Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bank. Show all posts
Showing posts with label Bank. Show all posts

14 February 2024

Kalau Betul Kerajaan Malaysia Nak Buat Duit

Bhai/DeeDee semua...

Kalau betul Kerajaan Malaysia nak buat duit....

Malaysia dikatakan ada sekitar 3 juta orang pekerja asing yang berdaftar berpermit.

Katalah pada setiap kali dapat gaji, mereka menghantar RM1000 balik ke negara asalnya. Ini bermakna pengaliran dana ke luar negara adalah sebanyak RM3 bilion.

Ini gua tak kira pekerja asing yang masuk secara haram (PATI). Yang ini katanya ada dalam sekitar 6 hingga 8 juta…

Yang lawaknya… sekupang pun kita tak kenakan cukai atas pengaliran wang keluar nih… Bijak kan polisi Malaysia nih… tukar la macam mana pon pemerintah… tetap sama bangangnya…

Itu hari viral videp satu pekerja asing Bangladesh yang dah 16 tahun duduk di Malaysia. Penginapan dan pengangkutan disediakan majikan.

Dier sanggup makan timun mentah jer hari-hari diluar waktu keria. Masa kerja Majikan sediakan sarapan dan makan tengahari.

Gaji dia sebulan adalah sebanyak RM5000. Hantar balik kampung semua sekali.

Hahahaha.

Cukai pendapatan?? Entahlah… gua tatau ader kena ke tak kena… tapi macam tak kena ja… Hahaha



26 January 2024

Nasib La Korang ... Hahaha

Bhai/DeeDee semua...


Situasi di Bank ditahun 2026.

Ali Bin Abu : Assalamualaikum tuan.

Mat Bin Along : Waalaikumussalam. Terima kasih sebab datang ke Bank Kapir Malaysia Berhad (BKMB). Boleh saya tahu apa urusan tuan nak buat ye?

Ali Bin Abu : Saya Ali. Saya datang ni nak buat pinjaman peribadi.

Mat Bin Along: Tuan datang di tenpat yang betul. Boleh saya dapatkan semua dokumen yang diperlukan. Tentunya tuan dah tahu tentang semua dokumentasi yang diperlukan.

Ali Bin Abu: Ya, semuanya dah ada dalam sampul ini. Penyata 6 bulan gaji dan surat perjawatan kerja pun saya dah sertakan.

Mat Bin Along: Sekejap ya tuan, saya semak dulu.

Ali Bin Abu: Baiklah.

Mat Bin Along: Err.. tuan adalah kakitangan awam nampaknya. Penyata gaji ni nampak dah cukup padu. Sudah berapa lama tuan berkhidmat?

Ali Bin Abu: Saya dah berkhidmat setahun. Hujung bulan ni genap setahun.

Mat Bin Along:  Kalau ikutkan gaji tuan ni layak membuat pinjaman peribadi sebanyak RM150 ribu. Cumanya status pekerjaan tuan ni ada sedikit masalah.

Ali Bin Abu: Masalah macam mana tu ye?

Mat Bin Along: Macam ni tuan, Disebabkan status pekerjaan tuan adalah Kontrak, maka pihak bank ada sedikit masalah. Perjawatan tuan adalah mengikut kontrak 3 tahun ke 3 tahun. Jadi kalu mengikut kadar risk yang ada dalam sistem kami, ianya adalah agak kritikal.

Tambah lagi tuan baru berkhidmat setahun. Dan kemungkinan kontrak tuan tidak disambung selepas 3 tahun adalah tinggi.

Ali Bin Abu: Eh, takkan la macam itu? Saya kan bertugas sebagai guru sekolah?

Mat Bin Along: Betul tuan adalah seorang guru, tapi risk analysis bagi bank meletakkan status tuan pada kadar 6 dari kadar 10. Tapi tuan jangan bimbang, tuan masih boleh mendapatkan pinjaman peribadi ni. Cuma ianya sekadar bernilai 6 kali dari jumlah gaji bulanan tuan.

Ali Bin Abu: Oh, begitu ye. Saya cuma boleh buat sebanyak itu je lah?

Mat Bin Along: Betul tuan.

Ali Bin Abu: Err, kalau saya nak beli kenderaan pula?

Mat Bin Along: Yang itu kami boleh berikan pembiayaan macam biaaa seperti pada tahun 2024. Tiada masalah. Cuma ianya sekadar bernilai 60% dari nilai harga kenderaan.

Ali Bin Abu: Okay, kalau gitu saya nak cuba di Bank Scam Malaysia Berhad la pulak.

Mat Bin Along: Saya faham tuan. Cubalah mana tahu mereka boleh berikan nilaian yang lebih baik. 

Ali Bin Abu: Assalamualaikum. Terima kasih tuan.

Mat Bin Along: Waalaikumussalam. Sama-sama.


*** nama bank adalah nama sebenar.

#tiadapencen #kwsp #penjawatawam #kakitanganawam #bank #pinjamanperibadi #loan #personalloan #walanon #bangsaslurpp #polisi #BNM



01 August 2023

Misi Mengkambing Hitam

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya akan terlepas jugak la kepala penyamun sekor nih... Hahaha... Sebab sekarang dalam misi mengkambing hitam kan seseorang.... sedang menyalahkan Mejar Mazlina... Hahaha....

Mode twist cerita sudah bermula... Hahaha... dan WalaNON serta Bangsa Slurpp akan percaya punya 200% ... yeah...  jaman now WalaNON dan Bangsa Slurpp kini akan start membekap Kepala Penyamun sekor nih .... Hahaha... jilat selagi boleh... Hahaha

Pusing cerita kata yang Mejar Mazlina nih banyak buat silap.... wei Mejar Mazlina... berapa harga ko dah letak maruah ko aaa?? Hahaha... sampai sanggup dijadikan Kambing Hitam.... Hahahaha ... murah betul la maruah senang dibeli dengan wang ringgit... Jangan ikut stail WalaNON dan Bangsa Slurpp... depa memang maruah boleh dibeli dan digula-gulakan.... Hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Kepala Penyamun Sedang Rapat Di Bekap


28 July 2023

Benda Betul Pun Takut Cakap Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... ini semua lawak... siap ubah statement lagi... Hahaha... walhal semua orang dalam dunia kewangan dan perbankan tahu yang statement asal itu adalah yang benar... Hahaha... nampak sangat la Maybank kena tekan... kena sound... hahaha...

Lawak la Maybank nih...

=================
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Cover Baek Punya


25 July 2023

Maybank Pun Tak Percaya ...

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Maybank pun tak percaya ... sampai kata dasar yang dibuat oleh Anwar Ibrahim (PMX) adalah tidak jelas .... Hahaha...

Bukan sajer orang biasa yang cakap dasar tak jelas.. tapi puak-puak institusi kewangan dan perbankan... What do you expected.... Hahaha... kalu dengar cakap WalaNON dan Bangsa Slurpp ... mesti depa kata yang institusi kewangan dan perbankang nih tak pandai... nak buat kerja sabotaj... Hahaha.... Semua mesti bekap punya...

Walhal... setakat nih tak nampak apa dasar yang mampan... pelaburan yang masuk... setakat MOU pelaburan tue semua tagune kalu satu pun tak sampai ke sini... TESLA ...  itu bukan pelaburan.. dier cuma bukan sales office jer kat sini... bukan bawak industri dan pembuatan ke sini...

Hahaha....  adoilah..

=================
PERCUMA: Income bulanan sekurang-kurangnya RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Maybank Pun Tak Yakin




13 July 2023

Maknanya Betullah Kan?

Bhai/DeeDee semua...

Maknanya betullah kan?? yang rumah didiami oleh Anwar Ibrahim tue milik seorang Tauke Cina yang agak misteri.... err.... Kenapa PMX tak mahu duduk di Seri Perdana ... atau dirumah yang memang dia punya sendiri sebelum ni....

Pajakan tue pon sebenarnya boleh dikatakan satu yang fishy gak la...

Bab deposit ni sapa pun boleh bayar.... isunya... bayaran bulanan tu semua... boleh dibayar oleh sesiapa sahaja sebab ianya hanya memerlukan nombor akaun pembayaran dan mesin Cash Deposit Machine (CDM) sahaja....

Senang dan mudah....   benda yang Open Secret .... ramai orang buat cara nih.... look normal.... si pembayar deposit hanya perlu withdraw jer gaji macam biasa... tapi tak buat pon bayaran bulanan pinjaman atau pajakan ke bank ... ader pihak lain boleh tolong bayarkan....

Hehehe.... Gua tak kata la PMX buat benda macam nih... tapi ianya tak mustahil... benda boleh dibuat dan look legal.... Hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

07 April 2023

Akhirnya Ada Ahli Ekonomi Bersuara

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah banyak kali cerita.... seperti yang ditulis oleh gua sebelum nih...

Apa pun layan la hujah Ahli Ekonomi nih pulak.... Hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Membenarkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran untuk membuat pinjaman kecemasan sebenarnya tidak menyelesaikan masalah kewangan rakyat, kata pakar ekonomi.

Hal itu kerana - antara lain - disebabkan ia tidak memenuhi keperluan rakyat untuk mendapat akses kecemasan kepada dana dan tidak akan memberi manfaat kepada golongan yang paling memerlukan bantuan kewangan kerana kekangan skim tersebut.

Profesor ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Geoffrey Williams berkata ia disebabkan oleh had pinjaman RM3,000 dan had tidak boleh meminjam lebih daripada apa yang ada dalam Akaun 2 KWSP mereka.

“Kebanyakan orang termiskin tidak mempunyai apa-apa dalam akaun mereka. Sekitar 75 peratus ahli KWSP tidak akan mendapat manfaat dan kebanyakannya (kumpulan pendapatan) M40 dan T20 akan mendapat faedah itu,”

Kelemahan lain katanya ialah pemberi pinjaman masih akan mendapat wang dan menghabiskan simpanan pencarum yang menggunakan skim pinjaman KWSP, melainkan mereka membayar balik sebelum tenpoh pinjaman tamat.

21 March 2023

Akan Sampai Ke Malaysia...

Bhai/DeeDee semua...

Satu demi satu institusi perbankan di US dan Switzerland bungkus... bankrap... tutup... punah ranah.... ini semua sebab daripada impak "Fractional Reserve Banking" yang memang diamalkan oleh semua bank di dunia nih... tak kita la Bank Konvensional atau Bank Islam

Huhuhu.... 

Apa pun... tunggu la benda nih sampai ke Malaysia.... masa tue PIDM pun lari bugil waktu malam.... Hahahaha....

Bank mana agaknya yang kena dulu di Malaysia???

Hahahaha



17 March 2023

Bank Pilihan Scammer? Macam La Tak Biasa

Bhai/DeeDee semua...

Lima bank utama kat Malaysia nih bank apa??? Bank apa yang kakitangannya lekeh sangat.... Hahaha... Macam la kita tatau .... Adoilah.... Dah lama bank-bank nih terlibat handle banyak akaun scam.... akaun keldai akaun... Ini bank yang glamer....

Hahaha...

Tapi ko tengok la... takdernyer bank kena tindakan...  sure lepas bebas...



10 March 2023

Kerajaan Mak Dani ... Semua Boleh Main Sondol Je

Bhai/DeeDee semua...

Semua boleh disondol ... semua boleh dilanggar... Kerajaan Mak Dani nih bukan boleh kira... janji WalaNON dan Bangsa Slurpp semuanya akan bekap... Jilat sampai licin.


Hahahaha



09 March 2023

Formula Paling Bangang Anwar Ibrahim

Bhai/DeeDee semua...

Ini bukan nak menolong, tapi menjahanamkan rakyat. Formula paling bangang. Bangkai betul la.

Last-last nanti lagi ramai rakyat yang bankrap.

Bangangnya Anwar


07 November 2022

Moratorium Terhadap Pinjaman

Bhai/DeeDee semua...

Tanyalah pada sesiapa pun... semua tahu apa kepentingan moratorium terhadap pinjaman yang dibuat... Ianya adalah satu kelegaan... Bayangkan pada 2021 .. Kerajaan Perikatan Nasional pada masa itu dibawah kepimpinan Muhyiddin Yasin telah mengumumkan satu Moratorium terhadap pinjaman secara automatik kepada semua peminjam selama 6 bulan...

Dalam masa 6 bulan itulah... orang tak sakit kepala... ramai orang dapat menstrukturkan kedudukan kewangan mereka.. dalam masa susah akibat daripada sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ... orang dapat sedikit kelegaan.

Dan setelah tamah masa 6 bulan moratorium itu... segala pembayaran pinjaman tersebut berjalan seperti biasa... dan tak lama lepas itu .. semua bank-bank komersial telah mengumumkan peningkatan keuntungan bagi tahun kewangan yang telah diaudit...

Mana ada bank yang mengalami kerugian atau susut pendapatan akibat dari Moratorium terhadap pinjaman nih? Tak ada.... cuma masa pembayaran balik pinjaman tue ja telah diextend jadi 6 bulan lagi.. itu jer...

Jadi ... pada gua... bila Perikatan Nasional telah meletakkan idea Moratorium terhadap pinjaman (loan) untuk semua sekiranya mereka menang PRU15 ... ini sudah menjadikan satu kayu pengukur untuk parti-parti gabungan yang lain.... Adakah parti-parti gabungan yang lain seperti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan atau Gerakan Tanah Air akan cuma memasukkan idea "Moratorium Terhadap Pinjaman" ini sebagai satu agenda utama didalam manifesto mereka?

Kita nantikan dan lihat.

Hahaha.....  rakyat @ pengundi sedang memerhati...



03 November 2022

Parti Mana Yang Akan Tolong Rakyat Kekang Kenaikan OPR?

Bhai/DeeDee semua...

Sudah empat kali Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar OPR (Kadar Dasar Semalaman) bagi bank-bank komersial di Malaysia...

Ianya berlaku pada bulan Mei, Julai, September dan kini November.



Dengan naiknya kadar OPR nih.. maka akan terbebanlah rakyat yang ada mempunyai loan (pinjaman) dengan mana-mana bank... terutamanya loan kereta dan loan perumahan... Yang lagi niaya adalah sesiapa yang ader pinjaman peribadi (personal loan) ... yang tersenyum ketawa hanyalah golongan kaya yang ada simpanan ratusan ribu atau juta dalam akaun bank.... sebab pendapatan mereka bertambah..

Bagi yang miskin ... yang terpaksa meminjan dengan bank.. Jenuh la membayar bulanan yang meningkat naik... sudah pasti serupa sudah jatuh ditimpa tangga.. Bayangkan la... dengan gaji yang statik ... dan kuasa beli ringgit yang lemah (USD1 = RM4.73) ... serta tambah pulak dengan kenaikan OPR nih... memang naya rakyat...

Apa lagi yang rakyat marhaen mustad'afin nih nak harapkan?? kepada siapa mereka nak bersuara... memohon bantuan dan sokongan??

Sekarang nih musim #PRU15 .. dan setakat hari ini belum nampak lagi ader cadangan dari mana-mana Parti yang bertanding nak menangani kesan ekonomi yang teruk nih termasuklah inflasi... Malah takder jugak Parti yang nak mendepani suara rakyat yang tertekan dengan OPR nih...

Soalan yang pengundi nak tanya... Parti mana yang akan tolong rakyat kekang kenaikan OPR nih? Parti mana yang perlu rakyat undi?? Kalu kerajaan yang ader sekarang nih... ini kerajaan yang ader BN dan PN didalamnya.... dan kerajaan inilah yang celaka menaikkan kadar OPR sebanyak 4 kali dalam satu tahun...

Nak undi lagi ka??? Kalu depa dapat kuasa... Tahun depan mau ader 4 kali lagi kenaikan OPR... huhuhu

29 October 2022

Rasuah Pilihanraya Menggunakan Matawang Kripto?

Bhai/DeeDee semua...

Pilihan Raya Umum Ke-15 di Malaysia pada 19 November 2022 akan menyaksikan penggunaan mata wang digital dan mata wang kripto akan digunakan secara meluas sebagai medium untuk merasuah pengundi.

Ia berkemungkinan dilaksanakan secara sembunyi-sembunyi atau pun secara terbuka. Setakat ini diketahui ada pihak yang cuba mendapatkan undi dengan menggunakan kaedah ini.

Penggunaan mata wang digital atau mata wang kripto dilihat dapat mengelak pengesanan dan pengesanan pertukaran wang antara pemberi rasuah dan penerima rasuah.

Malah rasuah yang besar boleh diberikan kepada penerima tanpa melibatkan bank dan institusi kewangan.

Secara tidak langsung PRU15 kali ini akan menjadi medan teknologi sama ada dari segi kempen mahupun dari segi rasuah.

Pihak bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, SPRM dan PDRM diharap lebih proaktif dalam menangani kesan penggunaan teknologi telefon pintar, komputer, media sosial, blockchain dan Internet.



18 June 2022

Hukuman Kesalahan Rasuah Tidak Menggerunkan

Bhai/DeeDee semua...

Mana la orang nak takut buat rasuah di Malaysia… sebab takder nilai hukuman penjara minima… boleh ja nak penjara satu hari ka lima hari ka… seminggu ka… atau maksima 20 tahun…

Denda pulak … tak la mahal mana… silap-silap boleb cover balik siap untung lagi…

Patut hukuman untuk rasuah macam nih

  • Mati Mandatori (bagi nilai kes RM1 juta keatas) 
  • Penjara Sampai Mati (bagi nilai kes RM1 juta kebawah) 
  • Sebat (minima 30 kali, maksima 300 kali) tanpa mengira umur muda atau warga emas. 
  • Denda (minima 30 kali dari nilai suapan, maksima 300 kali dari nilai suapan)
Bagi pesalah yang dijatuhkan hukuman mati mandatori, tiada rayuan atau penanggujan hukuman. Hukuman akan dijalankan 48 jam selepas disabitkan bersalah.

Bagi pesalah yang dipenjarakan sampai mati, tiada lawatan, panggilan telefon atau surat-menyurat dari ahli keluarga dibenarkan. Tiada rayuan dan penangguhan hukuman.

Barulah orang takut nak terlibat ngan rasuah.




31 May 2022

Apa Ada Hal

Bhai/DeeDee semua...

Apa ada hal kan... Malaysia? Cukuplah ngan Azhar Idrus ja… dier kan pakar semua benda… Huhuhu.. Soalan apa yang dier tabley jawab?

Takpon... Kerajaan Malaysia kan nak impot 500 ribu pakar dari Bangladesh....

Elok sangat la tue...


28 February 2022

KANTOI - EU dedah sekatan ‘lumpuhkan’ Putin

Bhai/DeeDee semua...

Agenda nak lumpuhkan ekonomi Russia terbongkar apabila Kesatuan Eropah dengan tekanan dari NATO telah mendedahkan bahawa mereka akan menyekat dan membekukan beberapa akaun bank utama Russia serta menyekat transaksi pemindahan wang menggunakan SWIFT oleh bank-bank Russia.

Ini juga secara otomatik akan menyebabkan akses kepada sistem Kad Kredit/Kad Debit berasaskan MasterCard dan VISA juga dijangka akan terganggu.

Nampak sangat la NATO bukan sahaja nak menghukum Kremlin tapi juga rakyat awam di Russia. Tindakan ini dilihat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan. Bayangkan dengan cara ini akses kepada perkhidmatan pendidikan, kesihatan (perubatan) dan makanan akan terjejas dengan teruknya. Silap-silap akan menyebabkan keadaan lebih kronik.

Gila betul la USA nih.

#SwiftCode #NATO #EuropeanUnion #EU #Bank #WireTransfer #MasterCard #VISA #CreditCard #DebitCard

01 November 2021

Cerita Tentang Pandora Papers Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Tetiba jer Mahathir Mohamed dok bawak citer larikan duit berbilion keluar negara... berbanding isu Pulau Batu Puteh.... Pada gua isu Pulau Batu Puteh tue takder dah isu sebab Sultan Johor sendiri yang tak kisah pada Pulau Batu Puteh tue... siap Pejabat Sultan Johor buat surat kata tak ada tuntutan bagi Pulau Batu Puteh nih...

Tapi kalu bab bawak larikan duit berbilion keluar negara tue... memang ramai terlibat... memang ramai... termasuk Mahathir Mohamed sekali.... melalui beberapa proksinya...

Toksah kata la suci sangat.... semua terpalit bhai.... huhuhu



29 October 2021

Maybank Kena Godam?

Bhai/DeeDee semua...

Benda macam nih memang boleh dijangkakan... bilamana ramai pelanggan Maybank hilang duit mereka secara tiba-tiba... Adakah Maybank kena godam?

Beberapa pelanggan Maybank mengalami insiden pelik minggu lepas apabila kad bank mereka dikenakan caj dalam beberapa siri transaksi, yang didakwa tidak mendapat kebenaran, menyebabkan mereka percaya butiran kad itu telah dikompromi.

Insiden itu menyaksikan sejumlah kecil wang ditolak daripada akaun bank mereka melalui pelbagai transaksi.


Dalam banyak keadaan... gua suspek data-data butiran pelanggan ini digunapakai untuk transaksi e-dagang secara berturut-turut pada nilai kecil yang sama ada menggunakan sistem auto-debit ataupun paywave...

Ingat... bukanlah susah pun kalu nak debit melalui paywave...

Dan apa yang berlaku walaupun PDRM akan kata ianya adalah isu kecil tapi tetap mempunyai risiko kepercayaan (trust) yang tinggi yang mana boleh menyebabkan pengguna beralih arah dan menolak dari menggunakan Maybank.

Kad Debit nih bagoosh... tapi mudah disalahgunakan oleh penggodam. 

Aper pun.... sila berhati-hati...


06 October 2021

Makin Panas Rupanya Kertas Pandora Ni

Bhai/DeeDee semua...

Hebat Malaysia nih... kecik jer saiz negara... tapi sampai boleh bungkus banyak bank dan institusi kerana kerjabuat Malaysia... hanya dengan 1MDB jer... cukup... boleh runtuh banyak institusi kewangan asing nih... dan duit 1MDB nih dah pusing berapa kali aaa seluruh dunia...

Hahaha...

Hebat.... sampaikan biler jumpa warga asing... depa tatau Malaysia... tapi bila citer 1MDB... boleh kata ramai yang tahu... Satu pencapaian gak tue...

Ini Kertas Pandora la pulak... ramai yang boleh dan akan sangkut nih... Hahaha... ramai yang akan tertumus atas lantai... ramai yang akan ditelanjangkan... Hahaha ... hanya perlukan jejak kepada Money Trails jer.... jejak kewangan... jejak financial.... Hahahaa

Daim pon boleh kena cuit telurnya... hahaha ... inikan pulak yang lain... silap-silap Dewa dan Dewata Raya punya nama pun boleh naik tercungget.... Hahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1