Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 December 2009

Semua Sekolah Memandu Tiada Silibus Terkini

Sohih... ini yang sohih... tak percaya cuba korang siasat di semua sekolah memandu ... setakat yang gua dimaklumkan... semua sekolah memandu tiada silibus terkini dari JPJ ....

Silibus yang mana satu? Tentu lu orang tanya kat gua... yeah... mesti punya... Takkan Metro Driving Academy takder silibus terkini dari JPJ ... pelik kan... Tapi memang sohih dan nyata... semua sekolah memandu tiada silibus terkini ... walaupun sekolah memandu tue glamer macam Metro Driving Academy ....

Nih gua nak kasi tau silibus yang mana satu yang diorang semua takder ... rasanya dah banyak kali da gua tulis pasai benda nih.. tapi takder satu pon yang masuk dalam telinga dan kepala ramai orang.. takper... hari nie gua janji gua akan gegarkan LPKP, JPJ dan Sekolah Memandu.... hehehehe...

Semua sekolah memandu di Malaysia ini tak kira glamer atau tidak memang tidak ada mempunyai silibus terkini dari JPJ bagi melatih para pemandu bas dua tingkat (tidak kira sama ada ianya bas dua tingkat untuk kegunaan dalam bandar mahupun bas ekspres). Apa yang pasti pihak JPJ masih belum pernah keluarkan silibus yang berkaitan.

Malah LPKP pun sememangnya tiada pengalaman untuk mengendalikan kes yang berkaitan dengan lesen serta permit bas dua tingkat (bas dalam bandar mahupun bas ekspres). Pihak PUSPAKOM juga tiada kemahiran serta pengalaman untuk mengendalikan kes yang berkaitan dengan bas dua tingkat. Ini kerana tidak ada seorang pun pegawai dari JPJ, LPKP serta PUSPAKOM yang pernah menghadiri kursus atau kelas khas bagi bas dua tingkat.

Oleh yang demikian ... maka semua pemandu bas dua tingkat di Malaysia sebenarnya tidak layak untuk memandu dan tidak mempunyai lesen yang khusus serta permit untuk memandu dan membawa bas dua tingkat. Ini bermakna semua pemandu ini memandu secara "HARAM" dalam semua kes bas dua tingkat (bas henti-henti dalam bandar mahupun bas ekspres)

Maka dengan ini .... sewajarnya bas dua tingkat (bas henti-henti dalam bandar mahupun bas ekspres) digantung perkhidmatannya sehingga semua pemandu, pegawai JPJ, LPKP dan PUSPAKOM mendapat latihan khusus mengenai pengendalian bas dua tingkat ini.

Jika tidak, maka selagi itulah gua akan declare bas dua tingkat sebagai bas hantu, macam jugak lori hantu yang bawak pasir kat kawasan lombong tue... tak cukup syarat untuk dipandu diatas jalan awam, persekutuan mahupun negeri.

Bagi yang tak percaya pertuduhan gua nih... sila buat siasatan sendiri atau... baca kat bawah nih...

30 December 2009

Bakaq Penarik Beca Yang Cool

Gua tengok ramai yang bagi komen menghentam Pak Bakaq kat blog dier penarikbeca.blogspot.com .... yer la.. semua macam panas hati jer ngan Pak Bakaq .. Tapi pada gua la... Pak Bakaq adalah blogger penarik beca yang cool... Bukan nak bodek aaa...

Sebab,

  1. Majoriti yang komen bantai Pak Bakaq tue memang sohih geng-geng penjilat UG dan Kerajaan Perpaduan
  2. Majoriti yang komen bantai Pak Bakaq tue dengki pasai Pak Bakaq dapat info terkini lagi sensasi
  3. Majoriti yang komen bantai Pak Bakaq tue menang yang suka caci maki dalam blog orang lain atas dasar anonymous... semua takdak teloq nak dedahkan nama sendiri... lepas tue sendiri pon takder blog... poodah la...
Siap ada yang kata TGNA pinpoint "celaka blog itu" direct kepada blog "PenarikBeca" sedangkan TGNA tak sebut pon nama blog tue.... Hahaha... korang salah info la... korang salah pinpoint la... gua maleh la nak sebutkan nama blog yang rasanyer tepat pada isu "celaka blog itu" .... hehehe...

Apa-apa pon.. gua support apa yang Pak Bakaq tuliskan dalam blog dier... lu nak "celaka blog itu" kat blog gua pon gua takder hal... sebab gua tau apa yang gua tuliskan.... Lagi satu.. ini semua idea nak alihkan tumpuan daripada isu asal iaitu geng-geng UG dan Kerajaan Perpaduan yang dah semakin mengukuh dalam PAS....

Yang lawak tue... terlalu lama masa yang diambil oleh JK Disiplin PAS untuk ambil tindakan pada geng-geng UG nih.... Kalu ahli PAS semua ader berani (ader telor la)... gua cabar lu buat satu EGM dalam masa terdekat nih... kita bincangkan isu UG dan Kerajaan Perpaduan nih... kita bawak masuk isu Hassan Ali, Nasha Mat Isa, Harun Din, Mustapha Ali dan ramai lagi... mari kita debatkan...

Lepas tue... dapat keputusan semua dalam EGM tue... baru kita "celakakan kumpulan itu" ... amacam ader berani ka... ader telor ka semua pimpinan PAS .... gua cabar buat EGM... tapi yang pasti Pimpinan PAS mana ader telor lagie... semua dah dicekup oleh geng UG dan Kerajaan Perpaduan... semua dah telornya dipegang oleh UMNO/BN...

So Pak Bakaq... amacam kalu kita gegar Pimpinan PAS semua peringkat supaya buat EGM ... adakah diorang berani.....

SPRM Patut Siasat Pembekal Bas

Okeh... semua dah tahu (atau baru tahu) bahayanyer bas dua tingkat... boleh bawak maut... Tapi SPRM patut siasat pembekal bas dua tingkat nih...

Pemandu bas dua tingkat kat Malaysia nih sohih takder lesen khusus nak bawak bas dua tingkat pasai JPJ tak pernah keluarkan apa-apa silibus berkaitan pemanduan bas dua tingkat dan takder satu pun sekolah memandu yang ader bas dua tingkat untuk melatih bakal para pemandu..

Jadi kesimpulannya... memang semua yang bawak bas dua tingkat nih... takder lesen... kira memandu secara haram .. boleh didakwa.. so gua nak ingatkan kat peguam bagi pihak ahli keluarga mangsa supaya gunakan benda nih dalam pendakwaan kes nanti... baru la kita boleh tengok sapa yang kena...

Okeh... apa-apa pun... gua pasti "setan" yang membawak masuk dan mendapat AP untuk bas dua tingkat nih dah untung berkali ganda... tapi mungkin akan terselamat sebab tak akan ader satu dakwaan ataupun siasatan terhadap beliau dan syarikatnya atas alasan politik... biasa la... lu cari la sapa yang pegang AP nih... sohih kena dekat tokei beras... hahaha

Macam mana AP boleh keluar untuk bawak masuk bas dua tingkat dan dijadikan bas ekspress... itu yang gua musykil tue... patutnya bas dua tingkat nih jadi bas henti-henti dalam bandar.. tapi tak... boleh plak bertukar jadi bas ekspres dan bawak laju macam peleset ... sedangkan pusat gravitinya agak tinggi... dan mudah terbalik dan terbabas..

SPRM patut siasat semua segmen dari pembekal, pemilik AP dan juga kabel politik pemilik AP yang berkenaan... dan juga syarikat bas yang pada pandangan gua nampak macam kebal jer dari tindakan undang-undang... kenapa aaa.... perkhidmatan dier tak digantung sementara untuk siasatan.... macam mana boleh tak kena gantung aaa....

Tapi gua jamin.... itu SPRM mana ader berani (telor) untuk siasat, tangkap dan dakwa pihak yang terbabit dalam membenarkan bas dua tingkat masuk dibekalkan dan dibuat bas ekspres ... apa yang SPRM berani mungkin cuma tangkap dan siasat gua pasai benda nih.... hek eleh... ikan bilis SPRM berani la... jerung semua dier takut...

Apa-apa pun.. kalu gua kena tangkap pasai dedahkan bahawa tiada silibus JPJ bagi pemandu bas dua tingkat nih... memang nahas la... sebab pasti gua akan dedahkan sapa yang terlibat dan macam mana semua ini beroperasi... jaga... lu tangkap gua... otomatik maklumat akan terdedah kat public.... ini isu maut bhai... lu ingat gua nak biarkan "setan" yang menyebabkan maut ini lepas bebas seronok tak kena.... lu tengok la nanti...

So... gua cabar SPRM untuk siasat isu pemandu bas dua tingkat takder lesen khas, JPJ takder silibus khas, sekolah memandu takder bas dua tingkat khas untuk melatih, pemilik AP, pembekal dan kabel politik yang bagi AP nih untuk bas dua tingkat....

Kalu SPRM tak berani nak siasat.... hehehehe.... jeng-jeng-jeng..... lu tengok la nanti....

29 December 2009

Beli Pesawat Baru

Gua malas sebenarnya nak komen apa yang Che Det tuliskan dalam blog dier tentang beli pesawat baru.. tapi biler benda yang dier tue memang ader relevannya, gua terpaksa la komen skit.. nak buat camana... hahaha

Okeh...

Malaysia beli pesawat MIG-29N dulu tue memang bagus... sebab jet pejuang tue antara yang terbaik dipasaran... tak mampu F/A 18 nak jengah... tapi... biler kos pembaikan dan penyenggaraannya meningkat.. itu yang parahnyer...

Pasai apa meningkat? ... hahaha... korang jangan la pulak buat tak tahu... ini semua kerana kontraktor penyenggaraan dan syarikat lain (commission based company) yang menyebabkan harga maintenance MIG-29N nie naik berkali ganda.... korang tahu berapa tak... RM240 juta setahun.... tapi kan.... kalu nak bandingkan dengan nilai songlap di PKFZ ... nie kira murah la nih.... kalu kira ngan cadangan kerajaan Malaysia nak buat GST yang bernilai RM1 bilion setahun tue... kira murah lagi la kos maintenance MIG-29N nih...

So.. sapa yang dapat kontrak penyenggaraan nih... hahaha... tak lain tak bukan kroni UMNO/BN la.... takkan PAS atau DAP yang dapat kot... hahahaha.... aper la...

Jadi biler ader puak yang nak kira lupuskan jet MIG-29N dan cadang nak ganti jet lain... gua rasa ader pelik dan musykil skit... sebab rasanyer jet pejuang MIG-29N tue masih baru... yer la... Che Det pun memerintah cuma 22 tahun jer.. jadi takkan la jet tue berumur lebih dari itu... Rasanyer MIG-29N tue masuk Malaysia pada 1991 ~ 1993 dulu kan.... jadi kira masih okeh la lagie...

So... rasanyer kroni UMNO/BN dah gatai tangan nak dapat duit besor... pasai tue la diorang cadangkan supaya Kerajaan Malaysia beli jet pejuang baru untuk ganti MIG-29N .... lu ingat dari mana datangnyer idea Kerajaan Malaysia untuk ganti jet jenis MRCA nih... melainkan ader orang yang racun.... racun baik punya....

Komisyen jualan alatan pertahanan khabarnya mencecah 40% dari pada nilai harga alatan tersebut... Semua pengeluar peralatan pertahanan ader menyediakan komisyen jualan nih... ala... sama gak ngan salesman kereta... makan komisyen la bhai...

Jadi ... katakanlah TUDM beli jet SAAB Viggen dari Sweden untuk ganti MIG-29N ... lu agak berapa komisyen yang boleh dapat.... paling cikai 20% .... itu baru pada harga jet sahaja... belum lagi pada harga alat ganti dan penyenggaraan... mau makan beratus juta lagie.... hahahaha...

Gua pernah cuba jual satu alatan pertahanan kepada ATM satu masa dulu (jangan ditanya apa peralatannya.... hahaha) .... nilai harga peralatan tue cuma sekitar RM12 juta .. tapi... ader pihak (taknak sebut la nama dier) ... mintak supaya harganya diupkan kepada RM24 juta .... sebab nak kena kasi komisyen skit kat beberapa puak-puak nih.... giler aper... lu ingat senang ka gua nak terlibat ngan rasuah... terus gua cakap kat orang tue... lupakan saja tentang peralatan tue... sebab gua tak nak jual kat ATM ... biarlah ATM tak pakai langsung peralatan penting tuh... janji gua tak terlibat dengan rasuah...

So... kesimpulannya... ATM nih terlalu banyak sangat proksi UMNO/BN bergayut makan komisyen... dari Satang Jaya dan Perimekar .... sampailah kepada syarikat-syarikat kecik lain (nih semua syarikat komisyen nih....) ....

28 December 2009

Raja Petra Tiada Rekod Imigresen

Apa nak pelik.... biasa la... benda macam nih... La nie kecoh Raja Petra tiada rekod Imigresen untuk keluar masuk Malaysia... tak terkejut la gua kalu perkara macam nie terjadi...

Ala... itu hari Altantuya punya rekod keluar masuk Malaysia pun hilang daripada simpanan Jabatan Imigresen Malaysia ... jadi apa yang nak diherankan... tak pelik la... biasa jer..

Ramai warga Malaysia yang kuar masuk Malaysia tak pernah cop paspot pon.. tak caya ka... cuba tanya yang dok kat sempadan utara sana tue... gua sendiri pon pernah masuk Thailand tak pakai paspot pon... takder hal pon...

Jadi... gua rasa benda nih bukan perkara besar... semuanya berpunca dari masalah Jabatan Imigresen Malaysia sendiri... bukan Raja Petra pandai-pandai buat.. ini semua "loophole" dalam penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia... Ala... lu ingat artis dan ahli politik serta VVIP yang lari masuk Thailand (Siam) tue untuk berkahwin ader guna paspot ka... takder la.. ramai yang masuk secara haram jer...

Tak percaya... cuba cek kat mana Zizie Ezzette kahwin ngan Bung Mokhtar ... kalu dier kahwin kat Malaysia... tentunya wife dier kena bagi tandatangan borang kebenaran kahwin dua... jadi.. la nie Bung Mokhtar nikah dua tak dapat keizinan bini pertama... jadi sure dier kahwin kat sempadan punya.... So... cuba siasat Bung Mokhtar dan Zizie Ezzette punya paspot... ader chop Imigresen tak pada tarikh dier kata dier kahwin tue.... hahahaha...

Sure takder punya... hahaha... jadi kalu Bung Mokhtar dan Zizie Ezzette boleh... aper der hal kat Raja Petra .... hahaha.... sama jer...

27 December 2009

Lesen Pemandu Bas Dua Tingkat

Dulu ader sorang member gua bagitau (dier nih pegawai kanan JPJ) ... dier kata semua pemandu bas dua tingkat tidak mempunyai lesen yang layak untuk memandu bas dua tingkat...

Ini kerana kata member gua tuh.. sebab setakat ini belum ader silibus latihan untuk memandu khusus untuk pemanduan bas dua tingkat. Semua sekolah memandu di Malaysia tidak ader silibus dan ujian untuk pemanduan bas dua tingkat... JPJ tak pernah keluarkan silibus ini..

Maka jadinyer... semua pemandu bas dua tingkat yang ada kat Malaysia nih... memang takder lesen memandu bas dua tingkat.. walaupun mereka mempunyai lesen dan pengalaman yang cukup untuk memandu bas ekspress atau bas henti-henti..

Gua tanya member gua tue balik... abis tue... sapa yang benarkan bas dua tingkat terutamanya bas ekspress beroperasi di Malaysia sedangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) takder silibus khusus untuk benda nih.... Member gua cakap.... ini semua kerja orang politik... orang yang ader kuasa....

Tak percaya... cuba siasat sapa pembekal bas dua tingkat yang ada kat Malaysia nih... AP dier sapa pegang... sapa yang bawak masuk... ader tak buat ujian kat Puspakom... Kalu ader... ader tak pegawai Puspakom ataupun sistem kat Puspakom yang boleh buat ujian terhadap bas dua tingkat nih.... mampuih takder punya...

Jadi persoalannya... setan mana yang benarkan bas ekspres dua tingkat nih beroperasi di Malaysia sehingga dah dua kali rasanyer menyebabkan penumpang mati sebab kemalangan.... bas tue memang tak stabil untuk dipandu lebih dari 60 km/j.... Setan ini lah yang bertanggung jawab membunuh semua penumpang... sebab setan ini yang benarkan bas dua tingkat beroperasi sebagai bas ekspres...

So mari kita siasat sapa "setan" ini yang membawak masuk bas dua tingkat sebagai bas ekspres.... Siasat, tangkap, dakwa dan hukum "setan" ini..

24 December 2009

Cerita Team Formula One Lotus

Nih gua nak citer pasai team Formula One Lotus 1Malaysia nih... Hahaha... Ini semua projek mengabihkan duit rakyat nih.... bijak Tony Fernandez... mintak tolong Najib guna duit rakyat untuk sponsor.... Giler aper... Syarikat Toyota boleh lari... kita plak terkial-kial nak join Formula One..

Pertama sekali..... salah satu penaja utama diorang adalah Lotus Curry House... pasai apa... sebab Lotus Engineering tak nak masuk campur dan taknak supply enjin Lotus kat team Formula One Lotus 1 Malaysia nih... Jadi terpaksa la pakai enjin Cosworth... itu nasib baik pakai enjin Cosworth... kalu tak dapat itu hari.. sure diorang pakai enjin Proton Iswara atau Perodua Kancil... hahaha ...

Tapi takper... masalah enjin dah selesai dengan terembatnya dua enjin jet F-5E milik TUDM... boleh la pasang kat kereta Formula One Lotus 1Malaysia nih... hahaha.... sure menang la kali nih.... ader chan naik podium... hahaha

Lepas tue... dengar citer... Petronas tak nak sponsor minyak pelincir .... err... jadi.. terpaksa la cari supplier lain.. Petronas dah masuk sponsor Team Mercedes dah.. haha... jadi ... apa option untuk minyak pelincir nih.... Terpaksa la panggil Dr Hassan (siapa dier nih korang cari la sendiri) untuk buat formula minyak enjin dari ekstrak Stichopus Horrens (aper nih... hahahaha... cari la kat Wikipedia)... hahaha... Tapi kalu tak dapat la jugak Dr Hassan buat formula minyak enjin... hahaha... gua saspek diorang akan gunakan Minyak Lintah Tapa ... hahaha

So ... aper kejadahnyer syarikat yang ader kepentingan dalam bidang perlumbaan kat Malaysia nih (syarikat milik Malaysia) tak mau terlibat langsung dengan Team Formula One 1 Malaysia Air Asia milik Tony Fernandez nih.... takkan lu tak tau kot... senang jer... sebab diorang yakin... team nih pasti takkan dapat abiskan satu musim perlumbaan... sebab tak cukup modal... pastue... takder peluang untuk dapat kedudukan 10 kereta pertama .... hehehe... kalu ader pon.. sure paling last kot...

Lepas tue... pemandu pertama dan kedua adalah bukan warga Malaysia... Fairuz Fauzi cuma jadi pemandu ujian jer... hahaha... takder kelas betul la... kat Team Formula One 1Malaysia... tapi... buat lawak jer la...

Apa-apa pun... gua nak ucapkan tahniah kat Lotus Curry House sebab berjaya membida sebagai sponsor utama team Formula One 1Malaysia nih... patut kena ader logo Air Asia baru la betul... hehehe... Dan gua ucapkan supaya maju jaya buat Dr Hassan... Harapnyer dier boleh dapat buat formula minyak pelincir perlumbaan dari ekstrak Stichopus Horrens ....

22 December 2009

Teori Kehilangan Enjin Jet F-5E

Okeh... ini gua nak bagi teori gua mengenai kehilangan enjin jet F-5E sebanyak dua bijik tue.... semua ini hanyalah teori gua okeh.. nak gelak ker... nak kutuk ker... lantak korang la... janji gua dah kemukakan teori..

1. Ada buyer nak beli enjin jet tue... dah survey... banyak enjin yang ok ader kat Malaysia... jadi diorang mintak ahli sindiket kat Malaysia sediakan plan untuk bawak lari enjin tue...

2. Ahli sindiket kontek orang dalam diorang kat syarikat penyenggaraan peralatan ketenteraan... jadi dapat sorang atau dua kaki kat situe... diorang plan... dan lepas tue kontek plak kaki kat dalam TUDM..

3. Kaki kat dalam TUDM pangkat cikai jer... susah nak lepas... jadi dier pi kawtim ngan pegawai atasan dier sekali... tapi pegawai atasan kata.. kalu nak buat songlap benda nih... kena ramai yang terlibat... jadi diorang kumpulkan lebih kurang 100 anggota....

4. Enjin yang nak dirembat tue dah dikenalpasti... siap kena rembat rekod perkhidmatan dan penyenggaraan sekali... dimasukkan dalam satu kotak kayu berlabel TUDM... letak kat tepi... tapi ader 2 kotak kayu.... satu isi enjin jet.. satu lagi isi barang-barang spare part lain ... berat dua kotak tue dipastikan lebih kurang sama jer...

5. Panggil lori kontena untuk ambik enjin jet bawak pi hantar... (kononnyer la)... tapi isikan kotak nombor 2 yang isi barang spare part tue... kotak identical... sama sebangun.... sebentuk... jadi masuk dalam kontena.... seal dan bonded... sain apa yang perlu kat atas kertas... panggil MP untuk cek kontena... tapi kotak satu lagi tak usik pon....

6. Lepas tue kepala kaki rembat tue buat panggilan untuk penerbangan rutin C-130 ... jadi kapalterbang Hercules C-130 pun sampai... bawak masuk kotak nombor 1 yang ader isi enjin jet F-5E dalam pesawat Hercules C-130 tue... lepas tue .. anggota lain pon masuk sama dan buat macam biasa... ala ... rutin flight jer...

7. Biler dapat flight clearance dari ATC dan Tower ... so terbanglah pesawat Hercules C-130 dengan enjin jet dan anggota nih... (beberapa anggota sindiket dalam TUDM terbang sekali masa nih).... so... C-130 nie terbang ..... sampai la pi Thailand .. macam biasa la... selalu pun Panglima Tentera Udara ader suruh amik pokok kat Thailand... dan tanam kat Subang Airbase Golf Club... hehehe..

8. Landing kat Thailand.... kotak yang ada enjin jet nih pon dibawak turun... pas masuk satu kontena... lepas tue pi tempat lain... letak kejap.... pastue ader anggota sindiket lain yang pindahkan dalam pesawat lain... dan kotak dipadamkan nama dan logo TUDM... pastue terbang dihantar terus kepada buyer... hehehe

9. Hercules C-130 tue balik ke Malaysia dan buat macam biasa..... satu enjin dah berjaya diseludup keluar... disonglap dan dirembat.... ramai yang terlibat...

10. Biler dah okeh.. cerita senyap dalam 6 bulan... diorang buat sekali lagi... modus operandi sama.... taktik dan teknik sama... enjin jet jenis yang sama... harga yang sama... pegawai yang sama... anggota yang sama... selebihnya.... jadi sejarah ler...

Sebab tue la... benda tue boleh lepas bolos tanpa pemantauan di semua exit negara... sebab kalu melalui kapal... sure kena masuk kontena... kastam ader scanner untuk kontena la... sama gak kat public airport... dan jalan darat... jadi cara terbaik... terbangkan terus dari pangkalan TUDM.... hehehe...

Amacam.... ok dak teori gua nih.... hahaha... boleh jadi skrip filem Hollywood atau Bollywood... tak dapat pun... jadi skrip filem Greenwood pon jadi la... hahaha

Terkini: Dakwat Cap Jari Dihilangkan

Untuk pengetahuan semua... SPR ada beli dakwat untuk urusan cap jari pada PRU12... tapi atas sebab yang tidak sesapa pun tahu... SPR tak gunakan dakwat tue... Kos pembelian dakwat cap jari tue adalah sekitar RM1 juta.. (30 ribu botol) ...beli dari India tue..

La nie... dakwat cap jari tue dah hilang... dilupus dan dibakar oleh pihak yang tidak dikenalpasti.. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong, berkata dakwat yang tidak dapat digunakan kerana masalah keselamatan dan perundangan itu telah dilupus pada 25 November lalu.

Persoalannya.... kenapa beli tapi tak gunakan... buat membazir sapa suruh... sapa yang untung atas pembelian yang dibazirkan ini.. Sapa pembekalnya.. sapa pengedarnya... sapa yang makan komisyen atas pembeliannya... Stok dakwat ini disimpan oleh siapa... Siapa yang arahkan ianya dilupuskan ... siapa yang arah suruh bakar... siapa yang melaksanakan proses perlupusan dan pembakaran... mana dokumen audit dakwat ini... LHDN tahu atau tidak mengenai perkara ini..

Pelik bin ajaib.... senang jer bazirkan duit... macam duit tue tumbuh atas pokok jer... bodoh ker apa bazir RM1 juta macam tue jer... mana sikap berhemahnya pihak berkaitan... SPR nih suka buat kerja bodoh ker....

So... kalau RM 1 juta diorang boleh buat suka-suka jer kasi lupus dan hilangkan... aper der hal nak hilangkan enjin jet ka... jet pejuang ka... kereta kebal ka... kapal selam ka.... semua kira chincai jer.... macam siot betul la...

HANRUH

Konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) diperkenalkan di Malaysia pada sekitar tahun 1986 lagi sebagai satu pelengkap kepada agenda keselamatan negara. Hanruh menekankan supaya kesinambungan peranan mempertahankan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan sahaja tetapi juga anggota masyarakat keseluruhan.

Pertama - Objektif HANRUH ialah untuk menghalang peperangan, mempertahankan negara dan melindungi masyarakat awam.

Kedua - Perlunya mengekalkan kesiapsiagaan yang berterusan serta mempunyai keupayaan untuk membendung sebarang ancaman.

Ketiga - Mewujudkan pertahanan yang kredible bukanlah merupakan tanggungjawab Angkatan Tentera sahaja. Sebaliknya terdapat keperluan untuk menyelaras usaha dan tindakan yang melibatkan sektor awam dan swasta khususnya dalam penggunaan “resources” atau aset sektor swasta dan awam dalam pertahanan negara.

Keempat - Komponen HANRUH meliputi 5 aspek pertahanan iaitu Military Defence, Civil Defence, Economic Defence, Social Defence and Psychological Defence.

Oleh yang demikian.... maka pada dasarnya HANRUH telah gagal dilaksanakan secara efektif di Melaysia atas beberapa sebab yang mungkin pada pandangan sesetengah penganalisis keselamatan dan ketenteraan adalah kecil dan tidak relevan namun pada hakikatnya adalah teramat besar.

Ini dapat kita lihat dengan kejadian kehilangan 2 enjin jet F-5E milik TUDM serta kehilangan satu skuadron aset tempur udara iaitu 55 unit A-4D Skyhawk milik TUDM yang hilang dan tidak dapat dibawa balik dari lokasi simpana di padang pasir Arizona US.

Apa yang pasti ... sikap belot (treason) yang diamalkan oleh sebilangan pihak yang berkepentingan (awam mahupun swasta) telah mengadaikan HANRUH. Hukuman maksima termasuk tembak sampai mati perlu dilaksanakan kepada semua yang terlibat membelot (treason) kepada negara dalam kontek kehilangan aset milik ATM ini.

Sebijik Lagi Enjin Jet Hilang

Biar betul nih... masuk nih dah 2 enjin jet hilang dari simpanan TUDM... giler aper... harinie kecoh sebijik lagi enjin jet hilang....

Cuba la SPRM dan PDRM siasat cepat... kot tau mana pergi hilangnyer enjin jet nih.... silap-silap Tony Fernandez yang rembat buat enjin kereta Formula One dier....

Enjin jet dah dua kena kebas... 55 bijik jet A-4D Skyhawk milik TUDM pun kena kebas kat padang pasir Arizona ..... tak sempat nak bawak balik ke Malaysia... beli 80 bijik jet ... yang dapat cuma 35 jer....

Kalu enjin jet dan jet yang sebesar gadang tue boleh hilang dikebas... agak-agaknyer apa lagi yang tak kena kebas @ rembat... Cuba cek telor menteri dan timbalan menteri... errr... masih ader lagi ker.... Cuba gak cek telor Najib Razak... masih ader ker.... ataupun dah kena rembat ... hahaha....

Soalan cepumas gua.... lu agak-agak la.... kerja rembat merembat nie didalangi oleh peragut ker? sure bukan level peragut biasa nih... ini kerja sindiket... ini kerja ramai orang... ini kerja orang yang ader kuasa... ini kerja orang VVIP... ini kerja orang yang ader kena mengena dengan Kerajaan Malaysia... ini kerja orang UMNO/BN.... sure...

Patut la kes ragut kat Malaysia makin hebat... sebab contoh dan teladan dah ader... aper der hal rembat beg tangan dan handphone... aper kelas... baik rembat enjin jet ker... jet pejuang ker... takpon kapal selam ker.... Nampak gayanyer... Malaysia nieh dah jadi macam Somalia.... banyak sangat lanun.... hahahaha..

Kat Polis DiRaja Malaysia hebat sangat... abis tue.... kenapa lambat sangat ambik tindakan.. kenapa tak dapat tangkap siapa yang buat kerja rembat nih... atau PDRM cuma hebat biler bab nak kenakan Pakatan Rakyat jer.... pundek la kalu camnie...

Woi... ini dah kira "pengkhianat negara" nih... patut kena hukum tembak sampai mati kalu dapat ditangkap dan didakwa serta disabitkan kesalahan..... kena cepat amik tindakan.. sebelum 1Malaysia nih jadi bahan lawak kat expo LIMA dan DSA akan datang.....

Buat malu jer....

21 December 2009

Enjin Jet F-5E Telah Dijumpai

Pergh.... akhirnya... dapat jugak tau kemana hilangnya enjin jet F-5E tue... la nie PDRM dan ATM telah tahu... enjin jet F-5E telah dijumpai dibeli oleh..... jeng-jeng-jeng....

Nak tau sapa yang beli ker? ..... korang jangan terkejut...

Ianya dibeli untuk digunakan sebagai enjin untuk jentera 1MLF1 (1Malaysia Lotus Formula 1) yang rancak dipromokan oleh Tony Fernandes (pemilik Air Asia) ....

Yer la.. Lotus Engineering tak nak supply enjin kereta untuk 1MLF1 jadi... terpaksa la penaja utama iaitu Lotus Curry House mintak geng-geng sindiket curik enjin jet F-5E untuk dirembat dan diubahsuai manjadi enjin kereta Formula One tue...

Nampak gayanyer ader chan la 1Malaysia menang dalam perlumbaan Formula One tahun depan nih... yer la... mana tak nyer... orang lain pakai enjin kereta biasa jer... (enjin perlumbaan)... tapi 1MLF1 guna enjin jet yang ader "afterburner" ... pergh.. laju tue.. boleh cecah lebih 800 batu sejam (lebih dari 1 kelajuan bunyi) tuh... hehehe

Ini macam kalu... boleh la suruh Fairuz Fauzi sebagai test driver yang pertama.... kalu nak suruh Alex Young ... alamat terpaksa la slowkan kelajuan enjin tue.. sebab Alex Young gayat.... dier tak pernah drive lebih dari 350 km/j ..... dier gayat orangnyer... hahaha....

Lepas nie meriah ler acara sukan permotoran di Malaysia nih.... mola-mola geng Formula One guna engin jet F-5E ... lepas nie boleh ler Karamjit Singh (Rally Malaysia) guna enjin A-4D Skyhawk pulak... hahaha.. kan banyak Skyhawk yang masih tersadai tak dapat dijual itu hari... tapi kalu dah takder... boleh la rembat enjin helicopter Nuri tue... hahaha... enjin Sikorsky tuh.. hahaha

Lepas nih boleh la pulak mat rempit kereta dan motor gunakan enjin Pilatus PC-7 .... dengan cara nih... sure rempitan diorang akan menjadi hebat... hahaha.... kaki modified kereta.. sure suka dengan cadangan nih... Majalah Kereta boleh ambik ini sebagai agenda utama diorang... hahahaha....

Jangan pakcik nelayan kat Terengganu nih pulak dapat idean untuk rembat enjin jet buat ganti enjin bot sudah ler... mau mati terkejut semua ikan kat Laut China Selatan nih... hahaha... boleh kaut pakai sauk jer... tak perlu pakai pukat jerung... hahaha

Semua Hilang

Magik sungguh... semua hilang... satu ker satu asik ader jer yang hilang... tak boleh nak kesan pulak tue... Macam mana boleh jadi macam nih... Nih gua listingkan senarai yang hilang (tak ikut susunan) di Malaysia setakat ini.

  1. Rekod kemasukan (entry) Altantuya boleh hilang dari pangkalan data Imigresen
  2. Enjin jet F-5E milik TUDM boleh hilang dari stor pangkalan TUDM Sg Besi
  3. Penyiasat persendirian Detektif Bala hilang dari Malaysia
  4. Raja Petra Kamarudin (RPK) hilang dari Malaysia
  5. Maklumat tanah beratus ekar yang dikaitkan dengan Khir Toyo di Selangor
  6. Kaitan antara Abdul Rahman Palil dan KDSB dalam kes PKFZ
  7. RM600 juta hilang dari MAS
  8. Senjata M16 dan pelancar roket boleh hilang dikebas oleh Al Maunah (kononnya)
  9. RM2.5 Bilion duit BMF yang disebat oleh Lorraine Esme Osman dan Kumpulan Carrian di Hongkong
  10. RM30 Bilion duit BNM yang dihilangkan oleh Nor Mohamed Yakcop dalam skandal urusniaga forex
  11. RM200 juta duit Tabung Haji yang hilang ditipu

Sebenarnya banyak lagi kehilangan yang berlaku dalam pelbagai agensi kerajaan dan GLC... namun ianya siasatan tidak dapat diteruskan kerana adanya kekangan dari pelbagai pihak yang berkepentingan...

Inilah masalahnya.... terlalu banyak yang hilang dari sekecil-kecil barang (maklumat) sehinggalah sebesar-besarnya... terlalu banyak... tak tau la macam mana nak terangkan kat pembaca blog nih.. bagi yang rajin sila semak akhbar lama ataupun Mikrofilem kat Perpustakaan Negara ataupun kat Arkib Negara.... banyak boleh jumpa la bhai...

Apa-apa pun... Malaysia Boleh.... maka dengan senangnya semua boleh dihilangkan... hahaha

20 December 2009

Sojuk Ati Omak Den Dongar Nih

Den bukan orghang Nogori... Den orghang Perak ... tapi sojuk ati omak den dongar nih ... iyolah berito baik kan... hehehe.. ... gua tak reti nak tulis bahasa Minang la... hahaha.. apa berita baiknyer... hahaha.... hari nih ader Konvensyen Blogger PAS di Taman Melewar... dan berita baiknya adalah... Konvensyen ini nampaknyer lebih kepada usaha "cover up" isu Kerajaang Perpaduang (UG)....

Apa-apa pun... gua cuma nak ulas sikit jer nih... tak banyak pon..

1. Sejak biler PAS dah tak bermusuh dengan UMNO (TGHH cakap benda nih kat media MSM la...).... errr ... setahu gua la... dari dulu lagi PAS bermusuh dengan UMNO bilamana UMNO tolak Islam sebagai wadah utama menggerakkan organisasi... malah UMNO acap kali menentang Islam secara halus. So ... macam mana pulak TGHH boleh cakap PAS tak bermusuh dengan UMNO ... pelik bin ajaib la ...

2. TGHH dok hentam blogger pasai dedahkan kebenaran... yang katanya ader sesetengah kebenaran itu walaupun baik tapi boleh memecahbelahkan jamaah.... errr... ini citer UG la nih.... wei... kebenaran itu memang pahit untuk ditelan... waima bagi orang yang suka menolak kebenaran... Apa-apa pun gua setuju kebenaran berterusan didedahkan walaupun memang nampak macam memecahbelakkan perpaduan... lebih baik pecah dari awal daripada berpecah diperingkat yang lebih teruk (lama)...

Nampak gayanyer la.... ader banyak pihak yang tak senang duduk (panas punggung) dengan beberapa pendedahan projek dalam gelap yang ada beberapa mangkuk ayun dalam PAS yang buat nih.... yer la... mana tak panas... diorang dah plan baik punya... ader untung beb... tapi dah kena sekat dengan bloggers yang pentingkan kelangsungan PAS itu sendiri...

Pada gua PAS dan perjuangannya menegakkan yang haq adalah lebih penting daripada persona individu tertentu... jika individu tersebut takder dalam PAS pun... PAS akan kekal dan berjalan sepertimana yang tercatat didalam perlembagaannya.... seperti mana yang haq dalam Pakatan Rakyat...

Bagi bloggers yang cintakan kebenaran dan mementingkan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.... tentunya tidak akan mahu PAS terjerumus kedalam perangkap UMNO/BN atas dayausaha beberapa mangkuk yang kini berada di koridor kuasa dalam PAS.

Apa-apa pun.... gua tetap sanggah apa yang TGHH cakap kat Konvensyen Blogger PAS di Taman Melewar hari nih....

Enjin Jet F5E Hilang - Al Maunah Disiasat

Roh ketua Al Maunah (Mohd Amin Mohd Razali) kini sedang disiasat oleh pihak ATM atas kehilangan enjin jet F5E. Kehilangan enjin jet ini disedari apabila pihak TUDM ingin menukar enjin jet F5E dengan invetori sedia ada.

Nampak gayanya ... Al Maunah bukan setakat curi M16 dan pelancar roket... tapi enjin jet pun dicuri gak... hahaha... Err.. betul ker Al Maunah yang curi... atau mungkin ader ajen-ajen "arm dealer" yang terlibat sama...

Cuba la siasat kaitan kehilangan enjin jet F5E nie dengan syarikat Perimekar ataupun Satang Jaya... rasa-rasanyer .. mungkin ader yang terlibat nih...

Enjin jet bukan la sebesar beg bimbit.. tapi rasanyer lebih besar dari saiz sebijik kereta Kancil atau Kelisa.... hehehe.. bukan senang nak rembat... Kes Al Maunah dulu pun dikatakan menggunakan Mitsubishi Pajero jer.... jadi camana nak rembat enjit jet nih...

Setahu gua la... benda nih bukan senang nak bawak keluar dari Pangkalan.... susah ooo... MP banyak.... ader beberapa pagar nak kena lepas nih... lain la kalu angkut guna Helikopter... hahaha.. tapi .. satu yang pelik.... macam mana takder sesapa yang nampak atau perasan...

Atau mungkin satu pangkalan terlibat sama... Woi.. RM50 juta bhai... kalu dibahagikan sikit sorang ... mau makan puluh ribu sorang tuh.... Kalu Perimekar atau Satang Jaya tak terlibat... sure benda nih dijual oleh Keling Botol... jual besi buruk... hahaha...

Agak-agaknyer la... bom-bom dan peluru berpandu yang kita masih ader tue ori ker replika... harap jangan la replika... mampus kita nanti... sebab mana la tau.. yang ori dah kena rembat... jadi depa ganti dengan replika... pakai polisterin... hahaha....

Gua rasa.. banyak pihak kena jawab nih... dari peringkat bawahan... sampai la Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri.... semua patut kena siasat.... bagero la... barang macam nih pon boleh kena curi depan mata.... buta ker aper... ini semua duit punya pasai....

17 December 2009

Skandal PKFZ, Rahman Palil Terlepas Lagi

Skandal PKFZ nih kira antara skandal-skandal yang besar kat Malaysia nih... yer la.. semua bukan main seringgit dua.. tapi berbilion RM .. Yang konon bersalah tengah disiasat dan ditangkap.. Tapi ader dua ekor lagi masih terlepas... satu daripadanya adalah Abdul Rahman Palil....

Bukan ker dier jugak ader terlibat sama dalam kes PKFZ nih... ader la kaitan dier dengan Kuala Dimensi (Tiong) tue.... bukan takder... kalau tidak macam mana tanah koperasi tue boleh lepas kepada Kuala Dimensi (KDSB) ...

Kalu betul berani nak siasat dan tangkap... takkan arkitek jer yang kena kot.. tangkap la sekali Abdul Rahman Palil, Tiong, kong Choy dan juga Ling Liong Sik dan kengkawan dier... nie tangkap orang yang takder kena mengena dengan politik...

Abis tue sapa yang luluskan projek PKFZ tue... bukan ker ramai geng-geng UMNO dan MCA yang terlibat dalam projek PKFZ.... Kepala barua sorang tue... memang sohih terlibat sama... tue ha... Abdul Rahman Palil... ADUN SEMENTA tue.... hampeh tak boleh pakai punya ADUN.... belajo agama jer tinggi... tapi... sebat gak tak kira halal haram....

Woi.... gua cabar la tangkap geng-geng nih... jangan bagi Abdul Rahman Palil terlepas lagi... mentang-mentang la dier orang UMNO... korang malas nak tangkap yer... wei.. ini la bangsat yang tipu koperasi milik nelayan nih.... barua punya Melayu/UMNO...

Gua nak tengok minggu depan Abdul Rahman Palil dan kengkawan dier dari UMNO dan MCA kena tangkap dan didakwa atas komplot menjahanamkan PKFZ....

Mantap Bhai... Mantap ....

Mantap Bhai... Mantap ... hehehe.... memang mantap... elok benar la Zizie Ezzette berkahwin ... umur pun dah masuk 30'an... hehehe... Tapi... kalu bernikah gak ngan Bung Mokhtar Radin... hahaha... memang mantap la Bung nih...

Boleh la kita blaja dengan Bung Mokhtar nih... hehehe... ilmu aper aaa yang dier pakai... hahaha... dapat bini mantap tue... hahaha... terjojol biji mata AdukaTaruna... hahaha..

Wei AdukaTaruna... melopeh la ekau jang oooi... hehehehe...

Kalu Bung Mokhtar buat kenduri tue.. buat la godang-godang punya majlis... ajak la kami blogger semua mari makan kenduri... hehehe.. jangan la lupa ajak AdukaTaruna sekali... hahaha....

Apa-apa pon... benda baik tue.. buat jer la... jangan buat kerja haram udah.... nikah dan kahwin cara halal.... aper gua nak heran pon... dah Bung Mokhtar ader duit dan tenaga... hahaha....apa agaknyer bini tua dier akan kata aaaa.... hahaha...

Cuma satu jer nak ingatkan Bung Mokhtar... Zizie nie suka pakai G-String merah.... hahahaha....

16 December 2009

Virus Conficker Versi Z.41

Macam siot betul la... dah tiga empat hari nie gua tak dapat nak ambik tau pasai dunia politik Malaysia... semua gara-gara virus Conficker versi Z.41 punya pasai..

Habis satu opis punya network jadi lembab... masuk internet macam sial jer... bayangkanla kalu korang terpaksa handle lebih 80 pc dan 10 server (Windows)... sebab yang Unix, Solaris atau Linux tak kena virus nih... pulak tue buat sorang-sorang jer.. sebab lu sorang jer la IT guy kat situ...

Tak parah ker...

Gua sorang jer kat sini terpaksa handle benda macam haramjadah nih... penat oooo... Nie baru dapat abiskan benda jadah nih.... lega la skit.. dapat la peluang buat gua untuk update blog, trading forex dan buat benda-benda personal skit.... ini tidak... dok layan virus Conficker nie jer...

Siot betul pulak tue nak kasi clean ... banyak benda kena buat... semua toyol yang gua ader dah gua gunakan.. jin-jin peliharaan pun dah guna gak.. tak dapat nak clean 100% ... terpaksa la pulak mintak toyol baru dari adik gua yang kerja sebagai "Virus Researcher" kat McAfee tue.... baru la dapat kasi clean slkit....

So..bagi mana-mana system administrator (sysadmin), system operator (sysop), system god (avatar @ superuser @ SU) .... nampak gayanyer la... kena la guna semua toyol yang ada untuk cleankan lu punya network.. takut ader bot, trojan, zombies dan sebagainya lepak badak dalam lu punya network....

Arios...

12 December 2009

Apa Cerita JK Disiplin PAS

Takkan senyap jer.... Apa cerita JK Disiplin PAS nih... biler nak mesyuarat.. biler nak panggil semua yang terlibat.. biler nak buat keputusan... bila nak jatuhkan hukuman... takkan senyap jer...

JK Disiplin PAS kena setel isu mangkuk-mangkuk yang "berhajat besar" nak berselingkuh dengan UMNO/BN nih... selagi JK Disiplin PAS senyap tak amik tindakan... makin besar la kepala mangkuk-mangkuk nih.. dan makin banyaklah kerosakan yang bakal dibuat oleh
diorang...

Gua bukan aper... cuma tak larat la nak tengok geng-geng nie memusnahkan apa yang PAS buat selama ini hanya untuk kepentingan diri dan perut diorang jer...

Benda yang betul dan perlu diorang nie takdak plak nak bukan mulut... harap serban jer besar... harap konon ader PhD ... tapi... kalu bab nak menjahanamkan PAS dari dalam tue... diorang nombor satu.. Numero Uno...

Perangai bangsat nih kena selesaikan cepat.. sekarang pon dah merebak banyak dah... Gua sokong apa yang Penarik Beca, Aduka Taruna dan Tulang Besi buat nih... PAS perlu bersihkan dirinya sebelum kehancuran PAS sampai...

PAS jangan jadi macam UMNO ... tapi la nie .. nampak sangat PAS dah nak meniru gerak langkah UMNO... Pimpinan yang khianat dengan perjuangan dan halatuju PAS nie dah makin meramai... dah banyak sangat dah...

Diorang semua asik dok suruh penyokong dan pengikut PAS wala' dan thiqah ... tapi diorang sendiri pun macam "pundek" .... diorang dah jadi lebih UMNO dari orang UMNO... kalu diorang berminat sangat dengan UMNO... blah jer la dari PAS dan join UMNO ... kitorang tak perlukan pimpinan macam nie dalam PAS... buat sial jer...

Ini semua JK Disiplin PAS kena ambik berat nih... kalu JK Disiplin PAS pon dah jadi cam JK Disiplin UMNO... itu gua tak dapat la nak kata apa.... hampeh la kalu camtue...

10 December 2009

Keselamatan Negara Tergugat

Gua bukan nak kasi lu orang semua takut... tapi dah memang keselamatan negara tergugat la nih... Lu nak tau pasai aper ka?

Ini semua pasai kontrak penyenggaraan kelengkapan ketenteraan...

Gua rasa lu semua dah tau kan.. bahawa semua peralatan ketenteraan disenggarakan oleh kontraktor ... malah hampir 90% kerja senggaraan dikendalikan oleh kontraktor.. cuma sekitar 10% jer yang disenggarakan secara dalaman oleh ATM...

Apa yang gua musykil nih... adalah... apakah tahap kerahsiaan dan keselamatan yang dijamin oleh kerja-kerja senggaraan yang bukan dibuat oleh ATM sendiri...dimana semua kerja ini diberikan kepada kontraktor swasta... Pada gua la... dalam kes macam nih... mana ader tahap kerahsiaan... semuanyer mudah bocor...

Lu ingat senang ker nak detect agen asing (mole) ... susah oo... sure susah nak kenal.... tambah lagi dalam kes senggaraan nih... dulu Kerajaan Jepun letak agen dier (mole) dalam Tanah Melayu... takder saper yang dapat detect.. siap ader yang kerja jual ikan... tukang gunting... tukang baik basikal.... alih-alih.... ini ler agen yang sediakan info untuk gerakan penaklukan oleh Jepun masa perang dunia kedua dulu....

So.... dalam kes kontraktor penyenggaraan nih... lu boleh percaya ker 100% semua kerahsiaan dijamin.... gua tak percaya langsung la... sure ader sekor dua agen asing (maybe Singapura) yang kerja didalam syarikat penyenggaraan nih.... Secara tidak langsung ... sure dah banyak yang bocor info kepada negara asing nih...

Kalu la diorang sabotaj dalam setiap jet pejuang TUDM yang disenggarakan oleh diorang ... maka sennag la Singapura nak serang Malaysia menggunakan serangan udara.. sebab jet pejuang Malaysia dah kena sabotaj.... paling senang sekali ialah dengan memasang special beacon/jammer pada peralatan IFF (Identification Friend or Foe) jet pejuang Malaysia nih... akan menyebabkan juruterbang TUDM akan tersilap untuk mengenalpasti jet pejuang musuh atau rakan... mudah la jet TUDM akan dijadikan sasaran ....

Jadi ..... dalam kes macam nih... gua percaya bahawa keselamatan negara sebenarnya dah lama tergugat... hasil dari pemberian kontrak penyenggaraan peralatan ketenteraan kepada syarikat swasta dan bukannya disenggarakan sendiri oleh TUDM.

Lanjutan cerita lu boleh baca kat sini: mind NO EVIL

09 December 2009

Nazri Aziz Berlakon Dengan Che Det

Kalu la ader pengarah filem Bollywood nak ambik pelakon baru... hehehe... rasanyer la senang nak cari dua orang... yer la ... hebat la Nazri Aziz berlakon dengan Che Det ..

Nampak gayanyer la.. ader peluang nak jadi Superstar ... hahaha...

Tapi lakonan diorang nieh boleh dibaca la... skrip stereotype la ... standard jer... nampak cam skrip citer hindustan, indon atau macam nur kasih.... hahaha...

Nazri Aziz bantai Che Det .... kata macam-macam kat Che Det .. Che Det plak kata Nazri Aziz rasis .... hahaha... tapi... itu semua kat depan wartawan la... belakang kalu.. hehehe... boleh jilat pungkoq terkezut orang tengok betapa baiknyer diorang nieh... yer la.... dulu kan ker Nazri Aziz nie bakal menantu tak jadi dier... hahaha...

Udah ler tue berlakonnyer... orang dah tahu ler... tak payah la nak buat-buat cerita stereotype tue... dah muak orang... last-last nanti... senyap.. ini semua agenda nak cover isu BALA ... kan ker BALA dah datang la nih... hahaha...

07 December 2009

Betapa Takutnya Mereka

UMNO/BN tak takut dengan Mahkamah, Polis, SPRM, Kastam dan pelbagai agensi penguatkuasaan ... sebab semua itu diorang dah kawtim ... tapi betapa takutnya mereka biler berhadapan dengan isu doa....

Punya lah hebat doa nih.. sampaikan mengelejat tak tentu hala geng-geng UMNO/BN dari kepalanyer (Najib Razak) sampailah kepada media-medai cetak dan elektronik milik diorang nih... kalu tak silap gua.. dah masuk seminggu lebih dah diorang dok asik nak cover benda nih...

Punya la takut menjadi (atau ikut cakap orang Melayu... masin) doa tue... siap diorang mintak macam-macam alim-ulama yang pro diorang untuk justifykan ketakutan diorang tue... Ini maknanya memang la diorang sengaja buat zalim sehinggakan doa tue mungkin akan kena kat diorang...

Hahaha.. orang buat salah macam tue la.. ngelejat tak tentu hala... panas badan... panas hati.. panas kepala.. dan panas buntut... hahaha... itu maknanyer menjadi doa "Sampai Pecah Perut" yang TGNA buat tue...

Hak yang dituntut oleh Kerajaan Negeri Kelantan memanglah termaktub hak diorang... seperti mana dalam perjanjian pada tahun 1974 tue... tapi... yer la... orang jahat (zalim) mana ader nak menghormati perjanjian.... setan pon ader hormat pada perjanjian yang dier sendiri buat... ini... UMNO/BN nih lebih setan dari setan itu sendiri... Setan pon boleh malu dengan perangai UMNO/BN yang suka mungkir janji dengan perjanjian...

So.... biler dah kena doa "sampai pecah perut" nih... baru ader akai... kelam kabut mengelejat tak tentu hala.. nak cover.. siap mintak tolong Noh Gadut dan Harus Sana Sini nih.... ini tok mufti duit dan pangkat nih... Apa kata mintak gak fatwa dari Firdaus (imam duit yang tendang peti undi Parlimen Permatang Pauh dulu tue) ... hahahahaha...

Nampak gaya.... doa nie dah menjadi nih... kita tengok biler diorang nie akan kembung perut.. pasai kena doa.. makan duit haram nih...

05 December 2009

MACC Siasat OneAdney


Ini lagi satu kes berat nih... SPRM memang patut siasat benda nih.. Siapa OneAdney... tapi gua berani jamin yang SPRM (MACC) tak akan berani siasat dan dakwa punya... sebab apa... sure la korang pon tau jawapannya...

Soalnyer sekarang nih... siapa OneAdney dan apa kesalahannya... adakah beliau terbabit dengan isu PKFZ ... atau beliau sebenarnya saksi utama kes kematian Teoh Beng Hock.

Mana satu kes yang berkaitan dengan OneAdney nih... dengar khabar dier dok jaja tabur duit merata nih... mana dier dapat duit nih...

Nie ader satu link mengenai OneAdney

Gua Dapat Anak Lelaki

Gua nak bagitau semua.... pukul 2.43 petang hari nie.. gua dapat anak lelaki ... wife gua bersalin di Hospital Mersing....

Berat lahir anak ialah 3.5 kg. Ini anak ke-empat gua yang mana sebelum nie gua ader 3 orang anak perempuan... hehehe..... kira akhirnya gua dapat gak hero.. boleh la nanti gua ajak dier main RC Plane dan Helicopter

Ini nama-nama anak gua mengikut susunan dari sulung kepada bongsu..
  1. Nur Maisarah
  2. Nur Maisurah
  3. Nur Maisya Damia
  4. Amin 'ul Haqeem
Kat bawah nie gua provide gambar dier...

03 December 2009

Ada Pulak Bayaran Tambahan

Dulu masa konon nak menghapuskan yuran persekolahan... Kerajaan cakap macam-macam ... semua yang muluk-muluk belaka... La nie ada pulak bayaran tambahan nak dikenakan pada tahun persekolahan 2010..

Aper nih... memang dah sah ler Kerajaan Malaysia jenis yang suka mungkir janji...

Perjanjian Damai Hatyai pun Kerajaan Malaysia mungkir ... Perjanjian Royalti Minyak pon Kerajaan Malaysia mungkir... jadi... tak terkezut la kalu isu yuran persekolahan nie pon Kerajaan Malaysia akan mungkir gak...

Soalannya sekarang nih... berapa agaknyer nilai bayaran tambahan yang akan dikenakan nanti.. adakah nilainya sama dengan yuran persekolahan masa dulu.. atau lebih lagi... tapi mengikut senario semasa dan apa yang gua dapat dengar disana-sini... kemungkinan nilainya lebih dari bayaran yuran persekolahan masa dulu tue agak tinggi.... kemungkinan yang besar...

Ader ker duit mak bapak pelajar yang miskin yang ader anak ramai kat sekolah nih aaa.... mungkin sempit nampaknyer... tambah plak sekarang nih musim hujan monsun... kurang-kurang dua bulan nih diorang tak boleh nak kelaut dan kesawah bendang... camana nak cari rezeki nih.. nak makan harian pun semput.. inikan pulak nak prepare persekolahan anak-anak...

Rasanyer la.. kalu duit yang dah terbazir kat PKFZ dan macam-macam bana lagie tue dapat diselamatkan.. sure dah boleh nak tolong pelajar miskin nih dalam persekolahan.. tak perlu la nak kenakan bayaran tambahan... Paling cikai pun.. kalu duit yang disonglapkan oleh MB Negeri Sembilan Mohamad Hasan tue yang sebanyak RM10 juta tue... boleh gak nak cover skit nilai bayaran tambahan nih...

RM10 juta kena songlap tue banyak tue.... gaji sebagai MB Negeri Sembilan besar sangat ker...

Kat Malaysia nih sebenarnya banyak duit.. tapi pasai disalah tadbirkan.. inilah jadinyer... ader royalti minyak... abis jadi wang ehsan.. pastue hilang tak dapat dikesan disonglapkan oleh JKKP ..... pelik... boleh plak duit tue pergi masuk dalam tabung UMNO/BN dan akaun persedirian geng-geng dan kroni UMNO/BN ... giler aper .. itu semua duit rakyat oooi...

Tak abis-abis makan duit haram.... tue yang jadi macam haram jadah tue...

02 December 2009

Ini Pon Nak Kecoh Ker?

Mati-mati gua ingat benda yang terjadi tue besar bagak... tapi... ceh.. kecoh macam nak giler.... Ini pon nak kecoh ker? ... aper dah...

ParpuKari dok kecoh dalam blog dier pasai ader mamat mana ntah yang gores gambor Sultan Perak... siap ParpuKari publish gambor untuk mengesahkan benda nih....


Yang lawaknyer tue... gua ingat goresan yang kena tue besor bagak... tapi rupanyer tak lebih dari satu calar kecik jer... bukan terkoyak pon... gambor pakai kertas jer... lain kali kalu taknak calar.. letak la cover cermin ker... berlian ker... baru la tak kena calar... hahaha...

Alangkan kereta kita yang parking elok-elok kat rumah tue pon kekadang tue tercalar gak skit... tak kecoh pon...

Ini gambor Sultan Perak kena gores sikit pon kecoh satu DUNIA ... aper daa.... buat malu jer... Wei... ParpuKari dan geng-geng UMNO/BN .... benda nie kecik jer.. tak perlu la nak kecoh.. bukan mahal pon kos nak print satu gambor... murah jer... kalu nak free.. mintak la gambor baru kat Kementerian Penerangan.... nak seribu keping pon boleh dapat...


Gua bukan tak nak hormat Sultan dan Raja Muda.. cuma pada gua... benda nieh kecik jer la.... Gua bukan nak sokong mamat yang gores tue... tapi .. isu kalu goresan cuma sebesar nih.. baik tak payah buat kecoh... buat malu jer...

Ini la UMNO/BN yang benarkan banyak skim Gores dan Menang dalam Malaysia nih.. dah terbudaya la gores dan menang nih... hahaha... lain kali.. pi suruh Polis dan KPDNHEP cepat-cepat kasi setel skim Gores dan Menang dalam Malaysia yang dah berlambak nih... hahaha...

Benda kecik kecoh satu DUNIA.... macam ayam betina... bertelur sebijik... riuh sekampung.... Kambing betul la ParpuKari nih....

Apa Cerita Kes Hartina Kamarudin

Pergh... citer nie dah lama dah... tapi la nie.. apa cerita kes Hartina Kamarudin yang murtad tue... takkan dah senyap jer... awat.. orang Islam dah kena budaya "Melayu Mudah Lupa" ker...

Nie gua perpanjangkan artikel nih buat pengajaran dan peringatan semua.

Assalamualaikum. ......... ...kita baca la apa yang ditulis ni....buat pedoman kita dan keluarga kita....... kes Hartina Kamarudin. Moga kita semua jadikan sebagai pengajaran dan jenguk-jenguk lah anak-anak kita, adik2 kita, saudara2 se-Islam kita....

Trully, Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi. Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim, abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.

Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.

Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.

Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami, kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".

Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.

Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.

Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu.

Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.

Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.

Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.

Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini? "Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.

Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar.

Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka.

Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam.

Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja.

Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.

Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.

Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.

Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu.

Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu.

Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawabmen ukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"

Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu.

Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.

Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.

Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan erangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak engapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya?

Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak. Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.

Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira- kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.

Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.

Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.

Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.

Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya. Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.

Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di BatuCaves untuk enguruskannya. Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.

Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan- bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak berkuasa.
Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka.Empat minggu kawan saya mencari, minggu keempat baru jumpa.

Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang.
Menurut rakan saya ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.

Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.

Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.

Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya.

Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.

Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.

Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.

Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik.

Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja.

Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungkin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya.

Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.

Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?.

Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun. Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk
kembali semula kepada Islam.

Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.

Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.

Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.

Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.

Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang rajeswaran.
Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).

Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran.

Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.

Rajeswaran adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.

Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke tasnya, orang pertama yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.

Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama.
Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.

Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?

Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.

Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.

Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsu menjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.

Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain. Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.

Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendaki, maka akan disempitkanNya" .

Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami.

Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat

Bodoh ker aper kalu dah kena sakit tue... taknak pergi berubat... Sebelum sakit la patutnya kita amalkan konsep "mencegah lebih baik dari merawat" ... sebab kos untuk mencegah nie biasanyer rendah jer... tapi kalu merawat... pergh... mau berjuta-juta rupiah...

Contoh paling simple... kereta gua ader skit masalah masa nak masuk gear rendah (terutamanyer gear satu)... gua pi bawak jumpa mekanik.... perkara pertama dier bagitau gua... minyak gear lu mesti dah teruk sangat atau dah dekat nak kering... baik tukar minyak gear tue... sebelum masalah lagi besar...

Katakan la gua taknak dengar nasihat mekanik nih... gua lanyak jer kereta tue... sampai masa .. pergh... dah tak boleh jalan dah... hancus ... mekanik kata ...errr.. kena tukar gearbox la bhai.... berapa gua tanya,..... hehehe... makan ribu-riban la... Cuba kalu gua ikut nasihat mekanik untuk tukar minyak gear tue... lu nak tau berapa harga tukar minyak gear... tak sampai RM50 jer...

Kesimpulannya .... mana lagi kos murah... tukar minyak gear atau tukar satu set gearbox... giler aper kalu ader mamat yang kata tukar satu set gearbox tue lagi murah dari tukar minyak gear...

So... apa citer sebenarnya nih...

1. Harinie gua tukar minyak gear kereta gua.. last sekali gua tukar pada 2003.. lama tue.. tak pasai-pasai kena maki ngan mekanik... dier kata giler aper tak tukar dah lama... nak mampus ker... hahaha... padan muka gua...

2. Penyakit gila talak nak UMNO/BN dalam PAS dah tahap merbahaya dah.. kalu tak dicantas dan dicegah diperingkat la nih.. sure nak rawat nanti kosnya akan meningkat.. yang jadi bala... PAS ... yang nama buruk.. PAS ... yang orang dah tak percaya nanti... PAS ... yang gelak besor pasai tak ambik tindakan mencegah penyakit nieh... UMNO/BN.

Jadinyer.... Jawatankuasa Disiplin PAS patut cepat buat tindakan mencegah barah UG dalam PAS dan orang-orang yang bersekongkol dengan UG nih seperti Hassan Ali, Hassan Din, Nasha Mat Isa, Mustafa Ali dan ramai lagi... kalu lambat.... PAS akan terlungkup pada PRU13 nanti... tak percaya.... takper... tunggu jer la...

Mencegah lebih baik dari merawat la bhai ooi....

01 December 2009

Synergy Drive Kedua - Sambungan

Bagi yang belum baca artikel gua bertajuk Synergy Drive Kedua, sila rujuk artikel tersebut dahulu sebelum terus membaca artikel ini. Ini adalah sambungan kepada artikel Synergy Drive Kedua.

Kerajaan Malaysia (sebetulnya Nazir Razak) melalui CIMB Investment telah mengarahkan penggabungan tiga GLC berkaitan (Felda, Felcra dan Risda) untuk menjadi satu entiti baru yang kononnya akan memberikan satu daya saing yang kuat diperingkat tempatan mahupun antarabangsa.

Dulu sebelum ini kita dapat lihat Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope telah dirangkumkan dan disynergikan menjadi satu entiti yang pada mulanya dikenali sebagai Synergy Drive (walaupun sebenarnya niat Sime Darby telah dikenalpasti sejak dari awal lagi) dan seterusnya diubah kembali nama Synergy Drive ini kepada Sime Darby.

Sime Darby pernah memiliki satu bank komersial dan syarikat insuran, namun kerana ketidakcekapan pentadbiran Sime Darby telah menyebabkan bank dan syarikat insuran tersebut gagal bersaing dan akhirnya terpaksa di "bail-out" oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Kini perkara yang sama telah berlaku dan khabarnya Sime Darby (Synergy Drive) tidak mampu untuk menjadi satu entiti pengawal (penguasa) dalam industri sawit sedangkan Malaysia sebenarnya yang menentukan harga pasaran sawit dunia. Kita boleh tunggu masa dan lihat berapa pulak kosnya untuk Kerajaan Malaysia menyelamatkan Sime Darby dari tersungkur dalam tempoh kurang dari lima tahun lagi.

Felda, Felcra dan Risda yang akan digabungkan ini (kertas draf cadangan penggabungan telah diberitakan siap dan telah dimajukan kepada Kerajaan Malaysia melalui Nazir Razak pengerusi CIMB Group) juga dikenalpasti akan mengalami masalah yang sama dengan Sime Darby (Synergy Drive) kerana menggunakan format (bermasalah) yang sama.

Pandangan peribadi gua.... Sime Darby (Synergy Drive) nie pon tak boleh CIMB nak handle (terkial-kial) ... ini plak nak pegang sama Gabungan Felda (Felda, Felcra dan Risda) ... makin hancus la... Felcra dan Risda nie selama ini banyak sangat birokrasi dan salah tadbir urus... sama macam Felda ... kalu dah digabungkan.. sure lagi teruk masalah... Sedangkan NPL (Non-Performance Loan) yang CIMB pegang la nih berjumlah RM8.4 bilion.... macam mana nak tadbir nih...

NPL sendiri pun tak dapat nak tadbir... ini lagi nak jaga Sime Darby (Synergy Drive) dan GF (Felda, Felcra dan Risda)... giler apa....

Ini yang gua rasa makin kecut perut dah nih... Dengan masalah kat Dubai sekarang nih... dengan pembaziran dalaman Malaysia yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru nih... camana agaknya Synergy Drive Kedua nih nak selamat dan bertahan.... alamat bungkus la... Nazir Razak apa takut... terbongkang nanti CIMB nih... Kerajaan Malaysia akan bail-out.. pasai dier GLC ... yang miskin adalah semua peneroka Felda, Felcra dan Risda nanti... yang kaya terbelahak nanti... Nazir Razak dan Najib Razak....

Abis la..... Malaysia kali nih... lagi pelahap dari Che Det ...

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1