Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label TH. Show all posts
Showing posts with label TH. Show all posts

06 April 2023

Tunai Haji Dengan Berhutang?

Bhai/DeeDee semua...

Ini kerja gila... Betullah tunaikan Haji ke Baitullah itu wajib.. salah satu dari Rukun Islam... tapi ianya hanya jatuh wajib bila berkemampuan... Kalu sampai tunai haji dengan berhutang... itu dah tak cukup syarat berkemampuan dah...

Adoilah...

Lepas tu ader pulak puak-puak berlabel agama yang ajar dan endorse buat benda nih... mengarut sungguh... untuk apa... untuk kepentingan puak-puak tertentu... yang buat pakej haji melampau gila harganya...

Adoilah...

Syaitan tue boleh berupa macam orang baik ... orang alim..... jangan terpedaya la...

Jahanam....


Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menawarkan penyelesaian kewangan untuk bakal jemaah haji yang ingin mengambil pakej haji

melalui 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) lantikan Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga ahli Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra).

Penyelesaian kewangan itu disediakan menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Bank Islam dan Bumitra bertujuan melaksanakan kerjasama dan sesi perkongsian ilmu bagi mendidik pelanggan Bumitra mengenai penyelesaian kewangan yang disediakan oleh Bank Islam, terutamanya untuk haji dan umrah.

Kerjasama itu juga merangkumi usaha untuk membantu penyebaran maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, penyediaan pakej pembiayaan peribadi ini memberi peluang kepada bakal haji berkemampuan dan berupaya untuk membayar balik pembiayaan secara berstruktur mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Menurutnya, memandangkan kos pakej haji kian meningkat disebabkan faktor luar kawalan, pembiayaan peribadi yang ditawarkan ini adalah tepat pada masanya untuk membolehkan lebih ramai lagi umat Islam yang berkemampuan menunaikan rukun Islam kelima.

10 December 2022

Senyap Sunyi Walanon Dan Bangsa Slurpp

Bhai/DeeDee semua...

Sebab sudah dah geng yang sama... jadi para Walanon dan Bangsa Slurpp sudah senyap sunyi.. Takder sekor pon yang nak bising membantah tindakan Idris Haron (Peguam Negara) yang tidak membuat apa-apa tindakan sehingga Azeez Rahim dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah atas semua pertuduhan rasuah. ... 

Hahaha...

Kalu dulu sure meletop semua Walanon dan Bangsa Slurpp .... siap kecam Peguam Negara ... Mesti punya la.... Hahaha.. mesti akan kata macam-macam kepada AG.... Hahaha... mesti Idris Haron nih kena maki berjemaah... tapi itu dulu aaa.... Hahaha

La nih semua senyap ... senyap sunyi Walanon dan Bangsa Slurpp.... Azeez Rahim sudah suci la nih... pergi.... sure lepas nih kes TH pon jadi senyap sunyi... ahahaha

Hahaha.... dah jadi geng... dah sekandang... dan gadaikan prinsip dan integrity ... dah sama sekapal dengan penyamun... Hahahaha

Hoi Hoi Ya Hoi....



09 December 2022

Untung Secupak, Rugi Segantang

Bhai/DeeDee semua...

Dalam keghairahan untuk menguasai Kerajaan Persekutuan Malaysia, Pakatan Harapan telah bekerjasama dengan Barisan Nasional. Memang kita semua tahu bahawa ini adalah hasil daripada tidak cukup majoriti pada PH dan lain-lain Parti Gabungan... dan diendorse oleh YDP Agong..

Tapi...

Dalam keadaan ini .... hanya kerana untung yang sedikit (dapat memegang kuasa dan mendirikan Kerajaan sebagai PM) .. tetapi banyak kerugian yang sebenarnya terserlah sama ada kita mahu melihat dan menyedarinya ataupun tidak...

Contoh yang nyata,... UMNO tetap juga nak cari salah kepada Hakim Nazlan, bekas Gabenor Zeti Ahtar malah juga terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan kes terkait Tabung Haji (yang katanya PH telah menjualkan aset TH kepada pihak ketiga)... dan itu antara yang sedang diperbuat tindakannya oleh Majlis Tertinggi UMNO.... belum lagi tindakan-tindakan lain yang akan dirancang...

Tambah lagi Menteri Undang-Undang adalah dari puak UMNO (Azalina Othman Said)... pastinya akan ader keuntungan dan bias tak banyak sedikit tentunya pada kes terkait Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak serta yang lainnya...

Apa yang Pakatan Harapan akan dapat?? Hahaha... Gua tak nampak Pakatan Harapan akan ada kelebihan dalam per"sekatil'an dengan Barisan Nasional nih... tambah lagi banyak kuasa dalam kabinet sebenarnya terletak atas bahu wakil Barisan Nasional.... 

Agak-agak korang la... Ader peluang ke Pakatan Harapan nak sentuh dan bangkitkan isu terkait beberapa perolehan yang pelik dan ajaib serta merugikan yang telah dibuat oleh orang UMNO dan Barisan Nasional... Paling simple... adakah itu skandal LCS akan dapat dibongkarkan dengan lebih telus dan mensabitkan beberapa warlord UMNO???? Hahaha...

Mahu ke Menteri Undang-Undang (Azalina Othman Said) nak usahakan benda-benda macam ni??? Hahahaha...

Kepincangan dalam Prasarana sebelum ini pun gua berani jamin takkan terusik dan diambil tindakan perundangan... Itu belum lagi yang lainnya,,,,

Sebab itu gua kata.... untungnya secupak, ruginya segantang.... Hahahaha

Walanon dan Bangsa Slurpp tahu apa?? hanya sekadar membekap kosong tanpa fakta dan data,,,, Hahaha.... sama spesis dengan Walaun dan Machai.... Hahaha




Sori... korang nak gadaikan prinsip dan integriti teruskan la.... maaflah... gua bukan macam tue... sebab once tergadai prinsip dan integrity... sampai bila pun korang takkan dapat bingkas balik...

11 July 2022

Bila Urusan Haji Dikomersialkan, Dimana Silapnya?

Bhai/DeeDee semua..

Tanah suci Mekah hanya boleh menampung sekitar 3 hingga 4 juta orang jemaah sahaja setiap kali musim Haji. Jika berlebihan maka perkhidmatan, kebersihan dan penginapan serta urusan Haji jadi terjejas. Kesesakan dan segala macam perkara yang kita memang hendak elakkan.

Katakanlah dari 1.2 Bilion umat Islam yang ada sekarang nih... 0.01% sahaja kita benarkan untuk menunaikan ibadah Haji.... jumlahnya adalah seramai 12 juta orang...

12 Juta orang memang tak dapat ditampung dengan kemudahan sedia ada di Tanah Haram. Sesak... Jadi terpaksalah membuat kuota kurang daripada itu.

Masalahnya... ada jamaah yang tamak hendak pergi ke menunaikan Haji setiap tahun... setiap kali pun dia jugak hendak pergi. Kalu semuanya dilayan dan dibenarkan... ianya akan menyebabkan orang lain yang baru nak pertama kali pergi akan tak dapat slot visa haji ... 

Jadi timbullah idea untuk mengenakan caj tinggi bagi yang nak pergi Haji kali kedua dan ketiga serta keempat nih... atas alasan asalnya konon nak mengekang orang perg Haji banyak kali... 

Tapi..

Tapi biler yang nak pergi Haji banyak kali nih sanggup membayar harga yang mahal gila... maka aderlah orang akan gelap mata... bila urusan Haji dikomersialkan. Disinilah punca silapnya... Jahanam...

Pada mereka tak salah kalu nak caj harga tak masuk akal... sebab kalu ko takder duit ko takkan amik pakej macam ini..... Jadi ianya adalah konsep penawaran dan pembekalan....jadi tak salah...

Lepas itu bila kuota disekat... maka ader la yang kantoi... jahanam la jadinya...

Huhuhu...



22 June 2022

Kartel Hotel Tabung Haji (TH)

Bhai/DeeDee semua...

Benda bukan baru... Benda dah lama... dulu gua ingatkan sebab Kerajaan Arab Saudi yang adakan sekatan sampai pelabur asing tak boleh membeli dan memiliki aset di Mekah dan Madinah... Mesti kena sewa jer dari pemilik orang Arab...

Tapi rupanya bukan...

Semuanya sebab ader kartel hotel yang membuat duit atas urusan penginapan jemaah Haji dan Umrah... Hahaha... Hanya perlu jadi orang tengah ja....  makan komisyen atas angin.... Hotel memang sudah ader .... kartel book semua room... pastue pajakkan room pada TH dan agen-agen travel agensi.... Pajak pulak tue paling kurang 5 tahun...

Hahaha... masyuk....



17 January 2022

Betul Ke Arahan Pengurusan Tabung Haji Macam Ni?

Bhai/DeeDee semua..

Sekadar nak tanya jer nih... Betul ke arahan pengurusan Tabung Haji macam ni? Biar betul la... Takkan la pengurusan Tabung Haji (TH) nak buat arahan macam nih... Takkan la salah pakai kopiah dan ketayap atau songkok...

Takkan semua nak kena pakai serban?? Atau kepala togel??? Huhuhu


Update terkini : Arahan ditarik balik.





17 September 2021

Biasanya Walaun Dah Melompat...

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak dua menjak nih... walaun makin senyap sunyi... tengok sahajalah pasai isu pembukaan kedai dan premis judi... walaun semua senyap jer... redho agaknya kot?? Hahaha...

Nih isu Tabung Haji (TH) terpaksa naikkan kos urusan haji.... termasuk kos-kos tambahan berkaitan permit, ujian dan dokumentasi vaksinasi. Dan yang akan terkesan adalah para bakal jemaah haji yang berpendapatan rendah... yang simpanan pun sekadar cukup-cukup sahaja...


Dan walaun semua senyap sunyi.... kita tahulah Menteri dan Timbalan Menteri Agama adalah dari kumpulan walaun jugak... pasai tu la kot senyap sunyi... hahaha



14 July 2021

Suspek utama RCI Tabung Haji sudah dibenarkan berada di luar negara

Bhai/DeeDee semua..

Macam bangang kan... Sembang nak buat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan kes Tabung Haji (TH) .... kecoh la.... tapi.... tapi suspek utama RCI Tabung Haji sudah dibenarkan berada di luar negara.

Siap diberikan kebenaran oleh Mahkamah, PDRM, Imigresen dan Kerajaan Malaysia lagi... Pelik aaa... Patutnya suspek utama RCI Tabung Haji disekat daripada keluar negara. Ini tidak siapa dibenarkan pergi... konon untuk misi kemanusiaan la ... itu la... ini la...

Walhal suspek utama RCI Tabung Haji pun ader beberapa kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah... ader beberapa kes...

Adoilah ... macam mana la orang nak respek kat undang-undang Malaysia ni... pelawok sungguh lar... huhuhuhu

#AzeezRahim #THChairman #TabungHaji

01 February 2021

Ekonomi Makin Teruk, Tapi Kerajaan Masih Leka

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum bahawa ekonomi Malaysia sebenarnya rapuh... rapuh yang agak melampau bilamana kesan langsung akibat dari wabak Covid-19 sebenarnya mengancam lebih teruk kepada keseluruhan sistem ekonomi dan kewangan Malaysia..

Betapa payahnya kita nak bertahan dengan menggunakan beberapa sovereign fund yang kita ader... dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera... serta beberapa dana lagi...

Jika sebelum ini kita dapat mentadbir 1MDB dengan lebih baik, telus dan menguntungkan... tentunya kita masih boleh bertahan lebih lama dalam menghadapi kemelut ekonomi dan kesihatan ini...

Tapi ialah... siapa yang dapat menjangka apa yang akan terjadi... dalam keadaan kolam takungan yang kita ada pun dah dikeringkan airnya sebelum ini atas sebab salahlaku yang berlaku,... jadi bila keadaan kemarau ini berlaku... memang tak boleh bertahan lama...

So... kerajaan kena proaktif... cukup-cukuplah berpolitik untuk mengekalkan kuasa... mengekalkan jawatan .. ini semua retorik... Kena bingkas cepat dan pantas... kena jadi hybrid... kena berubah... Jika lambat sedikit jer... kita memang akan menerima kesan yang amat teruk... amat memberikan kesan yang lama untuk pulih... itu pon kalu boleh pulih...

Kalu kojol macam mana??? Hahaha ... janganlah leka...







27 December 2020

Mengatasi Masalah Bekalan Ruminan Negara

Bhai/DeeDee semua..

Satu penyelesaian kepada masalah Ruminan negara.

Gua cadangkan agar Felda / Felcra mengambil inisiatif untuk meningkatkan usaha mengatasi masalah Ruminan ini dengan memastikan setiap kawasan milik mereka mestilah diternak Lembu, Kerbau dan Kambing dengan skala besar. Yang pasti jika setiap ekar kawasan Felda / Felcra diternak Ruminan ikut bilangan yang sesuai, pastinya pendapatan peserta (peneroka) Felda / Felcra dapat ditingkatkan. Itu gua takmo nak citer pasai tanah ladang milik Tabung Haji.

Felda sahaja mempunyai tanah seluas lebih kurang 500 ribu hektar (317 tanah rancangan Felda). Felcra pula ada lebih 257 ribu hektar tanah.

Katalah dari 500 ribu hektar tanah Felda (lebih kurang ada 1.24 juta ekar) ... dan setiap ekar itu kita bela 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing... maknanya kita ader 2.48 juta ekor lembu dan 4.96 juta kambing.... Banyak tue... setel masalah Ruminan..

Itu baru Felda... Felcra ader lebih kurang 635 ribu ekar tanah... boleh ternak 1.27 juta lembu dan 2.54 juta kambing...

Total dari Felda dan Felcra sahaja boleh hasilkan ... 3.75 juta ekor lembu dan 7.5 juta ekor kambing..

Bukan sekadar boleh mendapat hasil dari kelapa sawit atau getah tetapi juga dapat hasil dari industri Ruminan. Dengan cara ini masalah kekurangan Ruminan dapat dikurangkan. Dan kita dapat mengurangkan import daging atau haiwan ternakan dari luar negara.

Tapi yer la... Sawit dan Getah pon tabley nak handle lagi mau sembang pasai Ruminan...

Ladang IOI boleh menghasilkan 3 kali ganda minyak kelapa sawit per ekar dari Ladang milik Felda... kenapa jadi camnie... gua pernah tulis sebelum ini.. hahaha... gua belum nak citer bab baja jer... yang gua citer itu hari pasai proses nak dapatkan minyak kelapa sawit ja...

Hahaha... Gua bukan anak peneroka... tapi gua ader ramai kengkawan yang jadi Manager Ladang IOI.... hahaha



21 February 2020

Saya Tertekan, Saya Minta Maaf

Bhai/DeeDee semua...

Ini adalah antara alasan yang sedang diorang gunakan biler diorang dah terkantoi memfitnah Kerajaan .... Biler kena panggil dengan PDRM ... macam-macam alasan keluar..

Buat muka sedih la... buat cerita gaji kecik la... buat cerita anak ramai la... buat citer mak ayah uzur la... buat citer nak kena buang kerja la...

Masa tulis fitnah dalam media sosial tak beringat...

Biler kena baru tau....  ingat pimpinan depa nak bantu ka?? Sori aaa.. tabung milo hanya untuk golongan pimpinan.... bukan golongan walaun bagai....

Hahahaha.,...

Padan muka la....



10 May 2015

Kalaulah Tabung Haji Dikendalikan Oleh PAS

Bhai/DeeDee semua...

Sori la... artikel nih mesti akan menyebabkan ramai yang akan marah gua.,... Hahaha... tambah lagi kengkawan yang jadi Ahli PAS... err... gua pon ahli PAS gak.... hahaha.... Memang la memang... Hahaha

Ini satu soalan yang best....

Kalaulah Tabung Haji dikendalikan oleh PAS

1. Apakah yang akan berlaku pada dana pendeposit
2. Berapakah agaknya dividen tahunan yang pendeposit dapat
3. Apakah cabang-cabang segment pelaburan yang dibuat
4. Bagaimanakah pertumbuhan aset yang janakan
5. Bagaimana dengan kos untuk menunaikan haji.

Sebenarnya banyak lagi soklan yang gua nak tanya.... tapi gua kasik la chan lu orang plak yang tanya.... Hahaha... amacam...

Then.... sebelum lu orang nak bayangkan bagaimana PAS kendalikan Tabung Haji... aper kata lu orang tanya benda nih ngan PAS dulu....

"Aper citer ngan KOHILAL wahai ostad-ostad walaun ooi" ,,,,, Hahahaha


20 August 2013

Mengambil Keuntungan Dari Kenaifan Orang Ramai

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper yang gua nak citerkan nih berkemungkinan besar akan menyebabkan ader puak yang akan marah... ader puak yang akan menyuruh gua pi mengaji balik... ader puak yang akan mengatakan gua sesat dan sebagainyer... Hahaha... tapi takper... gua tetap gak nak membangkitkan isu nih... lagipon gua bukan ostad ker mender.... gua dulu blajar kat skolah Missionary jer.... St Micheal Institution jer... perkara yang gua nak storykan nih aderlah berkaitan dengan mengambil keuntungan dari kenaifan orang ramai....

Okeh.... lu orang sumer tau kan tentang rukun Islam.... err... ader 5 perkara.... rukun bermaksud perkara wajib yang perlu dilakukan oleh seseorang yang mengaku dirinya seorang yang Islam....

Rukun Islam yang pertama aderlah mengucap dua kalimah syahadah...... okeh.... tentang rukun nih.... aderkah dibolehkan orang lain mengucapkan dua kalimah syahadah bagi pihak lu???.... hahahaha.... tentu tabley kan... sebab hukumnya jelas... untuk menjadi seorang Muslim.... orang itu sendiri perlu mengucapkan dua kalimah syahadah... dan semestinya orang itu jelas dan faham maksud dan implikasi serta hakikat syahadah itu sendiri.

Rukun Islam yang kedua pula aderlah mendirikan solat..... solat itu aderlah tiang agama.... jadi... boleh tak orang lain tolong mendirikan solat buat lu..... hahahaha.... tentu tabley kan.... sebab kalu orang lain solat... pahalanya akan dapat kepada orang yang mengerjakan solat tue.... . hukumnya jelas...  sebagai seorang Muslim .... orang itu sendiri perlu menunaikan solatnya sendiri... sebagai memenuhi syarat rukunnya... supaya dia tahu dan faham hakikat dan maksud solat...

Rukun Islam yang ketiga pula aderlah menunaikan puasa di bulan Ramadhan....  puasa itu aderlah hak Allah... dan Allah Taala akan membalas dan mengira setiap puasa yang dikerjakan kerana Allah Taala.... jadi puasa itu perlu dilakukan oleh setiap insan yang mengaku dirinya Muslim... Tiada dolak dalihnya.... tiada alasan..... dan hukumnya aderlah jelas.....  tabley nak mintak orang lain berpuasa bagi pihak dirinya.....  walau aper pon alasannya....

Rukun Islam yang keempat.... aderlah mengeluarkan zakat..... yang ini gua nak bagitau...zakat dan fitrah tue aderlah dua perkara yang berbeza.... zakat perlu dilangsaikan dan ditunaikan oleh seseorang muslim itu sendiri.... dan ianya tidak boleh dibuat oleh orang lain bagi pihaknya.... sebab zakat aderlah penyucian harta setiap insan yang Muslim.....  walhal... fitrah pula aderlah sesuatu yang ditunaikan oleh ketua keluarga (atau juga anak-anak yang menjaga kedua ibubapanya yang tidak berkemampuan serta uzur) sebagai pelengkap kepada puasa di bulan Ramadhan....  fitrah itu bukanlah zakat.... tapi di Malaysia nih... orang ramai anggap ianya aderlah sama..... hahaha ....

Rukun Islam yang kelima.... menunaikan haji ker Baitullah..... hukumnya jelas wajib kepada semua orang Islam yang mengaku beriman....  iaitu mereka sendiri yang kena buat.....  sebab ibadah nih akan dinilai atas kerjabuat yang dilakukan oleh orang itu sendiri..... yang mampu keatas 3 perkara ini.... yang pertama... mampu dari segi kewangan..... yang kedua... mampu dari segi kesihatan.... dan yang ketiga... mampu dari segi masa...  ...... tapi.... bagi perkara yang ketiga tue.... dalam keadaan sekarang nih.... dan sampai bila-bila... tak logik kalu seseorang Islam itu tidak punyai masa untuk menunaikan haji ke Baitullah.... takder alasan masa tak ada... sebab alasan nih paling tak relevan (samer macam alasan macam cilaka yang kata "tak sampai seru lagi" ... kepala hotak berjambul lar bagi alasan tak sampai seru) ....

Jadi kalu alasan masa tidak ader untuk menunaikan rukun Islam ke lima iaitu ibadah haji sudah tak relevan.... makanyer cuma tinggal alasan kewangan dan kesihatan jer la..... so.... dua nih jer la yang masih relevam..... kan.. kan ... kan...

So.... macam mana plak boleh ader idea sesetengah orang yang mengambil keuntungan atas kenaifan orang ramai sampaikan ader yang buat bisnes atas dasar agama mengambil upah menunaikan Haji.... walhal semua ibadah dinilai keatas para pembuat ibadah... macam mana plak boleh suruh orang lain melakukan ibadah bagi pihaknya...

Kalu dah boleh upah orang lain buatkan ibadah untuk dirinya.... aper masalah plak kalu "mereka-mereka nih yang berduit banyak" boleh aaa mengupah orang lain melaksanakan ibadah dan rukun-rukun Islam yang lain bagi pihaknya....

Macam contoh nih aaaa.. RM1 juta kepada Ostad Ayam supaya melakukan syahadah buat Mokhtar BauKaki... RM1 bilion lagi kepada Ostad Ayam supaya membuat solat fardhu dan sunat buat Mokhtar BauKaki.... RM1 bilion lagi kepada Ostad Ayam supaya melakukan puasa fardu dalam bulan Ramadhan buat Mokhtar BauKaki .... Bab zakat.... Mokhtar BauKaki boleh buat sendiri... sebab tak susah mana... boleh panggil media buat sidang media.... hahaha... boleh glamer....  dan RM10 juta lagi kepada Ostad Jean's supaya membuat haji dan umrah buat Mokhtar BauKaki

Hahaha.... semua sebab Mokhtar BauKaki memang kaya... banyak duit... so dier boleh la bayar semuanya.... sebab kalu Haji yang rukun pon boleh diupah disewa.... aper ader hal plak rukun yang lain tabley diupah disewa.... Hahaha.... duniakan sekarang nih komersial.... nanti kalu haji dan umrah boleh dapat sijil (selepas bayar upah).... makanyer nanti untuk syahadah.... solat... puasa..... dan zakat ... boleh la dapat sijil selepas bayar upah....

Nanti senang nak tunjukkan kat Malaikat Raqib dan Atid sijil tue.... hahaha.... boleh la dimasukkan dalam senarai catitan buku amalan,...... Hahahaha....

Inilah bahananyer biler ader yang mengambil keuntungan dari kenaifan orang ramai.....  Sungguh... mudah betul la kalu jadi kaya cam Mokhtar BauKaki... boleh la bayar semua tue...  semua boleh disewa diupah.... hahahaha ..... Ostad Ayam dan Ostad Jean's boleh la daftarkan perniagaan agama nih ngan SSM.... hahaha....

Semuanya sebab mengambil mudah atas tafsiran dan pemahaman hadith  yang dibawah nih...

1. Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: ''Ya!'' (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Baginda: ''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan." (Riwayat Bukhari).

3. Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: "Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: "Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?'' Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Apakah kamu anaknya yang paling tua?'' Jawabnya: ''Ya!'' Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tunaikanlah haji untuknya.'' (Riwayat Ahmad dan Nasai).

Walhal mereka terlupa bahawa.... Rasulullah s.a.w juga ader berkata....

Sesiapa yang memiliki bekalan dan kemudahan pengangkutan yang menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak berhaji, maka tiada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani.(Riwayat Tirmizi dan Baihaqi).

Maksudnya kewajipan menunaikan haji itu tetap terletak atas bahu setiap Muslim itu sendiri.... dan kalu anaknya mahu menunaikan haji bagi pihak ayah atau ibunya yang uzur atau sudah meninggal dunia... maka kewajipan itu jatuh pula keatas dirinya atas sebab doa anak yang soleh itu memang sampai kepada kedua ibubapanya........ dan tiada pulak diberitahu bahawa anaknya boleh mewakilkan kepada orang lain untuk melaksanakan urusan ibadah itu....

Setelah matinya anak Adam.... tiga perkara sajer yang tinggal bersamanya.... amal ibadahnya... sedekah jariahnya... dan doa dari anaknya yang soleh....  jadi.... takder plak gua dengar ader tambahan iaitu doa dari orang yang diupahkan berdoa kepada arwah anak Adam tue.......

Hahaha.... memang lawak dan karut la bisnes jual agama nih.... hahaha.... berapa sekilo aaa.... hahaha.... mudah sangat nak amik untung dari kenaifan orang ramai..... Ostad dan Mufti pon samer karut... hahaha.... Kalu tidak takder la ujud Hari Hol (puja kubur dewa dan kerabat dewa macam Chap Goh Mei) di negeri-negeri yang kononnyer kuat agama Islamnyer.... Hahahaha.....  karut.... karut.....

Hahaha..... errr... ini tak sesat ker wei.... dok sibuk citer Arqam sesat lar... Syiah sesat lar... sendiri buat bisnes agama tak sesat.... sendiri buat spesial hari puja kubur tak sesat la plak.... hahahahaha .... Sunni Wal Rasuah betul lar.... hahahaha ...

03 July 2013

Tabong Hadjee

Bhai/DeeDee .... skrang itu nama suda tukar la.... ayoyo amma appa.... suda jadi Tabong Hadjee ...

Kicik jangan mara aaa...  ini macham kalu..... skali suda tukar...

Hadjee Abdul Azeez Abdul Raheem
Tapi biler gua tengok gambar-gambar ahli lembaga pengarah Tabong Hadjee yang lain nih.....  ader dua kapla penyamun tarbus dalam tue... jadi tak terkejut la kenaper tak dilantik orang yang bersih untuk jadi CEO Tabong Hadjee....

Tambah lagi Hadjee Abdul Azeez Abdul Raheem nih memang terkenal dengan baek punya "wa ampu sana, wa ampu sini" ..... hahahaha .... sampai siap ciium tangan ibunya Hadjah Rosmah Mansor... hahaha... ader bau kari ka??? Ayyo amma ayyo appa...

Hadjee Abdul Azeez sedang mencium tangan ibunya Hadjah Rosmah Mansor

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1