Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Russia. Show all posts
Showing posts with label Russia. Show all posts

09 August 2024

Double Standard Betul Lah

Bhai/DeeDee semua...

Nampak sangat IOC dan Olimpik nih double standard... Terang-terangan betul... Patut diboikot ja lain kali,



11 November 2023

Israel Cukup Gentar Untuk Buat Serangan Darat Ke Gaza

Bhai/DeeDee semua...

Dalam mana-mana pertempuran dalam bandar (Urban Warfare) ... adalah paling menakutkan bagi puak yang mahu masuk kedalam bandar... sebab ianya seperti menempah maut... kerana puak yang bertahan mempunyai banyak kelebihan...


Antara kelebihannya adalah dengan menyediakan pasukan sniper yang ramai yang boleh menyorok disebalik timbunan bangunan yang runtuh... sama ada yang menggunakan senjata rifle 7.62mm ataupun yang menggunakan kaliber yang lebih besar seperti .50 cal.

Sniper juga boleh menggunakan mortar atau grenade launcher... malah dengan kedudukan yang boleh berubah-ubah.. bahaya paling kritikal bagi puak yang masuk ke bandar ini adalah dari impak serangan RPG .... sama ada dari peluru HEAT atau Tandem Warhead...

Kereta perisai dan kereta kebal boleh menjadi satu sasaran mudah... "sitting duck" bagi para sniper yang berpindah randah.... Ini belum dikira dengan adanya jerangkap samar dari IED dan sebagainya....

Kemampuan taktikal oleh pasukan yang cuba nak masuk ke bandar yang dah musnah nih memang mencabar.. Mereka perlukan anggota yang cergas... sebab bila masuk ke bandar mesti bergerak laju dan pantas... tak boleh berjalan beriringan dengan lambat...  mesti bergerak secara zig-zag...  jika tidak pastinya akan menjadi "ulam" sahaja... satu sasaran mudah buat puak yang bertahan dalam bandar...

Jadi... dengan adanya 300 ribu anggota simpanan yang telah digerakkan oleh IDF sebagai pasukan yang akan membentuk "ground force" yang katanya akan masuk ke Gaza bagi melakukan serangan darat nih.... gua agak gelak juga... sebabnya ... ini adalah pasukan simpanan... tiada pengalaman "urban warfare" ... walaupun mereka mempunyai kelengkapan senjata yang hebat dan terkini...

Dan mereka juga bukanlah "fit" sangat untuk mengendalikan "urban warfare" yang laju dan cekap...

So... gua percaya sebab itulah mereka akan kekal untuk tidak akan masuk ke kawasan pertempuran di Gaza sebab ianya seperti menempah maut.

Kena ingat bahawa... 1 orang sniper yang bagoosh boleh menamatkan nyawa 1 platun pasukan musuh dengan mudah .... Ini adalah realiti peperangan dalam bandar...

Dalam perang dunia kedua... Simo Häyhä adalah seorang sniper yang terhebat dari Finland ... dengan rekod 505 "confirm" .... dia berjaya mengkucar-kacirkan tentera Soviet Union selama berbulan-bulan... dalam keadaan hutan yang memang kawasan permainan dier... dalam keadaan salji yang sejuk dan putih.... Ingat.... dia berjaya buat nih kerana ini memang kawasan yang dia cukup mahir...

Jadinya.... dalam keadaan di Gaza... mana-mana penceroboh dari IDF yang cuba untuk masuk ke bandar ini akan menempah maut mereka sendiri.... 

Terkini.... Russia ada pengalaman "urban warfare" yang teruk di Mariupol selama 4 bulan.... dan mengalami kesan kekalahan yang amat signifikan... Tentera Ukraine telah berjaya bertahan dan mengalahkan Russia.

Pengeboman dari udara dalam bandar?? seumpama memukul lipas yang bergerak bersimpang siur... bom habis... tiada banyak hasil yang boleh dibanggakan...

Sekadar bercerita jer nih...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

07 November 2023

Apa Yang Boleh Anda Terjemahkan?

Bhai/DeeDee semua...

Post ini dibuat sekadar untuk menjentik minda anda semua...

Kalu ikut satu garisan "True North", dan bukannya "Magnetic North", dari utara Madinah garisan ini akan dilihat membelah sedikit Negara Iraq dan Syria.

Garisan ini juga akan melalui wilayah Donestk di Urkraine dan terus lalu menghampiri ibunegara Russia (Moskow).

Kena ingat, kedudukan Mekah ini berada di selatan Madinah. Kedudukan batu hitam Hajarul Aswad pula dilihat menunjuk kearah Nusantara.

"Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?" - AlQuran, 23:80 (Al Mukminun)

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



03 March 2022

Chelsea untuk dijual, Mungkin dibeli oleh Salman Khan

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya Roman Abramovich berdepan tekanan politik dan kewangan antarabangsa dimana berkemungkinan dibekukan atau dirampas asetnya oleh pihak berkuasa. Semua ini berlaku akibat dari tercetusnya perang antara Russia dan Ukraine.

Oleh itu, nampaknya pilihan yang ada hanyalah berusaha untuk menjual pegangan sahamnya dalam kelab bolasepak Chelsea yang berada dalam Liga Inggeris (English Premier League @ EPL).

Dan nampaknya Salman Khan sedang meninjau-ninjau untuk membeli 100% saham kelab bolasepak Chelsea itu. Kita nantikan perkembangan selanjutnya. Err... banyak aaa duit Salman Khan???

Hehehhe

Roman Abramovich berdepan tekanan menjual Chelsea.

#Chelsea #RomanAbramovich #SalmanKhan #Bhai #RussaUkraine #Krisis #Saham #LigaInggeris #EPL #UEFA #Football #Soccer #CipanTapirTenuk #SocialCritics

02 March 2022

Konflik Russia Ukraine - Hollywood juga terlibat meloncat sama

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah kata... Konflik Russia Ukraine nih nampak kelakar... Pertama sekali NATO nak kenakan sekatan ekonomi... Walhal Ukraine belum jadi ahli NATO lagi... Kemudian SWIFT money transfer depa sekat untuk Russia .... lepas tue MasterCard dan VISA pulak depa sekat kepada Russia...

Bukan itu sahaja... FIFA dan Jawatankuasa Olimpik pun buat sekatan jugak terhadap Russia... Semalam Singapura pulak sekat akaun bank Russia...

'Sekatan' Hollywood terhadap Rusia ... Yang ini pulak... Hollywood pun sama meloncat nak sekat Russia....

Hey.... time Israel serang Palestine... takder pulak ader sekatan bertali arus macam nih... Hahaha... nampak sangat USA dah panas... dah terbakar... tue yang melompat semua proksi USA nih dok bagi sekatan kepada Russia...

Yang bodoh... ader plak pihak-pihak dalam Kementerian Pengangkutan Malaysia yang nak join sama sekat Kapal Russia dari berlabuh di Pelabuhan milik kita.... Gila bodoh.... Takkan nak ikut sama kegilaan USA nih??

#Hollywood #Sekatan #Russia #Ukraine #Conflict #CipanTapirTenuk #SocialCritics

Terbukti : Singapura Adalah Proksi USA / Israel

Bhai/DeeDee semua...

Video ini mungkin akan disekat. Video ini mungkin akan dipadamkan. Video ini mungkin akan dikenakan tindakan. Apa pun... gua tetap bertegas mengatakan bahawa Singapura adalah Proksi USA dan Israel.

Tindakan Singapura selama ini menunjukkan sebegitu.

Singapura akan laksanakan sekatan ke atas Russia

#Singapura #Singapore #Proksi #USA #Israel #Economy #Sekatan

28 February 2022

KANTOI - EU dedah sekatan ‘lumpuhkan’ Putin

Bhai/DeeDee semua...

Agenda nak lumpuhkan ekonomi Russia terbongkar apabila Kesatuan Eropah dengan tekanan dari NATO telah mendedahkan bahawa mereka akan menyekat dan membekukan beberapa akaun bank utama Russia serta menyekat transaksi pemindahan wang menggunakan SWIFT oleh bank-bank Russia.

Ini juga secara otomatik akan menyebabkan akses kepada sistem Kad Kredit/Kad Debit berasaskan MasterCard dan VISA juga dijangka akan terganggu.

Nampak sangat la NATO bukan sahaja nak menghukum Kremlin tapi juga rakyat awam di Russia. Tindakan ini dilihat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan. Bayangkan dengan cara ini akses kepada perkhidmatan pendidikan, kesihatan (perubatan) dan makanan akan terjejas dengan teruknya. Silap-silap akan menyebabkan keadaan lebih kronik.

Gila betul la USA nih.

#SwiftCode #NATO #EuropeanUnion #EU #Bank #WireTransfer #MasterCard #VISA #CreditCard #DebitCard

17 August 2021

Taliban Kuasai Afghanistan?

Bhai/DeeDee semua...

Ramai yang tanya pandangan gua... tanya pandangan Agensi berkaitan isu Taliban yang kini telah menguasai Afghanistan.

Jadi... nampak gayanya gua terpaksa juga usik sedikit... ulasan dari padangan peribadi gua...

Macam ni la... mungkin apa yang akan tulis tuliskan ini tak kena dengan pendapat dan pandangan korang... tapi gua harap korang baca juga dan fahamkan situasi itu dari sudut pandang yang berbeza...

Okeh... masa zaman gua sekolah dulu... gua pon ader bercita-cita nak join Mujahedeen di Afghanistan... sebab itu kalu sesapa yang pernah baca kisah yang gua tulis dulu.. yang macam mana gua boleh isi borang untuk jadi Mujahedeen.... sebelum gua isi borang untuk join France Foreign Legion.... dan akhirnya gua dapat tawaran untuk join Agensi..

Masa tu gua cuma tahu Mujahedeen di Afghanistan tu sedang berlawan dengan USSR (Russia)... darah muda... jadi biler hidup rasa boring... nak jer ader sesuatu dibuat ... dan keterujaannya.. Namun biler gua dapat join Agensi... pandangan gua tentang Afghanistan jadi berbeza.


 
Okeh... pertamanya.... Afghanistan nih aderlah satu negara yang ader banyak puak... dan puak-puak ini cukup taksub dengan kepuakkan mereka.. USSR (Russia) berjaya dihalau keluar bukanlah sebab puak-puak Afghanistan nih bersatu padu... depa sesama sendiri pun bertelagah... tak ngam.. malah boleh berbunuh sesama sendiri.... pernah jadi kes pasai kambing jer... satu kampung kena serang dan bunuh....

So...USSR (Russia) terpaksa keluar dan mengundur diri sebab kos operasi ketenteraan yang tidak menguntungkan USSR (Russia)... Kasualti dan risiko agak besar... malah nak kata ader telaga minyak yang banyak pun tak jugak... banyak kawasan kosong jer... tak banyak mineral pun... Aper pun kos operasi ketenteraan dan nyawa agak tinggi... So better USSR (Russia) walk-off dari Afghanistan...

That's also what happen to USA (Amerika Syarikat)... setelah berpuluh tahun... baru USA sedar yang mereka terlalu membuang banyak masa dan kos disana... yang dilihat tidak banyak berfaedah... Maybe ader sikit untung dari hasil tuaian dan jualan poppy dan marijuana... tapi itu la.... payah...

So... Taliban kini berkuasa di Afghanistan... Taliban nih asalnya adalah puak-puak yang mengamalkan Islam secara ekstreme... terlalu konservatif, jumud dan kolot.... sorry to say la... ini realiti.... Depa jenis takrifkan semua ajaran Islam secara "as is" ... dan terlalu mengikat... sampai kalu benda kecik dalam kes agama pun boleh jadi sesuatu yang besar dan memaksakan....

Tak salah pun sebenarnya... cuma Islam itu berkembang... dan berevolusi ikut keadaan semasa... benda 1400 dahulu wajarkan dinilai ikut situasi setempat dan keadaan masa kita... namun tak la menyimpang dari ajaran Islam yang sepatutnya..

Bab ini memang failed dalam Taliban... dan Taliban jugak menganggap apa-apa yang takder kena mengena dengan Islam dikira patut dihapuskan walaupun sesuatu itu ada relevannya ... sebagai contoh relik sejarah lama.... banyak yang dah dimusnahkan sebab non-Islamic katanya...

Memang kesian kat rakyat Afghanistan bilamana puak-puak ekstremis nih kuasai negara... Puak-puak nih bukan ader idea dan planning untuk mentadbir dan mengayakan negara.... depa tadbir ikut padangan Mullah mereka yang dangkal ideanya dan ianya tak boleh dikritik atau disanggah... Di Malaysia pun ader jugak jenis-jenis nih...

Itu negara Afghanistan la... memang kesian kat rakyat dier... tapi nak buat macam mana... dah depa rakyat sana... takkan nak bawak depa ke sini... Kat sini pon dah cukup banyak masalah dengan pentaksub agama yang langsung tabley dinasihat dan ditegur kritik....

So... apakah risiko kepada Malaysia dengan ujudkan Kerajaan Taliban di Afghanistan? Takder sangat lar... cuma risau sedikit la kalu ader yang terpengaruh dengan elemen ekstrimis dari Afghanistan nih.... yang ini kena cantas awal lar..

Jadi... harapan yang ader cuma sekadar jika Taliban 2.0 ini dapat memperbetulkan apa sahaja salahlaku dan salah tadbir yang pernah mereka buat dahulu... dan pastikan Afghanistan boleh kekal aman, damai dan kembali bangkit menjadi negara yang baik dan ekonominya meningkat...

Kesimpulannya.... apa yang berlaku adalah masih diperingkat awal.... kita tunggu dan lihat.. Tapi... gua nampak... Kalu Malaysia bijak... Malaysia boleh mengambil ruang dan peluang bekerjasama dengan Kerajaan Taliban di Afghanistan untuk membangunkan negara ini...

Industri, Infrastruktur, Petroleum, Telekomunikasi dan Financial.... ini cabang-cabang yang sepatutnya syarikat dari Malaysia ceburi.... deal lah dengan baik ... dan tentunya Kerajaan Taliban boleh menerima cadangan yang baik ini...

Gua nampak Taliban 2.0 nih ader potensi untuk jadi lebih baik dari sebelumnya (Taliban 1.0) dengan syarat pendekatan ekstremis tidak dibuat secara literal....

Cuma risiko tetap ader.. sebab puak-puak dalam Afghanistan nih benda kecik pon boleh jadi pemula kepada perang yang lama dan kematian yang tinggi... sebab depa dahulukan emosional berbanding rasional....

19 January 2021

Kerajaan Yang Lemah Adalah Kerajaan Yang Senang Dibuli

Bhai/DeeDee semua...

Dalam mana-mana negara pun.... kita boleh lihat benda nih... mana-mana Kerajaan yang lemah dari segi politik dalamannya... tentunya akan menjadi mangsa buli Kerajaan negara lain... Itu sudah semestinya....

Cuba kita lihat komposisi negara kuasa besar (G5) ... mereka adalah kerajaan yang kuat... walaupun kekadang itu agak lemah dari segi kekuasaan dalaman... tapi asas mereka tetap kuat dan memang susah dibuli... Kita amik contoh Amerika Syarikat la.. dalam keadaan sekarang negara tu goyah dari segi politik dalaman... tapi China dan Russia pun tak boleh nak ganggu gugat mereka...

Sebabnya ... kuasa ketenteraan mereka agak besar.... dan stabil...

Malaysia pulak.... dalam keadaan sekarang dimana kedudukan Kerajaan yang memerintah dipertikaikan keabsahan mereka oleh hampir 60% warganegara Malaysa... walaupun menguasai Kerajaan... tetapi merek sedang dibuli oleh pelabur asing...

Tak kisahlah pelabur asing itu dari Barat atau Timur... sama sahaja sedang giat membuli Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin...

Dalam sejarah Malaysia... inilah satu-satunya Perdana Menteri yang paling lemah... lemau .... tidak berani bersemuka dengan wartawan dalam dan luar negeri secara telus... melainkan hanya wartawan dari media-media yang dipilih sahaja... malah dalam situasi mengeluarkan perutusan pun semuanya rakaman (recorded) dan bukannya live... statement pon semuanya telah dirangka dan siap ditulis dan bukannya spontan...

Malah boleh dikatakan kalu dinisbahkan antara Najib Razak dan Muhyiddin Yasin.... kalu ikut nisbah... mungkin boleh mendapat 8:2 .... dimana 8 adalah Najib Razak... dan Muhyiddin Yasin mendapat 2 .... itupon kira nasib baik jer la... Hahaha

Dalam kes kena buli... yang terbaharu Muhyiddin Yasin punya kepimpinan dilihat kena buli dengan pihak pelabur Jepun... Hahaha... lawak siot...

Nasib la.... dari dapat Bapa Penyamun... Atok Saka... dan kini kita dapat Bapa Lemau .... hahaha



10 February 2016

Cerita Tentang Syria - Siapa Disebalik Isu Ini

Bhai/DeeDee semua...

Rasanya sudah lama gua tak cerita isu-isu antarabangsa... yang gua dapat dari maklumat dalaman Agensi yang dulu gua pernah berkhidmat didalamnya... Bagi yang baru pertama kali baca blog ini... ini gua nak bagitau sikit.... Agensi kami adalah berkaitan dengan statistik dan data... serta kadang-kadang (banyak kali) terlibat dengan membersihkan kawasan untuk beri laluan kepada Agensi Keselamatan lain dari Malaysia untuk beroperasi....

Dalam banyak hal, Agensi biasanya juga terbabit dalam beberapa konflik yang ada kaitannnya dengan Islam dan Malaysia sama ada secara jelas mahupun secara kabur.... Ada banyak lagi perkara yang dibuat oleh Agensi disebalik tabir... Untuk itu Agensi punyai orang di hampir semua tempat dalam dunia ni termasuklah didalam negara....

Satu daripada kawasan operasi Agensi adalah di Syria.... dan disini Agensi dapat maklumat secara on-hand "direct to source" tanpa melalui mana-mana media atau sumber lain.... Dan maklumat ini semua penting bagi Malaysia untuk urusan geopolitik...

Oleh itu... maklumat kami bukan dari Al Jazeera... Al Arabia.... atau CNN ataupun dari media pro Bashar Al Assad seperti Al Watan dan Al Iqtisadi... Maklumat kami terus dari sumber... Maka dengan itu Agensi tahu apa yang sebenarnya yang terjadi di Syria.

Sebab itu gua kata... gus sokong Bashar Al Assad dalam menguruskan negaranya... betul lah perang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda... kalau taknak hilang nyawa atau kerosakan harta benda jangan perang la bhai.... Kalo ader yang kata kenapa tembak dan serang orang awam..... Nih gua nak bagitau apa yang Agensi tahu....

Pihak pemberontak yang disokong oleh US, UK, Arab Saudi, Qatar dan UAE sebenarnya banyak kali menggunakan kawasan pertempatan orang awam sebagai kawasan pertempuran mereka.. Malah mereka menggunakan kawasan ini sebagai perisai awam dari serangan pihak kerajaan... Itu masalahnya.... Mereka ini tidak tahu bahawa mereka sebenarnya sedang di"main" oleh pihak Israel melalui agensi risikan Mossad dan bantuan Shin Bet....

Ini masalahnya....

Dalam kes kenapa Russia membantu Syria.... ianya terkait dengan perjanjian keselamatan antara dua negara....dimana Russia telah berjanji akan membantu Syria...Salah satunya adalah keselamatan semua telaga minyak milik Syria yang banyak itu dari diambil alih oleh US.... Salah satu tujuan US di Syria adalah sebenarnya lebih kepada urusan terkait dengan industri minyak dan gas...

Nanti gua sambung balik... Sementara tu baca link ni.

Mengapa Syria?
Sokongan Gua Terhadap Bashar Al Assad

31 December 2014

Cerita Disebalik Cerita

Bhai/DeeDee semua...

Kalo MH370 ..... orang banyak sabitkan kehilangannya dengan kargo Manggis dan Bateri Lithium Ion yang dibawa.... walhalnya takder saper yang nak tanya kenapa akses akaun Kapten Zaharie di MAS digodam 10 hari sebelum insiden sehingga dia terpaksa request akses yang baru.

Kalo MH17.... orang banyak sabitkan dengan peluru berpandu bumi ke udara BUK .... walhalnya takder saper yang nak tanya kenapa pesawat tue kena tembak dengan peluru AMRAAM dari satu pesawat Drone milik USA pada jarak lebih 150km dari ketinggian 40 ribu kaki dari kawasan ruang udara pantai Ukraine

Kalo QZ8501... orang banyak sabitkan dengan isu awan Comulus Nimbus (CB) ..... walhalnya takder saper nak tanya kenapa pesawat yang terbang laluan antarabangsa terbang dibawah paras standard 35 ribu kaki...... iaitu pada 32 ribu kaki sahaja.....

Ini semua ader cerita disebalik cerita.... the untold stories.....

Kalo MH370 dikatakan terjunam dalam laut.... elok plak takder pecah satu benda pon... takder debris takder serpihan.... takder mayat... takder signal ELT/Emergency Beacon ....... hebat...

Kalo MH17 dikatakan ditembak oleh BUK seperti yang ramai percaya pada mulanya.... hahaha... kenapa takder smoke trail bagi peluru berpandu tue yang boleh dilihat sejauh 10 hingga 20 km pada cuaca baik..... sepatutnya smoke trail nih akan ader sekirang-kurangnya 10 minit diudara.... macam kalu kiter lihat pesawat terbang lebih 35 ribu kaki.... mesti ader smoke trail...

QZ8501 terhempas.... ader serpihan... ader mayat... ader kesan...... mungkin pesawat A320 tidak sekuat dan setahan Boeing 777-200 .... hahaha....

Giler kentang aaaa...... itu sebab gua dari awal lagi kata...... karut ja cerita nih....  Takziah kepada keluarga mangsa...... kesian semua jadi bidak catur....

Baca SINI dan SINI



20 July 2014

MH17 : Massive US Cover-Ups

- It has been known by many Intel Agencies that MH17 being shot down while cruising at 33000 feet via Raytheon AIM 120D AMRAAM air-to-air (AAM) guided missile.

- Done by US long range Global Hawk drone running a covert operation about 120 km from MH17 flight route.

- AIM 120D AMRAAM missile would make a very low profile "smoke trail" (barely visible) if being shot from higher altitude.

- Global Hawk has being detected flying a covert operation at 120 km from MH17 flight route around same time of incident at 40 thousand feet from sea level.

- Subsequently Raytheon has been testing a new variant of AIM 120D AMRAAM on 13 July 2014 (attachment below).

- US is the first country that lead all the media to think MH17 being shot down via BUK surface-to-air (SAM) missile by the insurgent which is to cover-ups their track.

- FYI no "smoke trail" from any SAM missile has been detected whatsoever within target radius at that time that suggest MH17 being shot down via SAM missile.

- SAM missile tend to gives massive "smoke trail" churning from either solid propellant rocket motor or liquid propellant rocket motor that can be easily seen from as far as 30 km using just a naked eyes. 





Source : Multiple Intel Agencies

16 February 2013

NASA Senyap Tanpa Amaran Awal

Bhai.... Macam mana la boleh jadi camni... Macam mana la boleh jatuh sebijik meteor sebesar 40 tan ke bumi tanpa ader amaran awal dari mana-mana agensi angkasa lepas... tak kisah la NASA dari US ker... RKA dari Russia ker.... JAXA dari Japan ker... Semua senyap sunyi takder amaran awal...

Takkan la nak kena tunggu MAT (Monster Attack Team) dari Japan yang dipunyai oleh Tsuburaya bagi amaran kot... MAT nih cuma bagi amaran kat Ultraman jer...

Nak harapkan ANGKASA untuk beri amaran awal... Lupakan sajer la... Wei... Ini bahaya dari langit... Macam meteor nih... Biasanya kalu dier menghampiri bumi... Semua agensi angkasalepas boleh kesan dan bagi amaran... Macam mana boleh terlepas dari pengawasan nih...

Takkan nak tunggu meteor shower yang dah menggila baru nak amik tindakan dan beri amaran... Itu dah terlambat... Patut semua meteor nih dah boleh dikesan dan dimusnahkan atau dilencongkan lebih awal... Takkan selama nih takder persiapan langsung...

Takkan la selepas citer Armageddon (Ahmad Bin Gedong) ditayangkan dulu sampai sekarang takder inisiatif untuk tangani benda dan isu nih... Wei ... Giler betul.... Melampau sungguh nih... Nih macam takder planning langsung nih...

Atau ader agenda merahsiakan benda nih dari pengetahuan penduduk bumi.... Hahahaha... Sebijik macam citer 2012 jer.... Hahaha...

Berkaitan : Meteor Di Russia

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1