Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

08 May 2018

Taruhan Nyawa Untuk Tanah Tercinta Ini

Bhai/DeeDee sekalian....

Seramai hampir seribu lebih anggota, kakitangan dan operatif Agensi telah meletakkan kepentingan negara Malaysia lebih dari kepentingan peribadi. Kami meletakkan taruhan nyawa untuk tanah tercinta ini pada semua keadaan.

Setiap kali ader operasi sama ada secara terang nyata mahupun berselindung, kami tidak akan teragak-agak mendahulukan negara. Walau dimana pun kami ditugaskan. Walaupun pampasan jika berlaku kecelakaan nyawa semasa bertugas hanyalah sebanyak RM25 ribu sahaja tanpa rekemendasi awam, kami terus tetap bertaat setia kepada Malaysia.

Namun kami tidak pernah sesekali meletakkan kepentingan atau kecenderungan berparti dalam urusan kenegaraan. Betul setiap dari kami masing-masing ada kecenderungan berpolitik kepartian, tapi itu bukan alasan untuk kami berbeda-beda dan memilih-milih.

Oleh itu, saya selaku bekas anggota Agensi dengan ini ingin mengajak anda semua membuat pilihan yang bijak demi masa depan Malaysia tercinta. Janganlah kerana kepentingan dan kecenderungan politik kepartian kita mengakibatkan negara Malaysia yang tercinta ini tergadai kepada negara asing.

Peluang pekerjaan di Malaysia sepatut dikuasai oleh warganegara Malaysia. Apa sahaja projek pembangunan atau infrastruktur serta berskala mega perlulah mendahulukan kepentingan warga pekerja Malaysia berbanding warga asing. Janganlah kerana mahukan pelaburan asing masuk, sehinggakan peluang pekerjaan pun hilang kepada warga asing. Polisi yang melibatkan pelaburan asing mesti mendahulukan Malaysia.

Janganlah kita menang sorak, tapi tergadai tanah air. Tak guna kalu ada pelaburan masuk tapi peluang pekerjaan atau perniagaan tidak dibuka kepada warga Malaysia. Kita semua tahu senua projek pelaburan di Malaysia yang datang dari China tidak meletakkan kepentingan peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi kepada warga Malaysia. Semuanya dibawa dari China. Pekerja dari China atas alasan pekerja Malaysia tidak kompetan.

Walhal dahulu masa kita bawa masuk pelaburan dari Korea dan Jepun, kita dahulukan peluang pekerjaan untuk warganegara Malaysia disamping dimestikan berlakunya permindahan teknologi (teknologi transfer) sebagai satu syarat wajib.

Marilah bersama membangunkan Malaysia tercinta dengan slogan "Malaysia untuk Warga Malaysia" dari segenap segi (pendidikan, pekerjaan, ekonomi dan pelaburan)

Ayoh... marilah mengundi untuk pilihan yang lebih baik. Berhijrahlah.

UPDATE : VSR last akan keluar pada pukul 11.30 malam nih... nanti gua akan ulas sedikit berkenaan Voter Sentiment Ratio (VSR) tue...

15 comments:

  1. peningla.. dulu masa Tun M jadi perdana menteri kata dia tak baguih.. duk bagi kaya kroni.. alih2 la ni nak lantik dia balik jadi PM..
    kata dia baguih pulak.. pening2..

    Labu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kroni pun sekurang2nya org Malaysia. alah.. mana2 pemimpin pun mesti ada kroni punya. sikit atau byk je bezanya..
      najib ni bukan takat kroni tempatan, siap kroni luar negara. abis dia gadai..
      melampau sgt..

      Delete
    2. Depa guna pepatah... The enemy of my enemy is my friend

      Delete
  2. Hehe...politikus kaya raya...mati rakyat tiada bersuara...

    ReplyDelete
  3. Bro update la VSR..
    Pleaseee...
    Apa apa pun terima kasih bnyk bnyk dgn update vsr sblm sblm ni.walaupun kadang kadang aku rasa,hang ni poyo je lebih.apa apa pun thanks again.
    Semoga dikurniakan yg terbaik utk hang bro
    - naimutalib -

    ReplyDelete
  4. Thanks boh pasal semua update vsr dan yang lain lain, blog ni banyak mengubah Pandangan saya terhadap sesuatu perkara, Walaupun hati Nak tengok parti yang disukai menang tetapi bukan itu yang penting, duhului yang lebih penting dari yang penting

    - aku berjanggut -

    ReplyDelete
  5. Nak tunggu 31 minit lagi, harap VSR boleh menyedapkan hati, dah lama jiwa mengelegak

    ReplyDelete
  6. klu masih nak vote BN & PAS mcmmana M'sia nak berubah?

    PAS zaman aruah TGNA bagai langit&bumi dgn PAS skarang..
    rakyat m'sia masih ramai yg x rajin baca & cari info dr setiap sudut pandangan, lebih suka disuap & dimomok2kan

    kecewanya & malu klu BN masih menang

    haisshhh. ...

    ReplyDelete
  7. Setuju...Malaysia utk Malaysian... Fight for our right...Semoga perubahan kuasa esok berlaku dlm keadaan aman...

    ReplyDelete
  8. Apa nak pening bro dulu lain skrg lain
    Mcm pas juga dulu kata UMNO sekular skrg bole bersama

    ReplyDelete
  9. Ya Allah Zat yang Maha Agung. Pemilik kerajaan dilangit & dibumi. Aku mohon agar kerajaan Barisan Nasional dikalahkan esok. Hanya Engkau yang boleh makbulkan doa. Dan Engkau jua sebaik2 penolong. Amin

    ReplyDelete
  10. Baek bro cousins kita sama

    ReplyDelete
  11. penat penat kerja untuk negara tercinta gadai nyawa
    dapat kat depa pakat berbut harta
    memang cilako
    dan patut pung dilingkupkan esok pru14
    Ya Allah tolonglah kami

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1