Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label BPR. Show all posts
Showing posts with label BPR. Show all posts

18 June 2022

Hukuman Kesalahan Rasuah Tidak Menggerunkan

Bhai/DeeDee semua...

Mana la orang nak takut buat rasuah di Malaysia… sebab takder nilai hukuman penjara minima… boleh ja nak penjara satu hari ka lima hari ka… seminggu ka… atau maksima 20 tahun…

Denda pulak … tak la mahal mana… silap-silap boleb cover balik siap untung lagi…

Patut hukuman untuk rasuah macam nih

  • Mati Mandatori (bagi nilai kes RM1 juta keatas) 
  • Penjara Sampai Mati (bagi nilai kes RM1 juta kebawah) 
  • Sebat (minima 30 kali, maksima 300 kali) tanpa mengira umur muda atau warga emas. 
  • Denda (minima 30 kali dari nilai suapan, maksima 300 kali dari nilai suapan)
Bagi pesalah yang dijatuhkan hukuman mati mandatori, tiada rayuan atau penanggujan hukuman. Hukuman akan dijalankan 48 jam selepas disabitkan bersalah.

Bagi pesalah yang dipenjarakan sampai mati, tiada lawatan, panggilan telefon atau surat-menyurat dari ahli keluarga dibenarkan. Tiada rayuan dan penangguhan hukuman.

Barulah orang takut nak terlibat ngan rasuah.




27 September 2021

Semakin Menarik Jalan Cerita

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya semakin menarik jalan cerita tentang isu integriti dalam SPRM nih... Macam tips of an iceberg jer.... hahaha.... satu demi satu terbongkar... Hahaha... tunggu la pulak apa yang nak pecah dan bocor nih... Hahaha

Dulu masa awalnya.... hanya ader satu jabatan... Biro Siasatan Negara (BSN) yang mengendalikan semua siasatan yang terkait dengan keselamatan dan perkara-perkara yang melingkarinya... Selepas itu ianya dibubarkan dan ditukarkan menjadi Badan Pencegahan Rasuah (BPR)... masa zaman awal BPR nih semuanya masih okeh lagi... tapi lepas tue elemen-elemen salahguna kuasa, salahlaku dan integriti dah mencengkam organisasi itu...

Lepas tue.... Kerajaan Malaysia menukar dan menaiktaraf Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kepada status sebuah Suruhanjaya.... iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.... dan walaupun telah dinaikkan status sebegini bagoosh.... tapi tetal elemen salahguna kuasa, salahlaku dan integriti tidak dapat diperbetulkan.... malah menjadi lebih kronik...

Dan kini nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya.... betapa lekehnya sebuah Suruhanjaya yang sepatutnya diletakkan dibawah kuasa Parlimen dan YDP Agong dan bertindak secara autonomi.... namum tidak sebegitu...

SPRM kekal dibawah kuasa Eksekutif... dibawah kuasa dan pentadbiran Perdana Menteri dan Kabinet... yang mana segalanya perlu menurut kata Peguam Negara dalam apa-apa proses sama ada untuk menyiasat mahupun untuk mendakwa...

Dan... salahguna kuasa, salahlaku dan integriti nampaknya makin membarah.... Hahaha... tunggu la apa pulak yang nak pecah dan bocor lepas nih... Hahahaha

Makin Kantoi


23 September 2021

SPRM? Apa Yang Kita Boleh Harapkan?

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak dua menjak ini kredibiliti SPRM dilihat jatuh menjunam...  dari kes suspek lompat pagar SPRM la... sampailah pembebasan kes-kes rasuah yang fakta dan buktinya jelas tapi kalah di Mahkamah sama ada dari segi teknikal mahupun kes-kes yang ditarik balik pertuduhan...

Pening aaa SPRM la nih..

Sebab itu ada cadangan supaya SPRM nih dirombak dan diletakkan dibawah kuasa Parlimen dan bukannya dibawah kuasa Eksekutif... Ada rasionalnya perkara ini..

Rehatlah Sementara Siasatan Dilakukan


Duit dilarikan, RM dikebas... Penyamun, Perasuah, Penunggang Agama dibiarkan berleluasa.


12 December 2014

Satu Cadangan Untuk Isu Rasuah

Bhai/DeeDee semua...

Sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia melaksanakan hukuman yang lebih tegas dalam menangani permasalahan berkaitan dengan rasuah @ tumbuk rusuk nih...

Kerajaan Malaysia perlu menetapkan satu hukuman "punitive" yang paling sesuai dan boleh memberikan pengajaran kepada semua bagi mengatasi masalah rasuah ini.

Pada gua, hanya ada satu bentuk hukuman yang selayaknya dilaksanakan untuk mengekang dan menghalang semua warga terlibat dalam rasuah (tanpa mengira bagaimana justifikasi rasuah itu dinilai @ ditukar nama/gelaran).

Hukuman yang selayaknya adalah "hukuman mati mandatori" bagi semua yang didapati bersalah dalam kes rasuah. Dengan cara ini, ianya akan menggerunkan semua orang dan sekaligus dapat mengurangkan / menghentikan amalan rasuah.

Dan hukuman ini sepatutnya tidaklah membezakan sama ada pelaku (suspek) dari golongan bangsawan, vvip, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta mahupun orang awam yang lain.

Soalannya... Adakah Kerajaan Malaysia berani untuk melakukannya... Kita tunggu dan lihat...

16 July 2013

Presiden FAM Juga Patut Isytihar Harta

Bhai/DeeDee sekalian... patutnyer bukan sajer pemain dan pegawai Liga Malaysia (Liga M) sahaja yang kena isytihar harta.. tapi dengan semua AJK dan Presiden FAM pon kena jugak isytihar harta... mana la tau ader yang makan rasuah ker... untuk mengatur perlawanan atau mengatur hukuman... hahaha

Aper kata Presiden FAM juga patut isytihar harta.... baru la kepimpinan melalui teladan....

Nih semua perisytiharan harta nih takkan la kena hantar kat Jawatankuasa Integriti FAM jer kot..... antar la skali kat SPRM ker... tapikan... SPRM pon samer hamlau gak.... baik lagi masa rasuah nih duduk dibawah Biro Siasatan Negara (BSN) ker... atau Badan Pencegahan Rasuah (BPR).... lebih efisien la gua rasa...

Tak pon... antar jer kat Hong Kong ICAC ... yang itu lagi hebat dan telus urusan siasatan berkaitan rasuah dan sebagainyer.... SPRM Malaysia kalu nak dibandingkan dengan HongKong ICAC serupa jauh langit dengan bumi.... Hahaha

Suruhanjaya yang mencegah rasuah sendiri pon ader banyak kes rasuah terpalit dengan diorang... aper la nak diharapkan.... Hahahaha...


DEMI memastikan gejala rasuah menular dalam liga tempatan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam memutuskan untuk mewajibkan semua pemain dan pegawai pasukan Liga Malaysia (Liga-M) mengisi borang pengisytiharan harta mulai musim depan.

Setiuasaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, borang pengisytiharan harta itu akan dikemas kini menerusi sistem dalam talian pendaftaran pemain Liga-M musim 2014.

"Kita rasakan perlu untuk wajibkan pelaksanaan pengisytiharan harta ini selepas mendapat cadangan dan sokongan daripada Jawatankuasa Integriti FAM.

“Sama ada pemain atau pegawai itu ikhlas ketika mengisi borang mereka, itu kita akan pantau dan buat susulan dari semasa ke semasa," jelas Hamidin.

Beliau juga berkata, ia sejajar dengan usaha FAM yang mahu memperkasakan nilai-nilai integriti di kalangan mereka yang terlibat dalam liga tempatan.

"FAM juga merasakan perlu dilaksanakan sekarang setelah Jawatankuasa Integriti FAM sendiri mengesyorkan borang pengisytiharan harta pemain, pegawai pasukan dan pemain import dalam liga tempatan.

"Kita juga akan bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan pengisytiharan harta itu benar-benar tulen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat di sini, semalam. Hamidin berkata, borang pengisytiharan harta itu dijamin sesuai dengan keperluan seorang pemain, pegawai pasukan dan pemain import yang terlibat.

"Jawatankuasa Integriti FAM telah memperhalusi dan mempermudah borang itu agar ia tidak dilihat membebankan mereka yang berkenaan," katanya.

Sementara itu, Aseh berkata, lima persatuan bola sepak (FA) negeri yang telah mewujudkan Jawatankuasa Integriti masing-masing adalah Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang dan Sabah. Beliau menambah, FA negeri yang lain masih lagi membisu sehingga kini berhubung saranan FAM dalam memartabatkan industri bola sepak negara itu.

"Lima negeri yang sudah menubuhkannya ialah Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Sabah. Kita pandang serius terhadap FA negeri lain yang belum menubuhkannya.

"Sehubungan itu, kita akan hantar surat dalam minggu ini dan tengok dahulu maklum balas serta komitmen FA negeri dan selepas itu mungkin kita akan tetapkan tarikh," katanya.

28 April 2013

Hishammudin Hussein Sudah Cuak

Bhai..... Gua memang tau yang Hishammudin Hussein nih bangang...  walaupun dier aderlah Menteri yang jaga KDN (dimana gua slalu berurusan)... tapi rasa gua kebangangan Hishammudin Hussein nih tak melambangkan tahap intelek kakitangan KDN.... Gua tak nafikan ramai kakitangan KDN yang samer bangang macam Hishammudin Hussein nih... tapi bilangan diorang tak la seramai mana.... kebanyakkannyer berlegar kat puncak kuasa jer dalam KDN...

Naik pangkat pon pasai kuat bodek dan ampu...... yang jenis lurus bendul dan tegas... langsung takder chan nak naik pangkat ker mender.... kaki penjilat dan pelahap ramai yang duduk dipuncak kuasa dalam KDN.... hahaha....  yang bodoh dan bangang pon ramai jugak dari kalangan yang dipuncak kuasa dalam KDN nih.... hahaha.... jangan mare aaa... gua citer benda betul.... hahahaha ....

Okeh... kalu ikut statement Hishammudin Hussein yang dibaca bulat-bulat nih....  Hishammudin Hussein nih marah biler Husam Musa kaitkan kematian Timbalan KP Kastam kerana isu rasuah... dan katanya tindakan Husam Musa nih menyinggung perasaan penjawat awam...  l

Walhal .... memang semua orang tahu..... yang Malaysia nih memang juara rasuah.... dan ader tiga jer punca Timbalan KP Kastam nih mati dibunuh.... sama ada.

  1. Timbalan KP Kastam nih tahu banyak pasai rasuah dikalangan pihak tertentu yang mengelak untuk membayar cukai dan duti eksais kastam
  2. Timbalan KP Kastam nih tahu siapa dalang utama (serta orang yang backup) dalam banyak kes mengelak dari membayar cukai dan dutu eksais kastam
  3. Timbalan KP Kastam nih tau siapa dalang yang menipu dalam urusan permit impot (AP)
Kalu nak katakan Timbalan KP Kastam nih ader masalah kewangan dengan Ah Long.... gua tak percaya... sebab Ah Long takkan bunuh orang yang berhutang dengannyer... tapi Ah Long akan culik dan ugut wang tebusan... itu jer modus operandi stendet Ah Long...

Kalu modus operandi pembunuh upahan (assassin/hitman) nih.... semuanya semata-mata balas dendam atau menutup kes/cerita..... sebab biler ader yang dah mati... mesti orang lain yang ader maklumat dan tahu (mulanya berani nak amik tindakan buat laporan kepada SPRM)... terus tak jadi nak amik tindakan....

Tak payah jauh.... lu orang sorot balik kes pembunuhan Jalil Ibrahim (akauntan Bumiputra Merchant Finance di Hong Kong sekitar tahun 1983) dulu.... kes 30 tahun dulu yang tak selesai lagi... dan takder saper berani nak siasat lebih lanjut isu rasuah dan salahguna kuasa nih.... it's all untuk cover-up...

Tapi kes Timbalan KP Kastam nih tak sama dengan kes Dr Joe Fernandez (abang Tony Fernandez Air Asia) yang mati ditembak di Bukit Mertajam dulu tue (sekitar tahun 2000)..... yang itu kalu ader masa nanti gua storykan citer disebalik tabir yang hanya sebilangan kecil orang jer tau...... hahahaha


20 October 2009

Laporan Ketua Audit Negara

Gua cukup pelik .. dah banyak kali dah laporan ketua audit negara yang menunjukkan kepincangan dalam tadbir urus beberapa agensi kerajaan namun takder apa-apa tindakan pon yang diambil ..

SPRM pun tak nak ambik tindakan siasat salah laku tadbir urus agensi kerajaan yang berkaitan dan takder sorang pon setakat nih yang dah kena siasatan dan didakwa di Mahkamah... Kenapa aaa...

Takkan la laporan ketua audit negara tue tipu jer ... giler aper ketua audit negara publishkan laporan audit tue kalu dier tahu semua yang dier publishkan tue adalah fitnah tanpa ader bukti apa-apa...

Wei... lu ingat jabatan audit tak buat siasatan ker... tapi pelik betul ka.... walaupun dah banyak kepincangan yang didedahkan oleh laporan ketua audit negara... tapi takder satu tindakan pon yang diambil oleh SPRM ... buta mata dan buta hati kot SPRM nih...

Ini lah contoh siasatan dan pendakwaan berpilih yang diamalkan 0leh SPRM ... cam sial jer gua tengok.... Lepas nie kiter tengok .. untuk audit tahun 2008 tue... ader tak yang jadi kes kat SPRM ... SPRM dah takder telor .. tak macam masa dulu BPR dimana ader la nampak ader power.. ader telor... la nih dah kecut dah... hehehe

So .. kalu la SPRM betul-betul buat kerja... sure kes yang sangkut dengan laporan ketua audit negara tue akan kena siasat dan pihak yang melakukannya akan disiasat dan didakwa di Mahkamah...

15 September 2009

Beruntungnya Dua Orang Ini

Orang Pertama:

Khir Toyo memang beruntung.. sebabnya... beliau cuma disoalsiasat selama 6 jam atas tuduhan kes RM24 juta dan RM1 juta... Enam jam ooo... dan sioalosiasat beliau bermula 8.30 pagi dan berakhir 2.30 petang.... Masa balik pulak tue tak ikut pintu masuk utama ... jadi entah betul atau tidak die kuar pukul 2.30 petang.... Khir Toyo masih hidup ... sure tak kena belasah sampai koyak seluar,

Khir Toyo memang beruntung.. sebabnya ... dia tak kena macam Teoh Beng Hock ... soalsiasat lebih 10 jam.... bermula dari petang hari sampai kononnya pukul 3 pagi ... Teoh Beng Hock pun tak keluar ikut pintu utama .. tapi keluar ikut tingkap bangunan SPRM .. Tuduhan Teoh Beng Hock cuma bernilai RM2.400 jer .. bukan RM24 juta .. Teoh Beng Hock telah mati ... sure kena belasah sampai koyak seluar.

Orang Kedua:

Razak Baginda memang beruntung ... sebab telah selamat daripada pertuduhan bersekongkol membunuh Altantuya Shaariibuu ... semua ini kerana Peguam Negara tidak mahu meneruskan prosiding pertuduhan... Hebat la Razak Baginda... tak perlu mintak tolong Peguam Negara... siap Peguam Negara sendiri dengan rela hati nak tolong dia.... best la camnie kan... Yang best tue ... Mahkamah ikut jer... Pendakwaraya pon tak nak dakwa dier... pasai apa aaa.. sure ader benda yang Razak Baginda ada sampaikan Peguam Negara pon takut dan bantu dier dengan mudah... Apa benda nye aaaa...

Tak macam orang lain termasuk Nizar Jamaluddin yang mana semua kes berkaitan suka sangat Peguam Negara campur tangan.. malah siap tambah lagi pendakwaan ... pelik kan... Kenapa Peguam Negara kecoh bab lain malah sanggup menjadi saksi pendakwaan .. Sure ader sebab punya... kenapa bagi kes Altantuya Shaariibuu ... boleh pulak Peguam Negara kecut telur... Atau bukan Peguam Negara yang kecut telur.. tapi Najib Razak yang kecut telur sampaikan suruh Peguam Negara tak teruskan pertuduhan Razak Baginda sebab takut bukti dan fakta kes terbocor dan mempalitkan Najib Razak sama ... hahaha

Hebat-hebat ..... beruntungnya dua orang ini yer... memang untung...

02 September 2009

Apa Cerita DUN Kemasik

Semenjak-dua menjak nie SPRM senyap jer... Heboh itu hari kata macam nak dakwa ADUN Kemasik Ir Rosli Osman atas kes rasuah ... Takkan senyap kot... Ala cakap la takut nak dakwa dan sabitkan kesalahan... bukan apa... nanti terpaksa pulak buat satu lagi Pilihanraya Kecil (PRK) di Terengganu nih...

Gua gerenti jamin kes ADUN Kemasik nie akan senyap sunyi sampai PRU13 nanti pada sekitar 2012 ... hahahaha... Silap-silap terlepas langsung... Alangkan Kasitah Gadam pon boleh lepas sedangkan maklumat rasuah dier lengkap dua tiga fail... hahahaha

Kalu bawak ke Mahkamah pun... sure sama ader kena tangguh ataupun boleh lepas begitu saja... hahahaha... Setakat nie belum pernah ader satu kes yang melibatkan geng UMNO/BN yang didakwa oleh SPRM dapat disabitkan kesalahan rasuahnya oleh Mahkamah...

Belum ader rekod lagi... hahaha.. SPRM nie kalu bab kes geng UMNO/BN ... dier konon siasat .. cuma buat gempak jer... tapi takder hasil.... Tolong bagitau satu kes yang SPRM dah berjaya siasat, dakwa dan sabitkan kesalahan rasuah yang melibatkan geng-geng UMNO/BN ... takder bhai.... yilek... nehi...

So... bagi para pengundi di DUN Kemasik, Terengganu nih... tak payah la harap SPRM akan bersihkan kerusi tue daripada palat rasuah... haram tak akan dibersihkan.... SPRM mana ader berani... SPR pon satu jugak... Kalu kata lah terpaksa dikosongkan kerusi DUN Kemasik ... SPR akan cari jalan supaya tak perlu ader PRK dan kerusi DUN Kemasik akan kekal "status quo" dier kepada UMNO/BN ... percaya ler...

Hahahahaha.... SPRM dan SPR samer jer... takder telor.... tolong buktikan kalu dua-dua mangkuk nie ader telor....

25 August 2009

Diorang Nih Posa Ker Idak?

Kalu posa.. tentu akan bercakap yang selayaknyer... mana boleh tipu atau cover-up ... nanti batai posa... Tapi yer ka.. aper der hal... batai posa boleh ganti... takder kifarah... lain la buat "projek" siang hari dalam bulan posa... sure kena kifarah nanti.... 2 bulan bhai...

Okeh lah...

So la nie tak tau la dua DNA tue milik sapa.... pergh.. ader dua DNA asing kat talipinggang Teoh Beng Hock la... milik sapa aaa... Jabatan Kimia dan Forensik dan buat analisa... tapi tak jumpa.... pergh... Teoh Beng Hock tue mati sebab apa..

Kalu mati bunuh diri... pasai apa ader dua DNA asing kat talipinggang dier....

Hahaha.... maybe tue DNA "Alien" atau "Predator" kot... kena mintak tolong Arnold Susahnakeja bantu nih... hahaha.... Tak pon kena minta Sigourney Weaver bantu.. pasai ader "Alien" kat SPRM nih... hahahaha .... lawak la korang nih...

Korang posa ker idak nih... kalu posa baik la jangan tipu... nanti batai posa...

24 August 2009

Apa Kelas Saman RM500 Juta

Lain kali saman la RM1 Bilion ker.... upps... silap... RM12 bilion ka... baru la kena dan tepat... Lu dikaitkan dengan isu PKFZ sebanyak RM12 Bilion lebih.. jadi.. baik la saman sesapa pon sebanyak tue.. at least boleh cover balik utang PKFZ .. mana la tau.. lu pulak yang diorang suruh bayar nanti... hehehe...  

RM500 juta tue sikit jer... tak banyak mana pon.. kalu bagi gua... kurang 234 jam gua boleh abiskan.... celah gigi jer nilai banyak tue... hahahaha... aper der hal.. Ong Tee Keat ... lain kali pakai akai la skit... jangan pakai lulut... 

RM500 juta tue sikit jer... bukan banyak mana pon... ala lu nie.. jangan la malu-malu saman RM1 Bilion atau lebih... lu kan sudah banyak power... 

Cuba lu bagitau gua... kalu lu memang itu kes saman... lu agak-agak la... berapa lama lu akan dapat duit saman tue... kalu dapat la... berapa pulak lu kena bayar kat LHDN sebagai duit cukai.... apa.... lu ingat tak perlu bayar cukai ka? bodoh ker apa......

Dasat Gak Yer Pakar Patologi Kiter

Pergh...

Memang dasat... yer la... pakar patologi kiter memang dasat pasai boleh membuat rumusan kes kematian Teoh Beng Hock adalah disebabkan kerana membunuh diri.. hanya hasil dari kecederaan jatuh dari tempat tinggi...

Woi... senang la kalu cam tue.. apa kata kalu gua campak Najib Razak dari atas bangunan tue ... dalam keadaan Najib Razak tengah "lalok" akibat "truth drug".... jatuh gedebub takder pergelutan.... sure lu boleh saspek yang Najib Razak tue mati membunuh diri... hahaha..

Apa citer laporan toksikologi... takkan senyap jer.. itu laporan toksikologi dah disahkan ker... ader tak yang terlepas pandang... gua jamin.. kalu ader cek betul-betul ujian toksikologi.. sure boleh jumpa penggunaan "truth drug" pada badan Teoh Beng Hock....

hahaha.... bunuh diri aaa.... senang benar la kerja korang aaa..... main buat assumption jer.... senang la jadi gitue... macam mana korang boleh jadi pakar patologi.... belajar kat mana aaa.... bulan posa nie tak baik tipu... boleh batai posa....

20 August 2009

Kalaulah Rocky's Bru Ader Telor

Bhai...

Gua nasihatkan lu pi jawab cabaran Mahfuz Omar supaya tampil dengan fakta dan bukti apa yang lu tuliskan kat blog lu tue... RM600 ribu bukan sikit bhai... lu kena jawab cabaran tue..

Itu pun kalu lu ader telor la... kalu lu takder telor.. pengecut dan takder bukti... baik lu tutup mulut ... lu buat malu blogger lain jer...

Semenjak lu dah dapat kerja balik nih.. gua tengok lu dah macam takder pendirian .. takkan kot dah termakan rasuah ....

Apa-apa pun lu (Rocky's Bru) dan Bigdogdotcom patut pi buat laporan polis dan SPRM pasai isu nih... bawak sekali bukti dan fakta.. kalu ader dokumen, audio atau video sila kemukakan.... jangan pandai tulis dalam blog jer.. tapi realiti sudah takder telor...

Lu jangan buat malu orang kampung .... nampak jer macho... tapi takder telor...

Raja Petra Memang Hebat

Err... memang hebat Raja Petra nih...

Macam mana aaaa.. dier boleh dapat salinan surat misteri tue... tue yang gua salute sama dier... Isu sama ada isi kandungan surat ini fabrikasi atau tidak bukan gua yang tentukan.... Gua serahkan kat sumer rakyat Malaysia untuk nilaikan...

p/s Mungkin juga tujuan surat nieh adalah untuk mengkambinghitamkan Timbalan Pengarah SPRM tue... ala... macam diorang kenakan pada Sirul Azhar dan Azilah jer... hahaha..

Baca Sini : Surat misteri 5 mukasurat bertaip berkaitan SPRM dan TBH

Modus Operandi Kongsi Gelap

Hahahaha...

Nazri Aziz cerita dalam media macam bagus... macam ler dier tau macam mana modus operandi kongsi gelap kat Malaysia nih..

Kongsi gelap kat Malaysia tak sama macam kongsi gelap kat US atau Itali... kat sini punya hampir sama macam kat China, Jepun atau Hong Kong... semua main parang atau pedang jer... culik ahli keluarga... lepas tue ugut... kerat jari tangan ker... telinga ker... itu semua standard biasa kongsi gelap kat Asia nih...

Jadi... kongsi gelap kat Malaysia tak pakai molotov cocktail la.... diorang pakai cat merah jer... dan diorang suka kepung dan serbu sasaran diorang on real time... takder main ugut-ugut hantar peluru ker... hantar pisau ker.. hantar surat ker.... diorang terus jer tangkap ahli keluarga atau awek musuh diorang .. pastue baru ugut ...

So.. lu agak-agak la.. siapa yang buat kerja baling molotov cocktail kat bangunan SPRM kat Klang tue.... tue bukan stail modus operandi kongsi gelap la.... itu kerja mat rempit and the gang jer... kongsi gelap Asia tak buat macam tue...

Diorang kalu nak bakar ker... diorang tak main baling-baling... diorang main kepung dan simbah petrol jer... pastue siut api kasi bakar... diorang bukan jenis pengecut yang main baling-baling molotov cocktail la...

Ader paham???? Kalu lu bodoh.... tolong jangan malukan diri sendiri... tanya la kalu tak tau...

Baca Sini : Nazir Aziz suspek kongsi gelap terlibat

Dedah... Jangan Tak Dedah...

Hahahaha...

Pukul 10 pagi nih di Yayasan Aman, Penanti... hehehe... akan ader satu "press conference" yang mungkin akan sekaligus menjadi satu pukulan maut buat karier politik Rohaizat Othman.... bekas rakan kongsi dalam firma guaman miliknya (Yusri Isahak) akan tampil menjelaskan titik tolak perkara yang berlaku bagi kes Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.

Satu lagi "Imam Ramlang Porigi" akan muncul... harapnya beliau selamat dari segala mara bahaya.

Oh yer... persoalan yang perlu Rohaizat Othman jawab adalah... Kalaulah kes tersebut disabitkan kepada firma guaman beliau, bagaimana pula tiga rakan kongsi lain tidak tersenarai (struck off) oleh Majlis Peguam. Kenapa hanya beliau (Rohaizat Othman) seorang sahaja yang tersenarai.

Kenapa pula nama Yusri Isahak juga tidak tersenarai di "struck off" oleh Majlis Peguam...

Jawab.. jangan tak jawab...

p/s Untuk liputan secara langsung "PC" tersebut, sila layari laman blog Al Banjari Online

18 August 2009

Lu Percaya Ker Hasil Inkues TBH?

Gua memang tak percaya...

Banyak sangat fabrikasinyer... Pakar Forensik pon boleh bagi kenyataan bercanggah dengan senario kematian.. kalau sedikit larinyer... mungkin kita boleh anggap tue biasa ler... tapi nie dah jauh larinyer tue yang boleh jadi bahan lawak tue..

Ader ker dua orang pakar forensik kata Teoh Beng Hock masih hidup ketika dier jatuh... diorang tau dak ker kalau manusia masih hidup.. pressure (PSI) darah dier agak tinggi... jadi kematian akibat jatuh ini mesti akan menyebabkan pembuluh darah pecah.. dan semestinya darah akan memercik merata-rata..

So... sekarang nih... takder nampak mana-mana pon darah memercik... nampak macam darah mengalir sikit jer... kalau ader pon darah cuma memenuhi ruang kaviti dalam dada sahaja..

Apa citer nih... pakar forensik nie blaja kat mana... takkan fakta simple camnie pon nak fabrikasi kot... lawak la korang... Dalam kes ini, Teoh Beng Hock dah mati agak lama... pasai tue la tekanan PSI darah dier tak tinggi.. darah dah mula membeku... jadi sebab tue la walaupun pembuluh darah pecah.. darah tak memercik merata-rata melainkan mengalir jer....

Lu nak bodohkan sapa aaa... pakar forensik oooi...

17 August 2009

Nak Janji Apa Lah Pulak

Jambatan baru dah pernah janji...
Masjid baru dah pernah janji...
Bangunan sekolah baru dah pernah janji...
Jalanraya baru... dah selalu janji..
Kain batik, beg sekolah, basikal plak.. dah banyak kali janji dan bagi...
Duit poket, duit tambang, duit upah, duit sogok.... hehehe... dah banyak dah janji dan bagi...

Apa lagi aaaa... nak janji kat pengundi...

Nak janji syurga... tak berani... lagi pon PAS dah buat dah..
Nak janji takder rasuah ... tak berani...
Nak janji telus .... jugak tak berani ..
Nak janji bubar PPSMI ... ader sikit berani tapi... nanti Che Det marah....
Nak janji bubarkan ISA ... lagilah tak berani.. nanti susah la..

Apa aaaaa... nak janji apa aaa....

Nak janji tak bertanding dalam PRK ... errr.. dah bertanding pon...

Susah la kalu cam nie... baik jer janji tak akan buat janji-janji lagi... hahaha.. itu lagi baik.

No more janji.. no more sogok... no more rasuah... kot-kot boleh la UMNO/BN memang di N11 DUN Permatang Pasir.... hahahaha...

Tapi kalu tak ader janji-janji ... tak ader sogok-sogok.... tak ader rasuah-rasuah.... macam mana nak menang... takkan nak guna ugutan kot...

Hahahaha... alamat kalah ler kali nih di N11 DUN Permatang Pasir buat UMNO/BN....


Aha.... dah dapat dah idea... kalu nak bagi menang gak... kena la ader seekor dua kambing hitam yang perlu dikorbankan di SPRM ... at least kena ader dua orang yang boleh disabitkan dengan kes kematian Teoh Beng Hock .... err... mana nak cari nie aaaa.... ader ker dalam senarai pegawai SPRM kat Shah Alam masa tue yang dari kaum CINA.... errr... macam mana nak teruskan storyline nih....

hahahaha.. kantoi..kantoi...

12 August 2009

Kasitah Gaddam Terlepas

Seperti yang gua dah jangka sejak dari mola kes lagie... mangkuk sekor nie sure boleh lepas punya... walaupun terang-terang bukti dan fakta ader didepan mata... hehehehe... Kasitah Gaddam boleh lepas punya kes rasuah dier...

Hahahaha.. so hari nih... dier dah dibebaskan oleh Mahkamah....

Lepas nie ramai lagi yang akan lepas.... jangan riso.... ADUN Kemasik (Ir Rosli Osman) pun sure boleh lepas punya.... hahaha...

Itu Norza Zakaria dan ramai lagi... hehehehe... lu tengok jer la... sure lepas punya... hahahaha

Bank Mana Satu Yang Buat Taik Nih

Bank memang cam sial kalu bab nak bagi pinjam duit... dan juga masa nak kutip duit balik... Bank-bank cam CIMB, AMBANK, MAYBANK paling suka guna gangster untuk kutip hutang pinjaman... sebab tue la bank-bank ini la yang paling seronok bila mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia memberikan lesen besar kepada diorang untuk kutip pinjaman kredit kakitangan kerajaan daripada ANGKASA ...

Selama hari nie.. dah berpuluh tahun dah... ANGKASA kendalikan sendiri pemotongan gaji ini dengan bantuan Jabatan Akauntan Negara .... tapi... sebab bank-bank celaka yang tiga nih.. (Bank Kroni UMNO/BN) ... yang jadi mangsa sekarang adalah koperasi kredit yang kecik dan kakitangan kerajaan.

Ini teknik nak membunuh operasi dan perniagaan koperasi kredit yang kecik nih... tindakan cam sial bank-bank komersial nih... memang la tidak patut diberi peluang... Diorang tau... 2.8 juta anggota koperasi akan menjadi klien diorang,.... banyak tue bhai... berapa juta RM lu agak.... gua rasa makan ratusan juta RM nih....

Jadi dapat la bank-bank komersial yang macam sial nih makan duit komisyen atas kutipan yang dibuat.... ini semua seperti menangguk di air yang keruh..... Tak cukup lagi ker bank-bank cam sial nih (CIMB, AMBANK dan MAYBANK) nak taji duit rakyat... selama hari nie gengster upahan bank-bank cam sial nih la yang mengancam keselamatan rakyat Malaysia..

Dari kaki-kaki tarik kereta yang perasan diorang lagi power dari POLIS.... tunjuk samseng macam sial.. ader yang pakai parang dan pisau ugut nak tarik kereta sampai la yang jenis kacau hidup peminjam hari-hari pakai telefon... Diorang nie jugak la yang selalu dok dapatkan maklumat secara haram (ada la yang dibayar nih) dari LHDN dan KWSP ...

Maklumat peribadi nie sepatutnya dirahsiakan... tapi ader kakitangan LHDN dan KWSP yang makan duit rasuah dan bocorkannya kepada kaki-kaki tarik kereta dan RO yang guna telefon.. Siap kacau kat opis... kat romah tue dah biasa la... kat romah mertua dan sebagainya... malah ader yang siap kacau kat dalam kawasan masjid... cam sial betul..

Dari apa yang gua nampak.. ader la bangsat seekor dua kat Jabatan Akauntan Negara nih yang makan rasuah banyak nie .. sebab tue la diorang kasi bank-bank komersial cam sial nih peluang untuk kutip hutang kakitangan kerajaan dengan membatalkan khidmat ANGKASA dan koperasi kredit yang biasa... takkan la Jabatan Akauntan Negara nak bagi benda nie secara percuma.... hahahaha... mesti ader timbal balasnyer...

Woi SPRM ... lu tido ka.... tak nak siasat ker kat Jabatan Akauntan Negara nih.... nie barua bank komersial yang macam sial nieh (CIMB, AMBANK dan MAYBANK) dah masuk jarum kat sini nih...

Baca Sini : Bank Tak Perlu Terbabit

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1