Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Komersial. Show all posts
Showing posts with label Komersial. Show all posts

06 April 2023

Tunai Haji Dengan Berhutang?

Bhai/DeeDee semua...

Ini kerja gila... Betullah tunaikan Haji ke Baitullah itu wajib.. salah satu dari Rukun Islam... tapi ianya hanya jatuh wajib bila berkemampuan... Kalu sampai tunai haji dengan berhutang... itu dah tak cukup syarat berkemampuan dah...

Adoilah...

Lepas tu ader pulak puak-puak berlabel agama yang ajar dan endorse buat benda nih... mengarut sungguh... untuk apa... untuk kepentingan puak-puak tertentu... yang buat pakej haji melampau gila harganya...

Adoilah...

Syaitan tue boleh berupa macam orang baik ... orang alim..... jangan terpedaya la...

Jahanam....


Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menawarkan penyelesaian kewangan untuk bakal jemaah haji yang ingin mengambil pakej haji

melalui 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) lantikan Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga ahli Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra).

Penyelesaian kewangan itu disediakan menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Bank Islam dan Bumitra bertujuan melaksanakan kerjasama dan sesi perkongsian ilmu bagi mendidik pelanggan Bumitra mengenai penyelesaian kewangan yang disediakan oleh Bank Islam, terutamanya untuk haji dan umrah.

Kerjasama itu juga merangkumi usaha untuk membantu penyebaran maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, penyediaan pakej pembiayaan peribadi ini memberi peluang kepada bakal haji berkemampuan dan berupaya untuk membayar balik pembiayaan secara berstruktur mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Menurutnya, memandangkan kos pakej haji kian meningkat disebabkan faktor luar kawalan, pembiayaan peribadi yang ditawarkan ini adalah tepat pada masanya untuk membolehkan lebih ramai lagi umat Islam yang berkemampuan menunaikan rukun Islam kelima.

11 January 2023

Bila Ibadah jadi Komersial...

Bhai/DeeDee semua...

Makin hari makin ketara sangat Ibadah Haji dan Umrah dah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan... Makin dah nampak bisnes bila ibadah jadi komersial. Adoilah.. Pak Arab dengan macam-macam cara dier nak buat duit...

Semua jadi bahan buat duit... Penginapan, kemudahan, pengangkutan dan macam-macam lagi... Makin dah jauh dah dari apa yang Nabi dakwahkan dulu.

Tiada lagi had bilangan jemaah haji.

#HajidanUmrah #VisaHaji #PaspotHaji #VisaUmrah #Mutawwif #PakejHaji #PakejUmrah #BadalHaji
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

 

07 November 2022

Moratorium Terhadap Pinjaman

Bhai/DeeDee semua...

Tanyalah pada sesiapa pun... semua tahu apa kepentingan moratorium terhadap pinjaman yang dibuat... Ianya adalah satu kelegaan... Bayangkan pada 2021 .. Kerajaan Perikatan Nasional pada masa itu dibawah kepimpinan Muhyiddin Yasin telah mengumumkan satu Moratorium terhadap pinjaman secara automatik kepada semua peminjam selama 6 bulan...

Dalam masa 6 bulan itulah... orang tak sakit kepala... ramai orang dapat menstrukturkan kedudukan kewangan mereka.. dalam masa susah akibat daripada sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ... orang dapat sedikit kelegaan.

Dan setelah tamah masa 6 bulan moratorium itu... segala pembayaran pinjaman tersebut berjalan seperti biasa... dan tak lama lepas itu .. semua bank-bank komersial telah mengumumkan peningkatan keuntungan bagi tahun kewangan yang telah diaudit...

Mana ada bank yang mengalami kerugian atau susut pendapatan akibat dari Moratorium terhadap pinjaman nih? Tak ada.... cuma masa pembayaran balik pinjaman tue ja telah diextend jadi 6 bulan lagi.. itu jer...

Jadi ... pada gua... bila Perikatan Nasional telah meletakkan idea Moratorium terhadap pinjaman (loan) untuk semua sekiranya mereka menang PRU15 ... ini sudah menjadikan satu kayu pengukur untuk parti-parti gabungan yang lain.... Adakah parti-parti gabungan yang lain seperti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan atau Gerakan Tanah Air akan cuma memasukkan idea "Moratorium Terhadap Pinjaman" ini sebagai satu agenda utama didalam manifesto mereka?

Kita nantikan dan lihat.

Hahaha.....  rakyat @ pengundi sedang memerhati...



11 July 2022

Bila Urusan Haji Dikomersialkan, Dimana Silapnya?

Bhai/DeeDee semua..

Tanah suci Mekah hanya boleh menampung sekitar 3 hingga 4 juta orang jemaah sahaja setiap kali musim Haji. Jika berlebihan maka perkhidmatan, kebersihan dan penginapan serta urusan Haji jadi terjejas. Kesesakan dan segala macam perkara yang kita memang hendak elakkan.

Katakanlah dari 1.2 Bilion umat Islam yang ada sekarang nih... 0.01% sahaja kita benarkan untuk menunaikan ibadah Haji.... jumlahnya adalah seramai 12 juta orang...

12 Juta orang memang tak dapat ditampung dengan kemudahan sedia ada di Tanah Haram. Sesak... Jadi terpaksalah membuat kuota kurang daripada itu.

Masalahnya... ada jamaah yang tamak hendak pergi ke menunaikan Haji setiap tahun... setiap kali pun dia jugak hendak pergi. Kalu semuanya dilayan dan dibenarkan... ianya akan menyebabkan orang lain yang baru nak pertama kali pergi akan tak dapat slot visa haji ... 

Jadi timbullah idea untuk mengenakan caj tinggi bagi yang nak pergi Haji kali kedua dan ketiga serta keempat nih... atas alasan asalnya konon nak mengekang orang perg Haji banyak kali... 

Tapi..

Tapi biler yang nak pergi Haji banyak kali nih sanggup membayar harga yang mahal gila... maka aderlah orang akan gelap mata... bila urusan Haji dikomersialkan. Disinilah punca silapnya... Jahanam...

Pada mereka tak salah kalu nak caj harga tak masuk akal... sebab kalu ko takder duit ko takkan amik pakej macam ini..... Jadi ianya adalah konsep penawaran dan pembekalan....jadi tak salah...

Lepas itu bila kuota disekat... maka ader la yang kantoi... jahanam la jadinya...

Huhuhu...



18 June 2022

Hukuman Kesalahan Rasuah Tidak Menggerunkan

Bhai/DeeDee semua...

Mana la orang nak takut buat rasuah di Malaysia… sebab takder nilai hukuman penjara minima… boleh ja nak penjara satu hari ka lima hari ka… seminggu ka… atau maksima 20 tahun…

Denda pulak … tak la mahal mana… silap-silap boleb cover balik siap untung lagi…

Patut hukuman untuk rasuah macam nih

  • Mati Mandatori (bagi nilai kes RM1 juta keatas) 
  • Penjara Sampai Mati (bagi nilai kes RM1 juta kebawah) 
  • Sebat (minima 30 kali, maksima 300 kali) tanpa mengira umur muda atau warga emas. 
  • Denda (minima 30 kali dari nilai suapan, maksima 300 kali dari nilai suapan)
Bagi pesalah yang dijatuhkan hukuman mati mandatori, tiada rayuan atau penanggujan hukuman. Hukuman akan dijalankan 48 jam selepas disabitkan bersalah.

Bagi pesalah yang dipenjarakan sampai mati, tiada lawatan, panggilan telefon atau surat-menyurat dari ahli keluarga dibenarkan. Tiada rayuan dan penangguhan hukuman.

Barulah orang takut nak terlibat ngan rasuah.




27 January 2022

Hanya Placebo Sebenarnya?

Bhai/DeeDee semua...

Gua tatau ujudnya video yang tular mengenai ujian terhadap vaksik Covid-19 yang mendapati ianya adalah sekadar placebo semata-mata... Sungguh... gua masih belum dapat video tersebut...

Tapi gua tak terkejut kalu ader vial (bekas) Vaksin Covid-19 yang sebenarnya hanyalah placebo .... sebab dalam banyak kes... pengilangan vaksin pun sudah dilihat terlalu komersial...

Ianya bukan sesuatu yang mengejutkan... cumanya... perkara sebegini adalah sesuatu yang tak wajar... Memang tak wajar ianya berlaku. .... Bayangkan penerima vaksin mati-mati ingat mereka telah divaksinkan dengan secukupnya... tapi rupanya ianya adalah placebo semata-mata...

Giler aaa




19 January 2022

SC, SPRM Dan Cerita Tersembunyi

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang paling lawak... paling pelik ... paling nampak ketara sangat aderlah kes SC dan SPRM nih...

Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sama-sama ader masalah kepimpinan dan pengurusannya..

Dan sebab itu kes Azam Baki dengan cepat dibersihkan oleh SC... Sedangkan..


Tapi kes Azam Baki... walaupun sama... tapi tak bersalah... sebab SPRM sendiri sedang siasat SC.


Jadi... pastinya ader timbal balik kat sini... Hahaha




26 December 2012

Ustaz Komersial

Bhai... Gua la nih nak citer pasai "Ustaz Komersial" nih... Dah jadi macam trend dah la nih... Sana sini ader jer citer pasai "Ustaz Komersial" nih.... Gua paham... Dalam zaman skrang nih... Memang wang ringgit menjadi matlamat... Jadi sasaran... Tak salah sebenarnya nak mengejar duit nih.... Cuma agak-agak lar...

Jangan la kerana nak mengejar duit ringgit nih sanggup berlakon terbaek... Ceramah sana sini... Tapi kalu payment (sampul) tak tebal terus takmo nak datang lagi dah... Siap demand... Kalu mau panggil bagi ceramah... Ader spesifik rate... Ader kadar tertentu...

Bukan la gua nak pertikaikan ilmu yang dier ader sampai boleh mengajar dan berceramah bab agama nih... Tapi... Agak-agak la... Semua ilmu tue dapat dari guru dier... Guru dier dulu pon tak caj melampau tinggi...

Kalu lu jumpa mana-mana bomoh yang realistik... Diorang tak caj pon perkhidmatan dier... Ikut kadar orang nak bagi jer... Ader sesetengah tue cuma boleh amik duapuluh lima duit (25 sen) ker sebagai pengeras... Sebab guru diorang dulu pon tak caj aper-aper masa diprang menuntut ilmu... Habis kuat pon cuma 25 sen jer...

Nih ader plak la jenis "Ustaz Komersial" yang glamer yang caj ribu riban kalu nak dier kasi ceramah... Walhal... Ilmu datang dari Allah dan disampaikan oleh guru dier pon takla dicaj mender mana pon... Tapi yer la... Dah glamer.. Dan dah dasar komersial...

Tapi paling best tue... Geng-geng "Ustaz Komersial" nih cukup anti ngan Yahudi dan Ahli Kitab... Tapi...... Gua maleh aaa nak citer la kehipokritan diorang tue... Hahaha.... Aper-aper pon... Kehipokritan "Ustaz Komersial" dah terdedah kat gua...

Sori ... Gua dapat info baek punya... Lu orang tak payah la nak bekap "Ustaz Komersial" nih aaaa....

21 June 2010

Tahniah Buat Asri Zainul Abidin

Firstly... kalu sesapa ader biasa baca blog gua... gua tak letak pon title seseorang tue... tak kira sapa dier... ader title dato' ka... tan sri ka... dr ka... melainkan kalu ader artikel yang gua rembat cut n paste... sebab apa gua tak tulis title.... itu semua karut.. dunia.. konon buat gempak.. tapi isi takder...

Okeh... Nih... gua nak ucapkan tahniah buat Asri Zainul Abidin (bekas Mufti Negeri Perlis).... khabarnyer dier akan join UMNO sebagai ahli.... hehehe... elok lah tue.... tak kemana tumpahnyer kuah kalu tidak ke nasi... paling cikai (koman) pon kuah tumpah ker baju atau ke lantai... hahahaha

Kalu UMNO lah pilihan Asri Zainul Abidin nih... memang gua rasa paling kena la dengan jiwa Asri nih... sesuai sungguh... aper orang kata... errr... sekufu... hahaha..

UMNO perlukan "ULAMA" yang tegas macam Asri nih... baru la nampak boleh berlawan politically dengan PAS.... tak la nampak macam kayu jer... Dalam UMNO pon dah ramai "ULAMA" .... macam Harussani... macam Hamid Osman... macam Jamil Khir... macam Pirdaus... macam Mashitah... macam Nakhaie... macam Dasuki ... macam Noh Gadut... hahaha.... pergh...ramai betul ... Ini baru betul banyak "ULAMA" sebenarnya dalam UMNO....

"ULAMA" nieh semua jenis gendang gendut tali kecapi.... tak berpijak pada hukum... tak berpijak dibumi Allah yang nyata nih... ini semua "ULAMA" komersial... tak boleh pakai sesen pon... hahaha..

Kalu Asri Zainul Abidin join sekali ngan 100 "ULAMA" lagi.... tentunyer meriah UMNO nih.. dan baru la nampak setanding dengan PAS... baru la kalu nak fight setara.... ini tak la macam Rey Mysterio 619 terpaksa lawan dengan KANE dalam WWE (gusti la...) hahaha.... tak setara langsung...

Aper-aper pon... gua ucapkan tahniah la buat Asri Zainul Abidin yang dengar khabarnya akan join UMNO..... hahahaha.....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1