Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Get Your FREE Helium Hotspot

17 July 2021

Isu Ebit Lew

Isu Ebit Lew nih sebenarnya berkisar kepada satu perkara ja.

Propaganda.... which in turn "masyuk"

Okay... Gua tahu tulisan gua nih mesti akan dikecam dan ditentang habis-habisan oleh puak-puak yang pro Ebit Lew. Tambah lagi dengan adanya sentimen agama yang dibawa olehnya serta elemen "mass brainwash" oleh puak-puak pentaksubnya.

Takpa... penulisan ini adalah dari sudut pandang personal gua sebagai bekas pegawai Operatif yang telah berkhidmat selama 24 tahun.

Gua takmo sorotkan semua benda ... cuma gua nak pointkan kepada 3 senario yang berjaya mem"potrey"kan imej Ebit Lew sampai level "cult" nih... It's all about propaganda yang akhirnya akan memberikan keuntungan komersial pada NGOnya.

Dana NGO Ebit Lew tue dikesan ader dua... Audited and non-audited. Yang itu biarlah pihak berwajib dan financial authority yang ambil tindakan.

1. Dimasa tiada seorang pun dibenarkan rentas daerah dan negeri (pada awal PKP1.0).. Ebit Lew dengan selambanya pergi kesana-sini atas agenda nak berikan bantuan dari NGO yang beliau kemudikan... Dia tahu cara mudah untuk membeli akses adalah dengan hulurkan bantuan kepada anggota-anggota yang mengawal disetiap SJR. Dan itu yang berlaku... sampaikan dari KL dier boleh ke Kedah/Perlis dan lepas itu siap ke Kelantan dan Johor Baharu.

Tiada satu pun dokumen kebenaran rentas daerah atau rentas negeri yang dia ada... Namus selepas isu ini menjadi kecoh dalam media, maka PDRM tertekan lalu ader seorang Pegawai PDRM pangkat tinggi terpaksa keluarkan kenyataan yang katanya Ebit Lew telah mendapat kebenaran khas dari PDRM walaupun sebenarnya kebenaran itu baru sahaja didokumenkan siap bertarikh backdated tanpa tarikh akhir. PDRM terpaksa buat damage cover untuk menjaga integriti PDRM itu sendiri.

Jadi selepas itu lagi panjanglah kaki Ebit Lew mengorakkan langkat cover 1Malaysia. Dan bertambah masyuklah mencurah-curah dana kedalam tabung NGOnya...

2. Insiden kedua ... pula berlaku di Sabah... ketika Ebit Lew bertegas nak masuk ke Tawau, Semporna dan beberapa pulau disana untuk memberikan sumbangan. PDRM ada memberikan nasihat supaya Ebit Lew menyerahkan sahaja sumbangan tersebut kepada pihak NGO yang memang ada disana... namun Ebit Lew bertegas mahu turun padang juga supaya sesi photo dan video dapat diambil oleh teamnya.

Disebabkan kerana ini ada pegawai yang berikan kelulusan sementara untuk Ebit Lew masuk ke kawasan yang dikawal ketat oleh ESSCOM dengan diiringi oleh Unit Khas PDRM. Dan berita ini pula sampai kepada kepimpinan atasan PDRM lalu mereka tidak berikan "clearance".

Jadi dengan batalnya program ini, maka Ebit Lew mula membuat beberapa post bergambar dalam sosial media dengan ayat-ayat propaganda yang kononnya Polis menghalang Ebit Lew memberikan bantuan. Ramai netizen terkesan dan ader yang marahkan pihak berkuasa. Isu ini menjadi panas seketika... dan PDRM tetap tidak berganjak dengan keputusan tidak membenarkan Ebit Lew kesana ... supaya Ebit Lew hanya menyerahkan bantuan tersebut kepada team NGO lokal yang memang beroperasi disana.

Dan cadangan Polis inilah yang Ebit Lew tidak mahu ikut kerana peluang "propaganda"nya telah disekat.

Untuk pengetahuan korang... Jika Ebit Lew terus masuk ke sana... dengan duit tunai yang dibawa hampir bernilai setengah juta tak termasuk bekalan makanan dan sebagainya... bayangkan apa akan terjadi jika Ebit Lew berjaya diculik oleh Mundu atau mana-mana kumpulan pengganas... Agak-agak korang bagaimana pula dengan imej PDRM? Pastinya orang akan kata yang buruk-buruk je ngan PDRM.

PDRM terpaksa ambil tindakan "take action before it's too late" bagi kes Ebit Lew di Sabah nih.

Baca juga propaganda Ebit Lew untuk menarik simpati dan sokongan (https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ebit-lew-dakwa-akan-dipenjara-3-tahun-sekiranya-teruskan-bantuan-di-sabah-280942)

3. Isu Ebit Lew di Gaza... yang ini menarik sebab isu ini membabitkan playground gua dan team Agensi yang pernah gua anggotai selama 24 tahun.

Pada masa ini imej yang dipotreykan oleh Ebit Lew sudah menjadi besar.. Imej philantropis (dermawan)nya telah mendapat perhatian dari VVIP dan Orang Politik. Dan ini sebenarnya adalah satu taktik propaganda yang terbaik untuk akses dan kabel bagi melakukan "stunt" diperingkat global.

Korang kena faham... jika "stunt" diperingkat global dapat dibuat dengan jayanya... sumbangan akan lebih masyuk dari sumber-sumber luar negara.. dan dengan masuknya kepada NGO... mudahlah urusan pemindahan dana tanpa banyak kerenah boleh berlaku.... Takpa ... itu nanti gua storykan... maybe di artikel lain..

Berbalik ngan isu Gaza nih... Ebit Lew dapat kebenaran politik untuk pergi kesana. Dan sesampai disana pada awalnya Ebit Lew disekat untuk masuk ke Gaza .. dan bermulakan episod "propaganda" berlaku...

Ingat tak tiba-tiba dikatakan Ebit Lew hilang di sempadan Gaza... beberapa hari tiada berita tentangnya... wah.. ramai pentaksub kecoh di Sosmed... siap tuduh Kerajaan Israel punya angkara. Dan tiba-tiba Ebit Lew muncul dan buat propa sedih.... Hehehe (https://malaysiadateline.com/netizen-lega-ebit-lew-update-status-selepas-2-minggu-hilang-di-gaza/)

Kononnya terlalu sukar nak masuk ke Gaza.. walhal ramai sangai orang Malaysia secara peribadi atau sebagai NGO boleh ja keluar masuk ke Gaza... macam Heliza Helmi dan sebagainya... Kalu korang nak tau... nak masuk sampai ke Tel Aviv pon boleh.. Kerajaan Israel takder sekat dan larang pon.. hanya perlu isi satu dokumen ja... Passport pon tak perlu dicop... (dan anda akan dipantau sentiasa disana oleh Agensi Risikan Israel)...hehehe

Setelah itu dia dibenarkan masuk ke Gaza dan berlakulah apa yang Caprice ceritakan itu...

Okey.. untuk pengetahuan korang... ini apa yang Agensi dapat kutip dari saluran kami di Israel... Kerajaan Israel cukup cakna akan kehadiran Ebit Lew disempadan Gaza dan dalam proses nak masuk ke Gaza... dan mereka telah memaklumkan kepada agen-agen mereka di sempadan mengenainya.

Kerajaan Israel cukup risau kalu kebenaran diberikan kepada Ebit Lew untuk lepas ke sempadan Gaza kerana jika berlaku apa-apa ancaman terhadap Ebit Lew, yang akan kena tuduh dan buruk nama tentulah Kerajaan Israel.... ini their main concern... kata la ader sniper (tak kisahlah dari puak mana pun sniper tersebut) telah targetkan Ebit Lew... pastinya Kerajaan Israel yang akan dituduh dan dipersalahkan... Tambah lagi di Gaza... ader berpuluh-puluh wartawan dan media antarabangsa disana... dan pastinya benda macam ini amat perlu dielakkan oleh Kerajaan Israel.

Sebab itu Kerajaan Israel telah mengarahkan bahawa adalah lebih baik apa sahaja bantuan dari pihak Ebit Lew sewajarnya diagihkan terus kepada NGO tempatan di Gaza bagi mengurangkan risiko. Tapi inilah benda yang Ebit Lew tak suka sebab ianya akan menghilangkan nilai propaganda bagi dia dan NGOnya...

Bagi Ebit Lew .... dier perlu digambarkan sebagai dermawan yang turun kepadang... walaupun dikawasan paling bahaya... ini penting untuk imej dan propagandanya... dan jika ianya berjaya dibuat... maka akan lebih "masyuk"lah...

The rest is history...

Terpulanglah sama ada korang nak terima penjelasan dari sudut gua nih atau tidak... Gua takder hal...

By the way .... semua movement Ebit Lew dan Caprice di Gaza dipantau dengan baiknya oleh aset-aset serta operatif Agensi demi keselamatan mereka..

CnP



7 comments:

  1. Kena join dia dulu sblm mengata. Setakat dgr dari sebelah pihak...itu standard org2 kita.
    Mgkin nampak menunjuk bagi pihak tertentu tapi kalau dia tak tunjuk, ramai pihak tak tahu dan ramai yg tak cuba ikut beramal spt dia.
    Jadi rasanya elok senyap daripada mengata. Si caprice pula sedar namanya cukup besar tapi rahmat Tuhan ke atas mana2 hambanya lagi besar. Hanya Dia yg tahu. Cuma tak perlu mengaibkan serta berasa cemburu.

    ReplyDelete
  2. Sampai sekarang team Azeez dan Caprice masih belum boleh masuk Gaza. Macam mana kau kata mudah. https://www.kosmo.com.my/2021/07/17/25-hari-team-azeez-masih-belum-boleh-masuk-gaza/

    ReplyDelete
  3. Slm...
    Aziz pun sangkut...
    https://suara.tv/17/07/2021/mesir-dan-palestin-tidak-benarkan-rombongan-azeez-masuk-ke-gaza/

    inilah uniknya NGO kan???

    ReplyDelete
  4. Cupreet gagal masuk gaza. Nak join grup uel tak dapat kerana nama serta korum grup uel dah lama mohon dengan pihak mesir.Sukar nak tambah-tambah masuk pintu antarabangsa khasnya dikuasai yahudi laknat ni. Bukannya macam naik bas.
    Dia kecil hati dan iblis dalam hati dia mula memberontak. Mulalah dia kutuk uel melalui posting rakan dia dlm grup uel. Busuknya hati.
    Cupreet nie lagak hebat. Konon 1 dunia kenal dia. Konon dia boleh redah mana-mana pelosok dunia. Grup uel pun lama menunggu. Grup cupreet tak dapat. Nak join grup uel, tak dapat.
    AKHIRNYA MEROYAN SAKAN....

    PKP nie buat ramai gila termasuk manusia perasan hebat. Kononnya hebat. Mati nanti kain putih juga balut badan kita. Ke tanah juga tempat terakhir kita. Sudah-sudahlah cupreet...baik senyap dan kurangkan lagak hebat tu.

    ReplyDelete
  5. Saya setuju tentang article ini.memang lama nak beritahu dan Alhamdulillah telah keluar..
    Untuk Global recognition ini ada 3 Cina Muslim Malaysia yg berusaha nak dapatkan.
    Satu sudah terkenal umum.
    Satu lagi terkenal di banyak negara low profile dan yg baru ini mula bergerak nak dapatkan nama di seluruh dunia.

    Yang tak tahu dan bangang akan marah dgn article ini.
    Tapi apa nak buat memang pun jenis bangang.

    ReplyDelete
  6. Mari kita raikan perbezaan pendapat. C++ tgk tengok senario ni dari sudut lain. Tuan mgkn tengok dr sudut lain. Niat, hanya sahaja Allah yg tahu

    ReplyDelete
  7. Kalau pandang dari sudut propaganda, mmemang betul. Cara ebiet sama jer macam tauke2 kosmetik buat marketing guna fb, insta dll. Segala2 nak diceritakan. Hahaha.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1