Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Mossad. Show all posts
Showing posts with label Mossad. Show all posts

18 June 2025

Siapa Yang Pro Israel Sebenarnya?

Bhai/DeeDee semua...

Siapa yang Pro Israel sebenarnya??

Almarhum TGNA pernah bersuara Dan menasihati ketika hayat nya kepada Anwar Ibrahim.

Jadi jika isu sokongan YR terhadap I5RA3L suatu ketika dahulu anggap lah YR itu Masih belum dewasa Dan matang ketika itu Dan mungkin dipengaruhi oleh Beberapa pihak



01 August 2024

Ini Memang Lawak

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah,,,, sebijik macam perangai Anwar Ibrahim... kencing orang awam yang bodo boleh la...

Sapa percaya cakap Amerika nih... sama macam spesos yang percaya apa yamg Rafizi dan Anwar katakan pasai formulta turun harga minyak petrol la.... Hahahaha....

Sapa percaya penafian Amerika nih memang la bodo macam WalaNON


31 March 2024

Sediakan Popcorn ... Hehehe

Bhai/DeeDee semua...

Skrip 24 Oktober 2023 besar kemungkinan akan digunakan (diulang) demi untuk janakan “Wow Factor”. Nak bagi tally storyline Jalan Ampang.

Predictable.



18 October 2022

Kecoh Isu Mossad

Bhai/DeeDee semua...

Sana sini gua baca heboh citer pasai operasi Mossad di Malaysia yang mempergunakan warga tempatan sebagai petugas mereka... Semua akhbar bawak tajuk nih...

Gua tau ramai yang teruja... dan ramai yang macam tak sangka...

Hahaha... camnie la... Sel Mossad memang ader di Jalan Ampang... Sel CIA pulak ader di Jalan Pinang.... Sel Singapore Security & Intelligence Division (SID) pulak ader di xxxxxx  ... hahaha...

Dalam kes yang viral nih.... ianya bukan Modus Operandi (MO) Mossad... ianya lebih kepada siapa warga Palestine yang telah diculik itu... Ikut apa yang telah diketahui... mamat Palestine itu ada akses kepada sistem scammer yang menggunakan Android APK yang sekarang dah ramai yang kena scam akaun bank...

Jadi penculik tu sebenarnya nak akses kepada sistem tue ja... tak lebih dari itu... Hahaha

Apa pun... yang best... mesti agak cuak gak sel Mossad di Malaysia... Hahahaha..



16 February 2016

Setelah Mereka Jahanamkan

Bhai/DeeDee semua...

Dahulu .... Iraq sasaran mereka.... Macam-macam pertuduhan dimainkan... kononnya berlaku pencabulan kuasa... penindasan terhadap rakyat... genocide... syiah bukan Islam la... macam-macam... ditambah lagi dengan mainan media dan pemberontakan dari dalam.... dan macam-macam kerja sabotaj yang didalangi oleh MOSSAD dan CIA dengan bantuan dan kerjasama dari pelbagai negara.... Hancur jadinya Iraq.... Dari satu kuasa yang besar dan kuat... terus dimusnahkan dari dalam.... dengan kerjasama erat Media Arab seperti Al Jazeera.....

Konon selepas Saddam tumbang, Iraq akan lebih berjaya dan demokratik.... Tapi apa yang berlaku akhirnya semua tahu.... yang mendapat laba adalah USA dan UK.... yang seronok dan tepuk tangan adalah ISRAEL

Sebelum Iraq menjadi mangsa... mereka dah tibai Afghanistan sebaik sahaja lepas perang Afghanistan lawan USSR (Russia).... masa tu depa guna idea yang sama gak.. kononnya Taliban adalah perosak... Kejam... sadis.... penjenayah... bunuh sana... rogol sini.... musnahkan berhala yang beribu tahun..... dan macam-macam lagilah propaganda mereka... masa ni Al Jazeera baru nak up.... sempat la guna media Arab... konon nampak sokong Islam..... walhal itu semua agenda CIA dan MOSSAD dengan memperkudakan UAE dan Qatar serta melembukan Arab Saudi.... Macam labahau jer... Yang best tu orang kita Melayu pun boleh terpengaruh dengan permainan Al Jazeera... ye la... Al Jazeera tu nampak macam pure pro Islam.... walhalnya Al Jazeera tue sama macam CNN jer...

Selepas Iraq kena tibai... dan selepas Afghanistan kena jahanamkan.... Depa buat propaganda di Libya.... Memang dah lama depa aim Libya nih... dah berapa kali depa buat kerja jahat kat sana... guna special force la... semua tak jalan.... tapi last-last depa terpaksa guna orang dalam... rakyat dalam negara tu sendiri kononnya Ghadaffi jahat... zalim... penzina... dan macam-macam lagi propaganda..... Yang ini lagi best... sebab masa ni depa dapat bantuan dari dua media yang nampak macam pro Islam iaitu Al Jazeera (seperti biasa) dan Al Arabiya... Hahaha... itu semua media gampang yang mainkan agenda CIA dan MOSSAD seperti biasa.... Dana pun dari sumber yang sama.... Macam sial jer.... masa ni even Orang Malaysia pun sokong jatuhkan Ghadaffi.... Hahaha... bodoh nak mampus percaya apa sahaja yang disuap oleh media Al Jazeera dan Al Arabiya.... tau la tak nak percaya CNN sebab media Amerika... tapi dok percaya dua media sialan tu aper hal...

Konon bila Ghadaffi tumbang... Libya jadi bebas dan berjaya... Hahaha... hancur bhai... hancur... negara dibedak-bedakkan antara beberapa kroni US.... Halliburton dapat berapa lubuk minyak kat sana.... Hahaha.... Mampuih... hancur negara Islam Libya yang cukup bagus sebenarnya kepada rakyat depa... Tapi yer la... orang semua dah lebih percaya pada mainan Al Jazeera dan Al Arabiya....

Hahaha....

Mesir pun jahanam kucar kacir sebab permainan dua media gampang ni... (Al Jazeera dan Al Arabiya).... semua kong kali kong macai dan balachi CIA dan MOSSAD..... pakai nama UAE, QATAR dan Arab Saudi...

Sekarang.... dari apa yang gua tahu... dah dekat 4 tahun depa cuba mainkan isu Syria.... Al Jazeera dan Al Arabiya cuba cucuk jarum bangsat depa macam biasa kat Syria..... Hari-hari cerita kononnya Bashar Al Assad dok bom dan bunuh rakyat dier... Giler la lu orang dok percaya mainan Al Jazeera dan Al Arabiya... dengan sokongan tambahan video dari YouTube yang ntah sahih atau tidak... Betul la kita dengar cakap Arab... dan ada dikalangan kita yang tahu berbahasa Arab... tapi itu semua boleh diejast...

Kematian dan kemalangan serta kerosakan harta benda adalah perkara biasa dalam peperangan dan pertempuran... Masalahnya perang berlaku dikawasan penduduk awam... sebab pemberontak dan agen-agen CIA/MOSSSAD memang guna kaedah ini untuk menampakkan bahawa Kerajaan Bashar Al Assad dok serang rakyat dan penduduk awam....

Korang tak pelik ker .... mostly semua pertempuran berlaku di kawasan pertempatan awam... Kalau betul pemberontak ini tak puas hati dengan kerajaan... kenapa tak bertempur di kawasan kem atau pangkalan tentera.... kenapa perlu di kawasan awam...

Tapi gua tau... lu orang bukannya nak amik tau benda simple macam ni... yer la.. sebab lu orang sudah kena racun dek media Al Jazeera dan Al Arabiya.... Lu orang dengar cerita semua dari rakan-rakan kat sana yang berada di kawasan pertempatan awam.... betul la tue ader perang kat sana... tapi kenapa perlu kat sana...

Kenapa pemberontak tak serang di kawasan pentadbiran Kerajaan Bashar Al Asssad... kawasan tentera... kawasan senjata tentera... kawasan kem tentera..... kenapa... kenapa.... Hahaha... lu orang mesti tak boleh nak jawab punya...

Nih lagi best... biler citer pasai DESH la... ISIS la... IS la... yang penggal kepala manusia (konon musuh) dan upload dalam YouTube macam orang gila siap sebut nama Allah la. takbir la.... walhal Allah Taala melarang pembunuhan macam tu.... walaupun dalam perang sekali pun... Lu orang tak pernah belajar ker apa yang Rasulullah s.a.w ajarkan macam mana sepatutnya pejuang Islam berperang....

Bodoh kalau lu orang percaya apa yang mangkuk ayun tu buat dalam YouTube itu selaras dengan kehendak perang dalam Islam.... Dalam Islam, tawanan perang diharamkan dibunuh tanpa sebab jika dia telah menyerah diri atau ditangkap. Sesiapa yang membunuh tawanan maka dia bukan umat Muhammad s.a.w ... dan Nabi takkan terima mereka....

Dan sekarang.... Malaysia dah terperangkap dengan mainan Arab Saudi... Bodoh punya Najib Razak... sampai kita dah join team untuk pergi perang di Yaman dan Syria.... walhal dah lama terbukti yang Arab Saudi tu memang celaka... memang balachi US.... memang balachi ISRAEL.... Elok sangat la tu pergi perang kat sana... Ingat kalau mati berperang dengan sesama Islam (tanpa sebab yang pasti) boleh tentu mati syahid.... Bodoh la wei....

Lu orang sumer ader pernah ke dengar penjelasan terperinci isu Syria ni dari mulut Bashar Al Assad... Tak ada kan... Apa yang korang dengar adalah ulasan media Al Jazeera dan Al Arabiya..... semua tu mana nak cover cerita betul pasai Syria... semua ada agenda ....

Tapi biasalah... Orang Islam memang mudah kena kencing dan kena tipu dengan CIA dan MOSSAD.... Hahaha... Depa dah lama tau macam mana nak mainkan isu... macam mana nak manipulate isu... macam mana nak implant diorang punya versi cerita .... hahaha.... bertahun dah.... depa dah kaji lama betul... sejak 1947 lagi.... depa twist cerita baek punya.... Ala .... macam citer pengeboman berani mati yang sejak dulu mesti dikaitkan dengan teroris Islam... sampai lu orang pun boleh percaya....

Kesian gua tengok lu orang sumer.... kesian sungguh la.... Sebab itulah UMNO/BN boleh kekal berkuasa di Malaysia.... sebab lu orang sumer mudah dipengaruhi dengan media.... small matter... By the way... Agensi tempat gua berkhidmat lebih 23 tahun dulu pun gunakan teknik "mempengaruhi minda dibawah sedar" lu orang sumer ... Hahaha.... nasib la lu orang....

Kesian... sungguh kesian....  pergh lama betul gua tak tulis sepanjang ini.... hahaha... tapi hari ni sajer gua tuliskannya... gua amik masa 10 minit ja nak tulis benda ni... macam air turun idea.... hahaha.. laju gak gua menaip dengan 2 jadi..... ahhaa...

P/S : sebab itulah lu orang sumer boleh kena main dengan media pasai isu MH370 dan MH17.... Hahaha.... pecah perut gua gelak nih... hahaha

Ader paham ka?

10 February 2016

Cerita Tentang Syria - Siapa Disebalik Isu Ini

Bhai/DeeDee semua...

Rasanya sudah lama gua tak cerita isu-isu antarabangsa... yang gua dapat dari maklumat dalaman Agensi yang dulu gua pernah berkhidmat didalamnya... Bagi yang baru pertama kali baca blog ini... ini gua nak bagitau sikit.... Agensi kami adalah berkaitan dengan statistik dan data... serta kadang-kadang (banyak kali) terlibat dengan membersihkan kawasan untuk beri laluan kepada Agensi Keselamatan lain dari Malaysia untuk beroperasi....

Dalam banyak hal, Agensi biasanya juga terbabit dalam beberapa konflik yang ada kaitannnya dengan Islam dan Malaysia sama ada secara jelas mahupun secara kabur.... Ada banyak lagi perkara yang dibuat oleh Agensi disebalik tabir... Untuk itu Agensi punyai orang di hampir semua tempat dalam dunia ni termasuklah didalam negara....

Satu daripada kawasan operasi Agensi adalah di Syria.... dan disini Agensi dapat maklumat secara on-hand "direct to source" tanpa melalui mana-mana media atau sumber lain.... Dan maklumat ini semua penting bagi Malaysia untuk urusan geopolitik...

Oleh itu... maklumat kami bukan dari Al Jazeera... Al Arabia.... atau CNN ataupun dari media pro Bashar Al Assad seperti Al Watan dan Al Iqtisadi... Maklumat kami terus dari sumber... Maka dengan itu Agensi tahu apa yang sebenarnya yang terjadi di Syria.

Sebab itu gua kata... gus sokong Bashar Al Assad dalam menguruskan negaranya... betul lah perang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda... kalau taknak hilang nyawa atau kerosakan harta benda jangan perang la bhai.... Kalo ader yang kata kenapa tembak dan serang orang awam..... Nih gua nak bagitau apa yang Agensi tahu....

Pihak pemberontak yang disokong oleh US, UK, Arab Saudi, Qatar dan UAE sebenarnya banyak kali menggunakan kawasan pertempatan orang awam sebagai kawasan pertempuran mereka.. Malah mereka menggunakan kawasan ini sebagai perisai awam dari serangan pihak kerajaan... Itu masalahnya.... Mereka ini tidak tahu bahawa mereka sebenarnya sedang di"main" oleh pihak Israel melalui agensi risikan Mossad dan bantuan Shin Bet....

Ini masalahnya....

Dalam kes kenapa Russia membantu Syria.... ianya terkait dengan perjanjian keselamatan antara dua negara....dimana Russia telah berjanji akan membantu Syria...Salah satunya adalah keselamatan semua telaga minyak milik Syria yang banyak itu dari diambil alih oleh US.... Salah satu tujuan US di Syria adalah sebenarnya lebih kepada urusan terkait dengan industri minyak dan gas...

Nanti gua sambung balik... Sementara tu baca link ni.

Mengapa Syria?
Sokongan Gua Terhadap Bashar Al Assad

03 November 2013

EXPOSE: What's Wrong With Malaysian Security?

Eavesdropping is a norm in Malaysia.... Many intelligence agency has been setting up their listening post, surveillance equipment and relay center in Malaysia. Even our government eavesdrop Malaysian citizen communication for decades.

Every now and then, many intelligence operatives use KL as their center hub for relaying data... CIA, MI6, KGB, FSB, Mossad and others... You named it... Malaysia got it.

When Malaysian government want to  built a "special force @ commando's base" complete with submarine support facilities in Sekakap Mersing back in early 2000, you can see Singapore Tourist has been visiting Mersing and Tioman like flies circling some shit.

For me, these Singapore tourist were mostly Intelligence operatives mimicking as decent tourist. Even though there is no directives given to us at "The Agency", we do closely monitored their activity.

For almost 40 years foreign intelligence operatives activity is not properly detected... Deep penetration within Malaysia government agency has been compromised for years. Data flow were like Yang Tze Kiang river. Never stop.

As far as I know, even terrorist cell were using Malaysia (especially KL) as their center hub for either intelligence gathering or operatives recruitment. Do you remember Al Qaeda?

What I want to say is, even though we got the "best" intelligence operatives in the World, most of them were wrongly utilized. Yes ... Wrongly utilized.

The directives given to our intelligence operatives mostly to cover some political parties ass and not the national security. Even though the directives to our operatives which operates overseas.

That's why all this thing happen in Malaysia... Wrongly assigned directives for our intelligence operatives. 

Our BSN , Special Branch and "E" Department are the best of the best... That's includes our Military Intelligence.. 

Until our government realized what the damage they have done to our national security... I wonder what will happen next to Malaysia.... Maybe our top leader will get Blackmailed?

What Edward Snowden publicly publish is a tips of an Iceberg in our National Security. That's show how low we monitored our communication. I wonder what happen to our "sweeping team". Have they done their work?

Hope that in the near future, all our intelligence operatives will get a very clearly directives without political hands.

We need to maintained our nation sovereignty.


31 August 2013

Syria : Siapa Yang Untung

Bhai/DeeDee sekalian...

Sekali lagi warga Malaysia dan dunia kena main dengan media dalam isu Syria nih.... Dalam kes di Syria nih... Siapa yang untung ... Hahaha

Berapa ramai yang terpedaya dan diperdayakan oleh media yang jugak dikuasai oleh para spekulator ekonomi... Hahaha... 

Isu senjata kimia la... Isu gas beracun la... Isu penggunaan bom napalm dan fosforus la.... Hahaha... Lawak siot... Kalu lu orang nak tau... Dalam banyak kes konflik yang berlaku dalam dunia nih... Terutamanya di kawasan Timur Tengah .... semuanya ader kaitan dengan Amerika Syarikat dan Israel...

Malah... Yang selalu guna bom napalm dan fosforus aderlah Amerika Syarikat dan Israel... Begitu jugak dengan "depleted uranium shell" sama ada pada peluru meriam mahupun pada peluru berkaliber besar...

Malah... Dalam perang dunia kedua dulu... Tak ramai yang tahu bahawa Tentera Berikat (Amerika Syarikat dan Britain) la yang paling banyak guna gas beracun dan senjata kimia... Tak kira la dari penggunaan "agent orange" sampailah kepada "anthrax".... Hahaha

Malah Tentera Amerika dah banyak kali buat ujian menggunakan "small pox" sebagai senjata kimia masa depan... Dan salah satu ujian yang Tentera Amerika pernah buat aderlah wabak "Ebola" yang dibuat khas dan diuji di Afrika...

Jadi... Dalam kes di Syria nih... Siapa yang untung??? Hahaha.. Yang untung tentulah Amerika Syarikat (yang ekonominya tengah teruk), Israel (mengekalkan status quonya di Timur Tengah) dan Arab Saudi/Qatar (kerana boleh menaikkan harga minyak dan gas kepada harga spekulator iaitu USD$400 setong)...

Hahaha... Skrang nih Halliburton dah kuasai telaga minyak di Iraq dan Afghanistan... Dan kalu harga minyak naik... Sure Amerika Syarikat akan untung dan secara otomatiknya saluran gas dan minyak di Timur Tengah akan dikuasai oleh agen-agen Amerika Syarikat...

Hahaha... Obama skrang nih tengah berkira-kira nak serang Syria atas alasan Syria menggunakan senjata kimia dan gas beracun kepada rakyatnya... Dan inilah yang dimainkan oleh media-media celaka macam Al Jazeera, Al Arabiya, CNN dan banyak lagi ... Termasuklah jugak oleh media Malaysia... 

Hahaha... Hebat perancangan diorang... Sampai takder satu pon cerita yang benar dari Syria yang dapat lepas didalam media nih melainkan semua cerita yang sudah difabrikasikan oleh media celaka nih.... Satu perancangan bersepadu... lengkap melengkapkan.... 

Seperti gua pernah katakan dulu... hasil dari maklumat operatif agensi yang gua pernah berkhidmat dulu (dimana diorang nih skrang dah lebih 3 bulan berada di Syria) .... Ini semua kerja dan mainan CIA dan MOSSAD.... Siapa yang buat kerja jahanam di Syria kalu tidak agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD yang jadi agen provocateur ..... Ala... teknik yang samer yang kasi kecoh dalam mana-mana himpunan rakyat la... Samer jer teknik yang boleh dibaca dan dijangka.... Hahahaharamjadah.....

Jadi... Dulu ader orang tanya... Kes Syria dah lama berlaku... Kenapa Amerika Syarikat tak mau masuk campur... Hahaha... Skrang lu sudah tau kan jawapan pada soalan lu... Hahaha... Amerika Syarikat memang tunggu masa yang sesuai.. dengan isu yang sesuai... Semuanya dirancang terbaek oleh agensi kontraktor keselamatan yang berbayar... Hahaha... Celaka betul lar...

Dan siapakah pembayar kepada operasi nih.... Hahaha...... Sudah semestinya negara teluk seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan UAE... Hahahaha... Semua mau push OPEC naikkan harga minyak mentah.... Hahaha

PS: Ader orang tanya gua... Kenapa tak update citer pasai Hari Kemerdekaan... Err... Bukan ker Zainal Kling dan Ramlah Adam kata negara nih tak pernah dijajah??? Hahaha

06 July 2013

Disebalik Isu Rampasan Kuasa Mesir

Bhai/DeeDee...

Camnie... gua nak lu orang buka minda dan hati.... lihat dalam konteks yang lebih luas... jangan jumudkan diri.... Begini.... gua nak citer skit tentang disebalik isu rampasan kuasa Mesir.... siapa dalang dan siapa pembiaya....

Okeh... kalu kita tengok.... dalam kes pergolakan di Mesir.... siapakah yang akan untung...... siapakan yang akan selamat.... dan siapakah yang akan mendapat kontrak dan laba......  dan kenapa tentera Mesir dilihat menjadi balachi pihak tertentu dan bagaimana kesudahannya isu nih...

Mesir adalah sebuah negara yang bersempadan dengan Israel....  dan dalam konteks ini... yang paling untung aderlah Israel... kenapa Israel untung... kerana dengan pergolakan yang berlaku di Mesir... Israel akan mendapat akses kepada persenjataan NATO... apa sahaja yang di"order" oleh Israel kepada pembekal senjata di Amerika Syarikat dan blok NATO yang lain ... pastinya akan diluluskan dengan mudah... tanpa sekatan... dan yang lagi best tue... siap mendapat persetujuan dari PBB lagie...

Biler Mesir bergolak... Industri minyak dan gas Mesir akan terbantut... dan pengeluarannya akan berkurangan... Ini menyebabkan harga minyak dan gas di pasaran akan naik.... Dan yang pastinya akan untung dalam senario ini aderlah Arab Saudi, Qatar, UAE dan semua peserta OPEC...  Jika Morsi masih kekal sebagai Presiden Mesir.... ader kemungkinan Mesir kan mengawal semua syarikat asing berkaitan minyak dan gas... dan besar kemungkinan akan memiliknegarakan operasi minyak dan gas..... seperti mana yang dilakukan oleh Hugo Chaves dahulu..

Jika ini berlaku... Ibn Saud akan terjejas teruk.... dan pastinya Ibn Saud yang perasan dier aderlah khadam dua tanah suci (walhal sebenarnya dier memanipulasi dua tanah suci tue untuk kepentingan komersial semata-mata) serta berperasan dier adalah raja mutlak di Hijjaz.... walhalnya sejak zaman berzaman... tiada raja di Hijjaz...

So.... Ibn Saud memang terdesak... dier cuak bilamana Mesir dipimpin oleh pemimpin yang taat kepada agama... jadi Ibn Saud dengan bantuan agen CIA telah menyogok dana kepada Syeikh Al Azhar.... Umum tahu ader banyak Syeikh Al Azhar yang karut dari segi moral.... tapi pasai diorang Syeik Al Azhar... maka terpaksalah ramai orang respek jugak dalam keterpaksaan...

Okeh.... antara sebab utama kenapa penggulingan Dr Morsi dilakukan bukanlah kerana isu Ikhwanul Muslimin ... tetapi kerana isu kepentingan persenjataan Israel dan juga isu kawalan terhadap telaga minyak dan gas di Mesir... Semuanya kerana duit dan kuasa....

Semasa perang Mesir Israel pada 7 Jun 1967 (Perang Enam Hari) yang juga dikenali sebagai Perang Yom Kippur.... Tentera Mesir telah dipermainkan oleh Tentera Israel... Ini disebabkan adernya agen Mossad dan CIA yang telah mencucuk jarum dan berada dalam kumpulan Tentera Mesir.... Oleh kerana kedudukan strategik Mesir yang bersempadan dengan Israel... sampai ke hari ini ... ya ... memang sampai ke hari ini juga agen Mossad dan CIA masih ada didalam Tentera Mesir.... dan gua tidak terkejut jika Mossad dan CIA sebenarnya aderlah dalang dalam isu rampasan kuasa Mesir ini..

Kalu lu nak tahu.... di Malaysia jugak perkara sebegini memang terjadi... hehehe... dalam ATM juga ader pegawai talam dua muka yang dikesan menjadi agen kepada Singapura.... Tunggu masa jer dier nih akan ditahan..... Pernah sekali seorang pegawai ATM berpangkat agak tinggi telah ditahan oleh Agensi gua kerana terlibat dengan agensi risikan Singapura (SID).... tapi citer macam nih tak pernah kuar media.... hahaha

Jadi..... kalu lu nak tau berapa lama lagi Mesir akan bergolak.... mmmmm... kiter tengok dulu siapa yang akan dilantik jadi Presiden Mesir setelah "kononnya" akan ada pilihanraya sekali lagi.... Tapi yang pasti... Ibn Saud dan Netanyahu memang tengah seronok menari gelek la nih.... hehehe...

Kalu tanya gua... aderkah Syria juga terlibat dengan rampasan kuasa Mesir.... hahaha... jawapan gua... ianya takder berkaitan langsung... sebab apa yang berlaku di Mesir takder efek pon kat Syria.... dan tentang citer-citer kononnya Syria mengucapkan tahniah kepada Tentera Mesir atas rampasan kuasa tue.... hahaha... gua nak bagitau lu orang.... semak dulu darimana sumber tue... media mana.... Hahaha... kalu lu nak tau... 100% media di Timur Tengah telah diserap oleh agen-agen Mossad dan CIA.... sejak zaman berzaman.... even Al Jazeera dan Al Arabiya pon samer.... hahahaha

Bukak mata dan telinga bhai.... tengok dalam konteks yang lebih luas.... jangan terpengaruh dengan cerita-cerita karut dari media yang dikawal secara tidak langsung oleh MOSSAD dan CIA.... hahaha

12 July 2010

Utusan Malaysia Dah Jadi Sampah

Hahahaha... tak tahan gua tengok tulisan dalam Utusan Malaysia semalam... hahaha... dier quote artikel ntah dari saper.. yang best tue dier boleh kata penulis tue prolifik... hahaha... tak kenal la...

Cara penulisan pon macam siot jer... hahaha... gua punya penulisan pon samer gak... pasai tue gua tak kata gua penulis prolifik... hahahaha.. gua penulis sensasi.. hahaha..

Tapi yang paling lawak tue diorang bawak cerita Anwar tue alat/agen CIA... hahaha.. gua tak terkejut pon... agen/alat CIA memang ader dimana-mana... agen/alat/mole FSB, KGB pon ader gak kat mana-mana..

Malah ramai rakyat Malaysia yang jadi agen/alat/mole kepada SID/ISD Singapura... hahaha.. lu tak percaya... hahaha... gua pon takder hal kalu lu tak percaya.. sebab biasa la.. orang Malaysia nih memang lembab bab risikan nih... hahaha...

Kalu lu nak tau... Malaysia nih memang tempat meeting beberapa agensi risikan dunia... hahaha... biasa la.. semua "covert ops" diorang untuk kawasan Asia senang dikendalikan dari Malaysia... sebab orang Malaysia tak amik port... tak kisah sangat... kurang syak wasangka punya... hahaha..

Sebab tue la agen risikan Singapura (SID/ISD) dan Israel (MOSSAD/SHIN BET) senang keluar masuk Malaysia menggunakan Tambak Johor... bergerak sebagai pelancong... hahaha...

Cawangan Khas (SB) dan Risik Tentera kita ader yang dapat kesan benda nih... malah dah ader beberapa operasi dilakukan untuk sama ada memantau atau menyekat dan mengambil tindakan kepada agensi risikan asing nih... Malah E3M juga memantau situasi risikan kat Malaysia nih.... tapi aper kan daya... rakyat Marhaen biasa memang tak amik port.. tak kisah.. tak cakna.. buat derk jer.... langsung takder sikap untuk membantu memantau aktiviti risikan oleh agen negara lain...

Kalu Anwar Ibrahim adalah agen/alat/mole CIA... gua tak terkejut la pulak kalu Muhyiddin Yassin pulak adalah agen/alat/mole SID/ISD .... Mungkin juga Najib Razak pun agen SID/ISD gak.... hahaha...

Dulu pada tahun 60'an ... ader beberapa agen/alat/mole KGB pernah ditangkap di Malaysia... dan semuanya rakyat Malaysia... Malah terdapat jugak agen/alat Tentera Merah Jepun warga Malaysia yang pernah terlibat dengan rampasan kapalterbang MAS sehingga terhempas di Tanjung Kupang Johor yang menyebabkan seorang Menteri Pertanian terbunuh sama dengan penumpang yang lain...

Bangunan AIA di Kuala Lumpur juga pernah menjadi medan pertempuran yang menyebabkan episod penahanan tebusan oleh Tentera Merah Jepun (JRA) pada 1975 dulu...

Jadi.. gua tak terkejut kalu rakyat Malaysia ader yang belot dan jadi agen/alat/mole kepada agensi risikan negara asing.... biasa la... semua kerana duit... takder sebab lain... hahaha.... tapi sampai biler boleh cover... lama-lama kantoi la jugak...

Macam la dalam PAS la nih... ader gak ramai agen/alat/mole UMNO/BN yang lepak kat salam tue... diorang nih la yang mencelakakan PAS ... dan yang best tue... geng-geng nih nampaknyer ramai berlingkar dipuncak kuasa... hahaha.. PKR dan DAP pon samer gak.. dah lama menyusup agen/alat/mole UMNO/BN nih...

Macam Zulkifli Nordin tue la... dier tue kira level machai jer... dier bukan agen.. bukan juga mole... tetapi lebih kepada machai UMNO/BN dalam PAS dan PKR satu masa dulu... dan sekarang nih dier dah mengesahkan dirinyer adalah machai UMNO/BN... hahaha

06 July 2010

RPK Sila Berjaga-Jaga

Gua nak ingatkan benda nih... Raja Petra Kamaruddin (RPK) sekarang nih berada di England... jadi gua nak mintak RPK sila berjaga-jaga.... kerana aper...

Israel sejak dari awal penubuhannya memang terkenal dengan kepakaran untuk menculik.... malah agenda penculikan ini memang sinonim dengan beberapa agensi risikan negara itu termasuk MOSSAD dan Shin Bet...

Malah episod penculikan ini bukan sahaja berlaku di Israel.. tetapi diseluruh dunia... beberapa bekas pegawai tentera Jerman pernah ditangkap di Argentina, Mexico dan beberapa negara Amerika Latin dan dibawa pulang ke Israel untuk dibicarakan dan dihukum. Malah taktik dan teknik yang digunapakai oleh Israel itu juga diadaptasi dan digunakan CIA.

Cawangan Khas (SB) Malaysia dikhabarkan telah mendapat khidmat dari syarikat APCO International yang dinaungi oleh agensi risikan Israel... jadi ader kemungkinan Cawangan Khas (SB) Malaysia juga telah dilatih (diberikan taklimat) bagaimana untuk melakukan operasi penculikan diluar negara...

Jadi... gua berpendapat... RPK mungkin dalam bahaya sebab Cawangan Khas (SB) mungkin akan menggunakan taktik dan teknik penculikan ini untuk menangkap dan membawa pulang RPK untuk dikenakan hukuman dan tahanan di Malaysia... Isu ekstradisi pastinya tidak menjadi isu sebab RPK boleh diculik dan dibawa pulang dengan senyap ke Malaysia tanpa pengetahuan Scotland Yard.

Khidmat MOSSAD mungkin akan digunakan oleh Cawangan Khas (SB) Malaysia dengan kerjasama dari APCO International... Ini tidaklah sesuatu yang mustahil boleh berlaku.. Aper yang pasti... RPK sila berjaga-jaga... Bagi detektif persendirian Bala pula.... kemungkinan beliau akan "disenyapkan" di United Kingdom dengan jalinan kerjasama MOSSAD (Israel) dan E3M (Malaysia)...

20 May 2010

PDRM Mintak Tolong Scotland Yard

Hahahaha... PDRM nak mintak tolong Scotland Yard untuk tangkap Raja Petra... hahaha... lawak la... Scotland Yard takkan layan punya.. lain la kalu PDRM boleh sediakan fakta-fakta...

Buat aper la PDRM mintak tolong Scotland Yard... Scotland Yard sure akan ikut prosedur punya.... jadi untuk memudahkan ... adalah lebih baik PDRM mintak tolong ngan MOSSAD atau CIA ... sebab diorang jer yang boleh tahan sesapa pon pastue boleh colek bawak lari balik ke Malaysia...

Satu masa dulu.. ramai yang ditangkap di Brazil dan Argentina... oleh MOSSAD ... kononnyer terlibat secara langsung ngan kes Holocaust di Jerman.... taktik yang sama dah banyak kali diorang buat..

Aper guna Kerajaan Barisan Nasional bayar APCO RM77 juta lebih tue... takkan tak nak guna khidmat APCO untuk bantu dapatkan bantuan dari MOSSAD... Raja Petra aper la hebat sangat... sure boleh punya kena tangkap... MOSSAD kan hebat... orang yang dalam APCO pon ramai bekas agen MOSSAD... apa lagi tunggu... bayar dah sudah... gunakanlah sebaik mungkin... jangan rugikan wang pembayar cukai... jangan rugikan wang rakyat Malaysia.

21 April 2010

Baik Punya Cover

UMNO/BN sedang guna macam-macam taktik untuk ubah mindset orang kat Hulu Selangor mengenai UMNO/BN.... siap baik punya cover... gua media cetak dan elektronik... siap tukar tajuk tue... tak berani diorang nak sambut cerita UMNO/APCO tue...

UMNO dan ZIONIS memang tak boleh berenggang... hahaha... tak percaya... hahaha.. dulu saper yang benarkan pasukan kriket Israel (zionis) masuk Malaysia tue... biler orang komplen dan buat tunjuk perasaan... orang tue plak yang kena tangkap.. kena dakwa.. kena denda... yang Zionis Israel tue... lepas bebas...

la nih... bukan setakat bawak masuk ahli sukan.. tapi siap bawak masuk dan bagi kontrak serta kerja buat agen perisikan Israel... giler ker aper....

UMNO/BN dok sekarang nih taja cerita judi dan arak nieh pasai nak cover baik punya isu UMNO/APCO diorang nih... hahaha... sampaikan Najib Razak jumpa Obama pun APCO yang tolong linkkan... hahaha... kalu tidak.. jangan mimpi la Obama nak jumpa Najib.... buang masa jer...

Orang Hulu Selangor ramai yang tak tau isu sebenarnya UMNO/APCO nih... gua harap tukang kempen dan blogger semua tolong la highlight bagi kecoh isu UMNO/APCO nih.... tambahkan juga isu Najib dan Petronas sekat bekalan minyak kepada Iran... atas arahan (sanction) Amerika dan Israel..... sampaikan Duta Malaysia ke PBB pon kena panggil balik dan kena warning kenapa tak sokong Amerika dalam isu sekatan perdagangan nih...

Orang kampung kat Felda tue apa la sangat yang depa dapat tahu,... isu UMNO/APCO nih sure haram diorang tak tahu punya... jadi kena kasi tau la kat diorang... bukan sekatan poster dan sebagainya.. tapi penerangan... elok kalu dalam ceramah kelompok ader bawak sekali isu UMNO/APCO ... Orang kampung nih biasanyer cukup benci dengan Yahudi Israel nih... jadi kalu diorang tahu UMNO bekerjasama dengan Yahudi Israel melalui APCO ... sure diorang akan mengamuk punya...

Jadi... ini kena kasi kuat... jangan kasi can UMNO buat baik punya cover pasai isu UMNO/APCO nih..

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1