Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Get Your FREE Helium Hotspot

31 December 2021

Apa Sebenarnya PAS Mahukan?

Bhai/DeeDee semua...

PAS nih memang Parti yang hanya memikirkan tentang survival partinya semata-mata... PAS akan cuba berbuat apa sahaja demi untuk memastikan parti mereka mendapat sokongan kuat daripada orang Melayu yang pro kepada Agama...

PAS akan sentiasa membawa isu Agama yang disekalikan dengan isu Bangsa demi untuk kekal relevan. Inilah PAS yang ramai mengatakan bahawa PAS hanyalah sekadar "Penunggang Agama".

Itu sebabnya bila PAS rasa mereka telah mendapat sedikit peluang... mereka akan mempergunakan sebaiknya apa sahaja.... sebagai contoh... isu Hudud... isu RUU355 .... isu ICERD ... apa sahaja isu... yang penting... PAS dapat liputan media...

Sebagai contoh... isu Muafakat pada bangsa Melayu seperti yang diperbuat dalam Muafakat Nasional tue cuma sekadar untuk memastikan PAS berada dalam circle kuasa yang betul... tambah lagi bila sekarang ini PAS dah berada dalam Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional lebih dari 18 bulan....

Dan dalam Muafakat Nasional nih... korang takkan nampak PAS memperjuangkan nasib marhaen mustad'afin... macam golongan setinggan... golongan miskin bandar.... golongan pekerja... golongan susah.... Mereka dah tau menjuarai suara-suarah B40 dan M40 ... Malah PAS dilihat langsung tak bersuara dalam kejadian banjir yang melanda rakyat...

Dulu biasanya PAS akan membawa isu kronisma, nepotisma dan rasuah.. Kini semuanya sunyi sepi..

Jadi tak terkejutlah bilamana ramai pemimpin UMNO yang perasan akan keadaan dan perangai PAS itu sendiri... Diharapkan pemimpin UMNO takkan ditipu berkali-kali dengan PAS... PAS ini boleh diibaratkan seperti "Melepaskan Anjing Tersepit"



Doa Adalah Senjata Orang Mukmin

Bhai/DeeDee semua...

Gua .... Alhamdulillah mungkin tak terkena bencana banjir... Mungkin la... Tapi takdir Allah Taala kita tak tahu.... Nauzubillah la kalu gua terkena musibah banjir... Tapi gua terkesan dalam hati dengan isu bencana banjir yang teruk ini..

Banjir sebab air naik tue biasa ... tak terkejut... itu lumrah alam.... bila hujan tak berhenti turun dengan banyaknya.... tapi kalu banjir di sebabkan kerja buat dan tangan-tangan celaka manusia... yang ini gua marah... yang ini gua kecam...

Sampai ader rumah musnah akibat kayu balak... hilang dibawa arus deras... sampai ader nyawa yang hilang... kanak-kanak terkorban... ini sudah melampau...

Jadi... sempena hari yang mulia ini... Hari Jumaat... gua mencadangkan seperti dibawah ini...




Ini Contoh "Kepala Air"

Bhai/DeeDee semua...

Untuk makluman rakyat Malaysia … Ini adalah salah satu contoh “Kepala Air” yang menyebabkan bencana alam selama ini.

Tak percaya?

Sila “jangan” tanya ngan Kementerian Alam Sekitar dan Air. Walaun dan Machai pun “jangan” ditanya.

*** P/S : Tengok tagline pada gambar paling bawah "Evil wears many faces"... Ayat tu lejen... Hahaha




30 December 2021

Emel Tak Mahu Baca Tapi Backup Kuat Azam Baki

Bhai/DeeDee semua...

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM Borhan Dolah nampaknya lebih nak backup Azam Baki... Bukan 1 emel yang dihantar olehn Edmund Terrence Gomez berkenaam isu salahlaku Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki tapi sebenarnya 5 emel siap dengan attachment lagi...

Semua dakwaan lengkap dengan bukti dan fakta.... tapi Borhan Dolah nampaknya buat tak kisah ja.. boleh kata ini semua mainan politik...

Sampai dah tak tahu mana satu urusan integriti berkaitan kewangan (financial) berbanding politik... semuanya Borhan Dolah nak kaitkan dengan politik... walhal isu Azam Baki nih adalah isu terkait dengan Perintah Am Penjawat Awam ... berkaitan saham dan pemakluman kepentingan.

Adoilah Borhan Dolah nih... macam mana la dier nih boleh dilantik jadi Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) ... takder kredibiliti la... data dan fakta pon tak diambil peduli... e-mail pon tak pandang... attachment pon tak baca... backup kuat nih... pakai backup software apa agaknya?? Hahaha

Hancuss



Ahmad Dasuki Abd Rani Tak Puas Hati

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah agak dah apa yang akan Ahmad Dasuki Abd Rani nak bising susulan tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membatalkan semua tauliah mengajar agama bagi orang politik.... bagi aktivis politik...

Hahaha... sure meroyan punya... dan sure akan sabitkan dengan "Islam Terancam" .... hehehe...

Dan kini Ahmad Dasuki Abd Rani bawak tone kononnya... tindakan sedemikian hanya akan memecahbelahkan umat Islam selain mengembirakan musuh.

"Jurang sesama mukmin ini semakin melebar dan umat Islam semakin tidak menyatu apabila tindakkan seumpama ini di lakukan. Rahmat Allah tidak akan turun di kala tiada kesatuan di kalangan mukmin"

“Yang nyata musuh-musuh umat Islam bergembira di atas perbalahan di kalangan sesama mukmin,"

Hahahahaha... ini lawak... sebab selama ini semua kuliah dan ceramah serta doa yang selalu Ahmad Dasuki Abd Rani buat mesti akan menjurus kepada memecahbelahkan sesama orang Islam... Sendiri buat sendiri tak tahu... bangang ka apa Ahmad Dasuki Abd Rani nih...

Hahaha... tak payah sembang la pasai isu lain... walhal isu sebenarnya... sen makin kureng... tak masyuk income la lepas nih ... tak dipanggil masuk tv dan radio... takleh pi kuliah kat Masjid dan Surau... takder la duit sampul....

Hahaha... spesis Ostad Sampul @ Ostad Envelope la .... memang terkenal lama dah... spesis jual agama... Hahaha



29 December 2021

Sebab Apa Pembalakan Di Kanada Mesra Alam

Kanada jugak adalah negara yang punyai luas kawasan hutan yang agak besar. Hampir 70% kot kawasannya dilitupi hutan. Kayu balaknya pun besar. Kayu maple ader, kayu birch ader, kayu spruce ader… macam-macam ada..

Diorang pun agresif gak dalam bab pembalakan. Tapi menariknya, alam sekitar tak terjejas pun. Air sungai tetap mengalir bersih dan jernih.

Udara toksah kata la… nyaman… Flora dan fauna disana nampak lebih melata tak diusik. Mereka ader musim memburu. Ramai yang ader lesen senjata dan ianya jugak agak mudah dilesenkan. Memburu tu boleh dan dibenarkan. Tapi ikut permit dan limit yang ditetapkan. Sebab itu haiwan tak pupus.

Kanada jugak ada hutan simpan (forest reserve) … dan ianya juga memang solid berstatus hutan simpan. Mereka betul-betul jaga status itu. Mereka kekalkan ianya tersimpan.. mana-mana orang yang menceroboh akan diambil tindakan tanpa prejudis.

Sebab utama pembalakan disana tak cemarkan alam sekitar, tak rosakkan flora dan fauna, tak menyebabkan pencemaran air mentah dan sungai, takder menyebabkan sungai bertukar warna.. semua ini adalah satu sebab jer…

Sebab mereka tiada Raja atau Sultan. Prince Philips dah meninggal dunia. Queen Elizabeth pulak duduk di England…

Queen Elizabeth takder memiliki slot compartment balak. Queen Elizabeth takder memiliki konsesi balak tambah lagi di kawasan Hutan Simpan atau Hutan Simpan Kekal.

Malah kalu pun Queen Elizabeth ader konsesi balak, baginda tabley sesuka hati membalak tanpa mengambil kira kesan terhadap alam. Queen Elizabet pun boleh disaman atau didakwa.

Itu ja sebabnya pembalakan di Kanada kita panggil sustainable deforestation.



Tak Tahu Nak Kata Apa Dah...

Bhai/DeeDee semua...

Penat dah nak nasihat... bukan takder agensi Kerajaan macam MAMPU dan NISER atau MyCERT dan sebagainya... tapi semua masih lagi tak cakna... tak amik berat.. tak amik port kalu bab keselamatan sistem dan data pengguna...

Adoilah... banyak kali dah nasihat memang tak masuk punya...

Siapa la vendor yang buat sistem nih semua... audit nih semua... awat boleh lepas camtue ja.. macam mana la sistem cybersecurity, firewall, Intrution Detection System, SSL, Intrution Prevention System depa buat nih...




47 Tahun Dia Buat Apa?

Bhai/DeeDee semua...

Selama 47 tahun Tengku Razaleigh jadi Ahli Parlimen Gua Musang.... Dia buat apa?? Apa pembangunan yang dier telah bawa ke Gua Musang? Apa industri dan peluang pekerjaan yang dia telah bawakan untuk rakyat dan pengundi di Gua Musang??

Takder apa... 

Selama 47 tahun tu dia buat apa agaknya? Pembangunan infrastruktur awam pun gitue-gitue ja... Penat menunggu perubahan untuk Gua Musang... Tengku Razaleigh Hamzah tue bukan calang-calang Ahli Parlimen... dier jadi Menteri Kanan... malah pernah menjadi Menteri Kewangan.... berpuluh tahun.... dan dia juga adalah Kerabat Sultan Kelantan... dia adalah Bapak Saudara kepada Sultan Kelantan yang sekarang ini...

Bayangkan... selama 47 tahun tu Tengku Razaleigh Hamzah dok menang majoriti undi dalam setiap Pilihanraya.... tak pernah kalah.... dan Orang Asal / Orang Asli dok undi dier secara solid.... Dia dapat sokongan dan undi yang padu daripada para pengundi di Parlimen Gua Musang... Malah Tengku Razaleigh dalam UMNO bukan calang-calang orang... Dier orang besar dalam BN satu masa dulu.... Barisan Nasional....

Tapi...

Orang Asal / Orang Asli (OA) tak dapat apa-apa pun pembangunan... tak dapat apa-apa pun perubahan... tak dapat apa-apa pun infrastruktur yang boleh dibanggakan... OA macam tue gak... OA susah nak keluar ke bandar Gua Musang... OA susah dapat peluang... OA memang terpinggir... OA serupa dianak tirikan...

Tengku Razaleigh bukan tak kaya... jutawan tue.... tapi yer la.... dier makan sorang-sorang dier jer la... semua tue... mana ader fikir tentang rakyat kawasan dier.... Tak kira la masa dier jadi Menteri Kanan Kerajaan Pusat atau apa.... sama ja...



28 December 2021

SPRM Sendiri Pun Tidak Telus

Bhai/DeeDee semua...

Hannah Yeoh menyarankan agar SPRM perlu siasat pendedahan Laporan Ketua Audit berkenaan isu tanah Kolam Takungan Air yang telah di ubah kegunaannya kepada pembangunan yang lainnya...

Tapi gua rasa itu semua membuang masa jer..

Sebab SPRM sendiri pun tidak telus... bilamana Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri pun terpalit dakwaan salahlaku dan integriti berkaitan saham sebanyak 2 juta unit...

Dan walaupun ader banyak laporan dan gesaan dalam Parlimen... tiada apa yang berlaku... senyap sunyi... tiada tindakan...

Jadi takkan la kes Kolam Takungan Air nih akan menjadi lebih keutamaan.... Hahaha.... mimpi la...



Habislah Ahmad Dasuki Abd Rani

Bhai/DeeDee semua...

Mulai 1 Januari 2022 ... semua tauliah mengajar agama yang dapat kepada aktivis politik akan dibatalkan dan ditarik balik... Yang baru pun takkan ada...

So... satu soalan besar yang gua nak tanya kepada Majlis Agama Islam Selangor adalah... apa pulak status Ahmad Dasuki Abd Rani... aderkah tauliahnya akan ditarik balik?? atau... aderkah tauliah mengajarnya dikekalkan...

Kalu dikekalkan... nampak sangat lar double standard ja Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) nih... nampak sangat lar..

Hahahaha

Peringatan Buat Semua

Bhai/DeeDee semua...

Taiping adalah kawasan paling lembab dalam Malaysia... Ini kerana taburan hujan di Taiping dan kawasan sekitarnya seperti Kamunting dan Bukit Larut adalah agak tinggi sepanjang tahun... Sudah lama ianya macam nih... Tapi Alhamdulillah... jarang sangat kita dengar Taiping dilanda banjir besar...

Alhamdulillah...

Jelebu pula adalah kawasan paling kering dalam Malaysia... selama puluhan tahun taburan hujan tahunan yang direkodkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia (Jabatan Kajicuaca) adalah yang paling sedikit dalam Malaysia... 

Sebabnya ... Dari segi geografi, Jelebu terletak di penghujung Banjaran Titiwangsa dengan bentuk muka bumi berbukit-bukau. Justeru, daerah yang bersempadan dengan Selangor dan Pahang serta diapit oleh daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jempol itu agak terlindung daripada hujan.

Jadi... bila pada kali ini Jelebu mengalami bencana banjir yang akan teruk... ianya seakan satu peringatan buat semua... bahawa alam ini sudah bosan dengan kita... dengan pencemaran yang kita buat... dengan penebangan hutan yang kita laksanakan... dengan perlepasan terlalu banyak karbon dioksid ke udara... dan macam-macam lagi kerja buat kita...

Jangan terkejutlah bilamana alam (nature) bertindakbalas kepada kita... dan kita alami kesan perubahan iklim yang sangat ketara. Tak kisah lah apa Menteri Alam Sekitar dan Air cakap dalam persidangan global berkenaan perubahan iklim yang mana mengatakan bahawa Malaysia tidak terkesan dengan perubahan iklim... itu semua sekadar sembang kari semata-mata...

Kita memang akan terkesan walau hanya ada sedikit perubahan iklim secara global. Banyak tempat dalam Malaysia seperti bandar Muar mungkin akan tenggelam dibawah garis air... kerana kesan peningkatan air laut dan kesan pencairan bongkah ais di Kutub.

Jadi ... bersiap sedialah..



27 December 2021

Binatang Melintas Perlu Keutamaan

Bhai/DeeDee semua...

Korang semua kena paham sesuatu... kalu binatang melintas... macam lembu ker... kerbau ker... yang lain kena stop... kena bagi keutamaan kepada binatang untuk melintas... sebab binatang bukan ader akal... menonong jer jalannya binatang...

Yang ader akal nih manusia... so manusia la kena berhenti bagi laluan untuk binatang lepas melintas semua... 

Korang kan biasa berhenti kat jalan kalu ader sekumpulan babi melintas jalan ... tambah babi hutan yang bertaring macam babi tunggal tue....  korang kena respek kat gerombolan babi hutan nih...

Karang kalu dilanggarkan kenderaan korang... sapa yang salah... ko la jugak yang salah... jadi... binatang melintas perlu keutamaan...

Ader paham ka???



Sekali Banjir Melanda ...

Bhai/DeeDee semua...

Kena ingat satu jer... biler dapat projek atau kontrak dari Kerajaan untuk kerja-kerja infrastruktur awam.... kena tahu yang itu adalah amanah dari Allah Taala... kalu ko buat kerja elok dan ikut spesifikasi... insyaAllah.. duit ko dapat... pahala pon ko dapat...

Tapi kalu ko buat kerja macam celaka... ko memang dapat duit... tapi tunggu la balasan dari Allah Taala masa di akhirat nanti...

Masa tu ko tabley nak berdolak dalik dah...  Ader paham??

Gambar bawah ni bukan gambar edit.. tapi gambar selepas berlakunya bencana banjir 2021....  mungkin jalan persendirian nih... tapi benda macam nih tak mustahil berlaku ditempat lain... dalam jalan awam....



Mana Mahunya

Bhai/DeeDee semua...

Anwar Ibrahim nih memang cari pasai... cari pasai nak bermusuh ngan geng-geng kayangan... Siap suruh syarikat balak untuk lebih bertanggungjawab dan membayar pampasan yang lebih kepada mangsa banjir disesetengah kawasan... Hehehe

Anwar Ibrahim bukan tatau pemilik konsesi balak tu siapa... Pemunya lesen pembalakan tue siapa... Yang memiliki kompartment balak tu siapa... Mana mahunya pihak terbabit nak rugi.. Mana mahunya pihak kayangan ini nak keluarkan modal bayar pampasan kepada mangsa banjir... Tak pernah lagi dalam sejarah pihak konsesi balak... pemunya lesen pembalakan dan pemilik kompartment balak yang mengeluarkan duit diorang untuk membayar pampasan kepada mangsa banjir...

Mimpi lah.... mana mahunya...

Puak-puak kayangan nih ketegaq... selagi boleh mereka akan merosakkan alam... selagi boleh mereka akan keluarkan balak dan segala hasil hutan... Itu belum lagi mereka menjahanamkan alam dengan kerja-kerja perlombongan...

Mana ader pembalakan haram atau perlombongan haram di Malaysia melainkan semuanya ader yang memanyungi... ader yang dok bekap.. ader yang dok makan komisyen.. ader yang dibayar wang perlindungan... Ingat senang ka nak berlawan dengan geng-geng surat kuning....

Diorang siap boleh guna Polis lagi sebagai bekap dan pelindungan.... Hahaha... mana mau lawan... Bukan tak biasa mangsa-mangsa diugut dengan kuasa Polis... Bukan tak biasa orang kampung malah Orang Asal / Orang Asli yang digertak dengan kuasa Polis... Bukan tak biasa semuanya kena kepung dan kena warning.... Sudah biasa.... 

Media pon diorang cover supaya tak terbitkan isu berkaitan... Tak payah jauh la... 4 hari lebuhraya LPT ditutup akibat dari balak ader atas lebuhraya.... ramai orang tahu.. ramai orang viralkan... tapi satu media pun tak berani nak pickup cerita... TV langsung lar....  yang lagi menarik... siap pemilik syarikat konsesi lebuhraya keluar statement yang berita balak atas highway tue adalah berita palsu...

Tak ker gampang namanya.... huhuhu... punya la ramai bersekongkol... punya la ramai bekap kerja buat para kayangan nih... taik betul lar.... semua nak cover-up... Macam sial ja puak-puak kayangan nih...

Bertahun dah.... beratus tahun puak-puak kayangan nih menjahanamkan negara... dan mengungut rakyat dan orang awam....



26 December 2021

Kalau Tak Lawak Bukan Orang Politik La

Bhai/DeeDee semua...

Kalu bab lawak... bagi kat orang Politik kat Malaysia nih... dari level paling macai sampailah ke level paling tinggi... paling atas... mesti akan lawak punya... Hahaha

Itu la kan...

Hahaha






Pandai-Pandai Lah Nak Hidup

Bhai/DeeDee semua...

Kerajaan Persekutuan dah bagitau.... Takdak i-Citra RM10000 dari KWSP lepas nih... Takdak... Zilich.. Nada... Yillek...

Huhuhu.... Pandai-pandai la nak hidup ... dah kena banjir tue... jahanam 100% peralatan rumah tue... pandai-pandai la pinjam ngan Ah Long... Along... Ceti .... Hahaha

Kerajaan bagi bantuan RM1000 tue cukup untuk beli mcam-macam.... jangan gatai la nak pakai dapor gas... pakai ja dapor kayu... kipas angin ... tak payah beli... bukak ja tingkap.... tv dan radio bukan keperluan utama pon... peti ais... tak perlu pon ... atok nenek dulu elok ja hidup tak pakai peti ais.... seterika pun tak perlu... letak ja bawah papan...

Katil... tak perlu gak... tidur ja atas tikar .... atau kotak... Hahaha

Baa Beek punya Kerajaan Ismail Sabri.



Media Blanket?

Bhai/DeeDee semua...

Gua dimaklumkan bahawa Highway LPT ditutup 4 hari semasa banjir baru nih... Sebabnya ada balak sangkut banyak atas highway... dan amik masa untuk proses pembersihannya... Maklumat yang gua dapat pun datang dari kawan yang menetap berhampiran lokasi kejadian... dan rumah dier sendiri pun kena banjir lumpur sampai bumbung...

So... takder satu media pun yang upkan cerita nih... macam ader media blanket jer.... Macam ader yang nak cover-up...

Hahaha... buat la perangai camnie selalu..

Yang lagi menarik... syarikat konsesi pon boleh cover-up kata benda ni palsu... hahahaha... lawak siot...





Solidariti #DaruratBanjir

Bhai/DeeDee semua...

Untuk kesekian kalinya... gua nak maklumkan... Alhamdulillah... kawasan penempatan gua tidak terlibat dalam mana-mana situasi banjir... Alhamdulillah... Tapi masa gua kecik... dan menetap di kampung... memang rumah kampung gua selalu kena banjir... dan pernah kami memancing hanya dari atas katil ja untuk mendapat ikan puyu atau anak haruan...

Jadi gua tahu sangat la macam mana impak banjir... Bagaimana pernah kami terpaksa berpindah ke rumah jiran yang terletak diatas bukit sebab rumah kami digenangi air banjir... Air banjir yang tak surut dalam masa seminggu lebih...

Tapi masa tu air banjir memang semuanya jernih.. tambah lagi rumah gua berhampiran dengan lombong... biasanya banjir cuma setakat had pinggang jer .... dan pernah ikut sorang jiran menjala ikan waktu banjir dan dapat banyak ikan loma...

Bila apak gua buat rumah dua tingkat.., time banjir... kami cuma duduk di tingkat atas sahaja dan tak berpindah.... ader sampan terikat kat tangga rumah... dan kami memancing dari tingkap tingkat atas sahaja...

Bantuan banjir?? Hahaha... tatau lah kenapa kami tak dapat... Mungkin sebab Apak gua bukan daripada parti UMNO .,... jadi memang kami ketinggalan dari apa-apa bantuan... Masa ribut pon rumah orang UMNO akan dapat bantuan... rumah kami sekupang pun tak dapat dari bantuan Kerajaan.... semua ganti sendiri...

Memang kami tak harapkan pon bantuan apa-apa dari Kerajaan... dah menyampah memohonnya... memang takkan dapat.. sampailah kepada biasiswa pendidikan.... mimpilah.... dengan akademik yang bagoosh... kami adik beradik masuk pusat pengajian tinggi (UM, USM, UTM, ITM, Politeknik).. semuanya dari duit hasil kerja jaga lombong bijih timah dan kebun getah.... sampaikan abang gua belajar di Canada dan Jepun pun semua belanja bapak gua yang carik... MARA dan MRSM?? Mimpilah.... semuanya untuk kroni ja...

Jadi.... dalam keadaan banjir yang melanda banyak kawasan di Malaysia ketika ini... gua menyampaikan Solidariti #DaruratBanjir kepada semua...



25 December 2021

Gua Sangat Bersetuju

Bhai/DeeDee semua...

Gua sangat bersetuju dengan pandangan Prem Kumar dalam snapshot yang viral dibawah ini... Bukan kerana gua liberal... bukan kerana gua pro kafirun.. bukan kerana gua anti Islam...

Tapi...

Dalam banyak keadaan... dalam kita dok nak bantu Palestine sana (sure korang tatau punya ramai Bilionaire Palestine yang dok kat Dubai, US dan UK).. konon kita nak bantu saudara sesama agama... tapi kita lupa kepada jiran sekeliling kita... jiran yang dalam kiraan 40 rumah disekeliling kita...

Itulah saudara kita yang lebih wajar kita dahulukan...

Itu yang Rasulullah s.a.w ajarkan dulu... dan itulah yang Islam tegaskan... Janganlah kuman diseberang laut kita nampak... gajah depan mata kita buat tak perasan....

Islam digemblengkan dengan akhlak... 



Siapa Punya Kerja Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Dalam Malaysia nih tiada yang mustahil... Bayangkan... Parti yang kalah dalam pilihanraya pun boleh diangkat memimpin negara... takkan la takder benda lain yang lebih giler dan mustahil...

Macam dalam gambar nih.. Ini bukan gambar edit... Ini gambar lokasi sebenar.. Ini gambar sebenar... ini gambar kerja buat kontraktor yang sebenar... 

Dan memang giler agaknya kontraktor ini dan penyelia tapak kawasan projek ini... Lagi giler adalah Jurutera Projek dan Penyelaras Projek... Dan pastinya yang meluluskan projek ini pon sama giler... Hahaha ... JKR tido ka???

Siapa punya kerja ni??? Gila aaaa



Macam Tak Biasa

Bhai/DeeDee semua...

Luahan dari rakyat yang mengalami semdiri keadaan di lapangan memang tidak dapat kira nafikan... Macam tak biasa kita tengok pemimpin di peringkat atas sekadar lalu ja... turun dari kenderaan pun tidak... dah biasa sangat macam tue...

Dalam kes banjir di Selangor dan Pahang nih... kita dah rasa tak terkejut sangat...

Banyak sangat "Political Animal" yang perangai macam bangsat dan celaka...

Tapi nak buat macam mana... sebab si "Political Animal" ini jugalah yang rakyat suka undi dan menangkan... Huhuhu... Bila time pilihanraya.... tetap yang si bangsat nih jugak yang akan di undi dan di menangkan...

Payah... kalu marahnya mereka kepada "Political Animal" ini tidak mahu diterjemahkan atas kertas undi... huhuhu... jadi hadap jer la....



24 December 2021

Macam Celaka Ja

Bhai/DeeDee semua...

Perangai camnie kita boleh lihat sentiasa... bukan benda asing pon... bukan pelik pon... Huhuhu...

Dah masak dah perangai macam ni kita boleh tengok ... huhuhu



Jangan La Khianatkan Orang Asal / Orang Asli

Bhai/DeeDee semua...

Gua kalu bab berkenaan Orang Asal / Orang Asli (OA) nih gua memang hangin... Sebab pada gua OA nih lagi berhak macam-macam bantuan dan sokongan.... Sebab itu gua hangin biler dengar berita macam ni...

Korang nih kalu tak khianat ngan Orang Asal / Orang Asli (OA) tak boleh ka? Dah depa taknak pindah ke PPS, takkan la depa tak layak bantuan ka pampasan ka?

Bangsat apa la korang nih... Sedar la diri wei.... korang tue pendatang... OA nih asal sini... Bangkai betul la korang nih...



Kerajaan Gestapo?

Bhai/DeeDee semua...

Kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri Ismail Sabri nampaknya dah macam Kerajaan Gestapo Hitler lah pulak... Cuba nak tutup mulut pengkritik.. Bukannya nak cari jalan perbaiki mana yang tak elok ... perbaiki mana yang salah silap.... tapi lebih kepada nak tutup kritikan dan teguran....

Adoilah...

Inilah bahananya dapat Kerajaan Persekutuan yang bukan mendapat mandat rakyat... Yang hanya mendapat mandat dari YDP Agong sahaja. Maaf cakap lah... Sepatutnya YDP Agong pulangkan mandat penentuan kerajaan kepada rakyat... Bukannya YDP Agong hanya memilih dikalangan apa yang dirasakan tepat pada pandangannya. Ini ada dalam Perlembagaan. Bukannya gua nak menidakkan kuasa YDP Agong atau menghinanya... Tapi ianya lebih kepada menjelaskan agar rakyat dapat lihat proses demokrasi itu berjalan sewajarnya... Proses Demokrasi Berparlimen....

Itu yang kita sebagai rakyat Malaysia mahukan. Bukan Kerajaan Gestapo yang macam nih.


Artikel berkaitan perkara ini ader gua jelaskan sebelum ini di SINI.


Penyakit Selepas Banjir

Bhai/DeeDee semua...

Benda yang paling kita takuti selepas setiap kali berlakunya banjir adalah penyakit atau wabak... Biasanya impak sertamerta selepas banjir adalah penyakit Taun... dan apa sahaja penyakit bawaan air terutamanya penyakit Kencing Tikus... 

Tekanan air yang rendah nih kita faham sangat la sebab semua rumah menggunakan air secara serentak... tapi bila mangsa sendiri terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk perlupusan sampah... ini agak tidak wajar.

Sampah-sampah yang bertimbun di kawasan luar rumah mangsa perlulah disegerakan diangkut ke tapak perlupusan sampah. Jika dibiarkan lama ianya mungkin akan menyebabkan bau busuk dan membiakkan makhluk perosak dan lalat. 

Ini agak bahaya... Tindakan tuntas dari pihak berwajib perlu diambil, Kita faham kekangan yang ada terutamanya lori RORO dan kakitangan yang terhad. Tapi ianya bukanlah alasan untuk melengahkan kerj pembersihan. Pihak PBT perlu cepat dan pantas.

Apa pun... kita harap semua ini dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu... Agak ianya tidak memberikan masalah yang lebih kronik. Itu belum lagi kalu ader mayat yang membusuk yang tidak dikesan awal.

Sekian.



23 December 2021

Terkesan Juga Rina Harun

Bhai/DeeDee semua...

Gua setuju ngan kempen #DoNotDonateHere yang dibuat oleh rakyat yang mana ditujukan kepada tidak menderma kepada Tabung yang dikendalikan oleh Kerajaan.

Pasai apa gua setuju... sebab kita semua sedia maklum bagaimana kepincangan berlaku dalam urusan pengendalian bencana banjir semasa ini... Apa yang kita tidak mahu adalah dana yang rakyat sumbangkan akan menjadi talian hayat politik bagi pihak kerajaan... dimana yang mangsa yang pro Kerajaan sahaja yang akan mendapat manfaatnya...

Benda ini bukan benda yang pelik... Sudah banyak kali terjadi dan tetap akan terjadi...

Jadi bila ader kempen #DoNotDonateHere nih... gua amatlah sokong...



#SKMM. Main Kasar Eh?

Bhai/DeeDee semua...

Pigidah SKMM .... Boleh blah .... Nak Main kasar eh? Takkan la SKMM dan Kerajaan Malaysia hati tisu? Takkan la tabley kena kritik?

Deyy ... Ini bukan zaman Kerajaan Parameswara la... Ini zaman Sultan Mahmud Mangkat Dijulang la wei.. Ini zaman Megat Sri Rama.

Tak payah nak hati tisu la... kerja buat okeh... takdak sapa mau kritik.. ... Ini kerja macam haramjadah... perangai macam haramjadah.... tindakan macam haramjadah... memang la patut kena kritik.. kena maki berjemaah... Takkan la nak kasik chan..

Benda bodoh dan bangang kita kena la cakap bodoh dan bangang... takkan la nak puja dan puji... Ajer gampang la...



Berapa Ramai Yang Maut Sebenarnya?

Bhai/DeeDee semua...

Mengikut rekod yang dipaparkan di media massa... sudah ader lebih 33 kematian akibat Banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia... Itu apa yang kita ketahui setakat ini..

Tapi dalam keadaan air banjir yang belum surut sepenuhnya di beberapa kawasan terutamanya di Taman Seri Muda Shah Alam.... kita mungkin tidak dapat menjangkakan jumlah sebenar mangsa banjir yang maut.... berapa ramai yang maut sebenarnya???

Mungkin ada yang lemas dalam rumah akibat tak sempat berpindah, ada yang mungkin lemas didalam kedai atau pejabat, ader yang mungkin lemas akibat dihanyutkan oleh luruan air yang deras... malah kita takkan tahu semua kematian ini melainkan semua kawasan telah surut airnya dan operasi pembersihan secara total dapat dilaksanakan.

Itu kita lihat dalam konteks warga biasa... bagaimana pula dengan gelandangan? Takkan semuanya terselamat? Takkan takder yang terkorban maut akibat impak dari banjir kali ini. Yang ini kita takkan tahu...

Harapan gua agak kita tidak dikejutkan lagi dengan penemuan demi penemuan mangsa banjir yang tewas dan menjadi jenazah.

Kepada Tuhanlah kita semua berserah.



Swindle Baik Punya

Bhai/DeeDee semua...

Kes SRC International sudah menyebabkan Najib Razak dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan RM210 juta denda.... Itu satu kes yang agak berat dan Najib Razak sedang tunggu satu level lagi penghakiman iaitu Mahkamah Persekutuan...

Ini ader satu kes lagi yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi... kes penggubahan dan pengalihan dana sebanyak US$700 juta yang dilakukan oleh 1MDB dan PetroSaudi International (PSI) kepada Good Star Ltd.

Bukan sikit anak nih... swindle baik punya... USD700 juta ... lebih kurang RM2.9 bilion

Dan kes ini juga menyebabkan laporan Audit akhir 1MDB telah dipinda... yang melibatkan Arul Kandasamy..... huhuhu...

Aderkah Najib Razak tetap akan mengatakan dia tidak tahu?? Rasa gua macam biasa la... Najib Razak tetap akan mengatakan dia tak tahu dan dia tidak terlibat... Ingat lagi bila satu masa dulu Najib Razak bersumpah tidak kenal dengan Jho Low...

Tapi dalam kes ini... Jho Low ada dalam mesyuarat dengan lembaga pengarah 1MDB... ader dalam setiap mesyuarat... dan ini ada diminitkan... dan inilah yang cuba dipinda dan dieditkan.... Hahaha..

So.. kita tengok macam mana Najib Razak nak pusing lagi... Macam mana dier nak pusing tentang Low Taek Jho....



22 December 2021

Noh Omar Nak Sekolahkan MB Selangor

Bhai/DeeDee semua...

Pergh.... Noh Omar nak sekolahkan MB Selangor tue... Hahaha... Kepala bana dier la... Nak tunjuk samseng... Hahaha... Dier jadi Pengerusi MKN Negeri Selangor ,.... lagi nak menyalak bising menyalahkan orang lain atas kegagalan MKN Selangor menguruskan bencana banjir...


Bangkai betul lar Noh Omar nih....

Noh berkata sebenarnya terdapat dua jawatankuasa berdasarkan dua arahan.

Katanya, arahan nombor satu (pengurusan keselematan negara) dipengerusikannya manakala arahan nombor 20 (pengurusan bencana) bawah Amiruddin.

“Saya nak sekolahkan MB Selangor ini supaya MB Selangor ini memahami arahan-arahan dan pentadbiran kerajaan.

“Kalau sebagai menteri besar beliau tak memahami arahan-arahan pentadbiran kerajaan, maka sebab itu kita lihat persiapan banjir Selangor kelam kabut,” katanya.


Adeh la.... Kalu Arahan Nombor 1 pon Pengerusi tak boleh nak mulakan... macam mana nak sembang pasai Arahan Nombor 10... bangang betul la Noh Omar nih... huhuhu



Tan Sri Celaka

Bhai/DeeDee semua...

Jenis perangai macam Tan Sri celaka nih ramai sebenarnya.... Macam celaka jer... tambah yang berpangkat besar dan ader kabel bagai.... 

Bukan setakat pekerja warga asing ja kena... tapi pekerja warga tempatan pon sama kena... 

Bab bangsat dan celaka macam nih... semua bangsa ader.. Tan Sri Melayu, Tan Sri Cina, Tan Sri India.... Tan Sri Benggali pon ader perangai macam ni...

Itu belum lagi bab merogol atau melakukan kelucahan melampau terhadap pembantu rumah... Ala banyak kes yang disenyapkan dengan dibayar duit... tapi ader yang siap panggil polis konon pembantu rumah mencuri ..... semata-mata nak senyapkan kes rogol dan sebagainya itu..

Bab mintak Polis cover-up tu kita dah biasa dengar selama nih...

Baa Beek sungguh lar...



3 Hari Terperangkap Atas Bumbung

Bhai/DeeDee semua...

Pada gua... kejadian terperangkap akibat banjir selama 3 hari diatas bumbung yang berlaku di Taman Seri Muda Shah Alam adalah satu kejadian yang tidak wajar... Dengan kemudahan yang kita ada... 3 hari adalah satu tempoh yang agak lama...

Sepatutnya operasi perpindahan boleh dilakukan seawal yang mungkin.. Maksima 2 hari pada gua agak logik... tapi kalau dah sampai 3 hari... something wrong dengan pengurusan bencana di Malaysia...

Takkan biler kena banjir secara maksima baru nak buat mesyuarat bagaimana nak melaksanakan operasi menyelamat? Patut mesyurat ini dah lama dibuat... dan dah ader team-team yang bersedia 24 jam alert tentang masalah bencana nih...

Tak perlu pun team yang besar... tapi sekadar team yang sentiasa alert... sebab dengan team yang alert inilah kita boleh melaksanakan mobilasi untuk bantuan penyelamatan banjir...

Kita habiskan berjuta-juta setiap tahun untuk banyak benda yang tak berfaedah... apa salahnya kita manfaatkan dana ini semua untuk memantapkan sistem pengurusan bencana dengan lebih baik... Kita tak perlukan banyak birokrasi semasa menghadapi bencana... Kita mahukan sistem yang proaktif dan segera... Isu banjir dan bencana yang lainnya adalah isu yang berulang... jadi kita kena sentiasa alert... kena sentiasa cakna...

Macam mana punya dengan sistem amaran awal banjir yang sepatutnya sudah sedia dipasang di seluruh Malaysia terutamanya dikawasan-kawasan berisiko tinggi... Takkan semua itu tidak berfungsi... Kini Mentakab dan Temerloh pula banjir... Ini kawasan berulang... Takkan takder sistem yang sesuai dan berfungsi? Takkan semuanya sudah jahanam? Mana perginya sistem CCTV tanpa wayar dan sistem Internet-of-Things (IoT) yang banyak diwarwarkan sebelum ini?? Takkan takder command center?

What happen??

Please la jangan la membodohkan diri sendiri... Ratusan juta dah habis untuk buat macam-macam sistem... tapi masih caca marba dan kuca lana... aper daaa...



21 December 2021

Makin Kuca Lana

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang gua nampak tak ketahuan berlaku pada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Ismail Sabri adalah tindakan para Menteri yang makin kuca lana... Kelam kabut dan dah tak tahu macam-mana nak kendalikan bencana...

Sampaikan ader yang melancarkan kempen bantuan banjir pun dibuat di hotel dalam majlis makan-makan yang dilihat mewah...

Gila betul...

Tak pernah dibuat orang sebelum nih tak kira la zaman PM1 sampailah PM6 dibuat orang lancarkan kempen bantuan banjir dalam Hotel pada majlis makan-makan .... giler ker apa... Pelik aaa Rina Harun nih.... look bangang.... Timbalan Menteri dier yang dari PAS pon sama bangangnya... takkan tak boleh nak nasihat???

Giler aaa ... Yang lagi giler aderlah bagi sumbangan Thermomix tue... Hahahaha ... gempak giler...




Basic Survival Kit (Lelaki) Untuk Hadapi Bencana

Bhai/DeeDee semua...

Basic Survival Kit (Lelaki) untuk hadapi bencana. (Checklist)
  • Lampu Suluh (bateri sel kering) 
  • Wisel / Air Horn Aerosol
  • Cermin Kecil (boleh jadi alatan isyarat)
  • Kain Pelikat (1 atau 2 helai)
  • Baju Pagoda (2 atau 3 helai)
  • Seluar Pendek had lutut (2 helai)
  • Lighter - Pisau Pelbagaiguna (Swiss Army Knife)
  • Makanan dalam pouch (MRE) untuk 3 hari
  • Tuala Good Morning - Bantal angin (boleh dijadikan pelampung)
  • Radio FM berbateri
  • PowerBank
  • Payung kecil (jika tidak membebankan)
  • Baju Hujan / Poncho
  • Air mineral (minima 5 botol 500ml)
  • Kit perubatan dan sun screen cream
  • Selipar @ Kasut Diving
  • Topi
  • Set CB Radio atau Radio Amatur (jika ada)

Ini asas jer. Boleh tambah terutamanya air. Letak siap-siap dalam satu beg. Setiap item tu masukkan dalam Plastik Zipper Bag untuk elakkan basah. Bateri sel kering paling utama… beli banyak untuk penggunaan 5 hari. Kalu boleh semua barang ini diletakkan dalam "Dry Bag" yang boleh dibeli di Shopee, Lazada atau mana-mana kedai menjual peralatan outdoor..

Lipat senipis-nipisnya.. kalu pakai vaccum shrink lagi bagoosh.

Pastikan at least ader 1 dokumen pengenalan diri milik anda dalam beg tersebut… salinan sekali pun cukup lah.

Sekian.

* p/s : Benda nih gua dah mention banyak kali … dah cukup lama dah gua mention benda nih… berpuluh tahun dah..

*** Kalau untuk perempuan... boleh tambah tuala wanita (sanitary pad) dan keperluan sanitari wanita yang lain.

**** Untuk kalau baby... prepared yang keperluan basic ja... cukup untuk 3 hari... tak payah la nak prepared macam sampai sebulan.



20 December 2021

Bangkai Punya Agensi La NADMA Nih

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia bukan tak pernah alami bencana tahap mega. Tapi kita masih lagi kelamkabut mengaturgerakkan jentera bantuan kecemasan ketika bencana.

Dana kita pun banyaknya sekadar “adhoc” dan penuh di”markup” harga kelengkapannha. Kita kena perbetulkan kembali semuanya demi pengurusam bencana yang lebih baik di masa depan.

Pada gua… kita sudah tidak boleh menetapkan sistem pengurusam bencana ikut Daerah bagi kawasan bandar, tetapi kita setkan mengikut radius. Maybe setiap sel radius hanyalah sebesar 5 atau 10 km.

Jadi pengurusan adalah lebih cekap dan mudah diaturgerakkan. Penggunaan Internet-of-Things (IoT) wajar dimanfaatkan untuk sistem amaran awal bencara (banjir, ribut, taufan atau sebagainya).

Kerajaan Malaysia patut mempermudahkan pemilikan radio Civilian Band (CB) untuk komunikasi waktu bencana tanpa perlu bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi biasa.

Dan yang paling penting, Kerajaan melalui semua media elektronik mestilah mengajar semua keluarga untuk menyediakan “survival bag” bagi kegunaan setiap keluarga. 1 “survival bag” untuk 3 orang bertahan selama 3 hari. Benda ini pernah gua tulis dua tahun lepas.

Korang boleh stadi tentang “survival bag” nih kat YouTube. Ader banyak spesifikasi yang boleh digunapakai.

Ntahlah… gua ni kan palatao

* tambahan maklumat dari NADMA… kelakar betul lar. Buang ajer la nama Agensi Pegurusan Bencana Negara tukar jadi Agensi TikTok jer la.. Bangkai betul.






Menteri Kelas D

Bhai/DeeDee semua...

Gua sebenarnya dah malas nak komen tentang Menteri-Menteri dari PAS... sebab sekor pon tagune... Huhuhu... dari Menteri PAS zaman Muhyiddin Yasin sampailah Menteri PAS zaman Ismail Sabri... Takder sekor pon Menteri PAS nih yang outstanding kerjanya... Takder sekor pon Menteri PAS ini yang merakyat dan mencapai tahap yang boleh dibanggakan dalam perkhidmatan mereka...

Daripada Menteri yang berkaitan Agama, Wanita, Undang-Undang, Komoditi, Alam Sekitar sampailah kepada yang Menteri / Timbalan Menteri cap ayam yang lain.. semua tagune... tabley pakai...

Pasai itu bila A Kadir Jasin ulas mengenai Menteri Kelas D dalam Malaysia kini... gua gelak jer... gua sokong sepenuhnya pandangan tue... Memang layak A Kadir Jasin meletakkan klasifikasi Menteri Kelas D terhadap Menteri PAS terutamanya Menteri Alam Sekitar dan Air (Tuan Ibrahim Tuan Man) ....

Sekupang tagune...

"Seorang menteri "Kelas D" baru-baru ini berkata, Malaysia tidak tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara. Dia ini jaga hal ehwal alam sekitar dan air.

Tak tahulah daripada mana atau siapa yang bagi maklumat "songsang" di atas. Nampak macam dia tidak baca, tersalah baca atau kena main dengan pegawai. Lagi jahanam kalau pegawai yang nasihat menteri pun "Kelas D" juga. Zaman saya bersekolah dulu, kalau "D" gagallah. Bukan kependekan untuk "distinction" (cemerlang).

Wartawan dan pengarang pun banyak juga yang "blur" bila layan kenyataan macam ini daripada menteri. Menteri tak cerdik, media massa kelirukan audiens dengan menghebahkan maklumat half-past six."

Ulasan Dari A Kadir Jasin

Gambar di post masa 18 hb Disember 2021




Macam-Macam Palatao

Bhai/DeeDee semua...

Payah kalu ader banyak palatao time musibah nih... Gua sedih biler tindakan lambat diambil oleh Kerajaan... Gua frust bila tengok dan baca ader double standard berlaku dalam operasi menyelamat...  Gua menyampak bila mana golongan "pemerintah" sekadar foto selfie ja...

Ini semua bukan menyelesaikan masalah... macam-macam palatao nih bukan penyelesaian...

Sampai ada yang terkorban akibat dari banjir.. Huhuhu 



19 December 2021

Menteri Tak Berakal

Bhai/DeeDee semua...

Nasib baiklah Najib Razak dapat tegur Menteri tak berakal sorang nih... Netizen pon dah tegur gak.. tapi tak jalan... 

Adoilah... kita tau la Menteri tak berakal nih nak amik mileage untuk apa sahaja... sekadar gila glamer... sebab itu buat benda takder faedah macam ni... siap ader print banner dan buat majlis pelancaran... Bangang ka apa Ahmad Faizal Azumu nih...

Adoilah... macam mana la mamat nih dilantik jadi Menteri... nampak sangat tak berakalnya... huhuhu



Sokongan Kuat Dari PM

Bhai/DeeDee semua...

Belum pernah lagi ada mana-mana Perdana Menteri Malaysia yang attached kan diri mereka secara berterangan macam nih ngan PEKIDA... Sebab mereka tahu ada beberapa risiko kalu mendekatkan diri secara berterangan ni...

PEKIDA yang cukup terkenal sebagai "kongsi gelap Melayu" nih biasanya akan cuba dielakkan daripada imej seorang Perdana Menteri Malaysia... 

Tapi... Bagi Ismail Sabri... nampaknya dia tidak segan silu menempelkan dirinya dengan NGO ultra semacam PEKIDA ni... pergh... nampak sangat la kan... 

Sepatutnya seorang Perdana Menteri mesti mengelakkan supaya dilihat adil.

Bayangkan kalu Presiden USA merapatkan diri mereka ngan Ku Klux Klan (KKK).... kan nampak akan ader bias dalam pentadbiran dan keselamatan...

Huhuhu



Pincang

Bhai/DeeDee semua...

Banjir besar melanda banyak kawasan dalam Malaysia... Dan ianya agak teruk... memang teruk... Mana tidaknya.. banyak rumah yang biasanya kena air banjir setakat betis jer... tapi kali ini sampai ke bumbung...

Jahanam perabut dan peralatan rumah... Kesian sungguh la...

Tapi masa ini lah jugak kita nampak banyak kepincangan berlaku dalam proses kesiapsiagaan banjir.... Nampak sangatlah pincang semuanya... dan yang menangguk di air keruh pada masa ini adalah pentaksub dan cytro Najib Razak...

Mereka dok canang tentang kehebatan masa Najib Razak jadi PM... macam mana 1MDB dan SRC International digunakan sebagai medium CSR untuk menangani banjir... 

Errr.. sekejap... aper kejadahnya 1MDB dan SRC International terlibat benda nih... bukan ker dua-dua syarikat ini adalah Investment Arm bagi kerajaan... adoilah... nak pusing cerita pon agak-agak la... nak bekap pun tengok la kiri kanan...

Isu banjir nih kita ader banyak agensi Kerajaan... patut dah ready dah lama... bertahun-tahun Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan beberapa agensi berkaitan bencana dah ready... kenapa kali ini macam caca marba... pincang segalanya... 

Maybe sebab dapat PM yang blur macam Ismail Sabri kot??

Huhuhu



18 December 2021

Mahu Tunggu Apa Lagi?

Bhai/DeeDee semua...

Jom buat Pilihanraya Umum ke 15 dengan kadar segera... Jangan takut dengan adanya pengundi baru... Jangan lah risau dengan UNDI18 .... dah selayaknya semua rakyat yang layak mengundi boleh mengundi... Semua patut otomatik...

Tak perlu lagi dah nak kena pergi mendaftar mengundi...

Itu baru betul.... Apa lagi tunggu... Jomlah... Jom Ahmad Zahid Hamidi... jom kita push supaya PRU15 dalam masa terdekat nih



Pemimpin Politik Umpama Cicak

Bhai/DeeDee semua...

Pemimpin politik nih umpama cicak... kedua-duanya lidah bercabang... Bila kena gertak, tercabut ekornya.. kelam kabut lari... tak berani .... penakut nak take action...

Elok dilastik ja... atau buat umpang pancing buaya...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1