Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Lembu. Show all posts
Showing posts with label Lembu. Show all posts

02 February 2022

Kekallah Sebagai Walaun

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... PAS cukup mudah... sebab pengikut, penyokong dan pendokongnya amat mudah untuk dikawal. Sebab itu la orang gelar ahli PAS itu "WALAUN" ... sebab semua ahli bawahan hanya kena angguk sahaja apa-apa tindakan dan kerja buat pimpinan... 

Jangan bantah... jangan banyak tanya...

Semua ahli PAS kena thiqah ngan pimpinan... ikut jer tanpa banyak soal jawab dan pertikaian... Wala'  ... jangan memandai dari pimpinan.... walaupun pimpinan membawa jemaah masuk dalam lubang atau gaung... ikut ja.. jangan banyak songel..

Hahaha..... betapa bodohnya dan memperbodohkan...

Kesian betul la kat walaun semua...



27 December 2021

Binatang Melintas Perlu Keutamaan

Bhai/DeeDee semua...

Korang semua kena paham sesuatu... kalu binatang melintas... macam lembu ker... kerbau ker... yang lain kena stop... kena bagi keutamaan kepada binatang untuk melintas... sebab binatang bukan ader akal... menonong jer jalannya binatang...

Yang ader akal nih manusia... so manusia la kena berhenti bagi laluan untuk binatang lepas melintas semua... 

Korang kan biasa berhenti kat jalan kalu ader sekumpulan babi melintas jalan ... tambah babi hutan yang bertaring macam babi tunggal tue....  korang kena respek kat gerombolan babi hutan nih...

Karang kalu dilanggarkan kenderaan korang... sapa yang salah... ko la jugak yang salah... jadi... binatang melintas perlu keutamaan...

Ader paham ka???



29 December 2020

Lancang Benar Mulutnya

Bhai/DeeDee semua...

Jaringan Melayu Malaysia adalah salah sebuah NGO paling haprak yang ader dalam Malaysia nih... NGO paling out sekali kenegaraannya .... NGO yang paling banyak keluarkan kenyataan mengarut, separuh matang dan menghasut...

Tapi disebabkan ader bekap politik dan kayangan... tetap selamat sampai hari nih..

Kalu gua bos besar... gua dah buat "operasi senyap" untuk puak-puak nih... hilang kena kutip sekor dua... sure senyap yang lain menikus...

Jadi... bab Kartel Daging Haram nih JMM nak sabitkan ngan Parti Politik la pulak... hehehe... macam la kita tatau... depa nak sabitkan ngan sapa... ngan PKR leteww... Hahaha...  marah betul JMM nih pasai kantoi keluarga Sharizat Jalil yang terlibat projek NFC lembu kondo tue....

Bekap giler babi aaa .... walhal dah terbukti yang NFC tu tak lebih dari nak cekau duit dan bukannya nak buat ladang lembut pun.... Ladang ternakan lembu semua tu aderlah gimik ja.... diversion... Hahaha... Macam la industri RM250 juta tue boleh setelkan permintaan lembu kat Malaysia... hahaha...

Walhal projek Ladang Lembu Felda dengan kerjasama IffcoAllana (India) yang bernilai RM688 juta (Tahun 2010) pon jugak lingkup...  nih takder sapa pon dari PKR yang tibai... tapi tetap gagal gak... lagi mahal dari projek NFC (Tahun 2006) yang bernilai RM250 juta

Hahaha.... bodo punya JMM....



27 December 2020

Mengatasi Masalah Bekalan Ruminan Negara

Bhai/DeeDee semua..

Satu penyelesaian kepada masalah Ruminan negara.

Gua cadangkan agar Felda / Felcra mengambil inisiatif untuk meningkatkan usaha mengatasi masalah Ruminan ini dengan memastikan setiap kawasan milik mereka mestilah diternak Lembu, Kerbau dan Kambing dengan skala besar. Yang pasti jika setiap ekar kawasan Felda / Felcra diternak Ruminan ikut bilangan yang sesuai, pastinya pendapatan peserta (peneroka) Felda / Felcra dapat ditingkatkan. Itu gua takmo nak citer pasai tanah ladang milik Tabung Haji.

Felda sahaja mempunyai tanah seluas lebih kurang 500 ribu hektar (317 tanah rancangan Felda). Felcra pula ada lebih 257 ribu hektar tanah.

Katalah dari 500 ribu hektar tanah Felda (lebih kurang ada 1.24 juta ekar) ... dan setiap ekar itu kita bela 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing... maknanya kita ader 2.48 juta ekor lembu dan 4.96 juta kambing.... Banyak tue... setel masalah Ruminan..

Itu baru Felda... Felcra ader lebih kurang 635 ribu ekar tanah... boleh ternak 1.27 juta lembu dan 2.54 juta kambing...

Total dari Felda dan Felcra sahaja boleh hasilkan ... 3.75 juta ekor lembu dan 7.5 juta ekor kambing..

Bukan sekadar boleh mendapat hasil dari kelapa sawit atau getah tetapi juga dapat hasil dari industri Ruminan. Dengan cara ini masalah kekurangan Ruminan dapat dikurangkan. Dan kita dapat mengurangkan import daging atau haiwan ternakan dari luar negara.

Tapi yer la... Sawit dan Getah pon tabley nak handle lagi mau sembang pasai Ruminan...

Ladang IOI boleh menghasilkan 3 kali ganda minyak kelapa sawit per ekar dari Ladang milik Felda... kenapa jadi camnie... gua pernah tulis sebelum ini.. hahaha... gua belum nak citer bab baja jer... yang gua citer itu hari pasai proses nak dapatkan minyak kelapa sawit ja...

Hahaha... Gua bukan anak peneroka... tapi gua ader ramai kengkawan yang jadi Manager Ladang IOI.... hahaha



16 July 2013

Aiyark... Daging Pulak Naik Harga

Bhai/DeeDee .... Aiyark... Daging pulak naik harga.... parah-parah.... nampaknyer raya kali nih makan ketupat dan lemang cicah dengan rendang kerang jer la... Itu kalu kerang tak naik harga.... Hahaha... kalu kerang pon naik harga.... aiyark... terpaksa la buat rendang arnab lima enam ekor yang ader kat romah mak gua tue... Hahaha...

Pergh... makan rendang "arnabun" la gua kali nih... hehehehe ....

Aper guna jadi Menteri kalu semuanya tak boleh nak kawal.... aper daa.... makan gaji buta ker aper.... Harga ayam naik... harga bawang naik... harga ikan naik... harga ubat kuat pon dah naik... hahaha...  darah tinggi pon dah naik.... cuma satu jer yang tak naik.... gaji.... hahaha... gaji mampus la takkan naik... hahaha


PENDANG – Daging tempatan yang dijual di Pasar Pendang didapati mengalami kenaikan harga sebanyak RM2 iaitu peningkatan dari RM22 sekilogram (kg) kepada RM24/kg.

Peniaga, Che Ani Baharom, 58, berkata, harga daging naik sejak seminggu sebelum Ramadan dan menjadi perkara biasa ketika menjelang musim perayaan.

Menurutnya, dia terpaksa menjual daging dengan harga tinggi kerana bekalan yang diambil daripada pembekal adalah tinggi.

“Jualan daging merosot dari seekor sehari kepada setengah ekor sahaja kerana pembeli mengehadkan kuantiti pembelian mengikut kemampuan mereka.

“Modal peniaga juga tinggi menyebabkan mereka tidak berani untuk menanggung risiko kerosakan jika mengambil bekalan banyak,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Ani berkata, kenaikan harga daging mengejutkan pembeli kerana tiada pengumuman dimaklumkan pihak terbabit.

“Kenaikan harga daging begitu memberi bebanan bukan sahaja kepada peniaga namun kepada pengguna kerana daging tempatan merupakan barang basah yang sering mendapat permintaan tinggi ketika perayaan.

“Golongan yang berpendapatan rendah begitu merasai bebannya memandangkan Ramadan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk persiapan Aidilfitri,” katanya.

Peniaga, Ghazali Abd Ghani, 57, berkata, peniaga daging menerima tempias dengan kenaikan harga daging apabila ada pembeli yang mendakwa peniaga sengaja menaikkan harga sedangkan perkara itu terjadi bergantung kepada pembekal.

“Pihak bertanggungjawab sepatutnya mengawal harga daging lebih awal supaya pembekal tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga.

“Peniaga kecil macam kami ini tak ada kuasa apa kerana orang kampung banyak yang tidak faham berkaitan kenaikan harga,” katanya.

Ghazali berkata, kebanyakan peniaga bimbang kerana mendengar khabar angin bahawa harga daging tempatan dijangka naik 50 peratus sekilogram menjelang Aidilfitri kelak.

Dalam pada itu, sumber daripada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) memaklumkan bahawa daging dan beberapa barang kawalan lain masih belum dimasukkan dalam skim kawalan harga.

“Sekarang daging dan beberapa barang kawalan harga lain masih tidak dimasukkan dalam skim terbabit menyebabkan harga barang tidak stabil dan bergantung kepada barang dan permintaan,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, semua barang yang tersenarai di bawah skim kawalan harga perlu diseragamkan harga dan peniaga dikehendaki menjual pada satu harga seluruh negara.

Dalam pada itu, ditanya berkaitan khabar angin kenaikan harga daging kepada 50 peratus menjelang Aidilfitri, pihak terbabit menjelaskan bahawa khabar angin itu merupakan taktik berniaga biasa untuk mengaut keuntungan.

31 May 2012

Yahoo... Shahrizat Jalil Tak Bersalah

Hahahaha... tue la korang... tuduh lagi kat Shahrizat Jalil... tengok... dier maner ader buat salah mender pasai isu Lembu Kondo NFC tue... takder salah pon... takder kena mengena pon...

Tak caya ker... tue SPRM dah bebas dan lepaskan Shahrizat Jalil dari pertuduhan campurtangan dan rasuah pada isu NFC tue...

Wei... Shahrizat Jalil tue maksum la... maner ader buat salah.. maner ader rasuah.. tak macam Anwar Ibrahim.... banyak sangat Anwar Ibrahim nih buat salah... buat rasuah.... Samer gak macam Nizar Jamaluddin dan Lim Guan Eng... banyak rasuah la wei....

Shahrizat Jalil maner ader salah... tak bersalah la wei... Shahrizat Jalil tue maksum la....

Ini satu lagi mukjizat nih.... mukjizat yang dikurniakan oleh "Banyangan Tuhan di muka bumi" .... hehehehe

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1