Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pejabat Tanah. Show all posts
Showing posts with label Pejabat Tanah. Show all posts

30 April 2024

Celaka Punya Melayu

Bhai/DeeDee semua....

Hampir 100% pegawai di Pejabat Tanah adalah dari kaum Melayu.... dan inilah jugak puak-puak celaka punya Melayu yang menjahanamkan tanah rizab Melayu... yang tukar nama pemilikan.. ubahsuai geran... salahguna kuasa dan rasuah....

Ini kalu buat filem mesti akan box office mengalahkan filem Sheriff - Narko Integriti...

Hahaha.... Celaka punya Melayu

649.2 Hektar tue.


02 June 2023

Belum Lagi Jadi Tanah Kesultanan

Bhai/DeeDee semua...

Apalah nasib Orang Asli di Malaysia.... Walaupun dah duduk dan menetap di tanah yang sama beratus tahun... tapi tetap dikira menceroboh tanah kerajaan...

Giler aaa...

Belum lagi kalu diangkat menjadi tanah kesultanan.... gua rasa semua kena halau punya... Adoilah...

Betul lah orang Asli takder geran tanah... tapi Malaysia cuma ujud 60++ tahun lebih jer... maknanya Orang Asli nih dah menetap dikawasan ini sebelum Malaysia ada lagi.... takkan la itu pon nak dikira menceroboh tanah kerajaan.... Kerajaan mana???

Cakap banyak karang sure kena kutip.... karut betul la..
Maaf la ... ini bukan kenyataan menghasut... ini citer realiti.. realiti hidup warga OA dan orang biasa.... 

Pentaksub Kayangan jangan nak twist citer aaa... tak payah nak bodek sangat... korang pon boleh ja kena halau dan tanah dirampas...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ




02 April 2023

Lanun Nak Rembat Tanah OA

Bhai/DeeDee semua...

Ini semua bangkai lah... Sesuka hati jer nak rukar status tanah rezab. Adoilah… ini cara terancang salahguna kuasa nak rembat tanah rezab OA. 

Walhal OA lebih awal ada di tanah ini berbanding lanun. 

 #sokongOA

Rembat Tanah OA

Seorang pemimpin NGO Orang Asli Johor tampil mengulas cadangan untuk menukar tanah rizab kepada "tanah kesultanan".

Pengerusi Jaringan Perkampung Orang Asli Johor (JPOAJ) Dolah Tekoi berkata tanah rizab masyarakat itu sudah dilindungi di bawah Akta Orang Asli dan Kanun Tanah Negara.

“Perezaban dua cara ini telah dibuat bukan sahaja di Johor tapi rizab tanah Orang Asli seluruh negara.

"Maka dengan itu adalah tidak perlu untuk rizab Orang Asli Johor ditukar ganti dibawah Enakmen Tanah Sultan seperti yang disebut kerana perizaban ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan semua negeri dan semua pihak selesa dengan cara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat hampir tiga minggu selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mencadangkan penukaran tanah Orang Asli menjadi "tanah kesultanan".

Sultan Ibrahim bertitah bahawa meletakkan kawasan dan rizab Orang Asli di bawah tanah kesultanan akan melindunginya daripada disalahgunakan.

Kawasan dan rizab Orang Asli dilindungi di bawah Akta Orang Asli, 1954 - yang antara lain menyatakan bahawa tanah tersebut tidak boleh diberi milik atau dilupuskan kecuali kepada Orang Asli yang tinggal di atas tanah tersebut.

Kerajaan setiap negeri, bagaimanapun, diberi kuasa untuk membatalkan status tanah tersebut.

Sementara itu, di bawah Seksyen 2 Enakmen Tanah Kesultanan Johor, apa-apa yang diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan adalah milik Sultan dan tidak dianggap harta negeri.

Enakmen itu juga memperuntukkan bahawa tiada bahagian tanah kesultanan boleh dijual, dipajak, atau dilupuskan kecuali dengan kebenaran bertulis sultan.

Tidak ada peruntukan di bawah enakmen itu terhadap pembangunan yang dijalankan di tanah kesultanan - yang telah menyebabkan beberapa kontroversi pada masa lalu.

Dalam titah baginda pada 16 Mac, Sultan Ibrahim mendakwa terdapat kes di mana Orang Asli menjadikan hutan simpan negeri sebagai ladang kelapa sawit dan getah berskala besar.

Sultan Ibrahim juga mendakwa bahawa mungkin ada orang luar yang memanipulasi Orang Asli untuk mengambil kesempatan ke atas hak mereka, seperti membuat tuntutan kawasan rayau yang tidak munasabah.

Menjawab perkara ini, Dolah berkata pihak berkuasa perlu menyiasat jika benar ada Orang Asli dieksploitasi untuk membersihkan kawasan hutan yang besar, dan tindakan itu perlu diambil kerana tanah tradisional harus digunakan secara saksama di kalangan semua penduduk.

Bagaimanapun, dia berkata adalah tidak benar untuk mendakwa bahawa semua Orang Asli yang membuka kebun di dalam hutan dieksploitasi.

"Tidak benar kerana kami adalah kaum yg hidup dengan tanah atau bertani dari dahulu kala maka keinginan untuk berkebun bukan kerana hasutan orang luar tetapi atas kesedaran sendiri

"Hutan-hutan ini pula adalah Wilayah Adat bagi kami kerana ia memang diguna sejak turun temurun sebagai tempat mendapatkan sumber penting seperti perubatan tradisi, upacara keagamaan, makanan, memburu, mencari hasil hutan dan sebagainya," katanya.

Dolah juga berhujah bahawa "pembangunan" tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menghalang Orang Asli berkebun untuk menyara diri.

"Jika hanya ada surau, jalan raya, talian internet adakah Orang Asli sudah dianggap kaya hingga tak boleh membuka kebun untuk sara diri? Walhal jika kami hanya duduk berdiam diri sudah pasti Orang Asli akan dianggap bangsa yang pemalas," katanya.

Tambahnya, masih banyak kampung yang kekurangan keperluan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.

Dia memetik contoh Kampung Sedohok yang masih menggunakan telaga air, dan Kampung Pucur yang menggunakan janakuasa yang penduduk kampung terpaksa mengisi minyak dengan wang sendiri.

Dia berkata projek telaga tiub di beberapa kampung juga gagal dan memerlukan alternatif untuk menyediakan air bersih.

Dolah juga berkata program kerajaan untuk Orang Asli menanam tanaman komersial juga gagal kerana bayaran di bawah RM500 sebulan kepada setiap peserta tidak mencukupi untuk membawa Orang Asli keluar daripada belenggu kemiskinan.


20 December 2022

Pejabat Tanah Memang Lubuk Rasuah

Bhai/DeeDee semua...

Dari dulu lagi gua selalu bercerita tentang benda nih... Tentang bagaimana Pejabat Tanah memang menjadi lubuk rasuah sejak dari dulu lagi... Keluarga gua ader pengalaman ini... begitu juga dengan beberapa keluarga lain yang gua pernah kenal dan bertanya...

Majoriti pekerja di Pejabat Tanah adalah orang Melayu... dan orang Melayu dikatakan beragama Islam... 

Tapi... di Pejabat Tanah la lubuk utama rasuah.... dari pembantu am rendah (PAR) sampailah ke jawatan paling tinggi... ramai yang terlibat dengan salahguna kuasa dan rasuah.... nak cari fail pun kalu tak hulur alamatnya berjanggut la berulang alik ke Pejabat Tanah...

Karut... 

Bab tetiba ader geran tanah yang berubah pemilikan tue dah biasa.... paling gua terkejut tengok adalah... ada yang sengaja hilangkan (atau tak hantar) surat bayaran cukai tanah kepada pemilik (tambah lagi bilamana pemilik ada yang buta huruf)... last-last tanah tu di batalkan pemilikan hanya kerana tak bayar tunggakan cukai tanah....  dan banyak lagi kes-kes pelik dan ajaib berlaku di pejabat tanah...

Dalam satu kes yang keluarga gua alami... permohonan tanah secara berkelompok oleh orang kampung yang telah dibuat lebih 40 tahun (siap diteroka untuk tanaman kontan) tidak dikira langsung... tetapi didahulukan permohonan dari sebuah syarikat komersial yang ada kaitan dengan orang politik (masa tu dari UMNO) walaupun permohonan ini hanya dibuat tak sampai 1 tahun lamanya ... terhadap satu tanah yang sama....

Macam sial jer kan... huhuhu ... pegawai pejabat tanah hampir kesemuanya Melayu... tapi rasuah paling teruk berlaku di pejabat tanah... 




Selama kira-kira 50 tahun, Sandramadi Adaikan berkali-kali naik turun tangga di pejabat tanah Raub dan mahkamah demi mendapatkan 0.2 hektar tanah pusaka bapanya.

Kini di usia 91 tahun dia percaya penat jerih itu akan berakhir tidak lama lagi.

Dia akhirnya dapat menyaman pentadbir Tanah Daerah Raub dan pengarah tanah dan galian atas dakwaan menceroboh dan membenarkan pencerobohan terhadap tanahnya.

Dia menuntut pengisytiharan sebagai pemilik yang sah hartanah itu.

Dia mendakwa sebahagian tanahnya diceroboh pihak ketiga, walaupun Sandramadi terus menetap di situ.

“Saya tidak akan mati sebelum status tanah yang diberikan kepada bapa saya ini selesai,” katanya.

Dia menyatakan kegembiraannya kepada panel hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mengundi supaya kes itu dibicarakan.

“Saya bukan tunggu sehari dua tetapi 50 tahun bersama anak-anak saya untuk dapatkan balik tanah ini,” katanya.

25 January 2022

Kalau Betul SPRM Telus...

Bhai/DeeDee semua...

Kalau betul SPRM telus... pastinya ramai pimpinan UMNO, MCA dan MIC yang dah lama masuk kedalam bukan setakat ditahan, disiasat,,, tapi berjaya didakwa dan disabitkan kesalahan sejak sekian lama... 

Tapi...

Tapi kita tahu yang SPRM ini digunakan sebagai senjata untuk mengugut... sama juga dengan LHDN... 

Dan yang kena ugut pula adalah puak-puak yang tidak selari dengan kerajaan sedia ada... tak kira la lain parti atau lain team... Ini dah lama kita perhatikan berlaku dalam SPRM...

Yang menariknya lagi... SPRM sendiri pun tercemar organisasinya sejak dahulu lagi.... ader pegawainya yang terlibat dengan jenayah... menjadi kepala rasuah... malah ader yang melindungi kejadian jenayah.... payah kalu bukan sahaja yang kakitangan bawahan... tapi sampai ke peringkat atasan...

Menariknya... majoriti pegawai SPRM adalah berbangsa Melayu.... yang tentunya beragama Islam...

Sama macam kes rasuah di Pejabat Tanah dan Galian la.... bagaimana majoritinya berbangsa Melayu dan tentunya juga beragama Islam... walhal... inilah lubuk utama rasuah dalam Malaysia...

Huhuhu...






20 September 2021

Kejadahnya Nak Buat Taman Tema?

Bhai/DeeDee semua...

Pasca Covid-19 ... tak logik lagi nak bukak taman tema ... sebab kos pengendalian Taman Tema akan meningkat berkali ganda... tambah lagi apa-apa halangan dan sekatan yang terkait dengan SOP dan larangan yang berkaitan..

Biler mana ader pihak nak buat Taman Tema baru di Cameron Highland.... gua bukan sahaja risaukan ekosistem dan kelestarian Cameron Highland... tapi gua pikirkan macam mana pemaju nak dapat balik keuntungan...

Berapa harga tiket yang akan dikenakan?? Semua ini kos.. 




06 September 2021

Mana Ada Kakitangan Bukan Melayu Di Pejabat Tanah

Bhai/DeeDee semua...

Di Semenanjung Malaysia nih.... mana ada kakitangan bukan Melayu di Pejabat Tanah ... Mana ader kakitangan bukan Islam bertugas di Pejabat Tanah.... Biasanya dari Kepala Ketua sampailah yang level paling macai pun mesti Melayu...

Dah Melayu... mestilah Islam kan.... Hahaha .... dan antara pejabat yang paling kerap anjurkan program bubur lambuk time Ramadhan... program berbuka puasa di bulan Ramadhan... malah setiap Khamis atau Jumaat mesti ader program baca Yaasin....

Hahahaha....

Tapi Rasuah, Tumbuk Rusuk dan sebagainya langsung tabley tinggal... Hahaha...

Bila nak pencen.... ader yang dapat offer pi buat Umrah dan Haji.... lepas pencen... staff paling cikai pon akan ader lot tanah sampai berpuluh ekar.... tanah kebun... tanah pertanian.... tanah rumah.... tanah industri.... Malah ader yang sampai beratus ekar.... hahahaha

Kalu kereta tue.... hahaha.... mana ader yang pakai cikai-cikai.... Hahaha.... apa susah... beli kereta bayar muka jer.... bulanan ader orang boleh cover..... hahaha

Ini realiti... ini fakta....

Kalu tidak macam mana boleh tanah Hutan Simpan Kekal (Raub) dan sebagainya boleh kena rembat ratusan ekar diteroka..... Hahaha



27 September 2012

Kampung Bunian UMNO Punya

Hahaha... dah 10 tahun bhai... 10 tahun takder saper nak amik pot.... hahaha... lu ingat senang-senang ker boleh lepas 10 tahun ceroboh tanah ... tanah hutan simpan plak tue... kat Johor pulak tue.... hahaha... kalu takder kabel kuat ker... kalu takder sangkut paut ngan politik ker... kalu takder line direct ngan DEWA ker.... hahaha... lu ingat senang ker bhai....

Hahaha.... ini semua senang jer nak tau saper punya kerja... kerja teroka haram Kampung Muafakat

Okeh... gua bagi sikit hint... yang jalankan projek ladang (kuar modal dan buat ladang) sudah tentu puak-puak chukong....  habis tue... camana dier boleh selamba badak jer bukak ladang dan kuarkan modal.... hahaha... tarak takut ka...

Jangan riso bhai..... ader duit semua boleh clear... gua berani kata yang benda macam nih buka setakat kecik anak punya level... dah 250 hektar lebih tanah tue... mesti ader kena mengena ngan ADUN kawasan tue... mesti ader kena mengena ngan AJK UMNO kawasan tue... mesti ader kena mengena dengan S/U Politik orang-orang tertentu... kalu dah macam nih punya besar kawasan... gua berani jamin .. ader Menteri atau Timbalan Menteri yang punya kabel... hahaha

Duit bhai.. duit.... ramai yang gelap mata.... DEWA pon boleh gelap mata... hahaha... aper ader hal.... hahaha... Oh yer.... hampir gua terlupa... kawasan lokasi penerokaan haram nih ader terletak dalam kawasan  Parlimen Sembrong..... hahahahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1