Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bencana. Show all posts
Showing posts with label Bencana. Show all posts

01 April 2023

Orang Asli Pun Hairan

Bhai/DeeDee semua...

Memang ini perangai hampir semua Ahli Parlimen atau ADUN.... tak kira la belah parti mana pun... Hahaha... perangai spesis nih sama ja... 

Bukan takdak yang okay.... tapi rare sangat la....  ada yang hanya okay sama puak dier ja... puak lain dier tak okay...

Hahaha..... 


Ketika banjir melanda Kampung Peta di Mersing, Johor awal bulan ini, paras air yang tinggi menyebabkan begitu banyak kerosakan terhadap rumah, kenderaan dan tanaman yang menjadi punca rezeki penduduk, yang terdiri daripada Orang Asli suku Jakun.

Sejak itu, penduduk yang tidak berpuas hati mendakwa kampung itu, yang terletak di pinggir sungai Endau, masih belum dikunjungi Adun mereka.

Ahli Parlimen dan Adun kawasan itu, iaitu Islahuddin Abas dan Alwiyah Talib, adalah daripada Bersatu.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Osman mendakwa Kampung Peta menanggung kerosakan berjumlah RM1.2 juta, melibatkan 60 keluarga dengan kebanyakan kediaman mereka terjejas akibat banjir.

"Selama dua minggu kami dianaktirikan di negara sendiri. Kampung Peta di Taman Negara Endau-Rompin terpaksa bergantung harap kepada NGO, bukan kerajaan.

"Mereka banyak membantu kami seluruh masyarakat kampung Orang Asli dari segi pengangkutan, makanan dan lain-lain," kata pemandu pelancong berusia 39 tahun itu kepada Malaysiakini.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Osman berkata mereka amat kecewwa apabila ahli parlimen dan Adun yang bertanya khabar dan melihat keadaan mereka.

"Inilah nasib kami. Apabila perlukan undi, kami dicari tapi bila sudah dilantik, kami dilupakan," katanya lagi.

07 March 2022

Banjir kilat landa Lembah Klang - Hukuman atau Peringatan?

Bhai/DeeDee semua...

Lembah Klang dilanda banjir kilat lagi. Dalam tahun ini je dah berapa kali Lembah Klang dilanda banjir kilat. Sebelum PKP dan sampai sekarang dah berapa kali Malaysia dilanda banjir kilat dan banjir besar.

Boleh kata semua negeri kena banjir kilat dan banjir besar kebelakangan ini... Timbul persoalan... adakah ianya hukuman atau sekadar peringatan buat kita manusia yang sering lalai dan leka.

Kitalah juga yang merosakkan alam ini... ditangan kitalah semua keputusan... ditangan kita ini jugalah kita lalai dan leka ... berbangga dengan pembangunan yang tidak sekata.

Adakah kita mahu sedar?

#BanjirKilat #LembahKlang #Bala #BencanaAlam #Pembangunan #Lestari #Mapan #CipanTapirTenuk #SocialCritics

04 January 2022

Sembang Seorang Hassan Karim

Bhai/DeeDee semua...

Sembang boleh lar... kita tau la siapa Hassan Karim.... aper pekerjaan dier... bagaimana pendapatan dier.. macam mana keadaan rumah dier..  jadi tak payah la Hassan Karim nak pertikaikan apa keperluan orang-orang yang dah hilang pekerjaan, tiada pendapatan.. tiada kaya dan banyak simpanan serta aset macam dier... dan rumah pulak kena banjir sampaikan ader yang hilang 100% peralatan rumah...

Orang-orang marhaen mustad'afin yang tengah susah nih... sudah la pendapatan pun tak menentu @ tiada pendapatan... rumah pulak kena banjir lumpur sampai teruk sangat... dan anak-anak nak masuk sekolah balik...

Sure diorang nih buntu nak memikirkan semua benda... bukan setakat urusan makan minum pun terganggu... inikan pulak nak uruskan benda lain...

Agak-agak la nak sembang pun... Hak orang yang empunya KSWP la dier nak buat apa dengan duit dier sementara masih hidup.... belum tentu depa nih semua sempat sampai umur 55 tahun.... betul tentu diorang nih merasa nak guna duit KWSP tue... kalu ikut cara normal...

Nak harapkan Kerajaan punya bantuan?? Agak-agak la... macam siput dan ciput ja dana bantuan tue... giler ka apa...

So... Pada gua simple jer... kepada yang  bising pertikaikan kenapa orang lain nak sangat keluarkan duit KWSP tu dalam keadaan sekarang ... hanya selepas PKP yang lama... gua doakan bahawa yang pertikaikan tue kena lah musibah sampai tinggal sehelai sepinggang...  dan tabley nak claim insuran bagai... dan duit simpanan dalam bank pon takder atau hilang...

Baru diorang nih ader akai...  Semoga Hassan Karim nih pon jadi salah satu mangsa bencana ...

P/S. Gua walaupun tak kena bencana... tapi gua bersolidariti dengan yang kena bencana...



24 December 2021

Macam Celaka Ja

Bhai/DeeDee semua...

Perangai camnie kita boleh lihat sentiasa... bukan benda asing pon... bukan pelik pon... Huhuhu...

Dah masak dah perangai macam ni kita boleh tengok ... huhuhu



21 December 2021

Basic Survival Kit (Lelaki) Untuk Hadapi Bencana

Bhai/DeeDee semua...

Basic Survival Kit (Lelaki) untuk hadapi bencana. (Checklist)
  • Lampu Suluh (bateri sel kering) 
  • Wisel / Air Horn Aerosol
  • Cermin Kecil (boleh jadi alatan isyarat)
  • Kain Pelikat (1 atau 2 helai)
  • Baju Pagoda (2 atau 3 helai)
  • Seluar Pendek had lutut (2 helai)
  • Lighter - Pisau Pelbagaiguna (Swiss Army Knife)
  • Makanan dalam pouch (MRE) untuk 3 hari
  • Tuala Good Morning - Bantal angin (boleh dijadikan pelampung)
  • Radio FM berbateri
  • PowerBank
  • Payung kecil (jika tidak membebankan)
  • Baju Hujan / Poncho
  • Air mineral (minima 5 botol 500ml)
  • Kit perubatan dan sun screen cream
  • Selipar @ Kasut Diving
  • Topi
  • Set CB Radio atau Radio Amatur (jika ada)

Ini asas jer. Boleh tambah terutamanya air. Letak siap-siap dalam satu beg. Setiap item tu masukkan dalam Plastik Zipper Bag untuk elakkan basah. Bateri sel kering paling utama… beli banyak untuk penggunaan 5 hari. Kalu boleh semua barang ini diletakkan dalam "Dry Bag" yang boleh dibeli di Shopee, Lazada atau mana-mana kedai menjual peralatan outdoor..

Lipat senipis-nipisnya.. kalu pakai vaccum shrink lagi bagoosh.

Pastikan at least ader 1 dokumen pengenalan diri milik anda dalam beg tersebut… salinan sekali pun cukup lah.

Sekian.

* p/s : Benda nih gua dah mention banyak kali … dah cukup lama dah gua mention benda nih… berpuluh tahun dah..

*** Kalau untuk perempuan... boleh tambah tuala wanita (sanitary pad) dan keperluan sanitari wanita yang lain.

**** Untuk kalau baby... prepared yang keperluan basic ja... cukup untuk 3 hari... tak payah la nak prepared macam sampai sebulan.



20 December 2021

Bangkai Punya Agensi La NADMA Nih

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia bukan tak pernah alami bencana tahap mega. Tapi kita masih lagi kelamkabut mengaturgerakkan jentera bantuan kecemasan ketika bencana.

Dana kita pun banyaknya sekadar “adhoc” dan penuh di”markup” harga kelengkapannha. Kita kena perbetulkan kembali semuanya demi pengurusam bencana yang lebih baik di masa depan.

Pada gua… kita sudah tidak boleh menetapkan sistem pengurusam bencana ikut Daerah bagi kawasan bandar, tetapi kita setkan mengikut radius. Maybe setiap sel radius hanyalah sebesar 5 atau 10 km.

Jadi pengurusan adalah lebih cekap dan mudah diaturgerakkan. Penggunaan Internet-of-Things (IoT) wajar dimanfaatkan untuk sistem amaran awal bencara (banjir, ribut, taufan atau sebagainya).

Kerajaan Malaysia patut mempermudahkan pemilikan radio Civilian Band (CB) untuk komunikasi waktu bencana tanpa perlu bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi biasa.

Dan yang paling penting, Kerajaan melalui semua media elektronik mestilah mengajar semua keluarga untuk menyediakan “survival bag” bagi kegunaan setiap keluarga. 1 “survival bag” untuk 3 orang bertahan selama 3 hari. Benda ini pernah gua tulis dua tahun lepas.

Korang boleh stadi tentang “survival bag” nih kat YouTube. Ader banyak spesifikasi yang boleh digunapakai.

Ntahlah… gua ni kan palatao

* tambahan maklumat dari NADMA… kelakar betul lar. Buang ajer la nama Agensi Pegurusan Bencana Negara tukar jadi Agensi TikTok jer la.. Bangkai betul.






Macam-Macam Palatao

Bhai/DeeDee semua...

Payah kalu ader banyak palatao time musibah nih... Gua sedih biler tindakan lambat diambil oleh Kerajaan... Gua frust bila tengok dan baca ader double standard berlaku dalam operasi menyelamat...  Gua menyampak bila mana golongan "pemerintah" sekadar foto selfie ja...

Ini semua bukan menyelesaikan masalah... macam-macam palatao nih bukan penyelesaian...

Sampai ada yang terkorban akibat dari banjir.. Huhuhu 



19 December 2021

Pincang

Bhai/DeeDee semua...

Banjir besar melanda banyak kawasan dalam Malaysia... Dan ianya agak teruk... memang teruk... Mana tidaknya.. banyak rumah yang biasanya kena air banjir setakat betis jer... tapi kali ini sampai ke bumbung...

Jahanam perabut dan peralatan rumah... Kesian sungguh la...

Tapi masa ini lah jugak kita nampak banyak kepincangan berlaku dalam proses kesiapsiagaan banjir.... Nampak sangatlah pincang semuanya... dan yang menangguk di air keruh pada masa ini adalah pentaksub dan cytro Najib Razak...

Mereka dok canang tentang kehebatan masa Najib Razak jadi PM... macam mana 1MDB dan SRC International digunakan sebagai medium CSR untuk menangani banjir... 

Errr.. sekejap... aper kejadahnya 1MDB dan SRC International terlibat benda nih... bukan ker dua-dua syarikat ini adalah Investment Arm bagi kerajaan... adoilah... nak pusing cerita pon agak-agak la... nak bekap pun tengok la kiri kanan...

Isu banjir nih kita ader banyak agensi Kerajaan... patut dah ready dah lama... bertahun-tahun Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan beberapa agensi berkaitan bencana dah ready... kenapa kali ini macam caca marba... pincang segalanya... 

Maybe sebab dapat PM yang blur macam Ismail Sabri kot??

Huhuhu



20 September 2021

Kejadahnya Nak Buat Taman Tema?

Bhai/DeeDee semua...

Pasca Covid-19 ... tak logik lagi nak bukak taman tema ... sebab kos pengendalian Taman Tema akan meningkat berkali ganda... tambah lagi apa-apa halangan dan sekatan yang terkait dengan SOP dan larangan yang berkaitan..

Biler mana ader pihak nak buat Taman Tema baru di Cameron Highland.... gua bukan sahaja risaukan ekosistem dan kelestarian Cameron Highland... tapi gua pikirkan macam mana pemaju nak dapat balik keuntungan...

Berapa harga tiket yang akan dikenakan?? Semua ini kos.. 




13 February 2021

2 Biji Je Tapi Canangnya

Bhai/DeeDee semua...

Nilai sebenar kemusnahan akibat dari banjir pada penghujung 2020 adalah amat besar.. Bayangkan bilamana banyak lokasi yang terjejas teruk akibat dari banjir tersebut... majoritinya berlaku di kawasan tengah Semenanjung Malaysia... Pahang, Johor, Perak, Terengganu dah Kedah memang terjejas.... 

Negeri antara yang paling teruk terjejas adalah Pahang.... ini realiti...

Dan kita semua tahu apa sebabnya Kuala Lipis, Raub, Temerloh, Rompin, Pekan dan beberapa tempat lagi terkena banjir... Semuanya akibat dari kesan pembalakan hutan yang tak terkawal... sampaikan hutan simpan kekal pon kena rembat balaknya .... dan ini semua dilakukan dengan ijin dari pihak yang berkuasa...

Pihak yang pegang kuasa.... suara dari kayangan janganlah di bantah...

Jadi..... tetiba je tercanang seantero alam bahawa kayangan dok bantu bangunkan rumah untuk mangsa banjir...  yang kelakarnya.... dua biji je.... kecohnya hebat sangat... 2 biji je tapi canangnya.... huhuhuhu

Hehehe... sabor je la.... cakap banyak karang cepat ja masuk kedalam walaupun apa yang kita cakap ni benar belaka..... huhuhu






12 December 2013

Tangguh Atau Tidak?

Bhai/DeeDee sekalian...

Ader beberapa member gua dok cuba nak tanya gua masa banjir besar yang berlaku di Kuantan dan Kemaman baru-baru nih... Semua bising bagitau susah sangat nak kontek gua...  Wei... Bukan salah gua aaa... Ini semua salah Shabery Cheek... Harap macam bagoosh Ahli Parlimen Kemaman ader title Menteri Komunikasi ... Tapi ... Hampeh... Komunikasi selular out... Landlines pon banyak yang kaput...  Aper daaa...

Jadi selepas saluran komunikasi sudah sedikit pulih.... Berduyun call dan sms masuk... Semua tanya pandangan gua.... Tentang satu perkara nih..... satu perkara jer bhai...

Semua member nak tau agak-agaknyer la kalu kejadian banjir baru-baru nih terjadik bukan pada masa UMNO buat Perhimpunan Agung UMNO.... Tetapi masa kejadian jadik pada masa Muktamar PAS... Agak-agaknyer ader ak Muktamar PAS tue ditangguhkan...???

Gua bagitau diorang sumer... Sebenarnya ader dua kemungkinan yabg mungkin berlaku...

Pertamanya... PAS akan teruskan Muktamar sampai selesai ... Tetapi ahli-ahli di peringkar bawah la yang akan dikerahkan memberikan bantuan... Kalu ader pon pimpinan yang kensel Muktamar... Mesti ianya akan jadik satu mileage kepada pimpinan tue.. Dan mesti ianya akan jadi lobi dan promosi terbaek buat pimpinan tue...

Atau...

Keduanya... Muktamar PAS akan ditangguhkan dan semua dikerahkan untuk turun padang membantu mangsa banjir... Dan jangan pulak terkejut kalu ada pimpinan yang akan terlebih sudu dari kuah depan media semata-mata nak tunjuk dier la terbaek dan terprihatin dikalangan pimpinan... Semua seakan melobi.. Sama ader secara nyata mahupun secara tidak nyata...

Hahahaha...

Samer jer bhai.... Aper lu ingat pimpinan PAS semua maksum dan ikhlas ker dalam setiap episod turun padang.... Hahahaha

Kalu la jadik banjir besar nih jadi sebulan sebelum PRU13 hari tue... Mau semua mangsa banjir jadi anak angkat la... Dana melimpah ruah la... Bantuan tak dimintak pon boleh kasik... Semua kerana politik dan undi..

Tak percaya kalu... Doakan jer la sebulan sebelum PRU14 nanti berlaku banjir besar yang hebat... Mesti semua akan untung.... Hahahaha...

Hampeh aaaa...

27 December 2012

Nasharuddin Mat Isa Melawat Mangsa Banjir

Bhai... Lu ader nampak mangkuk ayun sekor nih yang Ahli Majlis Syura Ulama PAS bernama Nasharuddin Mat Isa pi melawat mangsa banjir di dalam Parlimen Bachok tak... Kalu ader nampak tolong amik gambar dier dan pas kan kat gua.. Gua akan publishkan...

Sebab setahu maklumat gua... Haram tak nampak batang hidung mangkuk Ahli Majlis Syura Ulama PAS sekor nih... Memang tak nampak turun padang... Idup lagi ker dier nih aaa... Pelik betul gua...

Memang pelik... Camana la mangkuk ayun sekor nih boleh duduk lagi dalam Majlis Syura Ulama PAS... Kerja parti dier tak buat... Amanah yang dibagi kat dier pon dier tak buat... Hilang... Tak nampak batang hidung... Oh yer... Ini ker contoh ulama PAS... Nampak samer teruk macam Ulama Suq UMNO jer.. Walaupun kureng skit berbanding "Ulama Komersial" yang gua citer semalam...

Macam gua tulis tadi aaa.. Kalu lu ader nampak Nasharuddin Mat Isa melawat mangsa banjir di Parlimen Bachok dan kawasan lain... Tolong aaa tangkap gambar dan pas kan kat gua... Gua takder hal... Memang nak tau gak...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1