 2 Enakmen Tanah Kesultanan Johor, apa-apa yang diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan adalah milik Sultan dan tidak dianggap harta negeri.

Enakmen itu juga memperuntukkan bahawa tiada bahagian tanah kesultanan boleh dijual, dipajak, atau dilupuskan kecuali dengan kebenaran bertulis sultan.

Tidak ada peruntukan di bawah enakmen itu terhadap pembangunan yang dijalankan di tanah kesultanan - yang telah menyebabkan beberapa kontroversi pada masa lalu.

Dalam titah baginda pada 16 Mac, Sultan Ibrahim mendakwa terdapat kes di mana Orang Asli menjadikan hutan simpan negeri sebagai ladang kelapa sawit dan getah berskala besar.

Sultan Ibrahim juga mendakwa bahawa mungkin ada orang luar yang memanipulasi Orang Asli untuk mengambil kesempatan ke atas hak mereka, seperti membuat tuntutan kawasan rayau yang tidak munasabah.

Menjawab perkara ini, Dolah berkata pihak berkuasa perlu menyiasat jika benar ada Orang Asli dieksploitasi untuk membersihkan kawasan hutan yang besar, dan tindakan itu perlu diambil kerana tanah tradisional harus digunakan secara saksama di kalangan semua penduduk.

Bagaimanapun, dia berkata adalah tidak benar untuk mendakwa bahawa semua Orang Asli yang membuka kebun di dalam hutan dieksploitasi.

"Tidak benar kerana kami adalah kaum yg hidup dengan tanah atau bertani dari dahulu kala maka keinginan untuk berkebun bukan kerana hasutan orang luar tetapi atas kesedaran sendiri

"Hutan-hutan ini pula adalah Wilayah Adat bagi kami kerana ia memang diguna sejak turun temurun sebagai tempat mendapatkan sumber penting seperti perubatan tradisi, upacara keagamaan, makanan, memburu, mencari hasil hutan dan sebagainya," katanya.

Dolah juga berhujah bahawa "pembangunan" tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menghalang Orang Asli berkebun untuk menyara diri.

"Jika hanya ada surau, jalan raya, talian internet adakah Orang Asli sudah dianggap kaya hingga tak boleh membuka kebun untuk sara diri? Walhal jika kami hanya duduk berdiam diri sudah pasti Orang Asli akan dianggap bangsa yang pemalas," katanya.

Tambahnya, masih banyak kampung yang kekurangan keperluan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.

Dia memetik contoh Kampung Sedohok yang masih menggunakan telaga air, dan Kampung Pucur yang menggunakan janakuasa yang penduduk kampung terpaksa mengisi minyak dengan wang sendiri.

Dia berkata projek telaga tiub di beberapa kampung juga gagal dan memerlukan alternatif untuk menyediakan air bersih.

Dolah juga berkata program kerajaan untuk Orang Asli menanam tanaman komersial juga gagal kerana bayaran di bawah RM500 sebulan kepada setiap peserta tidak mencukupi untuk membawa Orang Asli keluar daripada belenggu kemiskinan.


01 December 2022

Eloklah Buat Macam Ni

Bhai/DeeDee semua..

Benda baik gua sokong... itu ja nak bagitau... apa sahaja benda baik memang gua akan sokong sebaiknya... tambah lagi yang berkaitan dengan syiar Islam...

Kes perbomohan dan sihir nih memang wajar diangkat dan dijadikan satu hukuman tegas... Dah banyak sangat dah nih... makin hari makin banyak mengarut... so terbaeklah Kerajaan Negeri Terengganu...



02 November 2021

Jangan Double Standard Sudahlah

Bhai/DeeDee semua...

Pada pandangan gua... benda yang nak dibawak nih aderlah benda baik... sungguh lar ianya adalah baik.. tapi... jangan sampai benda yang baik macam nih... jadi tak baik sebab ader sikap double standard.... ikan bilis kena.. jerung dan paus tak kena...

Orang biasa kena... tapi kroni dan saing sendiri lepas...  Dewata lepas....

Itu tidak adil.... harap kalu nak laksanakan semua ini kena buat betul-betul lah... jangan sambalewa ...  Jadi... kena buat betul-betul lar..



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1