Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Infrastruktur. Show all posts
Showing posts with label Infrastruktur. Show all posts

14 January 2024

China Doll Mungkinlah Kot

Bhai/DeeDee semua....

Sekadar satu snapshot ja.... hahaha... kelakar pun ader... Hahaha ... China Doll mungkinlah kot....


Kebodohan dan kebangangan para pentaksub adalah nyata bhai... Hahaha...

09 July 2023

Air Kotor Di Kelantan (Siri 2)

Bhai/DeeDee semua...

Di Kelantan, oleh kerana sistem pembekalan air yang failed dari AKSB, maka berpusu-pusu orang mengambil keputusan untuk membuat telaga tiub (boreng air).

Sebenarnya ini bukan pilihan yang baik namun kerana terpaksa inilah pilihan yang telah dibuat.

Apa masalahnya dengan telaga tiub yang begitu banyak dan tidak terkawal ini?

Masalahnya ianya akan membuat paras air bawah tanah semakin rendah dan kelompongan ruang air yang ada dibawah tanah akan mendap. Lama kelamaan kawasan sekitar akan turun beberapa inci dari paras biasa. Dan bila ini berlaku… maka paras air laut akan lebih tinggi dari paras tanah dan banjir akan lebih mudah berlaku. Lebih kerap dan lebih kronik.

Inilah yang sebenarnya berlaku di Jakarta. Ibunegara Indonesia.

Apa pilihan yang ada?

Berkaitan : Air Kotor Di Kelantan (Siri 1)

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



13 December 2022

Sebenarnya Siapa Yang Bayar Cukai?

Bhai/DeDee semua..

Yang pasti B40 memang tak kena bayar cukai...  Cukai adalah hasil yang dikutip oleh Kerajaan Malaysia yang akhirnya memberikan dana yang akan digunakan untuk membiayai gaji, elaun, emolumen kakitangan awam dan juga pembangunan negara..

Tapi... yang kena bayar cukai paling banyak adalah M40 ... Inilah yang diperkudakan oleh Kerajaan Malaysia setiap kali pun...

Memang benar, M40 adalah kumpulan terbesar pembayar cukai.

Kumpulan T20 pula kurang membayar cukai kerana pendapatan mereka daripada dividen syarikat dan daripada keuntungan modal jualan saham tidak dicukai di Malaysia.

Walaupun begitu, kumpulan T20 ini menyatakan bahawa syarikat mereka paling banyak membayar cukai.

Namun cukai syarikat sebenarnya dibayar oleh semua pengguna di dalam bentuk kenaikan harga.

Jadi..... sebenarnya siapa yang bayar cukai?





24 October 2022

Mana Satu Pilihan Rakyat?

Bhai/DeeDee semua...

Persoalan sekarang nih... yang mana satu pilihan rakyat.... Terutama rakyat Sabah dan Sarawak.... Kita semua tahu... selama 60 tahun lebih Barisan Nasional memerintah... Sabah dan Sarawak telah terpinggir dari arus pembangunan infrastruktur awam.... Mana tidaknya.... ramai pemimpin dari Sabah dan Sarawak lebih mementingkan kantung dan poket mereka je...

Selama 60 tahun orang Sabah dan Sarawak dinafikan hak mereka untuk mendapat kemudahan jalanraya dan infrastruktur awam yang lebih baik... Malah kos hidup untuk barang-barang cukup berkali ganda di Sabah dan Sarawak...

Tapi kita tahu... Para pemimpin disana memang sengaja buat macam nih untuk terus memudahkan mereka mengawal minda rakyat... mudah sangat... macam semalam gua tengok dalam berita yang Ronald Kiandee dok bagi beras dua kampit sorang kepada rakyat dalam satu program berkaitan Kementeriannya...

Rasuah pilihanraya dah jadi sinonim di Sabah dan Sarawak... dan rakyatnya tidak mendapat maklumat yang betul tentang kepimpinan dan kenegaraan...... kita harapkan Undi 18 yang sedang digembleng masa nih akan menjadi pemangkin untuk rakyat Sabah dan Sarawak berubah dan mendapat lebih hak mereka sepertimana yang termaktub dalam MA63.



29 December 2021

47 Tahun Dia Buat Apa?

Bhai/DeeDee semua...

Selama 47 tahun Tengku Razaleigh jadi Ahli Parlimen Gua Musang.... Dia buat apa?? Apa pembangunan yang dier telah bawa ke Gua Musang? Apa industri dan peluang pekerjaan yang dia telah bawakan untuk rakyat dan pengundi di Gua Musang??

Takder apa... 

Selama 47 tahun tu dia buat apa agaknya? Pembangunan infrastruktur awam pun gitue-gitue ja... Penat menunggu perubahan untuk Gua Musang... Tengku Razaleigh Hamzah tue bukan calang-calang Ahli Parlimen... dier jadi Menteri Kanan... malah pernah menjadi Menteri Kewangan.... berpuluh tahun.... dan dia juga adalah Kerabat Sultan Kelantan... dia adalah Bapak Saudara kepada Sultan Kelantan yang sekarang ini...

Bayangkan... selama 47 tahun tu Tengku Razaleigh Hamzah dok menang majoriti undi dalam setiap Pilihanraya.... tak pernah kalah.... dan Orang Asal / Orang Asli dok undi dier secara solid.... Dia dapat sokongan dan undi yang padu daripada para pengundi di Parlimen Gua Musang... Malah Tengku Razaleigh dalam UMNO bukan calang-calang orang... Dier orang besar dalam BN satu masa dulu.... Barisan Nasional....

Tapi...

Orang Asal / Orang Asli (OA) tak dapat apa-apa pun pembangunan... tak dapat apa-apa pun perubahan... tak dapat apa-apa pun infrastruktur yang boleh dibanggakan... OA macam tue gak... OA susah nak keluar ke bandar Gua Musang... OA susah dapat peluang... OA memang terpinggir... OA serupa dianak tirikan...

Tengku Razaleigh bukan tak kaya... jutawan tue.... tapi yer la.... dier makan sorang-sorang dier jer la... semua tue... mana ader fikir tentang rakyat kawasan dier.... Tak kira la masa dier jadi Menteri Kanan Kerajaan Pusat atau apa.... sama ja...



16 December 2021

Perubahan Untuk Sarawak Dan Sabah

Bhai/DeeDee semua...

Kita tahu dah lama dah Sabah dan Sarawak terpinggir... Banyak kawasan dan daerah disana yang kurang infrastruktur awam terutamanya kemudahan jalanraya yang baik, bekalan air dan juga elektrik. Walaupun Malaysia dah Merdeka lebih 64 tahun... tapi keadaan di Sabah dan Sarawak dilihat seperti pada tahun 60'an atau 70'an..

Jangan kita tengok bandar besar macam Kuching, Kota Kinabalu, Miri, Limbang, Sarikei dan sebagainya... tapi kita masuklah kedalam sikit ke kawasan pedalaman... Kita akan nampak semuanya jika kita berkenderaan darat....

Keadaan jalan yang teruk dan semacam tidak pernah dapat kesan pembangunan... telekomunikasi pun out... jangan cerita la benda macam kemudahan Internet.... jauh panggang dari babi...

Sebenarnya semua ini boleh diselesaikan dengan mudah ... jika pemimpin utama negara kita mahu membuka mata dan melihat kebenaran secara live depan mata... berkenderaan lah secara kenderaan darat.... 

Contoh macam kalu YDP Agong selalu ketua negara dapat turun padang tengok sendiri dengan mata kepala sendiri.... tak payah tunggu orang atau mana-mana pegawai atau kerajaan negeri jemput... Sendirilah YDP Agong amik inisiatif bergerak sendiri masuk ke kawasan ini... mesti akan dapat lihat kebenarannya tanpa disorokkan dan ditunjukkan yang muluk-muluk sahaja...

Bukankah ini tugas seorang pemimpin atau ketua negara.... Bukan sekadar dengar sembah taklimat daripada pegawai dan kakitangan awam... tapi dengan turun sendiri lihat...  Tak perlu nak lawat luar negara tak abis-abis.. tapi dalam negara langsung tak pandang...

Maaf cakap la... Gua berani jamin... Kalu setiap YDP Agong kerap buat lawatan sebegini secara terjah sejak dari awal kita mencapai kemerdekaan... pastinya tiada kawasan dalam Malaysia yang ketinggalan...

Bukanlah gua nak kata amik contoh Kembara Mahkota Johor (yang itu pun banyaknya pergi ke kawasan yang dah dijadualkan dan pastinya semuanya akan dilihat muluk-muluk sahaja) tapi at least turun lah padang dan lihat kehidupan masyarakat luar bandar yang menyanjung kuat YDP Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu.

By the way? Berapa kalikah dalam sepenggal perkhidmatan YDP Agong ada buat lawatan ke luar bandar di Sabah dan Sarawak dengan berkenderaan darat??? Cuba habaq mai.

Bukanlah tulisan ini nak menghina atau merendahkan martabat YDP Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu.... tetapi tunjukkan lah pada rakyat yang adernyer fungsi dan penting perinya semua ini kepada rakyat....

Sekian ...



12 December 2021

Buli - Apa Kesudahannya?

Bhai/DeeDee semua...

Buli bukan benda baharu.. Dulu istilahnya "Ragging" .... dan Buli adalah satu fenomena biasa di mana-mana sekolah... tak kira di sekolah asrama atau sekolah biasa... malah ada juga buli berlaku di Institut Pengajian Tinggi..

Apakah hukuman terhadap pembuli?? Biasanya hukuman adalah digantung persekolahan atau paling tidak pun diberhentikan persekolahan. Abis tue.. selepas diberhenti atau dibuang sekolah.... si pembuli tetap akan masuk sekolah lain.. dan ianya tetap juga akan berlaku... tapi dilokasi lain...

Pada gua la... Untuk menyelesaikan masalah buli nih.... satu pendekatan baharu yang patut kita ambil...

Kita patut mengasingkan kesemua pesalah buli ini dalam satu pusat tahanan khas... semacam Penjara .... dimana semua pembuli ini akan merasa bagaimana mereka pula dibuli...  Mereka tak berminat nak belajar... jadi buat apa kita masukkan mereka ke sekolah... tak kisah la mereka Juvana atau Dewasa...

Mereka tidak layak menerima pendidikan dan persekolahan... Mereka hanya layak kita jadikan buruh paksa untuk projek-projek infrastruktur awam... macam buat jalan ka... buat jambatan ka... buat jalan keretapi ka.... kita bagi depa kerja kasar... kaki dan tangan dirantai... dan dipakaikan baju khas berwarna terang yang mudah kita semua kenal.... Tandakan logo pada baju mereka itu dengan tulisan besar "BULI"

Dan mereka kita kawal secara kasar oleh pegawai khas yang memantau mereka buat kerja... kalu boleh kita buatkan siaran langsung semua kerja yang mereka buat.... live telecast...

Inilah baru bermanfaat buat mereka... semua pembuli mesti kena hukuman sekurang-kurangnya 10 tahun... selepas itu barulah mereka akan dipindahkan ke penjara awam yang biasa.... Supaya mereka ader akal.... tak berlagak dan tak samseng dah...

Dengan cara ini... kita akan dapat mengurangkan budak-budak baharu yang akan terlibat dengan tindakan buli... sebab orang dah gerun....




14 June 2013

Tunggu Ada Yang Mati Dulu

Bhai... Inilah Malaysia... Aper sajer benda pon nak kena tunggu ada yang mati dulu... Contoh.. Kalu ader lampu isyarat trafik yang rosak... Diorang takkan repair cepat melainkan kalu ader yang dah mati dulu pasai eksiden sebab lampu isyarat yang rosak.. Aiyark...

Gua ingat lagi dulu masa gua tinggal di TTDI Jaya Shah Alam sekitar tahun 2000 ... Lampu trafik kat simpang Politeknik Shah Alam tue direpair seelok jer satu eksiden maut kat situ... Walhal dah di report dua hari sebelumnya... Yang best tue diorang repair masa tue jenazah mangsa masih lagi kat dalam kereta yang remuk..... Mmmm

Nih ha... Tentang jalanraya untuk ke Kapit... 56 tahun bhai orang terpaksa guna bot ekspress.... Takder saper nak buat jalanraya... Tapi elok plak selepas bot ekspress eksiden dan ader yang mati... Laju jer diorang release bajet nak buat jalanraya... Macam haramjadah jer... Semua nak kena tunggu ada yang mati dulu...

Aper daa... Bila la nak berubah mentaliti camnie...  Jambatan runtuh... Masjid runtuh... Lightning arrestor runtuh... Aper lagi lepas nih... Agak-agaknyer la... Pembangunan di Malaysia nih semua kena tunggu ader yang mati dulu...

Patut la pon masa gua kecik-kecik dulu ... Ader orang cerita... Kalu nak buat jambatan... Diorang kena amik kepala budak dipotong dikerat dan ditanam kat kawasan jambatan (gerotak).... Hahaha.... Sampaikan ader satu istilah... "Benggali Potong Kepala" seingat gua la masa kecik dulu.... hahaha

Pembangunan dan infrastruktur di Malaysia perlukan pengorbanan nyawa... Hahaha... Kalu tidak tabley nak jalan .... Hahaha... Giler ker aper nih?????

23 February 2013

Gua Sokong Cadangan Kerajaan Negeri Terengganu

Bhai.... Citer tentang siapa individu misteri yang menjadi tandatanya pembaca blog nih seperti yang gua warwarkan semalam gua tangguhkan kepada tengahari nih.... sebab nak memberikan laluan kepada berita yang gua rasa penting nih.... Sungguh...

Betul... kadangkala ader benda yang betul dibuat oleh pihak Kerajaan pimpinan BN kiter kena la setuju dan kata betul... gua sokong usaha untuk mengekalkan semua peniaga Pasar Payang di Kuala Terengganu nih ditempat asal... tanpa seorang pon dipindahkan ke Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu yang terletak lebih kurang 3km dari lokasi asal...

Tapi... peniaga barangan basah di Pasar Payang yang baru tue nanti kena la professional... kena la jaga kebersihan... kena la ikut prosidur... tambah lagi Pasar Payang nih jadi tempat tumpuan pelancong.... Gua punya cadangan tambahan aderlah dengan pihak Kerajaan menyediakan pengawal keselamatan di kawasan itu. Kita tau yang anggota Polis biasa mengawasi kawasan ini... tapi dengan adanyer pengawal keselamatan... keadaan keselamatan dapat lebih terjamin...

Gua berharap... Pasar Payang yang baru dilengkapi dengan kemudahan perbankan dan juga pusat setempat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi memudahkan urusan peniaga dan pelancong. Pejabat TDC juga wajar ditempatkan disini...

Apa pon... gua tahu sentimen yang dibawa oleh Pakatan Rakyat... tapi demi kepentingan semua pihak termasuk pelancong... gua lebih suka cadangan terkini yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri. Pasar Payang aderlah trademark Terengganu... dan ianya perlu kekal sebegitu dengan dipertingkatkan lagi kemudahan asas dan infrastruktur.


KUALA TERENGGANU – Kemelut peniaga di Pasar Besar Kedai Payang berakhir apabila Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan peniaga barangan basah seperti ikan, daging dan sayur beroperasi di bangunan baru pasar tersebut apabila pembinaannya siap kelak.

Sebelum ini, segelintir peniaga membantah cadangan projek membina bangunan baru Pasar Besar Kedai Payang empat tingkat dan berdingin hawa kerana peniaga ikan dan barang-barang basah yang berniaga di situ sejak sekian lama akan dipindahkan ke Pasar Cabang Tiga.

Bagaimanapun, selepas perbincangan antara Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dengan ahli jawatankuasa Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu ((PPPKM) kelmarin, kerajaan negeri bersetuju untuk mengekalkan semua peniaga, dengan syarat mereka menjaga kebersihan di premis masing-masing.

Dalam pertemuan itu yang diadakan di Kediaman Seri Iman, Menteri Besar bersetuju menerima cadangan peniaga untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak.

“Atas permintaan persatuan, kita bersetuju menerima cadangan untuk menempatkan semula semua peniaga dengan syarat mereka bersedia memenuhi peraturan kita. Saya tak mahu terjadi seperti mana tapak pasar sekarang dengan menghadapi masalah bau.


“Sebab kita menyediakan kemudahan terkini, dengan menyediakan ‘freezer’ dan sistem ‘piping’, mereka perlu berdisiplin dan menjaga kebersihan. Sekiranya ada individu yang melanggar syarat, tindakan akan diambil termasuk menyingkirkan mereka daripada mengusahakan perniagaan di pasar,” katanya.

Hadir sama, Datuk Bandaraya Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Mat Razali Kassim dan juga Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu, Ibrahim Mohd.

Keadaan sudah tidak sesuai

Sebelum ini, Kerajaan Negeri merancang pembinaan bangunan baru bagi menggantikan Pasar Besar Kedai Payang yang sedia ada selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengesahkan ia tidak selamat diduduki dengan kos RM80 juta untuk pasar sahaja.

Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartmen 30 tingkat akan turut dibina di tapak yang sama dan projek itu akan dimulakan pada tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan kos keseluruhan lebih RM400 juta.

“Buat sementara waktu, peniaga ditempatkan di pasar sementara yang akan dibina di Pulau Warisan dengan kos RM8 juta dan pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini. Ia mengambil masa enam bulan,” katanya.

Ahmad berkata, keadaan Pasar Besar Kedai Payang yang ada sekarang sudah tidak sesuai kerana sempit, kotor dan mencemarkan imej Bandaraya Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri memutuskan untuk membina semula pasar dengan pelbagai kemudahan moden dan struktur baru supaya lebih selamat dan mampu menarik lebih ramai pelancong membeli-belah di situ. - SUMBER

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1