Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pembangunan. Show all posts
Showing posts with label Pembangunan. Show all posts

10 July 2023

Polemik Selangor Vs Kedah

Bhai/DeeDee semua...

Bila menyebut pasai betapa berjayanya Selangor dari segi ekonomi, mau tidak mahu kita kena mengambil kira yang Selangor itu letaknya dekat dengan Ibu Negara Kuala Lumpur.

Betul… belum pernah lagi kita dengar lokasi dalam dunia ni yang kawasan berhampiran dengan Ibu Negara menjadi mundur dan lemah ekonominya…

Korang boleh semak semua ibunegara didalam dunia nih..
Dan bagi kawasan lain… memang macam itulah…

Tapi… pasti akan ader pentaksub yang akan bawa contoh Pulau Pinang dan Johor… hehehe… takpa… semua itu ada jawapannya…

Pulau Pinang naik sejak zaman Penjajahan British lagi… ini kawasan permainan mereka.. Trade route dan business centre mereka sejak ratusan tahun… jadi jangan kata ianya naik sebab usaha mana-mana pentadbiran selepas Malaysia Merdeka pun … kita cuma jalankan kesinambungan sedia ada jer… Kilang elektronik naik kat sana pun zaman bila… zaman puak penyamun..

Kawasan Kedah yang naik macam Kulim dan Sg Petani pun pasai dekat dengan Penang… Kalu jauh memang tak membangun gak macam kat Baling atau kat Yan dan Naka … serupa itu jugak la…

Johor pula … hanya sebab berhampiran dengan Singapura (ingat kes Selangor yang berhampiran dengan Kuala Lumpur)… jadi terdapat limpahan ekonomi disitu… Tapi itu semua hanya tertumpu kat JB jer… bukan Muar… bukan Batu Pahat… bukan Mersing… Bukan Endau… yang itu semua macam tu la jugak… mundur…

Malah Melaka pun tak pergi mana… hahaha… Setakat gitue-gitue ja… Negeri Sembilan pun cuma Seremban, Seremban 2 dan Nilai jer yang okey… Kolo Pilah, Simpang Pertang atau Serting macam kuno camtue la jugak… hahaha

Kalu nak sembang kononnya pentadbiran bagoosh dari parti pemerintah… patut Pahang @ Kuantan pon dah boleh naik jauh… kawaan YDP Agong tu.. takkan la YDP Agong takmo nak tengok kawasan dier membangun dan mantop… Abis kuat pun cuma puak China yang kongker dengan kawsan khas dah macam Tembok Besar China tue di MCKIP… Pekan ader nampak la okeh… tapi setakat itu je la… aper pembangunan besar pon takder… harapkan industri otomotif jer la… walhal Penyamun Malaysia (PM) dulu asal Pekan…

Terengganu pun kekal miskin walaupun hasil minyak yang banyak… Bandar Chukai Kemaman pun serupa macam Bandar Seri Begawan di Brunei tue… slow, pegun dan tak membangun walaupun dilimpahi dengan emas hitam… Bayangkan la Majlis Perbandaran Kemaman nih adalah Majlid Perbandaran paling kaya dalam Malaysia… tapi infrastruktur pun hauk… macam jibauk jer… Walhal bekas MB dua orang asal Kemaman (Wan Mokhtar dan Ahmad Said)

So… tak payah nak sembang la kata pentadbiran parti kami la … puak kqmi la ni bagoosh sebab tu la ekonomi kawasan dan negeri kami handle terbaek dan maju…. Itu semua sembang karut …. sembang tak realistik..

Proofkan dulu Bagan Datoh dah boleh naik taraf jadi Bandaraya… Tambun tu nasib baik la duduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh… tapi itu pon Kg Tengku Hussein dan Manjoi tetap gak macam tue… Tak pernah berubah…

Pagoh dan Marang memang takkan jadi Bandaraya… sampai bila-bila … lupakan sajer la yang itu… Langkawi tu nasib la kawasan pelancongan… itu pon macam susah nak sustain gak… Koh Samui lagi ngam… Hahaha

Selangor pon bukan semua kawasan maju… Beranang… Gedangsa… Semua tu mundur gak… Itu belum masuk kawasan Sekinchan, Tanjung Karang atau Dusun Tua….

Apa pun…. Malaysia masih lagi berstatus negara dunia ketiga dan negara membangun… Politik korang langsung tak memberi makna nak menaikkan taraf Malaysia nih…

Puak Penyamun dan Perasuah pon amik jadi geng… What do you expect… Hahaha

*** ini pekan Bagan Datoh … serupa macam keadaan baru lepas Merdeka gak… takder perubahan…. sama macam pekan Seputeh di Tronoh… Hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



23 May 2022

Mahukah Kerajaan Kelantan Terima Cadangan?

GetRunner adalah perkhidmatan penghantaran segera yang melibatkan motorsikal dan kereta. Dan ianya lebih tertumpu di Kelantan dan Pulau Pinang serta Selangor dan Terengganu.

Kalau lah Kerajaan Kelantan bijak… dan bersedia untuk memberikan satu peluang pekerjaan bagi belia dan warga Kelantan, pada gua GetRunner adalah satu pilihan yang tepat.

Sebelum ini ada cadangan dari #EXCO Kerajaan Kelantan agak belia di sana menceburi perkhidmatan beca. Pada gua ini satu cadangan yang dangkal dan memperlihatkan ketidakperihatinan Kerajaan Kelantan dengan teknologi dan peluang pekerjaan.

Kalaulah Kerajaan #Kelantan bekerjasama dengan GetRunner … terutamanya dengan menggalakkan pernggunaan perkhidmatan penghantaran bagi agensi-agensi terkait dengan Kerajaan Negeri, maka tentunya itu adalah pilihan yang tepat dan lebih baik.

Belia Kelantan akan ader peluang kerja dan tentunya secara tidak langsung akan menjana ekonomi negeri.

Tapi biasa la…. gua cuma mampu bagi cadangan sebab gua baik ngan bos GetRunner tue… tapi kalu dah Kerajaan Kelantan sendiri pon selow… nak buat camana..

Hahaha…

Nak kekal perintah negeri… tapi takder idea untuk membangunkan negeri….

Adoilah… Ader pantai yang menarik macam di Tok Bali… tapi tak dimanfaatkan… Sampah tak berkutip… semak samun tak di bersihkan.. Adoilah.




02 January 2022

Kejamnya Tidak Berhati Perut

Bhai/DeeDee semua...

Golongan berpendapatan rendah di Kuala Lumpur tidak patut didedahkan dengan risiko menjadi mangsa banjir menerusi sebarang cadangan projek perumahan di kawasan yang pada asalnya ditandakan untuk menjadi kolam takungan banjir

Dua dari projek perumahan mampu milik ini adalah di kolam takungan banjir Batu dan Batu 4 ½ di Kuala Lumpur. Ianya merupakan dua daripada enam kawasan yang dikenal pasti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 pada September lalu, yang diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Golongan berpendapatan rendah ini yang tidak mampu memiliki rumah mewah sewajarnya tetap perlu diberi layanan yang “bermaruah”. Jangan jadikan mereka mangsa yang hanya diberikan RM1000 jika terkena bencana banjir. Tindakan ini dilihat seumpama sengaja mementingkan perut kapitalis.

Macam celaka semuanya... dari pentadbir tanah sampailah kepada para kapitalis, kroni dan proksi mereka. Jahanam betullah.

Bukan tak ada kawasan yang lebih baik untuk dibangunkan sebagai penempatan miskin bandar... tapi masih juga disediakan penempatan untuk miskin bandar dikawasan-kawasan yang mudah ditimpa bencana.. seakan sengaja menempah maut.

Adoilah..

Kapitalis Khianat




16 December 2021

Perubahan Untuk Sarawak Dan Sabah

Bhai/DeeDee semua...

Kita tahu dah lama dah Sabah dan Sarawak terpinggir... Banyak kawasan dan daerah disana yang kurang infrastruktur awam terutamanya kemudahan jalanraya yang baik, bekalan air dan juga elektrik. Walaupun Malaysia dah Merdeka lebih 64 tahun... tapi keadaan di Sabah dan Sarawak dilihat seperti pada tahun 60'an atau 70'an..

Jangan kita tengok bandar besar macam Kuching, Kota Kinabalu, Miri, Limbang, Sarikei dan sebagainya... tapi kita masuklah kedalam sikit ke kawasan pedalaman... Kita akan nampak semuanya jika kita berkenderaan darat....

Keadaan jalan yang teruk dan semacam tidak pernah dapat kesan pembangunan... telekomunikasi pun out... jangan cerita la benda macam kemudahan Internet.... jauh panggang dari babi...

Sebenarnya semua ini boleh diselesaikan dengan mudah ... jika pemimpin utama negara kita mahu membuka mata dan melihat kebenaran secara live depan mata... berkenderaan lah secara kenderaan darat.... 

Contoh macam kalu YDP Agong selalu ketua negara dapat turun padang tengok sendiri dengan mata kepala sendiri.... tak payah tunggu orang atau mana-mana pegawai atau kerajaan negeri jemput... Sendirilah YDP Agong amik inisiatif bergerak sendiri masuk ke kawasan ini... mesti akan dapat lihat kebenarannya tanpa disorokkan dan ditunjukkan yang muluk-muluk sahaja...

Bukankah ini tugas seorang pemimpin atau ketua negara.... Bukan sekadar dengar sembah taklimat daripada pegawai dan kakitangan awam... tapi dengan turun sendiri lihat...  Tak perlu nak lawat luar negara tak abis-abis.. tapi dalam negara langsung tak pandang...

Maaf cakap la... Gua berani jamin... Kalu setiap YDP Agong kerap buat lawatan sebegini secara terjah sejak dari awal kita mencapai kemerdekaan... pastinya tiada kawasan dalam Malaysia yang ketinggalan...

Bukanlah gua nak kata amik contoh Kembara Mahkota Johor (yang itu pun banyaknya pergi ke kawasan yang dah dijadualkan dan pastinya semuanya akan dilihat muluk-muluk sahaja) tapi at least turun lah padang dan lihat kehidupan masyarakat luar bandar yang menyanjung kuat YDP Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu.

By the way? Berapa kalikah dalam sepenggal perkhidmatan YDP Agong ada buat lawatan ke luar bandar di Sabah dan Sarawak dengan berkenderaan darat??? Cuba habaq mai.

Bukanlah tulisan ini nak menghina atau merendahkan martabat YDP Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu.... tetapi tunjukkan lah pada rakyat yang adernyer fungsi dan penting perinya semua ini kepada rakyat....

Sekian ...



20 September 2021

Kejadahnya Nak Buat Taman Tema?

Bhai/DeeDee semua...

Pasca Covid-19 ... tak logik lagi nak bukak taman tema ... sebab kos pengendalian Taman Tema akan meningkat berkali ganda... tambah lagi apa-apa halangan dan sekatan yang terkait dengan SOP dan larangan yang berkaitan..

Biler mana ader pihak nak buat Taman Tema baru di Cameron Highland.... gua bukan sahaja risaukan ekosistem dan kelestarian Cameron Highland... tapi gua pikirkan macam mana pemaju nak dapat balik keuntungan...

Berapa harga tiket yang akan dikenakan?? Semua ini kos.. 




14 June 2013

Tunggu Ada Yang Mati Dulu

Bhai... Inilah Malaysia... Aper sajer benda pon nak kena tunggu ada yang mati dulu... Contoh.. Kalu ader lampu isyarat trafik yang rosak... Diorang takkan repair cepat melainkan kalu ader yang dah mati dulu pasai eksiden sebab lampu isyarat yang rosak.. Aiyark...

Gua ingat lagi dulu masa gua tinggal di TTDI Jaya Shah Alam sekitar tahun 2000 ... Lampu trafik kat simpang Politeknik Shah Alam tue direpair seelok jer satu eksiden maut kat situ... Walhal dah di report dua hari sebelumnya... Yang best tue diorang repair masa tue jenazah mangsa masih lagi kat dalam kereta yang remuk..... Mmmm

Nih ha... Tentang jalanraya untuk ke Kapit... 56 tahun bhai orang terpaksa guna bot ekspress.... Takder saper nak buat jalanraya... Tapi elok plak selepas bot ekspress eksiden dan ader yang mati... Laju jer diorang release bajet nak buat jalanraya... Macam haramjadah jer... Semua nak kena tunggu ada yang mati dulu...

Aper daa... Bila la nak berubah mentaliti camnie...  Jambatan runtuh... Masjid runtuh... Lightning arrestor runtuh... Aper lagi lepas nih... Agak-agaknyer la... Pembangunan di Malaysia nih semua kena tunggu ader yang mati dulu...

Patut la pon masa gua kecik-kecik dulu ... Ader orang cerita... Kalu nak buat jambatan... Diorang kena amik kepala budak dipotong dikerat dan ditanam kat kawasan jambatan (gerotak).... Hahaha.... Sampaikan ader satu istilah... "Benggali Potong Kepala" seingat gua la masa kecik dulu.... hahaha

Pembangunan dan infrastruktur di Malaysia perlukan pengorbanan nyawa... Hahaha... Kalu tidak tabley nak jalan .... Hahaha... Giler ker aper nih?????

11 May 2013

Memang Bangang Ahmad Said Nih

Bhai.... hahaha.... Gua tak tau samer ader Ahmad Said nih dilahirkan bangang sejak azali atau dier bangang kerana dier join parti BaNgang ..... hahahaha

Itu lar... gua rasa aaa... kat ITM takder diajar subjek Kenegaraan kot... pasai tue la bangang..... hahaha .... malang sungguh lar.... hahaha

Duit kutipan cukai dalam negeri Terengganu adalah datangnya dari seluruh rakyat dan penduduk Terengganu Darul Iman... ianya dikutip tanpa mengira status dan profil politik seseorang penduduk itu.... Tak kira la lu saper... penyokong BN ka... penyokong PR ka... pengundi BN ka... pengundi PR ka.... pengundi ROSAK ka... pengundi BEBAS ka.... semua kena bayar cukai... dan semua cukai tue akan masuk kantung Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman...



Nih aper plak boleh tetiba jer Ahmad Said yang baru jer naik jadi MB Terengganu penggal kedua keluarkan statement bangang camnie... ajer ke bodoh.... hahaha.... Ker dier ader wayar putus kot kat mana-mana.... hahaha... Gua rasa Ahmad Said perlu dirujuk ke unit psikologi Hospital Terengganu nih.... kena buat kajian...

Aper pasal lar boleh cakap... peruntukan Kerajaan Negeri Terengganu hanya untuk kawasan yang BN menang jer... hahaha... tabley nak digunakan kepada kawasan BN kalah... itu macham kalu.... gua tak perlu la bayar aper-aper cukai lepas nih kat Kerajaan Negeri Terengganu... pasai DUN yang gua tinggal nih dimenangi oleh PAS.... hahaha...

Boleh la gua bayar ufti kat PAS lepas nih.... hahaha.. hancus lar.... hahaha

Cukup-cukup la tue bodohnyer.... hahaha.... dulu masa MB dari PAS pon.... samer perangai camnie gak.... ker atau memang orang politik kat Ganu nih bangang-bangang belaka?? Hahahaha...

Nasib baik gua orang Perak...... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1