Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

24 July 2021

RM700k Tak Sampai 24 Jam

Bhai/DeeDee semua...

Syed Saddiq nih bukan calang-calang Ahli Parlimen... Betul dier masih muda lagi... betul dier tak banyak pengalaman... betul dier masih baru lagi dalam dunia politik.... tapi... dengan kekuatan pengaruh yang dier ader... sekejap jer dier boleh collect RM700k tak sampai 24 jam...

Ini bukan kaleng-kaleng punya worang...

Dan ader sorang lagi Ahli Parlimen... iaitu Ahli Parlimen Bukit Mertajam... Steven Sim... ini pon sama auranya dengan Syed Saddiq...  Mampu gerakkan dana "crowd fund" dengan mudah...

Dan kedua-dua Ahli Parlimen Muar dan Bukit Mertajam nih dulu bersama dalam satu Kementerian semasa dalam Pakatan Harapan..... mereka mempunyai semacam aura dalam kalangan para pengundi... Gua percaya ... kalaulah kita ader ramai Ahli Parlimen macam nih... InsyaAllah ... Malaysia akan akhirnya mendapat Kerajaan yang bagoosh...

Kita harap ramai lagi Ahli Parlimen yang muda macam Ahli Parlimen Batu (P. Prabakharan) dapat juga menjentik aura perubahan dalam Parlimen Malaysia...

Kearah Malaysia Yang Baru dan Bermaruah.



6 comments:

  1. Berapa banyak nak kumpul tak kisah lah Tuan Syed - Di mahkamah nanti hanya peguam bela sahaja yang berkumpul mungkin peguam handal Tun pun berkumpul sekali. Bring it on.

    Dengan 9,836 menyumbang pada tabung rayuan Syed Saddiq untuk membayar wang jaminan dan kos guaman, namun jumlahnya bukan sahaja mencukupi, tetapi berjaya dikutip kurang 24 jam.

    Jumlah penyumbang, jika dibandingkan jumlah yang mengundi beliau pada PRU-14 – mewakili 44% daripada 22,341 pengundi.

    Penulis percaya, penyumbang tersebut tidak semestinya mereka yang mengundi beliau, akan tetapi mungkin menyebar di seluruh negara.

    Amaun RM715,500 jika dibahagi dengan jumlah penyumbang, purata lebih sedikit dari RM72.

    Di mahkamah medan Syed sekurang kurang nya elok buat sumpah laknat macam bossku... akibat sumpah laknat tuan yang memfitnah jijik tertebuk muka nya sendiri dan PRK lagi banyak undi berkumpul menjatuhkan Tun dan PH. Ingat itu fakta tuh..


    q serra serra bring it on

    ReplyDelete
  2. Beri peluang golongan muda dapat pekerjaan yang lebih baik.

    Seramai 163 doktor di S’gor berhenti sejak Januari, antara lain kerana hilang minat

    Seramai 163 pegawai perubatan kontrak yang berkhidmat di Selangor telah meletak jawatan sejak Januari tahun ini sehingga hari ini, menurut Pengarah Kesihatan Selangor Dr Shaari Ngadiman.

    Ketika diminta mengulas mengenai laporan doktor kontrak di Lembah Klang yang letak jawatan disebabkan tekanan susulan lonjakan kes Covid-19, Shaari tidak merujuk kepada beban yang dihadapi oleh pegawai perubatan di Selangor.

    Sebaliknya, dia mengaitkan peletakan jawatan itu atas sebab lain.

    “Pertama pada masa ini, jika kita lihat, mereka berhenti sebab untuk berkhidmat di pusat pemberian vaksin yang menawarkan emolumen lebih tinggi.

    Masa kerajaan untuk kaji semula umur persaraan wajib pekerja di Malaysia dikembalikan pada 55 tahun.

    ReplyDelete
  3. Berapa banyak nak kumpul tak kisah lah Tuan Syed - Di mahkamah nanti hanya peguam bela sahaja yang berkumpul mungkin peguam handal Tun pun berkumpul sekali. Bring it on. Dengan 9,836 menyumbang pada tabung rayuan Syed Saddiq untuk membayar wang jaminan dan kos guaman, namun jumlahnya bukan sahaja mencukupi, tetapi berjaya dikutip kurang 24 jam.

    Jumlah penyumbang, jika dibandingkan jumlah yang mengundi beliau pada PRU-14 – mewakili 44% daripada 22,341 pengundi.

    Penulis percaya, penyumbang tersebut tidak semestinya mereka yang mengundi beliau, akan tetapi mungkin menyebar di seluruh negara.

    Amaun RM715,500 jika dibahagi dengan jumlah penyumbang, purata lebih sedikit dari RM72.

    Kau bernasib baik Tuan Syed tiada trial by media ngatakan kau penyamun pencuri dan perompak walaupun mahkamah masih berjalan. Bukan macam bossku belum bicara di fitnah pencuri penyamun. Nama Jho Low di jaja serata dunia. Akhirnya Jho Low lesap bebas Melayu sesama Melayu berantakan. Jho Low tepuk tangan bersama bangsa Jho Low lihat kebodohan ultra Melayu di bangang bangangkan oleh mereka.

    Di mahkamah medan Syed sekurang kurang nya elok buat sumpah laknat macam bossku... akibat sumpah laknat tuan yang memfutnah jijik tertebuk muka nya sendiri dan PRK lagi banyak undi berkumpul menjatuhkan Tun dan PH.


    q serra serra bring it on

    ReplyDelete
  4. Geng walaun benci akan Saddiq dan Steven Sim, tuan. Ada seorang pensyarah tu kata dan buat macam-macam kepada Steven Sim. Kasian YB itu!

    ReplyDelete
  5. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam perlu kaji umur persaraan wajib.

    Esok bersidang elok disyorkan umur bersara wajib dikaji semula. Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkaji semula semua tuntutan doktor kontrak bersesuaian dengan satu reformasi secara menyeluruh sistem kesihatan negara.

    “Pada 26 Julai nanti satu lagi titik hitam sejarah negara akan terlakar apabila seramai 23,000 doktor kontrak akan mengadakan mogok tidak hadir bekerja selama satu hari setelah kerajaan konon nya merasakan telah wujud lambakan doktor dalam negara.

    “Setakat ini Malaysia mempunyai seramai 71,041 doktor perubatan dan 73 peratus atau 51,912 berkhidmat dengan KKM. Manakala seramai 32 peratus atau 23,071 orang merupakan doktor kontrak dan sejak 2016 hanya 786 orang atau 3.4 peratus sahaja telah diserap ke jawatan tetap.

    SPA diminta kembalikan umur persaraan wajib kepada 55 - 56 tahun.

    ReplyDelete
  6. AHLI parlimen yang menyebar bendera putih konon tak mampu membayar melibatkan kes mahkamah atas angkara sendiri, pada hal mendiami rumah yang mewah serba lengkap dan tiada pun masalah lapar kebuluruhan, adakah kita menuju ke zaman...........fikir2lah sendiri

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1