Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

01 December 2009

Synergy Drive Kedua - Sambungan

Bagi yang belum baca artikel gua bertajuk Synergy Drive Kedua, sila rujuk artikel tersebut dahulu sebelum terus membaca artikel ini. Ini adalah sambungan kepada artikel Synergy Drive Kedua.

Kerajaan Malaysia (sebetulnya Nazir Razak) melalui CIMB Investment telah mengarahkan penggabungan tiga GLC berkaitan (Felda, Felcra dan Risda) untuk menjadi satu entiti baru yang kononnya akan memberikan satu daya saing yang kuat diperingkat tempatan mahupun antarabangsa.

Dulu sebelum ini kita dapat lihat Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope telah dirangkumkan dan disynergikan menjadi satu entiti yang pada mulanya dikenali sebagai Synergy Drive (walaupun sebenarnya niat Sime Darby telah dikenalpasti sejak dari awal lagi) dan seterusnya diubah kembali nama Synergy Drive ini kepada Sime Darby.

Sime Darby pernah memiliki satu bank komersial dan syarikat insuran, namun kerana ketidakcekapan pentadbiran Sime Darby telah menyebabkan bank dan syarikat insuran tersebut gagal bersaing dan akhirnya terpaksa di "bail-out" oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Kini perkara yang sama telah berlaku dan khabarnya Sime Darby (Synergy Drive) tidak mampu untuk menjadi satu entiti pengawal (penguasa) dalam industri sawit sedangkan Malaysia sebenarnya yang menentukan harga pasaran sawit dunia. Kita boleh tunggu masa dan lihat berapa pulak kosnya untuk Kerajaan Malaysia menyelamatkan Sime Darby dari tersungkur dalam tempoh kurang dari lima tahun lagi.

Felda, Felcra dan Risda yang akan digabungkan ini (kertas draf cadangan penggabungan telah diberitakan siap dan telah dimajukan kepada Kerajaan Malaysia melalui Nazir Razak pengerusi CIMB Group) juga dikenalpasti akan mengalami masalah yang sama dengan Sime Darby (Synergy Drive) kerana menggunakan format (bermasalah) yang sama.

Pandangan peribadi gua.... Sime Darby (Synergy Drive) nie pon tak boleh CIMB nak handle (terkial-kial) ... ini plak nak pegang sama Gabungan Felda (Felda, Felcra dan Risda) ... makin hancus la... Felcra dan Risda nie selama ini banyak sangat birokrasi dan salah tadbir urus... sama macam Felda ... kalu dah digabungkan.. sure lagi teruk masalah... Sedangkan NPL (Non-Performance Loan) yang CIMB pegang la nih berjumlah RM8.4 bilion.... macam mana nak tadbir nih...

NPL sendiri pun tak dapat nak tadbir... ini lagi nak jaga Sime Darby (Synergy Drive) dan GF (Felda, Felcra dan Risda)... giler apa....

Ini yang gua rasa makin kecut perut dah nih... Dengan masalah kat Dubai sekarang nih... dengan pembaziran dalaman Malaysia yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru nih... camana agaknya Synergy Drive Kedua nih nak selamat dan bertahan.... alamat bungkus la... Nazir Razak apa takut... terbongkang nanti CIMB nih... Kerajaan Malaysia akan bail-out.. pasai dier GLC ... yang miskin adalah semua peneroka Felda, Felcra dan Risda nanti... yang kaya terbelahak nanti... Nazir Razak dan Najib Razak....

Abis la..... Malaysia kali nih... lagi pelahap dari Che Det ...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1