Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Universiti. Show all posts
Showing posts with label Universiti. Show all posts

27 December 2022

Staff Universiti Pun Melucah?

Bhai/DeeDee semua...

Sedih bila baca kes macam ni... Patut staff Universiti tue orang yang educated... tak kisah la apa jawatannya di Universiti tersebut... sepatutnya sentiasa jaga dan kawal akhlak serta komen bagai... tambah lagi di Media Sosial....

Sebab tue la ada peribahasa Melayu yang mengatakan ...

"seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit sama"

Adoilah.... payah bhai... payah.... imej Institusi Pengajian Tinggi tu pula yang menjadi taruhan... adoilah..


Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang menjalankan siasatan dalaman membabitkan kakitangannya yang memberi komen lucah ketika menonton siaran langsung seorang wanita menerusi TikTok baru-baru ini.

UPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius berhubung tindakan tersebut dan siasatan segera telah dilakukan mengenainya.

“Diharapkan agar semua pihak dapat bersabar serta tidak memanjangkan lagi perkara ini,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa menerima komen berbaur lucah ketika dia sedang bersiaran langsung menerusi TikTok. Susulan itu, wanita berkenaan bertindak mendedahkan pelaku tersebut yang didakwa merupakan salah seorang daripada staf di UPM.

Walaubagaimana pun, video kiriman tersebut telah dipadam daripada laman sosial berkenaan.

Sehubungan itu, kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter UPM telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna di platform tersebut.

“Pengajarannya, gunakanlah ruangan komen di sosial media dengan bijak,” ciap seorang netizen, @hazanzan2.

“Mohon disiasat sebaiknya dan jika benar, ambillah tindakan sewajarnya,” tulis pengguna lain, @iqdgaf.

“Dia (individu) bukanlah pengajar atau pensyarah, dan dia hanya staf di bahagian tertentu saja serta tidak bersangkut paut dengan para pelajar sangat. Jangan salahkan tempat mencari ilmu, salahkan si pelaku,” ciap seorang pengguna lain, @ssame_la.

Hantaran kenyataan yang dikeluarkan tersebut telah meraih sebanyak 807,000 jumlah tontonan, 2,989 tanda suka dan 1,482 ciap semula setakat ini. 

08 November 2022

60 Tahun Dulu Lupa Nak Buat

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya boleh jer nak bagi pendidikan percuma dari peringkat rendah, menengah sampailah ke menara gading.... Boleh jer... Dana yang kita ada sebenarnya mencukupi... bagi orang yang taknak pendidikan percuma... nak pergi swasta... itu hal diorang..

Tapi...

Tapi pasai ketirisan dalam pengurusan dana yang ada... itu yang pendidikan percuma untuk rakyat tak dapat nak diberikan... tak dapat nak bagi... sebab ketirisan dan salahguna dana yang agak kronik... bukan setahun dua... malah berpuluh tahun...

Gua tak citer pasai PTPTN atau SSPN bagai... tapi gua citer pasai Biasiswa .... biasiswa dan kemudahan asrama.... kos sara hidup dan sebagainya...

Kalu 60 tahun dulu lupa nak buat.... apa yang boleh Barisan Nasional buat selepas menang... setakat janji dalam manifesto pilihanraya boleh la.... Hahaha


Sembang boleh la nak tawar pendidikan percuma untuk B40 di peringkat pengajian tinggi.... Sembang... sapa pon boleh... Hahaha


31 May 2022

Apa Ada Hal

Bhai/DeeDee semua...

Apa ada hal kan... Malaysia? Cukuplah ngan Azhar Idrus ja… dier kan pakar semua benda… Huhuhu.. Soalan apa yang dier tabley jawab?

Takpon... Kerajaan Malaysia kan nak impot 500 ribu pakar dari Bangladesh....

Elok sangat la tue...


12 December 2021

Buli - Apa Kesudahannya?

Bhai/DeeDee semua...

Buli bukan benda baharu.. Dulu istilahnya "Ragging" .... dan Buli adalah satu fenomena biasa di mana-mana sekolah... tak kira di sekolah asrama atau sekolah biasa... malah ada juga buli berlaku di Institut Pengajian Tinggi..

Apakah hukuman terhadap pembuli?? Biasanya hukuman adalah digantung persekolahan atau paling tidak pun diberhentikan persekolahan. Abis tue.. selepas diberhenti atau dibuang sekolah.... si pembuli tetap akan masuk sekolah lain.. dan ianya tetap juga akan berlaku... tapi dilokasi lain...

Pada gua la... Untuk menyelesaikan masalah buli nih.... satu pendekatan baharu yang patut kita ambil...

Kita patut mengasingkan kesemua pesalah buli ini dalam satu pusat tahanan khas... semacam Penjara .... dimana semua pembuli ini akan merasa bagaimana mereka pula dibuli...  Mereka tak berminat nak belajar... jadi buat apa kita masukkan mereka ke sekolah... tak kisah la mereka Juvana atau Dewasa...

Mereka tidak layak menerima pendidikan dan persekolahan... Mereka hanya layak kita jadikan buruh paksa untuk projek-projek infrastruktur awam... macam buat jalan ka... buat jambatan ka... buat jalan keretapi ka.... kita bagi depa kerja kasar... kaki dan tangan dirantai... dan dipakaikan baju khas berwarna terang yang mudah kita semua kenal.... Tandakan logo pada baju mereka itu dengan tulisan besar "BULI"

Dan mereka kita kawal secara kasar oleh pegawai khas yang memantau mereka buat kerja... kalu boleh kita buatkan siaran langsung semua kerja yang mereka buat.... live telecast...

Inilah baru bermanfaat buat mereka... semua pembuli mesti kena hukuman sekurang-kurangnya 10 tahun... selepas itu barulah mereka akan dipindahkan ke penjara awam yang biasa.... Supaya mereka ader akal.... tak berlagak dan tak samseng dah...

Dengan cara ini... kita akan dapat mengurangkan budak-budak baharu yang akan terlibat dengan tindakan buli... sebab orang dah gerun....




12 February 2021

Sugar Baby? Rahsia Terbuka. Bukan Benda Baru.

Bhai/DeeDee semua..

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah syarikat (SugarBook) yang memaparkan statistik berkenaan Sugar Daddy dan Sugar Baby... Pada ramai orang... pendedahan ini amat mengejutkan.... tapi bagi pihak keselamatan Malaysia... ianya adalah satu rahsia terbuka. Ianya bukan benda yang baru... sudah puluhan tahun ianya dikesan di Malaysia

Berita ini jika dikaji dengan lebih mendalam sebenarnya memperlihatkan betapa rosaknya pelajar-pelajar yang berada di Institusi Pendidikan... Ianya bukan sahaja melibatkan Institusi Pendidikan di Malaysia tapi diseluruh dunia...

Bagi Cawangan Anti-Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) PDRM Bukit Aman, berita yang tersebar ini memberikan satu cabaran besar buat mereka menyekat dan menghalang perkara ini dari terus membarah. Walaupun kerap dibuat serbuan ke atas premis-premis hiburan dan tempat penginapan mewah... tapi banyak kes hanya berjaya dirungkai hanya dengan bantuan orang dalam...

Aper pon ... perkara ini perlu dibenteras demi untuk menjaga nama baik institusi pengajian tinggi di Malaysia (sama ada swasta mahupun awam) dan juga demi moral.

Marilah kita sama-sama terlibat memantau dan juga memastikan bahawa anak-anak kita tidak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini... Pemantauan secara berkala dan ekstreme perlu dibuat di institusi yang dinamakan ini... Sedih bila satu institusi pengajian tinggi awam yang pelajarnya hampir 100% Melayu Islam seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlibat dengan industri Sugar Baby Sugar Daddy ini.... 

Ada juga dalam laporan lain yang mengatakan bahawa ada pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga terlibat dalam industri tidak bermoral ini... Ianya juga perlukan pemantauan yang berkesan



04 July 2013

Bila Penzina Melantik Perogol

Bhai/DeeDee sekalian....

Aper la yang lu orang nak harapkan..... cuba bagitau gua.... hahaha....  lupakan sajer la harapan lu orang tue nak lihat institusi yang bersandarkan kepada "agama" untuk jadi hebat..... hahahaha.... lupakan sajer aaaa...

Lu orang mau cakap aper....... lu, gua dan semua orang kecoh pon tak jadi kudis pon kat "bahan bakar api neraka nih" ..... pada mereka (bahan bakar api neraka).... segala tindakan diorang aderlah betul... dan bertepatan..... payah aaaa....

Aper la yang lu orang nak harapkan.... bila mana penzina melantik perogol untuk menduduki kerusi tertinggi dalam institusi yang bersandarkan kepada "agama" nih..... Si penzina siap ader anak luar nikah kat luar negara.... manakala mangsa si perogol pulak juga berada di luar negara... yang best tue... kedua-dua anak luar nikah dan mangsa rogol dibantu kewangannya.... hahaha.

Sebab itu lah gua cukup tak terkezut dan heran biler mana si dayus melantik kaki maksiat untuk menjaga kantung duit orang Islam...... hahahaha ....

Quote From Catholic Bible:

"But choose among the people, capable, God-fearing men, men of truth who hate a bribe, and appoint them as leaders for groups of a thousand, a hundred, fifty and ten." - Exodus 18,21

"And you, Ezra, according to the wisdom of your God, appoint judges and magistrates to administer justice to all the people at the other side of the River, to all who know the Law of your God; and teach it to those who do not know it." - Ezra 7,25

Hahaha ...  mesti Geng Rusila akan labelkan gua sebagai sesat @ kafir lepas nih ... pasai gua amik quote dari Bible.... hahaha ... Bhai... kalu lu nak berhujah dengan puak Kristian, lu kena la belajar tentang Bible... kalu tidak camana lu nak berhujah berlawan dengan diorang....  Sheikh Ahmed Deedat pon belajar tentang Bible...

UPDATE 10pagi : Terima kasih buat yang memberikan komen mengingatkan gua bahawa "Orang jahat akan sentiasa memilih dan melantik orang jahat juga sebagai kawan dan teman". Hanya ada sekali jer dalam sejarah bilamana Muhammad ibni Abdullah dipilih dan dilantik oleh sekumpulan orang jahat. Itu pon masa tue Muhammad ibni Abdullah belum menjadi Rasulullah lagi

20 June 2013

Samsul Adabi Mamat Memang Lawak

Bhai.... Kesian sungguh la Malaysia nih... ramai sangat la pendidik yang bukan setakat bangang sendiri-sendiri... tapi cuba membangangkan orang lain samer....  Yang lagi lawak tue... pusat pengajian tinggi di Malaysia nih banyak dikuasai oleh ahli akademik bertaraf kangkung..... nak buat camana..... hahaha... Kalu dah level pensyarah kanan pon kangkung... macam mana la jadinyer para pelajar..... kalu dah level kangkung yang mengajar..... hahaha....

Ala Canggung Si Ala Kangkung ....

Hahahaha.... gua nak tanya Pensyarah Kanan UKM nih .... Samsul Adabi Mamat .. yang katanyer mengajar bidang Sains Politik..... errr... gua nak tanya nih..... "Sejak bila cukai impot yang dikenakan terhadap barangan dari luar ditentukan oleh syarikat pembekal" ..... hahahaha.... Bukankah selama ini cukai impot ini ditentukan oleh kerajaan sesebuat negara itu sendiri... dan takder kena mengena dengan pengeluar dan pembekal....

Hahahaa.... macam gua beli barangan untuk filateli..... kotak bekas setem .... dari German..... caj cukai impot dan duti eksais dikenakan oleh Kastam dan Eksais Diraja Malaysia...... dan bukannya oleh pengeluar dan pembekal;.....  Gua oder barang semua clear takder cukai mender.... tetiba ditahan di pejabat Kastam KLIA .... sebab kena clearkan cukai impot dan duti eksais....... dan semua bayaran nih takder kena mengena dengan syarikat pembekal dan pengeluar....

So..... aper ker jadahnyer dengan adernya TPP nih.... cukai impot takder dikenakan.... sedangkan cukai impot tue aderlah hasil negara....  dikutip dan ditentukan oleh negara dimana barangan itu dibawa masuk...... Hahahaha.....  Kalu dah Samsul Adabi Mamat nih bodoh dan bangang... tolong aaaa... tolong la jangan bodohkan dan bangangkan orang lain,..... hahahaha ... tolong aaaa.... Kalu tak reti pasai dunia percukaian... sila la belajar dengan yang tahu..... sila aaaa jangan malu-malu ooooi... mangkuk Samsul Adabi Mamat ooi... dan tolong aaa... tolong jangan buat lawak bangang camnie...

Macam mana la anak murid lu.... kesian pasai dapat pensyarah kanan yang bangang...... hahahaha

P/S : Mana ader syarikat Malaysia yang berani menekan Kerajaan Malaysia dalam menentukan cukai impot.... kalu ader... sila bagitau gua nama syarikat tue.... hahahahaha


TPP beri kebaikan, cabaran - SUMBER

BANGI - Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) memberikan impak positif kepada negara apabila ia dilaksanakan kelak.

Pensyarah Kanan Program Sains Politik Pusat Pengajian Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, kebaikan kepada negara apabila cukai import dapat dikurangkan.

"Jika kita tidak tandatangani perjanjian ini, kita akan ditekan dengan cukai yang tinggi untuk mengimport barangan luar, jadi sebagai balasan kepada peraturan itu kita dapat membawa masuk barangan dengan cukai yang rendah.

"Selain itu, kebaikan yang diperoleh kerajaan ialah perkembangan perniagaan dalaman dan pertumbuhan kilang-kilang akan memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan meningkatkan pendapatan mereka," katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kebaikan dan cabaran mengenai TPP yang bakal dilaksanakan.

Bagaimanapun Samsul berkata, pelaksanaan TPP turut mempunyai cabaran yang terpaksa dihadapi negara berikutan saingan dengan syarikat-syarikat ternama yang mempunyai rekod kejayaan masuk ke negara ini.

"Ada kebaikan dan cabaran bakal dihadapi negara, sejak 10 tahun kebelakangan ini, kita menghadapi cabaran perdagangan global dan pendominasian global terhadap perniagaan tempatan yang akan menggugat atau menyekat perdagangan dalam negara.

"Syarikat-syarikat kecil sukar bersaing di peringkat lebih global," katanya.

Sebelum ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dilapor meminta kerajaan mengkaji semula penglibatan Malaysia dalam perbincangan pembentukan perjanjian TPP.

Selain itu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) juga mendesak kerajaan menarik diri daripada TPP kerana perjanjian itu didakwa bakal memudaratkan ekonomi negara.

Perbincangan bagi membentuk perjanjian TPP yang melibatkan 12 negara itu kini telah memasuki pusingan yang ke-17 dan dijangka dimuktamadkan menjelang Oktober 2013.

Negara terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Malaysia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.

Mengulas lanjut, Samsul berkata, bagi menghadapi cabaran itu, kerajaan disarankan memperkasakan produk tempatan supaya mampu bersaing di pasaran global.

"Kita perlu fokus kepada barang tempatan untuk dapatkan keuntungan kepada negara kerana cukai import diturunkan," katanya.

11 December 2012

Canselor Universiti Cuma Boneka?

Bhai... gua nak story sama lu satu mender..... Lu tau kan... kalu dalam Universiti... tingkat paling atas dalam perjawatan di Universiti adalah Canselor.... dibawahnya aderlah Naib Canselor dan akan ader beberapa Timbalan Naib Canselor...

Biasanyer yang terlibat sepenuhnya dengan operasi Universiti adalah Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) ..... memang diorang nih la yang banyak terlibat dalam banyak benda.... even urusan kewangan dan akademik pon diorang akan terlibat dan amik tau...

So.... aper sebenarnya kerja Canselor.... hahahaha.... part yang nih best kalu nak dikupas.... hahaha

Canselor Universiti sebenarnya adalah boneka jer..... tak percaya ka.... hahaha....  Tandatangan Canselor pon kadang-kadang tak berapa nak digunakan..... even dalam skrol ijazah tue pon ader kes yang cuma ader tandatangan Naib Canselor... kalu ader pon tandatangan Canselor... biasanyer cuma untuk beberapa kes jer....

Seperti... tandatangan dalam skrol PhD dan Masters ... Dalam skrol Ijazah atau Diploma... hahaha... mimpi la kalu ader tandatangan Canselor.... hahahaha

Kerja Canselor nih kalu lu orang nak tau... cuma bagi pingat skrol jer... itupon cuma untuk yang dapat PhD dan Masters.... dan ader berapa orang sangat lah setiap kalu majlis konvokesyen.... Takdernyer orang tua tu nak berdiri berjam-jam nak bagi kat beribu student yang dapat skrol tue.... hahaha...

So..... maknanyer... Canselor nih cuma stakat pak pacak bagi pingat skrol jer.... hahaha ... lebih dari tue takder makner.... boneka ker.... hahaha....

Lu ader paham ka gua punya metafora nih ..... hahahaha (Happy Birthday To You Today .... Hahaha)

20 June 2010

Professor Kangkung

Nih gua rasa artikel paling pendek yang pernah gua tulis dalam blog nih... Gua cuma nak lu orang komen kat sini bagitau yang mana satu Professor Kangkung....

Lu baca betul-betul artikel yang gua cut n paste nih... okeh... Ader 4 nama kat sini...

"Kebanyakan penganalisis politik menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik.

Ini kerana walaupun orang Melayu dibezakan dengan fahaman politik, tetapi ia tidak akan menjadi faktor utama kaum tersebut akan menjadi minoriti.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tidak mungkin orang Melayu akan jadi minoriti di negara ini.

“Walaupun kaum Melayu negara ini mewakili (lebih) 60 peratus penduduk tetapi dalam jangka masa panjang saya percaya jumlah tersebut akan meningkat.

“Jadi tidak mungkin orang Melayu akan menjadi minoriti dalam amalan demokrasi negara,” katanya.

Malah menurut beliau, perlembagaan juga sudah jelas akan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Beliau berkata orang Melayu kemungkinan besar boleh jadi minoriti dari segi kekuatan politik sahaja.

“Jika kita lihat dari segi kekuatan politik kemungkinan ia akan memberikan kesan kerana sekarang kita lihat imbangan politik lebih memihak kepada orang bukan Melayu.

“Keadaan orang Melayu akan jadi minoriti itu juga bergantung kepada orang Melayu sekiranya mereka hendak memberika kuasa kepada orang bukan Melayu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, kaum Melayu berpecah ekoran pendirian parti-parti politik yang hanya mengutamakan keuntungan perjuangan masing-masing.

Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu berhadapan dengan krisis dan perlu bertindak segera sebelum mereka melalui nasib yang dialami oleh orang Melayu di Singapura.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berpendapat walaupun orang Melayu hari ini sering kali bercanggah pendapat terutamanya dari segi fahaman politik tetapi ia tidak akan menyebabkan kaum tersebut menjadi minoriti.

“Walaupun dipisahkan dari segi politik tapi saya tidak lihat orang Melayu akan menjadi minoriti.

“Ini kerana walaupun sering kali bertelagah antara satu sama lain ia hanya memberi kesan kepada jurang dalam orang Melayu.

“Lagipun dalam amalan demokrasi yang ada sekarang ia pasti tidak akan berlaku,” katanya.

Bagi pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir hanya untuk menakutkan orang Melayu kerana masih ramai yang berpegang kepada idealogi bangsa.

“Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

“Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti,” katanya.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir Isnin lalu sebagai terdesak dan tidak bertamadun.

“Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir.

“Selain itu, ini hanya permainan politik yang dimainkan beliau untuk menakutkan orang Melayu dengan harapan mereka akan kembali kepada pembela negara iaitu Umno,” katanya.

Sementara itu, pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata orang Melayu akan jadi minoriti jika perpecahan yang berlaku selama ini tidak dibendung.

“Jika berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu mereka akan menjadi lemah dan pada masa jika orang bukan Melayu bersatu tidak mustahil orang Melayu akan menjadi minoriti,” katanya.

Jelas beliau, ditambah pula dengan kedudukan ekonomi orang Melayu yang mana ramai miskin, maka secara automatik orang Melayu akan tertindas dan “berada dalam kedudukan terbawah dalam masyarakat di negara ini.”

“Apabila perkara ini berlaku orang Melayu akan menjadi hamba kepada orang bukan Melayu dalam negara sendiri,” katanya.

Beliau berkata keadaan itu sudah berlaku cuma orang Melayu tidak menyedarinya.

“Di Pulau Pinang perkara ini sudah berlaku di mana kepimpinan DAP menyisihkan orang Melayu dan kita lihat PAS dan PKR yang kononnya mahu membela nasib tidak mampu berbuat apa-apa.

“Selain itu, mentaliti dan pemikiran orang Melayu hari ini lemah dan tidak dapat dibangkitkan sekiranya mereka menjadi minoriti.

“Justeru orang Melayu perlu sedar akan kedudukan mereka sekarag dan mengukuhkan perpaduan yang kuat melalui kepimpinan yang baik,” katanya."

Artikel Asal di sini

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1