Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 July 2021

Bila PM Tidak Bertelur

Bhai/DeeDee semua...

Biler tiba-tiba jer Kerajaan Perikatan Nasional (PM) menangguhkan sidang Parlimen pada Isnin 1 Julai 2021 (esok hari) atas alasan kononnya nasihat dari KKM... maka sahlah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yasin (Mahiaddin Md Yasin) memang takder telur...

Ini padahnya bila dapat PM tidak bertelur (pengecut)... Hahaha



Dah Lama Rupanya PAS Bermuka-Muka

Bhai/DeeDee semua...

Tadi gua dimaklumkan akan keberadaan dokumen nin... gua tak pasti ianya sahih atau fabrikasi... tapi benda nih dah lama... dan patut kalu ianya salah.. PAS sepatutnya mengambil tindakan atas perkara ini...

Atau memang ianya benda betul... dan dah lama rupanya PAS bermuka-muka... huhuhuhu

Abdul Hadi Awang patut saman kalu benda nih tak betul..



Perang PDF?

Bhai/DeeDee semua...

Gua cukup pelik... memang cukup pelik... bilamana perlawanan diantara dua pihak iaitu Istana Negara dan Pejabat Perdana Menteri hanya berlaku secara maya... secara perang PDF jer..

Walhal prosidurnya memang ada... Protokolnya memang ader... Adab dan Susilanya patut ada...

Tetiba kita lihat surat dan pdf berterbangan sana sini... tak tahu ianya betul atau lelucon ... atau sebagai membakar sentimen semata-mata...

Tak sepatutnya urusan protokol macam ini dilihat berterusan secara maya... apa salahnya dipanggil mengadap... walaupun berjarak 100 meter sekali pun dalam Istana....dan ianya dilakukan secara beradap berbudaya Melayu kita ni..

Yang mana ini sepatutnya berlaku... bukan sekadar memainkan dan membakar sentimen rakyat yang melihat PDF bertebaran tak ketahuan punca... Ini bahaya... cara dan pendekatan ini agak bahaya... seolah sengaja nak carik jalan... nak tengok siapa yang lebih memviralkan dokumen ini sekadar nak memerangkap....

Adoilah...









30 July 2021

RoS Boleh Batalkan Barisan Nasional Atas Tindakan Salahguna Logo dan Dokumen BN Oleh Ismail Sabri

Bhai/DeeDee semua...

Tindakan yang telah diambil oleh Ismail Sabri dalam nak bekap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yasin ini dilihat mencabar Keputusan Persidangan Agung UMNO (PAU 2021) dan juga adalah satu kesalahan besar yang boleh menyebabkan RoS batalkan Barisan Nasional (BN). Ini semua boleh berlaku akibat tindakan salahguna logo dan dokumen BN yang telah dibuat oleh Ismail Sabri.

Ada dua kesalahan besar yang telah dibuat oleh Ismail Sabri.... yang mana kedua-duanya boleh menyebabkan UMNO dan BN terbatal atau sekurang-kurangnya ianya digantung oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS)

Apa pun... Dilihat Ismail Sabri dan kumpulannya tidak menghormati kedudukan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN)

#KemelutOrdinanDarurat #KerajaanDerhaka #IsmailSabriDerhaka #RoS
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com 

29 July 2021

Rakyat Sokong Siapa?

Bhai/DeeDee semua...

Satu benda yang kita kena lihat... kita kena pandang... kita kena fikir baik-baik... kita kena cakna..... dan kita kena timbang adalah...

Siapa yang rakyat sokong dalam kemelut perlembagaan ini?? Rakyat sokong siapa?? YDP Agong atau Perikatan Nasional???



Ahli Parlimen UMNO Mahu Menderhaka Kepada Titah YDP Agong

Bhai/DeeDee semua...

Ini ada satu persoalan.... Adakah Ahli Parlimen UMNO mahu menderhaka kepada Titah YDP Agong berkenaan isu Murkanya YDP Agong terhadap tindakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memandai sahaja mengatakan penamatan Ordinan Darurat 2021 pada 21 Julai 2021.

YDP Agong dah keluarkan kenyataan... Takiyuddin Hassan selaku Menteri Undang-Undang sekarang dilihat menjadi beban besar kepada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yasin.

Dan tindakan memandai mengatakan bahawa pembatalan Ordinan Darurat telah dibuat pada 21 Julai 2021 itu sebenarnya adalah satu tindakan menderhaka ,... the act of treason... dan hukuman yang menanti adalah berat.

Jadi damage has been done... So PAS lah yang sedang menjadi mangsa atas kerakusan Muhyiddin Yasin untuk kekal memegang kuasa.

Tapi sampai bila.

#Derhaka #OrdinanDarurat #AgongMurka
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

27 July 2021

Takiyuddin Hassan Didapati Menipu Dalam Dewan Rakyat

Bhai/DeeDee semua...

Gua cukup pelik dan gusar bilamana Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan didapati menipu di dalam Dewan Rakyat... Dengan selambanya Takiyuddin Hassan jelas menipu bilamana dia memberitahu bahawa Ordinan Darurat 2021 telah ditamatkan pada 21 Julai 2021.

Yang lagi pelik adalah penamatan Ordinan Darurat 2021 itu tidak terdapat didalam Warta Persekutuan apabila ianya disemak. Adakah Kerajaan Perikatan Nasional nak buat backdated pada Warta Persekutuan ini?

Mengikut undang-undang.... Warta Kerajaan mesti diterbitkan dan disahkan serta dimasukkan dalam senarai Warta Persekutuan dalam tempoh 24 jam. Adalah satu kesalahan yang serius jika ianya tidak dibuat mengikut undang-undang.

Banyak persoalan undang-undang terbabit bilamana kita mentakrifkan klausa undang-undang yang memperakukan Akta 342 (dibawah Ordinan Darurat 2021).

Mari kita tengok bagaimana Kerajaan Perikatan Nasional nak menipu rakyat Malaysia yang fasih dan makin mahir dalam undang-undang.

#Akta342 #OrdinanDarurat #WartaPersekutuan #TakiyuddinHassan #MenipuDalamDewanRakyat #PASPenipu

25 July 2021

Azhar Harun Yang Semakin Mengarut

Bhai/DeeDee semua...

Gua sedih... gua cukup sedih bilamana seorang kawan gua yang dulunya berintegriti dilihat semakin mengarut... Azhar Harun aderlah kawan gua... dan gua tak sangka biler Azhar Harun menjawat jawatan Speaker Dewan... terus Azhar Harun jadi semakin mengarut...

Ntah apa la dealnya,..

Sampaikan kontra dengan apa yang selama ini dier tulis dimana-mana... tak kisah la dalam blog Art Harun dier atau tidak...

Pening .... bagaimana seorang yang dulunya bagoosh... terus berubah 180 darjah sampai kita rasa langsung tak kenal dah dengan dier... Adoilah...



24 July 2021

RM700k Tak Sampai 24 Jam

Bhai/DeeDee semua...

Syed Saddiq nih bukan calang-calang Ahli Parlimen... Betul dier masih muda lagi... betul dier tak banyak pengalaman... betul dier masih baru lagi dalam dunia politik.... tapi... dengan kekuatan pengaruh yang dier ader... sekejap jer dier boleh collect RM700k tak sampai 24 jam...

Ini bukan kaleng-kaleng punya worang...

Dan ader sorang lagi Ahli Parlimen... iaitu Ahli Parlimen Bukit Mertajam... Steven Sim... ini pon sama auranya dengan Syed Saddiq...  Mampu gerakkan dana "crowd fund" dengan mudah...

Dan kedua-dua Ahli Parlimen Muar dan Bukit Mertajam nih dulu bersama dalam satu Kementerian semasa dalam Pakatan Harapan..... mereka mempunyai semacam aura dalam kalangan para pengundi... Gua percaya ... kalaulah kita ader ramai Ahli Parlimen macam nih... InsyaAllah ... Malaysia akan akhirnya mendapat Kerajaan yang bagoosh...

Kita harap ramai lagi Ahli Parlimen yang muda macam Ahli Parlimen Batu (P. Prabakharan) dapat juga menjentik aura perubahan dalam Parlimen Malaysia...

Kearah Malaysia Yang Baru dan Bermaruah.



23 July 2021

Kerajaan Gagal Yang Semakin Gagal

Bhai/DeeDee semua...

Dikala kita semua terkurung... Dikala kita semua tidak dapat berhari raya Qurban... Dikala kita semua tidak dapat menunaikan Solat Jumaat dengan baik dan teraturnya...

Kadar jangkitan Covid-19 makin meningkat.. Gila betul lar...

Ini semua sebab adanya Kerajaan Gagal yang semakin gagal.
Ini semua sebab adanya Perdana Menteri Gagal yang semakin gagal.
Ini semua sebab adanya Menteri Kesihatan Gagal yang semakin gagal.
Ini semua sebab adanya Kabinet Kerajaan Gagal yang semakin gagal.



Bila Cabaran Ebit Lew Dijawab Nadir Al-Nuri

Bhai/DeeDee semua..

Gua bukan nak menyebelahi mana-mana... tapi dalam kes Ebit Lew .. gua ader kesangsian atas pengurusan kewangan (financial) Persatuan Kasih Umat Malaysia yang dikendalikan oleh Ebit Lew. Ada beberapa kesangsian besar yang gua lihat dalamnya..

Terutama dengan penonjolan imej mewah Ebit Lew nih... dengan aset hartanah bernilai RM3.5 juta....yang katanya dibeli secara tunai.... dan beberapa kenderaan mewah miliknya...

Kalu nak kata ianya datang dari perniagaan yang dimilikinya... nampak tidak logik... perniagaan kedai makan cuma sekadar gitue-gitue je... perniagaan pakaian cuma sekadar gitue-gitue jer... perniagaan kelas motivasi.. sudah masuk 2 tahun tak bergerak akibat dari kesan langsung PKP ... perniagaan pasaraya... takkan lah sales pasarayanya boleh mengalahkan sales jualan pasaraya Mydin atau pasaraya Giant? 

Nak kata sales pasarayanya lebih hebat berbanding NSK pun jauh sekali.

Jadi dari mana datangnya kekayaannya. Adakah ianya datang dari sesuatu yang lain? NGO PKUM barangkali?

Terbaharu... Ebit Lew mencabar Nadir al-Nuri untuk menunjukkan dokumen berkaitan dana RM20 juta yang dikendalikan oleh NGO berkaitan Nadir al-Nuri ini.. Ebit Lew mencabar Nadir al-Nuri pada satu sesi siaran langsung semalam.. 

Dan tak sampai beberapa jam... ini jawapan Nadir al-Nuri




Gua percaya .. untuk mengendalikan dana sebesar itu diperingkat luar negara perlukan satu ketelusan yang tinggi.. Ini kerana untuk mengelakkan dana ditahan atau dirampas atas alasan "money laundering" dan "terrorist financing" iaitu AMLATFA

Jadi... for sure semua document dan audit mengenainya ada pada tangan Nadir al-Nuri.

So... kita tunggu episod selanjutnya.

22 July 2021

Syed Saddiq Diugut?

Bhai/DeeDee semua...

Bring it on! ... Itu kata Syed Saddiq bilamana dia berhadapan dengan perbicaraan kes pecah amanah wang berjumlah RM1.12 juta milik parti. Syed Saddiq diugut untuk menyebelahi Perikatan Nasional dalam sokongan di Parlimen dan dia tegas mengatakan bahawa dia tidak akan menyebelahi Perikatan Nasional.

Ini budak berprinsip. Ini budak yang ader integriti.. Ini budak yang hebat berdebat. Ini budak yang pandai berhujah. Bukan mati kalu diugut. Bukan takut kalu diugut. Syed Saddiq nih berani walaupun diugut

Jadi kita tengok la macam mana pihak pendakwaraya nak kenakan defenden di Mahkamah nanti.. Kita tunggu

#SyedSaddiq #PerikatanNasional #PecahAmanah #Mahkamah #Bicara

21 July 2021

Konflik Semakin Panas Di Laut China Selatan (LCS)

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya isu terkini di Laut China Selatan (LCS) semakin panas dan tegang. Dengan kedegilan dan perangai China yang tetap bertegas nak laksanakan 9 Dash Line di Laut China Selatan (LCS).. maka US, UK dan Australia dah menempatkan ketumbukan tentera laut mereka disana.

Beberapa buah kapal pengangkut kapalterbang (Aircraft Carrier) bersaiz besar telah ditempatkan disana secara kekal. Dan ini juga memperlihatkan kesungguhan pihak US, UK dan Australia untuk mempastikan laluan perdagangan di Laut China Selatan (LCS) bebas dilalui oleh semua kapal dagang antarabangsa.

Harapnya tidak berlaku apa-apa yang tak baik lah di Laut China Selatan (LCS) ni... tambah pulak bila UK telah umumkan penempatan Littoral Response Group di Laut China Selatan (LCS) dengan kerjasama Jepun.

Filipina, Vietnam, Indonesia dan Malaysia telah menegaskan bahawa tindakan China nak melaksanakan 9 Dash Line di Laut China Selatan (LCS) telah mencabar kedaulatan negara terbabit. Dan ini tidak dibenarkan sama sekali.

Harapnya.. tidak berlakulah apa-apa yang berisiko di Laut China Selatan (LCS).

#LautChinaSelatan #9DashLine #SouthChinaSea #AircraftCarrier #LittoralResponseGroup #LRG #Spratly

20 July 2021

Tempat Solat Seorang VVIP

Bhai/DeeDee semua...

Hari nih kecoh dalam SosMed tentang gambar tempat solat yang dikhaskan untuk VIP yang bertanda... Siap bertanda... tabley orang lain nak ngepaw... VIP tu datang lambat ka... tetap ader tempat khas untuk dier....


Tapi

Gambar dibawah nih menunjukkan tempat sebenar seorang VVIP kalu lambat datang ke Masjid time solat... Ini betul-betul taknak mengambil hak orang lain yang datang lebih awal... Ini lah yang sepatutnya... contoh teladan yang baik.

Tiada karpet merah bagai... tiada karpet tebal...




Kalaulah

Bhai/DeeDee semua..

Hahaha...



19 July 2021

Demokrasi Terpimpin...

Bhai/DeeDee semua...

'Negara ni masih negara demokrasi ke, macam tak je' kata Elizabeth Tan.. Betul dah tue... cuma Malaysia ni sebenarnya mengamalkan demokrasi terpimpin.

Kena faham tu... Demokrasi terpimpin.

Jadi tak terkejut lar.

#ElizabethTan #Lizzie #KerajaanGagal

18 July 2021

Siapa Jual 17767 Hektar Hutan Simpan Kekal Dengan Singapura?

Bhai/DeeDee semua...

Siapa jual 17767 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) dengan Singapura? Siapa punya kerja juga keluasan tanah sebesar 3.62 kali ganda keluasan Putrajaya?

Berapa banyak pulak kayu balak yang akan dapat dikeluarkan dari Hutan Simpan Kekal Gunung Arong nih? Siapa punya kerja ni? Semua pasai nak mengaut hasil dari perlombongan emas.

Dapat cuma one-off RM3 juta... dan pegangan dalam syarikat sebanyak 15% jer... dan pembayaran keuntungan hanya 30% sahaja...

Pergh.... adoilah... cakap banyak karang kena report la pulak... adoyailah... rosak alam sekitar...

#HSKGunungArong #SelamatkanGunungArong #SouthernAlliance #Mersing #Tenggaroh #GunongArong #LombongEmas #Pembalakan #HutanSimpanKekal

Tipulah Nak Masuk Tender Tak Guna Kabel

Bhai/DeeDee semua...

Tipulah kalu kata nak masuk Tender tapi tak guna kabel.... Memang tipu.. Mana ada jalan kalu nak masuk tender tak guna kabel. Kabel tu penting... kabel tu la yang jadi minyak gris untuk mana-mana tender... tak kira kecik atau besar tender itu... kabel perlu dan wajib ada...

Dan kabel itulah rasuah. Rasuah dah bermaharaja lela. Rasuah itu ada pelbagai bentuk. Rasuah seks dan perempuan pun dan ader ramai yang bagi. Belum lagi rasuah duit. Rasuah seks susah nak trace... susah nak jejak.

Minyak gris akan digunakan sebagai pelincir bagi mempercepatkan proses tender. Cakap sahaja nak macam mana... semua boleh disediakan. Kalu nak dapat bawak keluar balak dari Hutan Simpan Kekal (HSK) macam di Raub pon boleh.... Janji bayar fulus.. jangan ader bayaran.

Kalu tak kata tiada orang politik dan vvip terlibat sebagai kabel dan proksi... itu semua tipulah... Ngarut kalu depa tak terlibat jenayah nih... Hahaha... even golongan kayangan dan kerabat pon ader terlibat.

So... tender, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya semuanya saling terkait dan berkait... hahaha

#RasuahSeks #AKSB #RasuahDuit #EXCO #Kelantan

17 July 2021

Isu Ebit Lew

Isu Ebit Lew nih sebenarnya berkisar kepada satu perkara ja.

Propaganda.... which in turn "masyuk"

Okay... Gua tahu tulisan gua nih mesti akan dikecam dan ditentang habis-habisan oleh puak-puak yang pro Ebit Lew. Tambah lagi dengan adanya sentimen agama yang dibawa olehnya serta elemen "mass brainwash" oleh puak-puak pentaksubnya.

Takpa... penulisan ini adalah dari sudut pandang personal gua sebagai bekas pegawai Operatif yang telah berkhidmat selama 24 tahun.

Gua takmo sorotkan semua benda ... cuma gua nak pointkan kepada 3 senario yang berjaya mem"potrey"kan imej Ebit Lew sampai level "cult" nih... It's all about propaganda yang akhirnya akan memberikan keuntungan komersial pada NGOnya.

Dana NGO Ebit Lew tue dikesan ader dua... Audited and non-audited. Yang itu biarlah pihak berwajib dan financial authority yang ambil tindakan.

1. Dimasa tiada seorang pun dibenarkan rentas daerah dan negeri (pada awal PKP1.0).. Ebit Lew dengan selambanya pergi kesana-sini atas agenda nak berikan bantuan dari NGO yang beliau kemudikan... Dia tahu cara mudah untuk membeli akses adalah dengan hulurkan bantuan kepada anggota-anggota yang mengawal disetiap SJR. Dan itu yang berlaku... sampaikan dari KL dier boleh ke Kedah/Perlis dan lepas itu siap ke Kelantan dan Johor Baharu.

Tiada satu pun dokumen kebenaran rentas daerah atau rentas negeri yang dia ada... Namus selepas isu ini menjadi kecoh dalam media, maka PDRM tertekan lalu ader seorang Pegawai PDRM pangkat tinggi terpaksa keluarkan kenyataan yang katanya Ebit Lew telah mendapat kebenaran khas dari PDRM walaupun sebenarnya kebenaran itu baru sahaja didokumenkan siap bertarikh backdated tanpa tarikh akhir. PDRM terpaksa buat damage cover untuk menjaga integriti PDRM itu sendiri.

Jadi selepas itu lagi panjanglah kaki Ebit Lew mengorakkan langkat cover 1Malaysia. Dan bertambah masyuklah mencurah-curah dana kedalam tabung NGOnya...

2. Insiden kedua ... pula berlaku di Sabah... ketika Ebit Lew bertegas nak masuk ke Tawau, Semporna dan beberapa pulau disana untuk memberikan sumbangan. PDRM ada memberikan nasihat supaya Ebit Lew menyerahkan sahaja sumbangan tersebut kepada pihak NGO yang memang ada disana... namun Ebit Lew bertegas mahu turun padang juga supaya sesi photo dan video dapat diambil oleh teamnya.

Disebabkan kerana ini ada pegawai yang berikan kelulusan sementara untuk Ebit Lew masuk ke kawasan yang dikawal ketat oleh ESSCOM dengan diiringi oleh Unit Khas PDRM. Dan berita ini pula sampai kepada kepimpinan atasan PDRM lalu mereka tidak berikan "clearance".

Jadi dengan batalnya program ini, maka Ebit Lew mula membuat beberapa post bergambar dalam sosial media dengan ayat-ayat propaganda yang kononnya Polis menghalang Ebit Lew memberikan bantuan. Ramai netizen terkesan dan ader yang marahkan pihak berkuasa. Isu ini menjadi panas seketika... dan PDRM tetap tidak berganjak dengan keputusan tidak membenarkan Ebit Lew kesana ... supaya Ebit Lew hanya menyerahkan bantuan tersebut kepada team NGO lokal yang memang beroperasi disana.

Dan cadangan Polis inilah yang Ebit Lew tidak mahu ikut kerana peluang "propaganda"nya telah disekat.

Untuk pengetahuan korang... Jika Ebit Lew terus masuk ke sana... dengan duit tunai yang dibawa hampir bernilai setengah juta tak termasuk bekalan makanan dan sebagainya... bayangkan apa akan terjadi jika Ebit Lew berjaya diculik oleh Mundu atau mana-mana kumpulan pengganas... Agak-agak korang bagaimana pula dengan imej PDRM? Pastinya orang akan kata yang buruk-buruk je ngan PDRM.

PDRM terpaksa ambil tindakan "take action before it's too late" bagi kes Ebit Lew di Sabah nih.

Baca juga propaganda Ebit Lew untuk menarik simpati dan sokongan (https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ebit-lew-dakwa-akan-dipenjara-3-tahun-sekiranya-teruskan-bantuan-di-sabah-280942)

3. Isu Ebit Lew di Gaza... yang ini menarik sebab isu ini membabitkan playground gua dan team Agensi yang pernah gua anggotai selama 24 tahun.

Pada masa ini imej yang dipotreykan oleh Ebit Lew sudah menjadi besar.. Imej philantropis (dermawan)nya telah mendapat perhatian dari VVIP dan Orang Politik. Dan ini sebenarnya adalah satu taktik propaganda yang terbaik untuk akses dan kabel bagi melakukan "stunt" diperingkat global.

Korang kena faham... jika "stunt" diperingkat global dapat dibuat dengan jayanya... sumbangan akan lebih masyuk dari sumber-sumber luar negara.. dan dengan masuknya kepada NGO... mudahlah urusan pemindahan dana tanpa banyak kerenah boleh berlaku.... Takpa ... itu nanti gua storykan... maybe di artikel lain..

Berbalik ngan isu Gaza nih... Ebit Lew dapat kebenaran politik untuk pergi kesana. Dan sesampai disana pada awalnya Ebit Lew disekat untuk masuk ke Gaza .. dan bermulakan episod "propaganda" berlaku...

Ingat tak tiba-tiba dikatakan Ebit Lew hilang di sempadan Gaza... beberapa hari tiada berita tentangnya... wah.. ramai pentaksub kecoh di Sosmed... siap tuduh Kerajaan Israel punya angkara. Dan tiba-tiba Ebit Lew muncul dan buat propa sedih.... Hehehe (https://malaysiadateline.com/netizen-lega-ebit-lew-update-status-selepas-2-minggu-hilang-di-gaza/)

Kononnya terlalu sukar nak masuk ke Gaza.. walhal ramai sangai orang Malaysia secara peribadi atau sebagai NGO boleh ja keluar masuk ke Gaza... macam Heliza Helmi dan sebagainya... Kalu korang nak tau... nak masuk sampai ke Tel Aviv pon boleh.. Kerajaan Israel takder sekat dan larang pon.. hanya perlu isi satu dokumen ja... Passport pon tak perlu dicop... (dan anda akan dipantau sentiasa disana oleh Agensi Risikan Israel)...hehehe

Setelah itu dia dibenarkan masuk ke Gaza dan berlakulah apa yang Caprice ceritakan itu...

Okey.. untuk pengetahuan korang... ini apa yang Agensi dapat kutip dari saluran kami di Israel... Kerajaan Israel cukup cakna akan kehadiran Ebit Lew disempadan Gaza dan dalam proses nak masuk ke Gaza... dan mereka telah memaklumkan kepada agen-agen mereka di sempadan mengenainya.

Kerajaan Israel cukup risau kalu kebenaran diberikan kepada Ebit Lew untuk lepas ke sempadan Gaza kerana jika berlaku apa-apa ancaman terhadap Ebit Lew, yang akan kena tuduh dan buruk nama tentulah Kerajaan Israel.... ini their main concern... kata la ader sniper (tak kisahlah dari puak mana pun sniper tersebut) telah targetkan Ebit Lew... pastinya Kerajaan Israel yang akan dituduh dan dipersalahkan... Tambah lagi di Gaza... ader berpuluh-puluh wartawan dan media antarabangsa disana... dan pastinya benda macam ini amat perlu dielakkan oleh Kerajaan Israel.

Sebab itu Kerajaan Israel telah mengarahkan bahawa adalah lebih baik apa sahaja bantuan dari pihak Ebit Lew sewajarnya diagihkan terus kepada NGO tempatan di Gaza bagi mengurangkan risiko. Tapi inilah benda yang Ebit Lew tak suka sebab ianya akan menghilangkan nilai propaganda bagi dia dan NGOnya...

Bagi Ebit Lew .... dier perlu digambarkan sebagai dermawan yang turun kepadang... walaupun dikawasan paling bahaya... ini penting untuk imej dan propagandanya... dan jika ianya berjaya dibuat... maka akan lebih "masyuk"lah...

The rest is history...

Terpulanglah sama ada korang nak terima penjelasan dari sudut gua nih atau tidak... Gua takder hal...

By the way .... semua movement Ebit Lew dan Caprice di Gaza dipantau dengan baiknya oleh aset-aset serta operatif Agensi demi keselamatan mereka..

CnP



Tambah Ajinomoto Dalam Nilai Berita

Bhai/DeeDee semua...

Satu dunia kita nih ader semacam masalah yang sama... iaitu ramai yang buat kerja tambah ajinomoto dalam nilai berita... Malah dalam banyak keadaan ajinomoto yang terlalu berlebihan sampai hilang nilai berita yang sebenar.

Inilah punca mengapa WhatsApp sekat dua juta pengguna India dalam sebulan ... sebab banyak berita palsu dan tokok tambah yang dibuat dalam penyebaran berita-berita dalam group whatsapp yang bertebaran tanpa kawalan.

Jika tak dikekang perkara ini, ianya memungkinkan berlakunya rusuhan dan ketidaktenteraman awam. Jadi sebab itulah WhatsApp sekat dua juta pengguna India dalam sebulan.

Adoilah.

#WhatsappSpam #Spam #Ajinomoto
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

16 July 2021

Saat Institusi Kehakiman Dilacurkan (Tular)

Bhai/DeeDee semua...

Tak kisah la belah mana pun.. biasanya kalu ader kes rasuah melibatkan ahli politik... pasti akan selamat.. tular macam mana pun kes ahli politik tu makan rasuah, tetap pasti ahli politik itu akan selamat. Ini semua berlaku saat institusi kehakiman dilacurkan demi sedikit kuasa dan kepentingan

Sebab masing-masing ada kepentingan dan deal belakang tabir. Selagi mana kehakiman dan perundangan di Malaysia tidak bebas dan diletakkan dibawah kuasa autonomi ... selagi itulah masalah tetap timbul dan segala salahguna kuasa boleh berlaku tatkala saat institusi kehakiman dilacurkan.

Itu sebab kita mahukan pengasingan kuasa dalam Institusi Kehakiman yang telus, tegas dan teratur.

Apa pun.... setakat masa nih... salahguna kuasa dan rasuah melingkari hampir kesemua ahli politik di Malaysia yang pasti selamat dari tindakan perundangan dan kehakiman sewaktu saat Institusi Kehakiman dilacurkan.

Adoilah.

#Rasuah #Mahkamah #SalahgunaKuasa

Terkini : Keputusan rayuan hukuman penjara, denda Ku Nan hari ini

Bhai/DeeDee semua...

Hari nih keputusan rayuan hukuman penjara dan denda untuk Adnan Mansor sedang dibuat.. Proses Mahkamah tadi pukul 9 pagi... jadi ianya masih lagi belum dapat full keputusan.

Harapan gua agak sabitan kes dikekalkan malah hukuman dikekalkan atau ditambah atas sebab status diri Adnan Mansor itu sendiri.

#AdnanMansor #Rasuah #SabitanKes

15 July 2021

PAS Super Heroes

Bhai/DeeDee semua...

Pergh... hebat la PAS sekarang nih... dah ader sepasukan Super Heroes lar... terbaek... memang kena sangat-sangat lar... hahaha

#PASuperHeroes



14 July 2021

Suspek utama RCI Tabung Haji sudah dibenarkan berada di luar negara

Bhai/DeeDee semua..

Macam bangang kan... Sembang nak buat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan kes Tabung Haji (TH) .... kecoh la.... tapi.... tapi suspek utama RCI Tabung Haji sudah dibenarkan berada di luar negara.

Siap diberikan kebenaran oleh Mahkamah, PDRM, Imigresen dan Kerajaan Malaysia lagi... Pelik aaa... Patutnya suspek utama RCI Tabung Haji disekat daripada keluar negara. Ini tidak siapa dibenarkan pergi... konon untuk misi kemanusiaan la ... itu la... ini la...

Walhal suspek utama RCI Tabung Haji pun ader beberapa kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah... ader beberapa kes...

Adoilah ... macam mana la orang nak respek kat undang-undang Malaysia ni... pelawok sungguh lar... huhuhuhu

#AzeezRahim #THChairman #TabungHaji

Apa Strategi Muhyiddin Yasin Lantik TPM? (Siri 1)

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih simple ja sebenarnya ... kalu ko nak kaji.. tak payah susah... semak ja track record Muhyiddin Yasin dari masa dier jadi MB Johor sampai la dier jadi PM la nih...

Tapi takpa...

Nanti free... gua akan bagi ulasan lebih detail...

Sabaq naaa... hahaha... kita masak dulu...

Hahahaha



13 July 2021

Notis Panggilan Sidang Parlimen Perlu 14 Hari. Esok dah tinggal 12 Hari sebelum tarikh 26 Julai 2021

Bhai/DeeDee semua..

Notis Panggilan Sidang Parlimen Perlu 14 Hari. Esok dah tinggal 12 Hari sebelum tarikh 26 Julai 2021. So bila agaknya Takiyuddin Hassan akan edarkan notis panggilan sidang Parlimen tue.

Takiyuddin Hassan ni tau ka buat kerja? Dier tahu ka undang-undang?

Nampak macam bangang ja... Nak ngelat apa lagi ni??? Awat la orang PAS nih macam tatau buat kerja... Yang dapat jadi Duta Khas pon langsung tak buat kerja...

Huhuhu

#SidangParlimen #Notis14Hari #UndangUndang

UMNO banyak buat keputusan silap pasca PRU14

Bhai/DeeDee semua...

UMNO memang banyak buat keputusan yang silap pasca PRU14. Semenjak Ahmad Zahid Hamidi menjadi Presiden UMNO... dilihat banyak keputusan UMNO seakan setengah masak. Tiada pengkajian yang menyeluruh dibuat lebih awal. Malah tindakan itu dilihat menjahanamkan UMNO sebenarnya.

UMNO perlu buat perubahan. UMNO kena gembelengkan usaha mereka. UMNO kena mempergunakan kelebihan yang ada pada kedudukan Ismail Sabri selaku Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Persekutuan (Perikatan Nasional) sebagai batu loncatan untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa UMNO kekal relevan untuk memimpin negara ini.

UMNO kena pastikan bahawa apa yang Ismail Sabri buat selaku Timbalan Perdana Menteri sebenarnya adalah untuk menunjukkan kepada semua yang UMNO lebih layak mentadbir negara ini daripada BERSATU...

Dan UMNO kena gunakan kedudukan Ismail Sabri itu untuk memperkecilkan pengaruh dan kuasa Muhyiddin Yasin. UMNO kena cepat dan tangkas untuk sailang BERSATU...

Bila rakyat lihat Ismail Sabri lebih kedepan... makanya rakyat akan lebih nampak UMNO berbanding BERSATU... dan inilah yang sepatutnya UMNO buat.

Ini yang UMNO patut buat sekarang.

#UMNO #Sailang #BERSATU

Sukarelawan MyVAC pun terjangkit positif Covid-19.

Bhai/DeeDee semua...

Bila Petugas Pun Dijangkiti Virus : 204 petugas pusat vaksinasi di Shah Alam positif Covid 19

Satu yang merisaukan kita bilamana petugas dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pun terjangkit dengan Virus Covid-19. Adoilah.. Ini cukup bahaya. Sebab jika perkara ini berlanjutan dan merebak... maka dijamin tidak akan ader sesiapa yang akan menawarkan diri mereka menjadi sukarelawan...

Ini bukan benda main-main... Ini serius dan ini kritikal. Tiada siapa sukarelawan yang menjadi petugas di Pusat Pemberian Vaksin mahu dijangkiti positif Covid-19.

Harap benda macam ini dapat ditangani dengan baik dan segera...

#Sukarelawan #PositifCovid #PPV

12 July 2021

Pelabur Gelisah : Dewan Perniagaan Jerman, Jepun gesa kerajaan nilai semula pendekatan tangani Covid

Bhai/DeeDee semua..

Pelabur Gelisah : Dewan Perniagaan Jerman, Jepun gesa kerajaan nilai semula pendekatan tangani Covid

Memang masak bila Pelabur pun nampak carakerja dan halatuju Kerajaan Malaysia untuk menangani Covid-19 agak kabur dan seperti ayam hilang kepala. Tidak ketahuan dan tenggelam punca.

Kalu begini gayanya... makin ramai pelabur yang akan tarik diri. Sebab Kerajaan yang memerintah tak kompetan dan tidak proaktif. Malah dilihat lemah dalam pentadbiran dan terlampau berpolitik.

Adoilah.

#PelaburanAsing #DewanPerniagaan #BursaSaham

11 July 2021

Pelik - Lantai benteng pemecah ombak pecah dihempas ombak

Bhai/DeeDee semua...

Gua sungguh pelik membaca artikel ini di Harian Metro. Bukan apa... sebab ayat dan tajuk yang digunakan agak klise... hahaha.... Pelik - "Lantai benteng pemecah ombak pecah dihempas ombak"

Hahaha.... Memanglah tugas benteng pemecah ombak sepatutnya memecah ombak... tapi tak sangka ombak pulak yang memecahkan benteng.

Kelakar pun aderr... Hahaha

#Langkawi #BentengPemecahOmbakPecahSebabOmbak #Ribut

Brazil sudah kronik. Jumlah kematian akibat Covid-19 adalah lebih 500 ribu orang.

Bhai/DeeDee semua...

Brazil sudah kronik. Jumlah kematian akibat Covid-19 adalah lebih 500 ribu orang.

Brazil dilanda gelombang jangkitan Covid 19 baharu... angka keseluruhan dah cecah lebih 19 juta orang... Harapnya benda camnie tak jadi kat Malaysia. Kalu jadi... memang naya... Huhuhu

Ya Allah... Selamatkanlah Malaysia...

#WabakCovid #PusatPemberianVaksin #Vaksin

Rakyat dah fedup

Rakyat dah fedup

Bhai/DeeDee semua...

'Selagi ada penjilat penjilat ahli politik'.... selagi itulah masalah takkan selesai.... Rakyat dah fedup.. rakyat dah menyampah... rakyat dah bosan..

Pemimpin politik di Malaysia nih nasib baiklah mereka berada di Malaysia... berpolitik di Malaysia... kalu di negara lain.. rasanya sama ader dah mati kena tembak atau dah mati kena bom. Tak pon dah mati kena langgar. Nasib baiklah mereka di Malaysia.

Itu pon lagi ramai pemimpin politik nih jenis tak sedar diri... tak sedar dek untung... Kadang-kadang bila memikirkannya.... rasa patutlah Allah Taala membiarkan Mona Fendy hidup lagi... supaya orang politik nih ader akal sikit... payah sangat karang kena kerat 18 baru tau...

Huhuhuhu

#KerajaanBangsat #KerajaanGagal #KerajaanPengkhianat

10 July 2021

PM Malaysia Letak Jawatan?

PALSU : Pejabat Perdana Menteri nafi kenyataan Muhyiddin letak jawatan.

Bhai/DeeDee semua...

Pejabat Perdana Menteri telah menafikan kenyataan bahawa PM Muhyiddin Yasin telah letak jawatan... Ini betul palsu... sebab katanya kenyataan ini tidak di publish di akaun rasmi Muhyiddin Yasin.

Memang pun ianya palsu... sebab nama sebenar adalah Mahiaddin Md Yasin.

Hahaha

#LetakJawatan #PMUndur #KerajaanGagal

UMNO Gila Talak

Bhai/DeeDee semua...

UMNO nih adalah sebuah parti yang kelakar... Dier rasa dier boleh menongkat dunia... UMNO rasa merekalah sepatutnya menjadi Numero Uno dalam pentadbiran negara...

Sebab itu UMNO sekarang nih seumpama jantan gila talak. Hahaha... Jatuh cerai dengan Perikatan Nasional (PN) tapi masih dok gila nak tidur sekatil dengan Perikatan Nasional (PN)..

Hahahaha

#UMNO #BERSATU #PerikatanNasional

Malaysia Gagal, Kerajaan Gagal.

Bhai/DeeDee semua...

Kalu tanya Mustapha Mohamed, sure dier akan kata Malaysia tidak gagal, sistem pentadbiran beroperasi dengan baik ... memang la.. sebab orang yang gagal memang takkan mengaku dia gagal...

Sebagai contoh... puluhan tahun Mustapha Mohamed nih jadi Ahli Parlimen Jeli.... aper pembangunan yang dier dah bawak ke Jeli... setakat harap ader MRSM je disana... selain dari tue... takder... so... dier nih memang la failed punya Ahli Parlimen... Ahli Parlimen yang gagal...

Tabley pakai..

Kerajaan Malaysia hari nih pun gagal... gagal mentadbir ekonomi, gagal mentadbir pentadbiran, gagal mentadbir kesihatan, gagal segagal-gagalnya.

#BenderaPutih #KerajaanGagal #FailedState

09 July 2021

'Kadir Jasin tak kenal pun PAS' kata Ahmad Tarmizi

Bhai/DeeDee semua...

Ahli Parlimen Sik nih kata A. Kadir Jasin tak kenal pun PAS... dier siap kutuk A. Kadir Jasin. Hahaha... Takpa... bukan gua nak bekap A. Kadir Jasin pon...

Tapi... Gua tak tahan nak gelak biler Ahmad Tarmizi nih bekap giler Abdul Hadi Awang... katanya Abdul Hadi Awang la yang jadi pendamai puak-puak Islam yang bertelagah di Timur Tengah... tambah lagi yang berkait dengan Palestin dan Israel...

Hahaha,.... ader betul ka???

Jejak kaki ke Israel pon Abdul Hadi Awang tak pernah .... lagi mau sembang deras... Kalu betul la Abdul Hadi Awang nih sohor di Timur Tengah... mesti nama dier ader disebut oleh media-media sana... Media Israel pun patutnya mesti pernah pickup nama Abdul Hadi Awang kalu betul dier ader significant value kat sana...

Hahaha... sembang boleh lar... Hahaha

#Harakah #AbdulHadiAwang #DutaTimurTengah

Kes positif Covid 19 boleh mencecah hingga 30,000 orang kata Pakar Virologi.

Bhai/DeeDee semua...

Gua setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Pakar Virologi ini. Betul. Kalu kita tak tangani segera wabak Covid-19 ini dengan cara yang lebih tersusun dan proaktif... maka kita berkemungkinan akan mendapat kes positif Covid-19 yang boleh mencecah hingga 30,000 orang sehari.

Dalam keadaan Kerajaan Perikatan Nasional yang ada sekarang nih... dengan arahan dan SOP yang hancai bancai... yang ad-hoc... yang tak ketahuan punca... memang akan masak lar.... Lagi kronik ader la..

Kena cepat diperbetulkan... kena cepat diambil tindakan... kasik ejast balik Kerajaan dan agensi yang berkaitan... yang mana lemau... yang mana lembam ... kita humbankan mereka... karut ja tinggalkan depa lead ini negara...

Ekonomi jangan cakap la... dah musnah habis...nak recovery maybe amik masa sampai 10 tahun kot.... kalu dengan Kerajaan "Alpha" yang ader la nih... Hampeh from the core.

#WabakCovid19 #JangkitanBaru #PusatPemberianVaksin

Ahli Parlimen UMNO : Nak ikut keputusan MT UMNO atau bekerja sama dengan Perikatan Nasional?

Bhai/DeeDee semua...

Kalau ikut kata Ahmad Maslan, keputusan parti mesti jadi panduan Ahli Parlimen Umno... Tapi mahukah Ahli Parlimen UMNO nak ikut? Atau diorang lebih memikirkan tentang laba dan imbuhan yang mereka dapat bilamana mereka bersekongkol dengan Perikatan Nasional??

Sebab sewaktu Ahli Parlimen lompat parti pun... diorang bukan ikut sangat keputusan parti... depa ikut kepala sendiri.... kan kan kan..

So... buat apa depa ikut cakap MT UMNO...

#PresidenUMNOLemah #PresidenGagal #LetakJawatan

Montenegro tersepit akibat hutang dengan China

Bhai/DeeDee semua...

China nih memang ader satu strategi untuk menguasai dunia. Banyak negara dah terkena dengan China. Memang antara strategi masa kini bukanlah menakluk secara perang tetapi dengan cara ekonomi...

Dengan cara memberikan hutang untuk pembangunan kepada banyak negara... Bila dah tabley nak bayar hutang... maka tersepit dan dikenakan macam-macam deal yang mengarut oleh China...

Itu yang berlaku pada Sri Lanka, Bangladesh dan banyak negara Afrika. Negara kita Malaysia pun nyaris-nyaris nak terjebak sama masa zaman Najib Razak menjadi Perdana Menteri.... Nasib baik masa PH memerintah... banyak polisi dan deal yang dah dibuat dengan China di kaji balik dan di perkemaskan...

Kalu tidak naya jer kita... Nih zaman PN memerintah pun macam nak jadi cara yang sama jer.... Bangang betul lar...

#EXIMBankChina #China #Pinjaman

08 July 2021

Lebih 38,000 kes baru, doktor Indonesia tentukan siapa 'terus hidup'

Bhai/DeeDee semua...

Kes meningkat naik. Makin tinggi di Indonesia. Tambah pulak ader varian baru virus Covid-19. Ramai yang mati... ramai yang terjangkiti..

Kita di Malaysia pun hari ini naik kes ke 8868 ... banyak tue.. takkan nak tunggu naik ke 15000 kes sehari baru nak beringat... huhuhu

#VaksinCovid19 #PusatPemberianVaksin #Nyawa

'Sudah 20 tahun diteroka, kita kena hentikan' kata Pengarah JPNP

Bhai/DeeDee semua...

20 hingga 30 tahun dulu... tanah seluar 11000 ekar... tanah Hutan Simpan Kekal di Raub telah diteroka secara haram untuk penanaman durian Musang King. Persoalan gua sekarang... kenapa baru sekarang diambil tindakan. Takkan 20 hingga 30 tahun dulu tak nampak benda berlaku depan mata?

11000 ekar tanah hutan simpan kekal tue agak-agaknya mempunyai berapa banyak pokok kayu balak berkualiti tinggi. Nak keluarkan semua tue amik masa berapa lama... Berapa banyak lori yang diperlukan dan digunakan...

Takkan itu semua takder sapa nampa? Takkan semua halimunan? Takkan pegawai hutan, pegawai daerah, ketua kampung, penghulu dan segala orang kampung tak tahu dan tak nampak?

Tipulah kalu tak tau... Dan puluhan tahun rasuah berlaku... Pejabat Hutan dan Pejabat Tanah tue kakitangannya sure semua Melayu Islam... takkan rasuah pon boleh lepas dengan mudah... Adoilah...

Ini semua kerjabuat puak-puak yang ader kena mengena dengan Dewa Kayangan.... kalu tidak takkan lepas punya...

#MusangKing #Rasuah #JabatanPerhutanan

Shahrir ingatkan bagaimana Muhyiddin desak Pak Lah undur

Bhai/DeeDee semua..

Dulu masa berlaku desakan untuk Pak Lah undur.... Muhyiddin Yasin dengan selambanya kekal dalam Kabinet... dan bila Najib Razak naik... maka Muhyiddin Yasin pun dapatlah jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Cukup lama dia di kedudukan itu. Jadi Muhyiddin Yasin tak perlu lah nak menyindir sesiapa yang sedang berada dalam kabinet.... Dia kena faham itu sebab dulu dia juga buat benda yang sama.

Kan... Kan... Kan...

#PMUndur #KerajaanGagal #LetakJawatan

Ahmad Zahid Hamidi - Presiden UMNO paling lemah dalam sejarah Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Gua ikut rapat mesyuarat MT UMNO malam tadi secara online... Dan dari apa yang gua dapat simpulkan... tiada apa yang menarik dalam keputusan mesyuarat MT UMNO malam tadi.... nothing.

Itu sebabnya gua cakap takder apa. Malah tiada arahan bagi semua yang dapat jawatan untuk meletakkan jawatan. Takdak langsung.

Jadi takder signifikan.

Hahaha

#PresidenUMNO #LetakJawatan #AhmadZahidHamidi #KerajaanGagal

07 July 2021

Doktor Palsu Di Pusat Pemberian Vaksin

Bhai/DeeDee semua...

Memang jadi masalah besar bila dikesan terdapatnya Doktor Palsu. Ini memang membahayakan. Tambah lagi bila melibatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Bayangkan kalu si pelaku (Doktor Palsu) ini boleh terlibat dalam banyak lagi aktiviti macam pembedahan dan sebagainya. Apakah risiko yang bakal terjadi.

Kita perlu tangani isu ini dengan segera dan berkesan.

#DoktorPalsu #PusatPemberianVaksin #DoktorKontrak



KUCHING: Tembelang seorang lelaki menyamar sebagai doktor sukarelawan yang bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan terbongkar.

Rahsia suspek pecah disebabkan seorang sukarelawan yang mengenalinya dan mengakui rakan sekelasnya ketika berada Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru di 2016.

Sebelum itu, suspek dari Bandar Baru Samariang memperkenalkan diri sebagai sebagai Doktor Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugas di hospital kerajaan di bahagian neurologi.

Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, lulusan pegawai perubatan yang bekerja di Unit Neurologi Sarawak Hospital Umum kepada kakitangan lain di PPV.

Suspek ditangkap oleh polis pada pukul 2 petang pada 1 Julai selepas rahsianya terbongkar.

Ketika ditahan, polis merampas beberapa barangan daripada suspek iaitu sebuah beg sandang berwarna coklat, sehelai baju kerja berwarna biru bertulis Sarawak General Hospital, satu unit stetoskop jenama Littman, satu pas nama pekerja MOH termasuk perkakas kerja kedoktoran yang lain, seunit i-Phone dan baju kerja berwarna biru bertulis Shah Hairul Izman dan seluar biru gelap.

Sarawak Tribune melaporkan, nasib suspek akan diketahui 17 Ogos apabila Mahkamah Majistret memerintahkan suspek 20 tahun ditahan lanjut sementara menunggu laporan sosialnya.

Berdasarkan fakta kes, suspek memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, lulusan pegawai perubatan yang bekerja di Unit neurologi Sarawak Hospital Umum di bawah pengawasan Dr Lau, kepada kakitangan lain di PPV.

Dia kemudian memberitahu mereka bahawa dia mengunjungi pusat untuk melihat kes trauma terutamanya melibatkan kejadian buruk imunisasi.

Kelakuan suspek telah meyakinkan dia adalah doktor yang tulen serta dibenarkan bekerja sebagai sukarelawan di Stadium PPV Perpaduan dari 16 Jun hingga 1 Julai



Buka Atau Tutup? Apa Pilihan Kita?

Bhai/DeeDee semua...

Apa pilihan yang kita ada? Kalu kita berterusan buka kilang sarung tangan, kluster kilang kita tak dapat hapuskan. Kalu kita tutup kilang, ekonomi kita akan lebih terjejas teruk. Dividen KWSP kita mungkin tidak dapat menjanakan nilai yang tinggi. Dan kita juga akan rugi.

Saingan kuat dalam industri pengeluaran sarung tangan getah ini adalah China. Sehingga kini kita masih dapat mengekalkan kedudukan. Jangan sampai China dapat mengatasi kita dan kawal semua tempahan dan pembekalan.

Kita kini berbelah bahagi.

#SarungTanganGetah #TopGlove #Hartalega #Kossan

Cerita Sedih Tentang Rakyat Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Dulu orang curi TV, curi macam-macam benda berharga.... tapi kini rakyat curi ikan, curi sayur ... curi telur ayam ... semata-mana nak menampung kehidupan..... Orang dah terdesak sangat...

Ekonomi dah kronik... ramai orang hilang pekerjaan... ramai orang tak bekerja... orang yang berkerja gaji hari sudah tiada kerja... majikan pun banyak yang bungkus... kedai tutup... tak mampu nak bayar sewa...

Tapi... yang diatas seumpama tidak dengar... tidak lihat... tidak bersuara.... tentang apa yang berlaku dibawah... Tindakan yang diambil sangat lambat... dan tidak bertepatan dengan apa yang berlaku...

Malah... Bank Negara Malaysia (BNM) seumpama Singa yang tiada gigi.... menggerunkan tapi kelakar... sampai Bank Komersial pun tak hiraukan arahan BNM... Serupa takder makna,... Sebab itu keadaan semakin menekan...

Dan ramai sudah ambil tindakan bunuh diri.

Allahuakbar...

#BenderaPutih #BunuhDiri #Moratorium

06 July 2021

Kerja Gila: 5 ditahan 'bersantai' di luar balkoni

Bhai/DeeDee semua..

Kita faham la orang dah bosan.. dah boring.. kena kuncitara... kena lockdown.... kena PKP... kena PKPD .... tu yang dah makin gila dah orang... sampai ader yang bersantai di luar balkoni...

Nak mampus ke apa?? Hahaha

#Santai #KerjaGila #MakinGila

Kecelaruan Dalam CIMS 3.0

Bhai/DeeDee semua...

Caca marba sungguh la semua semasa PKPD nih.. ader yang boleh bukak ader yang kena tutup.. Malah ader yang boleh dapat kelulusan CIMS tapi tak dibenarkan beroperasi. Adoilah..

Sesama agensi kerajaan pun boleh bertelagah.

#MITI #MKN #CIMS

Arahan Bercanggah

Bhai/DeeDee semua..

Kita sebenarnya tidak faham kenapa ada berlaku sekatan atas penjualan barang-barang di Pasaraya, Kedai Serbaneka dan sebagainya atas alasan barang tersebut "Non Essential".

Malah banyak SOP yang dibuat pihak berkuasa dilihat kelam kabut, kuca lana dan seperti tidak ada kesepakatan antara semua agensi Kerajaan. MKN, KPDNHEP, POLIS dan sebagainya semua banyak buat keputusan yang kontradik antara satu sama lain.

Adoilah.

#KPDNHEP #MKN #SOPCovid

05 July 2021

Vaksin Rejek?

Bhai/DeeDee semua...

Betul ker kita dapat vaksin rejek? Biar benar? Tau la kat Malaysia ader Reject Shoppe ... jangan la vaksin pun kita dapat yang rejek. Yang sekenhen.

Harap bukan la vaksin CopyOri la yer.

#Vaksin #RejectedVaccine #CopyOri

Salahguna Proses Nikah Di Thailand

Bhai/DeeDee semua...

Pada gua isu bernikah di Thailand ini satu isu berat. Sebab ianya acapkali menimbulkan masalah dikemudian hari. Ini semua berlaku kerana kes tidak direkodkan dan disahkan. Malah terjadi kes anak-anak terkahwin sesama sendiri atas sebab perkahwinan tak berdaftar oleh mak bapa yang terlibat.

Rosak dan bermasalah semuanya.

Patut kita berbuat sesuatu.

#NikahDiSiam #KahwinDua #Poligami

04 July 2021

Katak Politik

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua memang menyampah dengan katak politik nih. Dan memang yang menjahanamkan demokrasi di Malaysia ini adalah katak politik. Mereka tidak berprinsip. Mereka tidak ada etika. Mereka celaka.

Aper pun tindakan mereka, sebenarnya mereka menipu pengundi dan mereka khianat kepada para pengundi. Dan mereka perlu dihukum.

#KatakPolitik #LompatParti #DemokrasiBerparlimen

Bila SPRM Nak Siasat Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang lama tamat perkhidmatannya, ada seorang Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan yang sepatutnya naik menggantikannya secara hirarki. Beliau adalah Datuk Dr Ahmad Rafee Che Kassim. Berkelayakan PhD dan telah lama berkhidmat.

Tiba-tiba Kerajaan melantik Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang baru. Hanya berkelayakan Sarjana Muda dan Sarjana. Baru sahaja 6 bulan berada pada kedudukan Jusa B yang mana 12 bulan sebelum itu berada pada kedudukan Jusa C.

SPRM taknak siasat ke bagaimana perlantikan ini dibuat. Apa dasar meritnya? Atau ada sesuatu salahguna kuasa yang berlaku? SPRM bisu dan buta ke?

#SPRMbisu #SPRMbuta #SPRMpekak

Siapa Yang Bodoh Sangat Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Kerja gila pasang kawat berduri di tangga. Kita tahu anggota ATM yang pasang kawat berduri itu kerana ikut arahan. Dan ATM takkan buat tanpa arahan. Jadi.... persoalannya sekarang, siapa yang mengarahkan ATM pasang kawat berduri itu di tangga yang sekaligus menghalang laluan kecemasan jika berlaku kebakaran, menghalang akses kepada pemadam api dan juga paip bomba.

Siapa yang bagi arahan ni? Semua taknak mengaku nampaknya.

#KawatBerduri #PKPD #LaluanKecemasan #UndangUndang

Misteri Di Jalan Bellamy

Bhai/DeeDee semua...

Apa yang ada di Jalan Bellamy. Sebuah banglo milik Kerajaan Persekutuan dikawasan elit. Tiba-tiba waktu malam dua hari sudah ader kelihatan banyak kenderaan mewah hadir.

Apa ada disana sebenarnya? Pelik..

Macam ada agenda jer.

#UMNO #PerikatanNasional #BERSATU

03 July 2021

PAS Perasan Bagoosh

Bhai/DeeDee semua...

Bak kata peribahasa Melayu lama ..... "Seperti kuali yang mengatakan buntut periuk hitam".

PAS memang tak sedar diri...

#PAS #DAP #Banjir

Kesesakan Di Wad Kecemasan Akibat Salah Percaturan Kerajaan Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Sebab apa perkara ni terjadi? Sebab apa? Sebab Hospital Awam tidak mencukupi di Lembah Klang. Cuba lu orang kira berapa banyak Hospital Awam di kawasan Lembah Klang berbanding Hospital Swasta. Hospital Swasta boleh berada bersebelahan antara satu sama lain dan tetap juga mendapat sambutan. Kenapa jadi begini?

Persoalannya sekarang. Dalam kes wabak macam ni... Hospital Swasta tak amik port. Semuanya dibebankan kepada Hospital Awam.

Ini sebenarnya adalah salah perancangan oleh Kerajaan Malaysia dan KKM. Patutnya bilangan Hospital Awam ini mesti mengikut nisbah bilangan penduduk dalam kawasan radius perkhidmatannya. Ini yang sepatutnya.

Tapi bukan ini yang berlaku... Polisi Kerajaan yang lebih kepada nak menguntungkan Hospital Swasta itulah yang menjadikan masalah.

#WadKecemasanSesak #HospitalAwamSesak #DoktorKontrakMogok #HartalDoktorKontrak

PAS Bakal Ditolak Pengundi Atas Pagar Pada PRU15

Bhai/DeeDee semua...

Orang agama nih sepatutnya lebih dekat dengan rakyat marhaen mustad'afin... tapi ntah la... yang ader sekarang semua macam celaka. Dalam kes Kempen Bendera Putih nih.. yang lebih meroyan adalah PAS... UMNO relaks jer...

Aper nak jadi ngan PAS aaa....

#KempenBenderaPutih #KerajaanGagal #PASBakalKalahPRU15

02 July 2021

Kempen #BenderaPutih Memang Menunjukkan Kerajaan Gagal

Bhai/Dee semua...

Dah memang sah pun Kerajaan Malaysia ini gagal... Kerajaan Gagal untuk mentadbir ekonomi negara. Kerajaan Gagal untuk mengawal wabak. Kerajaan Gagal dalam memahami denyut nadi rakyat. Kerajaan Gagal mengenal punca kegagalan kerajaan itu sendiri.

Adoilah.

Dah gagal tu sedar-sedar diri la... Tak payah la nak putaq belit pusing bagai.

#KerajaanGagal #PMCirit

01 July 2021

Betapa Celakanya Puak Agama Ni

Bhai/DeeDee semua...

Orang yang tak rasa dan tak alami situasi tertekan macam ni boleh la cakap apa sahaja. Sebab poket dier sentiasa penuh. Gaji dan elaun sentiasa ada. Elaun perumahan, elaun kenderaan. Malah duit sampul pun orang hulurkan bila ada ceramah bagai walaupun dier pergi atas kapasiti jawatan dier. Makan dah tentu free dijamu orang.

Kempen kibar bendera putih ni dibuat sebab orang dah frust dengan Kerajaan Persekutuan... orang dah kecewa.

Tapi datang geng-geng kopiah / serban atas kepala yang tak ada perasaan ehsan, empati dan simpati nih... memang celaka... ini memang celaka.

#BenderaPutih #KerajaanPembunuh #KerajaanGagal #KerajaanBangsat #KerajaanCelaka

Hartal Doktor Kontrak

Bhai/DeeDee semua...

Gua bersetuju dengan cadangan para doktor kontrak untuk membuat satu program Hartal sebagai satu usaha untuk menekan pihak berwajib untuk melihat dan mengambil berat isu berkenaan dengan kebajikan Doktor Kontrak ni

Sebab ramai dikalangan doktor kontrak ini lebih suka berkhidmat dalam perkhidmatan kesihatan awam berbanding dengan perkhidmatan kesihatan swasta. Ramai yang kekal berprinsip... Ramai yang ada jati diri. Ramai yang patriotik.

Harap Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia dapat ambil berat isu yang diutarakan oleh Doktor Kontrak ini.

#HartalDoktorKontrak #DoktorKontrak #Hartal


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1