Pilihan Raya Umum Ke-15 di Malaysia pada 19 November 2022 akan menyaksikan penggunaan mata wang digital dan mata wang kripto akan digunakan secara meluas sebagai medium untuk merasuah pengundi.
Ia berkemungkinan dilaksanakan secara sembunyi-sembunyi atau pun secara terbuka. Setakat ini diketahui ada pihak yang cuba mendapatkan undi dengan menggunakan kaedah ini.
Penggunaan mata wang digital atau mata wang kripto dilihat dapat mengelak pengesanan dan pengesanan pertukaran wang antara pemberi rasuah dan penerima rasuah.
Malah rasuah yang besar boleh diberikan kepada penerima tanpa melibatkan bank dan institusi kewangan.
Secara tidak langsung PRU15 kali ini akan menjadi medan teknologi sama ada dari segi kempen mahupun dari segi rasuah.
Pihak bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, SPRM dan PDRM diharap lebih proaktif dalam menangani kesan penggunaan teknologi telefon pintar, komputer, media sosial, blockchain dan Internet.







